Anda di halaman 1dari 15

1.0 Pengenalan Dysgraphia (Disgrafia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam bahasa.

Menurut Atan Long (1976), membaca adalah proses menterjemahkan bentuk penulisan kepada bacaan atau mendapatkan makna daripada bahan bertulis itu. Ini bermakna tanpa memahami apa-apa yang dibaca belum dianggap mahir membaca. Menurut Dr. Koh Boh Boon, membaca dapat membantu perkembangan kognitid dan afektif seseorang murid justeru itu kemahiran membaca perludikuasai deperingkat awal persekolahan bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan agar dapat berkembang secara menyuluruh dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, sesuai dengan Falsafah Pendidikan Negara. Sekiranya seorang murid tidak boleh membaca seperti rakan-rakan sebaya mereka, mereka bukan sahaja akan ketinggalan dalam pelajaran, malah mereka juga akan merasa rendah diri, hilang keyakinan diri dan kurang berminat belajar. Justeru itu, Program Pemulihan bacaan perlu dilakukan terhadap murid yang tidak dapat menguasai kemahiran ini. Menurut Margaret et.al (1989), guru haruslah memulakan pengajaran mengikut tahap yang sesuai.

2.0 MASALAH MEMBACA DI KALANGAN MURID PEMULIHAN KHAS i. Tidak Kenal Huruf Masalah tidak kenal huruf merupakan punca utama kebanyakan kanak-kanak gagal membaca dengan baik. Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak akan menyebut sesuatu huruf sesuka hati atau dengan meneka sahaja dan menjadikan perkataan itu tidak bermakna atau berlainan makna.

ii.

Meninggalkan Huruf Huruf dan imbuhan ditinggalkan ketika membaca, misalnya buah disebut uah, kering disebut kerin, mengandungi disebut mengandung dan sebagainya.

iii.

Meninggalkan Perkataan Perkataan dalam ayat juga kerap ditinggalkan semasa membaca, seperti: Buku itu sangat tebal dibaca sebagai : Buku itu tebal.

iv.

Tidak Memahami Apa yang dibaca Gagal memahami maksud perkataan dan frasa yang berkaitan dengan waktu seperti selepas, sudah, sebelum, pagi, sekejap, dan sebagainya. Tidak memahami maksud perkataan dalam pelbagai situasi, misalnya dalam ayat Panjatlah lagi pokok itu yang bermaksud melarang seseorang daripada memanjat pokok. Gagal memahami atau membuat urutan idea atau peristiwa yang terdapat dalam bahan bacaan terutamanya apabila diminta menceritakan semula petikan yang dibaca. Lambat memberi tindak balas terutamanya apabila tidak memahami arahan yang dibaca. Gagal menghubungkan sebab dan akibat dalam bahan bacaan yang dibaca. Tidak dapat mengenal pasti perkara yang tidak munasabah (absurdities) dalam bahan yang dibaca. Tidak dapat mentafsir atau menggunakan carta, graf, peta, rajah, dan sebagainya dalam buku.

v.

Teragak-agak Teragak-agak (hesitation) - teragak-agak bermaksud berhenti sejenak sebelum menyebut sesuatu perkataan ketika membaca disebabkan kanak-kanak tidak pasti akan bacaannya.

vi.

Salah Sebutan Salah sebutan terjadi akibat kanak-kanak tidak mengenal huruf atau tidak tahu membunyikan sesuatu huruf sehingga sesuatu perkataan tidak bermakna lagi dalam konteks ayat berkenaan.

