Anda di halaman 1dari 22

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

(BMM 3117)

TAJUK 5: STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK


STRATEGI
KONSEP STRATEGI

Menurut kamus dewan (1998), strategi bermaksud rancangan yang teratur untuk
mencapai matlamat atau kejayaan.
Strategi juga bermakna kebijaksanaan dalam menguruskan sesuatu perkara
Dalam bidang pendidikan, strategi merujuk kepada kebijaksanaan memilih
pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam satu-satu
pengajaran berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditentukan.
Di dalam sesuatu waktu pelajaran, strategi P&P merangkumi perkara-perkara
berikut:
Penentuan pendekatan berdasarkan objektif pelajaran.
Pemilihan kaedah dan teknik mengajar berdasarkan pendekatan.
Penyusunan kaedah dan teknik mengajar secara sistematik dengan mengikut
prinsip dan teori pembelajaran.
Pengagihan masa dan langkah mengajar untuk setiap faedah dan teknik
mengajar yang telah disusun.
Pengagihan bahan murid mengikut keperluannya dalam setiap kaedah dan
teknik mengajar.
Pengurusan kelas mengikut pendekatan kaedah dan teknik mengajar yang
sesuai.
Strategi pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di peringkat sekolah
rendah menekankan penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pengayaan, dan
pemulihan. Ini selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dalam
Falsafah Pendidikan Negara.
Namun demikian, guru-guru adalah digalakkan untuk menggunakan pelbagai
kaedah mengajar yang sesuai dengan kebolehan murid.
Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran adalah bergantung kepada
pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu mengajar yang dapat

merangsang dan menggalakkan murid-murid berkomunikasi, berinteraksi, dan


berfikir.

PENGGABUNGJALINAN

Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan


pembelajaran. Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak.
Cara ini juga dapat mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran.
Kemahiran-kemahiran boleh digabungjalinkan, sama ada kemahiran yang
terdapat dalam kemahiran berbahasa atau kemahiran daripada mata pelajaran
lain.

PENYERAPAN

Dalam pengajaran bahasa Melayu, unsur-unsur ilmu dan nilai-nilai murni juga
boleh diserapkan. Penyerapan ini mengandungi pelbagai bidang ilmu seperti
sains, matematik, sejarah, dan lain-lain.

PENGAYAAN

Program pengayaan perlu diberi penekanan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah


Rendah kerana keadaan murid yang berbeza dari segi kebolehan, keupayaan,
bakat, dan minat.
Murid ini hendaklah diberikan bahan yang berbeza-beza untuk digunakan secara
bersendirian atau dengan bimbingan guru.
Bahan-bahan seperti bahan bacaan tambahan, kad-kad kerja, permainan, dan
bahan-bahan aktiviti boleh diberikan kepada murid yang telah menguasai

kemahiran-kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal


daripada jangka masa yang ditentukan.

PEMULIHAN

Program pemulihan disediakan untuk membantu murid menguasai kemahirankemahiran asas yang belum dapat dikuasai dalam tempoh masa yang
ditetapkan.
Bahan-bahan untuk program ini terdiri daripada kad-kad, carta, bahan maujud,
alat permainan, dan lain-lain yang boleh digunakan berperingkat-peringkat
daripada yang mudah kepada yang lebih sukar. Pelaksanaan program ini adalah
mengikut kadar kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran.

PENILAIAN

Penilaian dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan


pembelajaran. Penilaian merupakan suatu aktiviti untuk mendapatkan maklumat
yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran atau
pembelajaran.
Oleh itu, penilaian perlulah dijalankan berterusan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Hanya melalui proses penilaian berterusan dapat dipastikan jenis
tindakan susulan yang perlu diambil ke atas seseorang murid, sama ada untuk
menjalankan pemulihan atau pengayaan.
Dan setelah itu barulah dapat dipastikan jenis aktiviti pemulihan atau aktiviti
pengayaan yang sesuai bagi murid. Dengan cara yang sedemikian, selain
mengetahui tahap pencapaian, kelemahan murid dapat dipulihkan sebelum
kelemahan-kelemahan pembelajaran terkumpul di tahap yang lebih tinggi.
Rumusan

Pemilihan strategi haruslah berdasarkan pertimbangan terhadap teori


pembelajaran, pendekatan, kaedah dan teknik mengajar. Pemilihan dan
pengurusan strategi yang sesuai akan menghasilkan pencapaian objektif yang
berkesan.

