Anda di halaman 1dari 6

Kad Kredit

Dari Perspektif Islam


Disediakan Oleh :
Ust. Zaharuddin Abd Rahman
Universiti Al-Yarmouk, Jordan
zaharuddin@yahoo.com

Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam, selawat dan salam buat Rasul
junjugan Nabi Muhammad SAW , pemimpin para duat dan Mujahidin yang telah
sempurna menyampaikan amanah dan risalah serta memberika ingatan dan berita
baik kepada seluruh manusia. Juga salam ke atas para ahli keluarga Baginda
SAW, para sahabatnya yang terpilih serta mujahidin/at dan muslimin/at yang
menurut jalan kebenaran Islam.
Penulisan ringkas dan padat ini akan menyentuh aspek berikut :-
1. Pengenalan ringkas jenis Kad Kredit utama yang terpakai di dunia
sekarang.
2. Hukum setiap urusniaga dan yg berkaitan dgn Kad Kredit.
Penulisan ini ditujukan khas bagi setiap pengguna kad kredit yg mengambil
berat di atas hal ehwal halal dan haram dalam urusannya dan kepada setiap
insan yang ingin menambah maklumat, bgmnpun penulisan ini dibuat dlm bentuk
ringkas, tanpa menuruti kaedah penulisan tesis ilmiah. Ia sekadar suatu
bentuk artikel separa ilmiah dituju pada umum dan diharap dpt menjelaskan
mawqif(pendirian) Islam terhdp kontrak yang kian polpular di kalangan
msyrkt hari ini.
RINGKASAN MAKLUMAT DAN LATAR BELAKANG KAD KREDIT
1. Takrif Kad Kredit
Menurut Kamus Oxford : Ia adalah satu kad yang dikeluarkan oleh Bank atau
mana-mana pihak lain, yang mana ia memberi kemudahan kpd pemegangnya utk
memperolehi barang-barang keperluannya secara tangguh bayaran(Hutang)
Hutang dari sudut syarak menurut takrifan Al-Qadhi Ibn Arabi Iaitu
urusan pemindahan (pertukaran) hak milik (secara jual beli atau seumpama
dgnnya), yang mana salah satu pihak secara tunai manakala pihak kedua secara
tangguh di atas tanggungannya (dgn masa yg ditetapkan atau tidak)
Manakala Takrifan yang dikeluarkan oleh Ketetapan Majlis Kesatuan Fiqh Islam
Sedunia (Majma Fiqh Islami) bagi Kad Kredit adalah : Satu bentuk penyata
sandaran (penyata keterangan) yang diiktiraf, diberikan oleh pengeluar
kepada mana-mana individu atau pihak yg diiktiraf melalui kontrak diantara
kedua-dua belah pihak, ia membolehkan pemegangnya membuat pembelian barangan
atau khidmat2 dari semua pihak yang mengiktiraf penyatan sandaran (kad
Kredit) tadi, tanpa perlu membuat pembayaran tunai (segara), kerana ia
mengandungi jaminan pembayaran dari pihak pengeluar.
2. Jenis Kad Kredit
Pembahagian jenis Kad Kredit berdasarakan car-cara pelangsaian bilnya adalah
seperti berikut :
i) Kad Kredit Jenis (Charge Card)
Ia adalah kad kredit yang mewajibkan pemegangnya membayar bil penggunaannya
setiap bulan.
 Antaranya jenisnya : American Express (Hijau), Diners Club.
 Antara cirinya yang terpenting :-
1) Tidak disyaratkan pemegangnya membuka Akaun Simpanan di Bank Pengeluar @
Pihak Pengeluar Kad. Juga tidak disyaratkan pemegang mengemukakan apa jua
Jaminan Tunai kpd Bank Pengeluar bagi melangsaikan seluruh hutang2nya hasil
penggunaan kad.
2) Pemegang kad diberi had tertentu (Credit Line), lalu ia boleh menikmati
seluruh hak hutang piutang (bayaran tangguh) dalam satu had tempoh izin
tangguh jangka pendek yg telah ditentukan, iaitu tempoh antara waktu belian
dan waktu wajib langsaian bil. Biasanya dalam 55-60 hari, ketika itu,
pemegang akan dibekalkan dgn penyata bulanan yang menyebut transaksi
urusniaga yang telah digunakan.
