Anda di halaman 1dari 76

BAHASA MELAYU

KOMUNIKASI
(KOMUNIKASI BERTULIS)

PENULISAN
Kegiatan

merakamkan
idea,
pandangan atau pendapat dalam
bentuk lambang-lambang bertulis
untuk disimpan atau digunakan
pada masa hadapan.
Dilakukan
secara spontan atau
terancang.
Penulisan yang baik akan dan
sempurna
akan
melibatkan
beberapa faktor seperti:

Isi

atau Fakta
Gaya dan Laras
Pengolahan
Bahasa

Fakta
Isi

yang hendak dipamerkan bagi


tatapan pembaca
Bagi karya berbentuk ilmiah, fakta
yang
diketengahkan
mestilah
berdasarkan sesuatu yang dapat
dipegang kebenarannya.
Digarap melalui pembacaan, hasil
penyelidikan
ataupun
daripada
pengalaman penulis.
Faktor
faktor tersebut diadun,
disusun dan dirancang persembahan
sebelum ia dapat diketengahkan.

Fakta

yang sempurna mempunyai nilai


kebolehpercayaannya yang tinggi.
Pandangan
dan
pendapat
yang
berasaskan prinsip, falsafah, ideologi
dan teori-teori juga merupakan bahanbahan yang dapat digunakan sebagai
fakta.
Paling
penting,
fakta-fakta
yang
dipamerkan hendaklah jelas, bermutu,
terbukti kesahannya, meyakinkan dan
dapat disampaikan secara mudah, logik,
dan penuh bertanggungjawab.

Gaya
Stail

atau cara sesebuah penulisan


itu diolah dan disampaikan.
Melibatkan
penggunaan
bahasa
yang tertentu yang biasanya diadun
dengan pengolahan yang menarik
dan berkesan.
Gaya
yang menarik dan baik
meransangkan
pembaca
dan
memberikan impak yang mendalam
kepada para pembaca.

Laras
Ditujukan

kepada penggunaan
bahasa mengikut bidang-bidang
tertentu dan berdasarkan konteks
dan situasi tertentu.
Laras
berubah-ubah mengikut
situasi.
Laras
bahasa
yang
berbeza mempunyai kepentingan
yang tersendiri dalam fungsi
perlakuan sosialnya.

Adalah

penting untuk mengenali


laras utama bahasa Melayu. Apabila
kita dapat membezakan laras formal
dengan laras yang tidak formal, kita
dapat
mengelak
daripada
menggunakan laras yang tidak
sesuai dengan situasi tertentu.
Pengetahuan
ini
penting
dan
berguna kepada mereka yang sering
terlibat dengan saluran media cetak,
penulis, penyair dan sebagainya.

Pengolahan
Kebolehan

seseorang
memerihalkan
sesebuah penulisa secara menyeluruh.
Melibatkan
bahasa dan penggunaannya
secara berkesan, serta melibatkan format dan
bentuk.
Pengolahan
yang baik dan sempurna
mempunyai kesepaduan, kesinambungan,
ketertiban dan pertalian.
Dapat membantu penulis memberi gambaran
yang jelas dan menggerakkan ransangan
serta
daya
berfikir
pembaca
dengan
sempurna. Dengan kata lain, penulisan akan
menjadi lebih matang, menarik dan berkesan.

Bahasa
Haruslah

mudah dibaca, ditelahi


dan dinikmati.
Penulis haruslah peka terhadap
bahasa
dengan
menjaga
penggunaan
bahasa
yang
digunakan agar ia menarik dan
mudah dinikmati.

JENIS-JENIS TEKS
Penulisan

teks perlulah kemas,


dapat dibaca dan difahami.
Teks haruslah mempunyai isi
yang cukup, dan tersusun baik.
Terdapat
2 jenis teks iaitu
karangan berformat kusus teks
dan karangan yang berformat
umum.

Teks

karangan berformat khusus


ialah karangan yang terikat
dengan format-format tertentu
dari segi penulisan.
Teks karangan berformat umum
ialah jenis teks karangan yang
formatnya lebih sederhana.

