Anda di halaman 1dari 16

KPP 3014

PEMBELAJARAN DAN PERKEMBANGAN PELAJAR

NAMA AHLI

NOMBOR MATRIK

MUHAMMAD SHAHIR BIN MUHAMMAD SHARIF

D20141066732

NAZWIN ATHIRA BINTI ABDUL HALIM

D20141068559

NABILA ATISHA BINTI SHUKRI

D20141068561

CHE WAN HALIMATU ZUNAINI BINTI CHE WAN EMBONG

D20141068562

KUMPULAN

:D

NAMA PENSYARAH

: DR. RAMLAH BINTI JANTAN

PENDEKATAN PEMBELAJARAN : TEORI BEHAVIORISME


Menurut ahli psikologi behaviorisme, pembelajaran merupakan perubahan tingkah laku
seseorang hasil daripada pengalamannya. Segala pengalaman yang dilalui oleh seseorang akan
mempengaruhi tingkah lakunya pada masa akan datang. Proses pembelajaran ini akan dilalui
oleh setiap individu sejak dilahirkan hingga akhir hayat. Maka ahli psikologi behaviorisme
melihat bahawa pembelajaran dan pertumbuhan adalah saling berkaitan dan sukar dibezakan.
Ahli psikologi berpendapat bahawa semua tingkah laku manusia boleh diperhatikan. Tingkah
laku seseorang itu boleh menjadi petunjuk tentang sesuatu yang sedang difikirkannya. Teori ini
menekankan bahawa tingkah laku manusia boleh dilihat dan diukur.
Teori ini mengkaji tingkah laku manusia, kerana tingkah laku manusia boleh di lihat dan
diukur. Pada dasarnya, teori ini melihat tingkah laku manusia sebagai tindakan kepada
rangsangan. Teori ini juga menekankan pentingnya peneguhan menerusi ganjaran untuk
mempengaruhi dan merangsang apa dan bagaimana manusia melakukan sesuatu termasuk
belajar.

Teori Pelaziman Operan Thorndike


Edward L. Thorndike (1874 1949) merupakan ahli behavioris yang pertama memperkenalkan
konsep pelaziman operan. Beliau menjalankan uji kaji ke atas binatang seperti kucing, anak
ayam, anjing dan monyet. Dalam uji kajinya dengan menggunakan kucing sebagai eksperimen,
kucing tersebut dikurung dengan makanan diletakkan di luar kurungan, beliau mendapati kucing
tersebut telah membuat beberapa percubaan untuk membebaskan dirinya dari kurungan yang
disediakan.
Percubaan ini dikenali sebagai pembelajaran cuba-jaya (trial error). Melalui
pembelajaran cuba jaya, kucing tersebut menunjukkan pelbagai reaksi, dan apabila kucing
terpijak kunci kurungan, kurungan tersebut terbuka. Kucing tersebut keluar dan mendapatkan
makanan. Apabila diletakkan semula dalam kurungan, kucing itu sekali lagi membuat beberapa
percubaan untuk membebaskan dirinya. Dengan kata lain, kucing belajar untuk membuka
kurungan melalui cuba jaya dan pengulangan.