3.0 Kesalahan-kesalahan di atas boleh mengubah makna perkataan atau ayat yang dibaca dan perlu diberi perhatian oleh guru untuk mengatasinya. Selain itu, guru juga perlu memerhati tingkah laku yang ditunjukkan semasa murid membaca yang boleh menunjukkan murid itu bermasalah dalam bacaan. Antara tingkah laku yang kerap ditunjukkan adalah yang berikut: i. ii. iii. iv. v. vi. Membatang suku kata terlebih dahulu sebelum dapat menyebut seluruh perkataan, Bacaan tersekat-sekat, iaitu perkataan demi perkataan dan tidak lancar, Membaca terlampau cepat atau gopoh tanpa menghiraukan tanda bacaan, Membaca terlampau lambat atau merangkak-rangkak, Menunjuk perkataan dengan jari ketika membaca, Tingkah laku yang tidak selesa seperti mengedip-ngedipkan mata, mengerut dahi, menggeleng-geleng kepada, dan sebagainya, vii. viii. Suara terlalu perlahan dan tidak jelas atau blurring, kedudukan mata terlalu dekat dengan bahan bacaan,cuba mengelak daripada aktiviti membaca, ix. Tidak boleh membaca langsung.

Guru mestilah peka dengan petunjuk-petunjuk tingkah laku yang ditunjukkan oleh muridmuridnya kerana tingkah laku tersebut menunjukkan murid berkenaan menghadapi masalah dalam bacaan.

4.0 Punca Masalah Membaca Punca masalah membaca adalah rumit dan sukar hendak ditentukan secara khusus. Namun Guy L.B. dan rakan-rakannya (1994) telah membahagikan punca masalah membaca kepada tiga faktor besar , iaitu : i. ii. iii. Faktor fizikal Faktor kognitif dan bahasa Faktor emosi, persekitaran, dan pendidikan

4.1 Faktor Fizikal Faktor fizikal yang mempengaruhi masalah bacaan adalah seperti masalah penglihatan, masalah pendengaran, masalah pertuturan, masalah neurologikal seperti kerosakan otak (serebral palsi, aphasia, terencat akal, dll), dan bermasalah kesihatan (epilepsi, masalah jantung, kurang zat makanan yang serius, dll). 4.2 Faktor Kognitif dan Bahasa Kanak-kanak yang tahap kecerdasannya rendah dan yang terencat akal akan menghadapi masalah dalam bacaan yang serius. Selari dengan masalah ini ialah tahap kognitif yang rendah sehingga menyebabkan proses memperolehi kemahiran membaca menjadi sangat sukar. Manakala faktor bahasa melibatkan bahasa penerimaan (receptive language) yang melibatkan keupayaan semantik dan sintaksis. 4.3 Faktor Emosi, Persekitaran, dan Pendidikan Masalah membaca kebiasaannya wujud seiring dengan faktor-faktor emosi yang memberi kesan yang besar terhadap penyesuaian individu dan sosial kanak-kanak. Masalah penyesuaian mungkin berpunca daripada faktor-faktor fizikal atau perawakan dan persekitaran yang boleh menyebabkan kegagalan membaca. Kegagalan membaca menjadikan kanak-kanak kecewa dan menjejas emosi mereka. Faktor persekitaran bagi kanak-kanak yang kurang beruntung seperti tidak mendapat kasih sayang keluarga, kurang zat makanan, tiada galakan keluarga, dan sebagainya akan menjejas pencapaian mereka dalam pelajaran termasuk keupayaan membaca. Faktor pendidikan adalah seperti tidak menyediakan peluang pengajaran secara individu, tidak memberi perhatian terhadap kesediaan membaca kanak-kanak, mengabaikan kemahiran membaca dalam kebanyakan aktiviti sekolah, penggunaan teknik pengajaran yang kurang berkesan, dan sebagainya.

5.0 MAKLUMAT MURID A. LATAR BELAKANG UMUM Nama Pelajar: MOHD ADNAN BIN MANSOR Kelas : 2B Jantina : LELAKI Tarikh Lahir : 17/05/2004 Umur : 9 TAHUN . Bangsa : MELAYU Tempat Lahir : HOSPITAL Agama : ISLAM Tarikh Masuk Sekolah :.14/01/2010 Sekolah Lama (Rendah/Menengah) : ........................

