Anda di halaman 1dari 12

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID

PENDIDIKAN SENI VISUAL


TINGKATAN 1

MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL


Matlamat Pendidikan Seni Visual sekolah menengah adalah untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya,
mempunyai nilai-nilai estetik yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Kandungan kurikulum berupaya membantu
murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan
bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.

OBJEKTIF KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL


Pendidikan Seni Visual di sekolah menengah bertujuan untuk:
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.

menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan


memupuk budaya penyelidikan dalam proses penghasilan karya seni visual
meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi, disiplin serta kemahiran dalam bidang seni visual yang dapat diamalkan
dalam kehidupan dan kerjaya
menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi untuk merekacipta barangan kraf dan produk seni visual yang
berkualiti
membuat diskripsi, analisis, interpretasi dan penilaian terhadap karya seni visual
mendapat nilai tambah dalam disiplin sains, teknologi dan mata pelajaran lain
menghargai sumbangan dan pengaruh tokoh-tokoh seni visual dalam konteks perkembangan sejarah seni visual di Malaysia
dan antarabangsa
menjadikan bidang seni visual sebagai prospek kerjaya
menyedari dan menghargai suasana seni dalam persekitarannya dan kaitan dengan keselesaan hidup
membina jati diri ke arah pembentukan negara bangsa

PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 1

BAND

PERNYATAAN STANDARD

Mengenali dan mengetahui unsur seni dan prinsip rekaan dalam Asas Seni Reka.

Mengetahui dan memahami tentang unsur seni dan prinsip rekaan dalam Asas Seni Reka melalui pengamatan
dan pemerhatian terhadap sumber alam,benda buatan manusia dan hasil seni visual.

Mengetahui, memahami danmeneroka Asas Seni Reka menerusipenerokaan pelbagai media dan teknik dalam
penghasilan Seni Halus, Komunikasi Visual dan Kraf Tradisional.

Menghasilkan karya Seni Halus, Komunikasi Visual dan Kraf Tradisional dengan mengaplikasikan Asas Seni
Reka melalui penggunaan media yang sesuai dan teknik yang betulserta dapat menerangkan tentang hasil
kerja sendiri, di samping mengamalkan nilai baik.

Menghasilkan karya Seni Halus, Komunikasi Visual dan Kraf Tradisional dengan mengaplikasi Asas Seni Reka
melalui penggunaan mediayang sesuai dan teknik yang betul, mematuhi prosedur serta dapat membuat
apresiasi terhadap hasil kerja sendiri dengan menggunakan istilah seni visual di samping mengamalkan nilai
baik

Menghasilkan karya Seni Halus, Komunikasi Visual dan Kraf Tradisonal dengan mengaplikasikan Asas Seni
Reka dan mempunyai elemen nilai tambah melalui penggunaan media yang sesuai dan teknik yang betul dan
kreatif, serta dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dengan menghubungkaitkansumber alam,
warisan seni visual tanah air dan luar negara, di samping mengamalkan nilai baik.

PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 1

TAJUK

ASAS SENI REKA

PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 1

BAND

DESKRIPTOR

Mengetahui unsur seni dan prinsip rekaan secara asas

Mengenalpasti unsur seni dan prinsip rekaan dengan betul

Mengelaskan unsur seni dan prinsip rekaan pada alam semulajadi dengan baik

Membuat ekperimentasi dan penerokaan unsur seni dan prinsip rekaan pada alam
semulajadi dengan menggunakan pelbagai teknik

Menganalisis, menghubung kait dan membincangkan bagaimana hasil daripada


eksperimentasi serta penerokaan unsur seni dan prinsip rekaan pada alam
semulajadi boleh di gubah untuk menjadi satu karya yang menarik dengan baik

Menterjemah hasil daripada ekperimentasi dan penerokaan unsur seni untuk


menghasilkan karya dengan menggunakan idea sendiri,imaginasi, gubahan asas
seni reka yang cemerlang dan kreatif serta mengikut proses dan prosedur yang betul

SENI HALUS
LUKISAN
CATAN
ARCA
CETAKAN

Mengetahui sejarah, alat ,media dan teknik seni halus secara asas.

Memahami
sejarah
dan mengetahui penggunaan peralatan serta proses
penghasilan karya seni halus dengan baik

Menghasilkan lakaran idea asas karya seni halus dengan mengaplikasikan asas seni
reka melalui ekperimentasi dan penerokaan menggunakan pelbagai media dan
teknik dengan baik

Menterjemah hasil daripada ekperimentasi dan penerokaan untuk mencipta lakaran


idea serta menghasilkan karya dengan mengaplikasikan asas seni reka, imaginasi,
olahan media, teknik, proses dan prosedur yang baik dan betul.

PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 1

Menganalisis dan menterjemahkan idea secara kreatif


eksperimentasi dan penerokaan dengan baik.

Menghasilkan karya seni halus dengan mengaplikasikan asas seni reka


dengan cemerlang, daya imaginasi sendiri, baik dan relevan serta boleh
mewujudkan komunikasi kesan visual dan mesej dengan baik.