Jenis-jenis Teks Format


Khusus

Surat Rasmi
Laporan
Minit Mesyuarat
Pengumuman
Rencana
Ucapan
Wawancara
Kertas Kerja
Kad Ucapan
Puisi
Cerpen

SURAT RASMI
Surat rasmi bersifat formal dan
digunakan untuk tujuan yang
penting sahaja seperti urusan
pejabat.Contoh-contoh
surat
kirman
rasmi
ialah
surat
aduan,surat rayuan,surat pesanan
barang,surat
undangan
rasmi,surat permohonan dan surat
edaran(pekeliling)

Gaya Bahasa Surat Rasmi


Gaya

bahasa atau laras bahasa


yang digunakan untuk surat kiriman
rasmi haruslah baku dan dapat
menggunakan ejaan serta tanda
bacaan yang betul.
Selain itu bahasanya juga haruslah
mudah tetapi tepat dan padat.
Penggunaan kiasan dan sebagainya
tidak digalakkan dalam penulisan
surat rasmi ini.

SAMBUNGAN
Perkara-perkara berikut perlu diambil
perhatian:
Gaya

penulisan dan bahasa haruslah sesuai


dengan penerima dan tujuan surat.
Pemilihan ungkapan dan perkatan yang
digunakan haruslah sesuai.
Surat haruslah sesuai dan bersih,tanpa
kesilapan ejaan,tatabahasa tanda bacaan
dan fakta.
Strukturnya mestilah mengikuti urutan dan
logik,untuk
membantu
penerima
surat
memahami mesej dan bertindak sewajatnya.

FORMAT SURAT RASMI


ALAMAT

PENGIRIM
Ditulis di sudut atas sebelah kiri surat.
GARIS PANJANG MELINTANG
Dibuat selepas menulis alamat pengirim.
NAMA DAN ALAMAT PENERIMA.
Ditulis selepas rgaris melintang. Barisan akhir
alamat penerima hendaklah digaris.
TARIKH
Ditulis di bahagian sebelah kanan
surat,sebaris dengan baris akhir alamat
penerima. Nama bulan hendaklah berhuruf
besar sepenuhnya dan dibubuh tanda
noktah(.) selepas itu.

sambungan
PANGGILAN HORMAT PENERIMA
Ditulis dibawah alamat penerima selepas melangkaui
satu baris kosong. Tanda koma dibubuh selepas
panggilan penerima tersebut.
PERKARA
Ditulis di bawah panggilan hormat penerima selepas
melangkaui satu baris kosong dan diberi garis
dibawahnya.Huruf besar digunakan pada setiap awal
kata.Jangan bubuh tanda noktah di bahagian akhir
ayat ini.
PEMERENGGANGAN / ISI-ISI
Perenggan pertama dan akhir tidak diberi
nombor.Kedua-dua perenggan ini dimulakan dari tepi
surat.Perenggan kedua dan seterusnya diberi nombor
dan disertai noktah.Permulaan ayat ini dijarakkan
sedikit dari nombor

sambungan
PENGAKUAN

PENGIRIM
Ditulis di sebelah kiri surat selepas
melangkaui dua hingga tiga baris
kosong sesudah perenggan akhir. Tanda
koma hendaklah diletakkan selepas
rangkaian kata-kata ini.
TANDATANGAN
Diletak sebelah kiri bahagian akhir
surat selepas pengakuan pengirim.
NAMA PENUH PENGIRIM
Nama penuh pengirim hendaklah ditulis
dengan huruf besar di dalam kurungan
di bawah tanda tangan.

GANTI NAMA DIRI PERTAMA


Dalam

surat rasmi perkataan saya digunakan


untuk menunjukkan jumlah tunggal. Manakala
perkataan kami dan kita digunakan untuk
menunjukkan jumlah jamak. Jika surat rasmi
ditujukan kepada orang yang mempunyai
gelaran diraja seperti Tengku, Tuanku dan Raja
anda tidak perlu membahasakan diri sebagai
patik.
Sekiranya surat tersebut anda tujukan kepada
raj yang memerintah seperti Yang Dipertuan
Agong,Sultan dan permaisuri baginda, maka
dalam keadaan ini wajiblah anda merujuk diri
sebagai patik.Raja yang memerintah dan isteri
baginda pula akan menggunakan beta sebagai
gantinama diri pertama.

