Anda di halaman 1dari 15

<ABSF4103>

FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN

SEMESTER SEPTEMBER / 2015

ABSF4103
QAWAID FIQHIYAH

NO. MATRIKULASI

810327145231001

NO. KAD PENGNEALAN

810327145231

NO. TELEFON

0182456739

E-MEL

mdtech8910@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN

PETALING JAYA

<ABSF4103>

INDEKS
1.0 Pengenalan
2.0 Pengertian Kaedah Fiqh Dari Perspektif Para Fuqaha
3.0 Kaedah-kaedah Qawaid Fiqhiyyah dan Aplikasi Dalam Permasalahan Hukum
3.1 Kaedah pertama: Setiap Perkara Dinilai Berdasarkan Niat ( )
3.1.1 Applikasi al-Umuru Bimaqo Sidiha
3.2 Kaedah kedua: Keyakinan tidak hilang dengan keraguan ( )
3.2.1 Applikasi al-Yakin La Yuzallu Bissyak
3.3 Kaedah ketiga: Kesukaran membawa kemudahan ()
3.3.1 Applikasi al-Musyaqqah Tajlibus Taisir
3.4 Kaedah keempat : Adat dijadikan rujukan hukum ( )
3.4.1

Applikasi al-Aadatu Muhakkamah

4.0 Kesimpulan
Rujukan / Referensi

1.0 PENGENALAN
1

<ABSF4103>

Al-qawaid adalah kata jamak dari perkataan al-kaedah yang bermaksud kaedah-kaedah atau
prinsip-prinsip. Manakala perkataan al-fiqh pula membawa maksud memahami sesuatu
perkara. Qawaid fiqh dari istilah bahasa,

bermaksud dasar-dasar yang berkaitan dengan

masalah hukum fikah. Dan secara istilahnya pula, qawaid fiqh bermaksud prinsip-prinsip fiqh
yang bersifat umum dalam nas pendek yang mengandungi hukum umum yang sesuai dengan
bahagian-bahagiannya.
Kemunculan ilmu qawaid fiqh adalah dipengaruhi oleh faktor keperluan semasa, setelah
kewafatan Nabi Muhammad saw serta jarak masa para mujtahid selepas dari generasi
salafussoleh, maka keperluan memutuskan sesuatu hukum ke atas sesuatu masalah yang baharu
yang timbul adalah menjadi tanggungjawab para mujtahid untuk berijtihad dengan penuh
kebijaksanaan dan berpandukan nas.
Ilmu Qawaid Fiqh merupakan suatu disiplin ilmu yang penting untuk dipelajari oleh setiap
mukallaf walaupun hanya secara umum. Firman Allah swt dalam surah al-Baqarah ayat 127

Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan
asas-asas (tapak) rumah Allah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata:
"Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah
yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.
Dalam bahasa Arab, kalimah al-qawaid mempunyai banyak maksud seperti seorang perempuan
yang duduk, pemalas, asas, undang-undang dan kalimah ini juga turut membawa makna ibu
negeri. Manakala dari aspek istilah syarak pula, menurut Mustafa Ahmad al-Zarqa dalam
kitabnya al-Madhal al-Fiqhu al-Ammu, kalimah qawaid membawa makna hukum yang
dipraktikkan ke atas keseluruhan masalah juziyyat.

<ABSF4103>

Pada tugasan kali ini, pelajar akan cuba untuk menghuraikan konsep kaedah fiqh dari perspektif
para fuqaha dan menghuraikan empat kaedah fiqh asas atau al-qawaid al-kubro yang terdiri
daripada :i) Setiap perkara dinilai berdasarkan niat dan matlamat ( )
ii) Keyakinan tidak hilang/terbatal dengan keraguan ( )
iii) Kesukaran membawa kemudahan ()
iv) Adat dijadikan sebagai rujukan hukum ( )

2.0 Pengertian Kaedah Fiqh Dari Perspektif Para Fuqaha


Para Fuqaha memainkan peranan mereka dalam menggunakan kebijaksanaan dan berdasarkan
ilmu daripada sumber perundangan selaras dengan konsep syariat yang sesuai dilaksanakan
tanpa mengira masa dan tempat. Para fuqaha berusaha dengan beristihad memahami nas-nas
dan mempraktikkan kaedah-kaedah

yang

umum terhadap masalah furuq yang baharu.