Menggunakan pelbagai jenis media, teknik, proses serta prosedur yang betul
dan tepat sewaktu menghasilkan karya.

hasil daripada

PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 1

Menafsir dan menilai hasil kerja seni sendiri secara lisan dengan
menggunakan bahasa seni dengan betul serta mengamalkan nilai kendiri yang
terpuji dan menjadi pembimbing serta contoh yang baik kepada rakan.

Menganalisis dan menterjemahkan idea secara kreatif


hasil daripada
eksperimentasi dan penerokaan dengan cemerlang dan tekal.

Menghasilkan karya seni halus yang cemerlang dan kreatif


dengan
mengaplikasikan asas seni reka, daya imaginasi sendiri dan kreatif dan unik
serta boleh mewujudkan komunikasi kesan visual dan mesej betul dan tepat.

Menggunakan pelbagai jenis media, teknik, proses serta prosedur yang betul
dan tepat sewaktu menghasilkan karya.

Menafsir dan menilai hasil kerja seni sendiri secara lisan dengan
menggunakan bahasa seni dengan betul dan fasih serta mengamalkan nilai
kendiri yang terpuji dan menjadi pembimbing serta contoh yang baik kepada
rakan.

KOMUNIKASI VISUAL

Mengetahui sejarah, alatan,media dan teknik komunikasi visual secara asas.

Memahami jenis dan ciri bidang komunikasi visual serta mengetahui penggunaan
peralatan serta proses penghasilan karya dengan baik

Menghasilkan lakaran idea asas bentuk poster atau senireka tanda dengan
mengaplikasikan asas seni reka melalui ekperimentasi serta penerokaan idea
dengan menggunakan pelbagai media dan teknik dengan baik

Menterjemah hasil daripada ekperimentasi dan penerokaan idea untuk mencipta


reka bentuk poster atau senireka tanda dengan memberi penekanan kepada tipografi
dan reka letak yang betul serta penggunaan media, teknik dan prosedur yang betul

PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 1

Menganalisis dan menterjemahkan idea secara kreatif


eksperimentasi dan penerokaan dengan baik.

mencipta reka bentuk poster atau senireka tanda secara kreatif dengan
memberi penekanan kepada tipografi, reka letak dan gubahan warna yang

hasil daripada

betul dan tepat dengan menggunakan media, teknik dan prosedur yang betul
dan tepat

Mencipta reka bentuk poster atau senireka tanda dengan mengaplikasikan


asas seni reka dengan cemerlang, daya imaginasi sendiri, baik dan relevan
serta boleh mewujudkan komunikasi kesan visual dan mesej dengan baik.

Menafsir dan menilai hasil kerja seni sendiri secara lisan dengan
menggunakan bahasa seni dengan betul serta mengamalkan nilai kendiri yang
terpuji dan menjadi pembimbing serta contoh yang baik kepada rakan.

Menganalisis dan menterjemahkan idea secara kreatif


hasil daripada
eksperimentasi dan penerokaan dengan cemerlang dan tekal.

Mencipta reka bentuk poster atau senireka tanda secara kreatif dan unik
dengan memberi penekanan kepada tipografi, reka letak dan gubahan warna
yang betul dan tepat dengan menggunakan pelbagai jenis media, teknik dan
prosedur yang betul serta tepat.

Menafsir dan menilai hasil kerja seni sendiri secara lisan dengan
menggunakan bahasa seni dengan betul dan fasih serta mengamalkan nilai
kendiri yang terpuji yang tekal dan menjadi pembimbing serta contoh yang
baik kepada rakan.

PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 1

KRAF TRADISIONAL

PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 1

Mengetahui sejarah dan jenis alatan, bahan, teknik serta proses


anyaman secara asas.

tembikar dan

Memahami sejarah dan jenis alatan, bahan, teknik serta proses tembikar dan
anyaman secara asas.

Menghasilkan lakaran idea kraf tradisional tembikar atau anyaman dengan


mengaplikasikan Asas Seni Reka dengan baik dan mengetahui secara asas
penggunaan alatan, bahan, teknik dan proses .

Menghasilkan tembikar atau anyaman secara peniruan dengan mengaplikasikan


asas seni, penggunakan alat,bahan, teknik serta proses yang betul

Mencipta tembikar atau anyaman melalui penerokaan idea sendiri dengan memberi
penekanan kepada bentuk dan ragam hias dengan baik.

Menggunakan alat, bahan, teknik, proses dan prosedur yang betul dalam penghasilan
kraf tradisional.

Menafsir dan menilai hasil kerja seni sendiri secara lisan dengan menggunakan
bahasa seni dengan betul serta mengamalkan nilai kendiri yang terpuji dan menjadi
pembimbing serta contoh yang baik kepada rakan.

PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 1

Mencipta tembikar atau anyaman melalui penerokaan idea sendiri dengan memberi
penekanan kepada bentuk dan ragam hias dengan cemerlang.

Menggunakan alat, bahan, teknik, proses dan prosedur yang betul dan tepat dalam
penghasilan kraf tradisional.

Menafsir dan menilai hasil kerja seni sendiri secara lisan dengan menggunakan
bahasa seni dengan betul serta mengamalkan nilai kendiri yang terpuji dan menjadi
pembimbing serta contoh yang baik kepada rakan.

10

PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 1

11

PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 1

12

Anda mungkin juga menyukai