3) Jika pemegang lewat melangsaikan kos penggunaannya dari waktu yg
ditetapkan, maka pengeluar akan mengenakan penalty akibat lewat yang telah
ditetapkan di dalam kontrak perjanjian. Mungkin juga akan ditarik balik kad
dan dibaung dari keahlian dan sebginya.
4) Mungkin juga pemegang kad jenis ini perlu membayar yuran permohonan
sekali sahaja, dan juga yuran pembaharuan kad tahunan.
ii) Kad Kredit Yang Menerima Pembaharuan Bil (Revolving Credit Card)
*Jenis ia adalah yang paling byk tersebar di seluruh dunia. Antaranya
Visa Card, Master Card, Diners Card, American Express Card.
 Ia juga mempunyai byk ciri yang sama dgn yg pertama tadi cuma
terdpt beberapa perbezaan utama.
 Pemegang Kad tidak wajib melangsaikan kos guna nya secara
keseluruhannya setelah mendapat penyata bil dari pengeluar dalam tempoh izin
yg diberikan, TETAPI DIBENARKAN UTK MEMBAYAR HANYA NISBAH KECIL DARI BIL .
Manakala bakinya, pemegang diberi pilihan samada ingin melangsaikannya dalam
tempoh izin yg diberi tersebut ataupun dibiarkan bakinya lalu pihak
pengeluar akan mengenakan faedah daripada jumlah bil yg tertangguh ini.
 Kad ini tidak mempunyai had tertinggi penggunaan. Ini bermakna
pemegang boleh berbelanja sbyk mana yg disukainya dan hanya perlu membayar
nisbah kecil dari bil, manakala bakinya boleh dibayar secara bertangguh dgn
dikenakan peratusan faedah.
 Pemegang Kad boleh menggunakannya samada di dalam ataupun di luar
negara di mana2 shj asalkan pihak peniaga mengiktirafnya.
 Ia mempunyai 3 jenis kebiasaannya : Kad emas, Kad Perak dan Kad
Biasa.
HUKUM BERKAITAN DGN PENGGUNAAN KAD KREDIT
1. Kontrak dan Hubungan Antara Pengeluar, Pemegang dan Peniaga.
Secara amnya, jenis kontrak yang dibuat antara pemegang kad, Pengeluar dan
pihak ketiga adalah diktiraf di dalam Islam. Pandangan yang terkuat di dalam
hal ini adalah hubungan Al-Kafalah (Jaminan). Dimana Kafil (adalah
Penjamin-Pengeluar Kad), Makful (Yang dijamin- Pemegang Kad) dan Makful
lahu (Penjual). Semua ini adalah diiktiraf dan kontrak adalah sah di sisi
Islam. Kesannya, semua pembelian dibuat dgn kad ini, tiada lagi hak tuntutan
pembayaran dari peniaga kepada pemegang kad, kerana ia telah terpindah kpd
Pengeluar.
Maka tidak harus peniaga menuntutnya drpd Pemegang Kad. Demikian pandangan
Hasan Al-Basri, Ibn Sirin, Ibn Hazm dan Majoriti Fuqaha. Pndangan mereka
adalah berdasarkan kefahaman terhadap tiga buah hadith Nabi yang
diriwayatakn oleh Abu Daud, Tirmizi, Ahmad, Al-Baihaqi, Ad-Dar Qutni dll.
Justeru tulisan ini tidaklah ingin memanjangkan bicara tentangya.
2. Yuran Penyertaan, Pembaharuan dan Penukaran Kad
Hukumnya : HARUS, tiada masalah dari sudut syarak, ia dianggap sebagai upah
yang telah ditetapkan oleh pihak pengeluar terhdp khidmat yg disediakannya.
Juga HARUS jika terdpt perbezaan jumlah yuran khidmat bergantng kpd
perbezaan jenis khidmat. Tetapi dgn syarat jumlah kos tersebut mestilah
setara dgn khidmat sebenar yg diberikan..jika ia melebihi kos khidmat
sebenar, maka ia adalah Riba yang diharamkan.
Demikian keputusan dalam Qarar (ketetapan) dari Majma Fiqh Islami (Kesatuan
Ulama Fiqh Islam Sedunia) pada persidangnnya ke-3 , Okt 1986
3. Kos Tertentu Dari Peniaga kepada Bank Pengeluar
Adakalanya pihak Bank pengeluar Kad meletakkan syarat dlm kontraknya dgn
para peniaga sejumlah kos tertentu dalam bentuk peratusan yang dipotong
dari Bil Penjual (Peniaga), yang mana biasanya berlegar sekitar 2-5% atau 8
% dari jumlah Bil. (Lihat Jones , Sally A, The Law Relating to Credit Cards,
London, 1989 ,ms 14)
Hasilnya, apabila Peniaga membuat tuntutan kpd Bank Pengeluar, maka Bank
akan segera menunaikan bil (Pemegang Kad) iaitu setelah dipotong jumlah kos
yg disebut tadi. Kemudian pihak Bank akan menuntut kos asal (tanpa potongan)
hasil penggunaan kad daripada pemegang kad.
