Anda di halaman 1dari 16

MTE3101 Knowing Numbers

Topik 7

Penganggaran Kuantiti

7.0 Sinopsis
Tajuk ini merangkumi kemahiran pembundaran nombor nyata termasuk nombor
bulat, pecahan, dan perpuluhan. Definisi bentuk piawai, punca kuasa dua dan surd
juga diberi. Panduan untuk membundarkan nombor dan mencari anggaran yang
baik diberi untuk mengingat kembali apa yang anda telah belajar semasa di
sekolah menengah.
7.1 Hasil Pembelajaran
Menganggar kuantiti dengan membundarkan nombor nyata termasuk nombor
bulat, pecahan, dan perpuluhan.
7.2 Kerangka Konsep

Penganggaran
Kuantiti

Membundarkan
nombor:
Nombor Bulat

Membundarkan
nombor:
Pecahan
Perpuluhan

Bentuk Piawai

Punca Kuasa Dua


dan Surd

7.3 Penganggaran kuantiti


Penganggaran adalah kemahiran matematik

yang

penting dan ia sangat

berguna dalam kehidupan harian kita. Dengan demikian, kita perlu mengajar
anak-anak kita untuk menganggar wang, panjang masa, jarak, dan lain-lain lagi
26

MTE3101 Knowing Numbers

kuantiti fisikal. Pelbagai teknik boleh digunakan untuk menganggar kuantiti


dengan menggunakan panduan tertentu. Proses penganggaran boleh dibuat
dengan

mencari anggaran atau penghampiran jawapan . Ia biasanya

melibatkan penggunaan matematik mental.


Pembundaran biasanya digunakan untuk menggantikan nombor yang kompleks
dengan nombor yang mudah. Ia adalah paling berguna untuk membuat
penganggaran dalam

pengiraan. Pembundaran sentiasa digunakan untuk

mendapat jawapan sebelum pengiraan tepat dilaksanakan.


7.4 Pembundaran nombor
Kita

sentiasa

membuat

pembundaran

semasa

membuat

anggaran.

Pembundaran memberi jawapan yang hampir. Terdapat beberapa teknik


pembundaran yang boleh digunakan untuk mendapat anggaran. Setiap teknik
melibatkan pembundaran ke nilai tempat yang tertentu. Contohnya, apabila
membundar sesuatu nombor anda mencari gandaan 10 yang terhampir ( atau
ratus yang hampir atau kepada nilai tempat yang hampir). Pembundaran adalah
sejenis penganggaran. Apabila membundar sesuatu nombor, kita sama ada
round up atau round down. Terdapat beberapa peraturan tertentu yang perlu
diikuti apabila membuat pembundaran sama ada nombor bulat, pecahan atau
perpuluhan.
7.4.1 Pembundaran nombor bulat
Nombor bulat boleh dibundar kepada puluh terhampir, ratus terhampir, ribu
terhampir, dan sebagainya. Manakala, nombor perpuluhan boleh dibundarkan
kepada persepuluhan yang hampir, perseratus yang hampir, perseribu yang
hampir, dan sebagainya.
Pembundaran nombor biasanya digunakan untuk permudahkan pengiraan mental.
Nombor yang dibundarkan hanya akan mendapat jawapan yang hampir sahaja
semasa pengiraan dibuat. Terdapat dua sebab yang penting untuk membuat
anggaran:

(1) untuk menyelesaikan masalah dengan cepat, atau (2) untuk

menyemak jawapan yang munasabah.

27

MTE3101 Knowing Numbers

Pada garis nombor, anda boleh lihat bagaimana pembundaran nombor


menghampiri nilainya.

Teknik pembundaran yang biasa digunakan di sekolah adalah membundarkan


nombor yang diakhiri dengan 5. Salah satu keburukan kaedah ini adalah anggaran
yang diperoleh apabila terdapat beberapa 5 yang terlibat akan menghasilkan
jawapan yang besar. Contohnya, cari anggaran hasil tambah bagi 35 + 45 + 55 +
65 + 75 akan menghasilkan nilai yang tinggi , lebih sebanyak 25 kalau
dibandingkan dengan nilai tepatnya, 275, kerana 40 + 50 + 60 + 70 + 80 = 300.
Mari kita lihat contoh pembundaran nombor kepada kuasa sepuluh seperti di
bawah:
Contoh:
Populasi England lebih kurang 60 juta. Populasi bagi lima bandar besar, kepada
ratus ribu yang hampir adalah seperti yang ditunjukkan di bawah:
London

6.4 juta

Birmingham

1.0 juta

Liverpool

0.5 juta

Sheffield

0.4 juta

Leeds

0.4 juta

(a)

Apakah kemungkinan bilangan populasi terbesar bagi London?