Contohnya, melalui konsep al-Qiyas, Istihsan, Istishab, Masalih al-musalah, Sad al-Zarai dan
Uruf serta berbagai lagi sumber. Justeru itu, Apabila terdapat hukum furuq yang sama illah atau
sebabnya, maka ia digabungan dalam kaedah umum, Qawaid al-kulliyah al-Ammah. Apa yang
dimaksudkan dengan umum ialah kaedah menyeluruh yang meliputi semua hukum furuq dan
segala bahagiannya.
Sumber pengambilan hukum oleh para fuqaha terbahagi kepada tiga peringkat:
i.

Peringkat pertama
Iaitu pada zaman Rasulullah saw. Pada waktu itu segala sumber syariat hanya
berdasarkan al-Quran dan sunnah baginda. Dari situ segala pertanyaan yang dijawab
Baginda dan hukum yang diputuskan adalah berdasarkan wahyu dan ijtihad
Baginda, kemudian diperbetulkan oleh wahyu sekiranya perlu.
Pada zaman itu, dalam keadaan tertentu sahaja Baginda membenarkan sahabatnya
berijtihad apabila tidak diturunkan al-Quran, sebagaimana yang diwasiatkan kepada

<ABSF4103>

Muaz bin Jabal sewaktu diutuskan ke Yaman menerusi sabda Rasulullah seperti yang
diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam Abu Daud:Bagaimanakah nanti engkau akan putuskan hukum apabila dibentangkan kepada
engkau sesuatu masalah? Muaz menjawab: Saya akan putuskan berpandukan alQuran. Nabi bertanya lagi; Sekiranya kamu dapati tidak ada dalam al-Quran?
Muaz menjawab: Saya akan berpandukan al-Sunnah. Nabi bertanya lagi:
Sekiranya tidak kamu dapati dalam al-Sunnah? Muaz menjawab: Saya akan
berijtihad dengan ilmu saya dan saya tidak akan mengetepikan perkara itu.
ii.

Peringkat Kedua
Iaitu pada zaman para Sahabat. Pada zaman ini merupakan zaman yang masih
berpegang kuat kepada al-Quran dan sunnah Rasulullah saw. Khalifah al-Rasyidin
dan para sahabat hanya berijtihad apabila tidak terdapat hukum di dalam kedua-dua
sumber tersebut. Untuk itu, zaman tersebut tidak digalakkan berijtihad menggunakan
akal semata-mata.

iii.

Peringkat Ketiga
Iaitu pada Zaman Tabi dan Tabi Tabiin. Pada zaman ini bermulalah penulisan dan
pembukuan usul fiqh yang bermula pada abad ke-2 hingga ke-4 Hijrah. Waktu itu
juga fikah Islam mula berkembang pesat. Dalam keadaan lain lagi,zaman itu lahir
dua aliran fikah. Yang pertama, Aliran al-Rayi Abu hanifah yang berpengaruh di
Kufah. Dan yang kedua, Aliran Hadis Imam Malik yang bertumpu di Madinah.
Maka dari sini lahirlah usul fikah dan istilah-istilah fikah tang mana kitab Usul Fiqh
yang mula-mula ditulis dan dibukukan ialah al-Risalah yang dikarang oleh Iman alSyafie. Pada zaman itu juga kegiatan ijtihad hanya bertumpu kepada ahli fikah
sahaja.

Kewujudan qawaid fiqh ini adalah kerana peranan yang telah dijalankan oleh para ulama dan
fuqaha terdahulu dengan penuh rasa tanggungjawab memelihara dan menyampai ilmu ke
generasi seterusnya. Mereka juga sentiasa berusaha berijtihad bagi memahami nas-nas dan
mengaplikasikan kaedah-kaedah yang berkonsep umum terhadap permasalahan yang bersifat
furu dan permasalahan yang baharu.

<ABSF4103>

Walaupun di dalam metode ijtihad itu terdapat dalil-dalil yang bersifat zanni yang telah
diperselisihkan, sebenarnya para ahli fiqh ini tetap berusaha mencari kesepakatan dan kaedah
yang paling ringan bagi memudahkan di samping memberi roh Islam yang sebenar.
Kebiasaannya para fuqaha akan mengkaji dengan lebih mendalam pada setiap permasalahan
yang timbul serta mencari kesan dan illah, seterusnya mereka akan berijtihad dengan ilmu-ilmu
yang mereka ada. Selain memahami nas, prinsip-prinsip syariat yang bersesuaian perlu diteliti
sebelum memutuskan sesuatu perkara.
Mengikut al-Sayuti dalam kitabnya al-Asbah wa al-Nazair, iaitu sebuah kitab kaedah fiqh
yang yang telah diambil jadul kitab ini sempena dengan surat Khalifah Umar al-Khattab
kepada Abu Musa al-Ansyari yang antaranya menyebut : fahamilah benar-benar masalah yang engkau hadapi yang mana hukum-hukumnya
engkau tidak temui di dalam al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Ketahuilah
persamaan dan sebanding serta menujulah ke arah yang lebih disukai oleh Allah SWT
dan lebih hampir kepada yang benar..

