Anda di halaman 1dari 32

BAB 1

ISLAM SEBAGAI ADDIN SATU CARA


HIDUP YANG SYUMUL

Objektif pengajaran :
Membincangkan konsep asas yang mendasari
Tamadun Islam iaitu Islam, Iman dan Ihsan.
Mendalami tentang asas-asas Islam iaitu
akidah, syariah dan akhlak.
Menerangkan tentang tujuan-tujuan syariat.
Mengetahui tentang keistimewaan dan ciri-ciri
Tasawur Islam.
Mengenalpasti pandangan semesta Islam
(World view Islam).
2

AGAMA
Bahasa : Din = pasrah, menyerah, tunduk,
perhitungan dan sebagainya.
Istilah Syarak : Ad-Din satu cara hidup
yang ditetapkan Allah SWT, mencakupi
segenap aspek dalam kehidupan manusia,
meliputi hubungan antara Allah SWT
dengan manusia dan alam.
3

Firman Allah SWT bermaksud :


Sesungguhnya agama (yang benar) di sisi
Allah ialah Islam. (Ali-Imran ; 19)
Dalam ayat lain, Allah SWT berfirman
maksudnya :
Sesiapa yang mencari agama selain daripada
agama Islam, maka tidak akan diterima (agama
itu) daripadanya, dan dia di akhirat nanti
termasuk dalam golongan orang-orang yang
rugi. (Ali-Imran ; 85)
4

ISLAM
Bahasa : Sejahtera, selamat, sentosa dan
kedamaian, taat dan patuh.
Istilah Syarak : * Patuh dan menyerah diri
kepada Allah dengan penuh kesedaran dan
kerelaan tanpa paksaan.
*Peraturan hidup yang mengatur cara hidup
manusia sebagaimana dibawa baginda
Rasulullah SAW
5

IMAN
Bahasa : Kepercayaan, ketenangan, keamanan.
Istilah Syarak : Kepercayaan dengan penuh
keyakinan terhadap Allah SWT dan
rukun iman yang lain.
* Kepercayaan mutlak mengandungi 3 unsur :
i)
Ikrar dengan lidah.
ii)
Tasdiq (membenarkan) dengan hati.
iii)
Amal dengan anggota sebagai
membuktikan keimanan kepada Allah
SWT.

IHSAN
Bahasa
: Berbuat baik.
Istilah Syarak : Menyempurnakan ibadah atas
wajah yang paling baik
serta
menunaikannya
menurut
garisan panduan
Islam yang
suci.
Cara Ihsan :
1. Ibadat seolah-olah kita melihatNya.
(Khusyu, tawadhu, menghadirkan diri dan
merendah diri).
2. Sekiranya tak boleh, yakin bahawa Allah
tetap melihat kita (Allah berada dimanamana).
7

ASAS-ASAS
ISLAM

AQIDAH

*RUBUBIYYAH
*ULUHIYYAH
*ASMA WA SIFAT

SYARIAH

*IBADAT
*MUAMALAT
*MUNAKAHAT
*JINAYAT

AKHLAK

*PEMBENTUKAN AKHLAK
*CIRI-CIRI AKHLAK
*ADAB-ADAB DLM ISLAM

ASAS-ASAS ISLAM
1. AQIDAH
Bahasa : simpulan, aqad, Itiqad.
Istilah syarak : Simpulan yang tetap atau
kepercayaan yang kukuh dalam diri manusia
yang berkaitan dengan ketuhanan dan
kepercayaan agama.
Contoh : 6 rukun Iman yang mesti diyakini tanpa
ragu-ragu, bukan untuk dihafal sahaja, malah
lebih daripada itu. Iaitu merealisasikan
kepercayaan itu dalam amalan hidup harian kita.
Aqidah Tauhid :

T. Rububiyyah, T. Uluhiyyah &


Tauhid Asma wa Sifat.
9

Carta kedudukan ilmu Aqidah


Aqidah
Rukun Iman

Pembatalan Iman

Syirik

Iman kepada Allah

Ilmu Tauhid

Iman kepada Malaikat

Rububiyyah
Uluhiyyah

Iman kepada Rasul

Asma wa Sifat

Iman kepada Kitab

Iman kpd Hari Qiamat

Iman kpd Qada&Qadar

10

Tauhid Rububiyyah.
Beriman kepada Tauhid Rububiyyah
bererti mempercayai Allah sebagai Rab
atau Pencipta dan Penguasa seluruh alam.
Ini juga bererti mengimani bahawa tidak
ada saingan dalam pemerintahanNya,
Allah adalah pemberi segala sesuatu dan
tidak ada sesiapa yang dapat melakukan
sesuatu kebaikan atau keburukan
11
melainkan dengan keizinanNya.

SIAPALAH
KITA ?
ALANGKAH
KERDILNYA KITA !