Hukumnya : Harus . Berdasarkan pendapat mazhab Hanafi yang sah. Jumlah kos
ini dikira hadiah kpd . (Rujuk Fatawa Hindiyyah, juga Fatawa Al-Bazaziyah,
Al-Mabsut dll ), Terdapat ramai para Fuqaha (Ulama Fiqh) mengganggap ia
adalah upah wakil (Ujrah wakalah) kpd Bank krn menjadi wakil bagi Peniaga
dlm mempromosikan barangannya serta jaminan wujudnya pelanggan. Ia juga
boleh dianggap sbg Diskaun Khas dari peniaga kpd pengeluar. Ada juga yg
mengatakan ia sbg upah Broker (Ia adalah pandangan Prof. Dr Rafiq Al-Misri).
3. Syarat Mewajibkan Pemegang Kad Membuka Akaun di Bank Pengeluar.
Bagi mereka yg ingin mendptkan kad, mereka disyaratkan menyimpan sejumlah
tertentu di dalam akaun bank pengeluar. Ia sbg bukti pengiktirafan
hak-haknya.
Hukumnya : Harus. Dalam Fiqh Islam, ia mengambil hukum Ar-Rahn (Barang
Gadaian).
4. Hadiah dan Jaminan Khas Bagi Pemegang Kad Emas (Gold Card)
Ia bertujuan utk menarik golongan menengah dan atasan bg menyertai skim
mereka. Maka utk tujuan itu, mrk menawarkan beberapa bentuk hadiah dan skim
Insuran Percuma dan Insuran Kemalangan Perjalanan.
Dalam program Hadiah Ahli (Membership Rewards), setiap US dolar hasil
penggunaan Kad Emas, pengguna akan mendapat satu mata. Dan mata ini akan
bertambah dan jumlah mata terkumpul tertentu akan membolehkan pengguna
menikmati program melancong percuma atau penginapan di hotel percuma, atau
diskaun di restoran2 dll. (Lihat : American Express Cards, an exclusive
opportunity for a select few)
Hukumnya :
1. Hadiah Insuran percuma : Hukum Insuran Konvensional telah diputuskan oleh
Sidang Majma Fiqh Islami yang pertama pd 1397 H, sebagai Haram krn
mengandungi unsur Riba,Gharar, Jahalah, Judi dll. Bgmnpun dalam konteks ini,
hukumnya berlainan kerana pemegang tidak membayar apa2 kpd syarikat
Insuran, oleh itu ia tidak terjebak di dalam hukum haram yg diputuskan,
malah ia dianggap sbg hadiah galakan shj dan hukumnya adalah Harus. Ini
adalah krn ia bukannya maksud kontrak tetapi hanya tabi (perkara sampingan
yang terhasil dr perjanjian). Telah diiktiraf dalam Kaedah Fiqh bhw
(Dimaafkan yg berlaku pd tawabi dan tidak pd lainnya- Rujuk Majalah
al-Ahkam Al-Adliyah).
2. Hadiah2 lain : HARUS atas dasar sumbangan dan derma dan galakan.
Asalkan ia tidak terjebak dlm muamalat Bank Konvensional Ribawi. Juga dgn
syarat hadiah ini terdiri drpd perkara yg halal syarak. Bgmnpun dlm hal
seumpama ini ,ulama Mazhab Syafie tidak mengharuskannya atas dasar Sadd
az-Zarai (Menutup jalan haram dari berlaku).
5. Syarat Menamatkan Kontrak Menurut Kehendak Pengeluar Shj
Iaitu pihak pengeluar mempunyai hak utk menamatkan kontrak wp tanpa
persetujuan Pemegang kad.
Hukumnya : Syarat ini diterima dan HARUS di sisi Syara, kerana kontrak yg
diikat adalah termasuk dalam bab Kafalah. Ia telahpun dinaskan sbg kontrak
Ghair Lazim (Boleh ditamatkan kontrak tanpa persetujuan kedua-dua belah
pihak). Terutamanya apabila pemegang kad melanggar perjanjian kontrak.
