Anda di halaman 1dari 8

Adakah Kad Kredit Haram Dalam Islam.. ??

Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam, selawat dan salam buat Rasul junjugan
Nabi Muhammad SAW , pemimpin para duat dan Mujahidin yang telah sempurna
menyampaikan amanah dan risalah serta memberika ingatan dan berita baik
kepada seluruh manusia. Juga salam ke atas para ahli keluarga Baginda SAW, para
sahabatnya yang terpilih serta mujahidin/at dan muslimin/at yang menurut jalan
kebenaran Islam.
Penulisan ringkas dan padat ini akan menyentuh aspek berikut :1. Pengenalan ringkas jenis Kad Kredit utama yang terpakai di dunia
sekarang.
2. Hukum setiap urusniaga dan yg berkaitan dgn Kad Kredit.
Penulisan ini ditujukan khas bagi setiap pengguna kad kredit yg mengambil berat di
atas hal ehwal halal dan haram dalam urusannya dan kepada setiap insan yang
ingin menambah maklumat, bgmnpun penulisan ini dibuat dlm bentuk ringkas,
tanpa menuruti kaedah penulisan tesis ilmiah. Ia sekadar suatu bentuk artikel
separa ilmiah dituju pada umum dan diharap dpt menjelaskan mawqif(pendirian)
Islam terhdp kontrak yang kian polpular di kalangan msyrkt hari ini.
RINGKASAN MAKLUMAT DAN LATAR BELAKANG KAD KREDIT
1. Takrif Kad Kredit
Menurut Kamus Oxford : Ia adalah satu kad yang dikeluarkan oleh Bank
atau mana-mana pihak lain, yang mana ia memberi kemudahan kpd
pemegangnya utk memperolehi barang-barang keperluannya secara
tangguh bayaran(Hutang)
Hutang dari sudut syarak menurut takrifan Al-Qadhi Ibn Arabi Iaitu urusan
pemindahan (pertukaran) hak milik (secara jual beli atau seumpama
dgnnya), yang mana salah satu pihak secara tunai manakala pihak kedua
secara tangguh di atas tanggungannya (dgn masa yg ditetapkan atau
tidak)
Manakala Takrifan yang dikeluarkan oleh Ketetapan Majlis Kesatuan Fiqh
Islam Sedunia (Majma Fiqh Islami) bagi Kad Kredit adalah : Satu bentuk
penyata sandaran (penyata keterangan) yang diiktiraf, diberikan oleh
pengeluar kepada mana-mana individu atau pihak yg diiktiraf melalui
kontrak diantara kedua-dua belah pihak, ia membolehkan pemegangnya
membuat pembelian barangan atau khidmat2 dari semua pihak yang

mengiktiraf penyatan sandaran (kad Kredit) tadi, tanpa perlu membuat


pembayaran tunai (segara), kerana ia mengandungi jaminan pembayaran
dari pihak pengeluar.

2. Jenis Kad Kredit


Pembahagian jenis Kad Kredit berdasarakan cara-cara pelangsaian bilnya adalah
seperti berikut :
a) Kad Kredit Jenis (Charge Card)
Ia adalah kad kredit yang mewajibkan pemegangnya membayar bil
penggunaannya setiap bulan.
Antaranya jenisnya : American Express (Hijau), Diners Club.
Antara cirinya yang terpenting :1) Tidak disyaratkan pemegangnya membuka Akaun Simpanan di Bank
Pengeluar @ Pihak Pengeluar Kad. Juga tidak disyaratkan pemegang
mengemukakan apa jua Jaminan Tunai kpd Bank Pengeluar bagi
melangsaikan seluruh hutang2nya hasil penggunaan kad.
2) Pemegang kad diberi had tertentu (Credit Line), lalu ia boleh menikmati
seluruh hak hutang piutang (bayaran tangguh) dalam satu had tempoh
izin tangguh jangka pendek yg telah ditentukan, iaitu tempoh antara
waktu belian dan waktu wajib langsaian bil. Biasanya dalam 55-60 hari,
ketika itu, pemegang akan dibekalkan dgn penyata bulanan yang menyebut
transaksi urusniaga yang telah digunakan.
3) Jika pemegang lewat melangsaikan kos penggunaannya dari waktu yg
ditetapkan, maka pengeluar akan mengenakan penalty akibat lewat yang
telah ditetapkan di dalam kontrak perjanjian. Mungkin juga akan ditarik
balik kad dan dibuang dari keahlian dan sebginya.
4) Mungkin juga pemegang kad jenis ini perlu membayar yuran
permohonan sekali sahaja, dan juga yuran pembaharuan kad tahunan.

