Anda di halaman 1dari 15

MASALAH DALAM BACAAN

PENGENALAN
Masalah membaca di kalangan murid sekolah bukanlah perkara luar biasa lagi walaupun
mereka telah mengikuti pembelajaran bacaan terutamanya dalam pelajaran mata
pelajaran Bahasa Melayu. Kemahiran membaca adalah merentas semua mata pealajaran
dan kelemahan dalam kemahiran membaca akan menyebabkan pencapaian rendah dalam
pelajaran di sekolah .
Adalah menjadi tugas guru mengesan kelemahan membaca muridnya dan seterusnya
menjalankan pengajaran pemulihan bacaan dengan segera. Berbagai-bagai kaedah dan
teknik mengajar bacaan boleh digunakan oleh guru untuk mengajar bacaan. Kaedah dan
teknik mengajar bacaan yang digunakan oleh guru hendaklah sesuai dengan kebolehan
membaca murid.
Dalam tajuk ini anda akan didedahkan dengan jenis kesalahan bacaan, punca masalah
membaca, dan seterusnya kaedah-kaedah mengajar bacaan Bahasa Melayu. Bagi mengajar
kanak-kanak berkeperluan khas, guru hanya perlu sesuaikan kaedah-kaedah ini dengan
keupayaan murid-murid.
OBJEKTIF
Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat:
1. mengenal pasti jenis-jenis masalah bacaan ,
2. menjelaskan punca-punca masalah membaca ,
3. menghuraikan kaedah-kaedah mengajar membaca
MASALAH MEMBACA
Masalah Bacaan Strategi Pengajaran Kemahiran Membaca
Jenis Masalah Bacaan Kaedah Mengajar Bacaan
Masalah dalam memaham Kaedah Khas Pemulihan Bacaan
Punca masalah Membaca

6.1 Masalah Bacaan


Masalah bacaan di kalangan pelajar sekolah sekarang mendapat perhatian umum.
Kerisauan tentang masalah ini bukan hanya pada ibu bapa dan guru-guru sahaja malah
sudah hingga ke peringkat pemimpin tertinggi negara . Berbagai-bagai usaha telah
dilaksanakan di peringkat sekolah, daerah, negeri, dan peringkat nasional. Satu usaha
terbesar yang dilaksanakan adalah KBSR yang bermatlamatkan kecemerlangan pendidikan
sekolah rendah, dan diikuti dengan KBSM di sekolah menengah.
Namun selepas fasa pertama KBSM,didapati ramai pelajar kita yang masih gagal
menguasai 3M. Hakikat ini diakui dalam seminar Kebangsaan KBSR pada 1989 yang
merumuskan;
Pelaksanaan Program Pemulihan dan Pengayaan dalam kelas
KBSR tidak mencapai tahap yang dijangkakan - menyebabkan
terdapat sebilangan kanak-kanak tidak dapat menguasai kemahiran
asas 3M hingga ke peringkat tahap II persekolahan rendah dan
di peringkat persekolahan menengah.
Keadaan ini amat menakutkan apabila semakin ramai pelajar kita yang gagal membaca
walaupun sudah memasuki sekolah menengah. Sebagai usaha untuk memulihkan masalah
bacaan murid di sekolah randah, Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan pprogran
Kelas Intervensi Membaca dan Menulis atau KIA2M.
6.1.1 Jenis Masalah Bacaan
Masalah bacaan yang dihadapi oleh kanak-kanak dapat dilihat melalui aktiviti bacaan
nyaring, manakala aktiviti bacaan senyap hanya dapat dilihat melalui aspek bacaan
kefahaman.
Antara masalah bacaan yang dihadapi oleh kanak-kanak adalah seperti berikut:
a) membuang/meninggalkan (omission)
Bunyi huruf, perkataan, dan imbuhan ditinggalkan ketika membaca, misalnya buah
disebut uah, kering disebut kerin. Perkataan dalam ayat juga kerap ditinggalkan
semasa membaca, seperti;
Buku itu sangat tebal. dibaca sebagai Buku itu tebal.
Manakala meninggalkan imbuhan adalah seperti mengandungi disebut mengandung
dan sebagainya.
b) Ulangan (repetition)

