Anda di halaman 1dari 6

PENGENALAN

Permainan ini dikenali baling tin kerana bahan asas permainan ini adalah tin. Oleh
itu permaianan ini dikenali sebagai baling tin. Di sesetengah kawasan dikenali
sebagai baling pot atau lecut pot. Permainan baling tin hanya mula diperkenalkan
pada awal tahun 1950-an dan terus popular hingga pertengahan tahun 1970-an.
Dari segi pengamalan, kebanyakan masyarakat Melayu dan Cina yang gemar
memainkannya. Lazimnya permainan ini dimainkan di kawasan kampung yang
kekurangan hiburan. Permainan baling tin memerlukan kemahiran,ketangkasan dan
kebijaksanaan untuk memenangi sesuatu permainan tersebut. Selain itu permainan
ini juga memerlukan kerjasama yang erat antara pemain dalam sesuatu pasukan.
ASAL-USUL
Asal-usul permainan ini tidak dapat dipastikan kerana telah sedia dimainkan di
Negara inisejak dahulu lagi. Namun begitu permainan ini terus berkembang ke
seluruh Tanah Melayu dan dimainkan oleh pelbagai kaum. Jika dahulu
kebanyakkan kanak-kanak menggunakan tin susu yang telah terbuang sebagai
bahan asas, tetapi kini terdapat kanak-kanak yang menggunakan barangan plastic
dan sebagainya.
ALAT PERMAINAN
1.Tin-tin kosong.
Tin-tin kosong ini harus dibersihkan dan ipastikan mana-mana bahagianyang
tajam diratakan supaya tidak mendatangkan bahaya kepada pemain.
Biasanya sepuluh tin kosong diperlukan. Tin-tin tersebut hendaklah disusun
secara bertingkat. Di bahagian bawah perlu diletakkan sebanyak empat buah
tin. Tingkat kedua perlu diletakkan tiga buah tin dan diikuti dua tin pada
tingkat ketiga dan satu di bahagian atas. Ada juga bilangan tin ditambah
untuk menjadikan permainan ini lebih mencabar. Tin-tin yang telah disusun
inilah yang akan dijadikan sasaran para pemain.Adalah lebih menarik
sekiranya tin-tin tersebut dicat dengan warna yang terang supaya
memudahkan pemain melihat dengan nyata susunan tersebut. Warna yang
berbezatidak digalakkan kerana boleh mengelirukan pemain.
2. Bola
Bola hendaklah bersaiz lebih kurangtiga tau empat inci pada garis pusatnya. Walaupun hanya
sebiji bola yang akan digunakan dalam permainan ini, bola simpanan diperlukan sekiranya bola

pecah atau bocor. Biasanya bola yang berwarna terang digunakan bagi memudahkan pemain
melihatnya.
Selipar atau kertas gumpalan juga digunakan sebagai bola. Selipar lebih menarik
kerana semasa membaling atua melecut bola tin, selipar akan melayang dan hanya
boleh mengenai bahagiantin sahaja. Gumpalan kertas dibalit dengan plastic yang
kemudiannya diikat dengan tali supaya gumpalan kertas tidak terurai. Bola kertas ini
digunakan kerana ia tidak menyakitkan apabila dibaling kepada pemain.
KAEDAH PENGHASILAN
Oleh kerana permainan ini adalah mudah, hanya sebilangan tin-tin susu yang
terbuang sahaja diperlukan. Tin-tin susu yang dijumpai di merata-rata tempat akan
dikumpulkan. Tin-tin yang kemek akan dibaiki dan tin yang yang mempunyai
bahagian tajam juga akan diketuk ke dalam supaya tidak melukakan pemain.
Kemudian tin-tin tersebut akan dibasuh dan dicat supaya kelihatan menarik.
Lazimnya bilangan tin tersebut akan disusun dalam bentuk pyramid. Sekurangkurangnya sebanyak 10 uah tin yang akn digunakan. Namun begitu, semakin
banyak tin, semakin menarik permainan ini, di samping mencabar dan mengambil
masa yang lama untuk ditamatkan. Sekiranya pemain ingin menggunakan bola
yang diperbuat daripada gumpalan kertas, sejumlah kertas digenggan untuk
membentuk seperti sebiji bola. Kemudian bola tersebut dimasukkan ke dalam
sebuah plastik yang kemudian diikat dengan menggunakan tali. Cara ini lebih
mudah dihsilkan dan menjimatkan kos. Oleh itu, kanak-kanak yang tinggal di
kawasan kampung boleh memainkan permainan ini kerana ia mudah dihasilkan.
CARA BERMAIN

Sebelum memulakan sesuatu permainan baling tin, dua kumpulan perlu


dibentuk. Setiap kumpulan terdiri daripada sekurang-kurangnya dua pelontar.
Namun begitu jumlah pemain yang lebih ramai adalah lebih baik kerana
boleh memeriahkan permainan tersebut.