Alamat Rumah : 20 TAMAN DAHLIA Jauh Dari Sekolah : .9 km 05300 KUBANG PASU Cara Ke Sekolah : DIHANTAR KEDAH Bahasa Yang Digunakan di Rumah : MELAYU Bantuan Belajar di Rumah : TIADA Kedudukan Dalam Keluarga : BUNGSU . (sulung,bungsu,tunggal, dsb) B. MAKLUMAT KELUARGA Nama Ibubapa/Penjaga L.Belakang Pendidikan Bil. Anak Bil. Ahli Keluarga : .MANSOR BIN OSMAN..Pekerjaan : KERANI : DIPLOMA .Pendapatan : RM1200 : Lelaki 1 Ppuan 1. Bil. Anak Bersekolah : 2 : .4 C. ASPEK-ASPEK FIZIKAL Tinggi : 169 Berat : ...58.kg *Penglihatan : BAIK *Pendengaran : .BAIK *Kesihatan Umum : .SIHAT (*oleh profesional) Keadaan Fizikal : NORMAL *Pertuturan : KURANG BAIK

Kesihatan Keluarga : BAIK D. MAKANAN DI RUMAH

Sarapan : ADA

Makan Tengahari : ADA

Makan Malam : ADA

E. ALAT UNTUK MASA LAPANG SERTA PENDIDIKAN UMUM DI RUMAH

Permainan : 1. Dalam Rumah : PERMAINAN VIDEO. 2. Luar Rumah : BASIKAL Pendidikan : Televisyen : Radio : Perakam : Surat Khabar : ADA ADA TIADA ADA Video : ADA Komputer : ADA Majalah : ADA Bahan Bacaan Lain : TIADA

F. KEMUDAHAN RUMAH / PERABOT Jenis Rumah Tenaga Elektrik Kerusi Meja Bekalan Air : TERES Jumlah Bilik : 4 : ADA : ADA : ADA : .PAIP ..........(paip, telaga, taliair, sungai, lombong)

Tandatangan Guru Pemulihan : ........................................ .............................. Nama Guru Pemulihan :

Tarikh :

6.0 Masalah Pelajar i. ii. iii. iv. v. Tidak Kenal Huruf Meninggalkan Huruf Meninggalkan Perkataan Teragak-agak Salah sebutan

7.0 Rancangan Program Intervensi Dalam masalah ini pelajar akan didedahkan dengan beberapa kaedah mengajar bacaan kepada kanak-kanak. Antara kaedah yang sering digunakan adalah: i. ii. iii. Kaedah abjad/huruf Kaedah pandang sebut/seluruh perkataan Kaedah Fernald

7.1 Kaedah abjad/huruf Kaedah ini merupakan kaedah yang paling biasa digunakan dalam mengajar mengeja dan membaca perkataan. Kaedah ini mementingkan kanak-kanak mengenal nama-nama huruf dari a z. Selepas itu kanak-kanak diajar mengenali huruf-huruf vokal a, e, i, o, u, hurufhuruf konsonan, dan diftong ai, au,oi. Bunyi-bunyi huruf juga diperkenalkan pada peringkat ini. Selepas itu huruf-huruf ini digabungkan bagi membentuk suku kata dan seterusnya perkataan. Contoh: Memperkenalkan huruf - a - z Memperkenalkan huruf vokal a, e, i, o, u Menggabungkan huruf konsonan dan vokal - ba, be, bi, bo, bu Membentuk perkataan daripada suku kata - ba + tu batu Seterusnya membentuk rangkai kata dan ayat mudah.

