Anda di halaman 1dari 16

Maklumat lanjut mengenai produk sila lawat ke : http://www.biovco.

com

Minyak Kelapa Dara 'BIOVCO'


Maynetwork Dot Net 130-2 Taipan Senawang Jln Tmn Komersial Senawang 1 Taman Komersial Senawang 70450 Seremban
N. Sembilan [ Tel : +606-6780544 / H/P : +6013-3014262 / Fax : +606-6792043 ] Email : biovco@gmail.com
Maklumat lanjut mengenai produk sila lawat ke : http://www.biovco.com

Mengapa perlu menggunakan Minyak Kelapa Dara yang 100% ORGANIK?

Membantu mengurangkan berat badan dan mengekalkan berat badan yang ideal

Mengurangkan risiko serangan Jantung dan darah tinggi

Mengurangkan kadar Kolestrol

Mengawal kencing manis dan Anti oksida yang semulajadi

Tidak meningkatkan paras platelet dalam darah

Mencegah serangan penyakit kerana memiliki agen Anti virus, anti bakteria, anti fungus
dan anti protozoa

Meningkatkan kadar metabolisma dan Pemangkin kelenjar thyroid

Pembekal sumber tenaga yang pantas

Mengurangkan kesan kedutan kulit dan Melindungi kesan ultra violet matahari

Mengurangkan Kelimumur dan mengaktifkan pertumbuhan rambut

APA KATA MEREKA (PENYELIDIK MINYAK KELAPA DARA)


"Minyak Kelapa Dara adalah Minyak Paling Menyihatkan didunia"

Dr. Bruce Fife, Doktor Naturopati – USA

"Minyak Kelapa Dara mempunyai sifat-sifat anti-virus, anti-bakteria, anti-kulat dan anti-parasit
semulajadi yang membantu mengawal berbagai penyakit"
Dr. John J. Kabara, Universiti Michigan, USA

"Minyak Kelapa Dara adalah makanan berfungsi yang memberi pelbagai khasiat kesihatan"
Dr. Mary Enig, Universiti Maryland USA

Maynetwork Dot Net 130-2 Taipan Senawang Jln Tmn Komersial Senawang 1 Taman Komersial Senawang 70450 Seremban
N. Sembilan [ Tel : +606-6780544 / H/P : +6013-3014262 / Fax : +606-6792043 ] Email : biovco@gmail.com
Maklumat lanjut mengenai produk sila lawat ke : http://www.biovco.com

Minyak Kelapa Dara mengandungi Medium Chain Triglyseride (MCT) yang hampir sama dengan
lemak yang terdapat dalam air susu ibu (ASI) !!!

Minyak Kelapa Dara adalah 100% Organik, diakui oleh Doktor diseluruh dunia tentang
kehebatannya, bersifat anti virus & anti bakteria, boleh merencatkan virus HIV, tiada kolestrol,
tidak menyebabkan kegemukan, menurunkan darah tinggi & kencing manis, tiada kesan
sampingan, Diakui diseluruh DUNIA sebagai makanan berfungsi pada abad ke 21

Fakta : Minyak Kelapa Dara telah mendapat pengakuan FDA di Amerika Syarikat dan dimasukkan
didalam daftar GRAS (Generally Regarded As Safe) dan disahkan selamat untuk dimakan.

Minyak Kelapa Dara sebagai Anti Kanser

Minyak Kelapa Dara mengandungi Medium Chain Triglyseride (MCT) yang hampir sama dengan lemak yang
terdapat dalam air susu ibu (ASI). MCT ini mempunyai kesan nutrien yang sama dengan ASI. Dan MCT inilah
yang menjadikan minyak Kelapa Dara boleh mengatasi dan mencegah kanser.

Sifat antimikrob MCT pada minyak kelapa Dara membantu tubuh menghilangkan bakteria penyebab penyakit.
MCT mengambil alih tugas untuk mematikan mikrob. Dengan semakin berkurangnya jumlah bakteria yang
menggangu di dalam tubuh, sel-sel darah putih akan bebas mencari dan merencatkan sel-sel kanser. Selain
itu, MCT mempunyai pengaruh seperti antioksidan yang mencegah tindakbalas radikal bebas dan memberikan
perlindungan.

SIFAT-SIFAT MINYAK KELAPA DARA :


Berwarna Jernih.

Diproses melalui kaedah bioteknologi.

Penggunaan mikroorganisma semulajadi untuk proses


pengekstrakan minyak.

Diproses tanpa menggunakan haba, pengawet , bahan perasa dan


bahan kimia.

Mengekalkan keadaan / struktur semulajadi minyak.

Bau kelapa asli dan agak masam sedikit kerana kandungan asid laurik
yang agak tinggi.

Akan membeku pada suhu 24°C (cepat membeku).

Maynetwork Dot Net 130-2 Taipan Senawang Jln Tmn Komersial Senawang 1 Taman Komersial Senawang 70450 Seremban
N. Sembilan [ Tel : +606-6780544 / H/P : +6013-3014262 / Fax : +606-6792043 ] Email : biovco@gmail.com
Maklumat lanjut mengenai produk sila lawat ke : http://www.biovco.com

Minyak Kelapa Dara merencatkan virus HIV


Berbeza dengan anggapan masyarakat Barat selama ini bahawa minyak kelapa merupakan minyak yang
mengandungi kolestrol dan menyebabkan gangguan jantung dan pembuluh darah, beberapa kajian terbaru
menunjukkan, minyak kelapa dara mampu melindungi kesihatan. Kajian oleh Enig MG (tahun 2001) dan
kumpulannya menunjukkan, 50 peratus asid lemak pada minyak kelapa dara adalah asid laurik dan tujuh
peratus lagi adalah asid kapriat. Keduanya adalah Asid Lemak Tepu Rantaian Sederhana (MCFA)
yang mudah dimetabolisma dan tidak meningkatkan kadar kolesterol dalam darah.

Dalam tubuh, asid laurik akan berubah menjadi sebati dengan monolaurin dan asid kapriat diubah menjadi
monokaprin. Keduanya bersifat antivirus, antibakteria dan antiprotozoa dan kini dikembangkan untuk melawan
HIV/AIDS.

Kehebatan Minyak Kelapa Dara

Dipetik dari : MINGGUAN MALAYSIA , Ahad 1 Ogos 2004, (Ruangan Kesihatan) ms. 28.

