Anda di halaman 1dari 23

PERSOALAN OBJEKTIVITI, SUBJEKTIVITI, PENGADILAN MORAL DAN SEBABMUSABAB DALAM PENTAFSIRAN SEJARAH

Setelah menjalankan penyelidikan, akhirnya sampailah ketikanya untuk


membuat pentafsiran terhadapnya. Dan masalah pertama yang harus
diperhatikan adalah tentang keterlibatan (involvement) seorang sejarawan
terhadap kajiannya, iaitu sama ada dia harus terikat (attached) ataupun terpisah
(detached) daripada kajiannya. Dalam hal ini, kita sudah menjelaskan
sebelumnya tentang hubungan antara subjek dengan objek. Sesuatu ilmu yang
benar-benar tulen dikatakan perlu membuat pemisahan mutlak antara keduaduanya, yakni antara pengkaji (subjek) dengan kajiannya (objek). Untuk
mencapai taraf objektif dan saintifik, seharusnya yang didedahkan hanyalah
unsur-unsur yang berkaitan dengan objek. Dengan mengetepikan unsur-unsur
yang berkaitan dengan subjek, maka keunggulan (virtue) itu terletak pada
adanya pemisahan perasaan subjektif manusia daripada kajiannya.

Dengan memahami konsep subjek dengan objek, atau sifat subjektif dan objektif
dalam ilmu, kini sampailah kepada persoalan subjektiviti dan objektiviti dalam
sejarah. Dengan konsep subjektiviti di sini, ia bermaksud sejarah sebagai ditulis
atau dikisahkan (histoire-recite). Dan dengan konsep objektiviti pula, ia
bermakna sejarah sebagaimana terjadinya (histoire-realite). Sesuai dengan
konsep dan definisi ini, timbullah dua aliran pemikiran yang cuba
mempertahankan keunggulannya masing-masing, iaitu aliran sejarah subjektif
dan aliran sejarah objektif.

1.

Objektiviti

Pertama-tama tentang aliran objektif, seperti yang disebutkan dulu, ia muncul


berdasarkan tradisi empirisme John Locke dan juga positivisme Auguste Comte
yang melihat adanya pemisahan mutlak antara subjek dengan objek. Tradisi
inilah yang menjadi asas kepada aliran sejarah objektif yang diperjuangkan oleh
Leopold von Ranke (1795 - 1886). Bagi Ranke, matlamat pengajian sejarah
adalah untuk menggambarkan kejadian-kejadian "sebagaimana sebenarnya
berlaku" (wie es eigentlich gewesen), yang membiarkan fakta-fakta sejarah
bercakap dengan sendirinya tanpa penglibatau sejarawan. Inilah juga yang
dimaksudkan dengan historisisme, yang menurut Peter Geyl, ia bermakna
menjauhkan dirt dari pengadilan, penerimaan atau pengakuan yang tidak ada
darjah-darjah kecuali dari apa yang dibekalkan oleh proses sejarah sendiri.

Dengan hasrat untuk melahirkan karya sejarah objektif inilah maka pada tahun
1896 Lord Acton (1834 - 1902) melancarkan projek penulisan 'Cambridge Modern
History' yang terkenal itu. Dalam katakata aluannya kepada para penyumbang
projek ini, belian menegaskan bahawa "we shall avoid needless utterance of
opinion or service of a cause. Contributors will understand that our Waterloo

must satisly French and English, Germans and Dutch alike; that nobody can tell,
without examining the list of authors, where the Bishop of Oxford laid down the
pen and whether Fairbairn or Gas quet, Liebermann or Harrison, took it up".
Pendeknya, biarlah gambaran para sejarawan tentang sesuatu peristiwa itu
serupa sahaja dan memuaskan hati setiap pihak, tanpa sebarang perasaan
subjektif atau sikap berat sehelah (bias). Pendirtan seperti ini juga didukung oleh
Ratzel, Helmolt, Fustel de Coulanges, Xenopol, dan juga Langlois.

Demikianlah, berkembangnya aliran sejarah objektif adalah berasaskan kepada


keyakinan tentang kemampuan memperoleh faktafakta sejarah yang muktamad.
Malah kecenderungan ini berkait rapat dengan kepercayaan bahawa sejarah
ialah sejenis sains, dan kerana itu mampu menghasilkan karya yang bersifat
saintifik dan objektif sebagaimana dalam kajian sains tabii.

2.

Subjektiviti

Bagaimanapun semuanya itu tidaklah dapat diterima oleh aliran sejarah


subjektif, yang sejak bermulanya penulisan sejarah sehingga kini, ia memang
mempunyai pengaruh yang besar dan luas. Malah kenyataan bukan sahaja
menunjukkan yang penulisan sejarah subjektif semacam tidak dapat dielakkan
(inevitable), tetapi juga dianggap sebagai sesuatu yang penting dan unggul
(virtue). ini kerana faktor semula jadi manusia sendiri, yang merniliki nalurt dan
kecenderungan memilin dan mernihak kepada sesuatu yang diminatinya atau
dianggapnya sebagai penting dan utama. Hakikat inilah yang ditegaskan oleh G.
Lichtenherg, seorang filosuf Jerman, bahawa manusia selalu memihak, sekalipun
ia tidak memihak, itupun merupakan suatu pilihan. Ia lalu termasuk kelompok
orang yang tidak memihak.

Apakah sebab-sebab yang mendorong pembentukan aliran sejarall subjektif ini?


Memang banyak sebabnya. Tetapi antaranya adalah kerana faktor nalurt atau
kecenderungan semula jadi manusia sendiri yang suka memilin (select) sesuatu
yang dianggap penting dan berguna, serta mengetepikan (omit) sesuatu yang
dianggapnya tidak penting dan tidak berguna. Di samping itu terdapat pula
faktor agama dan ideologi yang membentuk pegangan dan tindakan seseorang.
Semakin kuat komitmen manusia kepadanya, maka semakin besarlah
kemungkinannya bersikap subjektif. Hasilnya, jadilah tindakan atau penulisannya
itu sebagai bersifat memihak, komited dan terlibat (engaged).

Tentang Agama Islam misalnya, sudah ditenrukan bahawa manusia bukan sahaja
mempunyai status sebagai Khalifah Allah (wakil Allah) di muka bumi, bahkan
juga sebagai Abdullah (Hamba Allah). Sebagai wakil Allah, fungsi manusia adalah
untuk melaksanakan tugas memakmurkan muka bumi ini menurut keredaanNya.

Sedangkan sebagai hamba Allah, tugas manusia adalah untuk melaksanakan


ibadah atau pengabdian dalam pengertian yang seluas-luasnya kepada Allah.
Antara tugas dan tanggungjawab manusia Muslim ialah berjihad, yakni
menegakkan kalimah atau ajaran Allah di muka bumi, dan juga berdakwah, yakni
menyeru manusia ke jalan Allah. Dengan itu seorang intelektual Muslim bukanlah
bersifat neutral atau berkecuali, tetapi bersifat functional atau
bertanggungjawab melaksanakan kewajipannya itu. Maka tidaklah mungkin
seorang sejarawan Muslim yang bertaqwa atau beriman dan beramal salin akan
mengabaikan kewajipan berjihad dan berdakwah ini dalam penulisan sejarahnya,
walaupun akan dituduh sebagai sejarah propaganda belaka.

Adapun tentang ideologi atau aliran falsafah sekular, antara jenisnya yang
banyak mempengaruhi manusia umumnya dan golongan sejarawan khususnya
ialah semangat patriotisme dan nasionalisme, disamping relativisme, Marxisme
dan Darwinisme (evolusionisme). Tentang nasionalisme misalnya, sebagai
ciptaan Barat, ia memperjuangkan kepentingan dan prasangka nasional. Malah
ia juga yang melahirkan pendekatan Asia-centric atau Malay-centric, sebagai
reaksi terhadap pendekatan Euro-centric atau Anglo-centric.

Tentang relativisme, iaitu keyakinan tentang berlakunya perubahan nilai dengan


berubahnya ruang dan waktu, tidaklah dapat dinafikan yang sejarawan turut
dipengaruhi oleh iklim pendapat (climate of opinion) atau semangat zamannya
(Zeitgeist). Dalam konteks masa kini, sikap 'present-mindedness' menjadikan
seseorang sejarawan lebih menekankan keperluan dan kepentingan masa kini.
Masalah ini ada kalanya disebut sebagai nunc pro tunc (masa kini untuk masa
lampau). Yakni, nilai masa kini menjadi kayu ukur untuk masa lampau. Antara
tokoh-tokoh utamanya ialah Carl L. Becker (1873 - 1945) dan Charles A. Beard
(1874 - 1948). Bagi Carl Becker misalnya, beliau menganggap bahawa penulisan
sejarah ditentukan oleh ahli sejarah sendiri, yang mempunyai akal fikiran,
tujuan, pemilihan dan kecenderungan yang berasaskan pengalamannya pada
zaman tertentu. Oleh kerana keadaan sosial sentiasa mengalami perubahan,
maka kebenaran sejarah pun tidaklah mutlak tetapi relatif atau berubah-ubah.
Demikian juga bagi Charles Beard, beliau turut menegaskan bahawa "sejarah
ialah pemikiran sezaman mengenai masa lampau". Ia merupakan hasil penulisan
ahli sejarah yang mempunyai kepercayaan, nilai-nilai atau prasangka yang
dipengaruhi oleh pengalaman zaman tertentu. Sebab itu bagi Beard, Ranke
sebenarnya tidaklah menulis sejarah objektif, bahkan cuma menulis sejarah
politik sahaja dan malah cuba mempertahankan kepentingan kelas-kelas
konservatif yang berkuasa di Eropah.