Melalui uji kaji ini, Thorndike mendapati bahawa pembelajaran terhasil daripada
kombinasi rangsangan (stimulus) dan gerak balas (response) (S R). Thorndike menyatakan juga
bahawa pembelajaran dikawal oleh apa yang dilabelkan sebagai Hukum Pembelajaran yang
dibahagikan kepada tiga iaitu Hukum Kesediaan, Hukum Latihan dan Hukum Kesan.
Hukum Kesediaan ia suatu hukum dimana kita dapat melihat pertalian antara
rangsangan dan gerak balas. Contohnya, remaja yang bersedia dalam belajar sesuatu itu seperti
belajar bermain hoki kerana melihat kejayaan pasukan hoki negara yang semakin meningkat
prestasinya (rangsangan motivasi) maka ia akan menghasilkan sesuatu yang positif dimana
remaja tersebut dapat melakukan yang terbaik ketika bermain. Perkara ini menjadikan remaja
tersebut lebih cepat mengalami proses pembelajaran kerana mereka telah bersedia. Hal ini
berbeza apabila mereka tidak bersedia untuk belajar bermain hoki (tiada rangsangan). Mereka
tidak akan bersungguh-sungguh dalam bermain dan ia menyebabkan pembelajaran tidak
berkesan.
Hukum Latihan adalah pertalian antara rangsangan dan gerak balas di mana gerak balas
akan bertambah kukuh jika latihan dan aplikasi serta aktiviti pengukuhan diberikan (rangsangan).
Contohnya, apabila remaja sering bermain hoki pada setiap hari, mereka akan cepat belajar. Ia
akan menjadikan mereka dapat menguasai kemahiran yang diajar dengan lebih cepat (gerak
balas). Hal berbeza jika mereka kurang latihan, proses pembelajaran menjadi lambat dan
kemahiran tidak dapat dikuasai dengan baik. Ini kerana remaja perlukan latihan yang mencukupi
untuk menguasai sesuatu kemahiran.
Hukum Kesan pula merupakan pertalian antara rangsangan dan gerak balas. Gerak balas
akan bertambah kukuh jika pengalaman yang menyeronokkan. Jika pengalaman itu menyakitkan,
maka gerak balas tersebut akan semakin lenyap. Contohnya, apabila remaja itu pernah
memenangi pertandingan hoki yang dijalankan, mereka pasti akan lebih cepat belajar hasil
daripada kemenangan yang dikecapi. Mereka akan lebih mengingati setiap arahan yang diberikan
oleh jurulatih sehingga dapat memenangi pertandingan tersebut.

Teori Pelaziman Operan Skinner


B.F. Skinner (1904 1990) mengembangkan Pelaziman Instrumental yang dikemukakan oleh
Thorndike kepada Pelaziman Operan. Skinner bersetuju dengan Pavlov (seorang ahli fisiologi)
tetapi menyatakan bahawa tingkah laku mesti diperhatikan dalam jangka masa yang lama dan
tingkah laku mudah sepatutnya menjadi acuan tingkah laku yang kompleks. Skinner juga
dianggap sebagai Bapa Modifikasi Tingkah Laku kerana mencadangkan bahawa tingkah laku
perlu dianalisis terlebih dahulu sebelum dibuat pengubahsuaian dengan menggunakan prinsipprinsip asas tingkah laku.
Menurut beliau, tingkah laku boleh dikawal dan tindak balas seseorang boleh
diperhatikan, direkodkan dan diukur. Kajian ini telah membawa beliau menggunakan teori
pelaziman operan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Menurut
Skinner (1953), dalam teori pelaziman operan, tindak balas boleh diteguhkan (diulang) atau
dihapuskan (tidak diulangi), jika peneguhan diberi sejurus selepas tindak balas.
Peneguhan ialah sesuatu yang dilakukan untuk menggalakkan pengulangan tingkah laku.
Menurut Rachlin (1991), peneguhan diberikan untuk memenuhi keperluan individu serta
mengurangkan tekanan dan merangsang otak. Menurut Skinner juga, terdapat dua jenis
peneguhan iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif.
Teori Pelaziman Operan Skinner juga memperkenalkan hukuman positif dan
hukuman negatif. Hukuman positif adalah rangsangan aversif yang dielakkan oleh seseorang
kerana berasa tidak selesa dengannya. Keadaan ini menyebabkan tingkah laku yang tidak
diingini dapat dikurangkan atau dihentikan. Contohnya, ibu bapa memberi amaran lisan kepada
remaja yang sering keluar pada waktu malam dan pulang lewat ke rumah.
Hukuman negatif ialah rangsangan yang ditarik balik atau disingkirkan menyebabkan
tingkah laku dikurangkan atau dihentikan. Contohnya, remaja yang boros dalam berbelanja. Ibu
bapa akan mengenakan hukuman seperti mengurangkan belanja yang diberikan kepada remaja
tersebut untuk menggelakan sikap boros remaja tersebut.

PERATURAN NENEK (GRANDMAS RULE)


