Anda di halaman 1dari 2

OBJEKTIF DAN PRINSIP ASAS DALAM ISLAM

Prinsip didefinisikan sebagai asas atau dasar yang menjadi pokok kepada sesuatu
tindakan atau pelaksanaan. Manakala prinsip dalam pengurusan islam bertindak
sebagai selaku landasan dalam melaksanakan kegiatan pentadbiran atau
pengurusan untuk mencapai matlamat yang telah dirancang dan ditetapkan oleh
organisasi.

Menurut tokoh Rashid et al. (2008), pengurusan islam membawa daripada


terjemahan "Kerajaan Islam" atau kata lainnya "Pemerintahan Islam". Prinsip
sesebuah negara islam melibatkan prinsip-prinsip berikut. Antaranya ialah :

1. Al-Ubudiyyah
Al-Ubudiyyah adalah prinsip organisasi yang berkaitan dengan matlamat serta
fungsi utama manusia sebagai hamba Allah. Prinsip ini merujuk kepada sifat
pengabdian diri seseorang insan dengan setelusnya hanya kepada maha
penciptanya iaitu Allah Swt. Pandangan islam terhadap ketuhanan adalah
berasaskan konsep ibadat kepada Allah dengan melakukan peranannyakepada
keimanan yang mutlak kepada Allah. Prinsip ini juga bererti setiap muslim perlulah
melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan segala larangannya,

2. Al-Syura
Al-Syura adalah prinsip pengurusan islam yang kedua. Al-Syura membawa erti
muzakarah atau musyawarah yang juga merupakan unsur penting dalam kehidupan
seharian. Syura juga dapat mengelakkan kekeliruan dan ketidakfahaman kerana
sesuatu perkara itu dibincangkan dengan teliti dan melibatkan jumlah ahli majlis
yang agak ramai. Al-Syura juga amat penting dalam pengurusan maka mereka yang
ingin menjadi ahlinya perlulah memiliki sifat dan akhlak yang baik seperti jujur,
bertaqwa, bijaksana, berpandangan jauh, tidak melakukan kezaliman, adil, berilmu
dan sabar menjalankan tugasan. Fungsi Al-Syura juga adalah menggubal peraturan
organisasi, meluluskan program kewangan, meluluskan kontrak dan berkuasa
mengisytiharkan darurat organisasi.

3. Al-Hurriyah
Al-Hurriyah merupakan kebebasan. Kebebsan adalah salah satu prinsip pengurusan
islam. Islam menentang sebarang bentuk perhambaan tanpa sebarang alasan
kecuali perhambaan kepada maha pencipta iaitu Allah Swt. Islam menjamin
kebebasan manusia dari aspek kemanusiaan, Antaranya ialah Kebebasan
beragama, bersuara, berfikir, menuntut ilmu dan juga bergerak. Kebebasan islam
dalam sesebuah organisasi ialah kebebasan yang menunjukkan penghargaan islam
terhadap hak yang dimiliki individu selagi ia tidak melanggar batasan islam.

4. Al-Musawah
Al-Musawah atau kata lainnya persamaan merupakan prinsip-prinsip pengurusan
dalam islam. Persamaan ini berkaitan manusia berasal daripada keturunan yang
satu iaitu berasal daripada keturunan Nabi Adam a.s. Antara perkara yang
membezakan manusia sesama manusia hanyalah amalan seseorang. Al-Musawah
juga adalah sebagai prinsip pengurusan islam yang melambangkan kesejagatan
islam. Pendekatan islam berlandaskan dasar persamaan yang dalam konteks
organisasi semuanya diberikan kedudukan sama rata untuk berkhidmat dan
menyumbangkan usaha memajukan sesebuah organisasi.

5. Al-Adalah
Al-Adalah ialah agama yang mementingkan keadilan. Keadilan juga di dalam
penguran islam membawa erti hak, iaitu pemberian hak kepada orang yang lebih
berhak. Keadilan dapat dimaksudkan lagi dengan bercakap benar, jujur, amanah
serta menjauhi perkara yang dilarang. Dalam pengurusan organisasi keadilan
adalah segala bentuk amalan pengurusan yang dilaksanakan dengan melibatkan
perkara tersebut. Antaranya ialah keadilan haruslah dilaksanakan dalam
menjatuhkan sesuatu hukuman bukan berdasarkan pilih kasih dan keadilan juga
diamalkan dalam proses pemilihan pekerja.

Anda mungkin juga menyukai