Mengulang-ulang perkataan atau suku kata semasa membaca dan perbuatan mengulang
ini bukan disebabkan oleh masalah gagap.
c) Gantian (substitute)
Menggantikan huruf atau perkataan dalam ayat yang dibaca, misalnya ladang disebut
lalang. Manakala terdapat perkataan yang digantikan dengan perkataan lain sehingga
boleh mengubah maksud ayat.
d) Tambahan (insertion)
Bunyi huruf atau perkataan ditambah semasa membaca, misalnya
buah disebut buwah. Manakala penambahan perkataan berlaku
seperti berikut;
Saya suka makan rojak. dibaca sebagai Saya sangat suka makan
rojak.
e) Pembalikan (reversals)
Huruf, perkataan, atau frasa dibaca secara terbalik atau songsang.
Contoh ;
Bala disebut laba, manakala pembalikan perkataan dalam ayat berlaku apabila
perkataan diubah kedudukannya, contoh: Dia makan nasi dibaca sebagai Dia nasi
makan, dan begitu juga dengan pembalikan frasa.
f) Tidak kenal huruf
Masalah tidak kenal huruf merupakan punca utama kebanyakan kanakkanak gagal membaca dengan baik. Keadaan ini menyebabkan kanakkanak akan menyebut sesuatu huruf sesuka hati atau dengan meneka
sahaja dan menjadikan perkataan itu tidak bermakna atau berlainan
makna.
g) Salah sebutan
Salah sebutan terjadi akibat kanak-kanak tidak mengenal huruf atau
tidak tahu membunyikan sesuatu huruf sehingga sesuatu perkataan
tidak bermakna lagi dalam konteks ayat berkenaan.
Kesalahan-kesalahan di atas boleh mengubah makna perkataan atau ayat yang dibaca dan
perlu diberi perhatian oleh guru untuk mengatasinya. Selain itu, guru juga perlu
memerhati tingkah laku yang ditunjukkan semasa murid membaca yang boleh
menunjukkan murid itu bermasalah dalam bacaan.Antara tingkah laku yang kerap
ditunjukkan adalah seperti berikut:

a) membatang suku kata terlebih dahulu sebelum dapat menyebut seluruh perkataan,
b) bacaan tersekat-sekat iaitu perkataan demi perkataan dan tidak lancar,
c) teragak-agak (hesitation) - teragak-agak bermaksud berhenti sejenak sebelum
menyebut sesuatu perkataan ketika membaca disebabkan kanak-kanak tidak pasti akan
bacaannya,
d) membaca terlampau cepat atau gopoh tanpa menghiraukan tanda bacaan,
e) membaca terlampau lambat atau merangkak-rangkak,
f) menunjuk perkataan dengan jari ketika membaca,
g) tingkah laku yang tidak selesa seperti mengejip-ngejip mata, mengerut
dahi, menggeleng kepada, dan sebagainya,
h) Suara terlalu perlahan dan tidak jelas atau blurring,
i) kedudukan mata terlalu dekat dengan bahan bacaan,
j) cuba mengelak daripada aktiviti membaca, dan
k) tidak boleh membaca langsung.
Guru mestilah peka dengan petunjuk-petunjuk tingkah laku yang ditunjukkan oleh muridmuridnya kerana tingkah laku tersebut menunjukkan murid berkenaan menghadapi
masalah dalam bacaan.
Latihan:
Berdasarkan masalah-masalah bacaan di atas, berikan beberapa contoh masalah atau
kesalahan bacaan yang kerap dilakukan oleh kanak-kanak.
6.2 Masalah-masalah dalam Memaham Bacaan
Selain masalah bacaan nyaring, kanak-kanak juga menghadapi masalah memahami apa
yang dibaca. Masalah tidak memahami isi bahan bacaan tentu akan mengganggu proses
pembelajaran murid berkenaan. Guru dapat mengesan masalah memaham di kalangan
muridnya berdasarkan pemerhatian dan juga melalui aktiviti-aktiviti soal jawab, kuiz,
menceritakan semula, merumus petikan, dan sebagainya.
Antara masalah dalam kefahaman bacaan adalah:
i) gagal memahami maksud perkataan dan frasa yang berkaitan dengan