Dalam konteks ini, Benedetto Croce (1866 - 1952) sendiri pernah menegaskan
bahawa "semua sejarah ialah sejarah sezaman". Dan Collingwood yang
dipengaruhi olehnya juga menganggap bahawa semua sejarah ialah sejarah

pemikiran, yang memerlukan sejarawan menggambarkan kembali dalam


fikirannya pengalaman-pengalaman yang lalu (re-enactment of past experience).
Untuk melakukan semuanya ini, sejarawan harus memilih (select), menyisip
(interpolate), dan mengkrttik (criticize). Jadi ia tidaklah boleh bergantung pada
ingatan dan kewibawaan (memory and authority) fakta-fakta sejarah. Konsep
sejarah seperti inilah yang disebut oleh Louis Gottschalk sebagai
"contemporaneity of evidence", cuba diperoleh pengertian oleh sejarawan
dengan cara mengkaji sejarah dari sudut masa kini, yang melibatkan peribadi
dan pengetahuannya sendiri.

Akibat daripada sebab-sebab tersebut, maka hasilnya lahiriah penulisan sejarah


yang bersifat subjektif dalam berbagai-bagai bentuk dan rupa. Pertama, dan segi
tujuannya, bagi mereka yang komited terhadap agama atau ideologi tertentu,
sudah pasti akan mengambil kesempatan menjalankan dakwah atau propaganda
melalui karya-karya sejarah mereka. Dalam pensejarahan Kristian umpamanya,
tujuannya tidak lain adalah untuk menegakkan kesucian ajaran Kristian. Dan
dalam karya-karya oleh sejarawan Nazi, jelas terpancar tujuannya untuk
membuktikan keunggulan bangsa Arya. Sedangkan melalui karya-karya
sejarawan Komunis, ia mengandungi propaganda Marxisme dan polisi-polisi
Komunisme. Apalagi bagi sejarawan yang bersemangat nasionalisme, maka
penulisannya sudah tentu hanya menekankan kepentingan dan keutamaan
bangsa. Pendek kata, unsur-unsur propaganda atau 'partisanship' kelibatannya
semacam tidak dapat dielakkan (inevitable) sama sekali.

Memang dari suatu segi sejarah propaganda boleh menjejaskan konsep


penulisan sejarah yang saintifik. Tetapi kenyataan menunjukkan bahawa karyakarya sejarah yang paling berpengaruh ialah yang bersifat propaganda.
Misalnya, lihat saja karya klasik Clarendon, History of the Rebellion, atau karya
Abbe Raynal, Philosophical History of the Indies, atau karya Henry Wilson, Rise
and Fall of the Slave Power in America, serta biografi Frederic Masson tentang
Napoleon Bonaparte. Demikian juga karya Vernon L. Parrington, Main Currents of
American Thought, dan karya Winston Churchill, World Crisis.

Bukan sahaja dan segi tujuannya, bahkan juga dalam aspek-aspek lainnya, turut
dipengaruhi oleh sikap subjektif sejarawan, apabila mereka memilih aspek
tertentu dan mengetepikan yang lain. Tentang pengertian sejarah misalnya,
mereka yang bersikap objektif cenderung memilih pengertian sejarah sebagai
kisah-kisah yang berlaku pada masa lampau. Sedangkan mereka yang beraliran
subjektif dan relativis menolak takrif konvensional itu, sebaliknya menganggap
sejarah sebagai suatu kajian atau penyelidikan yang dilakukan oleh sejarawan.
Sebenarnya dengan memilih salah satu antara kedua-dua takrif ini, maka sejak
awal-awal lagi seorang sejarawan sudah menonjolkan subjektivitinya. Sebab
itulah bagi Carr, setiap percubaan untuk menjawab soalan "apakah sejarah?"

maka jawapannya secara sedar atau tidak mencerminkan kedudukan kita pada
sesuatu zaman, serta bagaimana tanggapan kita terhadap masyarakat dalam
kehidupan kita. Inilah yang disebutkan sebagai present-mindedness seperti
yang dibahaskan itu.

Lebih-lebih lagi tentang punca atau fakta sejarah, semakin jelaslah menonjolkan
subjektiviti sejarawan. Memang bagi Ranke, kita harus percaya kepada bukti
atau dokumen sejarah untuk menghasilkan sejarah objektif. Sejarah objektif akan
membiarkan dokumen bercakap dengan sendirinya, tanpa memerlukan sebarang
penjelasan lagi. Tetapi benarkah dokurnen berupaya menjelaskan segalagalanya, tanpa penglibatan sejarawan? Yang jelas, sejarawan bukan sahaja
terpaksa menghadapi bukti sejarah yang terbatas, bahkan juga bukti-bukti yang
sudah dipilih atau ditentukan coraknya sejak awal lagi. Realiti sejarah
menunjukkan betapa banyaknya bukti sejarah yang telah mengalami penapisan
atau kerosakan, terutama oleh golongan yang lebih berkuasa dan kuat. Samalah
halnya dengan sistem politik masa kini yang tidak membenarkan penyebaran
maklumat yang bertentangan dengan dasar-dasarnya atas alasan bahawa ia
mengancam keselamatan negara (atau keselamatan kerajaan?). Dapatkah
suasana pengawalan atau pembanterasan maklumat atau bukti-bukti sejarah
seperti ini mampu menghasilkan sejarah yang objektif dan tepat menurut
keadaan sebenamya?

Tidak cukup dengan bukti-bukti yang terbatas atau dibataskan itu, pengaruh
subjektiviti sejarawan sendiri menjadikan hasrat melahirkan sejarah objektif
semacam impian belaka. Bukti yang sama telah ditafsirkan dengan berbagaibagai pengertian oleh para sejarawan. Misalnya, lihat sahaja tafsiran yang
diberikan terhadap istilah-istilah seperti persamaan (equality) dan kebahagiaan
(happiness) yang terkandung dalam Pengisytiharan Kemerdekaan Amerika tahun
1776. Demikian juga semboyan-semboyan persamaan (equality), kebebasan
(liberty), dan persaudaraan yang tercetus dalam Revolusi Perancis 1789.
Memang kebanyakan sejarawan cuba memberikan tafsiran terhadap istilahistilah tersebut persis seperti yang terdapat dalam kamus, atau barangkali lebih
mendalam sedikit menurut pandangan falsafah. Malangnya hampir keseluruhan
tafsiran sejarawan menyeleweng belaka, lantaran tidak mengenali siapakah
sebenarnya tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan Amerika dan juga Revolusi
Perancis itu. Sebenarnya hampir keseluruhan angkatan tentera Amerika dan para
pemimpinnya seperti Washington, Franklin, Jefferson, John Adams dan lainlainnya merupakan tokoh-tokoh Freemason yang aktif. Jadi bukan sahaja
kelahiran Amerika digerakkan oleh tokoh-tokoh Freemason, bahkan
perlembagaan dan juga struktur pentadbirannya juga ialah idea Freemason.
Demikian juga tokoh-tokoh Enlightenment yang menggerakkan Revolusi
Perancis, seumpama Montesqueiu dan Voltaire, semuanya adalah pendekar
Freemason yang kesohor. Sebenarnya semboyan-semboyan tersebut adalah
merupakan semboyan asasi Freemason sendiri (Protocols 1: 25 dan 9: 3), yang

maksudnya bukanlah ditujukan kepada semua bangsa atau manusia, tetapi


untuk meraih simpati orang terhadap nasib mereka yang terus-menerus dalam
keadaan merempat dan tertindasan

Jelaslah bahawa tafsiran sejarawan yang berasaskan sikap subjektif dan kaca
mata masa kini (present-mindedness) itu sama sekali tidak secocok dengan
perjalanan sejarah yang sebenamya. Walaupun bukti-bukti dan dokumen sejarah
masih tersimpan dengan sempurna sampai kini, namun ia tidaklah mampu
bercakap sendiri untuk menjelaskan keadaannya yang sebenar.

Demikian juga apabila sejarawan memilih tema-tema tertentu, maka semakin


sukarlah untuk mengelakkan diri daripada bersikap subjektif terhadapnya Sekali
lagi faktor agama atau ideologi politik memainkan peranan yang besar dalam
menentukan pemilihan atau tekanan kepada tema-tema tertentu. Seorang
sejarawan yang beraliran politik, Whig misalnya tentu akan menekankan konsep
liberal dan menentang kuasa mutlak raja. Sebab itulah Herbert Butterfield dalam
bukunya, Whig Interpretation of History (1929) telah mendedahkan kesilapan
konsep "history as a history of liberty" tersebut. Seorang sejarawan Marxis pula
lebih tertarik kepada tema-tema seperti, keruntuhan sistem feudalisme,
kebangkitan sistem kapitalisme, imperialisme moden, perjuangan kelas buruh,
gerakan petani, penyamun sosial, gerakan wanita dan revolusi. Sedangkan
seorang sejarawan nasionalis tentunya lebih gemar menekankan tema antikolonialisme dan gerakan nasionalisme. Atau lebin jauh dari itu, ditekankan
tentang kegemilangan masa lampau bangsa pribumi sebelum kedatangan
penjajah, seperti yang dilakukan oleh Abdul Hadi Hassan dalam karya besarnya,
Sejarah Alam Melayu. Atau bagi sejarawan yang menyokong kerajaan nasional,
tema-tema yang dipilihnya sudah tentu yang secocok dengan gagasan dan
wawasan kerajaan.

