Anda di halaman 1dari 6

TIADA PEMBAZIRAN

Allah s.w.t memberi ancaman dalam Al-Quran, ayat 27 Surah Al-Isyra iaitu:

Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara


Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk Yang sangat kufur kepada Tuhannya.
Bagaimana hanya dengan membazir, kita boleh menjadi saudara-saudara Syaitan?
Sedarilah bahawa dalam diri Syaitan adanya sifat takabbur, meninggi diri. Manakala
perbuatan membazir itu biasanya didasari oleh perasaan merasa mempunyai
kelebihan, jika membazir pun tiada apa-apa yang terkurang padanya. Perasaan itu jika
dibiarkan boleh menghampiri kepada sifat meninggi diri yang sangat dilarang.
Pada takrif umum membazir adalah berlebih-lebihan daripada kadar
sepatutnya. Contohnya:
1. membuka pili air dgn lama sedangkan air yg digunakan hanya sedikit
2. mengambil makanan yang banyak tetapi akhirnya tak habis dimakan.
3. Membazir dalam harta pula adalah membelanjakan wang dengan
berlebih-lebihan atau pada tempat yang tak kena pada nilainya.
4. Membazir masa,
5. Membazir tenaga eltrik
6. Membazir pemikiran dan sebagainya.
Namun, saya rasa masyarakat tidak berapa jelas tentang konsep
membazir ini, terutama apabila dikaitkan dengan amalan syaitan. Ini
kerana pembaziran yang sering ditekan-tekankan adalah berkenaan
membeli rumah, makanan, pakaian, gasoline dan material-material
fundamental sebegini, yang masih boleh dijustifikasi sekiranya mampu
atau memerlukan consumption lebih. Jadi, kita tidak nampak di mana

perkaitannya dengan syaitan lalu tidak terkesan dengan


pengisytiharaan ayat 17:27. Seorang Muslim perlu tahu apakah hakikat
membazir dan bagaimanakah sesuatu consumption boleh dikatakan
membazir. Kritikalnya seorang Muslim perlu mengetahui adalah kerana
Allah SWT melabelkan pembazir itu sbg saudara Syaitan. Ini
merupakan satu label yang sangat sangat menghinakan, di mana Rabb
Pencipta yang disembah sekalian alam meng-adik-beradik-kan
manusia dgn makhluk yang paling dilaknati dan dimurkaiNya.
Takkanlah dengan sekadar makan lebih, terlebih beli barang, bil
elektrik tinggi, tiba2 Allah cap sebagai saudara Syaitan.. Atau
seseorang yg melepaskan diri dari semua tadi dgn ber-diet atau
berpuasa atau guna NGV utk keretanya terus terselamat dari status
tersebut? Jadi, perlulah kita teliti hakikat membazir sehingga ia
menjunamkan manusia ke status yang menghampakan itu.. Alamak,
kena save ni, bulan depan nak pegi konsert! Imam Syafie telah
memberi satu takrif membazir yang pada saya lebih real, dan
menepati ayat 17:27. Beliau mendefinasikan pembaziran sebagai
membelanjakan harta bukan pada jalan kebenaran; in other words,
berbelanja di jalan kemungkaran. Yakni, spend utk melakukan maksiat,
kerosakan alam dan masyarakat, kerosakan jiwa dan iman, dan
perkara sia-sia lain yang dibenci Allah; tak kira dalam bentuk harta,
masa, hidup, tenaga, umur, fikiran, cinta dan lain-lain nikmat kurniaan
Allah, tetapi disalurkan kepada kemungkaran. Contohnya spend untuk
ke disco, karaoke, wayang, CD atau DVD cerita atau lagu yang tak
bermanfaat lagi mengarut, mahupun setiap Megabyte dan minit untuk
mendownloadnya di internet, spend beli hadiah untuk
girlfriend/boyfriend, membeli dan membaca novel dan komik tahyul,
rokok, menyumbang kepada Yahudi, tiket konsert, kos penganjurannya
(konsert), penganjuran aktiviti mengajak orang ramai menjauhi Islam
dan perkara-perkara mungkar lain seumpamanya. Inilah hakikat
pembaziran! Walaupun pada majoriti masyarakat hari ini, spend di

jalan ini merupakan keperluan semasa, tanggungjawab


pembangunan sosial, malah ada yang menganggapnya sebagai
khidmat pulangan kepada masyarakat. Tapi hakikatnya, segala yang
membawa kepada kemungkaran adalah pembaziran yang sejati.
Membazir! Walaupun sekecil seputung rokok; Ini kerana Syaitan
menggunakan dari sekecil-kecil kepada sebesar-besar tenaga dan
effort-nya untuk Mungkar. Oleh kerana itu, pembazir itu dilabel sebagai
saudara Syaitan. Bukan sepupu atau bau-bau bacang, tapi saudara
Syaitan. Kata saudara itu sendiri menggambarkan keserupaan dan
betapa dekatnya golongan pembazir ini dengan Syaitan (Ust Zawawi
Yusuf, 2008). Maka, apabila Allah sudah isytihar "Wa kaana asySyaitanu liRabbihi kafuura", mengapa manusia masih ingin menjalin
hubungan persaudaraan yang akan membawanya kepada kekufuran
lalu menjadi makhluk yg dilaknat Tuhannya? ...... Benarlah juga:
Membazir boleh dalam bentuk wang, harta, masa, hidup, umur,
tenaga, ilmu, cinta, fikiran, kerja, hati, ingatan dan sebagainya (Ibnul
Qayyim). Segala sesuatu jika ditujukan untuk mengingkari Allah, ianya



telah menjadi pembaziran yang merugikan.








