Anda di halaman 1dari 13

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Perjanjian Sewa Rumah

Gambar Hiasan

Susah la nak buat sewa rumah ni.. penyewa selalu lambat bayar and rosakkan rumah akulast2 aku
pulak yang rugi
Pelik aku.. macam mana die boleh apply loan sampai ada 5 rumah, tapi gaji die baru rm3000
Eh.. kipas bilik aku rosak ni..sapa kene bayar untuk repair.. kita ke atau tuan rumah?
Percaya atau tidak, persoalan seperti ini sebenarnya agak normal dalam kehidupan seharian kita
terutamanya apabila kita menjadi penyewa atau tuan rumah terbabit. Senario yang berlaku mungkin akan
menjadi lebih teruk lagi jika kedua-dua pihak iaitu penyewa dan tuan rumah tidak sedar tentang hak
masing-masing. Tetapi, hak dan nasib kedua-dua pihak akan terbela dan lebih terjamin jika Perjanjian
Penyewaan Rumah (Tenancy Agreement) berjaya disediakan, dipersetujui dan ditandatangani oleh
kedua-dua pihak.
Apakah itu Perjanjian Penyewaan Rumah? Perjanjian ini merupakan satu dokumen yang menggariskan
hak-hak dan tanggungjawab penyewa serta tuan rumah. Biasanya, perjanjian ini ditandangani sebelum
penyewa menduduki rumah tersebut. Jangka masa untuk perjanjian ini ialah bergantung kepada
persetujuan kedua-dua pihak; iaitu sama ada setahun, 2 tahun ataupun 5 tahun.
Apa yang anda perlu tahu tentang Perjanjian Penyewaan Rumah:

Perjanjian ini perlulah senang difahami oleh kedua-dua pihak. Walaubagaimanapun, pihak penyewa

dan tuan rumah perlu memahami isi kandungan perjanjian ini dengan terperinci supaya hak masingmasing dapat ditegakkan jika berlaku perselisihan faham (dispute). Kadang-kadang, perjanjian ini
disediakan oleh pihak ketiga iaitu peguam atau agen hartanah namun persetujuan haruslah dicapai oleh
bakal penyewa dan tuan rumah sebelum ditandatangani. Tuan rumah juga boleh menyediakan sendiri
perjanjian ini berdasarkan sampel dokumen yang disediakan di bawah.

Perjanjian ini perlu menyatakan sewa bulanan yang perlu dibayar oleh penyewa. Bayaran untuk sewa

bulanan akan ditetapkan pada tarikh tertentu (contohnya 1hb bagi setiap bulan) untuk memudahkan tuan
rumah memantau kelewatan pembayaran. Akaun untuk pembayaran juga dinyatakan dalam Perjanjian
Penyewaan untuk rujukan dan memudahkan kedua-dua pihak..

Selain itu, deposit untuk menyewa rumah juga (biasanya, bayaran sewa untuk 2 bulan dan utiliti) akan

dinyatakan untuk menjaga hak tuan rumah sekiranya penyewamelarikan diri atau merosakkan harta
benda di dalam rumah terbabit. Wang deposit ini akan dipulangkan kembali kepada penyewa apabila
tempoh penyewaan sudah berakhir dan rumah ini ditinggalkan dalam keadaan baik dan terjaga.

Senarai inventori barang-barang yang disediakan di dalam rumah terbabit seperti kipas, lampu, sofa,

peti ais, katil dan televisyen akan turut dilampirkan bersama-sama dengan Perjanjian Penyewaan
sebagai senarai semak untuk kedua-dua pihak. Jika berlaku kerosakan kepada barang-barang terbabit
(dalam kes ini, penyewa yang merosakkan secara sengaja), tuan rumah berhak meminta ganti rugi.

Walaubagaimanapun, terpulang kepada budi bicara tuan rumah kerana mungkin barang-barang itu sudah
lama digunakan dan kerosakan tidak dapat dielakkan.