waktu seperti selepas, sudah, sebelum, pagi, sekejap, dan sebagainya,


ii) tidak memahami maksud perkataan dalam pelbagai situasi, misalnya dalam ayat
Panjatlah lagi pokok itu. yang bermaksud melarang seseorang daripada memanjat
pokok,
iii) gagal memahami atau membuat urutan idea atau peristiwa yang terdapat dalam
bahan bacaan terutamanya apabila diminta menceritakan semula petikan yang dibaca,
iv) lambat memberi tindak balas terutamanya apabila tidak memahami arahan yang
dibaca,
v) gagal menghubungkan sebab dan akibat dalam bahan bacaan yang dibaca,
vi) tidak dapat mengenal pasti perkara yang tidak munasabah (absurdities) dalam bahan
yang dibaca,
vii) tidak dapat mentafsir atau menggunakan carta, graf, peta, rajah, dan sebagainya
dalam buku.
Masalah pemahaman bacaan akan menjejas pencapaian dalam pelajaran secara
keseluruhannya sama ada di sekolah rendah atau di sekolah menengah.
Masalah pemahaman kanak-kanak boleh diatasi melalui beberapa aktiviti pengajaran yang
boleh merangsang pemahaman mereka terhadap bahan yang dibaca. Antaranya adalah
seperti melatih mereka membuat pemetaan semantik atau peta konsep, carta alir
terutamanya untuk melatih membuat urutan peristiwa, membuat carta organisasi,
menggunakan kamus untuk mendapatkan makna perkataan, dan yang paling penting
adalah melalui teknik penyoalan seperti teknik soalan 5WH (what, who, , where,
when,why, dan how).
Latihan:
Apakah kepentingan membuat peta semantik, carta alir, dan carta organisasi. Berikan
contoh untuk menjelaskan jawapan anda.
6.3 Punca Masalah Membaca
Punca masalah membaca adalah rumit dan sukar hendak ditentukan secara khusus.
Namun Guy L.B. dan rakan-rakannya (1994) telah membahagikan punca masalah membaca
kepada tiga faktor besar , iaitu :
i. Faktor fizikal
ii. Faktor kognitif dan bahasa
iii. Faktor emosi, persekitaran, dan pendidikan

Faktor Fizikal
Faktor fizikal yang mempengaruhi masalah bacaan adalah seperti masalah penglihatan,
masalah pendengaran, masalah pertuturan, masalah neurologikal seperti kerosakan otak
(serebral palsi, aphasia, terencat akal, dll), dan bermasalah kesihatan (epilepsi, masalah
jantung, kurang zat makanan yang serius, dll).
Faktor Kognitif dan Bahasa
Kanak-kanak yang tahap kecerdasannya rendah dan yang terencat akal akan menghadapi
masalah dalam bacaan yang serius. Selari dengan masalah ini ialah tahap kognitif yang
rendah sehingga menyebabkan proses memperolehi kemahiran membaca menjadi sangat
sukar. Manakala faktor bahasa melibatkan bahasa penerimaan (receptive language) yang
melibatkan keupayaan semantik dan sintaksis.
Faktor Emosi, Persekitaran, dan Pendidikan
Masalah membaca kebiasaannya wujud seiring dengan faktor-faktor emosi yang memberi
kesan yang besar terhadap penyesuaian individu dan sosial kanak-kanak. Masalah
penyesuaian mungkin berpunca daripada faktor-faktor fizikal atau perawakan dan
persekitaran yang boleh menyebabkan kegagalan membaca. Kegagalan membaca
menjadikan kanak-kanak kecewa dan menjejas emosi mereka. Faktor persekitaran bagi
kanak-kanak yang kurang beruntung seperti tidak mendapat kasih sayang keluarga, kurang
zat makanan, tiada galakan keluarga, dan sebagainya akan menjejas pencapaian mereka
dalam pelajaran termasuk keupayaan membaca. Faktor pendidikan adalah seperti tidak
menyediakan peluang pengajaran secara individu, tidak memberi perhatian terhadap
kesediaan membaca kanak-kanak, mengabaikan kemahiran membaca dalam kebanyakan
aktiviti sekolah, penggunaan teknik pengajaran yang kurang berkesan, dan sebagainya.
6.4 Strategi Pengajaran Kemahiran Membaca
Terdapat berbagai-bagai kaedah dan teknik pengajaran bacaan yang telah kita pelajari
dan kita gunakan untuk membantu murid yang tidak dapat membaca dengan baik.
Sebenarnya semua kaedah dan teknik itu boleh digunakan dengan berkesan Semuanya
bergantung kepada cara kita merancang strategi pengajaran dan melaksanakannya ke atas
murid berkenaan. Perkara terpenting adalah murid-murid ini perlu diajar menguasai
kemahiran-kemahiran asas bacaan terlebih dahulu supaya pemerolehan kemahiran
membaca mereka menjadi mantap. Kemahiran-kemahiran yang dikuasai ini kelak akan
membantu mereka menguasai kemahiran bacaan seterusnya
Pengajaran membaca kepada kanak-kanak terutamanya kanak-kanak berkeperluan khas
memerlukan strategi yang pelbagai. Guru tidak boleh hanya bergantung kepada kaedah
dan teknik tertentu sahaja kerana kerana penerimaan seseorang kanak-kanak terhadap
perkara yang diajar adalah berbeza antara satu sama lain. Terdapat beberapa kaedah
mengajar bacaan dalam Bahasa Melayu yang sesuai dengan binaan perkataan Bahasa

