Anda di halaman 1dari 2

Pengkid

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.


Lompat ke: pandu arah, gelintar

Pengkid ialah 'tomboy' atau lesbian ,merupakan perbuatan perempuan membuat penampilan
seperti lelaki.[1].Penampilan mereka termasuk gerak laku, berpakaian, penampilan, percakapan
dan rupa seolah-olah lelaki, malah mereka tidak berminat kepada lelaki tetapi berminat
kepada kaum sejenis.Golongan ini cuba menonjolkan identiti gender berlawanan daripada
norma-norma biologi, moral dan sosial yang mereka miliki.[2]

Pengetua Pusat Kebahagiaan Remaja dan Wanita (KEWAJA), Yahya Mohd. Yusof,
menyatakan bahawa dahulu golongan ini agak tersorok dan berada dalam kelompok
sendiri.Hari ini kegiatan pengkid lebih terancang dan berani. Ia merupakan bencana sosial
yang wajat dibendung dan tidak terus menjadi kudis dalam masyarakat.

‘Pengkid’ tegar, agak sukar dipulihkan dalam waktu singkat, berbanding mangsa. Sejak 1988,
kira-kira 200 dikategorikan sebagai ‘pengkid’ dan mangsa ‘pengkid,’ datang ke KEWAJA
sama ada atas kerelaan sendiri atau dihantar ibu bapa.[3]

[sunting] Faktor
 Dari usia kanak-kanak lagi sudah nampak kecenderungan mereka lebih berminat
kepada perempuan, selain suasana negatif ketika mereka dibesarkan seperti melihat
lelaki yang disifatkan sebagai ganas seperti bapa yang tidak bertanggungjawab, kaki
pukul dan sebagainya. Mereka dikategori sebagai pemangsa atau mangsa.
 Mereka terperangkap dengan pujuk rayu ‘pengkid’ asli yang pastinya mendatangi
mereka dengan cara merayu, mengoda dan mencabul.Awalnya tidak suka, tidak mahu,
tetapi mula menerima dan menyukai cara pemangsa. Mereka berjaya membentuk
piramid yang membolehkan mereka membina rangkaian lebih luas.Ahli sub-budaya
ini cepat bertukar pasangan dan ada di kalangan mereka mempunyai ramai pasangan
dalam satu masa yang sama. Ini bererti, apa yang dicari hanya kepuasan nafsu bukan
hubungan sah melalui perkahwinan dan tidak mahukan anak.
 Fenomena anak gadis terlibat dalam cinta songsang berpunca kepada keinginan dan
kehendak diri iaitu perhubungan cinta dan seksual wanita bersama wanita lain.
 Kononnya hanya wanita mengetahui keinginan wanita lain dan menjanjikan kepuasan
yang lebih.
 Berasa lebih selesa kerana tidak terdedah kepada risiko mengandung.
 Kurang kasih sayang juga antara penyumbang kepada gejala ini.Ramai ibu bapa hanya
menjalankan tanggungjawab tetapi dalam jiwa mereka sebenarnya tidak melekat kasih
sayang, kebahagiaan dan kemesraan.
 Ramai juga berpendidikan tinggi tetapi golongan ini sebenarnya tidak mempunyai
kemahiran sosial dan gagal mengawal emosi.

[sunting] Pandangan Islam


Sejak dahulu tindakan dan perbuatan yang berlawanan jantina lahiriahnya dikatakan haram
,iaitu tidak dibenarkan sama sekali oleh Islam. Tindakan ini dikatakan mengubah fitrah
kejadian manusia yang dijadikan Allah . Ia melanggar tabii serta fitrah dan dalam Islam jelas
tidak boleh.[4]

Sebuah NGO bukan Islam, Katagender dan Food-not-Bombs mengadakan demonstrasi di


Kuala Lumpur membantah fatwa ang dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan
pengkid. Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia Yusri Mohamad mahu fatwa yang
dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan tidak dipertikaikan[5] kerana ia sebuah institusi penting
dalam Islam dan jarang dicabar. Kiranya da bantahan dan rungutan, perbincangan tertutup
yang disertai pakar-pakar hendaklah diadakan. Bukan Islam tidak patut campur tangan
sebelum mereka mempelajari dan memahami al Quran dan Hadis. Majlis Fatwa merasakan
wajar fatwa mengharamkannya dikeluarkan kerana Jakim menerima aduan. Oleh itu pada 23
oktober 2008, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan mengharamkan perbuatan
perempuan yang membuat penampilan seperti lelaki atau dikenali sebagai ‘pengkid’.
Pengerusinya ialah Profesor Datuk Dr. Abdul Shukor Husin.[6]

Ketua Pegawai Eksekutif Dewan Amal Islam Hadhari (Damai), Amran Zakaria bersedia
mengatur pertemuan antara pihak NGO dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)
berhubung isu fatwa itu. Sebelum ini, Pengarah Eksekutif Pertubuhan Pertolongan Wanita
(WAO), Ivy Josiah mempersoalkan fatwa tersebut yang disifatkan cuba mengongkong cara
hidup seseorang termasuk dalam soal berpakaian. Ivy Josiah melihat kes ini menyekat
kebebasan wanita selain menjadikan negara ini dipandang serong dan ditertawakan negara
luar.[7] Beliau mungkin berasa malu kerana ditertawakan oleh negara luar.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta Ivy Josiah
tidak hanya menggunakan logik akal sahaja kerana boleh menimbulkan kekeliruan dalam
masyarakat.Kalau masalah seorang perempuan lari kepada lelaki lain ada undang-undang
yang boleh menyelesaikannya tetapi jika ada perempuan lari kepada perempuan lain mesti ada
peranan lelaki di kalangan perempuan itu. [8]

[sunting] Rujukan
1. ↑ [Isu Pengkid: DAMAI Sedia Jadi Orang Tengah]
2. ↑ ‘Pengkid’ kini lebih berani
3. ↑ ‘Pengkid’ kini lebih berani
4. ↑ Majlis Fatwa putuskan pengkid haram
5. ↑ Bincang Isu Fatwa Secara Ilmiah Dan Tertutup, ABIM
6. ↑ Majlis Fatwa putuskan pengkid haram, Utusan Malaysia - 24/10/2008.
7. ↑ Jangan Cabar Kewibawaan Majlis Fatwa, Kata Ahmad Zahid Kepada NGO Bukan
Islam
8. ↑ Jangan Cabar Kewibawaan Majlis Fatwa, Kata Ahmad Zahid Kepada NGO Bukan
Islam

Anda mungkin juga menyukai