Pergerakan Asas - Plie
Pergerakan Asas - Plie
Pengenalan
Untuk minggu kedua, dalam kelas Pergerakan Biomekanik, Cik Muhaini Ahmad mengajar
tentang pergerakan asas Pli. Apakah itu Pli? Sejujurnya, itu adalah kali pertama saya
mendengar istilah tersebut. Setelah membuat sedikit pembacaan, apa yang saya faham ialah
pergerakan atau cara membengkok satu atau kedua-dua lutut. Selalunya dilakukan oleh penari
balet. Tujuannya adalah untuk menguatkan otot di paha dan urat pelipat lutut. Ia juga dilakukan
adalah untuk mengelakkan kecederaan bagi penari balet.
Aktiviti
Di permulaan kelas, Cik Muhaini mengedarkan dua helai kertas berkaitan dengan tulang. Satu
gambar rajah tulang dan satu lagi adalah artikel mengenai tulang badan manusia. Cik Muhaini
meminta kami untuk menghafal bahagian-bahagian tulang dalam gambar rajah yang diberikan.
Manakala untuk artikel yang bertajuk The Skeleton yang juga menceritakan tentang tulangtulang manusia, Cik Muhaini meminta kami untuk membacanya dan memahaminya.
Kemudian aktiviti pergerakan dimulakan. Pergerakan pertama adalah berdiri tegak, tangan di
sisi, kemudian tunduk lalu turun perlahan-lahan sehingga berada dalam kedudukan
bertinggung. Rapatkan kepala dengan lutut.
Kemudian, bengkokkan lutut, turun perlahan-lahan sehingga lutut membentuk bentuk V. Posisi
bahagian atas badan perlu kekal sama seperti mula-mula, turunkan bahu, dapat di lihat seperti
dalam gambar di bawah. Masalah yang sering berlaku, bahagian punggung akan dikeluarkan,
namun sebenarnya, bahagian badan selain dari lutut perlulah kekal lurus.
Tapak kaki perlu kekal di atas lantai tanpa perlu menjengkitnya. Rujuk gambar.
Seterusnya, Cik Muhaini mengajar kami pergerakan yang seterusnya iaitu pada pendapat saya
adalah pergerakan Grand- Pli (Saya tak pasti betul atau tidak, jika salah, maafkan saya).
Pergerakan ini hampir sama dengan pergerakan awal tadi. Yang berbeza adalah tahap
membengkokkan lutut. Untuk pergerakan ini, tumit dijarakkan sedikit antara satu sama lain, jadi
kita boleh lebih turun dan bila lutut dibengkokkan, tumit diangkat.
Ia bermula dengan langkah yang sama seperti Demi-Pli. Mula-mula, berdiri tegak, luruskan
kaki, rapatkan tumit dengan tumit, kaki dipusing hampir 180 darjah seperti dalam gambar.
Sama seperti Demi-Pli, lutut perlu dibengkokkan, tumit dijarakkan, turun sehingga lutut
melebihi jari kaki. Rujuk gambar.
Selepas itu, Cik Muhaini mengajar cara berjalan. Sambil berjalan, sambil kira langkah. Cik
Muhaini minta kami mengira satu selepas dua langkah, kemudian mengira satu selepas tiga
langkah. Kemudian lajukan langkah. Itu sahaja yang saya ingat untuk kelas minggu kedua ini.
Terima kasih kepada Cik Muhaini kerana mengajar saya dan kawan-kawan ilmu baru ini.
Rujukan:
http://www.wikihow.com/Do-a-Plie-in-Ballet