Kad Kredit Yang Menerima Pembaharuan Bil (Revolving


Credit Card)
b)

* Jenis ia adalah yang paling byk tersebar di seluruh dunia. Antaranya Visa Card,
Master Card, Diners Card, American Express Card.
Ia juga mempunyai byk ciri yang sama dgn yg pertama tadi cuma terdpt beberapa

perbezaan utama.
Pemegang Kad tidak wajib melangsaikan kos guna nya secara
keseluruhannya setelah mendapat penyata bil dari pengeluar dalam
tempoh izin yg diberikan, TETAPI DIBENARKAN UTK MEMBAYAR HANYA
NISBAH KECIL DARI BIL . Manakala bakinya, pemegang diberi pilihan
samada ingin melangsaikannya dalam tempoh izin yg diberi tersebut
ataupun dibiarkan bakinya lalu pihak pengeluar akan mengenakan faedah
daripada jumlah bil yg tertangguh ini.
Kad ini tidak mempunyai had tertinggi penggunaan. Ini bermakna
pemegang boleh berbelanja sbyk mana yg disukainya dan hanya perlu
membayar nisbah kecil dari bil, manakala bakinya boleh dibayar secara
bertangguh dgn dikenakan peratusan faedah.
Pemegang Kad boleh menggunakannya samada di dalam ataupun di luar
negara di mana2 shj asalkan pihak peniaga mengiktirafnya.
Ia mempunyai 3 jenis kebiasaannya : Kad emas, Kad Perak dan Kad Biasa.

HUKUM BERKAITAN DGN PENGGUNAAN KAD KREDIT


1. Kontrak dan Hubungan Antara Pengeluar, Pemegang dan Peniaga .
Secara amnya, jenis kontrak yang dibuat antara pemegang kad, Pengeluar
dan pihak ketiga adalah diktiraf di dalam Islam. Pandangan yang terkuat
di dalam hal ini adalah hubungan Al-Kafalah (Jaminan). Dimana Kafil
(adalah Penjamin-Pengeluar Kad), Makful (Yang dijamin- Pemegang Kad)
dan Makful lahu (Penjual). Semua ini adalah diiktiraf dan kontrak adalah
sah di sisi Islam. Kesannya, semua pembelian dibuat dgn kad ini, tiada lagi
hak tuntutan pembayaran dari peniaga kepada pemegang kad, kerana ia
telah terpindah kpd Pengeluar.
Maka tidak harus peniaga menuntutnya drpd Pemegang Kad. Demikian
pandangan Hasan Al-Basri, Ibn Sirin, Ibn Hazm dan Majoriti Fuqaha. Pndangan
mereka adalah berdasarkan kefahaman terhadap tiga buah hadith Nabi yang
diriwayatakn oleh Abu Daud, Tirmizi, Ahmad, Al-Baihaqi, Ad-Dar Qutni dll. Justeru
tulisan ini tidaklah ingin memanjangkan bicara tentangya.
2. Yuran Penyertaan, Pembaharuan dan Penukaran Kad
Hukumnya : HARUS, tiada masalah dari sudut syarak, ia dianggap sebagai
upah yang telah ditetapkan oleh pihak pengeluar terhdp khidmat yg
disediakannya. Juga HARUS jika terdpt perbezaan jumlah yuran khidmat
bergantng kpd perbezaan jenis khidmat. Tetapi dgn syarat jumlah kos
tersebut mestilah setara dgn khidmat sebenar yg diberikan..jika ia
melebihi kos khidmat sebenar, maka ia adalah Riba yang diharamkan.

