Anda di halaman 1dari 3

PENGENALAN

Sudah terang lagi bersuluh. Semakin hari, kita semakin menghampiri ambang 2020. Keadaan
ini menandakan permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat. Menurut
Kamus Dewan Edisi Keempat ( 2007 : 232) cabaran didefinisikan sebagai hasil mencabar iaitu
mempersoalkan dan mempertikaikan sesuatu unsur yang mencabar serta menguji kemampuan
dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi. Oleh itu, secara lateralnya cabaran
membawa maksud sesuatu hal atau perkara yang menguji kemampuan serta ketabahan
seseorang yang ada kaitannya dengan sesebuah organisasi. Dalam konteks perguruan,
profesion menjadi seorang guru perlu menyahut cabaran untuk melihat keupayaan seorang
guru dalam melaksanakan tugasannya bukan sahaja dalam bilik darjah namun di sekolah
secara amnya. Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahatir telah mengesyorkan Wawasan 2020
bagi membolehkan negara Malaysia menjadi salah satu negara yang moden pada tahun 2020.
Antara cabaran Wawasan 2020 kepada guru adalah menwujudkan masyarakat yang berjiwa
bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, menwujudkan dan
membangunkan masyarakat demokratik yang matang, mewujudkan masyarakat yang bermoral
etika, liberal dan bertolak ansur, saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahan tinggi dan
memandang ke depan, masyarakat penyayang dan budaya menyayangi. Dengan itu, guru
memainkan peranan yang penting dalam mencapai hasrat Wawasan 2020 dalam menghasilkan
insan modal yang berakhlak mulia. Pelbagai kajian telah dilakukan untuk mengenalpasti
cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru dalam profesion tersebut dan langkah-langkah untuk
mengatasi cabaran-cabaran tersebut.

CABARAN
Dalam keadaan masyarakat sedang mengalami proses pembangunan yang kian pesat kini ,
golongan guru juga tidak dapat dikecualikan daripada menghadapi pelbagai cabaran. Salah
satu daripada cabaran yang dihadapi oleh para guru ialah guru diberikan pelbagai jawatan yang
bukan sepatutnya dilakukan oleh seseorang guru atau mengajar subjek yang tidak berkaitan
dengan opsyen yang dibelajar. Hal ini mungkin menyebabkan kualiti pengajaran menurun jika
guru tidak mahir dalam subjek tersebut. Selain itu, tanggungjawab seseorang guru pada masa
kini bukan sahaja mengajar beberapa subjek yang tertentu tetapi seseorang guru juga terpaksa
memegang beberapa portfolio dalam sesuatu jawatankuasa atau memegang sesuatu jawatan

yang tidak berkaitan aktiviti pengajaran dalam kelas. Para guru juga terpaksa membuat kerjakerja perkeranian seperti mengisi borang, menaip surat dan menyediakan minit mesyuarat.
Guru juga memegang jawatan seperti penyelaras papan notis, penasihat persatuan, kelab dan
sukan. Kerja-kerja ini telah menyebabkan para guru menghadapi tekanan yang amat besar dan
ini akan menjejaskan kualiti pengajaran seseorang guru. Jelaslah bahawa guru pada era ini
menghadapi pelbagai cabaran dalam memikul tanggungjawab yang tidak berkaitan dengan
pengajaran dalam kelas. Seterusnya, seseorang guru juga menghadapi cabaran dalam
menyesuaikan diri dalam perkembangan era globalisasi terutamanya dalam penggunaan alatan
yang semakin canggih dalam sesi pengajaran. Bertitik tolak daripada itu, guru-guru pada masa
kini perlu memantapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang setaraf dengan perkembangan era
globalisasi yang dihadapi. Dahulu, teknologi dalam bidang pendidikan tidak berkembang pesat
seperti hari ini. Oleh itu, kebanyakkan guru-guru tidak berpeluang untuk mendedahkan diri
kepada teknologi dalam bidang pendidikan. Hal ini menyebabkan sebahagian guru tidak mahir
dalam menggunakan teknologi pada hari ini untuk pengajaran. Mereka juga menganggap
penggunaan ICT yang semakin canggih pada hari ini merupakan sesuatu yang komplex dan
tidak mudah untuk dipelajari. Hal ini haruslah dibendung kerana guru seharusnya mengikut
perkembangan semasa dan mengajar teknologi ini kepada pelajar. Sebagai contohnya, guru
perlu memahirkan diri dengan pengetahuan ICT agar dapat mendapatkan maklumat terkini
untuk mengajar pelajar dan memudahkan proses pengajaran. Dalam bidang pendidikan masa
kini,
interactive board
telah diperkenalkan di Intitusi Pendidikan Guru dan pada masa hadapan mungkin akan

diperkenalkan kepada sekolah-sekolah rendah. Oleh itu, guru haruslah mempelajari teknologi
ini agar dapat mengajar dengan lebih berkesan dalam kelas pada masa hadapan. Tuntasnya,
guru perlu menghadapi cabaran dalam usaha memajukan diri agar dapat mengikut
perkembangan semasa. Selain itu, para guru juga harus menimbangkan tentang kelayakan
akademik

mereka

sendiri.

Seorang

guru

yang

berkualiti

haruslah

mementingkan

profesionalisme dan berusaha untuk mempertingkatkannya. Hal ini demikian kerana


profesionalisme guru adalah berpusatkan kepada ilmu pengetahuan. Memandangkan guru
memainkan peranan penting dalam pembangunan negara, sifat kerja guru yang begitu khusus
memerlukan guru mempunyai kelayakan akademik minimum dan menghadiri program-program

latihan sebelum dan semasa perkhidmatan. Guru perlulah sentiasa mengemaskini kemahiran
dan pengetahuan dalam aspek pendidikan serta berusaha mengaplikasi kaedah-kaedah
pengajaran dan pendidikan terkini. Oleh itu, pihak berwajib telah menganjurkan kursus-kursus
pendidikan untuk mempertingkatkan keupayaan, ketahanan dan prestasi bagi mendepani
cabaran yang semakin kompleks ini. Sebagai contohnya, langkah KPM dalam menggalakkan
guru untuk meningkatkan kelayakan akademik melalui pelbagai program untuk membangunkan
kerjaya guru. Tetapi program-program seperti ini telah mendatangkan kesan negatif kepada
guru. Hal ini demikian kerana para guru tidak dapat menumpuhkan segala perhatiannya atas
pengajarannya dan pembelajaran murid-muridnya. Guru yang belajar sambil mengajar
menyebabkan mereka tidak dapat menyediakan aktiviti pengajaran yang lebih berkesan kepada
pelajar. Beban para guru juga akan menjadi lebih besar dan menyebabkan para guru berasa
tertekan dengan keadaan hidup mereka. Mereka bukan sahaja perlu menyediakan aktiviti
pengajaran seharian malah mereka juga perlu menyediakan diri untuk menghadapi peperiksaan
sendiri. Nyatalah bahawa guru menghadapi cabaran dalam meningkatkan kelayakan akademik
sendiri. Para guru pada era ini juga menghadapi cabaran yang melibatkan dasar-dasar yang
telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Sebagai contoh, Dasar
Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang telah dilaksanakan
mulai tahun 2002. PPSMI merupakan nama rasmi bagi salah satu Dasar Pendidikan Malaysia
yang menetapkan Bahasa Inggeris menggantikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa
pengantar mata pelajaran Sains dan Matematik di semua peringkat pendidikan. PPSMI
dilaksanakan dengan

Anda mungkin juga menyukai