Anda di halaman 1dari 7

SIMULASI TERAPI SENI

Situasi :
Ali seorang murid tahun 2. Dia seorang yang pendiam dan suka melukis. Suatu hari, Ali
melukis dalam kelas Cikgu Wee semasa cikgu mengajar. Dia dirotan oleh Cikgu Wee dan
dia berasa sangat marah. Selepas itu, Ali yang tidak mengetahui cara yang betul untuk
melepaskan kemarahannya asyik memukul meja di dalam kelas dan Cikgu Wee terpaksa
menghantar dia jumpa dengan kaunselor. Kaunselor menjalankan sesi kaunseling dan
mengajar Ali cara untuk melepaskan kemarahan dengan betul.
Masalah Ali : Tidak mengetahui cara yang betul untuk melepaskan kemarahannya.
Persediaan awal :
Dua meja disediakan untuk diduduki oleh murid dan kaunselor semasa sesi
kaunseling dijalankan.
Satu meja dan dua kerusi disediakan untuk sesi terapi seni dijalankan. Murid
menggunakan meja dan kerusi untuk melukis manakala kaunselor duduk di
sebelah dia.
Alat-alat seni disediakan. Krayon, warna pensel, warna air, pen marker, kertas
pelbagai saiz dan jenis, gunting, gam.
Tahap Satu : Membina Hubungan
Kaunselor cuba membina hubungan dengan kliennya iaitu Ali. Oleh sebab Ali seorang
pendiam dan tidak banyak bercakap, kaunselor menggunakan terapi seni untuk
mengalakkan dia bercakap supaya mengetahui masalah Ali.
Kaunselor menyambut klien di pintu bilik dengan senyuman manis dan penampilan yang
mesra.
K

Hai, Ali. Sila masuk.

(Tidak melayan kaunselor dan masuk.)

Silakan duduk Ali.

(Duduk.)

Selamat pagi, Ali. Apa khabar?

(Diam... muka marah dan pandang bawah.)

(Senyum pada Ali) Pernahkah Ali menjalani kaunseling individu? Kerana ini

kali pertama cikgu jumpa dengan Ali di sini.


A

Tidak.

Okay tak apa, Ali jangan risau apa-apa. Saya akan terangkan secara ringkas

apa itu kaunseling. Boleh saya mulakan? (Meningkatkan aras kepercayaan klien)
A

Ya.

Kaunseling adalah satu perjumpaan bersemuka antara guru bimbingan dan

kaunseling, dan seorang atau beberapa orang kanak-kanak. Sesi kaunseling biasanya akan
mengambil masa antara 20-30 minit. Tetapi, ini bukan bermaksud bahawa apa kita
bincangkan akan selesai dalam satu sesi. Jika difikirkan perlu, sesi boleh dilanjutkan
sehingga beberapa sesi. Yang penting Ali akan mengambil bahagian yang aktif dengan
berkongsi perkara yang ingin diatasi. Saya sedia mendengar dan membantu Ali untuk
mencapai matlamat Ali. Juga saya ingin menegaskan bahawa apa yang diperkatakan dalam
sesi ini akan dirahsiakan, melainkan jika perkara itu mendatangkan bahaya kepada Ali
sendiri atau orang lain. Adakah Ali jelas? Bolehkah kita mulakan sesi sekarang?
(Penstrukturan)
A

Ya, faham.

Kalau begitu, adakah Ali sudah bersedia bagi memulakan sesi ini? (Soalan

tertutup)
A

Ya.

Emmm... dari segi gaya dan raut wajah Ali, saya dapat rasakan Ali ada

sesuatu yang dipendamkan. Apakah yang menganggu fikiran Ali sebenarnya? (Soalan
terbuka)
A

(Diam... dan pandang bawah.)

Saya pernah dengar Ali suka melukis, adakah ini betul atau tidak? ( Soalan

tertutup)
A

Ya, cikgu.

Beginilah Ali, cikgu mempunyai beberapa alat seni di atas meja sana.

Bolehkah kamu melukiskan potret diri dan tunjuk kepada cikgu? (Memberi alternatif)
A

Boleh cikgu.

Kaunselor membawa Ali ke meja. Ali memilih alat seni yang dan mula melukis. Kaunselor
mengunggu Ali menghasilkan potret sendiri. Semasa menunggu, kaunselor memerhatikan
tingkah laku Ali.
(Siap lukis.)

Tahap Dua : Penerokaan


Kaunselor mengenalpasti masalah Ali iaitu ingin melepaskan kemarahannya tetapi
melakukan dengan cara yang salah. Pada tahap ini kaunselor membantu Ali dengan
menumpukan perhatian terhadap meneroka, memahami, menganalisis persepsi tentang diri
dan persepsi klien berkenaan dengan masalahnya.
K

(Menelitikan lukisan Ali) Wah, cantiknya potret yang dilukis oleh Ali walaupun

baru tahun 2. Nampaknya Ali betul-betul suka melukis. Adakah Ali selalu melukis? ( Memberi
dorongan & Mesra & meningkatkan aras kepercayaan klien)
A

Terima kasih cikgu. Ya saya sangat suka melukis dan selalu melukis pada

masa lapang.
K

Oh, tetapi kenapa muka Ali merah dalam lukisan? Muka sebenar Ali tidak

merah pun. (minta penjelasan)


A

Saya berasa marah.

