Anda di halaman 1dari 16

2.

0 Keperluan dan Pengurusan Ternakan Kambing

2.1 Pemilihan Kawasan

Pemilihan kawasan untuk menjalankan pemeliharaan adalah penting . Kawasan-kawasan yang


dipilih sepatutnya:-

 Mempunyai tempat teduh dan redup seperti pokok-pokok besar dan juga
pokok yang boleh dijadikan pemecah angin.

 Kawasan tanah yang tinggi dan dataran serta mempunyai sistem


pengaliran air dan udara yang baik.

 Jauh dari jalan raya yang sibuk.

2.2 Sistem Pengurusan

Di antara sistem pengurusan pemeliharaan kambing adalah:

2.2.1 Sistem Berkurung (intensif)

Sistem ini memerlukan perumahan yang sempurna, kerana kambing tidak dilepaskan meragut.
Makanan dan minuman terpaksalah dibawa kepada mereka setiap hari iaitu konsentrat, rumput
dan garam jilat. Kebiasaannya, sistem pemeliharaan begini diamalkan oleh penternak-penternak
yang tidak mempunyai kawasan ragut atau untuk ibu-ibu kambing yang akan beranak dan
selepas beranak dan juga bagi kambing jantan baka. Oleh kerana kambing tidak dilepas
langsung, kemungkinan jangkitan penyakit adalah tinggi. Oleh itu, kandang hendaklah sentiasa
bersih dan kering. Selain daripada itu, kambing senang diawasi untuk tujuan rawatan dan
pengesanan penyakit.
2.2.2 Sistem Separuh Berkurung (Semi-intensif)

Pemeliharaan kambing secara sistem ini dilakukan dengan melepaskan kambing pada siang hari
dan dikurung di dalam kandang pada waktu malam. Sistem ini mempunyai faedah di mana selain
daripada perlindungan pada malam hari dan dari cuaca yang buruk, ianya juga memberi
kebebasan untuk meragut rumput dan herba-herba yang lebih baik. Cara ini juga memberi
kesempatan kepada anak kambing untuk bersenam dan mendapatkan cahaya matahari yang
secukupnya. Pemeriksaan terhadap penyakit boleh dijalankan apabila kambing-kambing ini
masuk ke kandang pada petang hari.

2.2.3 Sistem Ragut Lepas

Sistem ragut lepas ini boleh dijalankan jika terdapat kawasan ragutan yang luas. Kambing-
kambing ini tidak disimpan di dalam kandang tetapi dibiarkan meragut sepanjang masa.
Walaupun menternak cara begini tidak memakan belanja yang banyak untuk membuat kandang
dan sebagainya, ianya tidak digalakkan. Ini adalah kerana kambing ini boleh merayau dan
merosakkan tanaman jiran. Di samping itu juga, pengawasan terhadap ternakan juga adalah rumit
kerana tuan empunya tidak dapat melihat ternakannya setiap masa.

2.3  PANDUAN PERUMAHAN

Perumahan adalah perlu untuk pemeliharaan kambing di Malaysia. Ini adalah kerana keadaan
cuaca melampau seperti hujan dan panas terik menyebab kambing-kambing perlukan
perlindungan.

Kedudukan rumah/kandang-kandang ini boleh dibuat supaya:

 Mengurangkan keperluan bergerak terutama dalam memberi makanan.


Contohnya, kawasan ragut   /sumber makanan (stor) mestilah dekat
dengan    kandang jika boleh.
  Jika hendak membina lebih dari satu kandang, jarak di antara dua
kandang hendaklah sekurang-kurangnya sama dengan lebar kandang
tersebut. Ini adalah untuk menjauhkan jangkitan penyakit.