Al-Imam Abu Muhammad Izzudin ibn Abbas telah menyatakan bahawa qawaid fiqh ini
mempunyai kegunaan sebagai satu jalan untuk mendapat suatu kemaslahatan dan menolak
kerosakan serta cara menangani kedua hal tersebut. Seterusnya, kelebihan mengaplikasikan
ilmu qawaid ini antara adalah;Memudahkan para mujtahid mengistinbad hukum-hukum furu yang baharu berdasarkan asasasas yang ada.
Memelihara metode-metode asas di samping melahirkan percambahan idea-idea lain yang
berguna kepada permasalahan yang bakal muncul kemudian.
Menolok perselisihan pendapat yang terlalu jauh kerana telah disepakati asas-asas yang utama.
Hasilnya lahir hukum-hukum yang bersesuaian dengan kehendak syarak serta menjamin
kemaslahatan ummah.

<ABSF4103>

3.0 Kaedah-kaedah Qawaid Fiqhiyyah dan Aplikasi Dalam Permasalahan Hukum

3.1 Kaedah pertama: Setiap Perkara Dinilai Berdasarkan Niat ( )


Kaedah ini membawa maksud tiap perkara itu menurut tujuannya atau setiap perkara diambil
kira berdasarkan niatnya. Oleh itu amalan-amalan yang dilakukan mukallaf bergantung kepada
apa yang diniatkannya. Asal kaedah ini dengan berdasarkan sabda Nabi saw. Hadis daripada
Saidina Umar yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermaksud;
Sesungguhnya setiap pekerjaan diambil kira berdasarkan niat, dan sesungguhnya bagi
setiap orang apa yang diniatkannya. Barang siapa yang hijrahnya kepada Allah dan
rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, dan barang siapa yang
hijrahnya karena ingin meraih dunia atau wanita yang akan dinikahinya, maka
hijrahnya kepada apa yang dia niatkan.
Juga terdapat hadis daripada Abu Zarr yang diriwayatkan oleh al-Nasaie yang bermaksud
Sesiapa yang naik atas katilnya dan ia berniat untuk bangun sembahyang waktu
malam, kemudian ia tertidur sehingga waktu pagi, maka ditulis baginya pahala apa
yang diniatkannya itu.
Untuk itu, niat menjadi syarat utama sah atau batal sesuatu perkara itu atau diberi pahala atau
dosa. Untuk itu amalan yang tidak disertai dengan niat tidak mendatangkan apa-apa kesan.

3.1.1 Applikasi al-Umuru Bimaqo Sidiha


Pelbagai bentuk amalan tidak akan terlepas dari niat atau tujuan perlaksanaannya. Demikian
pula dengan niat di dalam ibadah atau sebaliknya. Maka para fuqaha meletakkan niat sebagai
membezakan antara ibadah dan tujuan lain, sebagai contoh mandi sunat pada pagi hari Jumaat.
Mandi yang disertakan dengan niat sunat sebelum solat Jumaat dibezakan dengan mandi yang
6

<ABSF4103>

menjadi rutin harian seseorang itu. Maka dengan itu, niat dapat membezakan antara kebiasaan
dan ibadah. Berikut adalah kaedahnya :i.

Sesuatu amalan yang tidak disyratkan taarrudh baginya sama ada secara ringkas
mahupun terperinci, apabila ditayinkan dan tersalah tayin (penentuan) itu maka ia tidak
memudaratkan (tidak batal).
Contohnya, orang yang dalam niat solatnya menegaskan tentang tempat solat, iaitu di Masjid
atau di rumah; hari solat iaitu Sabtu atau Ahad; imam dalam suatu solat jemaah; si Hassan atau
si Hussin, kemudian ternyata apa yang ditegaskan itu mengelirukan, maka solatnya tetap sah,
kerana solat yang telah terlaksana dengan sempurna, sedangkan kekeliruan hanya pada hal-hal
yang tidak ada kaitan dengan solat.

ii.