Peraturan nenek ataupun grandmas rules ini lebih dikenali sebagai Prinsip Premack.
Prinsip Premack adalah salah satu prinsip yang terdapat dalam Teori Pelaziman Operan Skinner.
Ia adalah suatu prinsip yang diasaskan oleh David Premack.
Konsep utama prinsip Premack ialah mengaitkan aktiviti yang kurang diminati dengan
aktiviti yang lebih diminati untuk mengukuhkan tingkah laku terhadap aktiviti yang kurang
diminati.
Sebelum pengenalan prinsip Premack, sistem peneguhan dilihat sebagai sesuatu yang
diluar jangka di antara rangsangan dan tingkah laku. Prinsip Premack mengembangkan
kebarangkalian bagi rangsangan sedia ada untuk melibatkan kebarangkalian bagi dua tingkah
laku.
Oleh kerana itu, prinsip ini sering dirujuk sebagai peraturan nenek kerana nenek sering
menggunakan prinsip seperti: Kamu perlu habis memakan sayur-sayuran ini (sesuatu yang
kurang berkemungkinan) jika kamu hendak makan pencuci mulut ini atau jika kamu hendak
keluar bermain (sesuatu yang lebih berkemungkinan).
Prinsip Premack ini ialah teori peneguhan terbitan pertama oleh Premack iaitu pada tahun
1959. Ia berpendapatan bahawa tindak balas yang lebih berkemungkinan di antara pasangan
tindakbalas yang dinyatakan boleh meneguhkan tindak balas yang kurang berkemungkinan. Oleh
sebab itu, peneguhan tersebutan perlulah berkaitan dan bukan sesuatu yang diluar jangka.

Biodata David Premack


David Premack dilahirkan pada 26 Oktober 1925. Beliau ialah seorang Profesor Emeritus
Psikologi di University of Pennsylvania, Amerika Syarikat. Beliau mendapat pendidikan di
Universiti of Minnesota semasa positivisme logik sedang berkembang. Jabatan Psikologi dan
Jabatan Falsafah telah bersekutu pada masa itu.

PENEGUHAN
Peneguhan ialah perkara yang dilakukan untuk mengalakkan sesuatu
perlakuan itu diulangi. Menurut Rachlin (1991), pengukuhan diberikan,
pertamanya untuk memuaskan kehendak individu. Keduanya, untuk
mengurangkan tekanan dan merangsang otak..
Skinner membahagikanpengukuhan kepada dua jenis
iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif.

Menurut Mahmood Nazar Mohamed 1990), peneguhan positif ialah


ransangan yang diberi kepada organisma selepas berlakunya sesuatu
tingkah laku yang dapat meningkatkan kebarangkalian berlakunya tingkah
laku yang dikehendaki. Manakala menurut Mok Soon Sang (2003),
menyatakan bahawa peneguhan positif merupakan stimuli yang boleh
menambah kebarangkalian berulangnya sesuatu tingkah laku operan.
Berdasarkan takrifan-takrifan yang diberikan dapat kita simpulkan bahawa
peneguhan positif ini merupakan suatu ransangan yang boleh menyebabkan
berulangnya sesuatu tingkah laku yang dikehendaki.

Peneguhan (reinforcement) adalah perkara yang dilakukan untuk


menggalakkan sesuatu perlakuan itu diulangi. Peneguhan (reinforcement)
terbahagi kepada dua iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif.
Peneguhan positif adalah seperti ganjaran, hadiah dan juga pujian yang
diberikan bagi menggalakkan seseorang itu melakukan pekerjaan secara
berulang-ulang. Peneguhan ini dianggap oleh Skinner sebagai asas dalam
proses pembelajaran. Peneguhan berlaku apabila lakuan itu diberi balasan
dengan hadiah. Keinginan mendapat balasan hadiah ini menimbulkan
keinginan supaya berbuat demikian untuk mendapa hadiah yang sama. Oleh

itu, lakuan itu akan diulang. Pengulangan yang kerap dilakukan akan
mengukuhkan proses pembelajaran.

Jadual Guru Memberi Peneguhan


(menurut Suppiah Nachiappan,Ramlah Jantan,Abdul Aziz Abdul
Shukor)
Peneguh

Maksud

Contoh

Bentuk Reaksi

an

Tindakan Apabila
Peneguhan

Peneguha

Peneguhan

Memberi

Cepat memberi

Diberhentikan
Kurang ketekunan

selepas

pujian kepada

kesan

dan kehilangan

berterusa

setiap reaksi

pelajar yang

tindak balas dengan

cepat siap

cepat

n
Peneguha

Peneguhan

tugasan
Guru

Tahap reaksi

Menunujukkan

n berkala

diberi

mengadakan

meningkat

sedikit ketekunan

tetap

selepas satu

kuiz setiap

apabila diberi

dan penurunan pada

(Fixed-

jangka-masa

minggu

peneguhan

kadar yang pantas

interval)