Apabila membina kandang keperluan-keperluan yang penting


untuk menentukan kesihatan dan kesejahteraan kambing-kambing adalah:

 Sistem pengudaraan yang baik bagi menyejukan udara di dalam kandang

 Membenarkan cahaya matahari yang cukup untuk masuk ke dalam


kandang terutama matahari pagi. Kedudukan kandang arah Utara-Selatan

 Tidak mudah menjadi lembab. Sistem perparitan yang baik di sekeliling


kandang

 Tidak terkena angin yang kencang

 Terpelihara dari hujan dan panas

 Kotoran/najis dapat dikumpulkan dan diangkut keluar

 Ruang makan dan minum mencukupi

 Lantai adalah sesuai dan tidak membahayakan ternakan, seperti terseliuh


atau patah tulang.
2.4  PEMBINAAN KANDANG

Kandang boleh dibuat di atas tanah ataupun secara berlantai. Pembinaan kandang yang berlantai
tinggi dari tanah adalah disyorkan kerana mempunyai sistem pengedaran udara yang baik dan
juga senang dicuci.

2.4.1 Lantai

 Di dalam pembinaan kandang, lantai yang dibuat hendaklah:

tahan lama - misalnya tahan dari semburan bahan kimia dan air
kencing
mudah dicuci
tidak licin
tidak mencederakan
tidak mudah lembab

 Lantai hendaklah dibuat dari bahan yang sesuai seperti beroti yang
berukuran 1.5 s.m. (tebal) dan 3.5 s.m. (Lebar), buluh atau batang pinang
yang dibelah, anak-anak kayu dan juga papan biasa. Supaya kencing dan
najis senang jatuh ke bawah, kayu atau papan lantai diatur dengan jarak
1.2 - 1.8 s.m. tiap-tiap satu. (Jika terlampau luas berkemungkinan kaki
anak kambing akan tersepit).

 Luas kawasan lantai untuk satu ekor kambing dewasa ialah di antara 0.7 -
1.4 meter persegi (8 - 15 kaki persegi).
2.4.2 Pelan ringkas untuk membina kandang

Pandangan tepi/sisi

 
Pelan kandang yang boleh memuatkan 80 - 100 ekor
kambing beserta bilik pengasingan berdasrkan kepada
fungsi, umur dan juga jantina

Kandang kambing berlantai


bawah boleh juga digunakan
untuk menempatkan
kambing pada malam hari

 
Pelan

Pelan bangsal kambing


Pelbagai rupa bentuk bumbung

2.4.3 Dinding

 Dinding hendaklah dibuat dari bahan yang tahan lasak. Ini adalah kerana
kambing mempunyai tabiat suka menanduk, menggigit dan menggeser
dinding. Bahan-bahan yang boleh digunakan ialah buluh, kayu bulat (kayu
hutan) dan papan.

 Dinding boleh dibahagikan kepada dua bahagian:

 Dari lantai sehingga kira-kira 1 m ke atas boleh dibuat daripada


papan, dengan jarak yang lebih rapat antara 1.5 - 2.0 s.m. yang
memerlukan ruang yang agak tertutup untuk mengelakkan
kesejukan.

 Di atasnya boleh digunakan kayu beroti, buluh atau nipah dan


anak-anak kayu. Jaraknya di antara satu dengan yang lain 9 - 12
s.m.
2.4.4 Bumbung

Bahan-bahan yang boleh dibuat bumbung termasuklah:

 Nipah - bagus untuk sistem pengedaran udara dan lebih


menyejukkan. (Pada umumnya terdapat kejadian kambing
memakan serpihan nipah).

 Zink - mudah dipasang tetapi boleh menyebabkan suhu kandang


terlalu panas, terutamanya jika tidak ada pokok-pokok pelindung
sekitarnya. Jika menggunakan atap zink, ruang di antara lantai dan
bumbung hendaklah ditinggikan untuk pengedaran udara yang
baik.

 Asbestos - bahan yang paling baik untuk dijadikan bumbung tetapi


ianya mahal sedikit. Ia tidak saja menyejukkan tetapi juga tidak
mudah terbakar.

 Aluminium - dapat mengurangkan kesan haba tetapi harga agak


mahal.