Pembaikpulihan bagi kerosakan di dalam rumah perlu dinyatakan dengan jelas dalam Perjanjian

Penyewaan. Biasanya, kerosakan kecil (minor damage) akan dibayar terlebih dahulu oleh penyewa
kemudian diberitahu kepada tuan rumah untuk pengurangan bayaran sewa pada bulan itu. Bagi
kerosakan besar (major damage), tuan rumah perlu mengambil tindakan sewajarnya seperti meminta
kontraktor untuk membaik pulih kerosakan terbabit secepat mungkin. Contoh kerosakan kecil ialah pili air
tersumbat dan kerosakan besar mungkin atap bocor atau lantai pecah.

Akhir sekali, selepas perjanjian ini dipersetujui dan ditandatangani kedua-dua pihak, stamping perlu

dibuat di Jabatan Hasil supaya dokumen ini dikira sah disisi undang-undang. Jika tidak, sebarang
masalah yang berlaku tidak dapat diselesaikan di mahkamah dan seterusnya boleh mengakibatkan
ketidakadilan kepada penyewa ataupun tuan rumah.. Bayaran untuk stamping biasanya dikenakan
kepada penyewa. Bagi tuan rumah, dokumen ini boleh dijadikan sumber pendapatan tambahan (extra
income) jika ingin memohon pinjaman daripada bank.
Oleh yang demikian, penyewa dan tuan rumah perlu menyedari hak masing-masing dan hak ini perlu
dinyatakan dengan jelas dalam perjanjian ini. Ketiadaan dokumen ini mungkin akan menjadi kesilapan
besar kepada penyewa dan juga tuan rumah terbabit jika berlakunya sesuatu masalah.
Bagi pelabur hartanah pula, dokumen ini perlu dipandang serius kerana dokumen ini seolah-olah
memberi jaminan pada hartanah yang disewakan tersebut.

Jangan Menyewakan Rumah Anda Kepada Sesiapa Tanpa


Dokumen Perjanjian Sewa Rumah!

Surat perjanjian sewa rumah yang lengkap


dan jelas boleh menyelamatkan beratus
bahkan beribu ringgit wang anda di kemudian
hari. Jadi tuan rumah bijak dengan
menyediakan surat perjanjian sewa rumah
yang berkesan dan jangan jadi tuan rumah
amatur yang tidak lelap tidur setiap kali ingin
mengutip sewa setiap bulan dan
menanggung beban setiap kali penyewa
keluar.
Laman web ini bertujuan untuk membantu
anda mendapatkan surat perjanjian sewa
rumah yang efektif yang boleh menjamin
masa depan anda sebagai tuan rumah. Bagi
sebahagian besar tuan rumah, masalah
dengan penyewa bukanlah sesuatu yang
asing. Sebahagian besar tuan rumah
terpaksa menanggung masalah akibat
penyewa yang tidak bertimbang rasa yang
menganggap seolah-olah tuan rumah
memperolehi rumah itu secara percuma.
Menjadi tuan rumah tidak semudah
menyerahkan kunci rumah anda kepada
penyewa dan kemudian mengutip sewa
setiap bulan. Anda mungkin tergolong dalam
1/100 tuan rumah yang bernasib baik jika
mendapat penyewa budiman, tetapi
sebahagian besarnya tidak demikian.
Walaupun sebahagian besar penyewa rumah
adalah manusia baik, namun seringkali
sebahagiannya menjadi manusia tidak
bertimbang rasa dalam hal membayar sewa
dan menjaga harta benda tuan rumah dan
kita tidak tahu mengapa berlaku demikian.
Pengalaman saya sebagai tuan rumah
adalah "mimpi ngeri" yang tidak boleh
dilupakan. Saya ditipu di peringkat awal!
Penyewa ini mengatakan bekerja dengan
sebuah syarikat ternama di Damansara
dengan menunjukkan kad niaga dan saya
terima tanpa usul periksa. Walaupun dia
nampaknya macam terdesak, tetapi saya
buat tidak kisah kerana pada masa itu saya
tiada pengalaman. Hakikatnya saya telah
menyewakan rumah pertama saya kepada
kepada sebuah keluarga yang mana ketua
keluarganya baru dibuang kerja, kaki