yang

tetapi menurun

dalam gerak balas

ditetapkan

selepas

apabila masa

peneguhan

peneguhan berlaku
Ketekunan masih

Peneguha

Peneguhan

Guru

diberikan
Pelajar akan

n berkala

selepas

mengadakan

lambat memberi

tinggi dan kadar

berubah

jangka masa

pop kuiz tidak

reaksi; berhenti

penurunan tindak

yang

tentu masa,

seketika selepas

balas yang perlahan

berubah-

adakala sekali

peneguhan

ubah

dalam

diberikan

2minggu, ada
kalanya

Peneguah

Peneguhan

sebulan sekali
Pelajar

an berkala

selepas

mendapat

reaksi; berhenti

peneguhan dimana

nisbah

bilangan set

coklat selepas

seketika selepas

peneguhan hilang

tetap

tindak balas

selesai

peneguhan

nilainya apabila

yang telah

membuat 10

kerap diberikan

ditetapkan

latihan

peneguhan yang

matematik

sama.

Cepaat memberi Tiada nilai

Peneguah

Peneguhan

Guru memberi

Reaksi yang

an berkala

selepas

gula-gula

sangat tinggi

nisbah

beberapa

kepada pelajar

dan masih

berubah

bilangan

setelah dia

menunjukkan

reaksi yang

siapkan latihan

reaksi walaupun

berubah-

matematik

peneguhan

ubah

tanpa kadar

tidak diberikan

Kekal tinggi

yang tetap.
Ada pelajar
dapat gulagula setelah
siapkan 3
latihan
matematik

PENEGUHAN POSITIF
Peneguhan positif menyediakan pencentus yang terancang dan sesuai
serta memungkinkan pergulangan atau peningkatan tingkah laku yang
dikehendaki. Stumphauzer (1985) mengatakan bahawa dalam konteks
modifikasi tingkah laku, pencentus yang disediakan seperti ganjaran dan

harapan kepada remaja akan mengekalakn tingkah laku yang baik ataupun
mengubah tingkah tingkah laku yang bermasalah kepada tingkah laku yang
baik mengikut norma.
Peneguhan positif ialah memberikan sesuatu ganjaran setelah
perlakuan itu ditunjukkan, yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau
diperkuatkan lagi. Dalam bilik darjah, peneguhan positif ini diberikan sebagai
salah satu bentuk motivasi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Contoh-contoh peneguhan positif yang boleh diberikan dalam bilik darjah
ialah seperti memberikan kata-kata pujian selepas pelajar melakukan
sesuatu kerja atau menjawab soalan, memberikan senyuman, menepuk bahu
pelajar, memberi hadiah dan sebagainya. Jadual dibawah menunjukkan satu
lagi contoh peneguhan positif.

Peneguhan Positif

Peneguhan positif yang diberikan oleh guru dapat mendorong pelajar


menghasilkan kerja yang bermutu tinggi. Peneguhan yang diberi juga
mestilah jelas dan bersistematik. Hanya tingkah laku yang spesifik sahaja

yang perlu diberi peneguhan. Guru juga mestilah ikhlas ketika memberi
peneguhan.
Menurut Brophy (1981), ciri-ciri pujian (peneguhan positif) yang memberi
kesan ialah:
(a) memuji secara ikhlas,
(b) memuji dengan cepat,
(c) memuji tanpa pilih kasih,
(d) memuji usaha dan cuba jaya,
(e) memuji tingkah laku yang spesifik
(f) memuji jawapan atau respons yang spontan

PENEGUHAN NEGATIF
Peneguhan negatif berfungsi mengelakkan dari tingkah laku yang tidak diingini berulang
lagi supaya tingkah laku positif dapat dikuatkan lagi.
Peneguhan negatif adalah stimulus atau peristiwa yang juga menyebabkan kemajuan
dalam suatu tingkah laku tetapi untuk mengelak daripada berlaku sesuatu yang tidak
dikehendaki. Contonya, seorang pemandu mematuhi arahan had laju jalanraya kerana tidak mahu
disaman. Saman di sini merupakan peneguhan negatif. Antara jenis peneguhan, terdapat
peneguhan utama dan peneguhan sekunder. Peneguhan utama terdiri daripada benda ataupun
peristiwa yang memberi kesan langsung kepada kelakuan seseorang dan tidak bergantung pada
pembelajaran bagi kuasa peneguhan. Contohnya, gula-gula dan mainan. Sekiranya kanak-kanak
diberikan gula-gula apabila dia berkelakuan baik akan terus berkelakuan baik kerana mereka
tahu mereka akan mendapat ganjaran itu. Peneguhan utama ini diberikan kepada pelajar kerana
mereka belum tahu cara bertindak apabila mendapat peneguhan sekunder. Peneguhan sekunder