PENDEKATAN

Pendekatan
Kamus Dewan (1998) pendekatan sebagai cara atau langkah-langkah bagi
memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas.
Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita ambil untuk
menuju sesuatu sasaran.
Dalam pengertian yang lebih luas pendekatan juga diertikan sebagi "to come
near to in any sense" atau jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu.
Pendekatan-pendekatan yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau
generalisasi yang tertentu.

PENDEKATAN PENGAJARAN BAHASA

INDUKTIF
DEDUKTIF
EKLEKTIK
KOMUNIKATIF
INDUKTIF

Pendekatan induktif bermula daripada spesifik kepada umum.


Menurut J.M Kierzek dan W.Gibson (1960), pendekatan induktif dimulakan
dengan sesuatu sebab atau contoh dan menuju ke arah sesuatu generalisasi.

Melalui pendekatan ini, guru akan memulakan pengajaran dengan memberi


sebanyak mungkin contoh khusus sehingga murid dapat membuat kesimpulan
berkenaan apa yang cuba disampaikan oleh guru.
Pendekatan ini sesuai digunakan dalam semua pelajaran bagi menggalakkan
murid berfikir perkaitan antara sesuatu.

Antara prinsip-prinsip penggunaan pendekatan induktif adalah menggunakan


contoh-contoh yang relevan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Ini adalah sebagai rujukan kepada murid untuk lebih memahami apa yang cuba
disampaikan oleh guru.

Selain itu, soalan-soalan akan disediakan untuk membimbing murid membuat


kesimpulan.

DEDUKTIF

Merujuk kepada cara pengajaran yang bermula dengan guru memberikan rumusrumus atau teori yang sudah diketahui umum.
Selepas itu, proses P&P diteruskan di mana para murid akan menganalisis
rumus-rumus yang didedahkan terlebih dahulu melalui contoh-contoh yang
dibentangkan.
Pendekatan deduktif merupakan jenis pengajaran yang bermula daripada umum
kepada spesifik.

Pendekatan ini merujuk kepada satu pembelajaran dimana murid bermula


dengan hukum yang umum dan digunakan dalam kes-kes tertentu.
Strategi Pengajaran Deduktif merupakan kaedah mengajar yang kompleks
kerana murid perlu memperolehi kefahaman yang mendalam /mencukupi serta
berupaya memilih rumus, hukum, teorem, peraturan yang telah dipelajari
dengan tepat untuk diaplikasi pada contoh-contoh khusus.
Dalam penggunaan pendekatan ini, guru memberitahu objektif pembelajaran
kepada murid-murid pada awal pengajaran.
Selepas itu, barulah mereka dibimbing supaya mengingati fakta dan ciri-ciri
tertentu yang berkaitan bagi membolehkan mereka menyelesaikan masalah atau
mendapat kesimpulan baru.
EKLEKTIK

Pendekatan eklektik menggunakan dua atau lebih kaedah yang menggabungkan


segala ciri yang baik daripada pendekatan tersebut dan menggunakannya dalam
satu-satu pengajaran dan pembelajaran.
Pendekatan eklektik dihasilkan dengan menggunakan gabungan pendekatan
indukif dan deduktif.
Pendekatan ini sesuai untuk kelas yang mempunyai murid pelbagai kebolehan.
Guru tidak terikat dengan mana-mana pendekatan secara rigid tetapi
pengajarannya lebih luas dan mudah diubahsuai mengikut kesediaan pelajar
waktu itu.
Sebagai contoh, guru boleh memulakan P&P dengan memberikan contoh dan
diikuti dengan kesimpulan.
Selain itu, proses P&P boleh diakhiri dengan memberikan contoh diikuti dengan
generalisasi.
Proses ini lebih menyerupai kepada pendekatan induktif.
Jika guru memulakan pelajaran dengan memberikan peraturan atau generalisasi
diikuti dengan contoh dan kemudian diakhiri dengan penerangan tentang
peraturan, maka ianya lebih kepada pendekatan deduktif.
Kesimpulannya, pendekatan eklektik ini sebenarnya dapat mengatasi kelemahan
dan kekurangan yang terdapat pada kedua-dua pendekatan induktif dan
deduktif.
Mengikut pendekatan ini, guru menjadi lebih fleksibel dan mampu
mengandalikan kelas mengikut kehendak dan keperluan murid.