GANTI NAMA DIRI KEDUA


Penggunaan

ganti nama diri kedua di dalam


surat rasmi agak rumit. Beberapa perkara
perlu dipertimbangkan iaitu
jantina,umur,pangkat,status dan hubungan
penerima dengan anda. Anda juga boleh
menggunakan nama gelaran dalam konteks
ini.
Penggunaan nama tuan dan puan boleh
digunakan untuk penerima yang mempunyai
gelaran diraja atau gelaran bukan diraja
seperti Profesor, Tan Sri,Pehin Puan
Sri,Tun,Haji,Hajah dan sebagainya.Gelarangelaran tersebut bersama-sama rujukan
terhormat boleh diulan-ulang supaya
penggunaan bahasa anda halus.

GANTI NAMA DIRI KETIGA


Dalam

urusan surat-menyurat secara rasmi


anda boleh menggunakan kata beliau sebagai
gantinama diri orang ketiga untuk merujuk
kepada sesiapa sahaja kecuali raja yang
memerintah dan isteri baginda.
Dalam konteks ini,anda perlu menggunakan
rujukan Tuanku, Seri Paduka. Sekiranya anda
merujuk kepada jumlah yang ramai, anda
boleh menggunakan kata mereka kecuali untuk
raja yang memerintah dan isteri baginda.
Untu merujuk orang yang ketiga anda juga
boleh menggunakan nama penama.Contoh:
Penama yang tersebut di atas telah
berkhidmat selama dua tahun

KEKUATAN SURAT RASMI


1.

2.

3.
4.

5.

Pengirim dapat dihubungi dengan segera


kerana terdapat rujukan surat,nombor
telefon,nombor faks dan sebagainya.
Degala hubungan dengan orang luar di bawah
pengetahuan Ketua Jabatan kerana segala
urusan rasmi yang ditujukan kepada kakitangan
dan staf mestilah melalui Ketua Jabatan.
Surat boleh dibaca berulang kali dan boleh
disimpan secara manula dan perkomputeran.
Perancangan awal dan penyusunan kandungan
surat yang baik membolehkan pengirim
menghuraikan idea-idea dengan jelas.
Dapat menjimatkan kos dan lebih ekonomi
kerana harga setem jauh lebih murah jika
dibandingkan dengan bil telefon bagi panggilan
jauh.

KELEMAHAN SURAT RASMI


1.

2.

3.

Kesilapan dalam surat yang


diposkan tidak dapat diperbetulkan
dengan serta merta.
Surat harus ditulis dengan teliti
dan tertib kerana surat ini
mewakili diri dan menggambarkan
sahsiah pengirim.
Pengiriman surat mengambil masa
yang lebi berbanding dengan cara
telefon,faksimili dan sebagainya.

LAPORAN

1.
2.
3.
4.

Laporan ditulis untuk melaporkan sesuatu hal atau


peristiwa yang telah berlaku. Selalunya, penulisan
laporan adalah tentang kegiatan persatuan, lawatan, hari
penyampaian hadiah dan sebagainya. Untuk menulis
laporan, penulis mestilah benar-benar mengetahui
segala butir tentang hal ataupun peristiwa yang hendak
dilaporkan. Butir-butir seperti persoalan tentang apa,
siapa, bila, di mana dan mengapa haruslah dapat
dimasukkan dan diolah dengan baik dalam laporan.
Ellis dan Hopkin(1985) definisi laporan
sebagaidokumen untuk menyampaikan maklumat
kepada pembaca yang khusus.
Mengikut Nuraini(1991:69)- laporan boleh dikategorikan
berdasarkan tujuan penulisan seperti berikut:
Makluman
Pemujukan
Penerangan
Sejarah

GAYA BAHASA LAPORAN


Dalam

menghasilkan laporan terdapat lima


perkara yang perlu difikirkan iaitu persediaan,
pengumpalan bahan,penyusunan bahan,
penulisan dan penyemakan semula.
Penyusunanbahan amat amat penting kerana
pembaca akan terkeliru dengan penulisan
bahan yang tidak dirancang dengan baik.
Bahasa garus jelas dan mudah difahami.
Penulis boleh memilih kaedah
logik,kronologi,berdasarkan ruang,memulakan
maklumat yang diketahui umum kepada yang
tidak diketahui umum,memulakan dengan yang
lengkap kepada bahagian-bahagiannya iaitu
secara cerakinan ataupun boleh memulakan
bahagian-bahagiannya dahului dan diakhiri
dengan yang lengkap.