Masalah tentang tema atau pokok persoalan (subject matter) dalam sejarah
tidak syak lagi melibatkan unsur nilai dan falsafah hidup manusia itu sendiri.
Sejarawan yang mementingkan politik sudah tentu akan menekankan persoalan
politik dalam penulisannya. Demikian juga yang mementingkan ekonomi, atau
kebudayaan, atau pemikiran dan sebagainya, sudah tentu turut mempengaruhi
penulisan sejarahnya. Apalagi sejarawan yang mengutamakan kerohanian dan
akhlak, tentu sekali akan membesar-besarkan persoalan-persoalan seperti ini.

Kedudukan ini akan menjadi semakin ketara apabila sejarawan memilih


pendekatan tertentu dalam penulisannya. Seorang sejarawan Marxis
terutamanya, sudah tentu lebih tertarik kepada model Marxis, samalah seperti
seorang sasterawan Marxis juga akan menulis dari sudut pendekatan ini. Seperti
yang disebutkan oleh E. Hobsbawm, walaupun ada sejarawan yang

menggunakan teori Marx secara menyeluruh sebagai suatu model yang lengkap,
tetapi kebanyakannya menggunakan unsur-unsur tertentu sahaja daripada teori
Marx secara 'vulgar' dalam kajian sejarahnya. Melalui penulisan ala-vulgar Marxis
ini, maka jadilah sejarah ditafsirkan menurut falsafah Marx. Misalnya dalam
persoalan penyebaban (causation) dalam sejarah, maka faktor ekonomilah yang
dianggap dominan dalam menentukan perjalanan sejarah. Situasi yang sama
juga berlaku bagi sejarawan yang tanpa sedar dipengaruhi oleh pendekatan
vulgar Darwin, yang membahaskan perkembangan sejarah berasaskan konsep
evolusi yang bermula dengan Zaman Prasejarah atau Zaman Batu. Sebaliknya
bagi sejarawan yang menggunakan pendekatan Islam, walaupun faktor ekonomi
tidaklah ditolak sebagai di antara sebab berlakunya sesuatu, namun sebab
asasinya ialah Allah sendiri. Dan permulaan sejarah manusia pula bukannya dari
pertngkat manusia-haiwan pada Zaman Batu, tetapi dan manusia istimewa yang
berpangkat nabi, iaitu Adam.

Kemudiannya apabila sampai kepada persoalan pengadilan moral (moral


judgement) dalam penulisan sejarah, sudah pasti golongan sejarawan yang
dipengaruhi agama atau ideologi tertentu tidak dapat bersikap neutral,
sebaliknya akan menjadi terlibat (involved) dan komited di dalamnya. Arnold
Toynbee misalnya, walaupun merupakan seorang tokoh sejarawan moden yang
terkemuka, namun tetap berpegang kuat kepada ajaran-ajaran moral Kristian.
Sebab itulah dia menganggap yang penyingkiran orang-orang Arab Palestin oleh
Israel itu sama ganasnya den gan pembunuhan enam juta Yahudi oleh golongan
Nazi.

Demikianlah, boleh dikatakan yang sejarah subjektif atau yang bersifat terlibat
itu tidak dapat dielakkan (inevitable) sama sekali. Dan dengan itu pula matlamat
melahirkan sejarah objektif dan neutral hampir-hampir menjadi semacam impian
(ideal) belaka. Bagaimanapun terdapat kalangan sejarawan yang tetap
mempertahankan keunggulan sejarah objektif. Dalam hal ini mereka menolak
konsep objektiviti seperti yang dipakai dalam falsafah atau sains tabii, yang
melihat adanya pemisahan mutlak antara subjek dengan objek. Sekiranya
konsep objektiviti yang ketat dalam falsafah itu dipakai dalam sejarah, sudah
tentu tidak akan wujud penulisan sejarah yang objektif. Justeru itu konsep
objektiviti dalam sejarah hams lebih longgar dari itu, secocok dengan kenyataan
hidup dan pemakaian bahasa harian.

Ada dua aspek objektiviti yang cuba dipakal dalam sejarah. Pertama, objektif dari
segi fakta sejarah, ia diukur berdasarkan ketepatau dan kejituannya. Jadi, seperti
yang disarankan oleh Ranke sebelumnya, yang dikatakan sejarah objektif itu
tidak lain ialah penulisan yang berdasarkan fakta atau kenyataan sejarah yang
sebenarnya. Nampaknya konsep objektiviti seperti ini tidak begitu diterima oleh
sejarawan kerana ia masib bertolak daripada konsep dikotomi antara subjek

dengan objek. Padahal, seperti yang dijelaskan tadi, konsep pemisahan mutlak
seperti yang dipakai dalam falsafah atau sains tulen itu dianggap kurang secocok
dengan pemakaiannya dalam sejarah.

Dengan menolak aspek objektiviti dari segi fakta itu, lalu disarankan bahawa
aspek objektiviti dalam sejarah seharusnya dilihat dari segi pentafsiran
sejarawan sendiri yang bersifat adil dan jujur atau dalam erti kata yang lain,
bersikap neutral atau tidak memihak dan berat sebelah. Misalnya, kalaupun
seseorang sejarawan itu menganut agama atau ideologi tertentu, namun kalau
pentafsirannya bersifat neutral, yakni tidak memihak kepada keyakinannya
sendiri, maka itu sudah dianggap sebagai objektif. Bagaimanapun, seperti yang
dihujahkan sebelumnya, alangkah sukarnya bagi sejarawan yang komited
dengan agama atau ideologi tertentu itu untuk bersikap neutral dalam
menghadapi isu-isu yang menyentub keyakinannya. Lagipun, bukankah
neutralisme itu send in termasuk sejenis sikap subjektif juga? Seseorang yang
tidak berpihak itu juga bererti memilih sikap tertentu dan menolak sikap-sikap
lain. Malah neutralisme itu sduah merupakan suatu aliran faham yang tersendiri
dan mandiri, samalah seperti aliran-aliran pemikiran lainnya.

Dengan anggapan bahawa sejarah subjektif sebagai tidak dapat dielakkan itu
tidaklah bererti yang sejarah objektif tidak dapat dicapai sama sekali. Dalam
batas-batas yang tidak bercanggah dengan agama atau ideologi yang diyakini,
memang kita harus bersikap optimis untuk melahirkan penulisan sejarah yang
objektif, adil dan jujur.

Pengadilan Moral
Dengan menolak objektiviti dan menerima subjektiviti dalam sejarah, maka
dengan sendirinya seorang sejarawan kelihatan semacam cuba memihak atau
bersikap berat sebelah dalam kajiannya. Dari sinilah pula lahirnya masalah
penilaian etik atau pengadilan moral (moral judgement), iaitu apabila sejarawan
didapati dengan sengaja atau tidak sengaja menilai atau menghukum sesuatu,
baik dengan memuji atau mengejinya, dengan menggunakan perkataanperkataan seperti balk, mulia, kejam, ganas, atau label-label yang digunakan
oleh media Barat terhadap setengah golongan Muslim seperti terrorist, aggresor,
extremist, separatist, fanatic, militant dan lain-lainnya. Sejauh manakah terdapat
persetujuan di kalangan ahli sejarah tentang penerapan pengadilan moral dalam
sejarah? Sama seperti isu-isu sebelumnya, ternyata kalangan sejarawan sekular
terus berbentur pendapat dalam menghadapinya, malah sentiasa berkonflik
dalam mencart kepastian tentangnya. Dan dalam hal ini, terdapat dua aliran
pemikiran yang bertentangan, iaitu golongan yang menerima dan golongan yang
menolak kehadiran pengadilan moral dalam sejarah.

1.

Konservatif

Pertama sekali bagi golongan yang menerimanya, sebagai aliran konservatif,


kemunculannya boleh dikatakan bermula dengan kemunculan kesedaran tentang
sejarah itu sendiri. Dan dalam hal ini, Herodotus sendiri dikatakan telah merintis
jalan melakukannya, den gan cara memuji kemenangan Greek dalam
pertempuran di Marathon dan Salamis, serta menganggap Athens sebagai
penyelamat negara-negara Greek. Sebaliknya dia menuduh raja-raja Farsi
sebagai angkuh, kejam dan ganas kerana tindakan mereka menakiuki Greek.
Bagaimanapun ada juga ketikanya dia menyesali tindakan Athens yang
menyokong pemberontakan Jonia, serta memuji keberanian askar-askar Farsi
sekalipun tewas dalam pertempuran Salamis. Dalam hal ini Herodotus didakwa
sebagai dipengaruhi oleh tradisi epik sejak Homer, dengan menjadikan karya
sejarahnya untuk memaparkan keberanian dan keperwiraan orang-orang Greek
yang berjaya mempertahankan maruah dan kedaulatau mereka daripada
serangan musuh yang lebih besar.

Tentang Thucydides, memang beliau dikatakan menekankan soal objektiviti


dalam kajiannya, bahkan tidak pula melakukan pengadilan moral dalam
karyanya itu. Bagaimanapun pendiriannya yang menyalahkan jeneral-jeneral
Athens itu menimbulkan tuduhan di kalangan penulis Athens sendiri bahawa
beliau adalah seorang pengkhianat negara.