Kenapa Ali marah? (minta penjelasan)

(Diam)

Apakah yang kamu tulis di bawah sana? Kenapa hitamkan lagi? (minta

penjelasan)
A

(Diam)

Tak apa. Ali, boleh cikgu tengok tangan Ali?

(Hulur tangan.)

Saya tengok tangan Ali sama size saja, kenapa dalam lukisan berbeza? Ada

garisan merah lagi. (minta penjelasan)


A

Itu tangan sakit.

Kenapa sakit?

Cikgu rotan.

Siapakah cikgu?

Cikgu......... Wee.

Bolehkah Ali cerita sedikit kenapa Ali kena rotan oleh Cikgu Wee?

Kerana saya melukis semasa Cikgu Wee mengajar dalam kelas.

Adakah kamu tahu perbuatan itu salah? (Soalan tertutup)

Ya, saya tahu. Tetapi saya berasa sangat bosan dan berniat nak melukis!

Oh, jadi itu tulisan yang dihitamkan ialah nama Cikgu Wee kah? (Soalan

tertutup)
A

(Angguk kepala.)

Sekarang tangan masih sakit?

Sudah tidak sakit. Tadi sangat sakit.

Jadi yang tangan lagi satu ada benda apa?

Itu api.

Adakah kamu rasa sangat marah?

Ya cikgu. Saya mahu melepaskan kemarahan saya.

Jadi macam mana kamu melepaskan kemarahan kamu?

Saya memukul meja saya!

Dengan kata lain, kamu berasa sangat marah kerana Cikgu Wee merotan

kamu, dan kamu ingin melepaskan kemarahan kamu. (Merumus kecil)


A

Tahap tiga :

Ya cikgu.
Membuat keputusan

Kaunselor membantu Ali mengenal pasti masalahnya. Kaunselor memberi perhatian yang
sepenuhnya kepada penceritaan Ali supaya dapat menentukan masalah utama Ali.
K

Ali rasa Ali tahu apa yang kamu mau lakukan?

Ya.

Jadi di sini, apakah yang sebenar Ali mahukah sebenarnya?

Saya ingin mengetahui cara yang berkesan untuk melepaskan kemarahan

Oh, ini yang Ali inginkan. Sebelum ini, jika kamu berasa marah, apa akan

saya.
K

kamu buat? Soalan Terbuka *pola sejarah


A

Semasa saya berasa marah saya akan memukul meja atau kerusi dalam

kelas. Kadang kala saya juga akan membuang barang-barang yang berdekatan dengan
saya. Semasa saya buat demikian, kawan saya akan takut dan jauh dengan saya. Jika saya
di rumah, saya akan menjerit dengan kuat supaya kemarahan itu akan hilang.
K

Selepas kamu membuat demikian apakah perasaan kamu? (Menyemak

Presepsi)
A

Saya berasa macam lebih marah.

Nampaknya cara Ali macam tidak begitu berkesan. Apabila kamu bersedia,

kita akan bermula dengan melihat sejauh manakah usaha kamu untuk menyelesaikan
masalah kamu. (Mentafsir)
A

Ehmmm... Cikgu saya rasa saya besedia belajar cara yang berkesan untuk

melepaskan kemarahan.

Okay Ali. Hari ini cikgu mengajar Ali satu cara untuk melepaskan kemarahan,

mau atau tidak?


A

Mau!

Tahap Empat :

Pelaksanaan

Kaunselor pada tahap ini berusahan menurunkan aras kerisauan Ali dan tolong
menyelesaikan masalahnya. Kaunselor pun menjalankan terapi seni untuk membantu Ali
mengawal perasaan emosi kemarahannya dengan menggunakan cara Bola Kertas.
Kaunselor memberi satu kertas A4 kepada Ali dan sendiri memegang satu juga.
K

Sekarang, Ali mengemekkan kertas ini sehingga bola kertas kecil. (Kaunselor

memberi masa kepada klien untuk memastikan kertas itu dikemek sebanyak mungkin. Ini
akan membantu klien mengawal kemarahan mereka.)
A

(Berusaha melepaskan perasaan tidak puas hati terhadap kertas tersebut.)

(Kertas tersebut menjadi sebiji bola kertas yang kemek).


K

Baiklah, sekarang kamu sudah lepaskan geram kamu terhadap kertas ini,

adakah kamu ingin cuba satu cara untuk mengubah ketidakpuasan ini kepada sesuatu yang
cantik dan menenangkan? (Soalan Tertutup)
A

Mmm..mmmmboleh cubalah, saya pun tidak tahu.