Kekuatan kaedah ini adalah kerana sesuai dengan binaan perkataan bahasa Melayu yang terdiri daripada suku kata yang tetap bunyinya. Kaedah ini juga membolehkan kanak-kanak mengeja perkataan-perkataan baru yang belum dipelajarinya. Selain itu, kaedah ini memberi asas yang kukuh dalam membaca. 7.2 Kaedah pandang sebut/seluruh perkataan Kaedah ini sangat popular dalam mengajar bacaan dalam bahasa Inggeris, namun guru boleh mencuba kaedah ini untuk mengajar membaca dalam Bahasa Melayu. Melalui kaedah ini, pengajaran membaca adalah berdasarkan perkataan-perkataan yang biasa (sight words) diguna seharian yang membentuk kebanyakan pertuturan kita seperti saya, makan, lari, main, emak, bapa dan sebagainya.

Guru akan memperkenalkan beberapa perkataan dahulu dan diulang-ulang menyebutnya. Kebiasaannya perkataan tersebut disertakan gambar dan adalah diandaikan yang murid belajar secara pandang (visual). Kaedah ini tidak menggunakan aktiviti mengeja sama sekali. Sekiranya murid tidak dapat menyebut perkataan tertentu, guru digalak menggunakan fonik atau bunyi huruf, iaitu menghubungkan satu huruf dengan satu bunyi untuk membantu pelajar menyebut perkataan tersebut. Misalnya bagi perkataan rumah, guru boleh membantu murid dengan menyebut bunyi huruf r iaitu [ r ] dan kalau perlu membunyikan suku kata [ ru ].

7.3 Kaedah Fernald Kaedah ini diperkenalkan oleh Fernald G.M. dan Helen, B.K.(1943, 1988) untuk membantu kanak-kanak yang mengalami masalah bacaan yang teruk. Kaedah ini merupakan gabungan pendekatan pengalaman bahasa dan pembelajaran berasaskan pendekatan pelbagai deria (VAKT). Pendekatan ini dibentuk untuk pengajaran secara individu.

Terdapat empat peringkat pengajaran dalam kaedah Fernald, iaitu: i. ii. iii. iv. Menyurih (tracing) dan menulis berdasarkan ingatan satu perkataan yang diberi Menulis berdasarkan ingatan perkataan yang diberi Menulis berdasarkan ingatan perkataan yang dijumpai dalam petikan Belajar melalui perkataan asas (sight words) yang terdapat dalam teks.

Peringkat pengajaran dalam kaedeah Fernald adalah seperti berikut: Peringkat 1: Guru menulis perkataan dengan besar menggunakan crayon di atas kertas. Pelajar surih huruf-huruf dengan jari (T K) sambil menyebut dan mendengar sebutan perkataan itu (A). Pelajar juga memandang perkataan itu semasa membuat surihan(V). Proses ini diulang sehingga pelajar boleh menulis perkataan tanpa melihat contoh. Pelajar menulis cerita berdasarkan perkataan yang telah dipelajari.

Peringkat 2: Pelajar tidak perlu surih setiap perkataan, tetapi hanya melihat perkataan yang guru tulis, menyebut, dan menulis perkataan tersebut. Pelajar meneruskan menulis cerita dan menyimpan fail perkataan.

Peringkat 3: Pelajar belajar perkataan baru dengan melihat, menyebut, dan menulisnya terus daripada perkataan-perkataan bercetak (teks). Guru tidak perlu menulis perkataan kerana pada tahap ini pelajar sudah boleh membaca daripada buku.

Peringkat 4: Pelajar dapat mengecam perkataan-perkataan baru berdasarkan persamaannya dengan perkataan-perkataan yang tercetak, atau bahagian-bahagian perkataan yang sudah dipelajari. Pelajar sudah boleh menggunakan kemahiran bacaan untuk mengembangkan minat membaca.

Kesimpulannya, kaedah Fernald menggunakan pengalaman bahasa pelajar dan kaedah VAKT. Kaedah Fernald mempunyai prinsip tertentu yang perlu dipatuhi, iaitu: i. kejayaan hendaklah ditekankan supaya motivasi pelajar dapat ditingkatkan atau dikekalkan, ii. iii. keempat-empat peringkat perlu dikuasai mengikut urutan,dan hanya diguna untuk pelajar yang menghadapi masalah bacaan yang teruk sahaja seperti disleksia, murid pemulihan, dan murid PKBP.