SUNGGUHPUN kita telah disajikan dengan fakta bahawa minyak kelapa berbahaya untuk kesihatan selama
hampir 30 tahun, kita tidak pula diberitahu bahawa kajian tentang kesan sebenar kelapa telah dimulakan
lebih 70 tahun dahulu.
Bermula dari awal tahun 1930, Dr. Weston A. Price, seorang penyelidik, pakar pemakanan yang juga
merupakan seorang doktor gigi dari Cleverland, Ohio mendapati penduduk di Kepulauan Pasifik mempunyai
tahap kesihatan fizikal dan gigi yang menakjubkan. Dipercayai ia disebabkan corak pemakanan harian
berasaskan kelapa. Mereka juga mempunyai rambut serta kulit yang cantik walaupun banyak terdedah kepada
sinaran ultraviolet matahari.
Pada awal tahun 1960-an, Dr. Ian A. Prior, seorang pakar jantung yang juga merupakan pengarah Pusat
Penyelidikan Wabak Penyakit di Hospital Wellington, New Zealand telah melakukan penyelidikan di dua buah
pulau iaitu Puka Puka dan Tokelau di Lautan Pasifik Selatan.
Dr. Ian merumuskan, penduduk setempat banyak memakan kelapa sebagai diet harian. Hasilnya, paras
kolesterol rendah, kesihatan fizikal amat baik dan tiada penyakit kronik seperti jantung atau kanser.
Pada tahun 1966, suatu penemuan besar telah dirumuskan oleh Profesor Dr. Jon J. Kabara, seorang penyelidik
dan pakar farmakologi di Universiti Michigan . Beliau mendapati, minyak kelapa dara yang terdapat dalam
santan kelapa sebenarnya sejenis antivirus, bakteria, kulat dan parasit semula jadi yang kuat.
Maka terjawablah kemusykilan Dr. Weston A. Price dan Dr. Ian A. Prior selama ini, mengapa penduduk di
Kepulauan Pasifik begitu sihat.
Penemuan besar oleh Dr. Jon J. Kabara ini sebenarnya berupaya merubah senario industri kesihatan dunia.
Dalam tahun 1980-an, Dr. Raymond Peat, seorang profesor fisiologi dari Universiti Oregon melaporkan, minyak
kelapa dara dalam hampas kelapa berupaya menurunkan berat badan.
Fakta ini menyangkal pandangan yang mengatakan minyak kelapa menambah berat badan. Pada tahun 1990-
an, Dr. Mary G. Enig, seorang pakar lemak, pemakanan dan seorang ahli biokimia dari Universiti Maryland
merumuskan, minyak kelapa dara adalah makanan yang memberi pelbagai khasiat kesihatan.

Maynetwork Dot Net 130-2 Taipan Senawang Jln Tmn Komersial Senawang 1 Taman Komersial Senawang 70450 Seremban
N. Sembilan [ Tel : +606-6780544 / H/P : +6013-3014262 / Fax : +606-6792043 ] Email : biovco@gmail.com
Maklumat lanjut mengenai produk sila lawat ke : http://www.biovco.com

Perbezaan minyak kelapa dara dengan minyak kelapa biasa


Minyak kelapa dara diproses dengan tidak menggunakan sebarang haba atau bahan kimia. Ini menyebabkan
struktur dalaman asal minyak kelapa dara terpelihara dan dapat mengekalkan sifat-sifat antivirus dan
antibakterianya.
Untuk memproses minyak kelapa biasa secara komersial dan meluas, haba dan kimia digunakan menyebabkan
struktur dalaman minyak kelapa biasa terganggu dan berubah. Ini mungkin boleh memudaratkan. Antaranya,
meningkatkan kolesterol dan menaikkan berat badan.
Oleh kerana minyak kelapa dara amat rumit untuk dihasilkan, ia hampir tidak wujud di dalam pasaran minyak
makan.
Selain itu, kos pengeluarannya juga tinggi dan tidak mampu bersaing dengan pasaran minyak lain. Agak pelik,
apabila dinyatakan minyak kelapa secara umum berbahaya untuk kesihatan kerana pohon kelapa hebat dengan
pelbagai fungsi - dari pangkal hingga ke hujung. Malangnya apabila pihak luar mempunyai kepentingan global
mengatakan minyak kelapa berbahaya untuk kesihatan, kita mengikut telunjuk mereka.
Kita perlu mengetahui empat perkara penting yang menyebabkan minyak kelapa dara lenyap:
Minyak kelapa dara adalah suatu kejadian Allah yang semula jadi. Ia tidak boleh dipaten oleh mana-mana
pihak untuk kepentingan perniagaan. Minyak kelapa dara tidak boleh dipaten. Ini menggugat industri
kesihatan dan perubatan global yang menyebabkan syarikat farmasi antarabangsa khuatir jualan ubat-ubat
moden boleh merosot seandainya manusia beralih kepada sesuatu yang semula jadi.
Faktor minyak kelapa dara tidak boleh dipaten hak penghasilannya adalah sesuatu yang amat merugikan
kepada syarikat-syarikat besar itu.
Wujudnya kempen global Persatuan Minyak Soya Amerika pada awal 1970-an terus mematikan daya saing
minyak tropika termasuk minyak kelapa. Kempen meluas yang mengatakan minyak kelapa membahayakan
kesihatan menjadikan industri kelapa Malaysia terkubur.
Syarikat-syarikat besar farmasi dunia juga mengenakan cengkaman ke atas semua sekolah perubatan di dunia.
Mereka memberi sumbangan berbilion ringgit untuk menjalankan penyelidikan yang keputusannya disesuaikan
menurut kepentingan perniagaan global mereka.
Oleh kerana banyak kajian perubatan dipengaruhi oleh syarikat farmasi antarabangsa, tidak ada seorang
doktor yang akan mengatakan minyak kelapa dara berfungsi untuk kesihatan.
Kini industri kesihatan dunia bergantung kepada perubatan moden yang berasaskan kimia. Ia boleh membawa
kesan jangka panjang kepada perubatan alternatif yang banyak berasaskan bahan semula jadi.
Dengan wujudnya kempen kesedaran tentang kesan jangka panjang perubatan moden Barat, minyak kelapa
dara sudah pasti akan mendapat tempat di persada industri kesihatan global.
Oleh itu Malaysia perlu mengambil langkah proaktif untuk mempromosi minyak kelapa dara di samping minyak
sawit yang sedia terkenal.

MINYAK KELAPA DARA seribu guna menyimpan seribu rahsia.


Dipetik dari : majalah Mingguan Wanita.

Pohon kelapa telah dijadikan tuhan begitu hebat dengan pelbagai fungsi untuk manusia. Setiap bahagian
pohon kelapa mempunyai pelbagai kegunaan dari makanan, penjagaan kecantikan hingga kepada perubatan
turun temurun. Pohon kelapa telah diiktiraf sebagai suatu pohon yang paling rapat dengan kehidupan manusia
seharian.