(b)

Coventry ialah bandar ke sepuluh besar dengan

populasi

0.3 juta.

Anggarkan peratus populasi England yang tinggal di sepuluh bandar


terbesar itu?
28

MTE3101 Knowing Numbers

Penyelesaian
(a) 6.4 juta bersamaan 6 400 000 dan telah dibundarkan kepada ratus ribu
yang hampir. Nombor yang terbesar yang mungkin dibundarkan kepada
6 400 000 ialah 6 449 999. Jika bilangannya

6 450 000, ia akan

dibundarkan kepada 6.5 juta.


(b) Bandar keenam ke bandar kesembilan besar mesti mempunyai populasi
antara

0.3 juta dan 0.4 juta. Kita menganggar min bagi populasi ini

sebanyak 0.35 juta.


Maka,
Jumlah pupulasi dalam 10 bandar terbesar itu
=( 6.4 + 1 + 0.5 + 0.4 + 0.4 + 4 x 0.35 + 0.3) juta
= 10.4 juta
Jadi, peratus populasi dalam 10 bandar terbesar
=

10.4
60

17 % kepada peratus yang hampir.

x 100%

7.4.2 Pembundaran pecahan dan perpuluhan


Seperti yang tersebut diperingkat awal, nombor perpuluhan boleh dibundarkan
kepada persepuluh ,perseratus, perseribu yang hampir atau kepada lain tempat
perpuluhan yang hampir.

Terdapat peraturan yang perlu diikuti apabila

membundarkan nombor kepada suatu tempat perpuluhan yang tertentu.

29

MTE3101 Knowing Numbers

Ikutilah langkah di bawah untuk membundarkan nombor kepada bilangan tempat


perpuluhan yang dikehendaki.
(i) Tambah 1 kepada digit pada tempat perpuluhan itu jika digit

di sebelah

kanannya sama atau lebih besar daripada 5.


(ii) Kalau digit di sebelah kanannya kurang daripada 5 biarkan digit tersebut
(iv) Keluarkan digit-digit yang tidak berkaitan.
Apakah nombor yang anda akan dapat apabila anda membundarkan

3.417824

kepada 2 titik perpuluhan? Ya, anda betul! Jawapannya ialah 3.42.


Bagaimana anda membundarkan nombor perpuluhan yang diberi kepada nombor
bulat yang hampir? Bolehkah kita mengguna kaedah yang sama seperti yang
dinyatakan di atas? Adakah peraturan yang sama dipatuhi apabila membundarkan
nombor perpuluhan kepada nombor bulat yang hampir?
Peraturan adalah sama seperti di atas. Dalam perkataan lain, apabila
membundarkan nombor perpuluhan kepada nombor bulat yang hampir, kita
sebenarnya membundarkan nombor itu kepada 0 tempat perpuluhan.
Mari kita lihat contoh di bawah:
Contoh:
6.5489 dibundar kepada nombor bulat yang hampir ialah 7
Cuba buat soalan berikut:
Bundarkan nombor berikut kepada nombor bulat yang hampir.

0.985

325.092

45.7



Catatan: Apabila membundarkan pecahan, kita perlu menukarnya kepada nombor
perpuluhan dahulu sebelum membundarkannya kepada tempat perpuluhan yang
dikehendaki.
30

MTE3101 Knowing Numbers

Apabila menganggar kuantiti, kita sentiasa menanya diri sendiri, adakah anggaran
kita betul atau salah. Perkara yang penting dalam penganggaran berkaitan dengan
berapa tepat anggaran yang diperoleh. Apabila membundarkan nombor, darjah
ketepatan boleh berubah. Kadang-kadang jawapan yang tepat tidak diperlukan
tetapi anggaran sudah memadai. Kadang-kadang jawapan tepat diperlukan dan
penganggaran tidak perlu.
Tip yang berguna: Jangan membundarkan nombor terlalu awal sehingga jawapan
akhir diperoleh supaya jawapan yang lebih tepat didapati.
Contoh:
Jika kita hendak mencari jawapan untuk
9.64

9.64
2.1

X 4.8

jangan membundarkan

sebelum mendarab dengan 4.8. Laksanakan operasi darab itu dahulu

2.1

sebelum membundarkan jawapan akhir. Iaitu, jawapan akhir sepatutnya

22.03

kepada 2 tempat perpuluhan bukanlah 22.08.