KOMUNIKATIF

Pendekatan komunikatif merupakan pendekatan yang berpusatkan murid iaitu


berfokuskan kepada bentuk-bentuk komunikasi iaitu seperti meminta maaf,
bercerita ataupun melapor.
Situasi ini berlaku dalam amalan masyarakat sehari-hari.
Melalui pendekatan ini, penekanan tentang penyerapan bentuk gramatikal
adalah bagi tujuan komunikasi.
Pendekatan ini wujud kerana didapati pendekatan lain lebih mementingkan
penguasaan bahasa pada peringkat membina ayat-ayat yang betul secara
pencilan yang terkeluar daripada konteks wacana.
Hasilnya, murid tidak menguasai kecekapan berkomunikasi.
Penguasaan komunikasi adalah perlu agar murid dapat membuat pemilihan
struktur ayat yang betul mengikut konteks bahasa.
Dalam pendekatan komunikatif ini, beberapa prinsip perlu dipatuhi oleh guru
agar murid dapat menggunakan bahasa yang betul dalam berkomunikasi
antaranya ialah murid perlu mengetahui aktiviti yang dilakukan dan guru
haruslah merancang terlebih dahulu aktiviti agar murid menggunakan bahasa
dalam berkomunikasi.
Selain itu, pengajaran bahasa dibuat dalam konteks wacana dan guru perlu
mengajar bahasa yang melampaui batas ayat agar pelajar dapat berkomunikai
secara berkesan.
Pengajaran bahasa lebih mengikut proses komunikasi sebenar iaitu seperti
perbualan dalam kehidupan sehari-hari.
Rumusan yang boleh dibuat ialah pendekatan merupakan sesuatu yang agak
umum dan ia seolah-olahnya menunjukkan sesuatu haluan tetapi tidak
menerangkan bagaimana caranya untuk menuju haluan itu.
Cara-cara yang digunakan untuk menuju arah yang ditetapkan oleh sesuatu
pendekatan pengajaran adalah kaedah-kaedah pengajaran.

Pendekatan Pembelajaran Bahasa

Berpusatkan Murid
Berdasarkan Bahan
Pemebelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan Masalah
Pembelajaran Berasaskan Aktiviti
Pembelajaran Berasaskan Situasional/Senario
Pembelajaran Berasaskan Permainan

Pendekatan berpusatkan murid

Pendekatan pembelajaran berpusatkan murid berlaku apabila murid memainkan


peranan penting dalam proses pembelajaran.
Murid-murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran
mereka. Murid-murid diberi peluang untuk maju mengikut kadar keupayaan
mereka sendiri. Sehubungan dengannya aktiviti pemulihan dan pengayaan
merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran.
Guru merupakan seorang pemimpin yang memandu murid-murid menjalankan
aktiviti pembelajaran sama ada secara kumpulan atau individu.
Banyak masa diperuntukkan untuk murid melaksanakan sesuatu aktiviti.

Pendekatan berpusatkan bahan

Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, bahan pelajaran sangat penting.


Guru atau murid bergantung sepenuhnya kepada penggunaan bahan pelajaran
untuk mencapai objektif pelajaran.

Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan kecekapan dan


kemahiran menggunakan bahan pelajaran untuk mencapai objektif pelajaran.
Pendekatan ini menekankan perkembangan kognitif, jasmani dan rohani.
Penggunaan bahan mengajar akan membantu murid memahami konsep yang
abstrak dengan lebih jelas.

Pendekatan berasaskan projek

Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, pendekatan berasaskan projek


boleh membantu guru untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih
berkesan dan menarik.
Dalam pendekatan berasaskan projek, pengajaran dan pembelajaran akan lebih
menarik apabila guru dan murid dapat mengalami sendiri sesuatu situasi
pembelajaran melalui projek yang dilaksanakan.

