Anda di halaman 1dari 20

Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah UKM 219

PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH: TINJAUAN DI


BEBERAPA TADIKA SWASTA DI DAERAH CURUG, TANGERANG, INDONESIA

ELIS JOHANNES HENDRY SALIM


ROHATY MAZJUB

PENGENALAN

Sumber manusia yang berkualiti sangat diperlukan bagi penyelesaian pelbagai


masalah bangsa dan pencapaian kemajuan bangsa dan negara. Sumber manusia
yang berkualiti akan lebih mudah dibentuk bila pembinaannya dimulakan sejak usia
kanak-kanak. Di masa hadapan kanak-kanak ini akan menjadi generasi penerus yang
unggul dalam semua aspek kehidupan dan mampu bersaing di era informasi ini.
Menurut National Early Childhood Development Forum atau NECDF (2004),
dalam konteks Indonesia ada empat alasan mendasar mengapa semua pihak perlu
mempercepatkan peningkatan kualiti sumber manusia secara maksima, iaitu untuk
menghadapi era globalisasi yang tidak dapat dielakkan, mengejar ketinggalan
daripada negara lain, menguasai teknologi dan ilmu pengetahuan untuk
menguruskan sumber semula jadi dengan tepat dan untuk menghadapi kerosakan
alam persekitaran yang disebabkan oleh tindakan manusia yang tidak
bertanggungjawab. Berdasar kepada pernyataan tersebut, pembentukan sumber
manusia yang unggul merupakan hal yang mendesak dan tidak dapat dinafikan lagi.
Pembentukan sumber manusia ini tidak hanya untuk meningkatkan kemampuan
bagi tujuan ekonomi, tetapi justeru pembangunan peribadi yang tertumpu kepada
kemampuan otak dan merujuk kepada kemahiran, sikap, perilaku mandiri, memiliki
kemampuan untuk bersaing yang tinggi dan ketahanan terhadap perubahan global.
Apabila dikaitkan dengan keupayaan otak, para pakar perkembangan otak
menyatakan bahawa usia lima tahun pertama ialah masa keemasan (golden age)
kerana perkembangan otak yang sangat cepat.. Bloom (1964) menyatakan pada usia
4 tahun, perkembangan intelek seorang kanak-kanak telah mencapai 50 peratus
daripada perkembangan intelek seorang dewasa. Pada masa ini ibu bapa
mempunyai peluang terbaik untuk membantu anak-anaknya berkembang secara
maksima dalam semua aspek yang mencakupi aspek intelek, sosial, rohani dan
fizikal. Masa ini adalah masa yang paling tepat untuk memulakan pembangunan
sumber manusia yang berkualiti dan pembinaannya dimulakan daripada
pembangunan otak sejak awal, bahkan sejak di dalam rahim ibu. Selain itu
kecerdasan kanak-kanak juga ditentukan oleh stimulasi yang diterima dari alam
persekitaran (Hunt, 1961). Stimulasi yang seronok bagi kanak-kanak akan
membentuk jalur belajar di otak, yang menjadi asas yang kuat bagi proses
pembelajaran di peringkat yang lebih tinggi atau usia yang lebih tua.
Dalam keadaan masyarakat sekarang ini, khasnya di Indonesia, sebahagian
besar ibu bapa bekerja sehingga mempunyai waktu yang sangat terhad bagi
merangsangkan anak-anaknya di rumah. Ibu bapa dari keluarga kurang bernasib
baik kurang memperhatikan tentang pentingnya stimulasi pada usia awal ini.
Menurut Rohaty (1994) dalam kajiannya di Malaysia, seringkali keadaan di rumah
220 Elis Johannes

kurang merangsang pembelajaran di persekitaran mereka. Sedangkan ibu bapa


daripada golongan berada biasanya sibuk bekerja dan kurang dapat meluangkan
masa melayan anak-anak mereka ke arah penyediaan pengetahuan dan kemahiran
yang menjadi syarat kejayaan di sekolah. Jadi ibu bapa kehilangan peluang untuk
mengembangkan anak-anaknya secara maksima. Pendidikan prasekolah boleh
menjadi institusi yang membantu ibu bapa menyelesaikan permasalahan ini.
Menurut Rohaty (2003) masa prasekolah adalah tahun-tahun kritis dan asas
kepada peringkat pendidikan selanjutnya serta menentukan kejayaan hidup
seseorang individu. Pendidikan prasekolah bertujuan membantu ibu bapa untuk
meningkatkan perkembangan kanak-anak secara holistik (Essa, 1992) melalui
pengalaman belajar yang bermakna dan menyeronokkan serta persekitaran yang
diperkaya bagi menstimulasi otak mereka. Pendidikan prasekolah dapat
memberikan pengalaman yang mungkin tidak boleh dibekalkan di rumah sekalipun
keluarga itu serba mencukupi (Rohaty, 1994). Pendidikan prasekolah yang
berkualiti memberikan stimulasi secara holistik kepada kanak-kanak sehingga dapat
meningkatkan fungsi kognitif, konsep kendiri yang positif, harga diri, kemandirian,
dan kemahiran sosial. Ia juga mengembangkan emosi kanak-kanak yang seimbang,
pemahaman nilai agama dan spiritual sejak awal serta pemahaman nilai kesihatan
dan keselamatan. Maka dapat disimpulkan bahawa pendidikan prasekolah
mempunyai peranan yang penting dalam pembentukan sumber manusia yang
unggul. Dalam kajian ini pendidikan prasekolah merujuk kepada pendidikan yang
disediakan oleh tadika bagi kanak-kanak yang berumur 4 sampai 6 tahun.
Namun kejayaan pendidikan kanak-kanak di prasekolah ditentukan oleh
penglibatan ibu bapa dalam pendidikan prasekolah. Banyak kajian membuktikan
kesan penglibatan ibu bapa terhadap kejayaan pembelajaran kanak-kanak dan
sekolah (Conway (2003; Mc Allister, 1993). Kajian yang dilakukan oleh National
Center for Family & Community Connections with Schools (2002), yang membuat
ulasan daripada 51 kajian tentang penglibatan ibu bapa menyimpulkan bahawa
ditemukan hubungan yang positif dan meyakinkan antara penglibatan ibu bapa dan
kesannya terhadap sekolah, keluarga dan pelajar daripada semua sosio ekonomi
status, bangsa, latar belakang pendidikan dan umur. Hampir semua prasekolah
kerajaan dan swasta dan Sekolah Rendah di Amerika Syarikat telah menyediakan
kesempatan bagi ibu bapa untuk terlibat. (Huntsinger dan Jose, 2009). Guru dan
pengetua perlu menyokong penglibatan ibu bapa dalam aktiviti-aktiviti di
prasekolah dan menyamakan persepsi antara pengetua dan para guru mengenai
penglibatan ibu bapa. Ibu bapa pun perlu memahami kepentingan pendidikan
prasekolah bagi kehidupan kanak-kanak mereka di masa hadapan, sehingga
penglibatan mereka di prasekolah boleh ditingkatkan. Penglibatan ibu bapa
merupakan manifestasi daripada persepsi ibu bapa terhadap pendidikan
prasekolah. Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan di beberapa tadika merupakan
topik utama daripada kajian ini.
Dalam konteks di Indonesia, beberapa masalah berkaitan dengan
penglibatan ibu bapa di prasekolah adalah walaupun banyak kajian dalam dan luar
negara menunjukkan kesan positif daripada penglibatan ibu bapa terhadap kanak-
kanak, ibu bapa, dan pihak sekolah, penglibatan ibu bapa dalam pendidikan
Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah UKM 221

prasekolah ini belum menjadi tumpuan perhatian pelbagai pihak berkenaan.


