Anda di halaman 1dari 2

CERAMAH: PUNCA DAN LANGKAH MENGATASI PENYAKIT DEMAM DENGGI

Selamat sejahtera saya ucapkan buat Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha
Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Keamanan Kampung (JKKK) Kampung
Selayang Pandang, Encik Hamid bin Jalil, seterusnya penduduk kampung sekalian.
Hadirin yang dihormati,
Saya berasa cukup bertuah kerana dapat bertemu dengan penduduk
kampung yang sudi meluangkan masa untuk mendengar ceramah saya yang
bertajuk Punca dan Langkah Mengatasi Penyakit Demam Denggi. Saya cukup yakin,
penduduk kampung ini cukup arif dengan perkataan demam denggi dan nyamuk
aedes. Spesies nyamuk aedes cukup mudah untuk dikenali, iaitu mempunyai kaki
dan badan yang berjalur hitam putih selain aktif pada waktu pagi dan petang.
Nyamuk ini boleh menyebarkan wabak demam denggi hanya melalui gigitan. Kes
demam denggi pernah menjadi serius pada tahun 2010 dengan mencatatkan
kematian sebanyak hingga 45 kes sehingga Oktober tahun tersebut.
Persoalannya, bagaimanakah kita tahu bahawa diri kita mahupun orang
terdekat dijangkiti wabak ini? Pertama, mereka yang dijangkiti akan diserang demam
panas secara mengejut. Selain itu, terdapat juga binti-bintik merah dan sakit sendi di
seluruh anggota badan pesakit. Mereka yang dihinggapi penyakit ini juga akan
sering loya dan muntah-muntah. Oleh itu, tidak hairanlah jika mereka hilang selera
makan dan kuantiti air dalam tubuh. Jika keadaan ini berlarutan, maka tidak mustahil
mereka akan kurus kering. Realitinya, pesakit hanya akan menganggap demam itu
adalah biasa. Tanggapan ini menyebabkan mereka membiarkannya tanpa menyedari
bahawa penyakit itu boleh membawa maut jika lambat diselamatkan.
Sidang dewan yang dikasihi,
Apakah pula punca-punca yang menyebabkan wabak denggi mudah merebak?
Realitinya, persekitaran yang kotor dengan tin-tin, botol-botol, tayar kereta dan
tempurung kelapa menjadi sarang buat pemangsa ini. Untuk makluman, telur
nyamuk aedes boleh bertahan selama seminggu sekiranya air dalam bekas-bekas
tersebut telah kering. Bayangkan, adakah dalam seminggu itu hujan tidak turun?
Selain itu, kawasan yang ditakung air seperti pasu bunga, kolah, dan saluran di
bumbung juga menjadi kawasan pembiakan pilihan nyamuk aedes.
Jadi, apakah yang perlu kita lakukan untuk mencegah wabak denggi ini?
Langkah mudah, luangkan masa 10 minit seperti yang dianjurkan oleh Kementerian
Kesihatan Malaysia untuk membersihkan kawasan persekitaran rumah. Antara
tempat yang perlu diberikan perhatian ialah longkang, saluran hujan, kolah, dan
pasu bunga. Bahan-bahan terbuang seperti tin, botol, tayar kereta dan tempurung
kelapa elok ditanam. Bagi barang yang boleh menakung air dan masih berguna,
pastikan diletakkan dalam keadaan terbalik. Apa salahnya jika keluarga meluangkan
masa untuk membersihkan persekitaran rumah?
Hadirin yang dimuliakan,
Selain itu, kita perlu memberikan kerjasama kepada pihak yang datang
menyembur racun atau fogging di kawasan perumahan. Adakah anda tahu bilakah
semburan akan dilakukan? Sebaik sahaja menerima aduan berhubung kes denggi di
tempat anda, semburan akan dilakukan secara berkala. Hal ini bagi memastikan

telur nyamuk aedes akan musnah dengan semburan racun tersebut. Oleh itu,
pastikan anda menutup pintu dan tingkap bagi mengelakkan asap semburan itu
masuk ke dalam rumah. Siapa tahu anda nyamuk aedes sedang membiak di sekitar
tempat tinggal anda tanpa pengetahuan sendiri? Jadi, tindakan ini akan boleh
menyelamatkan anda seisi keluarga.
Bagi individu yang mengalami simptom-simptom yang disebutkan, usah takut
untuk datang merujuk ke hospital atau klinik berhampiran. Doktor akan mengambil
sampel darah dan mengujinya sama ada anda benar-benar dihinggapi wabak
tersebut atau tidak. Suntikan vaksin pelali dapat menguatkan daya tahan tubuh dan
antibodi bagi melawan serangan wabak denggi. Jika pesakit berada dalam kondisi
tidak stabil, maka dia akan ditahan dan dirawat di hospital selama beberapa minggu.
Keadaan ini membolehkan pesakit melawan vektor penyakit denggi melalui suntikan
yang diberikan oleh doktor.
Saudara dan saudari sekalian,
Bagi pengguna yang mempunyai kolah dan tempat yang ditakungi dengan air,
penggunaan ubat jentik-jentik juga berkesan. Ubat yang mudah larut ini boleh
didapati daripada klinik dan hospital yang berhampiran. Di samping meletakkannya
ke dalam kolah, ubat ini juga sesuai diletakkan di saluran hujan. Bagi penduduk yang
alah dengan gigitan nyamuk, penggunaan kelambu juga amatlah digalakkan.
Kelambu juga dapat mengelakkan gigitan nyamuk seterusnya mengelakkan ahli
keluarga menjadi korban virus denggi ini. Benarlah kata peribahasa, sebelum nasi
menjadi bubur, eloklah kita berjaga-jaga kerana mencegah lebih baik daripada
mengubati.
Sesungguhnya, angka kes yang dilaporkan pasti akan meningkat dari sehari
ke sehari andainya tiada langkah proaktif yang dilakukan di rumah. Tiada guna
Kempen
Hapuskan
Aedes
jika
masyarakat
memandang
enteng
akan
pelaksanaannya. Ingatlah, 10 minit penentu sama ada selamat atau tidak anda
sekeluarga. Oleh itu, marilah kita bersama-sama memastikan agar penyakit
berbahaya ini tidak terus menghantui keharmonian negara kerana mencegah adalah
lebih baik daripada mengubati. Saya akhiri ceramah saya dengan serangkap pantun:
Subur merimbun cili api,
Dipetik sedahan oleh kera;
Kalau persekitaran dijaga rapi,
Denggi dihindar, diri sejahtera.

Anda mungkin juga menyukai