pembelit dan telah beberapa kali diusir di


tempat lain kerana tidak membayar sewa!
Anda tentunya boleh menjangkakan apa
seterusnya yang berlaku selepas itu dan tidak
perlu saya ceritakan.
Ringkasnya rumah saya ibaratnya seperti
rumah kebajikan! Itupun bagus juga. Lebih
teruk dari itu saya memberi tempat berteduh
kepada seseorang penipu yang tidak
mengenang budi, yang mencerca dan
mengeji saya dan isteri saya dari belakang
kepada jiran-jiran. Ini terjadi kerana saya
terpengaruh dengan imej bersih, warak dan
bersopan yang dia tonjolkan lantas
menyewakan rumah saya tanpa sebarang
dokumen perjanjian. Itu adalah cerita dulu,
sekarang tiada lagi kerana sekarang saya
ialah tuan rumah profesional.
Semoga cerita di atas menjadi iktibar dan
pengajaran kepada kita semua. Bersiaplah
dengan senjata anda dan penepis anda iaitu
dokumen - surat perjanjian, bukan perjanjian
mulut kerana anda mungkin menjadi mangsa
seperti saya yang menjadi tuan rumah baru
(saya namakan ini sebagai tuan rumah
percubaan) yang tidak ada pengalaman dan
seterusnya dibaham oleh penyewa pembelit.
Dari pengalaman tersebut saya telah belajar
bagaimana untuk menjadi tuan rumah
profesional. Semuanya mesti dalam bentuk
bertulis. Dari permohonan untuk menyewa
rumah, surat perjanjian penyewaan, senarai
semak kelengkapan, hinggalah kepada notis
untuk keluar rumah untuk dan anda tidak
boleh terlepas satu pun dari keperluan ini
untuk menjaga kepentingan anda sebagai
tuan rumah dari diperlekehkan oleh penyewa
yang tidak bertanggung jawab pada masa
depan. Semuanya perlu didokumenkan, tidak
ada janji mulut. Kita perlu jadi tuan rumah
profesional!

T U E S D A Y, A U G U S T 1 7 , 2 0 1 0

contoh dokumen perjanjian sewa rumah


Share

Ayah aku mintak carikkan di internet contoh dokumen

perjanjian sewa rumah. Atok aku ada

bina dua rumah dan disewakan pada orang baru-baru ni. Jadi, kata ayah perlulah secara bertulisnya ada
ikatan perjanjian yang lengkap demi kebaikan penyewa dan tuan punya rumah.

Ada orang cakap, perjanjian bertulis sebegini seakan-akan satu tanda ketidakpercayaan tuan rumah
kepada penyewa. Seolah-olah penyewa ni jahat sangat, nak lari dari bayar sewa, lari dari tanggungan
kerosakan rumah dan sebagainya.

Tapi harus diingat tau, inilah dia perjanjian bertulis yang sebenarnya memudahkan urusan penyewaan
agar jadi jelas, ada mutual agreement dan boleh dijadikan bahan bukti dari segi legal kalau ada dispute di
masa hadapan.
Inilah konsep profesional. Tuan rumah tetapkan syarat, penyewa terima syarat. dengan SYARAT
juga, syarat-syarat dan terma-terma perjanjian tidak bersifat one sided dan menghenyak hak pihak yang
satu lagu.

Kalau tak jadila macam cerita 3 Abdul, tak boleh makan tapi boleh cium bau, tak boleh tido dengan bini
tapi kena tido dalam kandang kuda, dan tak boleh marah kalau tak nanti kena JUAL! hahahaha.

aku nak kongsikan draf perjanjian sewa rumah yang aku dengan ayah buat sama-sama tadi. Mungkin tak
selengkap sesetengah perjanjian sewa rumah orang-orang lain, tapi pada kami ini sudah memadai. Kami
juga akan berbincang juga dengan para penyewa rumah atok nanti kalau-kalau ada terma dalam
perjanjian ini yang mereka kurang setuju, atau tak mampu nak penuhi.

Insya Allah, terma-terma ni boleh diubahsuai.... janji belum ditandatangani. kalu perjanjian tak complete,
kita dah turun tandatangan, alamat jadikla penipuan dan salah guna tandatangan macam kes-kes laki2
yang mintak bini tandatangan surat2..dalam surat2 tu ada terselit surat kebenaran nikah satu
lagi...haiiii...hati2 ye.