Amalan-amalan yang wajib ditaarrud baginya secara ringkas dan tidak disyaratkan
tayinnya secara terperinci apabila ditayinkan dan tersalah maka ia menjadi mudarat
(batal).
Contohnya, seseorang yang solat berjemaah dengan niat makmum kepada Hassan kemudian
ternyata yang menjadi Imam adalah Hussin, maka tidak sah makmumnya. Atau, Orang yang
solat jenazah dengan niat menyembahyangkan mayat lelaki, kemudian ternyata mayat itu
perempuan, maka solatnya tidak sah.
3.2 Kaedah kedua: Keyakinan tidak hilang dengan keraguan ( )
Ia bermaksud sesuatu perkara yang tidak diyakini berlaki atau tidak berlaku, maka sebarang
keraguan yang datang kemudian untuk meragui keyakinan itu tidak diambil kira. Ia juga

<ABSF4103>

bermaksud yang asal dan yakin itu tidak boleh ditinggalkan hukumnya disebabkan oleh syak
atau ragu-ragu.
Daripada kaedah ini, seseorang yang telah meyakini perkara dan ditetapkan hukum
terhadapnya, kemudian ia berlaku syak atau ragu-ragu terhadap kehilangan yakin tersebut, sama
ada telah dihilangkan atau tidak atau belum, maka keyakinan yang asal itu masih kekal dan
tidak boleh beramal atau berpegang dengan ragu-ragu atau perasaan syak yang baru mendatang
itu. Untuk itu juga keyakinan yang asal itu tidak dapat dihilangkan atau dihindarkan kecuali
dengan ada keyakinan yang baru yang dapat menghilangkannya.
Asal kaedah ini dengan berdasarkan dalil hadis, antaranya yang diriwayatkan oleh Imam
Muslim daripada Abu Said al-Khudri:
i.

Jika seseorang kamu ragu-ragu ketika solatnya, ia tidak ingat berapa rakaatkah
yang telah dilakukannya; tiga atau empat, maka ketepikanlah keraguan tersebut
dengan keyakinan.

Juga telah diriwayatkan daripada Abdullah bin Zaid di dalam Sahih Bukhari, beliau menyatakan
bahawa;
ii.

Ada seorang lelaki mengadu kepada nabi bahawa ia berasa syak atau waswas
keluar sesuatu ketika menunaikan sembahyang, maka Baginda bersabda, Jangan
kamu berhenti sembahyang sehinggalah ia mendengar suara atau mencium bau.

3.2.1 Applikasi al-Yakin La Yuzallu Bissyak


i.

Kekal sesuatu itu mengikut apa sebelumnya atau pada asalnya.

Kaedah ini menunjukkan kekal sesuatu hukum masa selepasnya atau akhir dengan mengikut
sabit hukum pada masa lampau. Contohnya, sesiapa yang masih berwuduk dan selepas itu ia
syak berhadas belum, maka ia dikira masih suci. Iaitu mengekalkan keadaan sebelum keraguan
itu, begitulah sebaliknya.
ii.

Asalnya segala sesuatu itu tidak ada


8

<ABSF4103>

Ia bermaksud setiap yang tiada mestilah mendahului ada. Untuk itu maka tiada yang asal itu
hendaklah dikembalikan kepadanya, hinggalah sabit perkara baru yang boleh menghilangkan
yang asal itu. Contohnya, seseorang yang menggunakan harta orang lain mengatakan bahawa ia
diizinkan, tetapi tuan punya barang menafikan dakwaan itu. Maka pengakuan pemilik barang
yang diterima. Kerana asal harta orang lain itu tidak mendapat izin.
iii.

Sesiapa yang syak adakah ia telah melakukan sesuatu atau belum, maka ia
dianggap belum melakukannya.

Berdasarkan kaedah ini, terbentuk beberapa hukum. Contohnya, Jika seseorang syak adakah ia
meninggalkan salah satu rukun sewaktu solat, maka ia mesti mengulangi apa yang disyaki atau
dirasakan belum melakukannya itu.

3.3 Kaedah ketiga: Kesukaran membawa kemudahan ()


Kaedah in bermaksud, apabila terdapat sesuatu atau kesulitan dalam menunaikan dan
melaksanakan perintah Allah, maka perintah itu diringankan, tidak seperti asalnya. Kaedah ini
berdasarkan dalil al-Quran dan hadis, antaranya;
i.

