Anda di halaman 1dari 2

Majlis Agama Islam Negeri Sembilan lwn Nyonya Tahir

a). Seorang perempuan Melayu bernama Nyonya bt. Tahir k.p. 0203418 Tarikh
Lahir 1918, berumur 68 tahun. Sekarang tinggal di Kampung Ulu Sungai Buluh,
Alor Gajah bersama lelaki Cina Chiang Meng sudah 50 tahun lamanya.
b). Sejak dari kecil lagi dipelihara oleh neneknya ( tidak ingat nama ) bangsa
Melayu berkahwin dengan Mualaf Cina keturunan Hailam. Ia tinggal bersama
dengan datuknya ( Mualaf Cina ) sejak dari kecil lagi dengan mendapat asuhan
dan didikan secara Cina. Emaknya bangsa melayu bernama Nior, telah
meninggal.
c). Berkahwin dengan lelaki Cina pada tahun 1936 dalam usia 18 tahun dengan
persetujuan datuknya. Suaminya bernama Chiang Meng KP 0203417, tarikh lahir
1909, mendapat 13 orang anak, sejak berkahwin dengan lelaki Cina itu, ia hidup
secara Cina, menyembah Tok Kong dan makan babi. Lelaki Cina itu tidak pernah
memeluk Agama Islam. Hubungan mereka berdua suami isteri berkekalan hingga
ke hari ini.
(d) Nyonya bt. Tahir tidak ada niat hendak kembali kepada Islam dan telah
membuat pengakuan akan terus hidup secara Cina dan jika mati mahu ditanam
secara orang Cina. Kad Pengenalannya adalah nama Melayu Nyonya binti Tahir
No. 0203418.
Terdahulu daripada itu, pihak Peguam Plaintif-plaintif telah memohon untuk
dipanggil beberapa saksi , yang terdiri daripada anak-anak si mati, yang mana
boleh membantu Mahkamah ini, dalam penentuan status si mati , ibu mereka.
Anak lelaki bongsu si mati , Chiang Ah Fatt , telah memberikan keterangan
bahawa , sejak mereka masih kecil lagi, ibu mereka adalah seorang pemelok
agama Buddha. Si mati tidak pernah mengamal cara hidupnya sebagai seorang
Islam, tetapi mengamalkan cara hidup agama Buddha dan bersembahyang
secara agama Buddha. S
Melalui saksi ini , beberapa keping gambar telah dikemukakan :
1. Gambar-gambar perkahwinan kakak-kakaknya ( saksi ) , gambar perkahwinan
saksi, hadir bersama ibu ( si mati ).
2. Gambar-gambar keluarga, di meja minum, terdapat dua botol minuman
( dipercayai arak ) di atas meja.
3. Gambar altar di dalam rumah, , yang diduduki oleh saksi bersama ibu mereka (
si mati ). Kelihatan seperti tempat sembahyang cina buddha dan colok.
4. Gambar keluarga di hadapan hidangan meja makan, turut bersama gambar ibu
saksi ( si mati ).
5. 2 keping gambar di kawasan perkuburan bapa saksi. Kelihatan satu lubang
kubur besar yang telah siap digali ( reserved ) untuk dikebumikan ibu saksi ( si
mati ). Saksi ini memberitahui bahawa ibunya berpesan bahawa apabila ia mati

kelak hendaklah dikebumikan secara agama Buddha, disemadikan di sebelah


kubur suaminya, yang telah lama disediakan.
Seterusnya saksi menyatakan bahawa tempat kubur itu mendapat persetujuan
daripada ibunya dahulu. Ibunya tidak mengamalkan apa-apa amalan yang
merujuk kepada agama Islam. Ibunya juga mempunyai nama cinanya iaitu Wong
Ah Kin, tetapi tidak sempat untuk didaftarkan walaupun pernah cuba untuk
berbuat demikian.

2. Murtad boleh berlaku dengan penuturan perkataan yang menunjukkan


kekufurannya ; si mati , Nyonya binti Tahir ;
a. menyatakan melalui Surat Akuannya , ... Oleh sebab itu saya tidak berniat untuk
kembali kepada agama Islam dan di sini saya ingin membuat pengakuan bahawa saya
telah keluar dari agama Islam dan saya akan terus hidup secara orang Cina dan jika
saya mati hendaklah dikebumikan secara tradisi orang Cina.
b. Melalui lapuran P4 ; Pada pandangan zahirnya bahawa Nyonya bt. Tahir ini tidak akan
kembali kepada Islam kerana ia telah lama hidup secara orang Cina dan sejak dari kecil
lagi nia dibesarkan oleh datuknya mualaf Cina dengan cara hidup orang Cina dan
terasing dari masyarakat Melayu. Sekarang ia tinggal dengan suaminya di tempat yang
terpencil dan berjauhan dari masyarakat melayu. Di dalam rumahnya terdapat Tekong
Cina dan ia mengaku bahawa ia menyembah tekong itu. Semua anak-anaknya
berkahwin dengan orang Cina.
Suka saya menarik perhatian bahawa seseorang itu boleh terkeluar daripada Islam atau
menjadi murtad walaupun hanya melakukan salah satu daripada tiga cara berkenaan ,
iaitu samada melalui perbuatan, pertuturan atau iktikad ( kepercayan di dalam hati ).
Berdasarkan kepada keadaan-keadaan di atas juga, saya pasti bahawa si mati, Nyonya
binti Tahir, adalah seorang berakal waras semasa hidupnya dan melakukan perbuatan
dan percakapan di atas secara sukarela dan pilihannya sendiri tanpa sebarang paksaan,
sehinggalah kepada saat kematiannya.
KEPUTUSAN :
1. Si mati Nyonya binti Tahir , adalah bukan beragama Islam semasa kematian.
2. Mahkamah membenarkan ahli-ahli
pengkebumian mayat berkenaan.

waris

si

mati

untuk

menguruskan

3. Mahkamah mengarahkan Hospital Daerah Tampin menyerahkan mayat kepada


ahli waris si mati.

Anda mungkin juga menyukai