******************************************

PERJANJIAN SEWA RUMAH


PERJANJIAN ini dibuat pada tarikh ______________________________________________
di antara __________________________________(No.K/P_________________________)
yang beralamat di _______________________________________________________
(Kemudian ini dinamakan Penyewa)
DAN
Saya __________________________________________(No. K/P________________________)
Yang beralamat di ________________________________________________________
(Kemudian ini dinamakan Tuan Punya Rumah)

BAHAWASANYA saya _____________________________bersetuju untuk menyewakan


rumah beralamat ____________________________________________________________
kepada penyewa dengan harga sewa rumah sebanyak
RM______________sebulan. Bayaran bulanan dibuat pada _________________ haribulan
pada setiap bulan ke dalam akaun bank _________________________
(no akaun) ________________________ atau secara tunai kepada Tuan Punya Rumah.
Bersama ini juga disertakan syarat-syarat tambahan sewaan rumah:
1. Bayaran deposit sewaan rumah sebanyak ___________ bulan
berjumlah_______________
2. Bayaran deposit bil air sebanyak RM ____________
3. Bayaran deposit bil elektrik sebanyak RM _______________
4. Rumah hendaklah dijaga sepenuhnya oleh penyewa.
5. Penyewa tidak dibenarkan untuk menambah / mengurangkan apa-apa bahagian
bangunan rumah
sewaan kecuali dengan persetujuan daripada Tuan Punya Rumah.
6. Penyewa hendaklah menanggung semua kos pembaikan terhadap sebarang
kerosakkan rumah (jika
ada) semasa dalam tempoh penyewaan jika kerosakan tersebut adalah disebabkan
kelalaian
penyewa.
7. Penyewa juga tidak dibenarkan memasang kunci tambahan tanpa kebenaran
bertulis daripada

Tuan Punya Rumah. Tuan Punya Rumah akan diberikan pendua kesemua kunci
yang dipasang
atas tanggungan penyewa, sebelum ia dipasang.
8. Notis perlu diberi oleh Penyewa kepada Tuan Punya Rumah untuk menamatkan
perjanjian sewaan
sekurang-kurangnya SATU BULAN daripada tarikh penamatan kontrak.
9. Penyewa hendaklah menyerahkan rumah sewaan kepada Tuan Punya Rumah
dalam keadaan
baik, bersih, dan sedia untuk disewakan kepada orang lain serta membersihkan
semua sampah
dengan teratur dan sempurna. Penyewa juga hendaklah mengeluarkan semua
peralatan,
kelengkapan atau apa juga barangan miliknya yang telah dipasang dan akan
membaiki apa juga
kerosakan akibat daripada pemasangan atau pembukaan peralatan,
kelengkapan atau barangan
yang dipasang.
10. Tuan Punya Rumah berhak menamatkan perjanjian sewa rumah ini dengan
memberikan notis
dalam tempoh sekurang-kurangnya DUA BULAN kepada penyewa atau dengan
membayar ganti rugi
yang sewajarnya.
11. Tuan punya rumah perlu memaklumkan kepada penyewa niat untuk
menetapkan kadar sewaan
yang baru sekurang-kurangnya dua bulan sebelum penetapan kadar sewaan baru.
12. Sebarang perubahan atau penambahan tentang perjanjian sewa rumah ini yang tidak
disenaraikan
dalam butiran perjanjian ini boleh dirujuk kepada perbincangan antara Tuan Punya Rumah dan
Penyewa dari semasa ke semasa.

*******************************
BAHAWANYA, saya (penyewa) ______________________________ memahami segala
syarat-syarat seperti yang dinyatakan di atas dan saya bersetuju untuk menyewa
rumah yang beralamat seperti di atas.

Tandatangan Penyewa: Tandatangan Tuan Punya Rumah:

.............................................. ............................................

Nama:.................................... Nama:....................................