Dengan kebangkitan pensejarahan Rom, unsur pengadilan moral telah


dipergunakan dengan seluas-luasnya. Livy umpamanya, telah memuji zaman
Rumawi kuno kerana masyarakatnya memuliakan nilalnilal utama Rumawi (virtus
Romana), sebaliknya mengutuk zaman kerana masyarakatnya mengabaikan kod
etika itu. Demikian juga dia memuji zaman lama yang mengamalkan sistem
republik yang menjaga hak asasi rakyat. Sebaliknya Tacitus mengutuk sistem
diktator yang diamalkan oleh maharaja- maharajanya. B aginya, fungsi
terpenting sejarah ialah mengenang jasa-jasa daripada dilupakan, serta
mengelak daripada celaan dan kutukan anak-cucu. Demikian juga Plutarch, turut
menekankan persoalan moral dalam karyanya Parallel Lives, bahkan berjaya pula
dalam usahanya itu. Memang jika diamati, terdapat sifat kebangsaan di kalangan
sejarawan Rom itu, oleh kerana mereka gemar memuji bangsa Rom sebagai
bangsa yang terbaik, dan sebaliknya mengeji atau mengecilkan bangsa-bangsa
lain. Tetapi pada umumnya tindakan ini lebih merupakan cara untuk
membimbing masyarakat Rom ke arah suatu keadaan atau sifat yang mulia.

Adapun tentang sejarawan Krtstian pada Zaman Pertengahan, tidak syak lagi
merekalah yang paling banyak mengamalkan pengadilan moral, sejajar den gan
peranan mereka sebagai tokoh-tokoh agama yang bertanggungjawab
mengajarkan moral kepada para penganutnya.

Bagaimanakah situasinya pada Zaman Moden ini? Sebenarnya pada zaman


inilah pengaruh pengadilan moral mulai dipertikaikan, walaupun kelihataunya
aliran konservatif masih kuat pengaruhnya. Misalnya, tokoh-tokoh Sejarawan be
sar abad ke- 18 seumpama Gibbon, Hume, Rollin, Robertson, Raynal dan Voltaire,
semuanya menerima konsepsi Bolingbroke bahawa sejarah ialah pengajaran
falsafah melalui teladan philosophy teaching by example), dan golongan
sejarawan bertanggungjawab mengajarkannya. Malah pada abad ke-19 juga,
terutama di England pada zaman Queen Victoria (1837 - 1901), ia merupakan
zaman moraliti, atau moraliti merupakan semangat zamannya (zeitgeist), hingga
pengaruhnya meliputi setiap bidang kehidupan dan ilmu pengetahuan. Pada
zaman inilah terkenalnya gaya Victoria (Victorian style), dengan tokoh-tokoh
sejarawan yang juga merupakan pemimpin moral, yakni memainkan dua
peranan sekaligus.

Antara tokoh sejarawan lnggeris pada zaman Victoria itu ialah Thomas Carlyle,
yang mana seperti John L. Motley, menganggap bahawa pengadilan moral bukan
sahaja merupakan kecenderungan setiap orang, bahkan merupakan kewajipan
yang tertinggi. Namun tokoh yang paling jelas komitmennya kepada fungsi
moral dalam sejarah ialah Lord Acton, yang pada tahun 1895 dilantik sebagai
Regius Professor di Universiti Cambridge. Baginya, walaupun pendapatpendapat
berubah, tabiat-tabiat berubah, kepercayaan-kepercayaan timbul dan tenggelam
tetapi hukum moral telah diukirkan di atas kepingan logam yang abadi (Opinions
alter, manners change, creeds rise and fall, but the moral law is written on the
tablets of eternity). Bukan sahaja tokoh-tokoh tersebut, bahkan tokoh-tokoh
kontemporari seumpama Isaiah Berlin, Veronica Wedgwood, dan Arnold Toynbee,
semuanya menekankan kepentingan dan kewajipan moral dalam sejarah.
Tentang Arnold Toynbee misalnya, baginya pengusiran orang-orang Arab dari
Palestin oleh orang-orang Yahudi itu sama besar jenayahnya dengan
pembunuhan enam juta orang-orang Yahudi oleh Hitler. Dan sama seperti
semangat Isaiah Berlin dalam syarahannya yang berjudul "Historical
Inevitability", Adrian Oldfield juga dalam rencananya yang bertajuk "Moral
Judgements in Histoty" menganggap bahawa masalah pengadilan moral tidak
dapat dielakkan (inevitable) dalam penulisan sejarah.

2.

Progresif

Sesuai dengan ciri konflik yang terdapat dalam aliran sekular tersebut, maka
timbullah reaksi terhadap golongan konservatif. ini bermula dengan kemunculan
konsep sejarah saintifik atau objektif yang dipopularkan oleh Leopold von Ranke
(1795 - 1886) pada abad ke-19. Bagi Ranke, oleh kerana matlamat kajian sejarah
adalah untuk memaparkan perkara yang sebenarnya berlaku, maka unsur
pengadilan moral haruslah diketepikan kerana ia bukanlah tugas ahli-alili

sejarah. Penulisan sejarah objektif tidak dapat dicapai sekiranya ahli sejarah
dipengaruhi oleh pengaruh atau nilai sezaman (zeitgeist).

Sebagai aliran progresif dan pragmatik, golongan ini memang menarik perhatian
sejarawan yang cuba mempertahankan sejarah sebagal suatu disipin yang
tersendiri dan terpisali daripada disiplindisiplin lain. Bagi Herbert Butterfield
misalnya, beliau berpendapat bahawa pengadilan moral adalah tidak
bersangkut-paut dengan penyiasatau (sejarah) dan asing kepada ruang intelek
sejarah saintifik. Sedangkan bagi G. Kitson Clark pula, adalah lebih balk jika ahli
sejarah cuba memahami dan menjelaskan sesuatu daripada bertindak sebagai
seorang hakim. Masalah-masalah moral terpisah daripada sejarah, dan kerana
itu sebaiknya diserahkan sahaja kepada golongan lain, seperti ahli agama, ahli
falsafah atau ahli perundangan.

Jadi berdasarkan pandangan golongan progresif tersebut, terdapat dua alasan


utama kenapa mereka menolak pengadilan moral. Pertama, kita tidak dapat
menerapkan pengadilan moral dalam sejarah, justem nilai-nilai adalah bersifat
relatif atau berubah-ubah menurut ruang dan waktu. Kita mungkin boleli
menerima sesuatu yang berasaskan fakta-fakta yang bersifat objektif, tetapi
tidak dapat menerima tafsirantafsiran yang bersifat subjektif. Seperti yang
dijelaskan sebelumnya, tafsiran sejarah biasanya dipengaruhi oleh nilai-nilai
tertentu. Bagi golongan progresif, oleh kerana nilai-nilai ini berbeza-beza dan
henibahubah, sudah tentu tidak dapat dikenakan pada setiap masa dan tempat.
Lagipun, masa lampau sudahpun berlalu, dan tidak ada lagi pada masa kini
untuk diadili. Yang berialu biarlali berlalu, dan tidak perlu dihakirni lagi. Lagipun,
apakah faedahnya mengadili masa lampau dalam pengajian sejarah saintifik?

Yang kedua, sejarah sebagai suatu disiplin ilmu yang kbusus dan tersendiri tidak
harus bercampur-aduk atau bersatu dengan bidangbidang lain, seperti agama
atau moral. Biarlah masalah sejarah diserahkan kepada ahli-ahli sejarah sahaja,
dan masalah agama dan moral diselesaikan oleh ahli-ahli agama dan moral.
Setiap bidang mempunyai ahli-ahlinya sendiri, serta memainkan peranan dalam
lingkungannya masing-masing. Dalam erti kata yang lain, hujah-hujah golongan
progresif ini adalah berasaskan nilai-nilai relativisme dan dual isme.

Bagaimanapun, pendirian golongan progresif ini ternyata tidak dapat bertahan.


Mengenai hujab pertama uuipamanya, benarkali yang ada cuma nilal-nilal
relatif? Dalam pengajian etika atau moral, kita mengetahui adanya dua sistem,
iaitu etika deskrtptif dan etika normatif. Etika deskriptif merupakan kaj ian
tentang berbagai-bagai Si stem moral yang wujud dalam sejarah, tanpa
membuat penilaian atau pengadilan terhadapnya. Dan kerana banyaknya sistem
yang ada, dan berbeza pula antara satu dengan yang lain, maka timbullah

anggapan babawa nilai itu bersifat relatif. Antara sebab utama timbulnya
perbezaan sistem moral ini terletak pada matlamat terakhir atau tertinggi
(summum bonum) yang ingin dicapai, misalnya apakah yang dianggap paling
bemilai di sisi manusia. Ada yang berpegang pada matlamat 'kelazatan'
(hedonism), atau 'kegunaan' (utilitarianism), atau kemajuan progress),
kesempurnaan (perfect), dan sebagainya. Pendek kata, setiap golongan atau
aliran mempunyai summum bonum yang tersendiri.