6. Membeli Emas & Perak dgn Kad Kredit
Majoriti Fuqaha (Ulama Fiqh) telah menegaskan bhw antara syarat sah
pembelian emas dan perak dgn wang kertas mestilah transaksi pertukaran
berlaku ketika itu juga tanpa sebarang penangguhan, ia disebut at-taqabud
fil hal dlm istilah Fiqh. Ia adalah berdasarkan Hadith Nabi SAW yg jelas
menyatakan perihal tersebut. Wang kertas dianggap dari kalangan harta ribawi
(usurious items) dan demikian juga Kad Kredit.
Persoalannya : Adakah peniaga emas dan perak menerima harga bayaran di
tempat transaksi jual beli dilakukan?. Dalam hal ini, Fuqaha Semasa
menyatakan bhw At-Taqabud sebenarnya telah terlaksana, iaitu dgn cara
melalukan kad kredit tersebut di alat bacaan kad kredit ketika pembayaran
dibuat. Dgn tindakan ini, semua maklumat telah dihantar ke Bank Pengeluar
yang akan menguruskan pembayaran selepas itu.
Maka hukumnya : HARUS dan at-Taqabud telah berlaku secara al-Hukmi (secara
hukumnya) dan telah tercapai, sbgmnnya pembelian dgn cek..Demikian Qarar dan
Fatwa dari Majma Fiqh Islami dalam sidangnya yang ke 9 pada April 1995 .
7. Pertukaran Matawang (Money Exchange atau As-Sarf) Dgn Kad Kredit.
Biasanya, pemegang kad boleh menggunakan kad ini di kebanyakan negara di
dunia bg membeli apa jua barang yang dikehendakinya, dgn penggunaan kad ini,
maka pihak Bank Pengeluar akan membayar Bil kegunaan di luar negara tadi
secara segera dgn matawang negara yg terbabit. Kemudian menuntut dari
Pemegang kad dgn Matawang tempatan (dgn menggunakan harga pertukaran hari
tersebut - sbgmn termaktub di dlm perjanjian) bagi membayar bil dalam tempoh
izin sekitar 2-3 minggu.
Jelas, terdapat transaksi pertukaran matawang (As-Sarf) dalam hal ini. Sbgmn
maklum syarat dalam Islam bg pertukaran wang adalah At-Taqabud fil hal.
Hukumnya : HARAM. Ini adalah krn kelewatan Bank menerima timbal balik dari
pemegang kad, bg pertukaran matawang yg telah dilakukannya. Bank hanya
mendapat timbal tukaran itu selepas 2-3 minggu, ini kerana Bank menuntut Bil
dari pemegang kad hanya selepas dikeluarkan bil penyata selain memberinya
had tempoh izin. Justeru tiada taqabud haqiqi ataupun hukmi berlaku disini.
Lalu Hukumnya adalah HARAM kerana berlaku Riba Buyu .
BGMNPUN dikecualikan dr haram dalam keadaan dharurat dan keperluan yg amat
sgt.
8. Denda Kerana Lewat Langsaian Bil bg Charge Card.
Terkandung di dalam syarat kontrak bg Charge Card, bhw pemegang kad akan
menanggung denda akibat kelewatan melangsaikan bilnya dalam tempoh izin.
Sudah tentu ia berbentuk wang.
Hukumnya : HARAM, terdapat unsur Riba An-Nasiah (Riba Hutang) yang sgt
dilarang di dalam Islam kerana terdpt unsur menzalimi manusia lain serta
memakan harta manusia tanpa haq. Telah Ijma seluruh ulama muslim
pengharaman riba ini.
Demikian Keputusan hasil persidangan Fiqh bagi Kad Kredit di Bahrain pada
Nov 1998. BGMNPUN terdpt keputusan berbeza dari persidangan AL-BARAKAH ke
12, yang memutuskan HARUS, ia berdasarakan sebab kelemahan kefahaman agama
dan kesengajaan dalam melewatkan dlm melangsaikan Bil walaupun mampu.
Demikian juga pandangan Syeikh Prof. Mustafa Ahmad Az-Zarqa. Pandangan yang
lebih kuat adalah HARAM.
9. Bunga @ Faedah Dikenakan bg Memperbaharui Bil Bg Credit Card
Terkandung dlm syarat kontrak Credit Card syarat , bg pemegang yg tidak
ingin melangsaikan bil secara sepenuhnya, maka bil yg berbaki tersebut akan
dikenakan faedah.