Syaitan Telah












menguasai mereka lalu menjadikan mereka lupa mengingati Allah;
mereka Itulah golongan syaitan. Ketahuilah, bahwa sesungguhnya
golongan syaitan itulah golongan yang rugi. [58:19] Berapa ramai
sahabat Nabi, yang sebelum memeluk Islam, mereka menghabiskan
wang, tenaga, masa dan pemikiran untuk menentang Islam.. tetapi
setelah memeluk Islam, mereka bertekad untuk menggandakan apa
yang mulanya digunakan untuk menentang Islam, tapi kini untuk
mengembangkan dan mempertahankan Islam. Contohnya Ikrimah &
Khalid RA. Mereka sedar expenditure mereka sebelum ini adalah
pembaziran yang merugikan.. lalu mereka ingin membayar ganti rugi
diri mereka dgn memberi bayaran yang sama atau berganda untuk
Islam! Jumhur ulama mengatakan tidaklah pula dikatakan membazir

jika perbelanjaan itu dilakukan pada pekerjaan atau amal kebajikan


dan kebenaran. Kerana itu, bagaimana pendapat anda tentang Abu
Bakr dan Suhaib Ar-Rumy yang telah mengorbankan seluruh-luruhluruh harta benda mereka untuk Allah.. adakah ia merupakan
pembaziran? Pada saya, merekalah orang yang paling cermat
berbelanja.. Orang yang menyimpan duit untuk melakukan maksiat
bukan berjimat cermat. Mengikat perut untuk membeli tiket konsert
bukan berjimat. Mengumpul duit untuk belanja girlfriend/boyfriend
bukan berjimat. Alhamdulillah, aku dah save duit scholar banyak dah..
lepas ni cukup la duit nak beli buku Harry Potter 10 set Oleh itu, para
pembaca sekalian, selepas ini, berhati-hatilah dalam perbelanjaan dan
consumption anda. Pastikan anda tidak membazir! Rancanglah
perbelanjaan anda ke jalan kebenaran dengan memenuhi hak-hak
Allah, Rasul, dakwah, keluarga, diri sendiri dan ummah. Kalaulah di
hujung bulan pun poket anda kosong dan badan anda letih..
sekurang2nya anda tidak "membazir"..

Ibnu Qayyim al-Jauziyah mengatakan ada sembilan pembaziran yang sering dilakukan
manusia iaitu :1. Ilmu Pengetahuan
Ilmu pengetahuan dibazirkan jika tidak diamalkan untuk jalan kebaikan.
2. Amalan
Amalan dibazirkan jika dilakukan tidak dengan hati yang ikhlas.
3. Kekayaan

Kekayaan dibazirkan jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak
diredai Allah .
4. Hati
Hati dibazirkan jika kosong daripada kasih kepada Allah .
5. Tubuh Badan
Tubuh badan dibazirkan jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah
.
6. Cinta
Cinta dibazirkan jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta
kepada-Nya.
7. Masa
Masa dibazirkan jika tidak diurus sebaiknya.
8. Akal
Akal dibazirkan jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama.
9. Zikir
Zikir dibazirkan jika tidak memberi kesan kepada hati.

Sama-samalah kita memperbaiki diri, periksa diri kita, adakah kita sering membazir?
Di bawah ini dikongsikan beberapa tips berjimat-cermat ketika di pejabat.
1. Matikan PC ketika keluar bermesyuarat dan waktu keluar makan tengahari.
Gunakan fungsi hibernate jika ingin mudah menyambung kerja selepas PC
dimatikan.

2. Matikan PC selepas waktu pejabat, bila pulang ke rumah. Ramai ingin mudah
terus sambung kerja esok paginya, tetapi sebenarnya pembaziran telah berlaku
lebih 12 jam tanpa PC digunakan.
3. Kurangkan tahap kesejukan penghawa dingin. Tidak perlu set terlalu sejuk, tetapi
penggunanya sendiri memakai jeket tebal kerana kesejukan.
4. Kurangkan penggunaan lampu. Ada pejabat terang-benderang hinggakan untuk
satu meja pegawai memerlukan tiga lampu pendaflour panjang yang sebenarnya
cukup sekiranya hanya satu saja dihidupkan.
5. Tidak mencetak e-mail yang tidak perlu.
6. Mencetak menggunakan recycle paper sekiranya cetakan bukan untuk tujuan
rasmi.

Anda mungkin juga menyukai