Kalau macam tu, cuba kamu buka kertas tersebut kepada asal dan cuba

untuk mewarnakan kertas ini mengikut kedutan yang dapat dilihat diatas kertas.
A

Okay cikgu. (Mula mewarna)

(Memerhatikan tingkah laku dan perubahan perasaan pada murid tersebut.)

(Siap mewarna)
K

Wah, cantiknya karya kamu ni.

Terima kasih cikgu.

Saya mendapati kamu mulakan pewarnaan dengan warna merah dahulu,

apakah perasaan kamu semasa melukis warna tersebut? (Soalan terbuka)


A

Ehrmmm sikit tidak puas hati dan sikit geram terhadap hukuman guru.

Tetapi selepas itu, mengapa kamu telah menggunakan warna jingga dan

diteruskan dengan warna yang lebih cerah seperti warna biru terang. (Minta penjelasan)
A

errrrSemasa melukis, saya imbas kembali keadaan yang telah berlaku

dan sebab... saya dihukum( suara yang semakin rendah) (mendengar secara aktif)

Ya teruskan~(Dorongan minima)

Saya mendapati bahawa... mungkin saya sendiri yang... (teragu-ragu)

Ya mungkin apa ?? (Dorongan minima)

Mungkin saya yang salah kerana saya melukis semasa Cikgu Wee mengajar.

Apakah pandangan kamu terhadap ini? Melukis semasa cikgu mengajar?

(soalan terbuka)
A

Tidak patut dan macam tidak menghormati cikgu. Selain itu, saya juga tidak

patut menimbul perasaan marah terhadap hukuman ini. Saya ingin minta maaf dengan
Cikgu Wee.
K

Nampaknya kamu pun tidak marah lagi kan? ( Menyemak persepsi)

Ya cikgu. Selepas mewarna kertas bola itu, saya berasa sangat tenang dan

selesa.
Tahap Lima : Menamatkan sesi kaunseling
Kaunselor membuat rumusan apa yang berlaku dalam sesi kaunseling ini dan kesannya.
Membuat rumusan tentang perkembangan proses dari awal sehingga akhir sesi. Merancang
tentang perkembangan Ali selepas sesi kaunseling tamat.
K

Berdasarkan apa yang telah kamu ceritakan dalam sesi ini, saya dapati

awalnya kamu berasa sangat marah kerana Cikgu Wee merotan kamu atas sebab kamu
melukis semasa beliau mengajar. Kamu pun tidak tahu cara yang betul untuk melepaskan
kemarahan kamu. Baru tadi kamu sudah pun belajar satu cara yang berkesan iaitu Bola
Kertas. Sekarang kamu tidak lagi berasa marah dan juga menyesal terhadap perbuatan
kamu. (Merumus)
A

Ya cikgu. Terima kasih cikgu kerana membantu saya dalam pengawalan

emosi saya iaitu kemarahan saya. Saya berasa cara ini sangat berkesan kepada saya dan
saya suka cara ini. Pada masa yang akan datang, jika saya berasa marah saya akan
menggunakan cara ini selain daripada memukul meja atau kerusi.
K

Bagus! Nampaknya masalah kamu pun diselesaikan. Harap kamu dapat

mengawal perasaan kamu dengan baik. (Parafrasa) Adakah Ali selesa jika kita berhenti di
sini?
A

Ya cikgu. Saya akan cuba tidak senang marah.

Okay, semoga kamu berjaya. Sesi kaunseling akan tamat di sini. Jika kamu

menghadapi sebarang masalah tentang pengawalan perasaan kamu, kamu boleh datang ke
bilik kaunseling dan jumpa dengan saya.
A

Okay cikgu. Terima kasih cikgu atas bantuan kamu!

Sama-sama.

KESIMPULAN
Dalam kaunseling ini, kaunselor menggunakan terapi seni membantu Ali menyelesaikan
masalahnya iaitu tidak mengetahui cara yang betul untuk melepaskan kemarahan.
Kaunselor menggunakan beberapa kemahiran asas kaunseling untuk melicinkan proses
kaunseling dan juga menggunakan strategi melukis potret sebagai alat diagnosis, misal kata
kaunselor mengintepretasi hasil karya lukisan Ali untuk mengenalpastikan masalah Ali.
Contohnya, muka diwarnakan merah yang melambangkan kemarahan, size tangan kiri lebih
besar yang mewakili tangan bermasalah, tangan kanan mempunyai api yang menunjukkan
Ali ingin melepaskan kemarahan, nama guru diconteng menunjukkan Ali tidak suka dengan
Cikgu Wee dan sebagainya. Selepas matlamat ditentukan, kaunselor juga memberi bantuan
kepada Ali dengan mengajar Ali cara Bola Kertas untuk mengawal perasaan emosinya dan
kemudian menukar kemarahan Ali menjadi satu hasil terapi seni yang cantik. Cara sangat
berkesan dan sesi kaunseling berjaya diakhir dengan bagus.

Anda mungkin juga menyukai