FORMAT LAPORAN
Tajuk

Laporan
Ditulis dengan menggunakan huruf besar pada
setiap awal kata(kecuali kata sendi,kata hubung
dan kata sandang)dan diberi garis dibawahnya.
Isi Laporan
Ditulis bermula dengan pendahuluan dan
diakhiri dengan penutup sama seperti karangan
biasa.
Pengakuan Pelapor
Ditulis di sebelah kiri laporan selepas perenggan
akhir,sesudah melangkau dua atau tiga baris
kosong. Huruf pertama pada kata pertama
mestilah huruf besar dan tanda koma(,) dibubuh
selepas pengakuan tersebut.

sambungan
Tarikh

Ditulis di sebelah kanan laporan,setentang


dengan pengakuan pelapor.
Tanda Tangan Pelapor
Ditulis di sudut kiri bahagian bawah iaitu
selepas pengakuan pelapor.
Nama Pelapor
Ditulis sepenuhnya dengan huruf besar di
dalam kurungan selepas tanda tangan.
Jawatan Pelapor
Ditulis disudut kiri bahagian bawah laporan
dan dibubuh tanda koma(,) dihujungnya.
Seterusnya ditulis nama persatuan yang
mewakili dan dibubuh tanda titik(.).

KEKUATAN LAPORAN
1.

2.

Laporan yang baik seperti laporan


sejarah,laporan penerangan dan
sebagainya akan meninggalkan kesan
yang mendalam kepada pembaca.
Laporan selalunya memuatkan
perkara-perkara penting yang
mendatangkan faedah kepada
pembaca. Contohnya jika laporan
kajian,selalunya akan memuatkan
ruangan abstrak, implikasi daripada
dapatan kajian dan sebagainya.

KELEMAHAN LAPORAN
Laporan

yang teliti memerlukan


masa, tenaga serta kewangan yang
agak banyak untuk
menghasilkannya terutamanya
laporan formal seperti projek
kerajaan/swasta.
Untuk menghasilkan laporan yang
baik bukan suatu kerja yang mudah
kerana lapora perlu menggunakan
kebolehan menulis yang tinggi
daripada segi penggunaan bahasa.

MINIT MESYUARAT
Minit

mesyuarat dicatatkan oleh


setiausaha.
Satu daripada bentuk laporan.
Akan dijadikan sebagai sumber
rujukan pada masa-masa akan
datang.,
Penulisan mestilah tepat lengkap
dan kemas.

GAYA BAHASA MINIT


MESYUARAT
Bahagian

pendahuluan lazimnya
memuatkan aluan pengerusi.
Bagaimanapun bahagian ini tidak
dicatatkan sebagai sebahagian
daripada agenda.
Sebarang pindaan terhadap minit
mesyuarat yang lalu misalnya
pembetulan ejaan , frasa, ayat
nombor dan sebagainya perlu
dicatatkan.
Nyatakan juga jika tiada pindaan.

sambungan
Bahagian-bahagian

yang berbangkit perlu


memuatkan perkara yang dibangkitkan
oleh ahli berdasarkan minit mesyuarat.
Selepas pengesahan minit mesyuarat
dibuat dan diikuti dengan perkara-perkara
berbangkit,barulah mesyuarat diteruskan
dengan membincangkan agenda-agenda
yang ditetapkan.
Dalam bahagian hal-hal lain setiap isu
yang dibentangkan hendaklah diberi
bilangan nombor yang berlainan.
Penulisan minit mesyuarat mengikut
format yang khusus.

FORMAT MINIT MESYUARAT


Sebenarnya

tidak ada keseragaman


dalam penyediaan penyediaan minit
mesyuarat.
Setiap jabatan, persatuan atau
badan-badan tertentu mempunyai
cara yang tersendiri untuk
mencatatkan minit mesyuarat
masing-masing.
Lazimnya mengikut format seperti
berikut:

sambungan
Bahagian kepala / tajuk
- Bilangan minit mesyuarat
- Jabatan / Jawatankuasa
- Pertubuhan / Organisasi
Contoh :
MINIT MESYUARAT KELAPAN PERSATUAN
BOLA SEPAK AMATUR KEDAH DARUL AMAN.
2.
Masa dan tempat
- Tarikh mesyuarat
- Waktu mesyuarat dijalankan
- Tempat
1.

sambungan
Contoh :
Tarikh : 17 Disember 1990
Waktu : 2.30 petang
Tempat: Kediaman rasmi YB
Menteri Besar
Kedah Darul Aman.

