Anda di halaman 1dari 4

EPPE6524 Pasaran Wang dan Modal Islam

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan


Semester II, Sesi 2014-2015

EPPE6524 PASARAN WANG DAN MODAL ISLAM


PENSYARAH:
PM DR. SHAHIDA SHAHIMI
TUGASAN 1 (INDIVIDU): ULASAN ARTIKEL JURNAL
NAMA PELAJAR: NUR FAHANA BINTI ZAHARI
NO. MATRIK: P79647

Tajuk Tugasan (Instrumen)


Tajuk Artikel

: Pealbura dalam Ekuiti Islamik


: Risk-return characteristics of Islamic equity indices: Multi-

Penulis

timescales analysis
: Ginanjar Dewandarua, Obiyathulla Ismath Bachab, A.

Mansur M. Masihb, Rumi Masih


Tahun Terbit
: 2015
Nama Jurnal
: Journal of Multinational Financial Management
Vol. / No. / m.s
: 29, 115138
__________________________________________________________________________
A:

RUMUSAN

1.

Permasalahan/ Persoalan Kajian (Isu)


Sejauh manakah perbezaan di antara beta indeks Islam dan konvensional ini pada
skala masa yang berbeza dengan menganalisis ciri-ciri pulangan risiko.

2.

Objektif Kajian
Kajian ini menumpukan aplikasi teori dalam konteks pasaran ekuiti Islam iaitu
pulangan sekuriti hendaklah sepenuhnya harga mengikut beta pasaran (beta market),
manakala lebihan pulangan (excess return) adalah melebihi dari harga risiko.

3.

Sumbangan Kajian
Kajian ini bertujuan memberikan beberapa sumbangan yang berkaitan ekuiti Islam
diman terdapat beberapa pengecualian menunjukkan pulangan yang sama dengan
risiko yang lebih rendah untuk indeks Islam kebanyakannya pada skala yang lebih
tinggi masa (ruang lingkup lebih panjang) di beberapa negara dan sektor.

4.

Kaedah / Metodologi Kajian


Penulis menggunakan kaedah penyelidikan di perpustakaan untuk mengumpul data
yang diperlukan. Data yang dikumpul telah dianalisis dengan menggunakan kaedah
pemerhatian data.

5.

Keputusan/ Dapatan Kajian

EPPE6524 Pasaran Wang dan Modal Islam


Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Semester II, Sesi 2014-2015

Hasil kajian ini mendapati korelasi yang lebih rendah untuk beberapa sektor pasaran
Islam (kewangan, utiliti dan perkhidmatan pengguna) pada skala masa yang lebih
rendah (ruang lingkup lebih singkat).
6.

Implikasi Dasar
Penemuan ini menunjukkan beberapa pengecualian beta berkaitan yang tidak setimpal
diberikan beta lebih rendah dengan pulangan yang sama terutamanya dalam indeks
sektor. Melalui kajian ini menunjukkan bahawa beta lebih rendah adalah patuh
Syariah, syarikat akan membayar kos ekuiti yang lebih tinggi daripada apa yang
dicadangkan oleh beta pasaran.

B:

ULASAN

1.

Tajuk
Jika di lihat melalui tajuk yang dipilih, ia dengan jelas menggambarkan keseluruhan
aspek kajian yang dijalankan. Penulis telah meletakkan fokus utama kajian pada tajuk
artikel. Ini memudahkan pembaca untuk memahami skop kajian yang dijalankan.

2.

Keaslian & Sumbangan Kajian


Di dalam kajian ini, pengkaji menggunakan teori dan data yang berbeza berbanding
dengan kajian-kajian lepas. Teori tersebut adalah merupakan satu penemuan baru dan
maklumat yang signifikan iaitu pasaran beta dengan menggunakan pendekatan
analisis wavelet. Manakala, penemuan baru dari sudut penggunaan data pula, pengkaji
menggunakan data Dow Jones Indices.

3.

Kajian Lepas
Penulis telah melakukan sorotan kajian dengan baik berdasarkan rujukan daripada
pengkaji-pengkaji terdahulu. Di sini pengkaji telah mengambil kira kajian yang
penting terutamanya dari sudut perbandingan penggunaan dalam ekuiti Islam dan
konvensional. Dengan maklumat ini pembaca dapat menganalisa kaedah untuk
mengukur pulangan risiko dalam ekuiti Islam dan konvensional.

4.

Kaedah / Metodologi Kajian


Penulis telah menggunakan satu metod dalam kajian beliau iaitu, pengumpulan data
iaitu melalui penyelidikan perpustakaan. Melalui kaedah ini, pengkaji menggunakan
kaedah kajian secara kualitatif dengan menganalisis data data . Kajian dilakukan
secara kualitatif dan mempunyai hipotesis yang dibuat oleh penulis.

5.