ialah stimulus atau peristiwa yang memperkukuhkan sesuatu respons melalui pembelajaran.
Peneguhan ini selalunya bersifat linguistik ataupun sosial. Contohnya pujian daripada guru,
perhatian guru, markah, senyuman daripada guru ataupun apa-apa isyarat pengiktirafan daripada
guru.
Selain itu, peneguhan negatif pula adalah tingkah laku diulangi kerana individu hendak
mengekalkan ataupun melepaskan diri daripada tindakan susulan yang tidak menyeronokkan
ataupun menyakitkan. Contohnya Ridhwan mengemaskan semula mainannya kerana tidak mahu
dimarahi oleh ibunya. Tingkah laku yang dikehendaki adalah mengemaskan mainannya.

Denda dan Peneguhan


Tujuan mengenakan denda adalah semata-mata untuk menghentikan sesuatu tingkah laku
yang tidak diingini. Manakala, tujuan peneguhan positif atau peneguhan negatif adalah
menambahkan kebarangkalian berulangnya sesuatu tingkah laku, sama ada diingini atau tidak
diingini dan bukan digunakan untuk menyekat atau menghentikannya, seperti yang dilakukan
dengan mengenakan denda terhadapnya.

Skinner berpendapat bahawa denda hanya boleh membawa kesan dalam tempoh yang
singkat sahaja. Selepas itu, tingkah laku yang tidak diingini biasanya diulangi lagi. Murid yang
didenda, kerana tidak boleh menguasai setengah-tengah kemahiran matematik, mungkin akan
timbulnya sikap kebencian terhadap pembelajaran matematik.
Denda dilakukan untuk mengelakkan tingkah laku yang tidak diingini berulang. Dengan
erti kata lain ialah menghentikan perbuatan atau tingkah laku yang tidak baik daripada dilakukan
lagi. Ia biasanya hanya memberi kesan yang singkat sahaja. Apabila individu terlupa, ia akan
mengulangi semula perbuatan atau tingkah laku tersebut.
Peneguhan pula sekadar memberi dorongan agar tingkah laku yang diingini atau
sebaliknya berfungsi dengan sebaiknya.

Hubungan masalah tingkah laku dengan sikap remaja

Baldwin, John and Janiee (1981) menjelaskan penilaian masalah tingkah laku mempunyai norma
dalam kehidupan manusia. Norma tingkah laku dijelaskan sama ada seseorang itu baik atau
buruk.

Contoh tingkah laku baik mengikut norma adalah tidak bercakap semasa makan,

menghormati orang tua dan individu di sekelilingnya.


Remaja yang terdedah kepada ketegangan hidup dakan mengundang masalah global. Antara
masalah global yang akan wujud ialah meningkatkan pengangguran, ketidakstabilan hubungan
dalam keluarga, kekurangan masa senggang, terlibat dalam penyalahgunaan dadah dan minuman
keras, ekstrem keagamaan, jenayah dan sebagainya.
Remaja yang terdedah dengan ketegangan hidup akan mengundang masalah global. Pada
peringkat sekolah atau universiti, masalah biasa yang wujud dalam kalangan ini ialah ponteng,
berhenti, menipu, pergaduhan, datang lambat dan biadap.
Kesalahan tingkah laku akan berlaku dalam bentuk tiga skala iaitu skala berulang iaitu kesalahan
tingkah laku remaja berlaku berulang kali walaupun telah dinasihati atau didenda. Masalah
pengulangan merupakan suatu yang kerap berlaku dan mudah dikesan. Tendensi remaja
mengulang kesalahan adalah tinggi. Skala berulang boleh menyebabkan peningkatan berganda
kesalahan tingkah laku dalam kalangan remaja. Skala bertahan bermaksud kesalahan tingkah
laku yang berulang tetapi tidak ada peningkatan. Kecenderungan berlaku skal bertahan ini kerana
kesalahan yang dilakukan tidak dapat perhatian da pembelaan. Skala berubah ialah skala
kesalahan tingkah laku yang tidak tetap. Kesalahan tingkah laku berubah daripada kebiasaanya.
Antara contoh kesalahan remaja adalah seperti suka merayau pada waktu malam dan biasanya
akan bertukar menjadi pencuri serta memeras ugut. Dalam skala perubahan ini berlaku, remaja
mendapatkan sokongan atau pengaruh kawan untuk melakukan kesalahan.