Melayu yang terbentuk melalui gabungan suku kata.


6.5 Kaedah Mengajar Bacaan
Dalam tajuk ini anda akan didedahkan dengan beberapa kaedah mengajar bacaan kepada
kanak-kanak. Antara kaedah yang sering digunakan adalah:
iv. Kaedah abjad/huruf
v. Kaedah pandang sebut/seluruh perkataan
vi. Kaedah fonik/bunyi
vii. Kaedah Gabungan Bunyi-kata
viii. Kaedah VAK
ix. Kaedah pelbagai deria - VAKT
x. Kaedah Fernald
xi. Kaedah Gillingham
Kaedah Abjad/huruf
Kaedah ini merupakan kaedah yang paling biasa digunakan dalam mengajar mengeja dan
membaca perkataan. Kaedah ini mementingkan kanak-kanak mengenal nama-nama huruf
dari a z. Selepas itu kanak-kanak diajar mengenali huruf-huruf vokal a, e, i, o, u, hurufhuruf konsonan, dan diftong ai, au,oi. Bunyi-bunyi huruf juga diperkenalkan pada
peringkat ini. Selepas itu huruf-huruf ini digabungkan bagi membentuk suku kata dan
seterusnya perkataan.
Contoh: Memperkenalkan huruf - a - z
Memperkenalkan huruf vokal a, e, i, o, u
Menggabungkan huruf konsonan dan vokal - ba, be, bi, bo, bu
Membentuk perkataan daripada suku kata - ba + tu batu
Seterusnya membentuk rangkai kata dan ayat mudah.
Kekuatan kaedah ini adalah kerana sesuai dengan binaan perkataan bahasa Melayu yang
terdiri daripada suku kata yang tetap bunyinya. Kaedah ini juga membolehkan kanakkanak mengeja perkataan-perkataan baru yang belum dipelajarinya. Selain itu, kaedah ini
memberi asas yang kukuh dalam membaca.

Kaedah Pandang dan sebut/Kaedah Seluruh Perkataan


Kaedah ini sangat popular dalam mengajar bacaan dalam bahasa Inggeris, namun guru
boleh mencuba kaedah ini untuk mengajar membaca dalam Bahasa Melayu. Melalui
kaedah ini, pengajaran membaca adalah berdasarkan perkataan-perkataan yang biasa
(sight words) diguna seharian yang membentuk kebanyakan pertuturan kita seperti saya,
makan, lari, main, emak, bapa dan sebagainya.

Guru akan memperkenalkan beberapa perkataan dahulu dan diulang-ulang menyebutnya.