Hukumnya : HARAM, ia adalah Syarat Riba yang dilarang di dalam Islam tanpa
sebarang ragu2. Demikian keputusan persidangan Fiqh bagi Kad Kredit di
Bahrain pada Nov 1998.
Soalan : Adakah harus seorg muslim memohon Kad ini, yg jelas mensyaratkan
faedah bg bil berbaki?
JAWAPAN : Asalnya adalah HARAM dan batal syarat tersebut. Bgmpun terdpt
pengecualian apabila ada keperluan mendesak dan tiada pilihan lain, ketika
itu hukumnya HARUS, dgn syarat membayar penuh bil tanpa meninggalkan sebrg
baki yg boleh dikenakan Faedah.
10. Mengeluarkan Wang dgn Kad Kredit
Ia dianggap pemegang kad membuat pinjaman kpd Bank Pengeluar Kad secara
langsung melalui Auto Teller Machine bank pengeluar atau cawangannya atau
melalui ATM Bank Lain (di kira sbg wakil).
Hukumnya :
1. HARUS, jika pemegang mempunyai wang yang mencukupi dalam akaunnya. Ketika
itu pemegang kad seolah2 mengeluarkan wangnya shj. Jika diambil dr bank lain
juga demikian. Dan Harus pihak bank mengambil kos upah dgn kadar khidmat
mereka yg sebenar.
2. HARAM JIKA Bank Pengeluar mensyaratkan Faedah@bunga hasil pinjaman yang
diberikan. Kerana ia adalah Riba al-Qurudh. KECUALI JIKA PIHAK BANK PEMBERI
PINJAMAN HANYA MENGAMBIL KOS KECIL YG TETAP, HASIL KHIDMAT PEMPROSESAN YANG
DIBUATNYA SHJ. KETIKA ITU HARUS , Demikian qarar Majma Fiqh Islam Sedunia
pada sidangnya ketiga pada 1986 M.
3. Jika Pemegang tiada jumlah yg mencukupi di dalam akaunnya (berlaku
overdraft) atau langsung tiada sbrg akaun. Maka dianggap pengeluarannya itu
adalah PINJAMANnya terhadap bank..dan semua hukum pinjaman (al-Qardh) di
dalam Islam adalah terpakai ketika itu. Sbgmn Hadith Mawquf : Kullu Qardhi
Jarra Nafan Fahuwa Riba Setiap pinjaman yang mensyaratkan sebarang manfaat
bg pihak pemberi pinjaman adalah RIBA.
PENUTUP
Demikian, shj beberapa bentuk urusniaga yang terhasil dari penggunaan kad
kredit, diharap ianya dpt memberikan gambaran yang jelas terhadap seluruh
hukum-hakam yg berkaiatan dgnnya, dan diberikan kita kekuatan utk menjauhi
mana yang haram sedaya mungkin.
Sekian,
Irbid, Jordan
17 Jun 2003
Rujukan :
1. Al-Bidaqah al-Bankiyah, Prof. Dr Abd Wahab Abu Sulaiman, Dar al-Qalam,
Dimasqh , cet 1, 1998 m .
2. Qadhaya Fiqhiyyah Muasiroh Fil Mal wal iqtisod, Prof. Dr Nazih Kamal
Hammad, Dar al-Qalam, Dimasqh, cet 1, 2001 M.
3. Bidaqah al-Itiman min Manzur Islami, Prof. Dr Abd Fatah Idris, Cet 1,
2001 M
4. The Law Relating to Credit Cards, Jones , Sally A , London, 1989
5. Majalah Majma Fiqh Islami , Bil 3 dan 8 , Sidang 1, 3 dan 9
6. Al-Fatawa al-Hindiyyah, cet al-amiriyyah , Bulaq, 1310 H
7. Al-Fatawa al-Bazaziyyah , cet al-amiriyyah , Bulaq, 1310 H
8. Bitoqah al-Itiman, Al-Syeikh Dr Abd Satar Abu Ghuddah
9. Al-Mabsut , Imam As-Sarakhasi, cet as-saadah, Mesir, 1324 H
10. Hawl Jawaz Ilzam al-Mumatil bitawid lid Dain, Majalah Dirasat
Iqtisodiyaah Islamiyah, jil 3 , Bil 2, 1996 m

Anda mungkin juga menyukai