Darjah ketepatan bagi nombor yang dibundarkan bergantung kepada situasi dan
keperluan pengguna. Contohnya:

Anggaran telah memadai apabila mengira bilangan minuman yang


diperlukan untuk sesuatu majlis.

Jawapan yang tepat diperlukan apabila mengira jumlah dos yang perlu
disuntik pada pesakit. .
Tentukan darjah ketepatan yang diperlukan untuk situasi berikut dengan
menggunakan pilihan yang dibekalkan. Beri sebab untuk pilihan anda.
A. Setepat yang mungkin
B. Anggaran sudah memadai
C. Anggaran sudah memadai,tetapi ia mesti tepat dan

31

MTE3101 Knowing Numbers

(i)

Doktor haiwan menggunakan berat kucing untuk mengira berapa banyak


ubat yang perlu disuntik kepada kucing itu.

(ii)

Kontraktor mengira jumlah kayu yang perlu dibeli untuk membina pondok.

(iii)

Tukang masak mengira berapa banyak tepung dan gula yang perlu untuk
membuat kek.

(iv)

Wartawan mengira bilangan orang yang telah menghadiri pameran Seni


minggu lepas.

Penganggaran adalah

penting dalam penyelesaian masalah yang melibatkan

pemikiran mental untuk menentukan jawapan yang munasabah. Menurut kamus


Websters New World Dictionary, menganggar bermakna membina pendapat atau
penghakiman sesuatu atau mengira secara hampir. Maka, perkembangan
kemahiran penganggaran adalah aspek yang penting dalam kelas matematik
kerana ia boleh diaplikasi dalam kehidupan harian kita. Beberapa panduan untuk
penganggaran diberi seperti berikut:
Panduan untuk penganggaran


Cari nombor yang sesuai supaya anda dapat membuat pengiraan secara
mental.
Contoh: 200 5.8 200 5 lebih baik daripada 200 6
Contoh:

72.6 x 347.05
0.86

(100 x 350) 1

( bermakna menghampiri )


Mencari nombor yang boleh dibahagi


.
Contoh:

12.46 x 486.21
3.78

12 x 500
4

Apabila mendarab atau membahagi

jangan menghampirkan nombor

kepada sifar.
Guna 0.1, 0.01 atau 0.001, dan lain-lain.

32

1500

MTE3101 Knowing Numbers

Contoh:
105.6 x 0.014 sepatutnya tidak dianggarkan sebagai 100 x 0. Ia lebih baik
mengguna 100 x 0.01 atau 100 x

1
100

yang menghasilkan anggaran 1.

Apabila mendarab dua nombor, cuba membundarkan

one up dan one

down.
Apabila membahagi dua nombor, cuba membundarkan dua nombor up atau
down.
Contoh: Lebih baik menganggar 4.5 x 3.5 sebagai 5 x 3 atau 4 x 4 daripada

5x4

kerana

4.5 x 3.5 = 15.75. Lagipun 5 x 3 = 15 atau 4 x 4 = 16 kedua-

duanya memberi anggaran yang lebih dekat dengan jawapan tepat jika
dibandingkan dengan 5 x 4 = 20.
Contoh: Lebih baik menganggar
kerana

83.2
=
8.5

83.2
8.5

9.79 (2 t.p.) dan

80
8

sebagai

80
8

81
daripada
9

= 10 memberi anggaran

yang lebih dekat dengan jawapan tepat kalau dibanding dengan

81 = 9
9

( Catatan: Biasanya terdapat lebih daripada satu anggaran yang mungkin


sebagai jawapan )

7.5 Bentuk piawai


Bentuk piawai adalah satu cara untuk menulis nombor yang sangat besar atau
sangat kecil dalam bentuk yang lebih senang dan kemas. Sebagai contoh, 10 =
1000, jadi 4 10 = 4000 . Maka, 4000 boleh ditulis sebagai 4 10. Nombor yang
lebih besar daripada contoh itu juga boleh ditulis dengan menggunakan bentuk
piawai.