2.4.5 Palung Makanan

Palung makanan boleh dibuat sama ada di bahagian luar ataupun bahagian dalam iaitu di
sepanjang jalan tengah. Lebar palung bahagian bawah ialah 0.3 m dan 0.45 m di bahagian atas.
Bagi kandang yang tiada palung makanan, rumput boleh diikat atau digantung di tengah-tengah
kandang kira-kira 0.5 m dari paras lantai. Bekas abuk (konsentrat) boleh dibina di bawah palung
rumput atau di mana-mana tempat di dalam kandang atau diisi di dalam besen. Air yang cukup
dan bersih hendaklah disediakan di dalam baldi atau besen.

2.6   PENGURUSAN
2.6.1 Pengurusan Ternakan

Pengurusan kambing adalah bermula dari kelahiran sehinggalah sampai ianya bunting dan
beranak kembali. Pada amnya pengurusan boleh dibahagikan kepada peringkat-peringkat seperti
berikut:

a. Lahir hingga cerai susu (3 atau 4 bulan)


b. Cerai susu hingga bunting
c. Pengurusan kambing dewasa
d. Pengurusan kambing bunting hingga kelahiran
e. Pengurusan baka-baka jantan
f. Pengurusan semasa penggemukan untuk dijual

2.6.2 Lahir hingga 3 bulan

 Anak-anak kambing hendaklah diberi susu permulaan atau kolostrum


dalam masa 6 jam selepas dilahirkan. Susu awal ini dikeluarkan oleh
ibunya untuk beberapa hari selepas beranak. Kebiasaanya anak-anak
kambing ini dapat menghisap susu dengan sendiri. Jika gagal, susu awal
ini hendaklah diperah dan diberikan melalui botol susu kepada anak-anak
kambing. Pengambilan susu awal ini adalah penting kerana ianya
mengandungi banyak zat-zat dan paling penting ialah antibodi yang boleh
menolong anak-anak kambing ini melawan penyakit. Susu julung juga
membantu merangsang sistem cernaan supaya bekerja dengan sempurna.

Purata kandungan kolostrum berbanding dengan susu biasa:

Kolostrum
Kandungan Susu Biasa
0 jam 12 jam 24 jam
Pepejal penuh % 24.75 20.71 17.00 12.86
Abu % 1.12 1.04 0.96 0.72
Lemak % 6.00 5.50 5.00 3.60
Protein % 11.35 9.60 7.07 3.25
Immunglobin
38.23 32.22 21.52  
mg/ml (antibodi)

 Pusat anak-anak kambing hendaklah disapu dengan 'iodine' supaya cepat


kering, selain dari itu ia juga boleh menghindar dari jangkitan kuman. Jika
basah ianya membiak kuman dan anak-anak kambing senang dijangkiti
penyakit.

 Anak-anak kambing bergantung kepada susu ibu selama 3 hingga 4 bulan.


Selepas 2 bulan atau lebih pengambilan susu akan berkurangan dan anak
kambing mula meragut sedikit-sedikit. Selepas 3 atau 4 bulan, anank-anak
kambing boleh dicerai susu dan di mana ianya akan memakan rumput
sepenuhnya.

 Penceraian susu hendaklah dibuat secara beransur-ansur, bilamana


makanan tambahan, rumput dan juga susu di peringat peralihan diberi.
Selepas lahir anak-anak dan ibu tidaklah dibiarkan meragut. Selepas 4 atau
6 minggu mereka bolehlah dilepas meragut di kawasan berdekatan supaya
pengawasan senang dijalankan.

Kandang tempat menempatkan ibu yang beranak dan anak yang baru lahir hendaklah sentiasa
kering dan bersih. Tempat yang lembab boleh membawa kesejukan. Anak-anak kambing adalah
peka terhadap kesejukan dan mudah terkena demam paru-paru.

Jika tidak dapat memberi susu awal, satu campuran susu dengan sedikit minyak sayur dan putih
telur boleh digunakan untuk merangsang pergerakan usus.
Anak-anak kambing ini bolehlah diberi susu dari ibu yang lain dengan memerah dan menyusu
melalui botol atau terus dari ambing jika ianya mahu. Susu tepung juga boleh dibancuh dan
diberikan. Susu lembu yang dicampurkan dengan 1 - 2 titik minyak ikan setiap kali hendak
menyusu. Susu bolehlah diberi sebanyak 170 gm (lebih kurang 1 cawan teh) setiap 4 jam sekali.
Jumlah ini bolehlah ditingkatkan mengikut umur.

