Anda di halaman 1dari 3

DRAMA Tiang Cengal Dinding Sayung

Baca petikan drama di bawah dengan teliti,kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
JIMAH: Emak dan bapa sekolahkan kamu sampai berjaya. Kami berharap, dengan ilmu yang
kamu ada, kamu akan jadi seorang insan yang baik. Macam adik kamu Sani. Dia budak baik.
Tidak suka susahkan orang. (Memandang ke arah SANI dan WAN. SANI tunduk sahaja) Emak
bapak tidak pandang duit ringgit anak-anak. Duit daki dunia. Tidak ke mana perginya. Orang
tua hanya mahukan perhatian, mahu kasih sayang daripada pengorbanan berpuluh-puluh
tahun membesarkan anak-anak. Jadikan kamu manusia berguna. (Sekali lagi cuba menahan
sebak di dadanya) Bapa kamu hilang di laut. Kamu semua sibuk dengan masalah kamu.
Pernah kamu terfikir macam mana seksanya kami sekolahkan kamu? Kadang-kadang kami
ikat perut supaya kamu cukup berbelanja. Kamu tahu? Kamu tahu berapa belanja untuk
besarkan kamu setiap orang? Huh, kalau hendak diukur dengan duit yang disusun, aku rasa
tinggi duit daripada kamu berdiri sekarang ini!
(Dipetik daripada drama Tiang Cengal Dinding Sayung oleh Suriani Mohd. Yusof
dalamDirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka.
(i)
Nyatakan
( 2 markah )

pengorbanan

Jimah

terhadap

anak-anaknya.

(ii)
Jika anda sebagai anak Jimah, apakah yang akan anda lakukan untuk
menunjukkan anda memberikan
perhatian kepada ibu anda?
( 3 markah )
(iii)
Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan dan satu persoalan
daripada drama tersebut.
( 4 markah )
CERPEN Hutan Rimba
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti,kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Mak Tua ialah gadis sungai yang Pak Tua kenali ketika Pak Tua menaiki kapal yang menyusuri
Sungai Kinabatangan menuju ke hulu membuka kem kayu balak. 40 tahun yang lalu Bandar
Sandakan dan daerah Kinabatangan hanya dihubungkan dengan pengangkutan sungai.
Lantas, gadis sungai yang sedang mandi-manda sambil membasuh pakaian di lanting
bersama dengan kawan-kawannya itu akhirnya membenihkan cinta pertama dalam hati Pak
Tua. Tepukan Pak Tua berbalas. Namun perkahwinan mereka mendapat tentangan daripada
keluarga Mak Tua. Alasannya kerana Pak Tua bukan orang peribumi. Pak Tua hanyalah
seorang perantau dari Negara jiran. Keluarga Mak Tua khuatir jika Mak Tua akan dibawa ke
Negara asal Pak Tua, tetapi Pak Tua memberi jaminan yang dia akan menetap di Sabah.
Berkat keluhuran budi Pak Tua dan sokongan ayah Mak Tua sebagai wali, akhirnya Pak Tua
berhasil memiliki Mak Tua. Mereka hidup bahagia. Apalagi setelah dikurnia empat orang
anak.
(Dipetik daripada cerpen Hutan Rimba oleh Sasjira dalam antologi Dirgahayu Bahasaku,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i)
2 markah )

Kenapa keluarga Mak Tua menentang perkahwinan Pak Tua dengan Mak Tua?

(ii)
Pada pendapat anda, kenapakah Mak Tua tertarik dan menerima cinta Pak Tua? (
3 markah )
(iii)
Huraikan dua nilai yang terdapat yang terdapat dalam petikan di atas.
( 4 markah )

Cadangan Jawapan Tiang Cengal Dinding Sayung


(i)
Jimah berkorban untuk membesarkan anak-anaknya selama
empat puluh tahun dengan berlapar atau mengikat perut supaya anakanaknya cukup belanja untuk ke sekolah. Selain daripada itu dia juga banyak
menghabiskan wang untuk membesarkan anak-anaknya.
(ii)
Jika saya sebagai anak Jimah, saya boleh memberikan perhatian
kepada ibu dengan memperuntukkan lebih masa bersama ibu di kampung.
Saya juga boleh meringankan kerja ibu di rumah dengen menyediakan
seorang pembantu rumah. Selain daripada itu saya boleh membawa ibu
pergi bercuti atau melancong untuk menenangkan perasaan ibu.
(iii)
Persoalan yang terdapat dalam petikan ialah persoalan
pengorbanan ibu bapa dalam membesarkan anak-anak. Mereka juga
berusaha untuk memberikan pendidikan terbaik kepada anak-anak sehingga
sanggup berlapar. Manakala persoalan yang terdapat dalam drama tersebut
ialah persoalan bencana alam yang mengorbankan nyawa dan harta benda.
Beberapa orang penduduk kampung terkorban dan hilang semasa tsunami
yang melanda kampung berkenaan,

Cadangan Jawapan Hutan Rimba


(i)
Keluarga Mak Tua menentang perkahwinan antara Pak Tua
dengan Mak Tua kerana Pak Tua bukan salah seorang daripada ahli
masyarakat tempatan. Mereka khuatir Pak Tua akan membawa Mak Tua ke
negara asal Pak Tua.
(ii)
Pada pendapat saya, Mak Tua tertarik kepada Pak Tua adalah
kerana Pak Tua mencintai Mak Tua dengan ikhlas. Selain daripada itu, Mak
Tua juga mungkin tertarik dengan ketabahan dan ketekunan Pak Tua bekerja
mencari rezeki untuk menyara hidup. Mak Tua juga mungkin tertarik dengan
ketampanan Pak Tua berbanding dengan pemuda tempatan di kampung itu.

(iii)
Nilai pertama yang dapat dikesan dalam petikan ialah nilai cinta
antara jejaka dan gadis. Jejaka itu adalah Pak Tua semasa empat puluh tahun
yang lampau telah jatuh cinta pandang pertama kepada Mak Tua yang
merupakan seorang gadis tempatan di Sabah. Manakala nilai yang kedua
yang dapat dikesan ialah nilai keikhlasan atau keluhuran budi. Nilai ini
terdapat pada diri Pak Tua sehingga ayah Mak Tua percaya dan menerimanya
sebagai menantu.

Anda mungkin juga menyukai