33

MTE3101 Knowing Numbers

Nombor yang kecil juga boleh ditulis dalam bentuk piawai tetapi indeksnya akan
menjadi negatif (contoh di atas indeksnya adalah positif 3).
Bentuk am nombor

dalam bentuk piawai boleh ditulis seperti ditunjukkan

di

bawah:

A x 10n

di mana

1 A <10 dan n Integer

Ahli sains dapat mengesan jarak dari bumi ke planet yang lain dan mengukur berat
bumi dalam kilogram dan sebagainya. Semua ukuran ini adalah sangat besar.
Mereka menggunakan notasi saintifik seperti yang ditunjukkan di atas untuk
menulis ukuran yang besar itu. Nilai A ialah nombor perpuluhan antara 1 dan 10,
termasuk 1; iaitu , 1 A < 10. Secara ringkas, notasi saintifik atau juga dikenali
bentuk piawai adalah satu kaedah menulis nombor dalam bentuk perpuluhan yang
berada dalam lingkungan 1 dan 10 darab dengan kuasa 10. Sebagai contoh,
10,592 ditulis sebagai 1.0592 104 dalam bentuk notasi saintifik. Bukan sahaja
ahli sain, malahan ahli matematik dan jurutera juga munggunakan kaedah ini untuk
mewakili nombor yang sangat besar atau sangat kecil.
Beberapa contoh ukuran menggunakan notasi saintifik atau bentuk piawai diberikan
di bawah:

Halaju cahaya ialah 2.99792458108 m/s .

Jisim elektron lebih kurang


0.000 000 000 000 000 000 000 000 000 000 910 938 22 kg. Dalam notasi
saintifik, ia ditulis sebagai 9.109 382 210-31 kg

Jisim bumi lebih kurang 5,973,600,000,000,000,000,000,000 kg. Dalam


notasi saintifik, ia ditulis sebagai 5.97361024 kg.

Perimeter bumi menghampiri 40,000,000 m. Dalam notasi saintifik, ia ditulis


sebagai 4107 m.

Notasi saintifik atau bentuk piawai juga dikenali notasi eksponen. Sebagai
kesimpulan notasi saintifik digunakan untuk menulis nombor yang sangat besar
atau sangat kecil.
34

MTE3101 Knowing Numbers

Carta di bawah menunjukkan lain contoh untuk mewakili nombor dalam notasi
saintifik atau bentuk piawai.
Notasi nombor
perpuluhan yang biasa
300
4,000
5,720,000,000
0.000 000 006 1

Notasi saintifik
3102
4103
5.72109
6.1109

Sebagai kesimpulan, nombor dalam bentuk piawai boleh dibundarkan kepada


tempat perpuluhan yang tertentu.
Mari kita lihat contoh yang lain.
Contoh 1
Tulis 81 900 000 000 000 dalam bentuk piawai.
81 900 000 000 000 = 8.19 1013
Catatan: 1013 kerana titik perpuluhan telah bergerak 13 tempat ke kiri untuk
mendapat nombor 8.19.
Contoh 2
Tulis 0.000 001 2 dalam bentuk piawai.
0.000 001 2 = 1.2 10-6
10-6 kerana titik perpuluhan telah bergerak 6 tempat ke kanan untuk mendapat 1.2
Sekarang, selesaikan yang berikut:
Tulis dalam bentuk piawai. Bundarkan jawapan anda ke 2 tempat perpuluhan.

7 891 124

0.000 005 437

124 809

35

MTE3101 Knowing Numbers

 Bermain dengan kalkulator!