Kecederungan masalah sikap tingkah laku remaja


Chaton, Tony, David dan Kenneth (1989) menyatakan kecederungan masalah tingkah laku
remaja telah membahagikan masalah tingkah laku kepada tiga kelas iaitu, masalah minor
melibatkan masalah tingkah laku sementara yang memberikan kesan buruk kepada diri
seseorang. Salah laku individu tidak memberikan kesan kepada orang lain. Contoh masalah

minor seperti remaja yang malas membaca buku, menonton television berlebihan, makan
berlebihan, banyak tidur dan suka membuang masa. Kuffman dan James (1989) menyatakan
kelas masalah minor dapat diatasi dengan cepat sekiranya masalah tingkah laku ini dihalang pada
peringkat awal. Kelas kedua ialah masalah major melibatkan masalah tingkah laku tetap yang
memberikan kesan buruk kepada diri perlaku dan orang lain. Contoh masalah tingkah laku major
seperti terlibat dengan kegiatan lumba haram, buli, mengganggu rakan, meniru dan membuat
bising. Masalah tingkah laku major terbentuk daripada penafian individu daripada mendapatkan
pendidikan seimbang (Sheldon dan Brian,1982).
Masalah kronik merupakan kelas ketiga dan melibatkan masalah tingkah laku tetap dan
berpanjangan. Masalah ini memberikan kesan buruk kepada diri, orang lain dan persekitaran.
Contoh masalah tingkah laku kronik ialah salah laku jenayah seperti merompak, merogol,
membunuh, ketagihan dadah dan berjudi. Masalah kronik ialah perkembangan daripada tingkah
laku minor dan major secara berterusan.

Faktor masalah tingkah laku


Beberapa faktor utama menyebabkan wujudnya masalah tingkah laku remaja ialah budaya.
Budaya merupakan tingkah laku tidak baik ialah amalan masyarakat yang tidak konsisten dan
bertentangan dengan amalan dan kehendak budaya sejagat. Antara budaya yang tidak baik untuk
remaja seperti budaya kuning, ekstrem dan budaya malas. Selain itu, sekolah yang tidak
menekankan mutu pembelajaran berkualiti akan menyebabkan remaja yang tamat dari
persekolahan mudah terjebak dengan tingkah laku ang tidak sihat. Akhir sekali, faktor agama
yang dimaksudkan ialah remaja membuat tafsirab yang salah terhadap agaman. Pada dasarnya,
hokum beragama merupakan amalan yang mengajar perkara yang tidak baik kepada
penganutnya, penyalah tafsir dan metode pengajaran yang tidak betul memungkinakan agaman
yang dianuti akan diseleweng oleh remaja.