No K/P:................................. No K/P:.................................
Tarikh: _________________ Tarikh: __________________

T U E S D A Y, A P R I L 1 3 , 2 0 1 0

Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah


Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah:

Pendahuluan:

Perjanjian diperbuat pada (TARIKH) di antara (NAMA TUAN RUMAH) di alamat (ALAMAT ASAL
TUAN RUMAH) (kemudian selepas ini dipanggil 'Tuan Rumah') dan (NAMA PENYEWA) di
alamat (ALAMAT ASAL PENYEWA) (kemudian selepas ini dipanggil 'Penyewa').

BAHAWASANYA Tuan Rumah adalah tuanpunya berdaftar ke atas Premis yang di kenali
sebagai (ALAMAT RUMAH YANG HENDAK DISEWA) (kemudian dari ini disebut "Premis
Tersebut").

DAN BAHAWASANYA Tuan Rumah tersebut dengan ini bersetuju untuk menyewakan dan Penyewa
bersedia menyewa Premis tersebut selama tempoh (TEMPOH SEWA YANG TELAH
DIPERSETUJUI) tertakluk kepada syarat-syarat serta terma- terma yang terkandung dibawah ini.

_____________________________________________________________________
___________

MAKA ADALAH DENGAN INI DIPERSETUJUI seperti berikut :-

1.

Tuan Rumah bersetuju untuk menyewakan dan Penyewa bersetuju untuk menyewa Premis
tersebut selama tempoh (TEMPOH SEWA YANG TELAH DIPERSETUJUI) bermula
pada (TARIKH MULA MENYEWA)dan berakhir pada (TARIKH AKHIR
PENYEWAAN) dengan sewa bulanan sebanyak Ringgit Malaysia(NILAI SEWA DALAM
PERKATAAN) (RMXXX.00) sahaja sebulan bebas daripada apa-apa potongan pada hari
ketujuh (7) setiap dan tiap-tiap bulan semasa berkuatkuasanya tempoh perjanjian dan
tertakluk kepada syarat-syarat dan terma-terma yang terkandung di bawah ini.

2. Penyewa dengan ini berjanji dan bersetuju dengan Tuan Rumah seperti berikut;
(a) Penyewa akan membayar kepada Tuan Rumah sejumlah Ringgit Malaysia (NILAI
CENGKERAM DALAM PERKATAAN) (RMXXX.00) sahaja serta merta dengan
perlaksanaan perjanjian ini (kemudian dari ini dirujuk sebagai "Cengkeram (TEMPOH
CANGKERAM) bulan dan sewa satu (1) bulan") dimana Tuan Rumah mengakui
penerimaannya untuk mempastikan kepatuhan dan perlaksanaan kehendak syarat-syarat
perjanjian ini.
(b) Penyewa juga harus membayar deposit untuk bekalan eletrik dan air sebanyak Ringgit
Malaysia(NILAI DEPOSIT ELETRIK DAN AIR DALAM PERKATAAN) (RMXXX.00) sahaja
(kemudian dari ini dirujuk sebagai Deposit Elektrik dan Air).
(c) Penyewa akan membayar kepada Tuan Rumah sewa yang disebut sebelum ini, sebelum
tarikh dengan cara yang disebut sebelum ini.
(d) Penyewa akan mengganti atau memperbaiki apa-apa kerosakan yang dibuat keatas
Premis tersebut atau mana-mana bahagiannya oleh Penyewa diatas perbelanjaan dan kos
Penyewa dengan kebenaran dari Tuan Rumah.
(e) Penyewa akan membayar dan menjelaskan semua bil-bil bekalan elektrik dan air yang
digunakan di Premis tersebut sepanjang tempoh perjanjian dan bil-bil bayaran dibuat harus
diberikan kepada Tuan Rumah sebagai bukti.
(f) Penyewa akan membenarkan Tuan Rumah atau sesiapa yang diberikuasa oleh Tuan
Rumah untuk memasuki Premis atau mana-mana bahagiannya untuk memantau dan
memeriksa keadaan Premis tersebut pada masa yang sesuai. Atas tujuan pemeriksaan ini