Kebiasaannya perkataan tersebut disertakan gambar dan adalah diandaikan yang murid
belajar secara pandang (visual). Kaedah ini tidak menggunakan aktiviti mengeja sama
sekali.
Sekiranya murid tidak dapat menyebut perkataan tertentu, guru digalak menggunakan
fonik atau bunyi huruf, iaitu menghubungkan satu huruf dengan satu bunyi untuk
membantu pelajar menyebut perkataan tersebut. Misalnya bagi perkataan rumah, guru
boleh membantu murid dengan menyebut bunyi huruf r iaitu [ r ] dan kalau perlu
membunyikan suku kata [ ru ].
Kaedah Fonik/bunyi
Kaedah fonik adalah antara kaedah mengajar bacaan yang digemari oleh guru. Kaedah ini
menekankan kepada hubungan bunyi-bunyi dengan huruf-hurufnya. Kaedah bunyi sesuai
digunakan kerana susuk Bahasa Melayu yang terdiri daripada suku kata yang tetap
bunyinya.
Menurut kaedah fonik, hanya bunyi huruf yang diperkenalkan terlebih dahulu dan diikuti
dengan membunyikan suku kata dan seterusnya membunyikan perkataan. Dalam bidang
fonetik, huruf tidak dieja tetapi terus dibunyikan sebagai [ a ], dan begitulah bagi hurufhuruf dan suku kata yang lain. Sebagai contoh, ba + ta terus disebut sebagai [ ba ] + [ ta ]
dan seterusnya disebut sebagai [ bata ].
[ b ] + [ a ] = [ ba ]
[ t ] + [ a ] = [ ta ]
[ ba ] + [ta ] = [ bata ]
Kaedah gabungan bunyi kata
( Dari nama huruf dan bunyi kepada perkataan )
Kaedah ini diperkenalkan oleh Profesor Isahak Haron, dan dalam kaedah ini murid diajar
langkah demi langkah, dimulai dengan bunyi huruf digabungkan dengan nama huruf
(abjad) dan bentuk huruf. Selepas itu membina suku kata dan seterusnya perkataan. Latih
tubi mengeja adalah perlu berdasarkan pendekatan pelbagai deria (multisensory).
Contoh;
i. Guru tunjukkan huruf pada kad imbasan dengan gambar di sebelah belakang. Murid
menyebut nama huruf tersebut.
ii. Guru menyebut perkataan dan bunyi huruf.
a
iii. Murid mengulangi menyebut perkataan dan bunyi huruf.
iv. Guru menyebut bunyi huruf dan kemudian menyebut nama huruf.

v. Murid mengulang bunyi dan menyebut nama huruf, menulis huruf sambil menyebutnya
(terjemahkan bunyi yang didengar kepada tulisan) dan seterusnya murid menulis hurufhuruf.
vi. Murid membaca apa yg telah ditulisnya, iaitu membunyikan huruf
(terjemahkan huruf yang ditulis kepada bunyi yang boleh didengar).
vii. Murid menulis huruf dengan mata tertutup untuk dapat merasakan huruf itu
Setelah murid sudah biasa dengan nama, bunyi, dan bentuk huruf, guru boleh teruskan
dengan latih/tubi berikut;
i. Murid melihat semula kad imbasan dan membunyikan huruf dengan kuat (proses
bacaan).
ii. Guru membunyikan huruf-huruf tertentu secara rawak. Murid menyebut nama huruf
dan kemudiannya menulis (proses mengeja).
Hubungan antara nama , bunyi, dan bentuk huruf hendaklah diajar terlebih dahulu
dengan pengetahuan bahawa sesetengah huruf adalah vokal dan sangat diperlukan dalam
setiap perkataan. Kemudian diajar huruf dan bunyi vokal pula.
6.6 Kaedah Khas Pemulihan Bacaan
Terdapat segelintir kanak-kanak yang mengalami masalah bacaan yang serius dan
memerlukan kaedah bacaan khas untuk mengajar mereka seperti kanak-kanak Disleksia,
kanak-kanak pemulihan, dan kanak-kanak berkeperluan khas (PKBP). Antara kaedah
bacaan yang akan dibincangkan dalam bahagian ini adalah seperti kaedah VAK, kaedah
VAKT, kaedah Fernald, dan kaedah Gillingham, dan semua kaedah ini digolongkan sebagai
pendekatan kinestetik.(Margaret, Lynne, Janet, 1989).
Kaedah VAK
Kaedah VAK menggabungkan deria penglihatan dan pendengaran dengan tulisan
(kinestetik atau pergerakan). Dalam kaedah ini murid melihat dan menyebut perkataan
sambil menulis perkataan itu berdasarkan ingatannya.
Kaedah VAK menggunakan prosedur pengajaran seperti berikut, iaitu pelajar :
i. memerhati perkataan yang hendak dipelajari
ii. menyebut perkataan itu
iii. cuba menulis perkataan itu berdasarkan ingatannya, dan
iv. membandingkan hasil tulisan dengan perkataan asal
Prosedur VAK ini diulang-ulang sehingga perkatan dapat ditulis dengan betul.