2.6.3  Selepas Cerai Susu Hingga Dewasa

Selepas cerai susu dalam lingkungan 3 - 4 bulan, anak-anak dipisahkan dari ibu. Mereka
diasingkan ke kandang dan tempat ragutan yang berlainan. Dalam masa itu urusan pemakanan
hendaklah dijaga baik-baik kerana berat badan biasanya mudah turun. Ini adalah kerana tekanan
(stress) akibat perceraian dari ibu dan juga susu.

Kumpulan anak-anak jantan eloklah diasingkan daripada betina, ini adalah kerena apabila
meningkat umur 9 bulan anak-anak kambing ini sudah sampai umur untuk membiak. Anak-anak
yang tidak mahu dijadikan baka bolehlah dijual.

2.6.4 Pengurusan Kambing Dewasa

Penjagaan terhadap kambing-kambing dewasa adalah sama dengan anak dari 4 bulan hingga 1
tahun.

2.6.5  Ibu Bunting dan Selepas Kelahiran


Ibu-ibu yang telah bunting dan baru melahirkan anak hendaklah diasingkan untuk menjauhkan
anak-anak dari terpijak oleh yang dewasa. Ini juga boleh menyenangkan program pengurusan.
Ibu-ibu bunting memerlukan pengurusan rapi sebulan atau 2 minggu sebelum dan selepas
beranak, makanan yang bermutu dan lebih hendaklah diberikan kepada mereka. Ini adalah untuk
menentukan kesihatan ibu dan anak-anak. Guni yang bersih boleh digunakan untuk mengalas
bahagian lantai atau dinding untuk melindungi anak dari kesejukan.

2.6.5 Baka Jantan

 Baka-baka jantan biasanya dikandangkan berasingan daripada yang betina.


Mereka dicampurkan hanya bila hendak dibiakkan. Setiap ekor kambing
jantan baka biasanya disimpan dalam kandang berasingan supaya
pergaduhan dan kecederaan dapat dielakkan.

Setiap ekor jantan bolehlah digunakan untuk 20 ekor betina.

 Anak-anak jantan untuk dijadikan baka hendaklah dijaga dengan baik dari
segi makanan dan juga kesihatan. Ternakan ini memerlukan banyak
senaman dan pergerakan. Jika ini tidak mencukupi ianya boleh menjadi
malas dan tidak cergas. Ternakan berkenaan hendaklah mempunyai kaki
yang baik dan juga kuku hendaklah sentiasa dipotong supaya ianya tidak
mengganggu semasa mengawan dan menjejas kesihatan

 Anak-anak jantan boleh mengawan dan membiak dalam lingkungan umur


9 bulan, tetapi dinasihatkan tidak digunakan sebelum umur setahun.

2.6.6  Pengurusan Penggemukan


Jika kambing-kambing dipelihara hanya untuk digemukkan dan dijual untuk daging, penjagaan
kambing-kambing ini adalah mudah.

Faktor penting di dalam pemeliharaan cara begini adalah makanan. Makanan yang hendak diberi
mestilah yang mempunyai zat yang tinggi dan baik.

Anak-anak kambing boleh digunakan untuk penggemukan apabila umur telah meningkat enam
bulan. Ia memerlukan masa di antara enam bulan hingga setahun di mana berat badan mencapai
20 - 25 kg. Ini bergantung kepada jenis makanan dan keupayaan kenaikan berat badan kambing
tersebut. Dalam masa satu atau dua bulan sebelum dijual, adalah lebih baik jika diberikan
makanan berkualiti dan mempunyai nilaian protein yang tinggi.

2.6.7 Pengurusan Kambing Sakit/Cedera

Kambing yang sakit atau cedera perlu diasingkan dari kumpulannya dan diberi rawatan segera.
Pihak Pejabat Perkhidmatan Haiwan wajib dihubungi untuk mendapatkan rawatan atau nasihat
selanjutnya.

