Anda di halaman 1dari 12

SEJARAH TENIS

Menurut sejarah yang tercatat, permainan tenis ini dipanggil sebagai jeu de paume pada
abad ke 11, yang mana permainan ini menyerupai permainan tenis kini yang mana telah
dimainkan untuk pertama kali di sebuah kawasan yang terletak di Perancis. Manakala,
bola yang digunakan dibalut dengan benang berbulu sedangkan pemukulnya hanyalah
tangan.
Kemudian, sedikit demi sedikit permainan ini dikembangkan dan mula diperkenalkan ke
Itali dan Inggeris pada abad ke -13 dan mendapat sambutan yang memberangsangkan
daripada orang ramai dalam jangka waktu yang singkat. Selain itu, majalah Inggeris
Sporting Magazine menamakan permainan ini sebagai Tenis Lapangan(lawn tennis).
Tambahan pula, Book of Games And Sports, yang diterbitkan dalam tahun 1801,
disebut sebagai Tenis Padang. Tenis pada mulanya hanya dimainkan oleh masyarakat
kelas atas sahaja. Tenis Padang yang terkenal di zaman Ratu Victoria ditiru oleh golongan
menengah yang menjadikannya iaitu permainan biasa.
Kelab tenis pertama yang dibina adalah Learnington di Perancis oleh J.B. Perera , Harry
Gem, Dr. Frederick Haynes .Pada tahun 1872, Dr. Arthur Tompkins yang menyebut tenis
sebagai pelota atau lawn rackets. Manakala pada tahun 1874, permainan tenis telah
pertama kali dimainkan di Amerika Syarikat oleh Dr. James Dwight dan F.R. Sears.
Selain itu, All England Croquet Club telah dibina pada tahun 1868. Setelah dua tahun,
pembukaan Kelab Tenis di Jalan Worple, Wimbledon di samping pada tahun 1875,
kelab ini juga berkongsi tempat untuk permainan tenis dan badminton. Di samping itu,
permainan tenis padang ditulis. Sementara itu, Amerika Syarikat membina kelab Tenis
yang pertama di Staten Island maka lahirlah banyak pemain-pemain tenis yang jaguh
dalam pertandingan Tenis peringkat dunia.
Pada masa kini, permainan tenis telah muncul sebagai salah satu acara Sukan Olimpik. Ia
pernah dipertandingkan di Sukan Olimpik Athens pada tahun 1896 sehingga pada tahun
1924 dan selepas itu diketepikan. Dalam menguruskan permainan ini, Persekutuan Lawn
tenis Antarabangsa (International Lawn Tennis Federation) telah ditubuhkan dalam bulan
Mac 1913.
Pada tahun 1938, pemain Amerika Syarikat, Donald Budge telah menjadi pemain pertama
memperolehi Grand Slam iaitu memenangi empat kejohanan utama dalam setahun,
Kejohanan Wimbledon, Kejohanan Terbuka Amerika Syarikat, Kejohanan Terbuka
Perancis dan Kejohanan Terbuka Australia. Kejayaan beliau dituruti oleh pemain
Australia iaitu Rod Lever yang memenanginya dalam tahun 1962 dan 1969. Lottie Dod
merupakan pemain wanita paling muda memenangi Kejohanan Wimbledon, ketika
berusia 15 tahun. Beliau menguasai gelanggang tenis buat beberapa tahun sebelum
menjadi pemain golf yang terkenal.

Maureen Connoly yang lebih dikenali sebagai Little Mo menjadi pemain wanita pertama
memperolehi Grand Slam dalam tahun 1953 dan jejak beliau diikuti oleh Margaret Court.
Martina Navratilova telah memenangi keempat-empat gelaran yang terdapat dalam
Grand Slam tetapi dalam tahun yang berlainan.

PERATURAN BERMAIN TENIS


Setiap permainan pasti akan ada peraturannya. Begitu juga dengan permainan tenis.
Tujuan sesuatu peraturan itu adalah untuk memastikan keadilan kualiti permainan. Di
samping itu, peraturan juga bertujuan mendisiplinkan pemain. Disiplin adalah sangat
penting bukan sahaja dalam permainan bahkan dalam kehidupan harian.
Dalam permainan tenis, peraturannya merangkumi smua aspek iaitu peralatan
permainan, sahsiah pemain dan banyak lagi. Di samping melahirkan pemain handalan,
permainan ini juga melahirkan pemain yang berdisiplin iaitu yang boleh menjadi idola
positip kepada masyarakat. Berikut merurakan antara aspek yang ditetapkan peraturannya

dalam permainan ini.