Maynetwork Dot Net 130-2 Taipan Senawang Jln Tmn Komersial Senawang 1 Taman Komersial Senawang 70450 Seremban
N. Sembilan [ Tel : +606-6780544 / H/P : +6013-3014262 / Fax : +606-6792043 ] Email : biovco@gmail.com
Maklumat lanjut mengenai produk sila lawat ke : http://www.biovco.com

Sungguhpun demikian, suatu bahagian pohon kelapa seolah olah dipinggirkan kerana dikhuatirkan membawa
mudarat kepada kesihatan manusia. Ianya adalah minyak kelapa. Ini menimbulkan kehairanan bagaimana
suatu pohon yang tuhan jadikan begitu mesra guna untuk manusia tetapi minyak nya dikatakan membawa
kesan negatif pula.
Sebenarnya minyak kelapa yang dara iaitu minyak kelapa dara yang diproses tanpa menggunakan haba atau
kimia menyimpan pelabagai khasiat yang tidak diketahui umum. Kajian keatas minyak kelapa dara telah
dilakukan oleh pakar pakar negara Barat sejak awal tahun 1930an lagi. Kebanyakan kajian dilakukan keatas
penduduk di Kepulauan Pasifik di mana kelapa menjadi sebahagian besar pemakanan harian. Pakar pakar
tersebut merumuskan bahawa suatu kandungan yang terdapat dalam kelapa yang dipanggil lemak tepu dapat
memberi pelbagai kesan positif keatas kesihatan manusia. Sebab itulah penduduk Kepulauan Pasifik begitu
sihat dan mempunyai kadar berat badan dan ketinggian yang begitu baik. Mereka juga didapati tidak
mengalami penyakit kronik seperti jantung atau kanser.
Jadi apakah sebenarnya minyak kelapa dara? Minyak kelapa dara adalah minyak kelapa yang diproses tanpa
penggunaan haba atau kimia di mana struktur asal dalamannya dapat dikekalkan seasli aslinya. Berbanding
dengan minyak kelapa biasa di mana haba dan kimia digunakan sewaktu memproses yang mengakibatkan
struktur asal dalamannya berubah membawa kepada kemudaratan apabila manusia memakannya. Selama 40
tahun kempen dan kajian Negara Barat yang menentang penggunaan minyak kelapa secara meluas sebenarnya
adalah ditujukan kepada minyak kelapa biasa yang menggunakan haba dan kimia ketika diproses dan bukannya
minyak kelapa dara. Minyak kelapa dara sebenarnya amat sukar dicari dipasaran kerana prosesnya yang rumit
dan sukar diproses secara komersil dan besar besaran.
Pada tahun 1966, seorang penyelidik yang merupakan professor farmakologi dari Universiti Michigan telah
membuat suatu penemuan besar yang mencungkil rahsia alam yang disimpan oleh minyak kelapa dara. Beliau
mendapati bahawa minyak kelapa dara berupaya membunuh virus, bakteria, kulat dan parasit. Cuba anda
bayangkan betapa besarnya makna penemuan ini kerana dengan bersifat anti virus, bakteria, kulat dan
parasit, minyak kelapa dara berupaya melawan atau menyembuh pelbagai penyakit.
Melihatkan kekuatan sifat minyak kelapa dara, pakar pakar barat terus mencari kesan kesan seterusnya yang
boleh dilakukan oleh minyak kelapa dara ke atas pelbagai penyakit. Sekiranya berjaya, sudah pasti minyak
kelapa dara di anggap sebagai kejadian tuhan yang paling bermakna untuk manusia sejagat. Kajian kajian
dekad seterusnya telah mendapati bahawa minyak kelapa dara memberi pelbagai kesan positf seperti berikut:
1. meningkat dan memperbaiki sistem pertahanan badan
2. meningkat kadar metabolisma badan
3. anti virus, bakteria, kulat dan parasit yang semulajadi
4. anti oxida semulajadi
5. meningkat fungsi kelenjar tairoid
6. melindungi kesan sinaran ultra violet dalam cahaya matahari
7. tidak meningkatkan kepekatan atau platelet darah
8. meningkat penghadaman dan penyerapan khasiat makanan
9. berupaya menurunkan berat badan
10. meningkat pertumbuhan sel kulit, rambut dan badan manusia
11. membekal sumber tenaga dengan cepat
12. melembab dan melembutkan kulit
13. mengurangkan kesan penuaan dan kedutan pada kulit
14. mengurangkan kesan keracunan makanan

Maynetwork Dot Net 130-2 Taipan Senawang Jln Tmn Komersial Senawang 1 Taman Komersial Senawang 70450 Seremban
N. Sembilan [ Tel : +606-6780544 / H/P : +6013-3014262 / Fax : +606-6792043 ] Email : biovco@gmail.com
Maklumat lanjut mengenai produk sila lawat ke : http://www.biovco.com

15. membakar dan mengurangkan kolesterol dalam badan


16. menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat
17. mengurangkan risiko dan kesan penyakit jantung
18. mengurangkan risiko dan kesan darah tinggi
19. mengurangkan risiko dan kesan kencing manis
20. mengurangkan risiko dan kesan demam
21. mengurangkan risiko dan kesan batuk biasa
22. mengurangkan risiko dan kesan batuk kering
23. mengurangkan risiko dan kesan selsema dan resdung
24. mengurangkan risiko dan kesan demam campak dan cacar air
25. mengurangkan risiko dan kesan lelah
26. mengurangkan risiko dan kesan buasir
27. mengurangkan risiko dan kesan sembelit
28. mengurangkan risiko dan kesan hepatitis A, B, C
29. mengurangkan risiko dan kesan ulser perut dan mulut
30. mengurangkan risiko dan kesan sakit gigi dan gusi
31. mengurangkan risiko dan kesan kanser
32. mengurangkan risiko dan kesan leukemia
33. mengurangkan risiko dan kesan psoriasis dan sebarang penyakit kulit
34. mengurangkan risiko dan kesan kelemumur rambut
35. mengurangkan risiko dan kesan denggi dan malaria
36. mengurangkan risiko dan kesan stroke atau angin ahmar
37. mengurangkan risiko dan kesan herpes, syphilis, gonorrhea
38. mengurangkan risiko dan kesan penyakit Crohn
39. mengurangkan risiko dan kesan chronic fatigue syndrome
40. mengurangkan risiko dan kesan osteoporosis
41. mengurangkan risiko dan kesan penyakit hempedu
42. mengurangkan risiko dan kesan penyakit hati
43. mengurangkan risiko dan kesan pembesaran prostate 43. mengurangkan risiko dan kesan pneumonia atau
radang paru paru 44. mengurangkan risiko dan kesan jangkitan mata dan telinga
Sudah tentu kita akan merasa terkejut apabila melihat senarai panjang penyakit yang dapat di elak atau
disembuhkan dengan memakan minyak kelapa dara. Ini semua adalah kekuasaan tuhan yang telah dari awal
lagi menunjukkan kepada manusia bahawa pohon kelapa kejadiannya amat berfungsi untuk kegunaan harian
manusia. Tanpa kajian kajian yang dilakukan oleh pakar pakar negara barat, sudah pasti seribu satu rahsia
alam yang tersimpan di dalam minyak kelapa dara tidak akan tercungkil.
Maka terbuktilah betapa hebatnya kejadian dan hikmah tuhan seperti yang di manifestasikan oleh pohon
kelapa. Setiap yang dijadikan tuhan secara semulajadi sudah pasti ada hikmahnya. Janganlah pula kita

Maynetwork Dot Net 130-2 Taipan Senawang Jln Tmn Komersial Senawang 1 Taman Komersial Senawang 70450 Seremban
N. Sembilan [ Tel : +606-6780544 / H/P : +6013-3014262 / Fax : +606-6792043 ] Email : biovco@gmail.com
Maklumat lanjut mengenai produk sila lawat ke : http://www.biovco.com

sebagai insan kerdil menidakkannya.