Tuan Rumah hendaklah memberikan makluman atau notis 24 jam kepada penyewa sebelum
memasuki premis atau mana-mana bahagiannya.
(g) Penyewa tidak dibenarkan melakukan atau membenarkan atau mengarahkan apa-apa
pindaan atau tambahan atau menukarkan apa-apa pemasangan dan lekapan tanpa
kebenaran Tuan Rumah terlebih dahulu secara bertulis. Sekiranya apa-apa pindaan atau
tambahan dibenarkan maka ianya akan dilakukan oleh Penyewa dengan perbelanjaannya
sendiri tanpa hak menuntut apa-apa sumbangan atau pertolongan dari Tuan Rumah.
(h) Penyewa tidak akan menyerahkan, menyewa, melupuskan, melepaskan atau berkongsi
milikan Premis atau sebahagiannya tanpa kebenaran bertulis Tuan Rumah terlebih dahulu.
(i) Penyewa akan sentiasa menjaga tanam-tanaman kelekapan dengan memelihara dan
menjaga rumput, pokok-pokok bunga dan tidak akan memotong/menebang pokok-pokok
buah-buahan dan bunga tersebut tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada Tuan Rumah.
(j) Penyewa akan mempastikan Premis tersebut sentiasa didalam keadaan bersih.
(k) Penyewa akan menyimpan dan memelihara Premis tersebut termasuk longkang,
pendawaian eletrik, pembetungan najis dan semua cermin dan tingkap, penutup kunci dan
semua lengkapan dan pemasangan kepunyaan Tuan Rumah dalam keadaan baik sepanjang
tempoh penyewaan.
(l) Penyewa tidak menebuk mana-mana bahagian dinding, lantai dan siling rumah tersebut
dengan apa-apa cara sekalipun termasuk paku, skru dan sebagainya dan sentiasa menjaga
permukaan lantai, cermin, siling serta dinding bersih tanpa calar.
(m) Penyewa tidak akan melakukan atau membenarkan di lakukan atau mungkin
menimbulkan gangguan, kerosakan, kemarahan kepada Tuan Rumah atau kepada penghuni
yang berjiran dengan Premis.
(n) Sekiranya sewa yang ditetapkan atau apa-apa bahagian darinya tidak dibayar selama
tujuh (7) hari selepas tarikh kena dibayar atau sekiranya Penyewa tidak mematuhi atau
melaksanakan mana-mana syarat, maka dengan demikian adalah sah bagi Tuan Rumah
mengusir Penyewa dari Premis tersebut dengan serta merta dan perjanjian ini dianggap
tamat tempohnya.
(o) Penyewa tidak akan membawa atau menyimpan apa-apa barang yang mudah terbakar
atau merbahaya dan tidak membenarkan apa-apa atas sebab tersebut yang boleh
membatalkan apa-apa polisi insuran kebakaran yang sedang berkuatkuasa.

(p) Sekiranya Penyewa hendak menamatkan tempoh sewa Premis tersebut sebelum tamat
tempoh perjanjian sewa ini maka Penyewa harus memberikan notis dua (2) bulan sebelum
beliau mengambil keputusan keluar dari Premis tersebut kepada Tuan Rumah begitu juga
sebaliknya.
(q) Penyewa akan mengosongkan dan menyerahkan Premis tersebut secara aman kepada
Tuan Rumah dalam keadaan baik dan boleh diduduki mengikut syarat-syarat dan termaterma Penyewa yang terkandung didalam Perjanjian ini.
(r) Penyewa tidak akan menggunakan Premis tersebut untuk perkara-perkara yang
menyalahi undang-undang negara dan hanya boleh menggunakan Premis tersebut bagi
maksud pejabat atau perniagaan sahaja.
3. Tuan Rumah dengan ini bersetuju dengan penyewa seperti berikut :(a) Tuan Rumah akan menjelaskan hasil rumah/premis dan hasil tanah premis tersebut setiap
tahun seperti sebelum perjanjian ini dibuat.
(b) Tuan Rumah akan sentiasa memantau dan menjaga struktur utama premis tersebut termasuk
dinding, atap, rangka tingkap supaya sentiasa berada dalam keadaan terjaga dan selamat
digunakan.
(c) Tuan Rumah berjanji akan membenarkan penyewa menduduki atau mempunyai kebebasan
menduduki Premis tersebut tanpa gangguan daripada Tuan Rumah tertakluk kepada kepatuhan
penyewa dalam membuat bayaran sewa bulanan serta mematuhi terma-terma atau syarat-syarat lain
dalam perjanjian ini,
(d) Pada tarikh penamatan perjanjian ini Tuan Rumah hendaklah memulangkan semua
Cengkeram(TEMPOH CANGKERAM) bulan yang diberikan oleh penyewa di bawah klausa 2 (a) dan
Deposit Elektrik dan Air dibawah klausa 2 (b) tanpa apa-apa faedah. Tuan Rumah berhak memotong
sejumlah wang daripada Cengkeram (TEMPOH CANGKERAM) bulan tersebut untuk ganti rugi atau
pembayaran yang dirujuk dalam klausa 4 (c) sahaja.
(e) Sekiranya penyewa ingin menyambung selama setahun lagi tempoh penyewaan Premis tersebut
selepas berakhirnya tempoh penyewaan ini, Penyewa hendaklah memberikan notis dua (2) bulan
awal sebelum berakhirnya tempoh penyewaan premis tersebut kepada Tuan Rumah dengan
menyatakan kehendaknya untuk menyambung lagi tempoh sewa Premis tersebut. Sekiranya sewaktu
tempoh penyewaan Premis tersebut Penyewa sentiasa mematuhi syarat-syarat yang terkandung
dalam perjanjian ini maka Tuan Rumah hendaklah memberi kebenaran kepada penyewa untuk
menyambung tempoh penyewaan untuk tempoh satu tahun lagi daripada tarikh tertamatnya
perjanjian ini.