PENDEKATAN TINGKAH LAKU


Pemikiran dan kepercayaan adalah perkara-perkara yang boleh dipelajari (Hyman 1997). Melalui
pendekatan ini tingkah laku dibentuk melalui pengalaman. Oleh itu untuk membentuk tingkah
laku pelajar ialah dengan cara menyelami perasaan dan pemikiran pelajar melalui unsur-unsur
nasihat dan perbincangan. Tingkah laku bermasalah ataupun tidak berdisiplin dapat dihindari dan
seterusnya melahirkan tingkah laku yang baik (Alberto & Troutman 1990, Bandura 1977,
Skinner 1982,1968, Axelrod 1983). Dengan beranggapan semua tingkah laku boleh dipelajari,
guru berperanan penting untuk membantu pelajar yang menghadapi masalah tingkah laku untuk
membina tingkah laku yang positif dan dapat diterima di sekolah. Pembelajaran pula berlaku
setelah melalui prinsip-prinsip peneguhan dan dendaan.
Dalam minda pelajar telah sedia wujud perasaan iaitu guru mesti menghukum pelajar yang
melakukan kesalahan dan pelajar sekolah mesti patuh kepada undang-undang yang telah
ditetapkan oleh pihak sekolah dan tidak boleh melakukan sebarang kesalahan. Di samping itu
terdapat tanggapan pelajar iaitu mereka mesti mendapat markah sebaik mungkin agar diiktiraf
sebagai pelajar yang berjaya. Kesannya pelajar akan menghukum diri sendiri terlebih dahulu
dengan menyatakan bahawa dia seorang pelajar yang nakal, malas, tidak pandai dan pelbagai
sifat negatif lagi menyebabkan pelajar tersebut enggan berubah disebabkan kepercayaan bahawa
sifat tersebut akan terus kekal dalam diri mereka. Di sinilah guru perlu memainkan peranan
dengan mengenali pelajar dengan lebih dekat agar masalah pelajar dapat diketahui. Suatu
diagnosis perlu dilakukan agar guru tahu sifat negatif yang bersarang dalam minda pelajar
supaya ia dapat dirungkaikan. Dengan lain perkataan, teori tingkah laku percaya personaliti
seseorang dibentuk oleh pengalaman (Hamilton 2007).
Pendekatan tingkah laku merujuk situasi begini yang membentuk tingkah laku manusia sebagai
pelaziman (conditioning). Terdapat dua jenis pelaziman iaitu pelaziman klasik dan pelaziman
operan. Pelaziman klasik merupakan suatu pembelajaran yang berkait rapat antara rangsangan
neutral dengan rangsangan biologikal. Pelaziman ini dikemukakan oleh Ivan Pavlov berdasakan
ujiannya terhadap seekor anjing dan perkaitan dengan pengeluaran air liur. Setelah diberi
pelaziman mendapat makanan, anjing tersebut akan mengeluarkan air liur. Pelaziman operan
pula yang diperkenalkan oleh B.F. Skinner berkaitan dengan pembelajaran berdasarkan kesan
akibat yang telah diterima. Ia melibatkan penggunaan peneguhan positif dan peneguhan negatif.

Peneguhan positif berkait rapat dengan pemberian ganjaran terhadap tingkah laku yang
ditonjolkan dan ingin terus dikekalkan. Ini memberi gambaran tingkah laku tersebut akan
berulang dengan pemberian ganjaran tersebut. Peneguhan negatif pula berkaitan dengan
memberi sesuatu yang tidak baik tetapi kesannya menghasilkan sesuatu yang baik. Tingkah laku
remaja di sekolah boleh dilihat daripada sudut pendekatan tingkah laku (behavioral). Remaja di
bangku sekolah daripada pelbagai latar belakang perlu dilihat secara berbeza kerana mereka telah
melalui pelbagai pengalaman hidup. Remaja ini telah menjadikan individu-individu lain sebagai
model tanpa mereka sedari. Maka wujudlah pelbagai tingkah laku yang menimbulkan pelbagai
masalah disiplin di sekolah. Guru perlu melayan remaja tersebut secara berbeza kerana
kepelbagaian pengalaman tersebut. Pelajar di sekolah perlu dilayan sebagai individu secara
berasingan dan bukan secara pukal.

RUJUKAN
http://www.leesharing.com/2014/04/teoripeneguhanperlakuanskinner.html
Maslow, A. H. 1943. A Theory of Human Motivation. Psychology Review, July. 388-389.
Axelrod, S. 1983. The Effects of Punishment on Human Behavior. New York: Academic Press.
Skinner, B. F. 1968. The Technology of Teaching. New York: Appleton-CenturyCrofts.
Skinner, B. F. 1982. Skinner for the Classroom: Selected Papers. Champaign IL: Research Press.
Wolery, M., Baily, D. B., & Sugai, G. M. 1988. Effective Teaching: Principles &
Practices of Applied Behavior Analysis with Exceptional Children. Boston: Allyn & Bacon.
Curwin, R. L., & Mendler, A. N. 1980. The Discipline Book. Virginia: Reston Publishing
Company

Chen & Mai (2007), effectiveness of treatments on distruptive disorder: A quantitative on


synthesis or single subject methodusing the PEM Approroach, the behavior analysis today,
Hamden Press.

Howard Rachlin (1991), Introduction to modern behaviorism, 3rd edition, W. H.

Freeman

& Co

Pengantar Psikologi: Satu Pengenalan Asas kepada Jiwa dan Tingkah Laku Manusia,
Mahmood Nazar Mohamed : Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka, 1990.

http://upsi-kpt4033-s.wikispaces.com/Teori+pengajaran+tingkahlaku

Anda mungkin juga menyukai