Minyak Kelapa Dara Bersifat Antibakteria, Antivirus dan Antiprotozoa

Minyak Kelapa Dara memiliki sifat antivirus, antibakteria, antikulat dan anti protozoa. Ini adalah kerana
kandungan asid laurik yang tinggi. Manakala, minyak yang lain tidak memiliki sifat antimikrob sepertinya. Mereka
yang mengalami serangan mikrob dan kulat dicadangkan supaya meminum minyak kelapa Dara 2-4 sudu
makan sehari, diminum sebelum makan dan disapu dibahagian yang mengalami masaalah. Dengan
meminumnya secara terus ia dapat mengekalkan sifat antimikrob didalam Minyak Kelapa Dara.

Minyak yang berasal dari keluarga kelapa, mengandung antimikrob semulajadi, seperti asid laurik (lauric acid)
yang hampir sama dengan khasiat air susu ibu (ASI). Manakala minyak sayur lain (minyak jagung, minyak
kacang soya dan minyak biji bunga matahari) tidak memiliki sifat anti mikrob.

Asid laurik pertama kali ditemui dalam minyak kelapa oleh Prof. Dr. John J Kabra, daripada Department of
Chemistry and Pharmachology, Michigan State University, Amerika, tahun 1960an. Manfaat dari asid laurik
antara lain ialah dapat membunuh berbagai jenis mikrob yang membran selnya asal asid lemak (lipid coated
microorganism). Sifat asid laurik dapat melarutkan membran virus berupa lipid sehingga boleh mengganggu
kekebalan virus. Keadaan ini akan menyebabkan virus menjadi lemah. Beberapa penyakit yang disebabkan oleh
mikrob jenis ini seperti HIV, hepatitis C, herpes, influenza, cytomegalovirus, Strepcocous sp., Stapilococus sp.,
gram positive, gram negative, helicobacterpylory, dan candida. Sementara itu, asid kaprilat yang terdapat pada
Minyak Kelapa Dara amat berpotensi untuk mematikan kulat (candida) penyebab keputihan.

Minyak Kelapa Dara sebagai Anti Kanser

Minyak Kelapa Dara mengandungi Medium Chain Triglyseride (MCT) yang hampir sama dengan lemak yang
terdapat dalam air susu ibu (ASI). MCT ini mempunyai kesan nutrien yang sama dengan ASI. Dan MCT inilah
yang menjadikan Minyak Kelapa Dara boleh mengatasi dan mencegah kanser.

Sifat antimikrob MCT pada Minyak Kelapa Dara membantu tubuh menghilangkan bakteria penyebab penyakit.
MCT mengambil alih tugas untuk mematikan mikrob. Dengan semakin berkurangnya jumlah bakteria penggangu
di dalam tubuh, sel-sel darah putih akan bebas mencari dan menghancurkan sel-sel kanser. Selain itu, MCT
mempunyai pengaruh seperti antioksidan yang mencegah kesan-kesan radikal bebas dan memberikan
perlindungan.

Minyak Kelapa Dara Dan Pengawalan Penyakit Kardiavaskular

Minyak dan kolesterol merupakan istilah yang amat sinonim. Kita seringkali diberitahu tentang kemudaratan
yang dibawa oleh minyak. Walau bagaimanapun tahukah anda minyak kelapa dara mempunyai khasiat yang
menakjubkan? Seperti yang kita ketahui minyak terdiri daripada asid lemak. Asid lemak pula boleh
dibahagikan kepada dua iaitu asid lemak tepu dan asid lemak tak tepu. Faktor utama yang membezakan
kedua-dua lemak ini adalah ikatan kimianya. Asid lemak tepu menunjukkan ikatan kimia yang lebih stabil
berbanding dengan asid lemak tak tepu, ini berdasarkan jumlah atom yang terikat padanya. Keadaan struktur
kimianya yang stabil ini menyebabkan ianya sukar dioksidakan berbanding dengan asid lemak tak tepu.
Pengoksidaan asid lemak meyebabkan penghasilan radikal bebas yang reaktif dan memudaratkan dalam
badan.
Tahukah anda minyak kelapa dara mempunyai komposisi asid lemak tepu yang tinggi, komponen inilah yang
menjadikan sifatnya sangat istimewa. Empat dekad lalu kita sering disajikan dengan informasi salah oleh
sesetengah ahli politik dan golongan profesional barat yang mempunyai kepentingan sendiri. Mereka berjaya

Maynetwork Dot Net 130-2 Taipan Senawang Jln Tmn Komersial Senawang 1 Taman Komersial Senawang 70450 Seremban
N. Sembilan [ Tel : +606-6780544 / H/P : +6013-3014262 / Fax : +606-6792043 ] Email : biovco@gmail.com
Maklumat lanjut mengenai produk sila lawat ke : http://www.biovco.com