Peraturan tenis merangkumi banyak aspek terutamanya aspek alat permainan
separti bola, gelanggang, jaring, gelanggang dan sebagainya.
1.BOLA
Bola tenis mestilah berwarna hijau kekuningan. Ia diperbuat daripada gentian sentetik
dan dibaluti wool. Berat satu-satu bola tenis ialah diantara 56.7 hingga 58.5 gram.
Saiznya pula ialah diantara6.35 hingga 6.65 cm diameter. Bola tenis harus dijaga dengan
baik dan hendaklah sentiasa dalam keadaan kering. Ini kerana kestabilan pergerakan bola
dipengaruhi oleh keadaan bola tersebut. Oleh itu, pastikan bola kering sebelum
digunakan.
Bola tenis boleh didapatkan di kedai-kedai peralatan sukan dengan pelbagai pilihan
dan harga yang berbeza-beza mengikut kualiti pembuatan bola tersebut.
2.GELANGGANG
Permukaan gelanggang tenis hendaklah rata dan bebas daripada sebarang gangguan. Ia
boleh dalam bentuk gelanggang berumput atau diperbuat daripada kayu, simen atau
parguay. Ukukran gelanggang tenis adalah23.77 meter (78 kaki) panjang dan 8.23 meter
(27 kaki) lebar untuk perseorangan dan 10.98 meteruntuk keseluruhan gelanggang.
Semua garisan atau tanda didalamnya hendaklah jelas dan sebaik-baiknya dengan garisan
putih.
Gelanggang tenis mempunyai beberapa garisan iaitu garis tepi bergu, garis tepi
perseorangan,tanda tengah, garis belakang dan banyak lagi termasuklah garis servis dan
garis petak servis.

3.RAKET
Terdapat pelbagai jenis raket yang boleh dipilih oleh seseorang pemain. Ada raket yang
bingkainya diperbuat daripada kayu, keluli, aluminium, plastik dan besi. Berat raket juga
adalah berbeza. Namun, bagi pemain lelaki berat raket hendaklah diantara 282.7 hingga
396.9 gram. Manakala bagi wanita pula beratnya hendaklah diantara 368 hingga 382
gram. Pemain harus memilih raket yang sesuai dengannya, terutama dari segi keselesaan
pengangannya.
Raket tenis terdapat dalam pelbagai warna. Oleh itu, pilih dan gunalah raket yang
bersesuaian dgn citarasa anda agar anda lebih selesa untuk bermain.
4.JARING
Jaring untuk permainan tenis dibuat daripada dawai keluli, kapas atau rami yang dipintal
dan digantungkan kepada kabel yang tahan karat dan dlitupi dengan pita putih. Bahagian
bawah jaring hendaklah menyentuh tanah dan bahagian atasnya mesti 0.91 meter tinggi
pada titik tengahnya dan1.07 meter pada kedua-dua bahagian tiangnya.

Fungsi utama jaring ialah sebagai garis sempadan kawasan pemain. Di mana garis
tersebutlah yang menentukan sama ada mata diperolehi oleh pihak pemain atau pihak
lawan. Jaring hendaklah dipasang tegang semasa permainan bagi membolehkan bola tenis
dapat melintasi jaring tersebut tanpa terhenti di bahagian tengah gelanggang.
5.PAKAIAN PEMAIN
Setiap ahli sukan digalakkan mengenakan pakaian yang sesuai untuk permainan. Pakaian
tersebut hendaklah tidak menjadi penghalang yang boleh mengganggu perjalanan sesuatu
permainan. Bagi sukan berpasukan, pakaian seragam hendaklah dipakai. . Bagi sukan
perseorangan, pemakaian pakaian seragam juga perlu walaupun mereka bermain secara
perseorangan atau beregu. Pakaian pemain tenis terdiri daripada seluar pendek atau seluar
trek panjang, baju-T berkolar atau tanpa kolar, stoking dan kasut getah. Untuk pemain
wanita pula, skirt atau seluar panjang sukan digunakan. Biasanya peralatan ini berwarna
putih.