Tetapi di samping etika deskrtptif yang bersifat relatif, terdapat pula etika
normatif yang bersifat absolut (ethical absolutism). Berbeza daripada yang
pertama, etika normatif bukan sahaja cuba menilai atau mengadili sistem-sistem
moral yang ada, bahkan mencadangkan sistem moral alternatif yang dianggap
terbaik, standard dan universal. Misalnya terdapat etika perubatan atau
perundangan yang dipatuhi oleh para pengamal profesion ini. Ataupun ajaranajaran tertentu yang diterima semua agama dan ideologi, seperti ikhlas,
amanah, pemurah dan sebagainya. Nilai-nilai yang absolute atau abadi inilah
yang dikenali sebagai philosophia perennis, iaitu kebenaran yang abadi dan tidak
berubah yang diketahui secara menyeluruh.

Bukan sahaja dalam falsafah etika, bahkan dalam agama Islam sendiri terdapat
ajaran yang bersifat absolute dan juga yang bersifat relatif. Ajaran-ajaran yang
absolute atau kekal itu dikenali sebagai Qat'iyyah, yakni jelas dan tegas, atau alma'lum mm ad-dini bi aldarurat, yakni yang dikenali dan diketahui umum.
Sedangkan ajaran-ajaran yang relatif disebut sebagai Zanniyah atau ijtihadiyah
yakni kurang jelas serta berbeza-beza. Sekiranya ajaran-ajaran Qat'iyyah itu
berdasarkan Nas-Nas al-Quran dan Hadis secara jelas dan terang, tetapi ajaranajaran Zanniyah lebih merupakan prinsip-prinsip umum melalui ijtihad para
ulama. Walaupun ia merupakan ijtihad, namun ia tetap merupakan hukum yang
pasti selagi tidak terdapat ijtihad lain yang membatalkannya.

Jelaslah bahawa baik di dalam falsafah mahupun di dalam agama Islam


terutamanya, terdapat pengakuan tentang wujudnya nilai atau ajaran-ajaran
yang bersifat absolute dan relatif. Dan khusus dalam sejarah sendiri, Lord Acton
juga menekankan kepentingannya kerana memang terdapat yang disebutnya
nilai-nilai ulung atau kanun moral am. Dengan mengutuk perbuatan-perbuatan
jenayah, dapatlah sejarah menjadi pedoman kepada manusia dan dapat
membantu mewujudkan kehidupan yang lebih sempurna.

Selain itu, konsepsi relativiti itu sendiri mengandungi unsur-unsur destruktif di


dalam dirinya sendiri. Dari segi logiknya, sekiranya segala sesuatu itu bersifat
relatif, maka konsep relativiti itupun seharusnya bersifat relatif juga. Sekiranya
unsur absolute dalam sejarah ditolak, maka unsur relativiti yang absolute juga

tertolak. Pendeknya, seperti hukum dialektika Hegel, tidak ada tesis (idea) yang
kekal, kerana pasti ada antitesisnya. Dan hasilnya dalam bentuk sintesis itu
sendiri merupakan tesis baru, yang akan ada pula antitesisnya. Demikianlah
seterusnya. Jadi yang dikatakan doktrin relativiti itu juga dapat berubah.

Kemudiannya tentang hujah yang kedua, iaitu konsep ilmu yang bersifat dualistik
atau terpisah dengan yang lain-lainnya, tidaklah dapat diterima oleh
perkembangan ilmu yang semakin menuju ke arah rapprochement atau
kedekatan antara satu sama lain. Berbalik kepada konsep disiplin, telah kini
sudah dicabar oleh konsep inter-disiplinari. Dan yang dikatakan sifat autonomi
ilmu itu kini sudah dicabar oleh sifat heterenomi ilmu. Jika semuanya ini
dikaitkan dengan ajaran Islam, ternyata sifat dualisme ilmu itu tidak ada
tempatnya sama sekali, oleh kerana Islam mengajarkan konsep ilmu yang
bersepadu (integrated) dengan Aqidah, Syariat dan Akhlak atau moral. Jadi
dalam hubungannya dengan pengadilan moral ini, sudah tentu sejarah tidak
dapat dipisahkan dengan ajaran moral.

Sebenarnya konsep ilmu yang bersepadu ini adalah bertolak daripada masalah
fungsi atau tugas sejarawan itu sendiri. Jika bertolak daripada konsep sejarah
saintifik, maka tugas sejarawan tidak lebih cuma memaparkan apa yang menjadi
kenyataan (is = das Sein = ma huwa al-ka 'in). Tetapi bagi golongan yang
komited, mereka lebih menekankan apa yang seharusnya terjadi (ought = das
Sollen = ma yajibu an-yakuna). Atau seperti yang pernah dikatakan orang,
bahawa seorang ilmuan adalah terikat dengan fakta, tetapi seorang
cendekiawan dapat memberi pandangan dan saranan. Menurut istilah Profesor
Dr. Hamka, seorang "akademisi" (lepasan universiti) hanya berfikir apa yang ada,
yakni terikat dengan fakta. Tetapi seorang "akademisu" (lepasan surau) berfikir
menurut apa yang mestinya, dan terikat dengan cita-cita dan perjuangan.
Jelasnya, terdapat apa yang dikatakan sebagai tanggungjawab atau kewajiban
moral (moral obligation) bagi seseorang cendekiawan atau "akademisu".

Di sinilali timbulnya penentangan Herbert Butterfield terhadap pengadilan moral.


Baginya, peranan ahli sejarah hanyalah mengisahkan sesuatu peristiwa itu
dengan jelas sebagaimana adanya, dan terpulanglah kepada pembaca untuk
mengadili baik-buruknya. Tetapi sebagaimana ditegaskan sebelumnya, konsep
ilmu yang bersepadu menuntut sikap fungsional dan bukannya neutral bagi
seorang ilmuan atau cendekiawan. Lebih-lebih lagi bagi cendakiawan Muslim,
terdapat tugas asasi sebagai seorang pendakwah untuk melaksanakan
kewajiban menyeru ke arah kebaikan dan melarang keburukan.

Sebenarnya hujah-hujah golongan yang menolak pengadilan moral itu lebih


bersifat teoritikal, oleh kerana dari segi praktiknya, hampir tidak ada orang yang

bebas daripada tindakan mengadili sesuatu. Mungkin pengadilan moral secara


terbuka atau terang-terangan tidak dilakukannya, iaitu tidak memakai istilaliistilah seperti ganas, kejam, bijaksana, dan sebagainya. Namun ia tidak dapat
mengelakkan diri daripada mengadili sesuatu secara tersembunyi iaitu melalui
pemilihan tema dan persoalan, pemilihan fakta-fakta, penggunaan gaya bahasa,
dan sebagainya. Pendeknya, sekiranya secara terbuka mereka mendakwa
bersikap objektif, tetapi secara tersembunyi dia tetap dipengaruhi oleh sikap
subjektif.

Selain itu, patut juga diperingatkan bahawa tuntutan agar pihak lain tidak
melakukan pengadilan moral itu sebenarnya akan pendakyah yang
memperalatkan sejarah untuk matlamat buruk mereka. Mereka cukup menyedari
bahawa sejarah merupakan senjata yang paling berkesan untuk mencapai
matlamat mereka. Sebab itu mereka segera mengeksploitasinya, sepertimana
yang dilakukan oleh Hitler dan pembantunya, Goebbels. Jadi jikalau tidak
dibantah tindakan pengadilan moral yang buruk dengan pengadilan moral yang
baik, maka sudah tentu yang buruk akan terus bermaharajalela dan
berpengaruh. Sudah terlalu banyak ilmu yang membawa kebinasaan, di samping
banyak pula yang membawa kemanfaatan. Ilmuan yang bermoral sudah tentu
akan membawa ilmunya ke arah tujuan yang bermoral pula, bukannya dengan
bersikap neutral atau berkecuali yang hanya menguntungkan kaum oportunis
tersebut.

Kalau benar pengadilan moral itu tidak dapat dielakkan, dan malah perlu untuk
menegakkan kebaikan dan membanteras keburukan, masalahnya ialah tindakan
manakah yang boleh atau perlu diadili? Pertama sekali, pengadilan moral hanya
dilakukan terhadap tindakan yang disengajakan atau diniatkan, bukannya yang
berlaku secara tidak sengaja. Dengan prinsip ini, tidaklah dijatuhkan pengadilan
moral ke atas orang yang tidak siuman, atau orang yang dipaksa melakukannya.
Unsur sengaja atau dengan kesedaran penuh ini adalah kriteria asas untuk
mengadili sesuatu, iaitu sama ada dipuji atau dikeji.

Yang keduanya, pengadilan moral bukan sahaja dilakukan berdasarkan niat atau
tujuannya, bahkan juga pada cara tindakannya itu. Memang dalam hal ini ada
sejarawan yang tidak mementingkan niat atau tujuan yang buruk, asalkan
perbuatannya itu membawa kebaikan kepada orang ramai. Demikian juga
mereka cuba memaafkan cara dan tindakan seseorang yang zalim dan kejam,
semata-mata kerana dikatakan niat atau tujuannya baik. Jadi asalkan salahsatunya baik, iaitu sama ada tujuan atau caranya, cukuplah untuk mendapat
pujian daripada sejarawan.