sambungan
3. Kehadiran ditulis dalam susunan
seperti berikut:
a)Hadir - senarai nama ahli yang
hadir
dan jawatan.
b)Turut hadir senarai nama mereka
yang hadir sebagai pemerhati atau
undangan khas.
c) Tidak hadir senarai nama ahli
yang
tidak hadir
(sama ada beri alasan atau tidak).

sambungan
Contoh:
Ahli-ahli yang hadir : Dato Sri Osman Hj Arof
(Pengerusi)
Dato Hj Ahmad Basri Akil
(Setiausaha)
En Lee Kin Hong
En Mohd Azmi Mahmud
En Tan Cheng Hoe
En Naina Mohamad Ismail
En Abd Aziz Azizan
En Romli Ghani
En Radhi Mat Din
En Ng Chew Beng
En Mohamad Ramli
-

sambungan
Turut hadir : En Milous Kvacek
En Rincic Bratislav
En V. Sundram Moorthy
En Abdul Halim Hj Abd
Hamid
Ahli tidak
: En Hussin Jaafar
hadir
En Chan Keat Swee
En Ahmad Sobri Ismail

sambungan
Agenda
Penulisan agenda-agenda yang dibincangkan adalah
seperti berikut:
Kata-kata aluan
Meluluskan minit mesyuarat yang lalu
Perkara-perkara berbangkit
Ganjaran istimewa
Hal-hal lain
Dalam penulisan minit mesyuarat,ayat yang digunakan
harus menggambarkan keputusan dibuat berdasarkan
persetujuan ahli-ahli mesyuarat.
Contoh: Mesyuarat telah dimaklumkan
Mesyuarat telah bersetuju menerima..

sambungan
Penutup

bahagian penutup mesyuarat terdiri


daripada
a) Penangguhan
b) Nama serta jawatan penyedia
minit mesyuarat dan nama serta
jawatan orang yang akan
mengesahkan minit mesyuarat
berkenaan,iaitu pengerusi dengan
persetujuan ahli-ahli mesyuarat.

PENGUMUMAN
Maksud:

Pemberitahuan, perihalan mengenai


sesuatu perkara untuk pengetahuan umum
atau pihak tertentu sahaja.
Saluran: media massa
1. Televisyen dan radio - digunakan untuk
menyiarkan pengumuman-pengumuman
yang perlu diketahui oleh orang ramai.
2. surat khabar sediakan ruangan khas
pengumuman daripada jabatan-jabatan,
badan-badan berkanun atau perseorangan.

BEZA PENGUMUMAN DAN


PEKELILING
Pekeliling

Pengumuman

1. Dipanjangkan kepada
1. Hanya sebagai
pihak berkenaan. Satu
pemberitahu sahaja.
senarai nama
2. Tandatangan pembaca
dilampirkan.
tidak perlu
2. Perlu tandatangan pihak
yang membacanya.

Gaya Bahasa
Pengumuman
Laras
bahasa: mudah difahami, ringkas, padat
dan tidak meleret-leret.
Ciri-ciri umum surat pengumuman:i. Alamat pengirim
ii. Alamat penerima
iii. Tarikh
iv. Nombor telefon
v. Rujukan kami/ Rujukan tuan
vi. Perkataan menghadap surat
vii. Tajuk
viii. Isi surat
ix. Penutup
x. Tandatangan

Kekuatan Pengumuman
Penting

kerana dapat memberitahu pembaca


tentang perkara-perkara yang berlaku.
Bahasanya yang ringkas dan mudah
difahami - pembaca senang memahami
pengumuman.
Dapat disampaikan dengan menggunakan
pelbagai medi elektronik - pengumuman
lisan.

Kelemahan Pengumuman
Keberkesanan

pengumuman tidak dapat


diketahui kerana tiada tindakan susulan
pengumuman diberikan.
Pembaca/pendengar yang tidak mempunyai
kemudahan seperti media elektronik
ataupun cetak tidak dapat menerima
pengumuman dengan sempurna.

RENCANA
Rencana

ditulis untuk dimuatkan dalam


majalah atau surat khabar.
Tujuan: memberitahu sesuatu kepada
pembaca.
Kandungan: ajaran, buah fikiran, propaganda
atau iklan.
Jenis: rencana umum & rencana berita.
Rencana umum penulisnya bercorak ilmiah.
Penulis berpengetahuan luas tentang tajuk
yang ditulis.
Rencana berita ditulis berdasarkan
pemerhatian, penyelidikan dan wawancara
daripada orang terbabit.