CARA MEMEGANG RAKET


Teknik memegang raket (grip) merupakan salah satu kunci utama dalam permainan tenis.
Teknik pegangan ini terbahagi kepada 3 iaitu Western grip, Eaastern grip dan Continential
grip. Teknik-teknik pegangan ini pula ada yang menggunakan satu tangan(one handed)
dan dua tangan(double handed). Teknik pegangan satu tangan lebih mudah dilakukan
berbanding dengan dua tangan tetapi apa yang membezakannya adalah teknik pegangan
satu tangan jika tidak dilakukan dengan betul sukar untuk memaksimakan pukulan
berbanding dengan teknik pegangan dua tangan yang lebih mudah untuk memaksimakan
pukulan. Teknik pegangan tenis hampir sama dengan badminton tetapi dari segi teknik
memukul bola berbeza sama sekali. Ini kerana teknik memukul bola dalam permainan
badminton lebih kepada pergerakan pergelangan tangan manakala tenis pula cenderung
kepada ayunan tangan dan pergerakan badan dan putaran bahu.
Continential grip
Grip ini merupakan grip klasik yang mana grip ini selalu digunakan oleh para pemain
tenis pada masa dahulu ketika raket kayu digunakan. Grip ini memerlukan posisi tangan
berada tepat di atas bahagian hulu raket. Grip ini sesuai digunakan untuk melakukan
servis dan juga pukulan volley kerana pegangan tangan yang kuat mencengkam raket.

Eastern grip

Grip jenis ini merupakan grip yang paling mudah diaplikasikan bagi pemain tenis amatur.
Grip ini juga dikenali sebagai grip berjabat tangan kerana kedudukan posisi tangan yang
memegang raket bermula dari leher raket lalu turun ke hujung raket. Grip ini dapat
memberi variasi pukulan yang baik kepada pemain dan juga pemain yang lebih gemar
melakukan pukulan volley.

Western grip
Grip ini merupakan
grip ynag ekstrem dan
hanya sesuai
digunakan untuk
pemain tenis yang
professional kerana
cara pegangan ini yang sukar untuk dikendalikan. Caranya adalah posisi tangan berada
pada sisi bawah raket. Pemain yang pakar di gelanggang tanah liat kebiasaanya
menggunakan grip jenis ini. Grip ini lebih sesuai untuk membuat pukulan spin(putaran).

JENIS PUKULAN
Terdapat beberapa pukulan asas
dalam permainan tenis yang
perlu diketahui dan dikuasai oleh pemain tenis terutamanya pemain amatur. antara jenis
pukulan asas dalam permainan tenis adalah :
1.
Backhand
2.
Forehand
3.
Servis
4. Voli
1 ) TEKNIK PIKULAN BACKHAND
Backhand, Pukulan dasar kedua dalam bermain tennis. Backhand adalah pukulan yang
dilakukan dengan mengayun tangan dari tepi badan menuju depan atau menggunakan

bahagian belakang raket untuk memukul bola dan telapak tangan anda membelakangi
bola. pada zaman sekarang, pukulan ini terdapat dalam dua jenis pukulan iaitu: backhand
menggunakan satu tangan dan backhand menggunakan dua tangan. Masing-masing
pukulan memiliki kelebihan dan kekurangan. Namun, pukulan backhand dua tangan lebih
banyak dipakai oleh pemain pro kerana efektivitinya.
Backhand satu tangan
Terdapat beberapa kelebihan dalam memakai backhand satu tangan. Pertama,
jangkauannya yang panjang sehingga bola-bola yang dapat ditangani dengan lebih
mudah. Kedua, lebih mudah untuk melakukan voli berbanding satu tangan dan umumnya
pemain yang memiliki backhand satu tangan lebih baik dalam memukul voli daripada
pemain yang memiliki backhand dua tangan. Terdapat 2 jenis grip yang biasa digunakan
dalam melakukan backhand dua tangan, iaitu eastern dan full-eastern (western) grip.
Tahap-tahap gerakan backhand satu tangan adalah:
Dari posisi bersiap, anda bergerak ke arah bola datang dan telah menentukan jenis
pukulan serta cara gengaman raket yang akan anda pakai. Pukulan backhand satu tangan
yang baik adalah agak di depan badan anda.
Raket diayunkan ke belakang beserta bahu dan punggung anda. Stance yang dipakai
dalam backhand satu tangan umumnya adalah closed stance dimana posisi badan tegak
lurus terhadap net atau garis baseline.
Raket diayunkan ke depan menuju titik kontak dengan bola dan usahakan kontak berada
pada sweetspot dari raket. Ingat, titik kontak sebaiknya berada agak di depan badan dan
bukan di samping. Kemudian ayunan diteruskan untuk melakukan tahap followthrough
kira-kira ke arah jam 2 badan anda.
Backhand dua tangan Backhand ini merupakan yang paling populer digunakan oleh
pemain tenis saat ini. Keuntungan dari grip ini adalah ayunannya yang efisien dan tenaga
ekstra yang dihasilkannya karena menggunakan dua tangan. Namun, kekurangannya
terutama dalam menghadapi bola-bola yang melebar dikarenakan tumpuan ayunan yang
menggunakan 2 bahu.
Grip yang dipakai dalam melakukan pukulan ini adalah tangan kanan berada pada
ujung gagang raket dengan grip continental dan tangan kiri berada di atasnya dengan grip
semi-western. Untuk selengkapnya dapat anda baca di sini. Tahapan untuk melakukan
backhand dua tangan adalah sbb:
Dari posisi bersiap, anda bergerak ke arah bola datang dan telah menentukan zona
pukulan serta grip yang akan anda pakai. Zona pukulan untuk pukulan backhand dua
tangan yang baik adalah di samping badan anda di sekitar daerah pinggang.
Raket diayunkan ke belakang pada posisi kira-kira sejajar pinggang anda. Stance yang
dipakai dalam backhand dua tangan umumnya closed stance, namun dapat pula dilakukan
dengan open stance.
Raket diayunkan ke depan menuju titik kontak dengan bola dan usahakan kontak berada
pada sweetspot dari raket. Dalam ayunan ke depan ini, tangan kiri memegang peran yang
dominan sedangkan tangan kanan sebagai penyeimbang dan pengarah bola. Kemudian

