Anda di halaman 1dari 1

Petikan Rencana - Alam Sekitar Bebas Beg

Plastik
Melestari alam bebas beg plastik
Oleh IRFAN MOHAMAD
SABAN tahun, kita tidak pernah ketinggalan daripada menjadi sebahagian mereka yang menyambut
Hari Alam Sekitar Sedunia.
Pada tahun ini, acara tersebut telah diadakan di Zoo Negara pada 22 Jun 2008 dan ia dijayakan
dengan pelbagai aktiviti yang begitu menarik dan mendidik terutamanya bagi mereka yang
menyertainya.
Tema perayaan pada tahun ini ialah 'Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama'.
Tanpa tema dan perayaan tahunan tersebut pun sewajarnya kita sebagai penduduk bumi yang bakal
mewariskan alam ini kepada generasi yang akan datang perlu memikirkan perkara ini secara lebih
serius. Langkah seumpama itu penting untuk menjadikan setiap sambutan bukan sekadar retorik.
Salah satu perkara yang telah lama menjadi isu di kalangan masyarakat ialah penggunaan beg
plastik yang kian meningkat.
Perkembangan itu adalah selari dengan kepesatan pembangunan yang menjurus ke arah kehidupan
moden banyak bergantung kepada bahan berunsurkan plastik.
Sememangnya untuk keluar dari dunia plastik sepenuhnya adalah suatu yang boleh dikatakan
mustahil, terutama bagi kita yang sudah terbiasa dan terdidik dengan budaya plastik. Namun usaha
untuk mengurangkan penggunaan amat penting.
Semua orang tahu akan kesan dan akibat penggunaan beg plastik secara berleluasa. Walaupun
memperolehnya secara percuma, menggunakannya secara sementara dan membuangnya amatlah
mudah dengan pelbagai cara, namun tangisan bumi yang sengsara dan alam yang menderita amat
jauh untuk didengari dan dihayati oleh pancaindera kita yang lima.
Berita penciptaan plastik mudah terurai oleh Pensyarah Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan
Sumber Mineral Universiti Sains Malaysia, Profesor Hanafi Ibrahim pastinya suatu yang ditunggutunggu oleh segenap lapisan makhluk di muka bumi ini baik manusia, haiwan dan tumbuhtumbuhan serta sumber-sumber alam yang tidak bernyawa sekali pun.
Selain dihasilkan dengan menggunakan kos yang rendah, produk itu juga boleh dikitar semula.
Sama-samalah kita mendoakan agar penciptaan yang pertama seumpamanya ini dapat segera
diterjemahkan ke dalam penggunaan dalam kehidupan seharian dan kesannya akan dapat dinikmati
oleh masyarakat Malaysia dan dunia amnya. Ia seharusnya menjadi suatu misi sejagat yang
memerlukan penglibatan semua.
Beberapa cadangan yang begitu efektif untuk dilaksanakan telah diutarakan.

Anda mungkin juga menyukai