mempengaruhi media dan seterusnya membuatkan kita beranggapan asid lemak tepu adalah mudarat untuk
kesihatan. Hanya sedikit maklumat sahaja yang difokuskan kepada fakta bahawa asid lemak tepu bukan sahaja
terdiri famili tunggal, tetapi ianya terdiri daripada 3 subkumpulan; iaitu asid lemak berantaian pendek (C2-
C6), sederhana (C8-C12) dan panjang (C14-C24). Pengkelasan ini dilakukan berdasarkan kepada jumlah atom
karbon (C).
Adakah minyak kelapa dara meningkatkan paras kolesterol? Tidak, minyak kelapa dara yang diproses secara
bioteknologi tidak meningkatkan kolesterol darah. Contohnya, sekumpulan penyelidik telah menyedari
penduduk di Kepulauan Filiphina, iaitu Polynesians dan Bicolanos yang mengamalkan diet kelapa dalam
kehidupan harian tidak mendapat penyakit jantung koronari dan mempunyai paras kolesterol yang rendah.
Kajian yang dilakukan oleh penyelidik barat iaitu Kaunitz dan Dayrit (1992) ke atas populasi yang
mengamalkan diet kelapa, mendapati minyak kelapa dara tidak meningkatkan kolesterol serum darah dan
tidak meningkatkan risiko mendapat penyakit jantung koronari. Salah satu faktor yang menyebabkan
peningkatan kolesterol darah adalah kadar metabolisma badan yang rendah. Minyak kelapa dara dapat
meningkatkan metabolisma badan dan sekaligus dapat menurunkan paras kolesterol darah.
Pendekatan semulajadi boleh dilakukan untuk menangani masalah paras kolesterol yang tinggi. Kajian
menunjukkan pengambilan kelapa dara atau nama saintifiknya Cocos nucifera dalam diet harian didapati
mampu mengurangkan risiko penyakit jantung, merendahkan deposisi lemak, meningkatkan metabolisma,
mengurangkan pembekuan darah, mengurangkan penghasilan radikal bebas dalam sel, menurunkan paras
kolesterol darah dan hati serta mempunyai sifat anti-oksidan terhadap sel.
Salah satu faktor yang menyebabkan masalah kardiovaskular adalah pembekuan darah. Platlet adalah protein
yang terdapat pada darah berperanan dalam proses pembekuan darah. Semakin tinggi daya kelekitan platlet
semakin tinggi risiko darah untuk membeku. Kajian terdahulu menunjukkan kebanyakan lemak contohnya
minyak sapi, mentega, marjerin, dan minyak sayuran menyebabkan peningkatan kelekitan platlet. Salah satu
lemak yang tidak menyebabkan kelekitan platlet adalah MCFA yang terdapat dalam minyak kelapa. Lemak ini
akan segera dibakar di dalam badan dan tidak menyebabkan deposisi pada saluran darah.
Di samping itu, gaya hidup masa kini yang lebih bertumpu kepada makanan segera dan diproses merupakan
penyumbang terbesar kepada risiko penyakit kardiovaskular. Makanan yang diproses telah melalui proses
hidrogenasi yang menyebabkan makanan segera kurang selamat untuk dimakan. Penghidrogenan yang
menggunakan tekanan haba yang tinggi menyebabkan terhasilnya lemak trans iaitu lemak yang tidak baik.
Lemak trans adalah lemak tiruan yang terhasil daripada proses penghidrogenan dan sangat toksik. Ini kerana
badan manusia tidak mempunyai mekanisma khas untuk memproses dan menyingkirkan lemak trans. (Bahagian
3)
Dr Willett dan rakan-rakan menyatakan lemak trans menyebabkan penyakit kardiovaskular. Kajian
menunjukkan asid lemak trans menyumbang kepada aterosklerosis dan penyakit jantung. Sebagai contoh
kajian ke atas haiwan mendapati, haiwan yang diberi diet yang mengandungi asid lemak trans mendapat
aterosklerosis berbanding dengan haiwan yang diberi makan selain daripada lemak trans.
Minyak kelapa dara adalah anugerah Tuhan yang amat berharga dan memainkan peranan dalam menurunkan
paras kolesterol darah. Oleh itu adalah mustahil anugerah semula jadi ini membawa kemudaratan kepada
manusia.

TESTIMONI 1 : Thyroid dan Adenoid (masalah resdung)

Assalammualaikum,

Saya ingin berkongsi pengalaman dengan anda yang mengamalkan minyak kelapa dara "BIOVCO".

Maynetwork Dot Net 130-2 Taipan Senawang Jln Tmn Komersial Senawang 1 Taman Komersial Senawang 70450 Seremban
N. Sembilan [ Tel : +606-6780544 / H/P : +6013-3014262 / Fax : +606-6792043 ] Email : biovco@gmail.com
Maklumat lanjut mengenai produk sila lawat ke : http://www.biovco.com

Untuk pengetahuan saudara saudari, saya berkemungkinan mengidap penyakit thyroid kerana terdapat
benjolan di tengah leher saya. Saya merasakan ada biji sebesar guli apabila saya menekan di bahagian
leher. Saya telahpun menjalani rawatan altrasound dan doktor mengesahkan memang ada 2 ketulan
terdapat di bahagian tengah dan di tepi leher. Namun pengesahan dapat di keluarkan dalam masa
sebulan. Keadaan saya ketika itu sangat cemas kerana simpton-simpton yang saya hadapi 70% hampir
sama dengan penyakit thyroid.

Rambut saya mulai gugur dengan banyak sekali sehinggakan saya takut untuk menyikat rambut dan
apabila bersyampu rambut saya bertaburan ke lantai segumpal demi segumpal dan ia amat menakutkan
saya. Disamping itu badan saya terasa sekejap panas dan sejuk tapi tidak demam. Kadangkala terasa
semput.

Bukan itu sahaja, anak saya mengidap penyakit adenoid iaitu ketumbuhan didalam hidung. Dia pernah
menjalani rawatan pembedahan pembuangan tonsil dan ketumbuhan di hidung. Waktu itu umur anak
saya 3 tahun. Doktor pernah memberitahu saya bahawa penyakit resdung ini tidak 100% akan pulih
sepenuhnya tapi bergantung pada antibodi seseorang untuk melawan setiap penyakit.

Malangnya pisang berbuah dua kali apabila doktor mengesahkan adenoid tumbuh kembali dan perlu
menjalani rawatan pembedahan untuk membuang ketumbuhan itu. Kini anak saya berusia 9 tahun.
Tempoh rawatan pembedahan akan dilakukan pada bulan Ogos 2006 nanti. Saya amat tertekan dan tidak
sanggup untuk mengambil keputusan bersetuju untuk pembedahan dilakukan.

Keadaan anak saya ketika tidur tidak ubah seperti kita selamkan diri kita didalam kolam renang selama
beberapa saat. Dan saya pernah mencuba menahan nafas untuk merasakan sejauh mana saya boleh
bertahan seperti dia. Memang susah dan semput.

Saya mula mencari ubat penawar untuk diri saya dan anak. Saya telah menemui "BIOVCO" dilaman web.
Saya amat tertarik dan ingin terus mencuba. Saya baru sahaja menggunakannya dalam tempoh seminggu
ini dan saya dapati ia amat memuaskan. Keguguran rambut mula berkurangan dan anak rambut mulai
tumbuh dan bukan itu sahaja warna rambut saya nampak kehitaman dan berkilat dan menampakkan
wajah saya lebih berseri.

Dan saya mulai sedar bahawa kuku saya juga berkilat. Lebih mengembirakan saya ialah kulit saya terasa
lembut, halus dan bercahaya. Tidak ketinggalan untuk di sapu di kulit muka pada waktu malam selepas
mencuci dengan sabun biasa. Bayangkan sebelum ini kulit saya agak kering sedikit dan terdapat jeragat
yang sukar untuk dihilangkan walaupun kerapa membasuh muka.