Surah al-Baqarah ayat ke-185

(Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh


kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran..
ii.

Surah al-Maidah Ayat ke-6

Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan)..

<ABSF4103>

iii.

Hadis daripada Abu Hurairah yang diriwayatkan oleh Iman Bukhari dan Muslim
yang bermaksud Sesungguhnya kamu diutus untuk memudahkan dan bukan untuk
menyusahkan.

Berpandukan nas-nas ini, meletakkan bebanan itu menjadi kesukaran terhadap hambahambanya. Untuk itu kesusahan tersebut hendaklah dihindarkan terhadap mukhalaf.
Berdasarkan dalil-dalil tersebut juga menjelaskan bahawa Islam itu membawa konsep mudah
terhadap umatnya dan memberi keringanan bukan kesusahan atau penyempitan. Sungguhpun
begitu, hendaklah menentukan dahulu Masyaqqah atau kesusahan yang menjadi sebab
keringanan (Rukhsah).

3.3.1 Applikasi al-Musyaqqah Tajlibus Taisir


Menurut penelitian para fuqaha, ada beberapa sebab kesusahan yang boleh memberi keringanan
atau rukhsah. Antara contoh adalah seperti berikut:i.

Musafir / orang yang dalam perjalanan jauh, maka syarak mengharuskan solat

ii.

qasar, meninggalkan puasa dan juga menggugurkan fardu Jumaat.


Orang yang sakit, maka syarak mengharuskan ia bertayamum, melalukan solat
secara duduk atau berbaring atau dengan isyarat atau dengan hati berdasarkan

iii.

kemampuannya.
Orang yang dipaksa atau terpaksa. Mereka yang dalam keadaan terpaksa atau
terancam nyawa, maka diharuskan memakan benda haram. Begitu juga orang
yang dipaksa mensyirikkan Allah harus berbuat demikian, tetapi hatinya mesti

iv.

tetap beriman kepada Allah.


Sebab terlupa. Keadaan lupa atau seseorang yang tidak sengaja secara lupa telah
diberi keringanan terhadap apa yang dilakukannya. Contohnya seseorang yang

v.

telah makan secara terlupa tidak batal puasanya.


Kejahilan. Keadaan jahil seseorang itu dianggap sebagai salah satu keuzuran
yang membawa keringanan. Sebagaimana firman Allah dalam surah al-Baqarah
ayat 275 yang bermaksud:-

10

<ABSF4103>

Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari
Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah
diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan
perkaranya terserahlah kepada Allah..
vi.

Kesukaran dalam perkara umum al-Balwa. Iaitu perkara yang tidak dapat
dielakkan. Contohnya, air atau lumpur di jalan raya yang terpercik pada kain atau

vii.

badan seseorang pada hari hujan adalah dimaafkan.


Kekurangan. Kekurangan juga menjadi salah satu sebab keringanan dan
kemudahan kerana ia suatu masyaqqah. Contohnya kanak-kanak

tidak

dibebankan dengan taklif begitu juga wanita, tidak diwajibkan solat Jumaat atas
dasar kekurangan sifat-sifat tertentu.

3.4 Kaedah keempat : Adat dijadikan rujukan hukum ( )


Kaedah ini bermaksud adat boleh dijadikan sebagai sumber rujukan membuat sesuatu hukum.
Terbentuknya kaedah ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Ibn Masud di dalam
al-Bukhari :
Apa yang dinilai oleh kaum Muslimin baik, maka ia adalah baik di sisi Allah, dan apa
yang dinilai buruk oleh kaum Muslimin, maka buruklah ia di sisi Allah.
Para fuqaha berpendapat hadis di atas bertaraf mauquf sebagaimana yang ditakhrijkan oleh
Iman Ahmad bin Hambal dalam musnadnya. Walau bagaimanapun hadis itu tidak bertentangan
dengan akal. Banyak masalah fikah yang termasuk dalam kaedah ini.
Adat menurut para fuqaha adalah sesuatu perkara yang diulang-ulang masyarakat setempat serta
masyhur perkara itu di kalangan mereka. Dalam keadaan lain juga ulama tidak membezakan
adat dengan uruf. Adat atau uruf ini terbahagi kepada dua iaitu:i.