Setelah itu, dua kumpulan tersebut akan diundi sama ada menjadi penyerang
atau pelontar. Kumpulan pelontar akan bertindak sebgai pembaling,
manakala pemain pula adalah pasukan yang memulakan permainan
tersebut.


Undian boleh dilakukan dengan pelbagai cara, sama ada menggunakan duit
syiling atau wan tu zom. Undian ini akan dilakukan dengan adil supaya
mendapat persetujuan kedua-dua kumpulan.

Setelah itu, satu dua garisan yang lurus akan dibentuk secara bertentangan.
Garisan tersebut boleh dibuat secara bertentangan pada jarak lima meter.
Garisan pertama digunakan untuk garisan permulaan, manakala garisan
kedua pula digunakan untuk meletakkan tin-tib yang disusun dengan kemas.

Semua tin susu atau tin yang mempunyai bentuk dan saiz yang sama akan disusun. Susunan
tersebut harus disusun berhati-hati supaya tidak runtuh sebelum bermain.
Pihak pelontar akan memulakan permainan dengan berdiri di belakang
garisan pemula. Kemudian wakil daripada pelontar akan melontarkan bola
dengan berhati-hati untuk mengenai tin-tin yang paling atas.

Pihak penyerang pula bersedia di belakang susunan tin. Ini adalah penting supaya pihak
penyerang dapat menyerang kumpulan pemain sebai sahaja wakil pelontar menjatuhkan susunan
tin tersebut.

Sekiranya susunan tin jatuh akibat lontaran tersebut, pihak penyerang akan
merebut bola tersebut dengan tujuan membalingkan kepada pelontar atau
kumpulannya sebelum sempat melarikan diri. Sekirannya balingan pertama
tidak menjatuhkan bola, cubaan sebanyak dua kali akan diberikan. Jika tidak,
pihak penyerang akan menjadi pelontar dan pihak pelontar akan menjadi
penyerang.

Sebaik sahaja pelontar menjatuhkan tin yang disusun, kumpulan pelontar


kan melarikan diri untuk mengelakkan balingan daripada pihak penyerang.
Pada masa yang sama setiap pelontar harus bertindak atau mengambil

peluang untuk menyusun tin-tin yang berserakan. Namun begitu, bukan


mudah untuk menyusun tin-tin yang berserakan kerana terpaksa
mengelakkan daripada mengenai balingan bola oleh penyerang.

Aksi acah-mengacah harus dilakukan sama ada oleh pelontar penyerang.


Bahkan terdapat pelontar yang akan melarikan diri daripada mengelakan
dibaling oleh penyerang. Pada masa yang sama pelontar harus memastikan
penyerang mengejar untuk member peluang kepada ahlilain untuk menyusun
tin-tin tersebut.

Oleh itu semakin sedikit tin yang berserakan, semakin mudah pula untuk
disusun. Ini kerana tin susu yang jatuh tidak akan dikira mata. Oleh itu,
pelontar digalakkan menjatuhkan satu tin sahaja untuk memudahkan tin
disusun kelak.

Setiap pelontar harus bertanggungjawab memastikan tin-tin tersebut disusun


dengan pantas.

Jika pelontar Berjaya menyusun tin-tin itu sebelum mengenai balingan


daripada kumpulan penyerang, bermakna kumpulan pelontar akan mendapat
satu mata. Jika sebaliknya pula,pelontar dianggap mati tanpa sebarang mata
dan pihak penyerang akan memainkan permainan tersebut.

Sekiranya bola yang dilontar itu dapat disambut sebelum mencecah tanah, maka semua pelontar
kumpulan pelontar dikira mati. Oleh itu, wakil pemain daripada pihak pelontar harus membaling
dengan kuat supaya tidak dapat disambut oleh pihak penyerang.
Bagi permainan baling tin yang menggunakan selipar pula garisan pemula
dengan susunan tin adalah lebih dekat. Ini disebabkan tin tidak boleh
dibaling, sebaliknya dilayangkan ke udara untuk mengenai susunan tin.
Layangan yang baik hanya akan mengenai tin yang paling atas .Ini member
peluang yang lebih luas kepada pelontar untuk memenangi permainan ini.