8.0 Instrumen dan kaedah ujian diagnostic Petunjuk utama untuk mengenal pasti kelemahan dalam bidang membaca atau mengeja (BPS, 1999). Oleh sebab itu, kriteria yang paling kritikal dalam proses pengenalpastian masalah ini adalah untuk menunjukkan bukti bahawa murid tersebut mempunyai masalah dalam bidang membaca dan mengeja. Ini dibuat dengan membandingkan pencapaian muridmurid tersebut dengan pencapaian murid-murid lain yang sebaya. Perbandingan yang jitu memerlukan bahawa ujian yang digunakan memenuhi ciri psikometri kebolehpercayaan serta kesahan. Oleh sebab itu, kajian ini bertujuan untuk membina dan menentukan kebolehpercayaan serta kesahan ujian untuk mengukur kemahiran membaca serta kemahiran mengeja. Kemahiran membaca biasanya diuji dengan menggunakan tugasan membaca senarai perkataan tunggal yang telah disusun mengikut hierarki kesukaran. Selain daripada kesulitan dalam membaca perkataan tunggal, murid-murid disleksia juga menunjukkan kesukaran dalam mengeja perkataan. Kemahiran mengeja biasanya diukur dengan menggunakan tugasan mengeja perkataan-perkataan tunggal yang terdiri daripada pelbagai tahap kesukaran. Pembinaan item-item untuk ujian membaca perkataan serta ujian mengeja dalam kajian ini akan merujuk kepada sistem fonologi serta sistem morfologi BM

8.1 Pembinaan Ujian 8.1.1 Ujian membaca perkataan Item-item untuk ujian membaca perkataan tunggal telah dipilih daripada Senarai Perbendaharaan Kata Bacaan Asas serta Senarai Perbendaharaan Kata Bacaan Luas, Huraian Sukatan Pelajaran KBSR Bahasa Melayu SK/SRK Tahun 1 (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1995). Semua perkataan yang ada dalam Senarai Perbendaharaan Kata Tahun 1 ini telah dianalisis berdasarkan sistem fonologi serta sistem morfologi bahasa Melayu (Awang, 2004; Nik Safiah et al., 2004). Tujuan analisis struktur fonologi serta morfologi perkataan-perkataan dalam Senarai Perbendaharaan Kata Tahun 1 adalah untuk memastikan bahawa item-item yang dipilih untuk ujian ini merangkumi perkataan-perkataan daripada pelbagai jenis struktur fonologi dan morfologi. Prosedur analisis ini dapat memastikan bahawa item-

item ujian mewakili keseluruhan bidang isi kandungan yang hendak diuji. Ini dapat meningkatkan lagi kesahan isi kandungan sesuatu ujian. Sebanyak 120 item perkataan dasar telah dipilih daripada Senarai Perbendaharaan Kata Tahun 1 untuk ujian ini. Item-item ini terdiri daripada perkataan dengan satu sehingga empat bilangan suku kata. Selain daripada perkataan tunggal, sebanyak 16 patah perkataan terbitan daripada Senarai Perbendaharaan Kata Tahun 1 juga telah dipilih untuk ujian membaca perkataan tunggal. Item-item ini terdiri daripada perkataan terbitan dengan imbuhan awalan, akhiran dan apitan. Secara keseluruhannya, sebanyak 136 item telah dipilih untuk ujian ini. Item-item ini telah disusun daripada yang ringkas kepada yang kompleks.