Dalam menghadapi kes ini sebenarnya terdapat dua jenis pengadilan yang harus
diambilkira, iaitu pengadilan sekular dan pengadilan teologi. Dalam pengadilan
sekular, barangkali puji-pujian seperti yang diberikan itu dapat dibenarkan.
Tetapi dalam pengadilan teologi (Islam), ia melibatkan persoalan pahala dan
dosa. Misalnya, walaupun pada zahirnya perbuatan seseorang itu membawa
kebaikan dan kebajikan kepada orang ramai, tetapi dia tetap berdosa sekiranya
niat atau tujuannya buruk, iaitu tidak dilakukan dengan ikhlas kerana Allah
semata-mata, sebaliknya kerana dorongan-dorongan lain. Demikian juga,
walaupun niat atau tujuannya baik, tetapi cara perbuatannya salah dan
mungkar, maka dia tetap dikira berdosa. Menurut kaedah Fiqh Islam, sekadar
niat yang baik tidaklah dapat menghalalkan perbuatan yang haram (al-niyat alhasanat la-tubarir al-haram). Syariat Islam tidak membenarkan prinsip
Machiavellianisme yang menghalalkan setiap cara untuk mencapai tujuan (The
end justifies the means). Setiap tujuan yang baik harus dicapai dengan cara
yang baik pula.

Penyebaban (Sebab-Musabab)
Antara masalah besar dalam pentafsiran sejarah yang sejak lama menimbulkan
kontroversi adalah tentang penyebaban (causation), iaitu tentang sebabmusabab berlakunya sesuatu kejadian tertentu. Dalam sejarah, masalah
penyebaban timbul melalui usaha untuk menjelaskan lagi perjalanan sejarah
secara kritis. Jelasnya, penjelasan (explanation) sejarah melibatkan kajian
tentang sebab-musabab atau punca-punca terjadinya sesuatu peristiwa itu. Jadi
sejarah tidak setakat penceritaan secara naratif sahaja, bahkan juga penjelasan
dan analisis tentang sebab-sebabnya.

Memang dari segi tertentu, tidak selalunya penjelasan sejarah melibatkan kajian
sebab-musabab, walaupun kajian sebab-musabab dapat menjelaskan sejarah. Ini
kerana seperti kata William H. Dray, ada kalanya kita tidak bertanya "mengapa"
(yakni sebab-sebabnya) tetapi "bagaimana" sesuatu kejadian itu berlaku. Malah
bagi Michael Oakeshott, semua pertanyaan mengenai sebab itu sebetulnya
merupakan pertanyaan mengenai "bagaimana". Dan sama seperti Dray dan
Oakeshott, D.H. Porter juga melihat penjelasan sejarah sebagai suatu jawapan
terhadap pertanyaan mengenai "bagaimana" berlakunya sesuatu. Jadi yang
dibangkitkan bukannya sebab-sebabnya, tetapi proses atau selok-belok
terjadinya sesuatu. Pendeknya, setengah pihak tidak mengambil pusing tentang
sebab-musababnya, malah menganggapnya sebagai kurang penting dalam
menjelaskan sesuatu.

Selain itu, ada juga pihak yang kelihatannya semacam mengambil mudah sahaja
terhadap persoalan ini, dengan cara memberi jawapan yang berbentuk simplistik
terhadap pertanyaan tentang sebab-musababnya. Misalnya, jawapan-jawapan

yang diberikan itu dengan mudah dikatakan sebagai kebetulan (chance,


accident) sahaja, tanpa memerlukan penelitian yang serius terhadapnya.
Penjelasan simplistik ini pernah juga disebut oleh J.B.Bury sebagal teori hidung
Cleopatra (Cleopatra's Nose) yang dikatakan cukup mengesankan bagi Mark
Anthony, hingga menentukan arus sejarah. Andaikata hidungnya tidak
mempersonakan, tentulah Mark Anthony tidak akan tertarik kepadanya, dan
akibat Peperangan Actium serta nasib dunia keseluruhannya akan menjadi
berlainan.

Bagaimanapun penjelasan simplistik ini ada kalanya juga muncul dalam bentuk
ilmiah, iaitu sebagai suatu aliran pemikiran yang eksklusif. Dan yang terpenting
sekali melalui teori Darwinisme atau evolusionisme, yang mengajarkan tentang
kejadian-kejadian yang wujud secara kebetulan sahaja. Kemudiannya terdapat
pula teori sejarah menurut Jean Paul Sartre, bahawa kewujudan sesuatu itu tidak
mempunyai sebab atau alasan atau keperluan. Malah pernah juga dikatakan
yang sejarawan Jerman yang terkemuka, Friedrich Meinecke, turut tertarik
kepada peranan kebetulan ini dalam sejarah.

Di samping semuanya itu terdapat juga penolakan terhadap konsep penyebaban


ini lantaran keakuran hubungannya dengan akibat. Yakni, hubungan di antara
sebab dan akibat dianggap tidak jelas, dan malah sengaja dipenggal-penggalkan
sahaja. Masa lampau sendiri tidak mengenai perbezaan-perbezaan, atau
penggalan-penggalan antara sebab dan akibat. Sebab itulah tokoh sejarawan
seumpama Geoffrey Barraclough sampai menyarankan agar sejarawan
seharusnya tidak lagi menekankan masalah sebab-sebab, sebaliknya tumpukan
sahaja kepada akibat-akibatnya. Penyebaban atau sebab-sebab adalah milik
sejarah, sedangkan akibat atau natijahnya adalah milik kita kini. Penyebaban
atau motif adalah tersembunyi dalam diri manusia, yang mana hanya Tuhan jua
yang dapat mengetahuinya. Sedangkan kesan atau natijahnya dapat disaksikan
sampai kini. Let Bygones Be Bygones.

Betapapun juga wujudnya sikap massa bodoh atau penolakan terhadap


penjelasan tentang sebab-musabab ini, ternyata sekali yang ia cuma mewakili
segelintir manusia sahaja. Sebetulnya manusia dalam keadaan biasa (normal)
dan waras tidak akan mempertikaikan lagi tentang wujud atau tidaknya sebabmusabab sesuatu itu. Yang dipertikaikan sejak lama hanyalah pada jenis sebabmusababnya, atau sebab-sebab yang lebih penting dan utama. Di sinilah
timbulnya berbagai-bagai bentuk aliran fahaman di kalangan sejarawan, yang
melahirkan berbagai-bagai bentuk tafsiran pula tentang sejarah.

1.

Sekular

Pada umumnya terdapat dua aliran besar tentang masalah penyebaban dalam
sejarah, iaitu aliran sekular dan aliran teologi. Pertama sekali mengenai aliran
sekular, cirinya yang utama ialah konflik atau pertentangan pendapat tentang
hierarki sebab-musababnya (hierarchy of causes). Dalam bentuknya yang
ekstrim, terdapat kecenderungan untuk menonjolkan faktor tertentu sahaja
sebagai faktornya yang asasi dan terpenting (linear causation). Tanpa syarat
mutlak tertentu (conditio sine qua non), tidaklah akan terjadi perkara-perkara
lain.

Dari segi unsur-unsurnya, penyebaban yang bercorak sekular ini menjelaskan


sebab-sebab yang dikaitkan dengan alam tabii dan lebih-lebih lagi dengan
manusia. Dalam hubungannya dengan alam tabii, menurut perspektif
antropologi, agama primitif dikatakan bermula dengan kepercayaan animisme
dan dinamisme, yang melihat gejala alam sebagai penentu baik-buruk nasib
manusia. Sebagai agama alam (natural religion), ia cuba mencari keterangan
dan penjelasan tentang sesuatu perkara itu pada gejala-gejala alam tabii. Jadi
walaupun pada dasarnya ia merupakan agama atau kepercayaan, dan bukannya
sekular, namun cara penjelasannya itu menonjolkan watak sekular.

Ciri yang sama juga dapat dibandingkan dengan kepercayaan kepada sistem
geomancy, terutama geomancy China yang dikenali sebagi feng shui (angin dan
air). Menurut kepercayaan tradisi ini, hidup manusia akan berada di dalam
kesenangan dan kekayaan jika sentiasa dalam keadaan harmoni atau seirama (in
tune) dengan alam dan persekitaran. Sebarang sikap atau tindakan yang
bertentangan dengan sifat dan perialanan alam sekitar itu nescaya akan
membawa kesusahan dan kesengsaraan pada manusia. Pendeknya, penjelasan
tradisi China tentang sebab-musabab berlakunya sesuatu pada diri manusia
mempunyai hubungan yang rapat dengan peraturan alam tabii dan persekitaran.

Pada Zaman Moden, tokoh terkenal yang menekankan kepentingan alam sebagai
faktor penyebab dalam sejarah ialah Mostesquieu. Baginya, alam atau
persekitaran menentukan kehidupan manusia. Demikian juga Abbe Raynal, turut
menekankan kepentingannya untuk menjelaskan keterbelakangan orang-orang
Amerika. Dan selepasnya ramailah para sarjana yang mendengungkan peranan
besar iklim atau geografi sebagai penentu nasib manusia, seperti Alexander von
Humboldt dan Henry T. Buckle, Richard Green dan Friedrich Ratzel, Frederick J.
Turner dan Brooke Adams. Ratzel umpamanya, telah menulis sebuah buku yang
berjudul Anthropogeography atau Outline of the Influences of the Geographical
Environment upon History (1882). Dengan menyebutkan peranan alam di sini
bukan sahaja dimaksudkan pada alam atau persekitaran, bahkan juga pada yang
disebut sebagai "bencana-bencana alam" (natural disasters) seumpama
kemarau, banjir, ribut taufan serta mala petaka yang datang daripada haiwan
dan tumbuh-tumbuhan, dan sebagainya lagi. Dalam erti kata yang lain, terdapat

kuasa atau tenaga "impersonal" yang memainkan peranan yang menentukan


terhadap arah dan perjalanan sejarah manusia. Dan kuasa atau tenaga alam ini
berlaku secara tabii, bukannya ditentukan oleh sebarang kuasa lain seperti yang
diyakini oleh orang-orang agama. Yakni, ia bersifat natural, bukannya bersifat
supernatural.