Pendekatan berasaskan masalah

Pengajaran dan pembelajaran berasaskan masalah memerlukan seseorang guru


secara kreatif menimbulkan situasi, keadaan dan fenomena yang boleh
mendorong minat dan kecenderungan murid menggunakan fikiran dan
kemahiran berbahasa untuk menyelesaikan masalah.
Guru menentukan tujuan, mengagihkan murid dalam kumpulan dan menentukan
tugasan untuk menyelesaikan masalah.

Pembelajaran berasaskan aktiviti

Melalui pendekatan ini murid-murid bergerak aktif secara fizikal dan mental bagi
tujuan melaksanakan tugasan mereka dalam aktiviti tertentu. Dengan demikian
minat dan kecenderungan murid sentiasa terarah untuk terlibat secara langsung
dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru.
Pembelajaran berasaskan aktiviti boleh meningkatkan keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran guru bahasa Melayu di sekolah-sekolah.
Pembelajaran berasaskan situasional

Pendekatan ini mementingkan penggunaan objek secara konkrit, gambar-gambar


dan bahan-bahan maujud serta gerakan tingkah laku yang boleh membantu
menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran bahasa.
Guru hanya bertindak sebagai model dan menyediakan latar situasi yang dapat
menciptakan struktur bahasa sasaran dan kemudian mengemukakan contohcontoh untuk diikuti secara berulang untuk mengukuhkan pembelajaran.

Pembelajaran berasaskan permainan

Dalam pendekatan ini pengajaran dan pembelajaran seolah-olah hidup dengan


permainan-permainan yang disediakan. Murid-murid akan mengalami sendiri
aktiviti permainan yang dilaksanakan.
Murid-murid akan mudah memahami apa yang guru ajarkan melalui permainan
yang disediakan dengan menarik dan berkesan. Murid-murid dapat
berkomunikasi dengan berkesan dan melahirkan perasaan dengan menggunakan
bahasa dan aksi

KAEDAH

Definisi Kaedah
Kaedah merupakan satu siri tindakan guru yang sistematik yang bertujuan untuk
mencapai objektif pengajaran yang telah ditetapkan.

Kaedah adalah lebih bercorak jangka pendek dan merupakan usaha keseluruhan
yang terdiri daripada prosedur tersusun serta berdasarkan sesuatu pendekatan
yang dipilih.Kaedah juga digunakan bagi mendokong pendekatan dipilih.
Kaedah merupakan langkah-langkah atau peringkat-peringkat pengajaran yang
tersusun rapi dan kesinambungan yang harus dituruti dengan saksama bagi
mencapai sesuatu objektif pengajaran (Mangantar Simanjuntak, 1982:72).

Kaedah

Penerangan

Kaedah Natural

Kaedah ini berasaskan penggunaan bahasa dalam situasi komunikatif seperti


yang berlaku dalam pedekatan-pendekatan tradisional. Kaedah ini kurang
menekankan rujukan kepada analisis gramatikal, latih tubi gramatikal atau
kepada teori tatabahasa tertentu.

Kaedah Nahu Tradisional

Kaedah nahu tradisional ini diajar untuk membolehkan pelajar memahami nahu
sesuatu bahasa dan juga melatih pelajar menulis menggunakan bahasa yang
betul. Kaedah ini juga, membolehkan pelajar menterjemahkan bahasa asing ke
bahasa natif dan sebaliknya. Ia juga bagi melengkapkan pelajar dengan
perbendaharan kata yang luas yang dapat digunakan dalam penulisan.

Kaedah Terus

Kaedah ini mula diperkenalkan oleh Michell West dan Harald Palmer antara
tahun1920-1935. Kaedah ini dikatakan sama dengan kaedah askar kerana
pernah digunakan untuk melatih pegawai tentera dan diplomat dalam Perang
Dunia Kedua. Kaedah terus mengutamakan prinsip-prinsip mengajar yang
berdasarkan psikologi kanak-kanak.