Penglibatan ibu bapa sangat berbeza di pelbagai tadika kerana pelbagai keadaan
yang tidak menyokong seperti dasar tadika, kemampuan kewangan tadika, persepsi
ibu bapa dan guru terhadap penglibatan ibu bapa dan faktor-faktor lain yang
mempengaruhi penglibatan ibu bapa. Belum ada kajian yang memberikan literatur
tentang sejauh mana penglibatan ibu bapa dalam pendidikan prasekolah di
Indonesia.
Kepelbagaian tadika menurut jenis, kurikulum, dasar, kemampuan
kewangan menghasilkan jenis, tahap dan kesan penglibatan ibu bapa yang berbeza.
Keadaan tadika ini mempengaruhi pihak prasekolah untuk membuat amalan yang
melibatkan ibu bapa di prasekolah. Di Indonesia 99 peratus prasekolah diurus oleh
pihak swasta di mana tadika-tadika ini mempunyai kurikulum, dasar dan
kemampuan kewangan yang berbeza-beza kerana sangat bergantung kepada yuran
pelajar dan pihak penyokong atau penderma. Prasekolah yang kemampuan
kewangannya rendah biasanya kurang memperhatikan program penglibatan ibu
bapa kerana lebih menumpukan perhatian kepada memenuhi proses pembelajaran
dan pengajaran di prasekolah. Sedangkan prasekolah yang kemampuan kewangan
tinggi lebih mudah melaksanakan program penglibatan ibu bapa tapi mungkin dasar
tadika tidak terbuka terhadap penglibatan ibu bapa atau guru kurang pengetahuan
dan pengalaman tentang amalan-amalan prasekolah yang boleh melibatkan ibu
bapa. Mereka masih menumpukan perhatian kepada hal-hal lain yang dianggap
lebih penting.
Faktor-faktor lain yang mempengaruhi penglibatan ibu bapa ini adalah latar
belakang guru dan ibu bapa sendiri, seperti pendidikan dan status sosio ekonomi ibu
bapa, persepsi guru terhadap penglibatan ibu bapa, persepsi ibu bapa terhadap
pendidikan prasekolah. Dalam konteks Indonesia sebagai negara kepulauan yang
luas dan mempunyai masyarakat yang majmuk, persepsi ibu bapa tentang
kepentingan pendidikan prasekolah sangat berbeza. Ibu bapa daripada keluarga
kurang bernasib baik cenderung menganggap pendidikan prasekolah tidak penting.
Apalagi bila mereka tinggal di luar bandar dan tidak mempunyai akses kepada
pendidikan prasekolah. Pendidikan prasekolah umumnya mudah dijumpai di
kawasan bandar sahaja. Menurut Direktorat Pendidikan Anak Usia Dini
(Prasekolah), Jabatan Pendidikan Nasional, 2007, walaupun didapati peningkatan
jumlah prasekolah yang sangat signifikan pada tahun 2006, masih banyak ibu bapa
yang belum menyedari kepentingan pendidikan prasekolah. Persepsi ibu bapa yang
rendah mengenai pendidikan prasekolah ini mengakibatkan penglibatan mereka di
pendidikan prasekolah juga rendah.
Persepsi guru dan pengetua tentang penglibatan ibu bapa sangat berbeza
dari aspek (a) sejauh mana ibu bapa boleh terlibat dalam membuat keputusan di
prasekolah, (b) sejauh mana ibu bapa boleh membantu guru dan pelajar dalam
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dan (c) sejauh mana ibu bapa boleh
dilibatkan dalam bidang kurikulum di prasekolah. Persepsi guru ini dipengaruhi
oleh latar belakang pendidikan dan pengalaman mereka, sikap dan keperibadian
mereka. Guru yang tidak mempunyai latar belakang pendidikan di bidang
pendidikan prasekolah, psikologi atau tidak mempunyai sijil Keguruan kurang
222 Elis Johannes

memahami psikologi perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh sehingga


menganggap kurang penting penglibatan ibu bapa dalam pendidikan kanak-kanak di
prasekolah. Keadaaan ini menjadi lebih buruk apabila guru-guru tersebut kurang
pengalaman. Sebahagian guru yang introvert tidak menyukai bila orangtua terlibat
terlalu banyak di prasekolah. Ada guru dan pengetua tidak mau ditegur oleh ibu
bapa. Guru dan pengetua yang lain berpendapat tidak perlu melibatkan ibu bapa
terlalu banyak kerana mereka pasti tidak mempunyai masa. Thomas (1987)
menyatakan masalah timbul bila guru enggan bekerjasama dengan ibu bapa yang
bukan daripada golongan profesional. Pelbagai kekangan lain terhadap penglibatan
ibu bapa juga mempengaruhi sejauh mana ibu bapa dapat terlibat dalam pendidikan
prasekolah.
Dalam Panduan Pembelajaran di Taman Kanak-kanak (2006) yang
diterbitkan oleh Departemen Pendidikan Nasional, Jakarta, dinyatakan bahawa ibu
bapa boleh terlibat secara sukarela atau menyertai kegiatan di tadika. Mereka juga
boleh bekerja sama dengan pihak tadika dalam membuat keputusan mengenai
kanak-kanak. Pernyataan ini tidak disertai dengan panduan terperinci bagi pihak
tadika untuk membuat aktiviti-aktiviti konkrit yang melibatkan ibu bapa di tadika.
Keadaan ini tidak menyokong pihak prasekolah untuk merancang kurikulum yang
melibatkan ibu bapa.

OBJEKTIF KAJIAN

Berdasar kepada permasalahan tersebut, pengkaji melakukan kajian ini dengan


objektif seperti berikut ini:
1. Mengenal pasti tahap amalan aktiviti tadika yang melibatkan ibu bapa.
2. Mengenal pasti tahap penglibatan ibu bapa menurut jenis tadika.
3. Mengenalpasti kekangan yang mempengaruhi penglibatan ibu bapa
4. Mengenalpasti hubungan antara persepsi ibu bapa tentang pendidikan
prasekolah dengan penglibatan ibu bapa.
5. Mengenalpasti hubungan antara persepsi guru tentang penglibatan ibu bapa
dengan penglibatan ibu bapa.
6. Mengenalpasti hubungan antara SSE ibu bapa dengan penglibatan ibu bapa.
7. Mengenalpasti hubungan antara latar belakang akademik dengan
penglibatan ibu bapa.
8. Mengenalpasti faedah penglibatan ibu bapa
9. Mengenalpasti strategi bagi meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam
aktiviti-aktiviti di tadika.

HIPOTESIS KAJIAN

Kajian ini menguji 4 hipotesis nol. Hipotesis nol kajian adalah :


Ho1. Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara persepsi guru tentang
penglibatan ibu bapa dengan penglibatan ibu bapa.
Ho2. Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara persepsi ibu bapa tentang
pendidikan prasekolah dengan penglibatan ibu bapa.
Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah UKM 223

Ho3. Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara latar belakang status sosio
ekonomi (SSE) dengan penglibatan ibu bapa.
Ho4. Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara latar belakang akademik
dengan penglibatan ibu bapa.

KEPENTINGAN KAJIAN

Dapatan kajian ini akan sangat bermanfaat bagi pihak ibu bapa, prasekolah dan
pihak kerajaan kerana memberikan gambaran sejauh mana amalan tadika yang
melibatkan ibu bapa, sejauh mana penglibatan ibu bapa dalam aktiviti di tadika, dan
menggalakkan pihak kerajaan untuk membuat kurikulum yang lebih banyak
melibatkan ibu bapa dalam pendidikan tadika. Selanjutnya pengkaji membahagi bab
kedua kepada dua topik utama iaitu topik berkenaan dengan pendidikan prasekolah
dan topik berkenaan dengan penglibatan ibu bapa. Pengkaji berasa perlu
menghuraikan topik tentang pendidikan prasekolah di Indonesia secara luas supaya
topik penglibatan ibu bapa dalam konteks Indonesia dapat difahami secara mudah.
Kemudian pengkaji menghuraikan topik penglibatan ibu bapa ini dari pelbagai
aspek.

TINJAUAN LITERATUR

Menurut Morrison (1978) pengertian daripada penglibatan ibu bapa yang


komprehensif adalah proses aktualisasi daripada potensi ibu bapa, untuk membantu
ibu bapa mencari kekuatan, potensi dan bakatnya serta menggunakannya bagi diri
mereka sendiri dan keluarga. Penglibatan ibu bapa secara meluas diyakini menjadi
penting bagi perkembangan akademik awal kanak-kanak. Sebagai contoh,
pembinaan penglibatan ibu bapa adalah tujuan utama dari Jabatan Pendidikan
Amerika Syarikat (Fantuzzo et al., 1999 dalam Arnold et al. 2008).), dan merupakan
landasan filosofis daripada Head Start (Administration for Children and Families,
2006 dalam Arnold et.al 2008). Teori menunjukkan pentingnya penglibatan ibu
bapa dalam pembinaan kemahiran akademik sejak awal (Christenson, 2004).
Menurut Berger (1995), pengetua mempunyai 4 peranan kepimpinan dalam
penglibatan ibu bapa, iaitu sebagai sebagai pembina moral, pereka bentuk program,
pembina hubungan dengan ibu bapa dan penyelaras program penglibatan ibu bapa.
Sedangkan ibu bapa mempunyai beberapa peranan iaitu sebagai pembuat polisi,
guru bagi anak-anaknya, pihak yang digaji, sukarelawan yang bersifat sementara,
atau sebagai penonton sahaja.
Penglibatan ibu bapa mengikut Model Epstein (2002) mempunyai enam
jenis penglibatan iaitu aspek keibubapaan, komunikasi, kesukarelaan, pembelajaran
di rumah, membuat keputusan dan kolaborasi dengan komuniti. Setiap jenis
penglibatan akan mempunyai banyak amalan yang berbeza yang boleh dilakukan
oleh pihak tadika untuk mencapai matlamat prasekolah yang sudah ditetapkan.
Dalam kajian ini pengkaji tidak mengkaji aspek kolaborasi dengan komuniti, kerana
aspek ini lebih tertumpu kepada penglibatan komuniti dalam prasekolah. Menurut
Gestwicki (2004) kekangan dalam membangun hubungan antara ibu bapa dan guru
224 Elis Johannes