Apa yang memeranjatkan saya dalam masa seminggu jeragat mula pudar dan kelihatan mengecil dan
kesan parut jerawat (black head) pun pudar, pori-pori mula mengecut. Pun begitu minyak kelapa dara
"BIOVCO" ini saya buat sebagai lip gloss, sapukan tiap malam insyallah bibir yang kering dapat
dilembabkan dan kelihatan merah jambu.

Saya mula sedar sebenarnya banyak kegunaan minyak kelapa dara "BIOVCO". Ia juga baik untuk dalaman
khususnya kepada ibu atau isteri yang mementingkan kecantikan di dalam dan di luar dan kebahagiaan
rumahtangga. Saudara saudari jangan takut untuk mencuba kerana ia tiada bahan awet dan kimia kerana

Maynetwork Dot Net 130-2 Taipan Senawang Jln Tmn Komersial Senawang 1 Taman Komersial Senawang 70450 Seremban
N. Sembilan [ Tel : +606-6780544 / H/P : +6013-3014262 / Fax : +606-6792043 ] Email : biovco@gmail.com
Maklumat lanjut mengenai produk sila lawat ke : http://www.biovco.com

setiap penyakit itu ada penawarnya.

Kini saya sedang menilai kebaikan minyak kelapa dara "BIOVCO" ke atas anak saya. Buat masa ini
hidungnya mula mengeluarkan hingusan yang selama 5 tahun tidak pernah keluar. Dia sering pening
kepala kini mulai berkurangan. Dulu susah bernafas sewaktu tidur dan kini mula menampakkan kesannya
tapi belum memuaskan. Muka anak saya kelihatan cerah dan berseri, sebelum ini terdapat kesan lebam
di sekeling mata dan di batang hidungnya. Rambut anak saya mulai nampak sihat.

Saya akan maklumkan kepada saudara saudari selepas percubaan menghabiskan 2 botol minyak kelapa
dara "BIOVCO" dalam masa yang terdekat nanti. Insyallah diizinkan Allah.

Terima kasih kepad "BIOVCO" kerana telah menghasil penawar yang sesuai untuk mengurangkan risiko
penyakit-penyakit yang dialami oleh setiap pesakit. Alhamdulilah kerana DIA jualah yang mencipta
segala penawar.

Sebelum minum sentiasa cekal dan tawakal dalam hati hanya Allah sahaja yang dapat mengubah yang
sakit akan pulih.

Terima kasih BIOVCO.

Wallahualam.

Pn. Hafizah Hashim


Pandan Perdana
Selangor

TESTIMONI 2 : GATAL-GATAL HIDUNG

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Saya merupakan seorang ibu kepada dua orang anak. Anak saya yang pertama berumur empat tahun
sering gatal-gatal hidung, terutamanya selepas mandi di waktu pagi. Saya mula rasa risau jikalau anak
saya berterusan begini dan saya takut anak saya akan menghidapi penyakit resdung atau alahan.

Pada suatu hari saya pergi ke klinik kerana anak saya selsema. Saya menceritakan segala masalah yang
dihadapi oleh anak saya dan doktor di situ meminta saya mencuba produk Biovco yang kebetulan memang
ada disediakan di klinik tersebut. Setelah mencuba hampir sebotol saya nampak perubahan yang ketara
kepada anak saya, sedikit demi sedikit gatal-gatal di hidung anak saya berkurangan. Pada mulanya
memang agak sukar untuk memberi dia makan kerana anak saya sangkakan produk Biovco ni pahit, tetapi
saya mendapat idea untuk mencampurkannya di dalam susu, jadi dia tak perasan dan terus saja
meminumnya tanpa mensyaki apa-apa.

Tiada apa yang boleh mengembirakan hati seorang ibu selain daripada melihat anak-anak hidup dalam

Maynetwork Dot Net 130-2 Taipan Senawang Jln Tmn Komersial Senawang 1 Taman Komersial Senawang 70450 Seremban
N. Sembilan [ Tel : +606-6780544 / H/P : +6013-3014262 / Fax : +606-6792043 ] Email : biovco@gmail.com
Maklumat lanjut mengenai produk sila lawat ke : http://www.biovco.com

kegembiraan dengan kesihatan yang baik. Tak salah jika kita berusaha untuk mencapai sesuatu yang kita
inginkan. Berkat usaha dan diiringi dengan doa, insyaalah segala-gala yang kita inginkan akan menjadi
kenyataan.

Doliana
Kg Baru
Kuala Lumpur
TESTIMONI 3 : THYROID

Saudara/i yang dihormati,

Saya ingin kongsi pengalaman dan kesan setelah mengamalkan minyak kelapa dara BIOVCO.

Saya mengidap penyakit thyroid yang kronik sejak remaja. Berat badan turun dengan mendadak sekali
dan rambut juga gugur hingga hampir botak. Saya mendapat rawatan di HKL selama beberapa tahun
sehingga saya penat nak berulang kesana.

Apabila rambut dah tumbuh dan badan pun dah naik semula, saya ingatkan saya dah pulih betul.
Walaupun ada terdapat benjolan di leher saya. Doktor syorkan supaya saya menjalani pembedahan
tetapi disebabkan perasaan takut maklumlah nak disembelih dileher, saya diamkan sahaja. Dan benjolan
dileher memang amat ketara. Kadang kadang terasa susah nak menelan.

Saya telah meminum biovco. Adalah dalam 9 hari saya mengamalkan biovco, bengkak dileher telah
hilang, leher saya sekarang ni boleh lah dikatakan 99% pulih. Tiada benjolan lagi. Kita iktiar, usaha
disertakan doa', insyallah dimakbulkan.

Wallahualam.

Pn. Norriah Bt Abd Munir


Desa Subang Shah Alam
Selangor

TESTIMONI 3 : RESDUNG & ALAHAN

Assalammualaikum,

Saya telah bertahun-tahun mengalami masalah resdung / alahan. Bermacam-macam ubat, vitamin, food
suplement saya cuba tetapi tidak bersesuaian dengan badan dan darah saya. Malah ia akan menjadi lebih
teruk atau mendapat penyakit lain pula.

Tetapi sejak saya mengamalkan Minyak Kelapa Dara "BIOVCO", saya telah banyak merasai perubahan dan
berkurang dengan ketara. Saya telah boleh memakan makanan laut yang dulu tidak boleh dimakan
langsung. Hingga kini saya masih menggunakan Minyak Kelapa Dara "BIOVCO".

Maynetwork Dot Net 130-2 Taipan Senawang Jln Tmn Komersial Senawang 1 Taman Komersial Senawang 70450 Seremban
N. Sembilan [ Tel : +606-6780544 / H/P : +6013-3014262 / Fax : +606-6792043 ] Email : biovco@gmail.com
Maklumat lanjut mengenai produk sila lawat ke : http://www.biovco.com

Sekian.