KIRAAN MATA
Permainan ini dikira dengan kiraan padang. Kiraan padang bermaksud sekiranya
pihakpelontar berjaya menyusun susunan tin yang telah berserakan, bermakna
pasukan tersebut akan mendapat satu mata. Kemudian permainan ini akan
diteruskan lagi sehinggalah pasukan pelontar mengalami kamatian. Sekiranya
pemain bijak bermain, dalam satu permainan itu boleh mengutip banyak mata.
Namun apabila salah seorang pihak pelontar telah mengenai bola, permainan
tersebut terpaksa dibatalkan.
PEMAIN
Jumlah pemain dalam sesebuah pasukan harus sama banyaknya dengan pasukan
yang satu lagi. Kebiasaannya sesebuah pasukan terdiri daripada tiga hingga enam
orang. Tiada pengadil khusus digunakan untuk mengadili permainan baling tin.
Biasanya pemain sendiri yang menentukan perjalanan sesuatu permainan. Pemain
juga boleh terdiri daripada pelbagai jantina. Dari segi usia pula tiada batasan.
Namun permainan ini lebih popular dalam kalangan kanak-kanak yang berusia
sekitar enam hingga 12 tahun.
PERATURAN
I. Dua kumpulan diperlukan
Setiap kumpulan harus mempunyai pemain ekurang-kurangnya dua orang
dan jumlah tersebut mestilah sama.
III.Sekiranya pelontar kena cop atau baling sebelun sempat menyusun semula
tin-tin yang jatuh, akan dikira mati tanpa mendapat mata, dan seorang
pemain daripada kumpulannya pula akan melontar pula.
IV. Sekiranya bola yang dilontar kea rah susunan tin dapat disambut oleh
penyerang sebelum mencecah tanah, kesemua pemain dalam kumpulan
pelontar dianggap mati dan kumpulan penyerang pula dijadikan sebagai
pelontar.
V. Pemain daripada kumpulan penyerang hanya boleh membaling pemain
daripada pihak pelontar di bahagian kaki ke bawah sahaja untuk
mengelakkan kecederaan. Sekiranya bola yang dipebuat daripada gumpalan
kertas digunakan, bola tersebut boleh dibaling di mana-mana anggota badan
kecuali kepala.
VI.Setiap penyerang yang membawa bola untuk dibaling kepada pelontar juga
tidak boleh bersembunyi di sebalik pokok-pokok, rumah atau sebagainya
untuk memastikan pelontar dapat mengetahui kedudukan penyerang.

VII.Bola yang dibawa oleh penyerang untuk tujuan membaling pelontar juga
tidak boleh disembunyikan di dalam baju atau sebagainya.
VIII.Penyerang juga tidak boleh menjatuhkan tin-tin yang tidak berserakan atau
mengubah kedudukan tin-tin semasa permainan dimainkan.
IX. Acah-mengacah boleh dilakukan untuk memastikan kejayaan sesuatu
pasukan.
X.Setiap pemain daripada kumpulan yang sama akan bekerjasama untuk
memenangi permainan tersebut.
PERKARA YANG MEMBATALKAN

Setiap kumpulan harus mempunyai jumlah yang sama dan mempunyai


keseimbangan dari segi kekuatan atau kemahiran
Setiap pelontar harus membaling susunan sekurang-kurangnya tiga kali
daripada mengelakkan pembatalan.

Sekiranya bola dilontarkan ke susunan tin, tetapi mampu disambut oleh


penyerang dan kemudian jatuh ke tanah, pelontar akan dikita pemenang.

Susunan tin yang telah diubah, disepak atau diserakkan oleh penyerang
terutama selepas pelontar memulakan permainan akanterbatal dan pelontar
dikira pemenang.

Bola tidak boleh disorokkan ke dalam pakaian dan apabila ini berlaku,
permainan boleh dibatalkan atau pelontar masih boleh meneruskan
permainan walaupun telah mengenai balingan daripada pihak penyerang.
PADANG PERMAINAN
Permainan ini boleh dimainkan di mana-mana sahaja. Namun, kawasan yang
dipilih haruslah luas, lapang dan rata serta bebas daripada benda-benda yang
bahaya seperti objek-objek tajam. Garisan pembaling dengan tin adalah sekitar lima
meter. Garisan permulaan boleh dibentuk menggunakan garisan kaki, gurisan kayu
pada tanah dan sebagainya. Oleh itu, kawasan yang sekitar 10 x 10 meter perlu
bersih untuk memastikan bola terus mengenai tin-tin yangdisusun tanpa sekatan.
FUNGSI PERMAINAN
Membentuk semangat kerjasama antara pemain dalam menghasilkan
padang permainan. Padang pemainan dibentuk dengan cara lorekan yang

Anda mungkin juga menyukai