Kaedah Membaca Pelbagai Deria - VAKT


(Multisensory Reading Method)
Kaedah ini dikenali sebagai kaedah VAKT yang bermaksud;
V - visual (penglihatan)
A audio (pendengaran)
K - kinesthetic ( pergerakan )
T - tactile ( sentuhan)
Kaedah ini berpegang kepada prinsip rangsangan dalam pembelajaran dan berdiri atas
Premis bahawa rangsangan ke atas beberapa deria yang sensitif akan mengukuhkan
pembelajaran . Langkah-langkah pengajaran adalah sepeerti berikut:
- kaedah ini menggunakan surihan (tracing) untuk mengajar bacaan
- guru menulis huruf cetak yang besar di atas kertas 4 x 10
( menggunakan krayon )
- Murid membuat surihan huruf dengan jari di atas kertas itu
- Untuk mendapatkan kesan sentuhan semasa membuat surihan, huruf dibuat daripada
kertas pasir, menggunakan talam berpasir/lumpur, mewarna dengan jari, huruf timbul
yang besar dan lain-lain.
- Untuk belajar huruf melalui kaedah VAKT, murid hendaklah ;
v. lihat huruf (V)
vi. dengar guru sebut huruf (A)
vii. menyebut huruf (A)
viii. dengar huruf yang disebut (A)
ix. rasa pergerakan otot semasa membuat surihan huruf (K)
x. rasa permukaan huruf dgn hujung jari (T)
xi. lihat pergerakan tangan semasa tracing (V)
xii. dengar sendiri huruf yang disebut semasa membuat
surihan (A)
Kaedah VAKT dijadikan asas kepada model-model pengajaran bacaan yang lebih perinci
oleh tokoh-tokoh seperti Fernald, Gillingham, dan lain-lain.
Kaedah Fernald
Kaedah ini diperkenalkan oleh Fernald G.M. dan Helen, B.K.(1943, 1988) untuk membantu
kanak-kanak yang mengalami masalah bacaan yang teruk. Kaedah ini merupakan
gabungan pendekatan pengalaman bahasa dan pembelajaran berasaskan pendekatan
pelbagai deria (VAKT). Pendekatan ini dibentuk untuk pengajaran secara individu.
Terdapat empat peringkat pengajaran dalam kaedah Fernald, iaitu:
i. Menyurih (tracing) dan menulis berdasarkan ingatan satu perkataan yang diberi,

ii. Menulis berdasarkan ingatan perkataan yang diberi,


iii. Menulis berdasarkan ingatan perkataan yang dijumpai dalam petikan, dan
iv. Belajar melalui perkataan asas (sight words) yang terdapat dalam teks.

Peringkat pengajaran dalam kaedeah Fernald adalah seperti berikut:


