Anda di halaman 1dari 2

Berat & Jisim

Berat (weight) sesuatu objek boleh diukur dengan menimbang (weighing).


Kaedah ini juga digunakan untuk mengukur jisim (mass) sesuatu objek.
Dengan sebab itu,
Walau

berat dan jisim sering

bagaimanapun,

ia

sebenarnya

dianggap sebagai sama.

merupakan

dua

kuantiti

berlainan.

yang

Unit sukatan berat dan jisim ialah;


Berat - Newton / N

Jisim - kilogram / kg

Berat sesuatu objek adalah tarikan graviti bumi


pada objek tersebut. Manakala, jisim sesuatu
objek pula adalah kuantiti jirim dalam objek
tersebut.
Dengan sebab itu, kita perlu menggunakan penimbang / neraca yang berbeza
untuk mengukur berat dan jisim sesuatu objek.
Menyukat
berat
Berat (weight) sesuatu objek boleh diukur dengan neraca spring / neraca
mampatan (spring balance / compression balance). Ini adalah kerana tarikan
graviti bumi bertindak memanjangkan spring.

Neraca spring (Spring balance)

Neraca mampatan (Compression balance)

Menyukat
jisim
Neraca tiga palang / neraca tuas / neraca elektronik (triple beam balance / lever
balance / elektronic balance) digunakan untuk mengukur jisim (mass) sesuatu
objek. Jisim sesuatu objek itu adalah sama seperti 'jisim standard' (standard
mass) yang diperlukan untuk mengimbangi objek tersebut. Sukatan neraca
untuk jisim

tidak dipengaruhi oleh tarikan graviti (Jisim objek adalah

sentiasa tetap).

Neraca tiga palang/alur (Triple beam balance)

Neraca tuas (Lever balance)

Anda mungkin juga menyukai