Dengan menyebut kuasa "impersonal" tersebut, sebenarnya ia menonjolkan


realiti konflik yang terdapat di kalangan sejarawan tentang masalah penyebaban
itu sendiri. ini kerana, di samping terdapatnya kalangan yang menekankan kuasa
"impersonal", tidak sedikit pula yang menekankan kuasa "personal". Dalam
sejarah, kontroversi antara kedua-dua pihak ini telah mewujudkan aliran-aliran
yang tersendiri.

Mengenai golongan yang menekankan kuasa "personal", ia mementingkan


peranan individu. Aliran individu ini dikenali sebagai teori Manusia Agung (Great
Man theory), yang menekankan peranan dan ketokohan seseorang yang tertentu
sebagai faktor utama yang membawa perubahan besar dalam sejarah. Teori ini
dipelopori oleh Plutarch (46 - 120), seorang sejarawan Greek, tetapi dipopularkan
oleh sejarawan Inggeris Thomas Carlyle (1795 - 1881). Sebagai jaguh teori kultus
peribadi personality - cult) dalam sejarah, beliau menganggap sejarah adalah
rangkaian biografi tokoh, terutama tokoh hero yang menentukan perjalanan
sejarah. Di Amerika, aliran ini turut dikembangkan oleh Ralph Waldo Emerson
(1803 - 1882).

Seperti yang sudah dijelaskan, teori "personal" itu sudah tentu ditolak oleli teori
"impersonal" tersebut. Terutama di kalangan tokoh-tokoh "enviromentalist",
mereka berpendapat bahawa manusia agung itu tidak lain hanyalah anak
zamannya atau masyarakatnya. Tidak ada manusia atau individu besar yang
mampu melawan arus semangat zamannya (zeitgeist) atau semangat
tempatnya (ortgeist). Pendeknya, bukannya tokoh agung yang menggerak dan
membentuk sejarah sebaliknya masyarakatlah yang membentuk tokoh agung.
Antara tokoh-tokoh pendukung teori ini adalah seperti Herbert Spencer (18201903) dan juga Francis Galton (1822 - 1911).

Antara kedua-dua pendapat yang ekstrim itu terdapat pula aliran lain yang
mendakwa sebagai bersifat pertengahan. Dan tokoh utama aliran ini ialah
William James (1842 - 1910), yang berpendapat bahawa seseorang manusia
agung memang dapat mempengaruhi masyarakat kalau kena pada ketikanya
(timing). Tetapi kalau tidak kena masa atau ketikanya, seperti datang dulu atau
kemudian, mereka tidak dapat diterima oleh masyarakat atau zamannya.

Sebenarnya soal kesesuaian masa ini lebih dulu dibayangkan oleh Leopold von
Ranke (1795 - 1886). Ketika mengupas gerakan reformasi di Jerman, beliau
menganggap bahawa kejayaan Martin Luther dalam gerakannya pada tahun
1517 itu tidaklah semata-mata kerana kehebatannya tetapi kerana kesediaan
masyarakat Jerman sendiri untuk menyambut atau menyokongnya. Sebelum
kemunculan Luther sendiri sudah muncul tokoh-tokoh reformasi, seumpama John
Huss dan Wycliff. Tetapi semuanya gagal belaka, kerana masanya dianggap
belum sesuai lagi. Bagaimanapun semangat zaman (zeitgeist) ketika
kemunculan Luther sudah berubah, atau lebih tepat, sudah masak dan matang.
Sebab itulah apabila Luther melancarkan gerakannya, beliau mencapai kejayaan.
Jadi bagi Ranke, kejayaan Martin Luther tidaklah boleh ditafsirkan semata-mata
kerana kebolehannya tanpa merujuk kepada semangat zamannya.

Sepintas lalu dengan penjelasan seperti ini dapatlah diwujudkan persefahaman


antara aliran individu dengan aliran masyarakat itu. Bagaimanapun, apa yang
didakwa sebagai aliran pertengahan ini jelas kepalsuannya, kerana sebarang
tekanan kepada aspek kesesuaian masa atau tempat itu tidak lain merupakan
ciri aliran masyarakat belaka. Ketokohan seseorang itu diukur berdasarkan
kerelaannya mengikut semangat masyarakat atau zamannya, bukannya
berdasarkan kemampuannya mengubah masyarakat atau zamannya ke arah
idealismenya. Jadi kalau tren zamannya ialah berpoya-poya atau budaya hawa
nafsu (hedonistic culture), janganlah cuba berjuang untuk mengubahnya, nanti
akan menghadapi kegagalan. Sebaiknya ikut sajalah tren ini agar dapat menjadi
tokoh agung zamannya. Inilah "logik" kesesuaian masa yang dikatakan bersifat
pertengahan itu!

Dalam konteks inilah Sidney Hook cuba membezakan apa yang disebutnya
sebagai eventful man dengan event-making man. Sekiranya eventful man itu
menjadi pemimpin cuma dengan cara menyesuaikan diri dengan kehendak
masyarakat dan zamannya itu ke arah matlamat tertentu, tetapi event-making
man menentukan arah dan matlamat serta berusaha untuk mencapainya,
walaupun matlamat itu bukannya apa yang dicitakan oleh masyarakatnya.

Konflik bukan sahaja berlaku antara kuasa "personal" dan "impersonal', atau
individu dan masyarakat, bahkan juga antara aliran idealis dan aliran materialis.
Mengenai aliran idealis, telah disebutkan sebelumnya tentang asal-usulnya sejak
daripada Plato, sedangkan pada Zaman Modennya ja dikembangkan oleb George
Berkeley. Kemudiannya aliran ini mencapai kematangannya di tangan George
Hegel, yang kebetulannya merupakan tokohnya yang terbesar. Sebagai suatu
aliran, ia mengajarkan kebenaran wujud idea atau akal sebagai hakikat yang
tidak perlu diragukan lagi.

Bagaimanapun dalam bidang sejarah, aliran idealisme Hegel bertolak daripada


proses dialektika atau perkembangan akal fikiran (mind) secara bertahap, yang
disebut sebagai tesis, antitesis dan sintesis. Pada tahap pertama, terdapat fikiran
subjektif (subjective mind) yang bersifat mandiri, atau belum menyatakan
dirinya. Bagi pada tahap, kedua timbul fikiran objektif (objective mind), iaitu
apabila fikiran merealisasikan dirinya yang terpendam itu. Akhirnya wujudlah
fikiran absolute (absolute mind), dan kedua-dua tahap itu mengalami
perdamaian dan kesatuan. Namun ketiga-tiga tahap ini akan menjadi tiga tahap
lagi, dan demikianlah seterusnya proses dialektika ini.

Jadi bagi Hegel, perkembangan pemikiran ialah suatu proses sejarah. Atau dalam
ertikata yang lain, semua sejarah ialah sejarah pemikiran (all history is the
history of thought). Ia merupakan suatu proses yang rasional, seperti kata Hegel
sendiri: "segala sesuatu yang rasional ialah nyata, dan segala sesuatu yang
nyata ialah rasional". Pendeknya, akal fikiranlah yang menguasai dunia, yakni
sejarah didasari oleh rencana yang rasional. Sebab itu proses sejarah ialah
proses yang logik, bukannya kebetulan (accidental) sahaja. Bagaimanapun oleh
kerana fikiran objektif muncul dalam bentuk negara, yakni negara merupakan
ikarnasi fikiran objektif, maka ini bererti yang pengkajian sejarah bagi Hegel
hanyalah sejarah negara atau politik. Dan bagi Hegel, negara Jerman merupakan
model perwujudan pemikiran yang terakhir.

Selepas Hegel, aliran idealisme dalam sejarah turut ditekankan oleb Benedetto
Croce (1866 - 1952), dan kemudiannya oleh penyokong Croce yang terkemuka,
iaitu R.G. Collingwood (1889 - 1943). Seperti Hegel, Collingwood juga
mencanangkan bahawa semua sejarah ialah sejarah pemikiran. Bagaimanapun
idealisme Croce dan Collingwood lebih merujuk kepada masalah konsep sejarah
daripada masalah penyebaban dalam sejarah.

Kalau sekiranya aliran idealis melihat dominasi pemikiran terhadap dunia, dan
dengan itu mempengaruhi perjalanan sejarah, sebaliknya aliran materialis lebih
menekankan asas kebendaan sebagai penggerak asasi kejadian-kejadian
sejarah. Sungguhpun terdapat pertentangan yang menjolok antara kedua-dua
aliran ini, namun apa yang menakjubkan ialah bahawa aliran materialisme ini
tumbuh berasaskan tradisi Hegelian juga. Sebagai suatu aliran, tradisi Hegelian
selepas kematiannya telah berpecah kepada dua aliran pula, iaitu Hegelianisme
kanan dan Hegelianisme kiri. Hegelianisme kanan mempunyai sifat konservatif,
yakni mempertahankan sifat asalnya yang idealistik. Sebaliknya Hegelianisme
kiri telah merombak dasar idealistik secara radikal, dengan menggantikannya
dengan asas materialistik. Golongan ini biasanya dikenali sebagai "Young
Hegelians", yang terdiri daripada Ludwig Feuerbach (1804 - 1872), Karl Marx
(1818 - 1883), dan Friedrich Engels (1820 - 1895).