Peringkat 1:
- Guru menulis perkataan dengan besar menggunakan crayon di atas kertas.
- Pelajar surih huruf-huruf dengan jari (T K) sambil menyebut dan mendengar sebutan
perkataan itu (A).
- Pelajar juga memandang perkataan itu semasa membuat surihan(V) .
- Proses ini diulang sehingga pelajar boleh menulis perkataan tanpa melihat contoh.
- Pelajar menulis cerita berdasarkan perkataan yang telah dipelajari.
Peringkat 2:
- Pelajar tidak perlu surih setiap perkataan, tetapi hanya melihat perkataan yang guru
tulis, menyebut, dan menulis perkataan tersebut.
- Pelajar meneruskan menulis cerita dan menyimpan fail perkataan.
Peringkat 3:
- Pelajar belajar perkataan baru dengan melihat, menyebut, dan menulisnya terus
daripada perkataan-perkataan bercetak (teks).
- Guru tidak perlu menulis perkataan kerana pada tahap ini pelajar sudah boleh membaca
daripada buku.
Peringkat 4:
- Pelajar dapat mengecam perkataan-perkataan baru berdasarkan persamaannya dengan
perkataan-perkataan yang tercetak, atau bahagian-bahagian perkataan yang sudah
dipelajari.
- Pelajar sudah boleh menggunakan kemahiran bacaan untuk mengembangkan minat
membaca.
Kesimpulannya, kaedah Fernald menggunakan pengalaman bahasa pelajar dan kaedah
VAKT.
Kaedah Fernald mempunyai prinsip tertentu yang perlu dipatuhi, iaitu:
i. kejayaan hendaklah ditekankan supaya motivasi pelajar dapat ditingkatkan atau
dikekalkan,

ii. keempat-empat peringkat perlu dikuasai mengikut urutan,dan


iii. hanya diguna untuk pelajar yang menghadapi masalah bacaan yang teruk sahaja
seperti disleksia, murid pemulihan, dan murid PKBP.

Kaedah Gillingham
Kaedah ini diperkenalkan oleh Gillingham dan Stillman pada tahun 1970 AN difokuskan
untuk mengajar bacaan kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah bacaan yang
sangat teruk. Kaedah ini mengambil masa yang lama dan langkah-langkah pengajaran
hendaklah dipatuhi dengan ketat, iaitu memerlukan lima sesi pengajaran seminggu untuk
selama dua tahun (minimum)
Kaedah Gillinghammenumpukan penstrukturan pengajaran yang tinggi dan berorientasikan
pendekatan fonetik yang menggunakan teknik surihan (tracing) untuk mengajar huruf
tunggal dan bunyi yang bersamaan dengannnya.
Kaedah Gillingham menekankan pendekatan pelbagai deria yang terdiri daripada enam
kesatuan deria yang sangat penting pada peringkat permulaan mengajar huruf huruf.
Enam kesatuan asas itu adalah:
i. V-A (Visual-Auditory). Perkataan yang ditulis dan huruf-huruf dihubungkan denga
bunyinya. Murid tidak perlu menyebut bunyi-bunyi itu.
ii. A-V (Auditory-Visual). Bunuyi-bunyi huruf dan perkataan digabungkan dengan imej
visual. Tugasan ini seakan-akan aktiviti mengeja.
iii. A-K (Auditory Kinesthetic). Bunyi-bunyi huruf danperkataan digabungkan dengan
pergerakan otot semasa menyebut dan menulis.
iv. K-A (Kinesthetic Auditory). Tangan murid didibantu untuk menyurih atau menulis
bentuk huruf sambil menyebut nama atau bunyi huruf tersebut.
v. V-K (Visual Kinesthetic). Huruf cetak dan perkataan dikaitkan dengan pergerakan otot
semasa bertutur dan menulis.
vi. K-V (Kinesthetic- Visual). Pergerakan otot semasa bertutur atau menulis dikaitkan
dengan bentuk visual huruf-huruf.
Langkah-langkah pengajaran;
Langkah 1:
- Dgn menggunakan kad latih tubi, tunjuk satu huruf kepada murid.
- Guru menyebut nama huruf dan murid mengikut sebutan guru
- Bila sudah mahir, guru menyebut bunyi huruf dan murid mengikutnya

- Soalan guru , Apakah bunyi huruf ini?