8.1.1.1 Contoh soalan membaca

8.1.2 Ujian mengeja perkataan Item-item untuk ujian mengeja perkataan juga telah dipilih daripada Senarai Perbendaharaan Kata Bacaan Asas serta Senarai Perbendaharaan Kata Bacaan Luas, Huraian Sukatan Pelajaran KBSR Bahasa Melayu SK/SRK Tahun 1 (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1995). Item-item ujian ini juga telah dipilih berdasarkan struktur fonologi serta struktur morfologi perkataan tersebut (Awang 2004; Nik Safiah et al., 2004). Sebanyak 23 patah perkataan dasar telah dipilih sebagai item untuk ujian mengeja perkataan. Item-item perkataan dasar untuk ujian mengeja perkataan tunggal mengandungi antara satu sehingga empat bilangan suku kata. Selain daripada perkataan dasar, sebanyak lima patah perkataan terbitan daripada Senarai Perbendaharaan Kata Tahun 1 juga telah dipilih untuk ujian mengeja perkataan tunggal. Secara keseluruhannya, ujian ini mengandungi 28 item.

8.1.2.1 Contoh soalan

8.1.3 Hasil Ujian Daripada jadual dibawah, kita dapat melihat kelemahan pelajar tersebut dan ia membolehkan kita untuk macari kaedah yang bersesuaian dengan masalah pelajar tersebut. Rumusan bilangan item yang terpilih. Ujian Bilangan item sebelum analisis item 136 28 Jadual 8.1 Bilangan item selepas analisis item 50 25

Membaca perkataan Mengeja perkataan

9.0 Penutup Kesimpulannya, terdapat bukti empirikal bahawa kedua-dua uijan yang telah dibina ini mempunyai ciri psikometri kebolehpercayaan dan kesahan untuk digunakan bagi mengenal pasti masalah membaca perkataan dan masalah mengeja dalam kalangan murid tahun satu. Kedua-dua ujian ini sekarang boleh digunakan untuk mengenal pasti masalah utama yang dihadapi oleh pelajar, iaitu masalah dalam kemahiran membaca dan kemahiran mengeja. Masalah bacaan yang dihadapi oleh kanak-kanak dapat dilihat melalui aktiviti bacaan nyaring, manakala aktiviti bacaan senyap hanya dapat dilihat melalui aspek bacaan kefahaman. Guru mestilah peka dengan petunjuk-petunjuk tingkah laku yang ditunjukkan oleh murid-muridnya kerana tingkah laku tersebut menunjukkan murid berkenaan menghadapi masalah dalam bacaan. Guy L.B. dan rakan-rakannya (1989) telah membahagikan punca masalah membaca kepada tiga faktor besar , iaitu faktor fizikal, faktor kognitif dan bahasa, dan faktor emosi, persekitaran, dan pendidikan Murid-murid ini perlu diajar menguasai kemahiran-kemahiran asas bacaan terlebih dahulu supaya pemerolehan kemahiran membaca mereka menjadi mantap. Pengajaran membaca kepada kanak-kanak terutamanya kanak-kanak berkeperluan khas memerlukan strategi yang pelbagai. Guru tidak boleh hanya bergantung kepada kaedah dan teknik tertentu sahaja kerana kerana penerimaan seseorang kanak-kanak terhadap perkara yang diajar adalah berbeza antara satu sama lain.

RUJUKAN i. Abdul Rahim b. Talib, (2006). Pengenalan Pendidikan Kanak-kanak MasalahPembelajaran: Open University Malaysia (OUM). Kuala Lumpur: UNITEMSdn. Bhd. ii. Haliza Hamzah, (2008).Perkembangan Kanak-kanak:Untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan:Edisi Kedua. Institut Perguruan Teknik,KualaLumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. iii. iv. Mohd Fahmi Mohd Yusof.(2012). 45,000 budak hidap Disleksia. Berita Harian Rajesvari Ramasamy. (2008). Masalah Disleksia Dalam Kalangan Murid-Murid Pemulihan Di Sekolah Rendah, Pulau Pinang. Universiti Sains Malaysia v. http://ms.wikipedia.org/wiki/Disleksia

Anda mungkin juga menyukai