Gaya Bahasa Rencana


Bahasa:

mudah dan lancar.


Boleh dimuatkan dialog.
Setiap teks haruslah mengandungi isi
penting yang diolah secara berkesan.
Isi yang utama didahulukan.
Format teks rencana: format umum. Tajuk
ditulis di bahagian tengah atas teks rencana
tersebut.

Gaya Bahasa Rencana


Bentuk

penulisan:
i. Perenggan pendahuluan
ii. Perenggan isi pertama
iii. Perenggan isi kedua
iv. Perenggan isi ketiga
v. Perenggan isi seterusnya
vi. Perenggan Penutup

Kekuatan Rencana
Bahasa

mudah dan lancar permudahkan


pembacaan.
Rencana bercorak ilmiah boleh memberikan
pengetahuan kepada pembaca.
Rencana dapat memberitahu sesuatu
kepada pembaca.

Kelemahan Rencana
Penulis

perlu membuat kajian yang


mendalam guna tenaga yang banyak dan
memakan masa yang lama serta melibatkan
kos yang tinggi.

UCAPAN
Ucapan

adalah ceramah.
Seorang berdiri depan penonton atau
menerusi radio dan televisyen.
Komunikasi sehala penceramah berucap
dan penonton mendengar.
Kandungan penerangan, penjelasan dan
fakta tentang sesuatu.
Situasi: majlis perasmian, perpisahan,
perhimpunan dan keraian.

Gaya Bahasa Ucapan


Bahasa

mudah, jelas dan lancar.


Isi haruslah tepat, munasabah dan menyakinkan.
Format ucapan:
1. Pengenalan kata-kata aluan kepada hadirin
mengikut protokol.
2. Isi dimulakan dengan ucapan terima kasih
serta menyatakan tujuan ucapan. seterusnya isi
ucapan.
3. kata-kata Penghadapan kata-kata seperti
hadirin sekalian, saudara sekalian dan sebagainya.
4. Penutup dimulakan dengan kata-kata yang
dapat membayangkan atau menandakan ucapan
akan ditamatkan.

Kekuatan Ucapan
Dapat

mempengaruhi pembaca/pendengar
secara tidak langsung kerana ia lebih kepada
penerangan, pujian ataupun sanjungan.
Bahasa yang digunakan sejajar dengan
sasaran pembaca atau pendengar mudah
dan dapat difahami dengan mudah.

Kelemahan Ucapan
Pembinaan

teks memerlukan penyelidikan


terlebih dahulu sesuai dengan majlis dan
khalayak.
Pembaca/pendengar tidak banyak
berdasarkan majlis dan tujuan ucapan itu
sahaja.

WAWANCARA
Penulis

hanya menulis apa yang


diperbualkan sahaja.
Pembukaan: mengupas atau memberi
tafsiran terhadap tajuk.
Pertanyaan: bercorak ilmiah

Gaya Bahasa Wawancara


Pembukaan

dimulakan dengan salam.


Gunakan panggilan tuan/puan, encik, pak
cik/mak cik.
Yang berstatus: panggilan Yang Berhormat,
Yang Mulia, Profesor, Doktor dan sebagainya.
Pewawancara membentuk pertanyaanpertanyaan yang berasas dan wujudkan
suasana perbualan selesa. Soalan pendek
dan tersusun.
Bahasa yang digunakan haruslah sejajar
dengan orang yang diajak berbual. Kata-kata
ringkas.
Akhiri wawancara dengan lafaz terima ksaih.

Format Wawancara
1.
2.
3.

Pendahuluan
- tafsiran terhadap tajuk
Isi
- berkaitan tajuk.
Penutup
- lafaz terima kasih.

Kekuatan Wawancara
Bercorak

formal dan ilmiah. Hasil teks boleh


dijadikan sumber rujukan kepada pembaca.
Soalan-soalan tersusun dan sentiasa
berkaitan dengan tajuk. Permudahkan
pembacaan.

Kelemahan Wawancara
Bercorak

formal. Tidak dapat menyoal


perkara penting atau peribadi.
Ambil masa yang lama perlukan temujanji,
tempat sesuai, dan peralatan lain. Penulisan
memakan masa panjang dan lama.