Keputusan/ Dapatan Kajian


Hasil kajian ini mendapati korelasi yang lebih rendah untuk beberapa sektor pasaran
Islam (kewangan, utiliti dan perkhidmatan pengguna) pada skala masa yang lebih
rendah (ruang lingkup lebih singkat). Hasil kajian di atas dinyatakan dalam sektor
mendedahkan bahawa kebanyakan indeks sektor Islam mempunyai beta yang lebih

EPPE6524 Pasaran Wang dan Modal Islam


Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Semester II, Sesi 2014-2015

rendah dengan pulangan purata yang sama berbanding dengan pelabur konvensional.
Ini boleh difahami bahawa saringan Syariah yang digunakan ada had yang lebih
rendah untuk pengaruh kewangan tanpa mengira jenis sektor. Hasil kajian menyokong
teori bahawa pengaruh (leverage) yang lebih rendah menyumbang kepada
mengurangkan risiko sistemik.
6.

Implikasi Dasar
Ekuiti Islam adalah lebih kecil dan mengakibatkan premium lebihan tidak menentu
yang terdapat di pasaran. Pengkaji implikasi bagi firma-firma yang sama ada yang
mematuhi Syariah atau sebaliknya penemuan ini menunjukkan beberapa pengecualian
yang berkaitan dengan tidak setimpal diberikan beta lebih rendah dengan pulangan
yang sama terutamanya dalam indeks sektor. Bukti ini boleh membayangkan bahawa
adalah patuh Syariah, syarikat akan membayar kos ekuiti yang lebih tinggi daripada
apa yang dicadangkan oleh beta pasaran.

7.

Kepakaran penulis / penguasaan ilmu berkaitan isu yang dibincangkan


Menurut pandangan saya, keempat-empat penulis sangat mahir dalam ilmu pasaran
ekuiti lebih-lebih lagi berkenaan isu yang dibincangkan di dalam artikel ini iaitu
pulangan risiko mengikut pasaran beta. Penulis ini juga mahir dalam menggunakan
kaedah analisis bagi pasaran beta yang menunjukkan hasil yang menarik dan masih
belum digunakan oleh mana-mana pengkaji iaiti analisis wavelet. Selain itu, penulis
juga mahir dalam menganalisa melalui kaedah CAPM bersyarat.

8.

Persembahan
Secara keseluruhannya, artikel ini memberi gambaran yang jelas tentang analisis
pulangan risiko pasaran beta menggunakan analisis wavelet dengan data-data yang
diberikan lengkap. Penulis telah merangka artikel dengan susunan yang teratur dan
memberi maklumat awal kepada pembaca tentang teori dalam ekuiti Islam. Bahasa
yang digunakan juga mudah difahami dan penerangan yang diberikan sangat jelas.

C:

KOMEN: Bagaimana artikel ini membantu anda memahami tajuk tugasan?


Artikel ini membantu saya memahami dengan lebih jelas tentang pulangan risiko
dalam pasaran ekuiti Islam. Walaupun sebelum ini saya tahu secara asas mengenai
ekuiti, namun sebagai seorang yang tidak terlibat secara langsung di dalam industri,
saya hanya mengetahui tentang konsep amnya sahaja.
Setelah memahami artikel ini dan membuat rujukan daripada artikel lain, saya
mendapati terdapat perbezaan dalam pulangan sektor sekuriti berdasarkan ekuiti Islam
dan konvensional yang mana kebanyakannya menyokong analisis menggunakan beta
sebagai pengukur risiko.

Rujukan

EPPE6524 Pasaran Wang dan Modal Islam


Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Semester II, Sesi 2014-2015

Abdul Manaf Bin Hussin. (2001). Hubungan Pulangan Saham Dengan Faktor Fundemental:
Ujian Menggunakan Model Berbilang Faktor. Bahagian Pengurusan Kewangan dan Dasar
Pinjaman.
Abdelbari El Khalichi Kabir Sarkar Humayun Mohamed Arouri Frdric Teulon. (2014). Are
Islamic equity indices more efficient than their conventional counterparts ? Evidence from
major global index families. IPAG Business School.
Dow Jones. (2003). Dow Jones Islamic Market Index. Islamic Index Group.
Ismail Ibrahim dan Aziz A.Hamid. (1985). Ciri ciri Risiko Saham di Pasaran Saham Kuala
Lumpur. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohamad Saharudin Shakrani Haniza Mohd Taib. (2001). Pulangan, Risiko, dan
Kemeruapan Sektor Sekuriti Diluluskan Syariah:Pendekatan GARH dan CAPM Bersyarat.
Universiti Utara Malaysia.
Nor Fahimah Mohd Razif Prof. Madya Dr. Shamsiah Mohamad. (2011). Risiko risiko
Dalam Kewangan Semasa: Penilaian Daripada Perspektif Islam.

Anda mungkin juga menyukai