bagi tujuan penglibatan ibu bapa, dapat dibezakan menjadi faktor dalaman dan
faktor luaran. Faktor dalaman mencakupi masalah antaranya keperibadian guru
yang kurang suka bersosialisasi dengan ibu bapa, perbezaan antara pengalaman
guru dan ibu bapa sehingga seringkali guru memandang ibu bapa kurang
pengetahuan berbanding dengan guru yang dilatih secara profesional. Faktor
berikutnya ialah isu kepercayaan iaitu anggapan negatif tentang kemampuan
keluarga.
Faktor luaran mencakupi masalah waktu yang dimiliki oleh guru. Apabila
falsafah sekolah dan tindakan administratif tidak menyokong perkongsian dengan
keluarga, guru tidak akan mempunyai waktu untuk meresponi ibu bapa. Ide lama
tentang penglibatan ibu bapa yang terlalu formal kurang menyokong hubungan baik
antara pihak tadika dan ibu bapa (Swap, 1993 dalam Getswicki, 2004). Selanjutnya
guru yang terlalu sibuk menjadi kekangan dalam penglibatan ibu bapa. Hal ini
membuat ibu bapa enggan bertemu guru. Apabila dasar pentadbiran sekolah
mempunyai polisi yang melarang hubungan dan diskusi antara ibu bapa dan
kakitangan sekolah, maka ibu bapa kehilangan peluang untuk membangun
hubungan dengan guru. Kekangan lain adalah ibu bapa yang berminat terlibat tapi
tidak ada pembantu rumah, bekerja, menganggap tadika membosankan dan tidak
wujud komunikasi dua hala dalam mesyuarat (Rohaty dan Abu Bakar, 1994).

METODOLOGI

Dalam bab ke tiga pengkaji menghuraikan tentang metodologi kajian. Kajian ini
merupakan kajian kuantitatif dan kualitatif yang menggunakan kaedah tinjauan.
Seramai 346 sampel ibu bapa dan 30 sampel guru dan pengetua terlibat dalam
kajian ini. Sampel ini berasal daripada 6 tadika swasta di daerah Curug, Tangerang.
Pengkaji menggunakan pemilihan sampel rawak berstrata di mana pengkaji
membezakan tadika menjadi tiga jenis kumpulan iaitu tadika dengan yuran tinggi,
sederhana dan rendah. Tadika dengan yuran pelajar rendah adalah apabila yuran
pelajar kurang daripada 70 RM. Tadika dengan yuran pelajar sederhana adalah
apabila yuran pelajar antara 71 RM – 180 RM. Sedangkan tadika dengan yuran
pelajar tinggi adalah apabila yuran pelajar lebih daripada 180 RM. Instrumen dalam
kajian ini menggunakan soal selidik dengan skala likert 4 poin. Tuckman (1978)
berpendapat bahawa kaedah soal selidik merupakan cara yang berkesan bagi
mendapatkan maklumat daripada responden. Apabila soal selidik digunakan, maka
cara tinjauan yang menggunakan sampel rawak adalah lebih praktikal. Temu bual
dengan pengetua tadika dilakukan bagi mendapatkan maklumat tambahan yang
menyokong data kuantitatif dan menjawab persoalan ke delapan kajian.
Analisis data dilakukan secara statistik deskriptif dan inferensi dengan
menggunakan SPSS 12.0. Menurut Mohd Majid (1998) statistik deskriptif berupa
organisasi dan ringkasan data yang diperoleh dari analisis data. Statistik deskriptif
yang digunakan dalam kajian ini adalah dalam bentuk frekuensi, peratusan, min dan
sisihan piawai bagi menghuraikan sampel kajian dan menjawab persoalan kajian.
Analisis juga dilakukan untuk menguji hipotesis kajian yang dibina iaitu dengan
menggunakan statistik parametrik Pekali Korelasi Pearson. Data kualitatif dianalisis
Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah UKM 225

dengan memperhatikan tema-tema yang didapat daripada jawaban responden.


Jawaban dibandingkan dengan jawaban responden lain dan pengkaji menyatukan
jawaban serta membuat kesimpulan.

DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian bagi menjawab persoalan kajian pertama hingga ke empat diperoleh
melalui analisis statistik deskriptif yang dijalankan. Purata min bagi amalan aktiviti
berkait aspek keibubapaan ialah 2.57 dan purata min bagi amalan aktiviti berkait
aspek mengambil keputusan ialah 1.90. Sedangkan purata min bagi amalan aktiviti
berkait aspek komunikasi ialah 3.14 dan purata min bagi aspek pembelajaran di
rumah ialah 2.91. Purata min bagi amalan aktiviti berkait aspek kesukarelawan
ialah 2.03. Interpretasi dari purata min ini adalah tahap amalan aktiviti tadika yang
melibatkan ibu bapa berkait aspek keibubapaan, komunikasi dan pembelajaran di
rumah adalah sederhana. Ini bermakna tadika ada mengamalkan aktiviti-aktiviti ini
tapi tidak terlalu aktif. Bagi aspek mengambil keputusan dan kesukarelawan, tahap
amalan aktiviti tadika rendah jadi pihak tadika kurang mengamalkan aktiviti-aktiviti
dalam aspek-aspek tersebut. Secara keseluruhan skor min tahap amalan aktiviti di
tadika yang melibatkan ibu bapa ialah 2.52, iaitu tahap sederhana. Ini bermakna
tadika mengamalkan aktiviti-aktiviti yang melibatkan ibu bapa di tadika tapi tidak
terlalu aktif.
Bagi menjawab persoal kajian ke dua, di tadika dengan yuran rendah
penglibatan ibu bapa berkaitan dengan aspek pembuat keputusan mempunyai
purata min terendah iaitu 1.51 sedangkan bagi aspek komunikasi mempunyai
purata min tertinggi iaitu 2.27. Skor min keseluruhan di tadika dengan yuran
rendah ialah 1.77 yang bermakna tahap penglibatan . Di tadika dengan yuran
sederhana, penglibatan ibu bapa berkait aspek kesukarelawan mempunyai purata
min terendah iaitu 1.47 sedangkan bagi aspek komunikasi mempunyai purata min
tertinggi iaitu 2.44. Secara keseluruhan skor min di tadika dengan yuran sederhana
ialah 1.88 iaitu tahap rendah. Di tadika dengan yuran tinggi penglibatan berkaitan
dengan aspek kesukarelawan mempunyai purata min terendah iaitu 1.76 sedangkan
aspek keibubapaan mempunyai purata min tertinggi iaitu 2.53. Secara keseluruhan
skor minnya ialah 2.20 yang diinterpretasikan penglibatan pada tahap rendah.
Berdasarkan data-data di setiap jenis tadika ini, dapat disimpulkan bahawa
penglibatan ibu bapa di semua jenis tadika berada pada tahap rendah iaitu dengan
nilai min 1.95. Ini bermakna ibu bapa kurang terlibat dalam aktiviti-aktiviti di
semua jenis tadika.
Faktor yang menjadi kekangan utama dalam penglibatan ibu bapa menurut
63.9 % responden ibu bapa adalah faktor ’kesibukan bekerja’ sehingga sukar
mengatur waktu untuk datang ke sekolah (64.6%). Faktor SSE juga dianggap
sebagai kekangan oleh 40.5 % responden ibu bapa. Sebesar 41.8 % responden ibu
bapa juga menganggap kebijakan sekolah yang tidak menyokong penglibatan ibu
bapa menjadi kekangan bagi penglibatan ibu bapa di tadika. Sedangkan 96.7 %
responden guru juga berpendapat sama bahawa, kekangan utama adalah faktor
’kesibukan bekerja’ sehingga ibu bapa tidak dapat datang ke tadika.
226 Elis Johannes