Demikian keputusan dalam Qarar (ketetapan) dari Majma Fiqh Islami (Kesatuan
Ulama Fiqh Islam Sedunia) pada persidangnnya ke-3 , Okt 1986
3. Kos Tertentu Dari Peniaga kepada Bank Pengeluar
Adakalanya pihak Bank pengeluar Kad meletakkan syarat dlm kontraknya
dgn para peniaga sejumlah kos tertentu dalam bentuk peratusan yang
dipotong dari Bil Penjual (Peniaga), yang mana biasanya berlegar sekitar
2-5% atau 8 % dari jumlah Bil. (Lihat Jones , Sally A, The Law Relating to Credit
Cards, London, 1989 ,ms 14)
Hasilnya, apabila Peniaga membuat tuntutan kpd Bank Pengeluar, maka
Bank akan segera menunaikan bil (Pemegang Kad) iaitu setelah dipotong
jumlah kos yg disebut tadi. Kemudian pihak Bank akan menuntut kos asal
(tanpa potongan) hasil penggunaan kad daripada pemegang kad.
Hukumnya : Harus . Berdasarkan pendapat mazhab Hanafi yang sah.
Jumlah kos ini dikira hadiah kpd . (Rujuk Fatawa Hindiyyah, juga Fatawa AlBazaziyah, Al-Mabsut dll ), Terdapat ramai para Fuqaha (Ulama Fiqh)
mengganggap ia adalah upah wakil (Ujrah wakalah) kpd Bank krn menjadi
wakil bagi Peniaga dlm mempromosikan barangannya serta jaminan
wujudnya pelanggan. Ia juga boleh dianggap sbg Diskaun Khas dari
peniaga kpd pengeluar. Ada juga yg mengatakan ia sbg upah Broker (Ia adalah
pandangan Prof. Dr Rafiq Al-Misri).

Syarat Mewajibkan Pemegang Kad Membuka Akaun di


Bank Pengeluar.
3.

Bagi mereka yg ingin mendptkan kad, mereka disyaratkan menyimpan


sejumlah tertentu di dalam akaun bank pengeluar. Ia sbg bukti
pengiktirafan hak-haknya.
Hukumnya : Harus. Dalam Fiqh Islam, ia mengambil hukum Ar-Rahn
(Barang Gadaian).

Hadiah dan Jaminan Khas Bagi Pemegang Kad Emas


(Gold Card)
4.

Ia bertujuan utk menarik golongan menengah dan atasan bg menyertai


skim mereka. Maka utk tujuan itu, mrk menawarkan beberapa bentuk
hadiah dan skim Insuran Percuma dan Insuran Kemalangan Perjalanan.
Dalam program Hadiah Ahli (Membership Rewards), setiap US dolar hasil

penggunaan Kad Emas, pengguna akan mendapat satu mata. Dan mata ini akan
bertambah dan jumlah mata terkumpul tertentu akan membolehkan pengguna
menikmati program melancong percuma atau penginapan di hotel percuma, atau
diskaun di restoran2 dll. (Lihat : American Express Cards, an exclusive opportunity
for a select few)
Hukumnya :
1. Hadiah Insuran percuma : Hukum Insuran Konvensional telah diputuskan oleh
Sidang Majma Fiqh Islami yang pertama pd 1397 H, sebagai Haram krn
mengandungi unsur Riba,Gharar, Jahalah, Judi dll. Bgmnpun dalam konteks
ini, hukumnya berlainan kerana pemegang tidak membayar apa2 kpd
syarikat Insuran, oleh itu ia tidak terjebak di dalam hukum haram yg
diputuskan, malah ia dianggap sbg hadiah galakan shj dan hukumnya
adalah Harus. Ini adalah krn ia bukannya maksud kontrak tetapi hanya
tabi (perkara sampingan yang terhasil dr perjanjian). Telah diiktiraf dalam
Kaedah Fiqh bhw (Dimaafkan yg berlaku pd tawabi dan tidak pd lainnya- Rujuk
Majalah al-Ahkam Al-Adliyah).
2. Hadiah2 lain : HARUS atas dasar sumbangan dan derma dan galakan.
Asalkan ia tidak terjebak dlm muamalat Bank Konvensional Ribawi. Juga
dgn syarat hadiah ini terdiri drpd perkara yg halal syarak. Bgmnpun dlm
hal seumpama ini ,ulama Mazhab Syafie tidak mengharuskannya atas
dasar Sadd az-Zarai (Menutup jalan haram dari berlaku).