Secocok dengan dasar materialisrnenya, Feuerbach menegaskan babawa


"manusia ialah apa yang dimakannya" (Der Mensch ist was er isst). Untuk
memperbaiki kehidupan manusia, bukannya dengan cara menghebohkan
masalah dosa-pahala, tetapi dengan memberikan mereka makanan yang baik.
Khusus tentang Marx dan Engels, konsep sejarah kebendaan mereka pada
dasarnya memang bertolak daripada proses dialektika Hegelian. Tetapi jika Hegel
melihat perubahan ini dalam konteks pertentangan antara idea, sebaliknya Marx
melihatnya sebagal berpunca dari keadaan kebendaan yang menyemai perasaan
permusuhan antara kelas. Berdasarkan prinsip lapisan bawah (sub-structure)
yang menguasai lapisan atas (super-structure), iaitti faktor ekonomilah yang
menguasai dan mempengaruhi segala sesuatu, terkenallah konsep sejarah
kebendaan (materialist conception of history) yang melihat unsur ekonomi
sebagai faktor asasi yang menggerak dan mengubah sejarah. Malah gerakan
reformasi agama yang dipimpin oleh Martin Luther itupun, bagi Engels,
dilatarbelakangi oleh kepentingan ekonomi kelas-kelas yang berharta di
kalangan pengikut Luther. Jadi bukannya kerana motif keagamaan seperti
anggapan kebanyakan orang.

Sebenarnya konflik antara aliran idealisme dengan aliran materialisme ini dapat
dibandingkan dengan teori keberkaitan (zussamenhang) Max Weber (18641920). Bagi Weber, konflik antara empayar Farsi dengan Yunani yang telah
mencetuskan Peperangan Marathon itu tidaklah semata-mata kerana faktor
fizikal (Kausalzussamenhang), bahkan juga kerana faktor mental atau pemikiran
(Sinnzussamenhang). Sekiranya peperangan ini dimenangi oleh Farsi, sudah
tentu pemikiran agama akan mempengaruhi Eropah, seperti pengaruhnya di
Timur Tengah. Tetapi berkat kemenangan fizikal di Marathon, maka proses
sekularisasi di dunia Barat tidak terhenti sehinggalah sekarang.

Sebagaimana ditegaskan sebelumnya, penjelasan tentang penyebaban yang


menekankan faktor tertentu sahaja sebagai yang terpenting itu disebut sebagi
linear causation. Nampaknya penjelasan yang menjurus itu mulai dipertikaikan
oleh sejarawan, terutama pada masa kini. Sebagai suatu masalah yang
kompleks, kejadian-kejadian dalam sejarah tidaklah tercetus kerana faktor
tertentu sahaja, tetapi kerana berbagai-bagai sebab (multiple causation).
Misalnya, di samping adanya faktor luaran, ada pula faktor dalaman. Atau di
samping faktor jangka panjang, terdapat faktor jangka pendek atau segera.
Ataupun disebut juga faktor-faktor politik, sosial, ekonomi, agama, dan
sebagainya.

Pembebasan tentang masalah penyebaban dalam sejarah akhirnya akan


membawa kita kepada suatu masalah abadi, iaitu sama ada wujud atau tidaknya

hukum am (general law) dalam sejarah. Di kalangan sejarawan sekular, masalah


ini bergema melalui konflik antara aliran determinisme dengan aliran
indeterminisme. Atau dalam pengertian lain, berlaku konflik antara aliran
absolute dengan aliran relatif dalam masalah penyebaban. Bagi aliran
determinisme, ia mempercayai bahawa sejarah manusia mempunyai sebab
tertentu yang sudah ditetapkan sejak awalnya lagi, serta bersifat absolute atau
tidak berubah di dalam ruang dan waktu mana sekalipun, persis konsep nasib
(tyche) dalam pensejarahan Greek dulu. Apa yang sudah terjadi dan akan terjadi
seolah-olah tidak dapat dielakkan (inevitable) lagi. Que sera sera! Sedangkan
bagi aliran indeterminisme, ia menolak adanya sebab-sebab yang absolute atau
tetap untuk setiap ruang dan waktu itu, sebaliknya menekankan unsur relatif
atau berubah-ubah dan berbeza.

Sebenarnya masalah hukum am (general law) ialah masalah falsafah. Atau


dalam konteks sejarah, ia adalah masalah dalam bidang falsafah sejarah
(philosophy of history). ini kerana dalam falsafah, sering dibahaskan tentang
masalah kebebasan (freedom, liberty), dan masalah determinisme tersebut
terrnasuk dalam persoalan tentang kebebasan ini. Misalnya, sekiranya manusia
itu dikatakan bebas, bagaimanakah cara penyelesaiannya dalam menghadapi
ajaran determinisme yang bersifat mengikat atau membelenggu manusia? Inilah
antara persoalan falsafah yang sering dibangkitkan, yang kerana itu tidaklah
dikupas di sini.
Demikianlah, melalui pembahasan tentang masalah penyebaban menurut aliran
sekular ini, jelas menonjolkan siri-siri konflik yang tiada hujungnya. Ia bermula
dengan konflik tentang perlu atau tidaknya kajian tentang sebab-musabab ini
dalam sejarah. ini diikuti oleh konflik tentang sama ada perubahan sejarah
dipengaruhi oleh faktor alam ataupun manusia. Dan khusus tentang manusia,
terdapat konflik antara faktor "personal" dengan faktor "impersonal", atau antara
aliran individu dengan aliran masyarakat, atau aliran idealisme dengan aliran
materialisme dan disamping itu juga terdapat pertentangan antara golongan
yang menekankan faktor tertentu sahaja, dengan golongan yang melihat
berbagai-bagai faktor yang saling mempengaruhi (reciprocal causafity). Dan
kalau boleh disebutkan di sini, terdapat juga konflik antara determinisme dengan
indeterminisme. Pendeknya, konflik atau pertentangan pendapat dalam masalah
penyebaban ini memang merupakan ciri asasi aliran sekular, yang
"kebetulannya" berkembang di dunia Barat.

2.

Teologi

Di samping aliran sekular, sebenarnya sejak awal sejarah manusia lagi sudah
terdapat aliran teologi yang "kebetulannya" pula berkembang di dunia Timur.
Tetapi jika ciri utama aliran sekular ialah konflik yang berterusan tentang sebabsebabnya yang utama atau sebenar, sebaliknya ciri asasi aliran teologi ialah
kepastian tentang sebabnya yang sebenar, iaitu Tuhan (Allah). Tuhanlah yang

merupakan sebab pertama (First Cause) dan utama, kemudian baru terdapat
sebab-sebab sampingan yang lain. Sebenarnya sebab-sebab yang ditonjolkan
oleh aliran sekular yang menimbulkan konflik itu tidaklah ditolak oleh aliran
teologi. Namun semuanya itu hanya merupakan sebab-sebab sampingan
(secondary causes) belaka, sedang yang menjadi Sebab Utamanya (Primary
Cause) ialah Tuhan. Golongan sekular membatasi diri mereka pada sebab-sebab
alamiah (nature) dan manusia, seraya berfikiran bahawa hal-hal itu sahajalah
yang merupakan penyebab-penyebab yang sebenarnya dan perubahanperubaban apapun yang terjadi di dunia ini. Tetapi bagi golongan agama, segala
sesuatil di dunia ini diciptakan oleh Tuhan, maka ia sendirilah yang merupakan
Penyebab Utama dan Akhir bagi setiap kejadian di dunia ini. Pendeknya,
penjelasan sejarah menurut aliran teologi adalah bersifat absolut, sedangkan
menurut aliran sekular bersifat relatif.

Di samping faktor ketuhanan tersebut, tidak pula dinafikan bahawa faktor


kemanusiaan (human factor) turut memainkan peranan penting dalam kejadian
sejarah. Dalam teologi Islam, terkenallah mazhab-mazhab yang ekstrim
seumpama mazhab Jabariah yang bersifat fatalistik, di samping mazhab
Qadariah atau Muktazilah yang menekankan kebebasan kemahuan (free will)
manusia. Sedangkan di tengah-tengahnya terdapat pula mazhab Ahli Sunnah
wal-Jamaab yang walaupun meyakini kekuasaan mutlak Tuhan, namun manusia
juga mempunyai kebebasan dalam batas-batas tertentu. Mazhab yang
sederhana inilah yang menjadi pegangan kebanyakan jemaah umat Islam.

Kemudiannya dalam hubungannya dengan masalah determinisme sejarah pula,


aliran teologi meyakini bahawa semua peristiwa yang terjadi di alam ini telah
ditetapkan (taqdir) sejak zaman azali, yang tidak dapat ditolak atau dihindari
Dan yang menetapkan atau menentukannya itu ialah Tuhan sendiri. Dengan itu
penjelasannya juga bersifat absolute, berbanding dengan aliran sekular yang
bersifat relatif atau berbeza dan berubah-ubah dari semasa ke semasa.

Anda mungkin juga menyukai