ayunan diteruskan ke samping badan anda hingga raket ke arah punggung untuk
melakukan tahap followthrough.
Pukulan ini menggunakan tangan yang non dominan sebagai utamanya
sedangkan tangan dominan sebagai penyeimbang dan pengarah bola. Untuk melatihnya
anda bisa mencoba berlatih memukul forehand memakai tangan non-dominan anda.
Apabila anda telah dapat memukul dengan baik dan konsisten, barulah mencoba untuk
memukul dengan 2 tangan.
2 ) TEKNIK PUKULAN FOREHAND
Forehand, pukulan yang paling utama dan paling mudah diajarkan dalam permainan
tenis. Forehand sendiri adalah pukulan yang ayunannya dari belakang badan menuju
depan dan bahagian depan raket atau telapak tangan kita berhadapan dengan bola.
Gerakan dimulai dari pergerakan badan menuju arah bola dan kita telah
menentukan tepatnya kawasan bola akan dipukul. Zona yang baik untuk memukul
tenis dengan grip continental atau eastern adalah pada daerah di depan badan anda, di
daerah sekitar bawah perut.
Kemudian raket anda ayunkan ke belakang bersamaan dengan rotasi bahu tangan
anda yang tidak memegang raket ke depan. Kaki kiri maju ke depan dan badan tegak
lurus terhadap garis baseline atau net untuk melakukan closed stanc.
Ketika bola telah masuk pada zona pukulan yang anda kehendaki, raket anda
ayunkan ke depan menuju titik kontak antara bola dengan raket.
Raket kontak dengan bola tenis dan usahakan bola harus berada pada sweetspot
dari raket untuk kesempurnaan dari pukulan tersebut.
Setelah terjadi kontak maka kita melakukan followthrough dengan cara raket tetap
diayunkan hingga melintasi badan kita ke arah kira-kira jam 11

3 ) TEKNIK PUKULAN SERVIS


Servis merupakan pukulan pembuka permainan. Sebenarnya terdapat beberapa teknik
servis. Namun yang akan saya paparkan di sini hanya dasarnya saja dan tentunya disertai
oleh ilustrasi agar mudah untuk dimengerti.
Pertama kali yang harus dilatih adalah koordinasi tangan ketika akan melemparkan
bola untuk memulai serve. Anda harus dapat melempar bola (toss) secara konsisten pada
satu tempat yang sama. Toss yang baik untuk servis adalah agak di depan kepala anda dan
lemparkan bola lurus ke atas. Anda dapat melatihnya dengan menggambarkan lingkaran
di lantai dan melakukan toss hingga tempat jatuhnya bola selalu berada pada tempat yang
sama. Adapun tahap untuk melakukan servis adalah:
Berdirilah di belakang garis baseline dan pusatkan pikiran anda untuk
mengarahkan bola pada daerah servis lawan. Posisi kaki kiri di depan dan kaki kanan di
belakang dengan arah kaki paralel dengan garis baseline. Grip yang dipakai untuk
melakukan servis dalam hal ini adalah grip continental
Lemparkan bola ke atas kira-kira agak di depan kepala anda setinggi kurang lebih

