Anda di halaman 1dari 5

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

" RIBA' PUNCA KEMELESETAN EKONOMI DUNIA "


(19 Disember 2008 / 21 Zulhijjah 1429H)

Hadirin Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Marilah kita perkasakan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan mengerjakan
segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita
mendapat keberkatan dan keredhaan-Nya di dunia dan di akhirat. Pada hari ini,
mimbar akan membicarakan tajuk: "RIBA' PUNCA KEMELESETAN EKONOMI
DUNIA".

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Krisis kewangan sistem ekonomi Barat yang bertunjangkan mekanisme riba', bunga
berganda dan penindasan, kini sedang melumpuhkan sektor perbankan dan ekonomi
Amerika Syarikat, Eropah dan beberapa buah negara lain dalam sekelip mata sahaja.
Usaha-usaha pemulihannya masih buntu serta belum ada tanda-tanda ekonomi
beransur pulih kembali.

1
Menurut Sheikh Abdul Aziz Al-Sheikh, Mufti Besar Arab Saudi bahawa krisis
kewangan sejagat yang dialami ketika ini berpunca daripada sikap mengabaikan
peraturan tuhan dan membenarkan amalan riba' yang diharamkan oleh Islam
berleluasa. Dalam masa yang sama, masalah ini telah membuka mata masyarakat
dunia kepada potensi sebenar kejayaan sistem kewangan Islam yang dilaksanakan di
Malaysia dan beberapa negara Islam lain di seluruh dunia dalam menangani
kemelesetan ekonomi.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Kini, adalah masa dan medan terbaik buat negara-negara Islam dan umatnya,
memperkukuh struktur dan produk kewangan Islam serta mengetengahkannya kepada
dunia sebagai pilihan utama kaedah pemulihan ekonomi dunia. Pertumbuhan sebanyak
15 peratus setahun sistem perbankan Islam, mencerminkan ia bakal menjadi peneraju
pasaran kewangan antarabangsa dengan ciri-cirinya yang tersendiri menyaingi sistem
kewangan Barat. Sistem kewangan Islam bersifat lebih adil kepada pelabur dan
pengusaha, di samping mampu melindungi sistem kewangan itu daripada krisis
kewangan dunia seperti yang berlaku sekarang ini.

Pada hakikatnya, sistem kewangan Barat sedang menuju kemelesetan dan


pendokongnya bakal berdepan dengan gelombang kemuflisan terbesar dalam sejarah
yang membuka peluang kepada sistem kewangan Islam diterjemahkan kepada
masyarakat dunia. Islam sangat mementingkan kesejahteraan umat dan sangat
memerangi segala bentuk sistem atau struktur yang berteraskan riba' yang
memudaratkan kehidupan manusia.

2
Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 278-279:

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah


dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang
yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman. Oleh itu, kalau
kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah
kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan Rasul-Nya, (akibatnya kamu tidak
menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah
pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada
sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa".

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Krisis yang dihadapi di Amerika Syarikat dan Eropah hari ini telah membuktikan
sistem kewangan Barat yang mengamalkan riba', terdapat begitu banyak kelemahan,
ketempangan dan ketidakseimbangan. Ini berbeza dengan sistem kewangan Islam
yang bebas riba', dilihat semakin kukuh dan mampu bertahan dalam apa jua keadaan.
Fakta ini disokong oleh ramai pengkaji yang mengakui kesan positif ekonomi dunia
kini beralih kepada sistem kewangan Islam yang berdaya tahan tinggi serta
mempunyai pelan dan dana jangka panjang seperti institusi zakat, wakaf, baitulmal,
sedekah, hibah dan banyak lagi di samping beberapa produk-produk baru dalam
produk ekonomi Islam.

Ini menjadikan sistem kewangan Islam secara asasnya tidak menerima kesan
langsung daripada krisis yang berlaku berdasarkan ciri-cirinya yang tersendiri seperti
adil, tidak membeban dan menindas pengguna serta berkongsi keuntungan dalam
segala aspek. Malah ini menjadi petunjuk kepada institusi kewangan dan perbankan
yang lain untuk mencontohi sistem perbankan Islam berdasarkan keupayaannya yang
terbukti berjaya.

3
Hadirin Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Mimbar ini ingin menarik perhatian para jemaah kepada satu kegiatan dalam sistem
ekonomi Barat yang bergerak dalam masyarakat hari ini ialah Ceti Haram. Ceti
haram atau along adalah agensi yang tidak berdaftar secara sah dengan Kementerian
Kewangan, tetapi bergerak secara aktif menipu dan memperdaya orang ramai dengan
tawaran pinjaman yang dikenakan bunga yang berganda. Terdapat ceti haram yang
telah menyalahgunakan lesen meminjam wang dan kadar bayaran yang dikenakan
kepada peminjam melebihi 18% setahun. Merujuk laporan Persatuan Pengguna Islam
Malaysia (PPIM), terdapat 1,600 kes ceti haram direkodkan dalam tempoh kurang dari
dua tahun di mana mereka memperolehi pendapatan sebanyak RM12 juta sehari.

Mimbar ini bimbang dengan keadaan kemelesetan ekonomi dunia yang akan
menyebabkan keretakan institusi keluarga, meningkatnya jenayah, bertambahnya kes
membunuh diri, menjual maruah diri, penindasan, keruntuhan moral dan sebagainya.
Justeru itu, semua pihak diseru agar sentiasa menyediakan perancangan kewangan
yang mapan melalui perbelanjaan berhemah dan menjauhi budaya berhutang dan riba'
bagi mengelakkan kehancuran masa depan individu, masyarakat dan negara.

Jalanilah hidup secara yang dituntut oleh Islam iaitu bersederhana dan mengikut
kemampuan diri. Amalkan budaya rajin berusaha kerana Allah SWT mengasihi
mereka yang bekerja dengan tangan sendiri dalam mencari rezeki yang halal. Islam
tidak menyekat umatnya mencari kesenangan asalkan ia dengan cara yang diredhai.

Hadirin Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Mengakhiri khutbah, mimbar ingin menyeru, marilah kita sama-sama berusaha


menjadikan ajaran dan nilai-nilai Islam sebagai teras ekonomi negara melalui langkah-
langkah berikut:

4
Pertama: Bersama-sama mendokong produk kewangan Islam yang sedang
dilaksanakan sekarang di samping berusaha memartabatkan sistem
ekonomi Islam;
Kedua: Bersama-sama melemahkan produk-produk kewangan Barat yang
bertentangan dengan syariat Islam, khususnya kegiatan ceti-ceti haram
yang sedang berleluasa di negara kita; dan
Ketiga: Meningkatkan kefahaman masyarakat tentang keistimewaan sistem
ekonomi Islam, dan bahaya sistem ekonomi Barat.

Anda mungkin juga menyukai