Sebesar 56.7 % responden guru menyatakan faktor ’tadika kekurangan dana


bagi mengadakan program yang melibatkan ibu bapa’ juga menjadi kekangan bagi
penglibatan ibu bapa. Sebesar 40.0 % resonden guru juga berpendapat bahawa
sikap negatif kerana pengalaman sekolah yang pahit yang dialami ibu bapa juga
menjadi kekangan. ’Keperibadian guru yang tertutup sehingga kurang menyukai
guru terlibat’ juga menjadi kekangan menurut 33.3 % responden guru. Selanjutnya
33.3 % responden guru juga berpendapat sama dengan ibu bapa bahawa faktor
pendidikan, SSE juga menjadi kekangan bagi penglibatan ibu bapa dalam aktiviti di
tadika. Jadi dapat disimpulkan bahawa kekangan utama dalam penglibatan ibu
bapa adalah faktor waktu, kerjaya, sikap guru dan ibu bapa, serta faktor latar
belakang sosio ekonomi dan akademik ibu bapa. Bagi menjawab persoalan kajian
ke empat sampai ke tujuh, pengkaji melakukan uji Pekali Pearson. Dapatan kajian
diringkaskan dalam Jadual 1.

Jadual 1. Hasil analisis uji Pekali Pearson

Hipotesis Statistik Hasil Keputusan

Ho1 : tidak ada hubungan antara persepsi ibu Korelasi r = 0.188 ditolak
bapa terhadap pendidikan Pearson p<0.01
prasekolah dengan penglibatan ibu bapa

Ho2 : Tidak ada hubungan antara persepsi Korelasi r = 0.017 diterima


guru terhadap penglibatan ibu bapa dengan Pearson p > 0.01
penglibatan ibu bapa

Ho3 :Tidak ada hubungan antara SSE dengan Korelasi r = 0.403 ditolak
penglibatan ibu bapa Pearson p < 0.01

Ho4: Tidak ada hubungan antara latar Korelasi r = 0.272 ditolak


belakang akademik dengan penglibatan ibu Pearson p < 0.01
bapa

Jadual 1 menunjukkan bahawa hipotesis Ho1 ditolak. Ini bermakna bahawa


ada hubungan yang signifikan antara hubungan antara persepsi ibu bapa tentang
pendidikan prasekolah dengan penglibatan ibu bapa. Hipotesis Ho3 ditolak
sehingga rumusannya adalah ada hubungan yang signifikan antara status sosio
ekonomi dengan penglibatan ibu bapa. Hipotesis Ho4 ditolak bererti ada hubungan
yang signifikan antara latar belakang akademik dengan penglibatan ibu bapa. Jadi
Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah UKM 227

semakin tinggi latar belakang status sosio ekonomi dan akademik ibu bapa, semakin
tinggi penglibatan ibu bapa dalam aktiviti di tadika. Hipotesis Ho2 diterima
sehingga rumusannya ialah tidak ada hubungan antara persepsi guru terhadap
penglibatan ibu bapa dengan penglibatan ibu bapa. Persoalan kajian terakhir ialah
strategi peningkatan ibu bapa dalam aktiviti-aktiviti di tadika.
Persepsi guru terhadap faedah daripada penglibatan ibu bapa ini cukup
tinggi. Bagi kanak-kanak, faedah penglibatan ibu bapa dianggap sangat besar bagi
kejayaan akademik dan emosi kanak-kanak, seperti kemahiran membaca
pembelajaran di rumah, dan kemahiran berbahasa, meningkatkan esteem kendiri
kanak-kanak. Sedangkan faedah utama bagi ibu bapa adalah masalah kanak-kanak
dapat diselesaikan dengan berkesan, ibu bapa dapat menyumbang tenaga dan
berkongsi bakat, serta meningkatkan kemahiran keibubapaan. Selanjutnya menurut
guru faedah utama daripada penglibatan ini bagi pihak tadika adalah guru-guru
dapat merancang kerja rumah yang lebih interaktif dan tadika dapat berjaya
mencapai matlamat tadika.
Ibu bapa juga mempunyai persepsi yang cukup baik terhadap faedah daripada
penglibatan ibu bapa. Menurut perspektif ibu bapa faedah utama daripada
penglibatan mereka adalah juga dalam bidang akademik anak-anaknya seperti ibu
bapa akan mengetahui cara menyokong pembelajaran anak di rumah, dan kanak-
kanak memiliki sikap positif terhadap kerja rumah. Faedah utama bagi ibu bapa
sendiri adalah meningkatkan kemahiran keibubapaan dan esteem kendiri mereka.
Sedangkan faedah utama bagi guru antaranya guru-guru dapat meningkatkan
kemahiran dalam merancang kerja rumah yang lebih interaktif, kemahiran
berkomunikasi yang berkesan, merancang kurikulum yang melibatkan ibu bapa, dan
mempunyai sikap terbuka terhadap ibu bapa serta menyedari bahawa perspektif ibu
bapa perlu dipertimbangkan dalam pembuatan keputusan berkaitan dengan
pendidikan kanak-kanak.

JADUAL 2. Strategi peningkatan penglibatan ibu bapa.

il Aspek Strategi Responden


penglibatan
1 Keibu-bapaan  bengkel atau seminar bagi ibu bapa tentang pelbagai 1, 2, 3, 4, 5, 6
topik, terutama berkenaan dengan cara mendidik
anak
 memberikan pengarahan tentang disiplin sekolah 6
dan menyokongnya dengan mengingatkan, memberi
reward dan berbincang dengan ibu bapa
2 Mengambil  melibatkan ibu bapa dalam perbincangan dengan 3, 6
keputusan guru dan pengetua supaya mendapat keputusan yang
tepat sesuai dengan perkembangan anak 2
 melibatkan ibu bapa dalam memberikan cadangan
berkenaan dengan kurikulum
228 Elis Johannes

il Aspek Strategi Responden


penglibatan
3 Komunikasi  membuat jadual pertemuan dengan ibu bapa untuk 1, 2, 4,
seminar, bengkel, perbincangan, pengarahan sesuai 5, 6
dengan waktu yang telah disetujui oleh ibu bapa
 membentuk Persatuan Ibu bapa dan Guru supaya 3, 5
komunikasi antara guru dan ibu bapa lebih baik dan
ibu bapa dapat memberikan cadangan kepada pihak
tadika dengan berkesan
 pengarahan bagi ibu bapa untuk memilih sekolah 4
rendah yang baik
 memberi peluang ibu bapa berkomunikasi dengan 4
guru saat menjemput pulang anaknya
4 Pembelajaran  melibatkan ibu bapa dalam kerja rumah yang 2,3,5
di rumah interaktif
 membuat jadual aktiviti bagi ibu bapa dan anak di 2
rumah
 menjalin komunikasi dua hala di mana ibu bapa dan 6
guru berbincang dan saling memberikan cadangan
bagi menyelesaikan masalah pembelajaran di rumah
5 Kesukarela-  penglibatan ibu bapa secara sukarela dalam majlis- 3, 4, 5
wan majlis sekolah seperti hari besar keagamaan, hari
Ibu, hari Guru, hari Sukan, membersihkan
persekitaran dan menanam pohon
 mengajar secara sukarela dalam bidang kokurikulum 1, 2
 memberikan pengarahan tentang program 6
kesukarelawan di awal tahun ajaran dan
mengadakan pertemuan pada jadual yang dapat
dihadiri oleh ibu bapa seperti hari Sabtu pagi atau
sore hari
 mengadakan tinjauan bagi mengetahui bakat ibu
bapa yang dapat diajarkan secara sukarela di kelas
sesuai dengan waktu yang disetujui oleh ibu bapa

Berdasarkan Jadual 2 dapat diringkaskan bahawa strategi yang paling


banyak dicadangkan oleh responden guru berkait aspek keibubapaan adalah
’mengadakan bengkel atau seminar bagi ibu bapa tentang pelbagai topik, terutama
berkenaan dengan cara mendidik anak’. Sedangkan dalam aspek komunikasi,
strategi yang paling banyak dicadangkan adalah ’membuat jadual pertemuan dengan
ibu bapa untuk seminar, bengkel, perbincangan, pengarahan sesuai dengan waktu
yang telah disetujui oleh ibu bapa’. Dalam aspek pembelajaran di rumah seramai 3
responden mencadangkan ’melibatkan ibu bapa dalam kerja rumah yang interaktif’.
Dalam aspek kesukarelawan seramai 3 responden pula mencadangkan ’penglibatan
ibu bapa secara sukarela dalam majlis-majlis sekolah seperti hari besar keagamaan,
hari Ibu, hari Guru, hari Sukan, membersihkan persekitaran, menanam pohon dan
Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah UKM 229

lain-lain’. Sedangkan dalam aspek mengambil keputusan, hanya 2 orang responden


mencadangkan ’melibatkan ibu bapa dalam perbincangan dengan guru dan
pengetua supaya mendapat keputusan yang tepat sesuai dengan perkembangan
anak.