Rohidah Abdul Rahman


Section 14 Petaling Jaya
Selangor

TESTIMONI 4 : DARAH TINGGI DAN BERAT BADAN

Saya seorang ibu tunggal berusia 39 tahun. Mengidap tekanan darah tinggi sejak 9 tahun yang lalu. Setiap
hari mengambil ubat atenolol dan tekanan darah 130/90. Kalau saya stress tekanan darah boleh naik
sehingga 180/100 dan waktu itu saya kena masuk hospital.

Saya menggunakan BIOVCO sejak lebih sebulan yang lalu. Minggu lepas saya berjumpa doktor untuk
pemeriksaan rutin dan tekan darah saya 110/70. Berat badan saya pada mulanya 62kg sekarang sudah
turun ke 58.5kg. Saya sangat bersyukur dengan perubahan ini. Sewaktu mula-mula mengunakan BIOVCO
saya rasa mengantuk yang amat sangat, tak boleh nak buat kerja. Tapi saya lawan rasa mengantuk itu
dengan melakukan senaman ringan iaitu berlari setempat sehingga rasa mengantuk itu hilang. Sekarang
rasa mengantuk dah tak ada lagi.

Saya juga menjadikan BIOVCO ini sebagai losyen muka disapu sebelum tidur, kesannya mula nampak
sekarang. Kulit menjadi lebih lembab dan pori pada wajah semakin mengecil. Bukan itu sahaja, BIOVCO
memberi kesan kepada PMS (pre-menstrual sindrome). Sebelum haid saya akan mengalami sakit kepala
yang amat sangat disertai dengan sakit di bahagian paha.

Apa yang lebih penting pada saya adalah kesihatan. Kalau badan sihat hati lebih senang, dan wajah akan
jadi berseri. Semoga pengalaman saya menggunakan BIOVCO ini memberi manfaat kepada yang belum
menggunakannya.

Aini Sait
Tanjung Batu
Miri Sarawak

TESTIMONI 5 : RUAM LAMPIN

Assalamualaikum,

Saya mempunyai anak perempuan berusia 1 tahun 3 bulan. Sebelum ini anak saya mengalami ruam di
bahagian punggungnya. Pada mulanya saya sangka kan mungkin sesetengah pampers tidak sesuai
untuknya. Saya pun menukar ke pelbagai jenama dari murah hingga le yg mahal. Malah ruamnya
bertambah teruk (merah) dan merebak di celah kelangkangnya. Pedih saya melihatnya.

Telah beberapa kali saya ke klinik pakar kanak-kanak bagi menangani masalah ini, hinggalah ke satu
tahap bukan lagi ruam tapi kulat atau fungus telah dijangkiti. Doktor menasihati saya agar di rumah
membiarkan anak saya memakai seluar shj tanpa pampers ataupun memakai napkin yg di tukar setiap

Maynetwork Dot Net 130-2 Taipan Senawang Jln Tmn Komersial Senawang 1 Taman Komersial Senawang 70450 Seremban
N. Sembilan [ Tel : +606-6780544 / H/P : +6013-3014262 / Fax : +606-6792043 ] Email : biovco@gmail.com
Maklumat lanjut mengenai produk sila lawat ke : http://www.biovco.com

kali basah agar pengeluaran udara boleh berfungsi dengan baik dan jika di jangkitan ruam ini, doktor
menasihati agar tidak menggunakan bedak "powder" atau tepung ubi di sapu di bahagian tersebut.

Kulat akan lebih mudah merebak.Penggunaan cream yg di berikan oleh klinik juga tidak berapa
berkesan. Sekejap hilang sekejap muncul balik ruam tersebut. Hinggalah satu ketika saya mendapat
email dari saudara Mohd Johari berkenaan produk Biovco 4 bulan lepas.

Saya terus mencubanya dimana setiap kali saya menukar pampers anak saya, akan saya sapukan minyak
Biovco ini di bahagian ruam nya itu. Alhamdullilah keberkesanannya dapat di lihat dalam masa 1 minggu
shj. Ruam dan kesan bintik-bintik kemerahan hilang sedikit demi sedikit tanpa meninggalkan parut.
Malah hingga kini setelah mengenali produk Biocvo dan dengan keizinan Allah juga, anak saya tidak lagi
di jangkiti ruam, walaupun saya hanya menggunakan produk Biovco selama 2 minggu sahaja.

Terima kasih,

Puan Suhaiza Shahrani


Prai, Pulau Pinang.

TESTIMONI 6 : Keguguran Rambut

Assammualaikum,

Saya mengalami keguguran rambut yang agak teruk. Doktor mengatakan mungkin berpunca dari
masalah buah pinggang. Kalau lelaki botak tak apalah kan, tapi kalau perempuan, memang
memalukan.

Sekarang saya dah cuba 2 botol minyak Biovco, dan sudah kelihatan anak2 rambut tumbuh. Insyallah
saya akan terus menggunakan produk ni, sebab hasilnya agak cepat dan boleh membantu
menyihatkan badan.

Terima kasih.

Ju,
Melaka

** Semua testimoni di atas sembuh dengan izin Allah S.W.T. Ia belum diuji secara klinikal oleh mana-mana pihak.
Kesan yang dialami mungkin berbeza antara seorang individu dengan individu yang lain.

http://www.biovco.com/testimoni.html

Maynetwork Dot Net 130-2 Taipan Senawang Jln Tmn Komersial Senawang 1 Taman Komersial Senawang 70450 Seremban
N. Sembilan [ Tel : +606-6780544 / H/P : +6013-3014262 / Fax : +606-6792043 ] Email : biovco@gmail.com
Maklumat lanjut mengenai produk sila lawat ke : http://www.biovco.com

SEBAHAGIAN SOAL JAWAB MENGENAI MINYAK KELAPA DARA


( SOAL JAWAB SEPENUHNYA TELAH DI KOMPILE DALAM SEBUAH e-BUKU )

Penyakit DARAH TINGGI

Bagaimana Minyak Kelapa Dara boleh membantu dalam masalah darah tinggi ?

Minyak Kelapa Dara dapat membantu masalah darah tinggi kerana ia berperanan dalam meningkatkan
metabolisma badan. Lazimnya penyakit darah tinggi berasosiasi dengan penyempitan arteri (salur darah).
Keadaan yang sempit ini menyebabkan kesukaran darah untuk mengalir melaluinya kerana rintangan yang
wujud dan keadaan ini memerlukan tekanan yang lebih kuat. Keadaan ini memaksa jantung untuk mengepam
darah dengan lebih kuat. Punca utama kepada masalah darah tinggi adalah obstruksi lemak pada salur darah.
Minyak Kelapa Dara boleh meningkatkan HDL (Lipoprotein Berketumpatan Tinggi). Ia merupakan protein
pengangkut lemak yang baik kerana ia boleh menyingkirkan lemak daripada badan. Ekskresi lemak daripada
badan dapat membantu melancarkan pengaliran darah dalam badan. Ini sekaligus dapat mengurangkan beban
jantung mengepam darah ke seluruh badan.