2.7  PENGURUSAN AM

Pengurusan Am merupakan satu aspek yang perlu diutamakan juga, ia meliputi pengurusan:

a. Kawasan
b. Buruh
c. Jadual Pengurusan
d. Pengenalan Ternakan
e. Pengasian
f. Mematikan Tanduk
g. Memotong Kuku
h. Menggunting Bulu
i. Kawalan Kutu
2.7.1 Kawasan

Kebersihan kawasan kandang dan persekitaran perlu diutamakan setiap masa. Perparitan atau
longkang di sekeliling kandang dan kawasan mesti berfungsi dengan sempura. Najis yang
dibuang atau dikumpulkan jangan terlalu dekat dengan kandang. Kawasan pastura untuk ragutan
atau potong perlu dipagari dengan kukuh. Dengan ini memudahkan pengurusan meragut dan
mengelakkan percampuran yang menyebabkan perkahwinan tidak diingini.

2.7.2 Buruh

Buruh samada yang diupah atau sendiri mestilah diuruskan supaya kerja-kerja lebih teratur dan
mudah. Sebagai contohnya sementara menunggu kambing dilepaskan meragut, bersihkan dahulu
palung makanan dan memotong rumput. Apabila kambing dilepaskan sahaja, kandang pula perlu
dibersihkan. Begitulah seterusnya kerja-kerja lain haruslah diuruskan secara teratur.

2.7.3 Jadual Pengurusan

Penyelarasan bagi kerja-kerja jangkamasa panjang dan tugas harian perlu diatur dari semasa ke
semasa. Jadual pengurusan untuk jangka masa panjang seperti mengkacuk, beranak, mematikan
tanduk, mengkasi, memotong kuku, kawalan kutu dan pemberian ubat cacing perlu diatur dengan
sistematik. Jadual lain seperti jangkamasa meragut di sesuatu petak, membaja, meracun rumpai
mestilah diatur agar pembahagian jentera, buruh dan alat-alat lain dapat dibuat dengan tertib.

2.7.4 Pengenalan

Sekeping kad rekod ternakan perlu disediakan apabila sahaja seekor anak dilahirkan. Penandaan
boleh dibuat samada dengan memasang tag plastik ataupun ditattoo di telinganya supaya mudah
untuk pengenalan.

2.7.5 Pengasian

Pengasian anak kambing jantan yang tidak dijadikan baka boleh dibuat pada umur 4 - 5 minggu.
Proses ini dapat mempercepatkan kadar tumbesaran, paling sesuai jika digemukkan untuk
penjualan, juga dapat mempertinggikan kecekapan pengurusan pembiakbaik.
2.7.6 Mematikan Tanduk

Pertumbuhan asas tanduk perlu dimatikan di peringkat anak untuk mengurangkan kecederaan
antara sesamanya, disebabkan perkelahian atau kemalangan. Untuk tanduk yang telah tumbuh,
ianya perlu dipotong.

2.7.7 Memotong Kuku

Kambing yang tidak dilepaskan keluar dalam jangkamasa yang panjang menyebabkan kukunya
menjadi panjang. Ini akan menyusahkan ia berjalan dan menyebabkan jangkitan penyakit kalau
tidak dibersihkan. Maka itu, kukunya perlu dipotong dan dibersihkan dari kotoran.

2.7.8 Menggunting Bulu

Kambing kacukan terutamanya mempunyai bulu yang agak panjang perlulah dibersihkan. Bulu
yang kotor menjadi sumber penyakit dan tempat pembiakan kutu. Bulu di sekitar tetek perlu
digunting untuk memudahkan  pemerahan juga mengelakkan bulu bercampur dengan susu.
Gunakan gunting elektrik atau tangan untuk tujuan ini.

2.7.9 Kawalan Kutu

Masalah kutu tidak akan selesai bagi kambing dalam kelompok yang besar dan bercampur antara
sesamanya. Kambing diberikan samada semburan ubat kutu atau dimandikan di dalam kolam
mandi kutu, bagi membunuh kutu yang bersarang pada badan kambing.

Anda mungkin juga menyukai