PERBINCANGAN DAPATAN

Bagi persoalan kajian pertama, secara keseluruhan dapatan kajian ini selari dengan
dapatan kajian Nelavathi (2004) iaitu tahap amalan aktiviti berkaitan dengan aspek
komunikasi paling tinggi dan aspek pembuatan keputusan paling rendah. Secara
keseluruhan skor min tahap amalan aktiviti di tadika yang melibatkan ibu bapa ialah
2.52, iaitu tahap sederhana. Ini bermakna tadika mengamalkan aktiviti yang
melibatkan ibu bapa tapi tidak terlalu aktif. Tadika belum menggunakan tenaga,
pengalaman dan kemahiran yang ada pada ibu bapa dalam usaha membantu kanak-
kanak meningkatkan prestasi mereka secara maksima sama ada dalam aktiviti
kurikulum ataupun aktiviti kokurikulum.
Aspek komunikasi ini mempunyai purata min yang paling tinggi berbanding
dengan aspek-aspek lainnya iaitu dengan nilai purata min 3.14. Kajian yang
dijalankan oleh States (1998) mendapati bahawa kanak-kanak menunjukkan
prestasi yang lebih baik di sekolah apabila wujud komunikasi dua hala antara ibu
bapa dan guru di sekolah. Pada amnya tadika-tadika di Indonesia selalu berusaha
untuk menjana hubungan yang rapat dengan ibu bapa sehingga dapat mewujudkan
kerjasama kedua belah pihak bagi kepentingan pelajar, guru dan ibu bapa sendiri.
Item ‘Menjemput ibu bapa ke majlis sekolah seperti hari perpisahan, penyampai
hadiah, hari anugerah cemerlang, konser, dan lain-lain’ juga mempunyai nilai min
yang tinggi iaitu 3.67. Dalam kajian Nelavathi, item ini mempunyai nilai min
tertinggi dan hal ini menyokong dapatan kajian Zuraimah (2002) yang menyatakan
75 % responden guru bersetuju bahawa ibu bapa pelajar banyak terlibat dengan
menghadiri majlis sekolah seperti hari sukan tahunan / hari ucapan dan
penyampaian hadiah sekolah dan hari anugrah cemerlang. Dapatan ini juga selari
dengan dapatan Rohaty, Azhar dan Nor Lizalina (2002) yang melaporkan bahawa
penglibatan ibu bapa terbatas kepada hal yang lebih bersifat fizikal dan sosial
seperti mengiringi kanak-kanak dalam lawatan, melibatkan diri semasa hari
penyampaian sijil atau hari sukan.
Item ‘Memberikan maklumat kepada ibu bapa berhubung dengan
pelanggaran disiplin anak di tadika’ juga mempunyai nilai min yang sama tingginya
iaitu 3.67. Pihak tadika menganggap penting untuk selalu berkomunikasi dengan ibu
bapa tentang pelanggaran disiplin tadika demi keselamatan kanak-kanak seperti
pemakaian perhiasan ke sekolah, melukai kawan, datang terlambat ke tadika dan
jarang masuk sekolah dan lain-lain. Pelanggaran disiplin sekolah ini kadang-kadang
disebabkan juga oleh faktor ibu bapa sendiri. Walau demikian, dapatan ini tidak
selari dengan dapatan Nelavathi (2004) di mana aktiviti menghubungi ibu bapa
tentang kes disiplin tadika mempunyai nilai min terendah. Ini disebabkan dalam
kajian tersebut, pelanggaran disiplin lebih disebabkan oleh faktor pelajar dan
230 Elis Johannes

dianggap bukan pelanggaran yang serius sehingga masih bisa diselesaikan oleh guru
tanpa membabitkan ibu bapa
Secara keseluruhan purata min bagi aktiviti berkait aspek membuat
keputusan ialah 1.90. Ini bermakna tadika kurang mengamalkan aktiviti yang
melibatkan ibu bapa berkaitan dengan aspek membuat keputusan. Data temu bual
juga menyokong dapatan bahawa pada amnya pihak tadika tidak terbuka dalam
membincangkan tentang kurikulum, tetapi lebih terbuka dalam menerima cadangan
tentang disiplin sekolah dan kerja rumah. Perbincangan tentang disiplin sekolah
dianggap penting kerana sebahagian pelanggaran disiplin disebabkan juga oleh
faktor ibu bapa. Dengan perbincangan ini ibu bapa dapat bekerja sama dan
menyokong anak-anaknya untuk mematuhi disiplin sekolah. Item mengenai
penglibatan dalam perancangan dasar tadika yang berkait dengan kerja rumah
mempunyai nilai min kedua tertinggi iaitu 2.43 yang hampir selari dengan dapatan
kajian Nelavathi yang mendapati nilai min tertinggi bagi item ini. Sebahagian besar
pihak tadika melaksanakan aktiviti ini kerana persepsi ibu bapa yang sering
menganggap tadika sebagai tahap penyediaan kemampuan 3 M untuk masuk ke
Sekolah Rendah. Hal ini disebabkan oleh tuntutan Sekolah Rendah yang pada amnya
lebih menerima pelajar yang sudah mempunyai kemampuan membaca dan menulis.
Akibatnya kerja rumah khasnya dalam 3 M (membaca, menulis dan menghitung)
menjadi tumpuan perhatian ibu bapa sehingga pihak tadika berasa perlu melibatkan
ibu bapa dalam perancangan berkaitan dengan kerja rumah. Namun pihak tadika
tidak melibatkan ibu bapa dalam perancangan dasar tadika berhubung kurikulum.
Hal ini selari dengan dapatan kajian Nelavathi (2004) dan dapatan kajian Survey of
Parents and Teachers (2000) dalam Nelavathi (2004) yang menyatakan bahawa
guru tidak bersetuju ibu bapa dilibatkan dalam aspek membuat keputusan
berhubungan dengan pentadbiran, kewangan, pengurusan kurikulum sekolah dan
penilaian guru. Dari temu bual diketahui bahawa pihak tadika berpendapat tadika
harus menggunakan kurikulum yang sudah ditetapkan oleh Departemen
Pendidikan Nasional dan tidak boleh diubah oleh ibu bapa. Pengaturan kewangan
adalah tugas daripada pihak tadika dan tidak memerlukan campur tangan ibu bapa.
Bagi persoalan kajian ke dua, di tadika dengan yuran rendah penglibatan ibu
bapa berkaitan dengan aspek pembuat keputusan mempunyai nilai min terendah
iaitu 1.51 sedangkan aspek komunikasi mempunyai nilai min tertinggi iaitu 2.27.
Skor min keseluruhan di tadika dengan yuran rendah ialah 1.77 yang bermakna
penglibatan ibu bapa kurang. Di tadika dengan yuran sederhana, aspek
kesukarelawan mempunyai nilai min terendah iaitu 1.47 sedangkan aspek
komunikasi mempunyai nilai min tertinggi iaitu 2.44. Secara keseluruhan skor min
di tadika dengan yuran rendah ialah 1.88 yang bermakna penglibatan ibu bapa di
tadika dengan yuran sederhana adalah kurang. Di tadika dengan yuran tinggi
penglibatan berkaitan dengan aspek kesukarelawan mempunyai nilai min terendah
iaitu 1.76 sedangkan aspek keibubapaan mempunyai nilai min tertinggi iaitu 2.53.
Secara keseluruhan skor minnya ialah 2.20 yang diinterpretasikan penglibatan pada
tahap rendah. Berdasarkan data-data di setiap jenis tadika ini, dapat disimpulkan
bahawa penglibatan ibu bapa dalam aktiviti di tadika secara keseluruhan adalah
kurang iaitu dengan nilai min 1.95. Secara keseluruhan tahap penglibatan ibu bapa
Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah UKM 231