20-30 cm. Kunci toss yang baik adalah tangan anda yang melempar bola harus lurus ke
atas sehingga trayek bola pun lurus. Pada saat ini transfer berat badan anda ke kaki
belakang
Bola telah melambung dan anda mulai mengayunkan raket ke belakang. Selalu fokuskan
mata anda pada bola dan gunakanlah tangan yang melempar sebagai patokan dalam
memukul bola.
Pada saat bola sudah sampai pada titik kontaknya, raket diayunkan ke depan.
Pada saat ini buang berat badan anda dari kaki belakang ke kaki depan untuk memberikan
tenaga pada pukulan servis anda
Setelah kontak dengan bola lakukan followthrough dan bersiap kembali pada
posisi untuk melakukan pukulan berikutnya. Untuk melakukan servis yang konsisten dan
terarah memang agak sulit bagi pemula. Namun, dengan latihan dan pengalaman anda
akan terbiasa melakukan pukulan servis. Di dunia tenis profesional, pemegang servis
merupakan sebuah keuntungan karena pemain tersebut dapat mengontrol permainan
melalui servis yang keras dan akurat. Untuk level pemain rekreasional seringkali kita
jumpai servis malah merupakan kerugian dan seringkali poin terbuang percuma karena
dua kali membuat kesalahan ( double fault ). Karena itu berlatihlah yang baik untuk
pukulan yang satu ini.
Teknik Pukulan Voli
Pada tulisan kali ini, saya akan mengangkat topik mengenai bagaimana cara melakukan
pukulan voli. Pukulan ini merupakan pukulan yang paling sulit untuk dikuasai khususnya
bagi pemula karena untuk dapat menguasainya memerlukan konsentrasi ekstra dan reaksi
yang cepat. Anda juga akan lebih agresif dan menutup sudut-sudut lapangan dengan
memberikan tekanan kepada lawan. Untuk pemain rekreasional yang umumnya sering
bermain ganda, maka pukulan inilah yang wajib dan kudu dikuasai.
Posisikan badan anda pada posisi bersiap dengan cara: Peganglah raket pada grip untuk
pukulan voli yaitu kontinental. Rentangkan kaki anda hingga kira-kira sejajar bahu dan
agak ditekuk sehingga anda berada pada titik keseimbangan yang baik. Gerakanlah
badan anda secara dinamis layaknya seorang penjaga gawang yang akan menghadang
bola. Lakukan gerakan menjinjit Posisikan siku anda di depan badan dan pegang raket
ke atas setidaknya berada di atas pergelangan anda. Tangan yang pasif (tidak memegang
raket) berfungsi sebagai penyeimbang, biasakan untuk menempatkannya pada posisi
memegang leher raket.
Saat bola datang, posisikan kepala dan tangan anda menuju bola layaknya seorang
penerjun yang akan loncat dari pesawat. Rasakan bahwa badan anda menjemput bola dan
biasanya kaki mengikuti.
Cara memukul voli adalah dengan ayunan yang pendek. Bola yang datang dipukul saat
berada di depan badan anda sehingga terjadi perpindahan berat badan ke depan.
Anggaplah seperti pukulan jab pada tinju yang memakai ayunan tangan pendek namun
menghasilkan momentum yang besar.

Gunakanlah pergelangan anda dalam memukul dan posisikan raket agak terbuka.
Ayunan pendek dengan cepat dari atas ke bawah seperti gerakan membacok agar
memberikan sedikit efek spin pada bola.
Bagi pemula yang baru belajar bermain tenis, untuk tahap awal gunakanlah
pukulan voli yang sifatnya hanya memblok laju bola. Apabila telah mencapai tahap
konsistensi, maka anda dapat memberikan sedikit ayunan agar bola lebih menekan.
Gerakan voli yang baik adalah gerakan yang memukul dalam keadaan bergerak dan
bukan statis. Artinya usahakan anda menjemput bola dengan bergerak ke depan atau
diagonal. Lakukan followthrough ke arah yang anda inginkan untuk bola dipukul lalu
kembali ke posisi tengah untuk bersiap menghadapi pukulan berikutnya.