Penyakit THYROID

Saya ingin bertanya jika Minyak Kelapa Dara boleh menghilang penyakit thyroid. Saya kemungkinan
menghidap thyroid kata doktor. Getaran di jari kedua-dua tangan. kurang nafsu makan?

Berdasarkan simptom yang saudari nyatakan, saya dapati yang saudari mungkin mengalamai masalah
hyperthyroidism. Ia adalah keadaan di mana terdapat seksresi hormon tiroksin yang berlebihan dalam badan.
Minyak Kelapa Dara boleh membantu masalah saudara dengan menyeimbangkan kembali penghasilan hormon
tiroksin dalam badan. Amalkan pengambilan Minyak Kelapa Dara 1-2 sudu besar sehari. Selepas sebulan
pengambilan Minyak Kelapa Dara, saya nasihatkan saudar1 untuk membuat pemeriksaan darah bagi melihat
paras hormon T3 dan T4. Semoga berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan.

Penyakit KENCING MANIS

Boleh tak jelaskan bagaimana Minyak Kelapa Dara bertindak mengurangkan tahap kencing manis. Saya
sudah menggunakan botol ke lima, tapi masih tiada apa2 perubahan ke atas tahap kencing manis. Ada tak
apa2 pantang yang perlu diikuti.

Minyak Kelapa Dara boleh mengurangkan paras gula dalam darah. Ia boleh membantu dengan menyingkirkan
gula berlebihan. Ini kerana ia boleh meningkatkan kadar metabolisma badan. Peningkatan kadar
metabolisma samalah dengan aktiviti senaman yang dilakukan. Pengambilan 2 sudu besar sehari sudah
mencukupi untuk menunjukkan kesannya. Tetapi pengguna hendaklah mengamalkannya secara konsisten.
Walau bagaimanapun kesan Minyak Kelapa Dara juga bergantung kepada tahap kesihatan seseorang. Ada
individu yang menunjukkan kesan cepat, ada juga individu yang mengambil masa yang agak lama untuk
menunjukkan kesan.

Mengantuk selepas mengambil Minyak Kelapa Dara

Saya dapat beberapa feedback dari customer yg menyatakan bahawa mereka rasa mengantuk yang amat
sangat bila mengamalkan pengambilan Minyak Kelapa Dara. Saya pun macam tu jugak sebenarnya. jadi,

Maynetwork Dot Net 130-2 Taipan Senawang Jln Tmn Komersial Senawang 1 Taman Komersial Senawang 70450 Seremban
N. Sembilan [ Tel : +606-6780544 / H/P : +6013-3014262 / Fax : +606-6792043 ] Email : biovco@gmail.com
Maklumat lanjut mengenai produk sila lawat ke : http://www.biovco.com

boleh saya tahu, adakah keadaan ini normal? dan berapa lama situasi ni akan terjadi?

Keadaan tersebut adalah normal bagi individu yang kurang aktif, ini kerana apabila individu tersebut
menggunakan Minyak Kelapa Dara metabolisma badan akan meningkat. Apabila metabolisma meningkat,
lebih banyak oksigen diperlukan untuk penjanaan tenaga. Individu yang kurang aktif akan merasa mengantuk
kerana badan mereka akan mengalami kekurangan oksigen. Keadaan ini dikenali sebagai hypoxia (lack of
oksigen). Walau bagaimanapun keadaan ini hanya untuk sementara sahaja. Antara tanda-tanda lain hypoxia
adalah rasa pening, keletihan dan tak bermaya. Sebenarnya keadaan ini adalah berkait rapat dengan Kadar
Meatabolisma Basal (BMR) seseorang individu.

UNTUK IBU MENGANDUNG

Saya sedang menunggu hari untuk bersalin. Untuk pengetahuan saudara, semasa saya mengandung,
saya mengalami kegatalan seluruh badan, dan alhamdulillah semasa kandungan saya berusia lebih
kurang 7 bulan saya telah diperkenalkan dengan produk Minyak Kelapa Dara, setelah saya mengambil
Minyak Kelapa Dara seminggu lebih, kegatalan tersebut telah hilang dan hingga sekarang saya masih
mengamalkan pengambilan Minyak Kelapa Dara. Cuma saya musykil, apakah saya masih boleh terus
mengamalkan pengambilan Minyak Kelapa Dara selepas saya bersalin nanti?

Sudah tentu puan boleh mengambil Minyak Kelapa Dara selepas bersalin nanti. Puan tidak perlu risau kerana
Minyak Kelapa Dara tidak akan memudaratkan ibu mangandung, malahan ia boleh digunakan untuk
mengekalkan kesihatan badan. Peratus kandungan lemak dalam Minyak Kelapa Dara adalah bersamaan
dengan susu ibu. Ini berdasarkan kajian oleh pihak UPM di Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi. Bayi puan
juga boleh menggunakan Minyak Kelapa Dara selepas dilahirkan nanti. Sapukan pada kulit 2 kali sehari. Di
samping itu, puan boleh berikan pada bayi dengan mencampurkan dalam susu, 1 sudu kecil setiap hari

Minyak Kelapa Dara adalah 100 % organik dan tidak memudaratkan kesihatan. Tiada kandungan kimia dalam
proses pembuatan Minyak Kelapa Dara.

Untuk pembelian online sila lawat ke : http://www.biovco.com/pembelian.html


atau email ke : bayaran@maynetwork.net untuk mendapatkan no akaun bank
( Bayaran boleh dibuat melalui : Maybank, BCB, RHB, Bank Islam dan Public Bank)

Bayaran boleh dibuat melalui akaun Bank berikut :

Pemegang Akaun : Mohd Johari Bin Jasman

BANK NO AKAUN
Maybank : 114057854953
BCB : 05100013138527
Bank Islam : 05012020362726
RHB Bank : 10504200180612

Public Bank : 4822865216

Kemudian SMS [ Nama, Alamat, Bank, Tarikh, Masa & RM?, MKD ] ke :
013-3014262 atau email ke : mdjohari@gmail.com

Maynetwork Dot Net 130-2 Taipan Senawang Jln Tmn Komersial Senawang 1 Taman Komersial Senawang 70450 Seremban
N. Sembilan [ Tel : +606-6780544 / H/P : +6013-3014262 / Fax : +606-6792043 ] Email : biovco@gmail.com

Anda mungkin juga menyukai