12

Tauhid Uluhiyyah
Persaksian terhadap rububiyyah Allah menuntut
manusia untuk beriman kepada Tauhid Uluhiyyah
melalui ibadat dalam ertinya yang sebenar iaitu
setiap perbuatan zahir dan batin yang dilakukan
semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah.
Oleh itu maksud Tauhid Uluhiyyah ialah
mentauhidkan Allah dari segi ubudiyyah iaitu
peribadatan atau penyembahan.
Bererti beritiqad bahawa Allah berhak disembah,
dicintai, dipatuhi dan tumpuan untuk meminta. Ini
bererti meletakkan seluruh percakapan, perbuatan
dan tingkah laku di atas petunjuk dan perintah
Allah SWT semata-mata.
13

Tauhid Asma wa Sifat


Adalah meyakini dan memahami akan
nama-nama Allah SWT yang baik-baik
serta sifatNya yang luhur dan tinggi.
Nama-nama dan sifat-sifat Allah SWT
itulah yang merupakan perantara yang
digunakan oleh Allah SWT agar
makhlukNya itu dapat bermarifat @
mengenali Allah SWT.
14

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya :


Allah itu mempunyai sembilan puluh
sembilan nama. Barangsiapa yang
menghafalnya*, ia masuk syurga.
Sesungguhnya Allah itu Maha ganjil (tidak
genap) dan cinta sekali pada hal yang ganjil
(tidak genap). (Riwayat Ibnu Majah).
*Menghafal nama-nama yang baik-baik itu
maksudnya ialah mengingatiNya,
menghadirkan makna dan ertinya dalam hati
serta merasakan sepenuhnya dalam jiwa
kita.
15

2. SYARIAH.
Perundangan atau peraturan-peraturan dan tatacara
mengerjakan ibadah dalam Islam merangkumi semua
aspek kegiatan hidup.

Ibadat

Munakahat
Perkahwinan

Pembahagian
Syariah
Islam

Muamalat
Hub. Sosial

Jinayat

Undang-undang
Jenayah

16

Bahasa : Tunduk, patuh, taat.


Istilah syarak : Ketaatan dan penyerahan diri
Kepada Allah semata-mata, demi mendapat
keredhaanNya.
- Segala apa yang dilakukan manusia adalah ibadah.
- Ruang lingkup ibadah luas.
Dua jenis
ibadat

Ibadah
umum

Ibadah
khusus

17

i) Ibadah umum
Ibadah yang tidak ditentukan sifat,
syarat dan peraturannya dlm al-Quran dan
Sunnah
Cth ; makan , minum, tidur dll.

ii) Ibadah khusus


Ibadah yang ditentukan syarat serta
peraturannya
dalam al-Quran dan Sunnah.
Cth ; Solat, puasa, zakat dan haji.
18

Syarat Sesuatu Amalan Menjadi Ibadat :

1. Diakui Islam, bertepatan dengan hukum syarak.


2. Niat yang baik kerana Allah & memberi manfaat
kepada seluruh ummah.
3. Dilakukan dengan sebaik mungkin bagi
menepati apa yang ditetapkan oleh Rasulullah
SAW sebagai mana Hadisnya bermaksud :
Sesungguhnya Allah suka apabila
seseorang dari kamu membuat sesuatu kerja
dengan memperelokkan kerjanya. (Riwayat
Muslim)
19

4. Ketika melakukan amalan tersebut


hendaklah sentiasa menurut hukumhukum syarak dan ketentuan batasnya.
Cth : menutup aurat @ timbangan.
5. Tidak mencuaikan atau meninggalkan
ibadah-ibadah khusus seperti solat,
puasa, zakat dan
sebagainya dalam
melaksanakan ibadah-ibadah umum.

20

Meliputi kegiatan hidup dalam beberapa


bidang, antaranya :
Sosial

Ekonomi

Politik

Kesenian

Falsafah

Pendidikan
21

Meliputi hukum-hakam yang berkaitan


dengan pembentukan keluarga yang
bahagia.
Pertunangan, pernikahan, tanggungjawab
Suami isteri dalam keluarga, hak-hak
suami isteri, perceraian, poligami dan
sebagainya.
22

Meliputi hukum-hakam yang berkaitan dengan


Undang-undang untuk mengawal perbuatan
Jenayah seseorang dalam sesebuah negara
Hukuman terbahagi kepada tiga jenis

Hudud

Tazir
Qisas

23

Hudud

Dari kata had ertinya pencegahan

Meliputi hukum yang telah tetap berkaitan dengan


jenayah berat seperti zina, menuduh zina, mencuri,
merompak, murtad, menderhaka kepada pemerintah
yang adil dan meminum arak.
Qisas
Meliputi hukum yang berkaitan dengan hukuman
balas balik yang setimpal bagi kes jenayah bunuh,
dan mencederakan anggota seseorang.

