Anda di halaman 1dari 8

SYAIR BADRUL ZAMAN

MAKSUD RANGKAP
• Badar seorang putera raja yang berumur 14
tahun.Ayahanda Badar menghantarnya belajar
dengan seorang Qari.Segala ajaran Qari mudah
difahaminya kerana Badar seorang yang terang
hati dan mempunyai kesungguhan untuk
belajar.Kebijaksanaan Badar amat mengembirakan
ayahandanya.Baginda telah memberikan pelbagai
hadiah sebagai tanda terima kasih kepada
Qari.Ayahanda Badar amat menyayangi puteranya
yang menjadi seorang yang bersopan santun.
TEMA
• Tema syair ini ialah tentang kesungguhan
Badar yang menuntut ilmu pengetahuan
daripada seorang Qari semasa kecil sehingga
umurnya menjangka 14 tahun.
PERSOALAN
• (A)Memperlihatkan kecerdikan , kebijaksanaan,
dan kepintaran putera Badar.
• (B) Penghargaan terhadap guru yang banyak
berjasa.
NADA
• Asonasi – dalam syair ini terdapat
pengulangan vokal , iaitu a,e,I,o,u.
Contohnya: beberapa lamanya demikian
ada(pengulangan a)
• Aliterasi- terdapat juga pengulangan bunyi
konsonan.Contohnya:Sebarang diajar oleh
Qari(pengulangan R).
WATAK PERWATAKAN
• Watak utama dalam syair ini ialah putera Badar.
• -Berumur 14 tahun.
• -Menjadi kesayangan sultan.
• -Bijaksana, pandai, banyak mendalami ilmu,serta
bersopan santun.
• Watak sampingan dalam syair ini ialah Qari dan ayahanda
• Qari-
• -beliau mengajar putera Badar pelbagai ilmu
pengetahuan.
• -dihargai oleh ayahanda Putera Badar.
• Ayahanda-
• -ayah kepada putera Badar
• -menghargai jasa guru yang mengajar putera Badar.
NILAI
Kasih sayang,Kesungguhan,Menghargai
jasa orang.
PENGAJARAN
• Kegigihan dan kesungguhan merupakan faktor utama
yang perlu ada pada seorang yang ingin menuntut
ilmu.
• Kita patut menghargai guru yang banyak mencurahkan
ilmu pengetahuan.
• Berbudi pekerti mulia serta memahami kesantunan dan
menuntut ilmu adalah amalan yang baik.

Anda mungkin juga menyukai