Anda di halaman 1dari 1

Pengenalan

Peluang perniagaan makanan takoyaki atau bebola sotong kurita ini mulai menjadi trend di dunia
perniagaan ketika ini. Kiosk atau gerai menjual takoyaki banyak ditemui di kawasan shopping
mall atau supermarket. Sebahagian daripadanya menggunakan nama sendiri, dan sebahagian
lagi berbentuk perniagaan franchise.
Amat menarik untuk mengetahui lanjut tentang perniagaan takoyaki. Perniagaan makanan yang
berasal dari Jepun ini semakin banyak dibuka terutamnya di pusat-pusat Bandar seperti Kota
Kinabalu.
Setelah mencuba jualan beberapa penjual takoyaki di kawasan Kota Kinabalu, rata-rata para
peniaga takoyaki ini menjual pada harga RM3.80 sekotak berisi 3 biji. Apabila membandingkan
resepi takoyaki dengan perusahaan makanan lain, dari segi modal, keuntungannya sangatsangat memberangsangkan.
Bahan-bahan asas untuk membuat takoyaki amat ringkas. Mungkin satu-satunya bahan yang
agak mahal adalah sotong kurita. Bahan-bahan lain sederhana kosnya.
Makanan Takoyaki ini digemari oleh semua peringkat umur tidak kira tua mahu pun kanak-kanak
kerana kelazatannya. Makanan ini enak di makan ketika masih panas.

Anda mungkin juga menyukai