Kertas Kerja
Bahan

untuk menulis atau mencatatkan sesuatu perkara


bertujuan menghasilkan atau menyediakan sesuatu.

Dibentangkan kepada orang ramai atau kumpulan


dalam seminar atau bengkel.
Digunakan dalam urusan-urusan lain termasuk
dalam perancangan sesuatu projek, kajian dan
sebagainya oleh sesuatu jabatan, syarikat dan
lain-lain.

Gaya bahasa kertas kerja


Ciri-ciri umum kertas kerja ceramah:
1) Tajuk
2) Nama penceramah
3) Nama institusi
4) Abstrak (Snopsis / Ringkasan)
5) Pengenalan
6) Perkaedahan
7) Keputusan
8) Perbincangan
9) Rujukan
10) Lampiran

Ciri-ciri umum kertas kerja projek / kajian:


1) Tajuk
2) Rasional
3) Objektif / matlamat
4) Jangkamasa yang diperlukan
5) Kumpulan sasaran
6) Andaian halangan yang mingkin timbul
semasa menjalankan kajian / projek
7) Kewangan perbelanjaan yang diperlukan
8) Penubuhan jawatan kuasa
9) Menentukan jadual tugas
10) Pelaksanaannya

Cara menulis kertasa kerja


Tajuk
- Bergantung kepada tujuan kertas kerja tersebut
- Merangkumi semua idea utama yang hendak
disampaikan
- Hendaklah ringkas, seelok-eloknya tidak melebihi
15 patah perkataan
Nama penulis dan institusi
- Hendaklah ditulis penuh
- Nama penulis hendaklah dituliskan tanpa gelaran

Abstrak
- Kandungan dan tujuan penulisan dibuat
- Tidak perlu ditulis terlalu panjang, memadai
sekadar antara 100 hingga 150 patah
Pengenalan
- Memaparkan aspek yang berkaitan dengan tajuk
secara menyeluruh tetapi ringkas
- Biasanya dibuat lebih kurang dalam satu muka
surat
Objektif
- Matlamat atau tujuan menulis kertas kerja
- Merupakan idea menentukan daya penarik
kepada peserta untuk mendengar atau menilai ini
kertas kerja

Petikan
- Hendaklah disemak mengikut sumber asal dan
nyatakan sumbernya
- Kandungan petikan hendaklah sebagaimana yang
asal
- Tidak boleh dibuat sebarang pindaan atau
Senarai rujukan, bibliografi dan nota rujukan
perubahan
- Senarai rujukan bahan khusus yang menyokong
sesebuah kertas kerja hendaklah dicatatkan
dalam senarai rujukan
- Bibliografi nama buku yang menjadi panduan
bahan kerja, latar belakang atau bacaan lanjutan
kepada pembaca yang berminat, ditulis di
bahagian akhir sesuatu kertas kerja
- Nota rujukan bahan atau kerja yang sukar
diperolehi serti laporan yang terhad

Cara menaip
- Sebaik-baiknya guna kertas taip berukuran A4
- Tinggalkan 2.5 inci disebelah kiri kertas taip dan
1.5 inci untuk bahagian tepi sebelah kanan, atas
dan bawah
Kelebihan kertas kerja
- Memberi faedah dan pengetahuan kepada
pembaca kerana ia mempunyai pelbagai bahan
yang diperlukan daripada bahan ilmiah
sehingga kepada bahan tentang sesuatu projek
kerajaan / swasta yang besar
Kekurangan kertas kerja
- Mengambil masa yang agak lama, tenaga yang
banyak dan kos yangagak tinggi
- Memerlukan penekanan yang berlainan,
penulisan yang tepat dan teliti sesuai denga
tujuan kertas kerja

Kad Ucapan
Bertujuan

untuk menyampaikan ucapan/hasrat


sempena peristiwa atau hal-hal yang berkaitan
Untuk mengeratkan hubungan dan silatur rahim

Gaya bahasa kad ucapan


- Menggunakan bahasa yang ringkas dan mudah
tetapi bermakna
- Menggunakan bahasa puitis, menarik dan indah
serta bahasa yang berunsur usikan atau jenaka
sambun
g

- perkara-perkara dasar yang perlua da dalam kad


ucapan adalah:
a) nama pengirim kad ucapan
b) nama penerima kad ucapan
c) untuk tujuan apakah ucapandiberikan?
- Boleh diperindahkan lagi denga kata-kata
perangsang, pantun, sajak dan sebagainya.
- Laras bahasa yang dipelbagaikanini
sememangnya dibentuk sedemikian sejajar
dengan kepada siapa kad tersebut hendak
diberikan.