24

Tazir
Meliputi hukum bagi kesalahan ringan dan
kesalahan yang tidak dinyatakan hukumannya
secara terperinci dalam al-Quran atau Hadis
Rasulullah SAW.

Bentuk hukumannya adalah seperti


celaan, denda atau penjara.

25

3. AKHLAK.
Imam Ghazali menjelaskan bahawa akhlak
merupakan gambaran atau hal mengenai
keadaan atau suasana dalam jiwa manusia
yang sudah berada pada tahap kukuh dan
sebati.
Berdasarkan keadaan yang sudah sebati
tersebut muncul perbuatan atau perlakuan
secara mudah dan senang, tanpa pelaku
berkenaan perlu berfikir dan membuat apaapa pertimbangan lagi.
26

Akhlak dipandu oleh Sistem nilai :


Suatu sistem untuk menilai tingkahlaku manusia
berdasarkan hukum nilai yang ditetapkan oleh
Allah. Sistem nilai ini serba tetap serta mutlak
dan bersifat sejagat @ global.
Sistem nilai Islam :
i.
Wajib/fardu : Buat pahala & Tinggal dosa.
(Wajib buat)
ii. Sunat : Buat pahala & Tinggal tidak berdosa.
(Elok buat)
iii. Mubah/harus : Buat @ Tinggal tidak berdosa.
iv. Makruh : Buat tidak berdosa & Tinggal
berpahala. (Elok tinggal).
v. Haram : Buat berdosa & Tinggal berpahala.
(Wajib ditinggalkan).

27

ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP


(DUSTUR AL-HAYAT)
KENAPA ISLAM SESUAI ???
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.

Rasional : Fungsi akal - Bebas menggunakan akal tetapi


mesti dipandu & dibimbing oleh syariat.
Praktikal : Boleh dilakukan oleh semua manusia.
Realistik : Tidak beku @ dilaksanakan di mana-mana sahaja.
Cth : Undang manusia vs syariah.
Manusia sebagai hamba dan khalifah Allah SWT.
Islam sebagai halatuju kehidupan yang benar di sisi Allah.
Islam sebagai landasan sistem nilai dalam kehidupan.
Kelemahan akal manusia & perlukan panduan wahyu.
Kesedaran agama sebagai asas melakukan yang makruf.
Hubungan manusia dengan Allah SWT, sesama makhluk dan
28
alam sejagat.

KESAN PERIBADATAN KHUSUS DALAM


ASPEK KEMANUSIAAN DAN
KEMASYARAKATAN.

* Solat Jumaat =
* Sedekah
& zakat

* Puasa

Ukhhuwwah Islamiyyah
dan kekuatan Islam.
= Mengurangkan jurang
antara golongan kaya
dgn miskin.

Kesihatan dan kesabaran.


29

KESAN SOSIAL DARI


PENSYARIATAN ISLAM.
* Solat dapat mendisiplinkan manusia.
* Puasa menguji ketahanan fizikal serta
kesabaran.
* Menuntut ilmu menjadikan manusia
bertamadun dalam kehidupannya.

30

KESIMPULAN
DINAMIKA SYARIAT ISLAM SEBAGAI
FORCE KETAMADUNAN YANG MEMBAWA
KEPADA KEGEMILANGAN TAMADUN ISLAM
ZAMAN KEEMASAN.
ISLAM MEMBAWA KEPADA KEAMANAN ,
KEMAJUAN DAN PERMODENAN, HANYA
PENYELEWENGAN FAKTA MENYEBABKAN
ISLAM DIGAMBARKAN SEBALIKNYA.
TANDA KEKUASAAN ALLAH

31

LATIHAN 1
(ISLAM SEBAGAI SATU CARA HIDUP)

1.
2.
3.
4.
5.

6.
7.

Jelaskan takrif Islam.(2M)


Bezakan antara tauhid Rububiyyah dan Uluhiyyah.(4M)
Jelaskan dengan contoh cara ikhsan dilakukan
sebagaimana yang diajar oleh Baginda Rasulullah SAW.
(2M)
Huraikan dengan contoh TIGA perkara yang boleh
membatalkan aqidah.(6M)
Maksud Hadis : Allah itu mempunyai sembilan puluh
sembilan nama. Barangsiapa yang menghafalnya, ia
masuk syurga.
Berdasarkan petikan hadis di atas, huraikan maksud
perkataan menghafalnya, ia masuk Syurga.(3M)
Jelaskan dengan contoh TIGA hujjah kenapakah Islam
boleh dijadikan sebagai satu cara hidup. (6M)
Apakah signifikan peribadatan khusus kepada manusia
dan masyarakat? Jelaskan TIGA sahaja dengan contoh.
(6M)
32

Anda mungkin juga menyukai