4. Adalah kedua-dua pihak bersetuju bahawa


(a) Penyewa tidak berhak menolak apa-apa sewa dari Cengkeram (TEMPOH CANGKERAM) bulan
tersebut atau apa-apa bahagian darinya tanpa kebenaran Tuan Rumah.
(b) Cengkeram (TEMPOH CANGKERAM) bulan tersebut tidak akan digunakan atau di tolak oleh
Tuan Rumah untuk apa-apa pembayaran bagi letrik air dan bil-bil yang terhutang oleh Penyewa
apabila perjanjian ini ditamatkan.
(c) Apa-apa baki Cengkeram (TEMPOH CANGKERAM) bulan setelah ditolak bayaran untuk
pembaikan ke atas apa-apa kerosakan di Premis tersebut yang diakibatkan oleh Penyewa akan
dipulangkan kepada Penyewa tanpa apa-apa faedah.

***************************************************************************
Penurunan Tandatangan:
1. Penyewa (beserta Nama & IC)
2. Saksi bagi Penyewa (beserta Nama & IC)
3. Tuan Rumah (beserta Nama & IC)
4. Saksi bagi Tuan Rumah (beserta Nama & IC)

FRIDAY, JULY 8, 2011

Tips Sewakan Rumah | Kandungan Perjanjian Sewa

Saya suka kongsi tips yang saya rasakan menarik agar blog ini dikunjungi atas sebab yang
tersendiri. Kali ini saya nak share kan tips sewakan rumah yang saya rasakan menarik. Saya
dapat tips ini semasa menghadiri Sembang Subsale Abang Ensem.
Salah satu alasan orang taknak beli rumah adalah hassle bila adanya penyewa compliant
ada benda-benda kecil seperti lampu dan tombol yang rosak. Sikit -sikit nak report,
memang penatlah nak pegi rumah sewa dan betulkan. Untuk atasi masalah ini, beginilah
pentingnya untuk kita menambah klausa dalam perjanjia sewa kita.
klausa dibahagian 'penyewa bersetuju dengan tuan rumah'
"Membaiki sendiri kerosakan yang tidak melebihi rm100"
Bila kita explain term ini dengan bakal tenant, dengan sendirinya mereka akan berhati hati
menggunakan segala peralatan dan benda supaya mereka sendiri tidak perlu mengeluarkan

duit sekiranya tidak rosak.


tu bagusnya join seminar, bukan just presenter yg bagi input, peserta pun turut berkongsi
pendapat dan tips. So guys kalau berminat dengan seminar 1/2 hari rm88 ni, boleh la
registe kat

sini

Sebut pasal perjanjian sewa rumah, nak sampel, boleh email : matjoe9498@gmail.com

Anda mungkin juga menyukai