Uruf Perkataan
11

<ABSF4103>

Dari tutur kata atau ucapan ia boleh difahami akan maksudnya. Contohnya, pada
kebiasaan, orang ramai tidak menggunakan perkataan daging kepada ikan.
Seperti juga orang Arab, yang menggunakan perkataan al-walad untuk
dimaksudkan kepada anak lelaki.
ii.

Uruf Perbuatan
Uruf Perbuatan atau Uruf Amali adalah perkara yang sering dilakukan oleh
masyarakat itu. Contohnya, masyarakat menganggukkan kepala tanda setuju dan
menggelengkan kepala tanda tidak bersetuju.

3.4.1 Applikasi al-Aadatu Muhakkamah


Para fuqaha bersependapat bahawa uruf dan adat boleh dijadikan panduan dalam menetapkan
sesuatu hukum itu. Antaranya adalah:i.


Adat yang dianggap (sebagai pertimbangan hukum) itu hanyalah adat yang terus-menerus
berlaku atau berlaku umum
Maksudnya, tidak dianggap adat kebiasaan yang boleh dijadikan pertimbangan hukum, apabila
adat kebiasaan itu hanya sekali sekala terjadi atau tidak berlaku secara umum. Terdapat dua
syarat dalam mengungkapnya sebagai adat, iaitu terus menerus dilakukan dan bersifat umum.
Contohnya apabila seorang pelanggan astro tidak menerima siaran selama lebih dua minggu
boleh menuntut pengecualian bayaran daripada syarikat tersebut kerana tidak menerima
perkhidmatan yang sepatutnya.

ii.

12

<ABSF4103>

Sesuatu yang tidak berlaku berdasarkan adat kebiasaan seperti yang tidak berlaku
dalam kenyataan
Maksud kaedah ini adalah tidak mungkin terjadi sesuatu berdasarkan adat kebiasaan secara
rasional, maka tidak mungkin terjadi dalam kenyataan. Contohnya, seseorang mengaku harta
yang ada pada orang lain itu miliknya. Namun dia tidak boleh menjelaskan dari mana asal harta
tersebut atau gagal membuktikan harta itu miliknya.

4.0 Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya, bidang ilmu qawaid fiqh ini adalah suatu kaedah undang-undang Islam
yang disusun dan berfungsi untuk membolehkan para fuqaha yang mujtahid untuk mengistinbad
hukum yang bersesuaian dengan kemaslahatan ummah serta mematuhi keperluan syarak.
Kewujudan bidang ini membuktikan bahawa kaedah mengistinbad hukum oleh para fuqaha
boleh berubah mengikut zaman, tempat dan senario sesebuah masyarakat yang sememangnya
berbeza antara satu sama lain atau lebih difahami oleh fuqaha sebagai menyelesaikan masalahmasalah furu.
Keperluan para fuqaha yang mujtahid dalam menyelesaikan masalah-masalah baharu ummah
ada suatu cabaran yang perlu mereka dihadapi lebih-lebih lagi dalam menerajui era modenisasi.
Contohnya di dalam bidang ekonomi dan perniagaan iaitu trend-trend perniagaan baharu yang
pelbagai bentuk mahupun di dalam bidang sains angkasa yang memerlukan penguasaan ilmu
yang lebih luas.
Walaupun kaedah fiqh ini tidak merangkumi semua masalah dan ia hanya digunakan untuk
beberapa tempat tertentu, para fuqaha telah mentakrifkan kaedah ini sebagai kaedah yang
bersifat majoriti atau aglabiyyah iaitu tidak bererti akan mengurangkan nilainya di dalam
metodologi fiqhiyyah dalam mengistinbad hukum fikah.

.
(2758 patah perkataan)
13

<ABSF4103>

APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI
Dr. Azman Ab Rahman, Modul Qawaid Fiqh (2013), OUM
Ab. Latif bin Muda, Kaedah-kaedah Fiqh, (2000) Ilham Abati Enterprise
Abd Latif Muda & Dr. Rosmawati Ali, Pengantar Usul Fiqh,(2010) Pustaka Salam
Dr. Yusuf Al-Qardhawi, Halal dan Haram Dalam Islam, (2010) Darul Syakir
Dr. Yusuf Al-Qardhawi, Pembaharuan Fiqh abad 21, (2000) Al-Hhidayah
Dr. Basri Ibrahim, Method Fatwa Al-Qardawi Dalam Menangani Isu Semasa, (2011) AlHidayah

14

Anda mungkin juga menyukai