ini lebih rendah daripada tahap amalan aktiviti oleh pihak tadika. Dapatan ini
menyokong dapatan Mardziah (2006) dalam kajiannya tentang penglibatan ibu bapa
dalam program prasekolah di Seremban. Jadi masih ada ruang bagi ibu bapa untuk
meningkatkan penglibatan mereka kerana tahap amalan tadika bagi aktiviti yang
melibatkan ibu bapa lebih tinggi.
Faktor kekangan utama yang mempengaruhi penglibatan ibu bapa adalah
faktor f waktu, kerjaya, sikap guru dan ibu bapa, serta faktor latar belakang sosio
ekonomi dan akademik ibu bapa, kewangan dan dasar tadika. Bagi tadika dengan
yuran tinggi, kekangan ini disebabkan oleh dasar tadika yang tidak sepenuhnya
menyokong penglibatan ibu bapa atau mungkin guru tidak mempunyai pengetahuan
dan kemahiran yang mencukupi bagi merancang dan melaksanakan aktiviti yg lebih
komprehensif. Sikap pengetua dan guru yang kurang terbuka terhadap penglibatan
ibu bapa juga dapat mempengaruhi tahap amalan aktiviti yang melibatkan ibu bapa.
Bagi tadika dengan yuran rendah, faktor kewangan menyebabkan tadika belum
menumpukan perhatian kepada program penglibatan ibu bapa. Mereka masih
berfokus kepada cara memenuhi keperluan bagi proses pembelajaran dan
pengajaran di tadika. Selain itu mereka juga kurang pengetahuan tentang program
penglibatan ibu bapa.
Hasil kajian Castro et al (2004) mendapati pekerjaan ibu bapa menjadi
prediktor yang terkuat bagi penglibatan ibu bapa melebihi faktor pendidikan dan
kepercayaan ibu bapa mengenai penglibatan mereka. Dapatan Driebe dan Cohran
(1996) juga selari dengan dapatan ini iaitu semakin tinggi masa dalam pekerjaan
yang berhubungan dengan semakin besarnya pendapatan, maka semakin sedikit
masa yang dapat disediakan bagi aktiviti penglibatan ibu bapa. Pihak tadika perlu
merancang aktiviti penglibatan yang menciptakan lebih banyak peluang bagi ibu
bapa yang bekerja untuk terlibat. Seperti contoh membuat jadual pertemuan atau
majlis lainnya pada hari Sabtu, Minggu atau pada hari lainnya sebelum ibu bapa
berangkat ke tempat kerja serta menyediakan lebih banyak cara bagi ibu bapa untuk
terlibat dari rumah. Penyertaan ibu bapa dari rumah tidak hanya yang berkaitan
dengan kerja rumah, tetapi diperluas dengan menyediakan idea dan sumber bagi
aktiviti-aktiviti yang mereka dapat lakukan di rumah dengan anaknya, yang
berhubungan dengan sekolah dan komuniti. Menurut Castro et al (2006) program
Head Start Amerika Syarikat, menganggap aktiviti yang dilakukan oleh ibu bapa di
rumah sebagai bahagian daripada kesukarelawan mereka.
Pertemuan-pertemuan dengan ibu bapa merupakan sarana bagi komunikasi
dua hala dengan ibu bapa. Dengan komunikasi yang baik, ibu bapa dapat lebih
mudah diajak bekerja sama. Castro (2006) membahagikan pertemuan ini kepada 6
jenis iaitu pertemuan berhubung dengan pembuatan dasar (policy council), komite
kelas (classroom committees), konferensi antar guru dan ibu bapa (parent-teacher
conferences), orientasi ibu bapa (parent orientation), pendidikan keibubapaan
(parent education). Pendidikan keibubapaan ini biasanya diberikan dalam seminar
atau bengkel. Pendidikan keibubapaan ini sangat penting bagi meningkatkan
pengetahuan ibu bapa tentang cara mendidik anak dan menyedarkan ibu bapa
tentang pentingnya penglibatan mereka dalam pendidikan anak-anaknya sehingga
ibu bapa termotivasi, tertarik dan mempunyai sikap yang peduli terhadap program
232 Elis Johannes

penglibatan ini. Jadi ini merupakan langkah awal dan kunci daripada keberhasilan
program penglibatan ibu bapa. Materi dalam seminar pun boleh dirancang sesuai
dengan keperluan ibu bapa, tidak hanya yang berkaitan dengan pendidikan anak
tetapi juga topik yang dapat membantu ibu bapa meningkatkan kemahiran dalam
bidang lainnya sehingga membantu meningkatkan SSE mereka seperti pelatihan
program komputer, bahasa Inggeris, memasak, perniagaan dan lain-lain.
Mengikut pendapat Hapidah (2001), aspek seperti latar belakang individu,
pengalaman, taraf pendidikan, situasi persekitaran, kepercayaan dan nilai yang
diamalkan oleh individu akan membentuk persepsi individu tersebut terhadap
sesuatu fenomena, dalam konteks ini persepsi ibu bapa terhadap pendidikan
prasekolah. Pengalaman ibu bapa yang positif mengenai prasekolah, taraf
pendidikan mereka, situasi persekitaran yang memberi akses kepada maklumat
pendidikan prasekolah seperti media membantu membentuk persepsi ibu bapa
yang tinggi. Hasil uji Pekali korelasi terhadap hubungan antara persepsi ibu bapa
terhadap pendidikan prasekolah dengan penglibatan ibu bapa dalam aktiviti-aktiviti
di tadika mendapati nilai signifikan p = 0.001 lebih kecil daripada 0.01. Ini bererti
terdapat hubungan yang signifikan antara persepsi ibu bapa terhadap pendidikan
prasekolah dengan penglibatan ibu bapa dalam aktiviti-aktiviti di tadika. Menurut
Borg dan Gall (1983) nilai r = 0.188 diinterpretasikan sebagai hubungan pada tahap
yang lemah. Keputusan uji Korelasi Pearson ini bermakna hipotesis Ho1 yang
dibina ditolak. Rumusannya adalah semakin tinggi persepsi ibu bapa tentang
pendidikan prasekolah, semakin tinggi pula tahap penglibatan mereka di tadika.
Hasil uji korelasi untuk menguji hipotesis ke dua mendapati nilai signifikan
p = 0.931. Nilai signifikan p = 0.931 lebih besar dari pada 0.01 (p>0.01). Keputusan
uji Korelasi Pearson ini bermakna hipotesis Ho2 yang dibina ditolak. Ini bererti
tidak terdapat hubungan yang signifikan antara persepsi guru tentang penglibatan
ibu bapa dengan penglibatan ibu bapa dalam aktiviti-aktiviti di tadika. Adanya
peningkatan persepsi guru tidak bermakna penglibatan ibu bapa juga meningkat.
Penglibatan ibu bapa lebih berhubungan dengan persepsi mereka terhadap
pendidikan prasekolah, dipengaruhi oleh faktor-faktor lain dan tidak berhubungan
dengan persepsi guru.
Lareau (2000) menyatakan bahawa status sosio ekonomi keluarga telah
diketahui di Amerika Syarikat dan Eropah sebagai salah satu elemen yang sangat
berkuasa yang berhubungan dengan penyertaan ibu bapa dalam pendidikan anak-
anaknya. Hasil uji hipotesis ke tiga menunjukkan ada hubungan yang signifikan
antar latar belakang status sosio ekonomi ibu bapa dengan penglibatan ibu bapa (p
= 0.000 <0.05, r = 0.169). Semakin tinggi status sosio ekonomi ibu bapa semakin
tinggi penglibatan mereka. Dapatan ini selari dengan kajian Nelavathi (2004),
Mardziah (2006), Arnold et al (2008), Yamamoto (2006) dan Castro et al (2004).
Arnold et al (2008) juga mendapati bahawa status ibu atau bapa tunggal menjadi
pengantara bagi hubungan antara status sosio ekonomi dan penglibatan ibu bapa.
Kajian Yamamoto mendapati bahawa ibu SSE yang lebih tinggi cenderung lebih
banyak terlibat dalam mengakses sumber-sumber maklumat formal dan untuk
terlibat dalam membaca di rumah sehari-hari tetapi mereka kurang terlibat untuk
berpartisipasi di sekolah. Sedangkan ibu bapa daripada golongan SSE sederhana
Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah UKM 233