Syarat Menamatkan Kontrak Menurut Kehendak


Pengeluar Shj
5.

Iaitu pihak pengeluar mempunyai hak utk menamatkan kontrak wp tanpa


persetujuan Pemegang kad.
Hukumnya : Syarat ini diterima dan HARUS di sisi Syara, kerana kontrak
yg diikat adalah termasuk dalam bab Kafalah. Ia telahpun dinaskan sbg
kontrak Ghair Lazim (Boleh ditamatkan kontrak tanpa persetujuan keduadua belah pihak). Terutamanya apabila pemegang kad melanggar
perjanjian kontrak.
6. Membeli Emas & Perak dgn Kad Kredit
Majoriti Fuqaha (Ulama Fiqh) telah menegaskan bhw antara syarat sah

pembelian emas dan perak dgn wang kertas mestilah transaksi pertukaran
berlaku ketika itu juga tanpa sebarang penangguhan, ia disebut at-taqabud
fil hal dlm istilah Fiqh. Ia adalah berdasarkan Hadith Nabi SAW yg jelas menyatakan
perihal tersebut. Wang kertas dianggap dari kalangan harta ribawi (usurious
items) dan demikian juga Kad Kredit.
Persoalannya : Adakah peniaga emas dan perak menerima harga bayaran di
tempat transaksi jual beli dilakukan?.
Dalam hal ini, Fuqaha Semasa menyatakan bhw At-Taqabud sebenarnya
telah terlaksana, iaitu dgn cara melalukan kad kredit tersebut di alat
bacaan kad kredit ketika pembayaran dibuat. Dgn tindakan ini, semua
maklumat telah dihantar ke Bank Pengeluar yang akan menguruskan
pembayaran selepas itu.
Maka hukumnya : HARUS dan at-Taqabud telah berlaku secara al-Hukmi
(secara hukumnya) dan telah tercapai, sbgmnnya pembelian dgn
cek..Demikian Qarar dan Fatwa dari Majma Fiqh Islami dalam sidangnya yang ke 9
pada April 1995 .

Pertukaran Matawang (Money Exchange atau As-Sarf)


Dgn Kad Kredit.
7.

Biasanya, pemegang kad boleh menggunakan kad ini di kebanyakan


negara di dunia bg membeli apa jua barang yang dikehendakinya, dgn
penggunaan kad ini, maka pihak Bank Pengeluar akan membayar Bil
kegunaan di luar negara tadi secara segera dgn matawang negara yg
terbabit. Kemudian menuntut dari Pemegang kad dgn Matawang
tempatan (dgn menggunakan harga pertukaran hari tersebut - sbgmn
termaktub di dlm perjanjian) bagi membayar bil dalam tempoh izin sekitar
2-3 minggu.
Jelas, terdapat transaksi pertukaran matawang (As-Sarf) dalam hal ini.
Sbgmn maklum syarat dalam Islam bg pertukaran wang adalah At-Taqabud
fil hal.

Hukumnya : HARAM. Ini adalah krn kelewatan Bank menerima timbal balik
dari pemegang kad, bg pertukaran matawang yg telah dilakukannya. Bank
hanya mendapat timbal tukaran itu selepas 2-3 minggu, ini kerana Bank
menuntut Bil dari pemegang kad hanya selepas dikeluarkan bil penyata
selain memberinya had tempoh izin. Justeru tiada taqabud haqiqi ataupun
hukmi berlaku disini. Lalu Hukumnya adalah HARAM kerana berlaku Riba