Kaedah Ajuk Hafaz

Kaedah ini adalah kaedah pengajaran dilakukan secara demonstrasi dan latih
tubi. Pengajaran demonstrasi harus berkaitan dengan tatabahasa, pertuturan,
perbendaharaan kata melalui guru bahasa atau penutur jati. Tatabahasa diajar
secara menghafaz beberapa ayat asas melalui ajukan dan maknanya diberi
dalam ungkapan biasa dalam bahasa ibunda.

Kaedah

Penerangan

Kaedah

Linguistik

Kaedah ini adalah merupakan kaedah mengajar bahasa moden secara saintifik
iaitu dengan membandingkan antara dua bahasa. Pengetahuan bahasa muridmurid harus tertumpu kepada bentuk dan fungsi bahasa itu disamping aspekaspek lain seperti bunyi, susuk ayat, makna, dan lain-lain. Kaedah ini lebih
mendahului bentuk daripada makna.

Kaedah

Kod

Kognitif

Kaedah ini lebih menekankan bentuk dan makna. Seseorang yang ingin
mempelajari sesuatu bahasa harus mengetahui sistem bahasa berdasarkan
kepada hukum-hukum dan norma-norma tertentu dalam ilmu tatabahasa.

Kaedah

Bahasa

Komuniti

Pembelajaran bahasa komuniti atau Community Language Learning merupakan


cara pembelajaran bahasa yang diasaskan oleh Charles A.Curran bersama
dengan rakan-rakannya. La Forge (1983) murid Curran meluaskan teori CLL.
Beliau mengesahkan bahawa teori bahasa mestilah bermula daripada ciri-ciri
bunyi, ayat dan model-model abstrak bahasa. Seorang pelajar bahasa perlu
memahami sistem bunyi, makna yang ditetapkan dan tatabahasa bahasa itu.

Kaedah

Oral-

Aural

Kaedah ini diajar adalah bagi tujuan membolehkan pelajar memperkembang


keempat-empat kemahiran bahasa iaitu Kemahiran mendengar, Kemahiran
bertutur, Kemahiran menulis dan Kemahiran membaca. Kaedah ini merupakan
kemahiran lisan asas untuk pembelajaran membaca dan menulis. Ia
membolehkan pelajar memahami kebudayaan asing melalui pengalaman dalam
bahasa.

TEKNIK

Definisi
Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu
hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya.

Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau


strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasl segera yang
maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu.
Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya
Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai
pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di
mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.
Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi
menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajarpelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan
dan seirama dengan pendekatan yang dianuti.

Teknik-teknik Pengajaran Bahasa

Teknik main peranan


Teknik permainan bahasa

Teknik latih tubi


Teknik bercerita
Teknik simulasi
Teknik drama
Tujuan Teknik

Menarik minat murid


Mengekalkan perhatian
Membangkitkan rasa ingin tahu
Teknik Latih - Tubi

Teknik latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang
dipelajari.
Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran disampimg menjamin
kekekalannya.
Ia sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa Melayu.
Boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran
menyebut perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting.
Melalui teknik ini murid akan mengalami proses mendengar, melihat,
memikirkan maksud perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi yang
penggunaan perkataan-perkataan itu.
Berasaskan pengajaran bahasa dengar dan sebut (audiolingual) yang biasanya
digunakan dalam pengajaran bahasa kedua.

Teknik Simulasi

Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai


keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri
berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan
masalah, isu atau tugasan semula.
Melalui teknik ini murid-murid dapat menggunakan kemahiran belajar seperti
mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan individu tertentu
dan mencatat isi-isi penting.
Dalam proses ini murid digalakkan untuk memberi pendapat, cadangan,
membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang
dipertanggungjawabkan.
Memberi peluang kepada murid mengalami sendiri situasi dan masalah.
Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan
dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan membaca dan menulis.
Dapat mewujudkan pelbagai aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi
kepada murid untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran.
Teknik Main Peranan

Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau


peristiwa yang dianggap penting.
Murid diberi peranan dan bertindak sebagai watak-watak yang ditentukan dalam
satu situasi yang disediakan.
Main peranan ialah dramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan skrip,
dimana pelakon-pelakon cuba menyelesaikan atau menjelaskan situasi kepada
kepada murid-murid lain supaya mempraktikkan kepada diri mereka berdasarkan
peranan yang dimainkan secara spontan.
Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai. Masalah
ini dikemukakan kepada murid dengan cara membacakannya atau
memperlihatkannya melalui filem, televisyen, mendengar rakaman dan
sebagainya.
Teknik Sumbangsaran

Teknik ini dikenali juga sebagai percambahan fikiran (brainstorming) yang


merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan
menyumbangkan pendapat dan idea.
Boleh diaplikasikan sebagai aktiviti permainan bahasa pada peringkat sekolah
rendah dan berkembang menjadi aktiviti perbincangan yang lebh serius dan
kompleks pada peringkat sekolah menengah, universiti dan latihan profesional.

Menekankan pengeluaran idea daripada pembelajaran yang kretif dan bukan


pembelajaran secara analitis.

Teknik Permainan Bahasa

Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui
teknik permainan.
Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada murid
memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat
dianogstik.
Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran
berbahasa pelajar antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan
menulis.
Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan
dalam sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara
khususnya.

Teknik Bercerita

Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina


kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik
minat dan perhatian pelajar.
Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat
disampaikan.
Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca
dan menulis di kalangan pelajar.
Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan,
kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik
persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata.

Suara memainkan peranan yang penting di mana ia harus di kawal supaya


jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan.

Teknik Drama

Sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan


pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual.
Tujuan utama adalah untuk melatih murid menggunakan unsur bahasa, unsur
paralinguistik (jeda, nada dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka, gerak
tangan, kepala dan dll) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau
perbuatan.
Penggunaannya dapat mendorong dan merangsang murid untuk
menghubungkan perasaannya dengan matapelajaran yang dipelajarinya.
Murid bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan berkongsi
sesuatu.
Drama berperanan sebagai ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat
bantu pengajaran dan pembelajaran.
Dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada
murid, disamping dapat menyuburkan sahsiah murid.

BANDING BEZA CIRI-CIRI STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK

STRATEGI

PENDEKATAN

KAEDAH

TEKNIK

Berdasarkan pertimbangan terhadap teori pembelajaran, pendekatan kaedah


dan teknik mengajar

Bercorak abstrak

Bersifat konkrit

Lebih khusus atau spesifik

Rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan

Satu pandangan, pendirian, pegangan atau falsafah bagi melihat, memahami


dan mendekati sesuatu perkara

Cara mengajar yang disusun dan dilaksanakan untuk mengajar kemahiran


bahasa

Wujud dalam bentuk aktiviti, strategi atau taktik dan bahan atau alat yang
berkaitan

Strategi penggabungjajalinan kemahiran

-strategi

penyerapan nilai-nilai murini dalam pengajaran

Pendekatan empirisis

-pendekatan rasiomalis (mentalis

-pendekatan komunikatif

-kaedah tubi

-kaedah terus

-kaedah dengar dan sebut

-kaedah bersiri

-kaedah terjemahan

-kaedah tentera

-teknik kloz

-teknik bacaan nyaring

-teknik bercerita

-teknik drama

-teknik korus

-teknik dialog

PENUTUP

Kebolehan murid melibatkan diri dalam situasi pengajaran dan pembelajaran


bermakna di dalam bilik darjah merupakan kehendak standard untuk setiap
warganegara yang bertanggungjawab dalam masyarakat moden dan
demokratik.
Kita harus melahirkan murid sebagai pemikir berkesan dan ini merupakan
matlamat penting dalam dunia pendidikan.
Jika kita inginkan murid bertidak secara efektif dalam setiap aktiviti yang
dianjurkan, maka kita perlu menyesuaikan pendekatan, kaedah dan teknik yang
digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Bibliografi

http://www.slideshare.net/artventure/bme-3102-konsep-strategi-pendekatankaedah-kump-syafiq-presentation

http://www.tutor.com.my/tutor/archives/CADfPP/HSP/UPSR/BM/

http://www.scribd.com/doc/49253307/Kaedah-Pengajaran-Bahasa-Melayu

Anda mungkin juga menyukai