mempunyai keyakinan yang lebih tinggi daripada kelompok SSE rendah dalam
berinteraksi dengan guru dan menyediakan sokongan serta nasihat bagi anak-anak
mereka (Lareau, 2003 dalam Yamamoto, 2006). Ibu bapa daripada golongan SSE
rendah cenderung menganggapnya sebagai tanggungjawab daripada guru-guru
sahaja sehingga mereka kurang terlibat dalam pendidikan anak-anaknya (Lareau,
2000 dalam Yamamoto, 2006).
Hasil uji hipotesis ke empat menunjukkan bahawa terdapat hubungan antara
penglibatan ibu bapa dengan latar belakang akademik ibu bapa di tadika (p.<0.01, r
= 0.272). Dapatan kajian ini konsisten dengan kajian Nelavathi (2004) dan Mardziah
(2005) Dapatan kajian ini juga menyokong kajian Nord dan West (2001) yg
melaporkan bahawa ibu bapa yg berpendidikan dan berpendapatan tinggi lebih
banyak melibatkan diri dalam aktiviti yg dianjurkan oleh sekolah tempat anak
mereka belajar. Dalam kajian mereka, didapati 97% murid yang ibu bapa mereka
berpendidikan ijazah melibatkan diri di sekolah.
Kajian Yamamoto et al. (2006) menunjukkan juga bahawa pendidikan ibu
bapa ini berhubungan dengan pendapatan mereka. Ibu bapa yang berpendidikan
lebih tinggi, mengakses sumber maklumat formal paling sedikit satu kali sebelum
memilih prasekolah yang tepat bagi anaknya. Mereka juga mempunyai rasa
tanggung jawab yang lebih besar terhadap keluarga daripada ibu yang tidak
mengakses maklumat ini. Ibu yang mempunyai pendidikan lebih tinggi cenderung
lebih terlibat dalam aktiviti membaca kepada anaknya setiap hari daripada ibu bapa
yang berpendidikan rendah. Namun ibu bapa yang berpendidikan lebih rendah
cenderung lebih terlibat dalam aktiviti di sekolah. Ringkasnya terdapat perkaitan
antara pencapaian akademik ibu bapa dengan penglibatan mereka di tadika.
Semakin tinggi pencapaian akademik ibu bapa semakin banyak penglibatan mreka
dalam aktiviti di tadika. Ini mungkin disebabkan ibu bapa berpendidikan tinggi
lebih yakin dan berminat untuk melibatkan diri dalam pendidikan anak-anaknya
dan lebih menyukai penglibatan langsung dari rumah.
Persepsi guru terhadap faedah daripada penglibatan ibu bapa ini cukup baik
iaitu dengan purata min 3.24. Bagi kanak-kanak, faedah penglibatan ibu bapa
dianggap sangat besar dalam domain akademik kanak-kanak, emosi, sosial dan
motor. Dapatan kajian daripada Arnold 2008 dan Izzo et al., 1999 menunjukkan
bahawa penglibatan orang tua yang lebih tinggi menentukan pecapaian akademik
kanak-kanak yang tinggi. Marcon (1999) menyatakan bahawa penglibatan ibu bapa
yang lebih tinggi dan jenis penglibatan yang lebih aktif berkait dengan kemahiran
berbahasa kanak-kanak yang lebih baik, perkembangan sosial, motor, dan adaptif
yang lebih baik, penguasaan kemahiran awal di prasekolah.
Guru juga menganggap bahawa penglibatan ini merupakan sarana bagi ibu
bapa untuk menyumbang tenaga dan berkongsi bakat serta meningkatkan
kemahiran keibubapaan. Dapatan ini menyokong dapatan Rohaty (2003) bahawa
melalui penglibatan ibu bapa, masalah pembelajaran anak dapat diselesaikan
dengan berkesan dan mereka dapat menyumbang tenaga dan berkongsi bakat
dengan guru. Hal ini selari dengan pendapat Morrison (1978) bahawa pengertian
daripada penglibatan ibu bapa yang komprehensif adalah proses aktualisasi
daripada potensi ibu bapa, untuk membantu ibu bapa mencari kekuatan, potensi dan
234 Elis Johannes

bakatnya serta menggunakannya bagi diri mereka sendiri dan keluarga. Dalam
proses penglibatan ibu bapa di tadika, mereka menjadi tumpuan pembangunan
melalui perkongsian bakat dalam pelbagai aktiviti di tadika.
Selanjutnya menurut guru faedah utama bagi pihak tadika adalah guru-guru
dapat merancang kerja rumah yang lebih interaktif dan dengan perkongsian dengan
ibu bapa, tadika berjaya mencapai matlamat tadika. Dengan penglibatan ibu bapa
dalam pelbagai aspek seperti yang dikenalkan oleh Epstein (2002) maka guru
beranggapan bahawa tadika akan berjaya mencapai matlamat tadika yang telah
ditetapkan. Dapatan ini menyokong pendapat McAllister (1993) bahawa salah satu
elemen yang menyumbang kepada kejayaan kanak-kanak dan kejayaan sekolah
adalah penglibatan ibu bapa dalam pendidikan.
Purata min bagi konstruk faedah penglibatan menurut persepsi ibu bapa
ialah 3..03 berbanding dengan 3.24 menurut guru. Jadi ke dua purata min ini masih
berada dalam tahap yang sama iaitu tahap sederhana (Borg and Gall, 1983). Ini
bermakna ibu bapa juga mempunyai persepsi yang cukup baik terhadap faedah
daripada penglibatan ibu bapa. Menurut ibu bapa faedah terutama daripada
penglibatan mereka adalah juga dalam bidang akademik anak-anaknya. Hal ini
kerana persepsi ibu bapa bahawa stimulasi 3M di tadika sebagai penyediaan untuk
memasuki Sekolah Rendah, maka mereka juga menganggap bahawa penglibatan
mereka akan memberikan lebih banyak pengaruh terhadap bidang akademik anak-
anak mereka. Ibu bapa mempercayai bahawa dengan melibatkan diri mereka dalam
pembelajaran anak di rumah dengan cara yang menyenangkan, anak-anak akan
menikmati dan mempunyai sikap positif terhadap kerja rumah.
Bagi ibu bapa sendiri, mereka bersetuju bahawa penglibatan mereka
terutama akan meningkatkan kemahiran keibubapaan yang menjadi langkah awal
bagi penglibatan dalam aspek lainnya. Melalui seminar dan bengkel yang
dilaksanakan di tadika dan peluang untuk terlibat dalam pembuatan keputusan, ibu
bapa dapat meningkatkan kemahiran mereka, terutama dalam mendidik anak dan
membuat keputusan terbaik bagi anak mereka. Dengan kemahiran dan pengetahuan
yang mereka dapatkan, mereka memiliki motivasi untuk terlibat dalam pelbagai
aspek lainnya secara berterusan. Menurut Rohaty (2003) penglibatan ibu bapa ini
dapat meningkatkan esteem kendiri daripada ibu bapa yang dalam kajian ini
mempunyai nilai min 3.19 (s.p=.544). Ibu bapa mempunyai peluang untuk
melaksanakan peranannya sebagai pendidik.
Ibu bapa memandang penglibatan mereka juga memberi pelbagai faedah
bagi guru kerana guru dan pengetua harus memikirkan rancangan bagi melibatkan
ibu bapa secara komprehensif, terutamanya dalam bidang kerja rumah dan
kurikulum sehingga kualiti pembelajaran di tadika dapat ditingkatkan, dalam
menjana hubungan dengan keluarga melalui komunikasi yang berkesan,
membangun sikap yang terbuka dan tidak memandang rendah perspektif serta
penglibatan ibu bapa walaupun ibu bapa bukan dari golongan profesional. Dapatan
kajian ini menyokong dapatan Rohaty (2003) yang menyatakan penglibatan ibu bapa
dapat menjana hubungan yang erat antara keluarga dan pihak tadika, kualiti
pembelajaran dapat ditingkatkan.
Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah UKM 235

IMPLIKASI KAJIAN

Hasil kajian tentang penglibatan ibu bapa dalam tadika mendatangkan beberapa
implikasi yang harus dipikirkan oleh pelbagai pihak berkenaan.

Dasar Tadika
1. Pihak tadika harus mempunyai dasar yang terbuka terhadap penglibatan ibu
bapa dan melakukan pelbagai hal yang menyokong program penglibatan ibu
bapa.