Buyu .
BGMNPUN dikecualikan dr haram dalam keadaan dharurat dan keperluan yg
amat sgt.
8. Denda Kerana Lewat Langsaian Bil bg Charge Card .
Terkandung di dalam syarat kontrak bg Charge Card, bhw pemegang kad
akan menanggung denda akibat kelewatan melangsaikan bilnya dalam
tempoh izin. Sudah tentu ia berbentuk wang.
Hukumnya : HARAM, terdapat unsur Riba An-Nasiah (Riba Hutang) yang
sgt dilarang di dalam Islam kerana terdpt unsur menzalimi manusia lain
serta memakan harta manusia tanpa haq. Telah Ijma seluruh ulama
muslim pengharaman riba ini.
Demikian Keputusan hasil persidangan Fiqh bagi Kad Kredit di Bahrain pada Nov
1998. BGMNPUN terdpt keputusan berbeza dari persidangan AL-BARAKAH
ke 12, yang memutuskan HARUS, ia berdasarakan sebab kelemahan
kefahaman agama dan kesengajaan dalam melewatkan dlm melangsaikan
Bil walaupun mampu. Demikian juga pandangan Syeikh Prof. Mustafa Ahmad AzZarqa. Pandangan yang lebih kuat adalah HARAM.

Bunga @ Faedah Dikenakan bg Memperbaharui Bil Bg


Credit Card Terkandung dlm syarat kontrak Credit Card
syarat , bg pemegang yg tidak ingin melangsaikan bil
secara sepenuhnya, maka bil yg berbaki tersebut akan
dikenakan faedah.
9.

Hukumnya : HARAM, ia adalah Syarat Riba yang dilarang di dalam Islam


tanpa sebarang ragu2. Demikian keputusan persidangan Fiqh bagi Kad Kredit di
Bahrain pada Nov 1998.
Soalan : Adakah harus seorg muslim memohon Kad ini, yg jelas
mensyaratkan faedah bg bil berbaki?
JAWAPAN : Asalnya adalah HARAM dan batal syarat tersebut. Bgmpun
terdpt pengecualian apabila ada keperluan mendesak dan tiada pilihan
lain, ketika itu hukumnya HARUS, dgn syarat membayar penuh bil tanpa
meninggalkan sebrg baki yg boleh dikenakan Faedah.

10. Mengeluarkan Wang dgn Kad Kredit


Ia dianggap pemegang kad membuat pinjaman kpd Bank Pengeluar Kad
secara langsung melalui Auto Teller Machine bank pengeluar atau
cawangannya atau melalui ATM Bank Lain (di kira sbg wakil).
Hukumnya :
1. HARUS, jika pemegang mempunyai wang yang mencukupi dalam
akaunnya. Ketika itu pemegang kad seolah2 mengeluarkan wangnya shj.
Jika diambil dr bank lain juga demikian. Dan Harus pihak bank mengambil
kos upah dgn kadar khidmat mereka yg sebenar.
2. HARAM JIKA Bank Pengeluar mensyaratkan Faedah@bunga hasil
pinjaman yang diberikan. Kerana ia adalah Riba al-Qurudh. KECUALI JIKA
PIHAK BANK PEMBERI PINJAMAN HANYA MENGAMBIL KOS KECIL YG TETAP,
HASIL KHIDMAT PEMPROSESAN YANG DIBUATNYA SHJ. KETIKA ITU HARUS ,
Demikian qarar Majma Fiqh Islam Sedunia pada sidangnya ketiga pada 1986 M.
3. Jika Pemegang tiada jumlah yg mencukupi di dalam akaunnya (berlaku
overdraft) atau langsung tiada sbrg akaun. Maka dianggap
pengeluarannya itu adalah PINJAMANnya terhadap bank..dan semua
hukum pinjaman (al-Qardh) di dalam Islam adalah terpakai ketika itu.
Sbgmn Hadith Mawquf : Kullu Qardhi Jarra Nafan Fahuwa Riba Setiap
pinjaman yang mensyaratkan sebarang manfaat bg pihak pemberi
pinjaman adalah RIBA.
PENUTUP
Demikian, shj beberapa bentuk urusniaga yang terhasil dari penggunaan kad kredit,
diharap ianya dpt memberikan gambaran yang jelas terhadap seluruh hukumhakam yg berkaiatan dgnnya, dan diberikan kita kekuatan utk menjauhi mana yang
haram sedaya mungkin.
Sekian,

Anda mungkin juga menyukai