Kalkulator juga boleh digunakan dengan senang untuk menolong anda menulis
nombor yang sangat besar atau sangat kecil dalam bentuk piawai. Anda biasanya
menaip nombor dengan menggunakan kalkulator dalam bentuk piawai seperti
berikut:
Taipkan nombor pertama yang terletak di antara 1 dengan 10. Tekan EXP .
Taipkan kuasa nombor yang dikehendaki. Teruskan penerokaan anda.
 Manipulasi dalam bentuk piawai
Contoh dibawah menerangkan maksud di atas:
Contoh
Jika nilai bagi p dan q ialah 8 105 dan 5 10-2 masing-masing, kira (i) p x q ;
(ii) p q. Beri jawapan dalam bentuk piawai.
Penyelesaian
(i) Darab 8 x 5 dan 105 10-2 .
Maka,

8 5 105 10-2 = 40 103

(Ingat: 105 10-2 = 103)


Jawapan di atas bukan dalam bentuk piawai kerana 40 tidak ditulis dalam
lingkungan 1 hingga 10. Jadi jawapan yang sepatutnya ialah 4 104 atau 4.0 x
104 .
(ii) Kali ini, bahagi 8 dengan 5 dahulu kemudian darab dengan hasil bahagi apabila
105 dibahagi oleh 10-2 .
(8 5) (105 10-2) = 1.6 107

36

MTE3101 Knowing Numbers

Sekarang cuba yang berikut:


Kira dan memberi jawapan dalam bentuk piawai. Bundarkan jawapan anda
kepada 2 tempat perpuluhan.

67 X 1289

8942 0.127

7.6 Punca kuasa dua dan surd


Punca kuasa dua bagi nombor tertentu ialah suatu nombor, apabila didarab
dengan dirinya sendiri akan menghasilkan nombor yang diberikan itu. Punca kuasa
dua adalah operasi songsangan bagi kuasa dua. Sebagai contoh, punca kuasa dua
bagi 9 ialah 3, kerana 3 darab dengan diri sendiri akan mendapat 9.
Simbol di bawah menunjukkan simbol punca kuasa dua.
Ini adalah simbol khas yang bermakna punca kuasa dua. Ia
nampak seperti tanda betul ( tick).
Ia dipanggil sebagai radical, dan digunakan dalam matematik.

Sebagai contoh, anda boleh menulis dalam bentuk ini:

. Ia dibaca

sebagai punca kuasa dua bagi 9 sama dengan 3.


Punca kuasa dua bagi nombor yang lain
Adalah mudah mencari punca kuasa dua bagi kuasa dua sempurna ( contoh: 4, 9,
25, 36 ...), tetapi agak sukar untuk mencari punca kuasa dua bagi nombor yang
bukan kuasa dua sempurna. Sebagai contoh, apakah nilai punca kuasa dua bagi
10?
Penyelesaian
Apa yang kita perlu buat adalah dengan mencari nombor tertentu dan darabkan diri
sendiri untuk mendapat 10. Oleh kerana 3 3 = 9 dan 4 4 = 16, kita boleh
menganggarkan bahawa jawapannya berada di antara 3 dan 4. Untuk meneruskan
mencari jawapan ini boleh mengambil masa yang panjang.
37

MTE3101 Knowing Numbers

Sebagai contoh,

Cuba 3.5: 3.5 3.5 = 12.25

Cuba 3.2: 3.2 3.2 = 10.24

Cuba 3.1: 3.1 3.1 = 9.61

Dari atas, kita dapat meneka bahawa jawapan berada dalam lingkungan 3.1 dan
3.2 . Anggaran yang munasabah adalah lebih kurang 3.15 .
Kalau disemak dengan kalkulator, kita akan mendapat jawapan seperti berikut:
3.1622776601683793319988935444327
Tetapi, dalam kes ini,digit-digit itu akan bersambung panjang tanpa pola. Maka ,
jawapan

daripada kalkulator pun merupakan

anggaran

sahaja!

Untuk

permudahkan jawapan, ia boleh dibundarkan kepada nilai tempat tertentu, misalan


3 tempat perpuluhan atau lebih. Berdasarkan nombor di atas, apakah nilai bagi 10
dalam bentuk piawai jika dibundarkan kepada