Kurikulum Tadika
1. Pihak tadika perlu merancang kurikulum yang mencakupi program
penglibatan ibu bapa secara lebih berstruktur serta menyokong seluruh
guru dan kaki tangan sekolah dalam melaksanakannya.
2. Model penglibatan yang dicadangkan oleh Epstein dapat digunakan sebagai
panduan yang mendetail dan perlu disesuaikan dengan keadaan keluarga di
Indonesia
3. Dalam konteks di Indonesia, pihak tadika sebaiknya merancang aktiviti yang
dapat menyokong ibu bapa di tadika dengan yuran rendah untuk
meningkatkan pengetahuan dan SSE mereka sebagai salah satu kaedah
untuk meningkatkan penglibatan ibu bapa, seperti memberikan seminar
atau bengkel tentang kewirausahaan. Bagi meningkatkan keberkesanan
bengkel dan seminar, pihak tadika perlu mempertimbangkan pemilihan
masa yang tepat, jadual seminar, dan topik seminar.

Peranan Guru
Sikap mereka mempengaruhi kejayaan penglibatan ibu bapa. Bagi menjayakan
program ini, guru boleh melakukan cadangan berikut:
1. Menyedari bahawa mereka mempunyai peranan penting dalam program
penglibatan ibu bapa dan menentukan kejayaan kanak-kanak dan tadika
2. Menunjukkan sikap terbuka, tidak memandang rendah penyertaan ibu bapa
dalam aktiviti di tadika dan melihat ibu bapa sebagai orang yang
mempunyai kemahiran atas anak-anak mereka.

Peranan Pentadbir Sekolah


Bagi guru besar dan pengetua dapat dicadangkan beberapa hal berikut:
1. Meningkatkan kualiti guru melalui pelatihan tentang psikologi anak, taktik
menyelesaikan masalah, program IT dan internet dan cara membuat artikel
sekolah.
2. Memberikan pelatihan bagi guru dan staff sekolah berkaitan dengan cara
merancang dan menjalankan program penglibatan ibu bapa.
3. Menjalankan pelbagai usaha untuk menarik minat ibu bapa melibatkan diri
dalam pendidikan di tadika dan menekankan keberkesanan penglibatan ibu
bapa terhadap kanak-kanak sehingga ibu bapa mempunyai motivasi yang
236 Elis Johannes

kuat untuk terlibat walaupun ada kekangan yang menghalangi penglibatan


mereka.

Peranan Pihak Kerajaan


1. Garis panduan diperlukan bagi membantu guru dan pengetua merancang
dan melaksanakan aktiviti yang melibatkan ibu bapa dengan berkesan.
2. Surat pekeliling juga diperlukan untuk lebih menekankan pelaksanaan
program penglibatan ini.
3. Pihak kerajaan perlu memberikan sokongan kewangan kepada tadika yang
memerlukan khasnya tadika dengan yuran rendah sehingga mereka boleh
menumpukan perhatian kepada program penglibatan ibu bapa.
4. Pihak kerajaan perlu meratakan akses dan maklumat tentang pendidikan
prasekolah di seluruh wilayah Indonesia khasnya di daerah luar bandar dan
pulau-pulau terpencil sehingga persepsi ibu bapa terhadap pendidikan
prasekolah dapat ditingkatkan dan penglibatan mereka di tadika juga boleh
ditingkatkan.
5. Pola pekerjaan ini menyebabkan ibu bapa kekurangan masa untuk terlibat
dalam pendidikan anaknya di tadika mahupun di luar tadika (Castro, 2004).
Oleh itu dapat dicadangkan kepada pihak kerajaan untuk menyokong pihak
majikan bagi memberikan peluang kepada ibu bapa untuk hadir di tadika
dalam batasan frekuensi dan masa sehingga tidak mengganggu pekerjaan di
tempat kerja.
6. Pihak kerajaan perlu menyokong kajian-kajian tentang penglibatan ibu bapa
dan mensosialisasikannya di masyarakat, khasnya di institusi pendidikan
prasekolah.

KESIMPULAN

Melalui pelaksanaan program penglibatan ibu bapa dalam pendidikan prasekolah


yang berkesan, diharapkan semua pihak berkenaan memainkan fungsinya dengan
maksima. Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan prasekolah bukan saja bertujuan
untuk mewujudkan hubungan mesra antara pihak berkenaan, tapi bersama-sama
menangani isu pendidikan yang timbul. Suasana perkongsian yang harmonis antara
pihak tadika dengan ibu bapa adalah penting dalam usaha membentuk kanak-kanak
menjadi generasi penerus yang berkualiti tinggi dalam pelbagai aspek kehidupan
bangsa dan negara.

RUJUKAN

Arnold, D.H., Zeljo, A. & Doctoroff, G.L. (2008). Parent Involvement in Preschool:
Predictors and the Relation of Involvement to Prelitery Development. School
Psychology Review 37 (1): 74-90.
Berger, E.H. 1995. Parents as Partners in Education: Families and Shools Working
Together (4th ed.). New York: Merrill Prentice-Hall, Englewood Cliffs.
Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah UKM 237

Bloom, B.S. (1964). Stability and Change in Human Characteristics. New York: John
Wiley & Sons.
Castro, D.C., Bryant D.M., Peisner-Feinberg,E.S., Skinner, M.L. (2004). Parent
involvement in Head Start programs: the role of parent, teacher and
classroom characteristics. Early Childhood Research Quarterly 19 :413–430
Christenson, S. L. (2004). The family-school partnership: An opportunity to promote
the learning competence of all students. School Psychology Review, 33: 83-
104.
Direktorat Pendidikan anak Usia Dini, Departemen Pendidikan Nasional. Jakarta.
(2007). Bulletin Padu: Jurnal Ilmiah Anak Usia Dini. Vol 6 No. 1.
Direktorat Pembinaan TK dan SD, Departemen Pendidikan Nasional. (2008).
Kebijakan Pembinaan Taman kanak-kanak. Dipresentasikan pada kegiatan
Pelatihan Peningkatan Mutu Profesional guru di LPMP, Jakarta , 5 Februari.
Epstein, J.L., & Sanders, M.G.. (2002). School, Family, School and Community
partnerships: Your Handbook for Action. Second Ed. Dlm. Barbour, C &
Barbour N.H. & Scully, P.A. (2005). Families, Schools, and Communities.
United States: Pearson Prentice Ltd
Essa, E. (1992). Introduction to Early Childhood Education. New York: Delmar
Publishers.
Fantuzzo, J., Tighe, E., & Childs, S. (2000). Family Involvement Questionnaire: A
multivariate assessment of family participation in early childhood education.
Journal of Educational Psychology 92: 367-376.
Getswicki, C. (2004). Home, Schools, and Community Relations: A Guide to Working
with Families. Fifth Edition. United States of America: Delmar Learning.
Grolnick, W.S., Benjet, C., Kurowski, C.O. & Apostoleris, N.H. (1997). Predictors of
Parent Involvement in Children's Schooling. Journal of Educational
Psychology 89: pp. 538–548.
Hapidah Mohamad. (2001). Pemikiran Guru Cemerlang: Implikasinya terhadap
Perkembangan Profesionalisme Guru. Tesis Dr. Fal: Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Hunt, J.M. (1961). Intelligence & Experience. New York: The Ronald Press Company.
Majid, M. (2004). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Marcon, R. A. (1999). Positive relationships between parent school involvement and
public school inner-city preschooler’s development and academic
performance. The School Psychology Review 28 (3): 395–412.
Mardziah Abdullah, (2006). Meninjau Penglibatan Ibu bapa dalam Program
Prasekolah di Tiga Buah Sekolah Rendah di Daerah Seremban. Projek Kajian
Pensarjanaan. Fakulti Pendidikan, UKM, Bangi
McAllister, S. (1993). Developing home-school partnerships. New York: Teachers
college Press.
Morrison, G.S. (1978). Parent Involvement in the Home, School and Community.
Ohio: Charles E. Merrill Publishing Company.
National Early childhood Development Forum. (2004). Early Childhood Care and
Development in Indonesia. Departemen Pendidikan Nasional. Jakarta.
238 Elis Johannes

Rohaty Mohd. Majzub & Abu Bakar Nordin. 1994. Pendidikan Pra Sekolah. Kuala
Lumpur: Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Rohaty Mohd Majzub. (2003). Pendidikan prasekolah: Cabaran Kualiti (Syarahan
Perdana). Bangi: Penerbitan Malindo Sdn. Bhd.
Thomas, G. (1987). Extra People in the Classroom. Educational research. 29:173-81
Tuckman,B.W. (1978). Conducting Educational Research. New York: Harcourt Brace
Jovanovich.
Yamamoto, Y., Holloway, S.D., & Suzuki, S. (2006). Maternal involvement in
preschool children’s education in Japan: Relation to parenting beliefs and
socioeconomic status. Early Childhood Research Quarterly 21 (2006): 332–
346

Anda mungkin juga menyukai