Kelebihan kad ucapan


- Dapat dihasilkan dengan cepat dan mudah
kerana bahasa yang yang digunakan pelbagai
dan lebih menekankan kesesuaian bahasa
dengan suasana majlis
- Tidak ada format yang tertentu dalam penulisan
kad ucapan
- Lebih ekonomi kerana saiznya kecil
menjimatkan kertas dan kos penghantaran murah
Kekurangan kad ucapan
- Penulis tidak dapat menggambarkan perasaan
sebenar ruang kad kecil dan terikat dengan
bahasa yang ringkas yang terdapat pada kad
ucapan itu sahaja

Puisi
Satu genre sastera atau bentuk-bentuk sastera
yang menggunakan unsur bahasa seperti rima,
irama, dan metafora
Bentuk-bentuk mantera, gurindam, syair, nazam,
seloka, pantun dan sajak tergolog dalam puisi
Dipakai untuk melafazkan fikiran yang cantik
dengan bahasa yang indah, melukis kemanisan
dan kecantikan bahasa
Ciri-ciri puisidilihat daripada aspek:
a) bentuk
b) bahasa
c) ema

Gaya bahasa puisi


- Suatu persembahan dalam bentuk perkataan
- Bahasa dalam puisi adalah satu alat penuh rahsia;
padanya ada badan, ada bentuk, ada suara dan
makna dasar, makna hubungan sampingan atau
konotasi dan ada pula makna peribadi
- Lebih kental dan membawa bahan makna dan
bunyi yang lebih berat daripada bahasa harian
- Pendengar dan pembaca boleh melangkau
kepelbagai dimensi dan meninggalkan pelbagai
kesan mengikut kedayaan

Kelebihan puisi
- Penyair berjaya memberikan fungsi yang lebih
luas kepada bahasa dengan beberapa kuasa baru
dalam menyatakan perasaan tersendiri
- Penggunaan lebih padat, teliti dan kadangkadang mendekati lagu
Kekurangan puisi
- Pembaca yang biasa dengan pembacaan puisi
semata-mata untuk fahaman akan rasa sukar
apabila hendak memahami maksud sesebuah
sajak terutamanya untuk imaginasi dan
perasaan
- Sikap penyair yang membataskan
pembacaannya juga menjadi salah satu faktor
kekaburan dalam puisi

Cerpen
Adalah cereka atau cerita yang relatif pendek
Dilakukan dengan penuh hemat dan ekonomis
supaya wujudnya satu kesan sahaja kepada
pembaca
Merupakan suatu kesatuan bentuk yang benarbenar utuh dan lengkap
Tujuh unsur yangpenting
1) tema
2) plot
3) watak
4) latar
5) latar
6) gaya
sambun

Gaya bahasa cerpen


- Setiap orang ada gaya yang tersendiri untuk
mengungkapkan sesuatu
- Gaya adalah peribadi pengarang itu sendiri
- Gaya bahasa ini terdiri daripada empat unsur
yang saling berkait:
1) diksi pemilihan kata-kata
2) sintaksis penyusunan ayat
3) langgam penceritaan unsur mengandungi
dialog,
pemikiran, aksi, deskripsi dan eksposis
4) tempo berhubung erat dengan ketiga-tiga
unsur
yang disebut tadi

Kelebihan cerpen
- Satu daripada karya penulisan kreatif terbukti
amat mengutamakan daya imaginasi dan
kecerdasan akal untuk mengusik kepekaan
pembaca melalui cerita dan tema yang
dikemukakan
- Karya kreatif ini berusaha mencipta sesuatu
yangbaru dan bukan sekadar memaparkan fakta
sahaja
Kekurangan
cerpen
- Menampilkan satu plot dan perkembangan cerita
lebih cepat dan ini boleh menimbulkan
ketidakpuasan pembacaan di kalangan pembaca
- Suasana cerita dan watak agak terhad, ruang
liputnya lebih terbatas gambaran sebenar
terhadap cerpen mungkin tidak dapat diperolehi
dengan jelas

Anda mungkin juga menyukai