3 tempat perpuluhan? Betul! Ia

bernilai 3.162 .
Jawapan untuk punca kuasa dua bagi nombor bukan kuasa dua sempurna
sentiasa dibundarkan kepada 2 atau lebih tempat perpuluhan.
Bolehkah anda membundarkan punca kuasa dua bagi 10 kepada 2 titik perpuluhan
atau 1 titik perpuluhan?
Apakah nilai jika ia dibundarkan kepada nombor bulat yang terhampir?
Jawapannya ialah 3 tetapi ia sebenarnya nilai punca kuasa dua bagi 9 bukan 10!
Jadi, kita akan mendapat anggaran yang agak rendah maka ia tidak tepat. Dengan
demikian, membundar nombor kepada nombor bulat yang hampir akan
menghasilkan jawapan yang agak rendah.
Surd adalah nombor yang tidak dapat dipermudahkan tanpa tanda punca kuasa
dua atau punca kuasa tiga atau punca kuasa nombor yang lain. Dalam perkataan
lain, terdapat nombor yang ditulis dalam bentuk punca kuasa dua atau punca kuasa
nombor yang. Kita menulis nombor dalam bentuk surd kerana nombor berkenaan
boleh ditulis sampai

tidak terhingga apabila ditulis dalam bentuk perpuluhan,


38

MTE3101 Knowing Numbers

seperti punca kuasa dua bagi 10 yang dibincang di atas. Jadi nombor tersebut
menjadi tidak cermat ditulis. Kita juga boleh menganggar nilai bagi surd..
Sebagai contoh, 2 ( dibaca sebagai punca kuasa dua bagi 2) tidak dapat
dipermudahkan lagi jadi ia adalah surd tetapi 4 (punca kuasa dua bagi 4) boleh
dipermudahkan menjadi 2, maka ia bukan

surd.

Carta di bawah memberi

gambaran yang lebih jelas mengenai surd:

Nombor Dipermudahkan Sebagai titik perpuluhan

Surd atau
bukan?

1.4142135(etc)

Surd

1.7320508(etc)

Surd

Bukan surd

(1/4)

1/2

0.5

Bukan surd

(11)

2.2239800(etc)

Surd

Bukan surd

(3)

1.2457309(etc)

Surd

(11)

(27)

(3)

Apa yang dilihat di atas, surd mempunyai nombor perpuluhan yang tidak terhingga
dan digitnya tidak berulang dengan demikian surd merupakan Nombor Bukan
Nisbah.
Perkara yang menarik:
Adakah anda tahu asal usul perkataan "Surd" ?
Lebih kurang

820 T.M., ahli matematik Persian, al-Khwarizmi,

di mana kita

memperoleh nama Algorithm", menamakan nombor bukan nisbah, (Irrational),


inaudible". Kemudian ia diperjemahkan ke bahasa Latin surdus ("pekak" atau
"bisu"). Jadi, "Surd" juga dikenal sebagai "Irrational" yang bermakna tidak waras,
tetapi sekarang ia digunakan untuk punca kuasa nombor bukan nisbah.

39

MTE3101 Knowing Numbers

Sekarang, cuba lihat contoh berikut:


Contoh:
Anggarkan nilai bagi 29.
Penyelesaian
Oleh kerana 29 terletak di antara 25 = 5 dan 36 = 6 maka nilai bagi 29
adalah antara 5 dan 6.
Cuba soalan berikut:
Anggarkan surd yang diberi di bawah. Semak jawapan anda dengan
menggunakan kalkulator dan membundarkan jawapan anda kepada 2 tempat
perpuluhan.

37

230

0.0078

0.01 569
Perkara yang perlu dibuat:

1. Rujuk pada Bahan Resos dan baca nota mengenai Place value, Ordering and
Rounding dalam Tipler, M. J. et al. (2003). New national framework
mathematics. ( pp. 26 33 and 6772.)

Lengkapkan tugasan pada ms. 29 dan ms. 67

Buat latihan daripada Exercise 6 pada ms. 69 72.

2. Cari lagi latihan berkaitan dengan penganggaran kuantiti dari bahan resos yang
lain seperti internet atau buku. Buatlah latihan yang diperoleh.

Tahniah! Anda telah sampai ke penghujung modul ini.


Selamat belajar dan semoga anda berjaya !
40

MTE3101 Knowing Numbers

Rujukan
Tipler, M. J. et al. (2003). New national framework mathematics. United Kingdom:
Nelson Thornes Limited.

Laman web:
1. Pembundaran nombor::
http://www.enchantedlearning.com/math/rounding/
2. Anggaran dan pembundaran nombor perpuluhan:
http://www.math.com/school/subject1/lessons/S1U1L3GL.html#
GCSE Maths/www.mathsrevision.net/gcse/pages324e.html?page=43 ?
3. Punca kuasa dua dan surd:
http://www.mathsisfun.com/square-root.html

41

Anda mungkin juga menyukai