KEJOHANAN
TERBUKA PERANCIS

Perancis Terbuka (bahasa Perancis : Tournoi de Roland-Garros; Turnamen Roland


Garros ) adalah sebuah kejohanan tenis yang berlangsung selama dua minggu dari
pertengahan Mei hingga awal Juni di Paris , Perancis setiap tahun.
Pada tahun 1891 kejohanan ini menjadi kejohanan nasional. Pada tahun 1925 Terbuka
Perancis telah membuka penyertaan kepada peserta internasional dan diadakan di
lapangan rumput di Racing Club de France dan Stade Franais. Untuk Piala Davis
challenge tahun 1928 , sebuah stadium tenis baru dibangun di Porte dAuteuil.
Dinamakan berdasarkan pahlawan Perang Dunia I , Stadion Roland Garros , dan Court
Philippe Chatrier yang baru dibina dengan permukaan tanah liat .
Tanah liat melambatkan bola dan menyebabkan bola memantul sangat tinggi jika
dibandingkan dengan permukaan rumput atau permukaan keras. Spesialis tanah liat mulai
berjaya dan terkenal di kejohanan ini sedangkan banyak pemain tenis dengan ranking
tinggi menghadapi kesulitan untuk menyesuaikan diri di permukaan ini. Pete Sampras ,
yang memenangi empat belas gelaran menjadi pemenang tunggal kejohanan Grand
Slam, tidak pernah memenangi Terbuka Perancis. Manakala bagi pemain wanita, Terbuka
Perancis adalah gelaran yang menyebabkan pemain tenis seperti Lindsay Davenport dan
Martina Hingis tidak memenangi Grand Slam.
Pada tahun 1968 , kejohanan ini menjadi kejohanan Grand Slam pertama yang menjadi
terbuka, yang mana baik pemain amatur mahupun profesional dapat turut serta.Pada
Maret 2007, diumumkan bahwa Perancis Terbuka akan memberikan hadiah wang yang
sama baik bagi pemain lelaki mahupun wanita.
KEJOHANAN TERBUKA AUSTRALIA

Terbuka australia
diperkenalkan sejak
abad ke-20.
kejohananan ini
pertama sekali
dimulakan pada
tahun 1905 di Cricket
Ground Warehouseman dalam St Kilda Road, Melbourne, dan ditadbir oleh Tennis
Australia, yang dahulunya dikenali sebagai Lawn Tennis Association of Australia
(LTAA). pada mulanya kejohanan ini dikenali sebagai Australian Championship dan
kemudiannya diubah menjadi Terbuka Australia dan ianya dikenali sehinggan ke hari ini.
pada permulaan kejohanan ini diperkenalkan, tidak ramai pemain asing yang mengambil
bahagian disebabkan tiadanya kemudahan pengangkutan udara antara bandar pada masa

itu. pada tahun 1960 barulah ramai pemain-pemain asing yang mengambil bahagian. oleh
sebab itu LTAA telah memutuskan untuk memindahkan venue kejohanan ini ke Park
Flinder yang terlertak bersebelahan dengan Melbourne Cricket Grounddan.
kejohanan ini pada mulanya dipertandingkan diatas permukaan rumput iaitu pada tahun
1905 sehingga 1987 dan pada tahun 1988 sehinnga kini ianya telah ditukar kepada
permukaan keras.

KEJOHANAN WIMBLEDON

Kejohanan Wimbledon
adalah satu kejohanan tenis
terkemuka yang
dilansungkan sekitar dua
minggu pada bulan Jun atau
Julai. kejohanan ini
dipertandingkan diatas
permukaan gelanggang rumput dan merupakan salah satu empat kejohanan terbesar
dalam tenis. dilaksanakan pada tahun 1877 oleh All England Lawn Tennis and Corquet di
wimbledon London. pada mulanya hanya perseorangan lelaki sahaja dipertandingkan,
namun pada tahun1884 perseorangan lelaki dan wanita mula dipertandingkan seperti
pertandingan grand slam yang lain. Wimbledon hanya disertai pemain-pemain terkenal
hingga era terbuka diperkenalkan pada tahun 1968. Gelanggang utamanya Centre Court
dibuka pada 1922 dan mempunyai kapasiti 14 000 orang penonton. Gelanggang lain
ketika ini ialah Court no 1 dibina pada 1977 untuk menggantikan Court no 1 yang lama
dan kapasitinya 11 000 orang penonton. manakala gelanggang yang lain adalah Court no
2 ataupun lebih dikenali sebagai gelanggang neraka bagi para pemain kerana ramai
pemain tenis terkenal tersingkir awal di gelanggang ini dan kapasitinya

Anda mungkin juga menyukai