Langkah 2:
- Tanpa menggunakan kad latih tubi, guru membunyikan mengikut huruf.
- Soalan guru, Berikan nama huruf yang bunyinya [ ] . Guru menggunakan strategi
ejaan lisan
Langkah 3:
- Guru menulis huruf dan menerangkan bentuknya.
- Murid menyurih ikut tulisan guru, dengar, pandang, dan membunyikan huruf itu.
- guru mula memperkenalkan tulisan sambung.
Setelah murid mahir 10 huruf (konsonan dan vokal), mereka mengadun hurufhuruf menjadi perkataan.
Sebagai rumusan, semua guru adalah bertanggungjawab untuk mengesan kelemahan
bacaan pelajarnya, mengenal pasti punca masalah, dan cuba membantu mereka membina
kemahiran membaca seawal mungkin supaya masalah ini dapat dipulihkan sebelum
menjadi lebih teruk.
Latihan:
Bezakan antara kaedah abjad dengan kaedah fonik dalam mengajar bacaan.
6.7 Kesimpulan
Keupayaan membaca di kalangan kanak-kanak adalah berbeza-beza dan guru hendaklah
memberi perhatian terhadap hakikat ini. Oleh itu guru hendaklah memperkemaskan diri
dalam kemahiran menyampaikan pengajaran bacaan. Pengetahuan tentang kaedahkaedah mengajar bacaan semata-mata tidak mencukupi, sebaliknya guru perlu
mempunyai kreativiti dalam penyampaian pengajarannya. Kaedah membaca yang
digunakan akan lebih berkesan dengan penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dan
menarik. Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah bacaan yang teruk dan juga untuk
kanak-kanak berke[perluan khas, kaedah pengajaran pelbagai deria sangat sesuai
digunakan. Sekiranya guru memilih untuk menggunakan sesuatu kaedah, maka guru
hendaklah tetap dengan langkah-langkah yang disaran dalam kaedah itu. Sekiranya guru
tidak mengikut langkah-langkah yang telah ditetapkan atau mengikut sebahagian
darikpada langkah sahaja, maka guru tidak boleh mengatakan yang dia menggunakan

kaedah tersebut.
Rumusan
1. Masalah bacaan yang dihadapi oleh kanak-kanak dapat dilihat melalui
aktiviti bacaan nyaring, manakala aktiviti bacaan senyap hanya dapat dilihat
melalui aspek bacaan kefahaman.
2. Guru mestilah peka dengan petunjuk-petunjuk tingkah laku yang ditunjukkan
oleh murid-muridnya kerana tingkah laku tersebut menunjukkan murid
berkenaan menghadapi masalah dalam bacaan.
3. Guy L.B. dan rakan-rakannya (1989) telah membahagikan punca masalah
membaca kepada tiga faktor besar , iaitu faktor fizikal, faktor kognitif dan
bahasa, dan faktor emosi, persekitaran, dan pendidikan
4. Murid-murid ini perlu diajar menguasai kemahiran-kemahiran asas bacaan
terlebih dahulu supaya pemerolehan kemahiran membaca mereka menjadi
mantap.
5. Pengajaran membaca kepada kanak-kanak terutamanya kanak-kanak
berkeperluan khas memerlukan strategi yang pelbagai. Guru tidak boleh
hanya bergantung kepada kaedah dan teknik tertentu sahaja kerana kerana
penerimaan seseorang kanak-kanak terhadap perkara yang diajar adalah
berbeza antara satu sama lain.
6. Kaedah VAK, kaedah VAKT, kaedah Fernald, dan kaedah Gillingham
digolongkan sebagai pendekatan kinestetik dan hanya digunakan untuk
mengajar bacaan bagi kanak-kan ak yang mengalami masalah bacaan yang
teruk.
Kata Kunci
Kinestetik
Surih
Pelbagai deria
Kognitif
Aphasia
Rujukan
Kamarudin Hj. Husin, (1998). Pedagogi Bahasa. Kuala Lumpur: Longman
Malaysia Sdn. Bhd.
Guy .L.B., Barbara B.W., Miles A.T, & John B.W. (1994). Reading Difficulties:
Their Diagnosis and Correction. Boston: Allyn and Bacon.

Margaret A. R , Lynne K.L., & Janet W.L. (1989). Reading Problems:


Assessment and Teaching Strategies. New Jersey: Prentice Hall.
Posted by Dr.Mohd Anuar at 12:01 PTG
Dicatat oleh CIKGUSUE PKHAS di 05:14

Anda mungkin juga menyukai