Anda di halaman 1dari 20

PROFIL DIRI MURID

NAMA: AHMAD IKHWAN BIN HAMDAN (BUKAN NAMA SEBENAR)

JANTINA: LELAKI

UMUR: 9 TAHUN

TARIKH LAHIR: 18 JUN 2000

TEMPAT LAHIR: HOSPITAL BESAR KUALA TERENGGANU

AGAMA: ISLAM

BANGSA/KETURUNAN: MELAYU

BIL. ADIK BERADIK: 3 ORANG

KATEGORI MASALAH: AUTISME DAN HIPERAKTIF

NAMA BAPA: HAMDAN BIN MAT KARIM (BUKAN NAMA SEBENAR)

NAMA IBU: SUHAILA BINTI SHAMSUL (BUKAN NAMA SEBENAR)

ALAMAT: 393, JALAN PEGAWAI, TAMAN CEMPAKA SARI,

67140 MARANG, TERENGGANU.


1.0 KAJIAN KES TINGKAH LAKU BERMASALAH

Nama: Ahmad Ikhwan bin Hamdan (Bukan nama sebenar)

Kategori Masalah: Autisme dan Hiperaktif

(1) TINGKAH LAKU BERTERUSAN

a) Kerap mengamuk tanpa mengira masa


b) Suka mengetuk kepala rakan
c) Tidak suka bunyi bising
d) Kurang memberi tumpuan
e) Tidak suka melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang diadakan
f) Agresif

(2) TINGKAH LAKU SEMASA

 Kerap mengamuk

(3) MASALAH PENGURUSAN DIRI *

a) Mampu mengurus diri tanpa bantuan orang lain


b) Tiada masalah dalam pengurusan kendiri

*Kajian tidak dilakukan terhadap murid.


2.0 RANCANGAN PENGURUSAN TINGKAH LAKU

MASALAH TINGKAH LAKU: SUKA MENGAMUK

Nama Murid: Ahmad Ikhwan bin Hamdan (Bukan nama sebenar)

Tarikh Mula: 16 Ogos 2009

Masalah Tingkah Laku: Suka Mengamuk

Tarikh Lahir: 18 Jun 2000

Umur: 9 Tahun

Tingkah Laku yang ingin diubah: Suka Mengamuk tanpa mengira waktu

Matlamat: Supaya Ikhwan dapat berubah dan mampu mengawal emosi dan

menenangkan diri.

PEMERHATIAN:

Tingkah laku yang ingin Suka mengamuk


diurus/diubah

Tingkah laku sasaran Berhenti daripada mengamuk

Masa tingkah laku  sekiranya keinginannya tidak dipenuhi


berlaku  apabila diganggu oleh murid lain

 mengelakkan tingkah laku tersebut menjadi


Sebab utama kebiasaan
 membuatkan rakan-rakan yang lain menjadi selesa
dan senang berdamping/bersama dengannya.

Strategi  memujuk dengan lembut tetapi tegas


 tidak sesekali berkasar dengannya
 bersikap adil dan tidak berat sebelah
 memberikan aktiviti yang bersesuaian dengannya
 menegur dan menerangkan kepadanya jika dia
melakukan tindakan yang tidak sepatutnya
dilakukannya.
 sentiasa berdamping dengannya dan tidak
membiarkan dia keseorangan

Peneguhan a) Peneguhan Positif


 memberikan pujian sekiranya dia melakukan
tingkah laku yang baik
 memujinya dihadapan rakan-rakan
 menuruti kehendak dan keinginannya
b) Peneguhan Negatif
 membandingkan tingkah laku yang dilakukan
oleh Ikhwan dengan rakan-rakannya yang lain.
c) Hukuman
Melakukan time – out

3.0 PEMERHATIAN TINGKAH LAKU POSITIF DAN NEGATIF

Nama Murid: Ahmad Ikhwan bin Hamdan (Bukan nama sebenar)


Tarikh Mula: 16 Ogos 2009

TINGKAH LAKU POSITIF

 Tidak suka menjerit


 Sentiasa berpakaian kemas
 Pandai mengurus diri dengan baik

TINGKAH LAKU NEGATIF

 Kerap mengamuk
 Suka mengetuk kepala rakan
 tidak suka melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang diadakan
 terlalu bergantung kepada orang lain
 kurang memberi tumpuan
 agresif

4.0 PENULISAN ESEI


4.1 PERIHAL TINGKAH LAKU AHMAD IKHWAN BIN HAMDAN (BUKAN
NAMA SEBENAR )

Ikhwan (bukan nama sebenar) merupakan seorang murid yang mempunyai


masalah autisme dan hiperaktif. dia dilahirkan pada 18 Jun 2000 dan dia kini berumur 9
tahun. Berdasarkan pemerhatian dan hasil temu ramah bersama guru-guru di sekolah
tempat saya menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), saya telah dapat
mengenal pasti sedikit sebanyak tingkah laku Ikhwan. Saya mendapati dia merupakan
seorang murid yang bersikap manja. Oleh sebab dia mengalami masalah hiperaktif,
pakar perubatan telah mencadang beberapa ubat dan langkah terbaik untuk mengawal
tingkah lakunya itu.

Masalah tingkah laku hiperaktifnya itu bukan sahaja berlaku di sekolah malahan
masalah tersebut turut menjadi-jadi di rumahnya. Hasil temubual saya bersama guru
yang mengajarnya, Puan Shuhada Idris, dia menyatakan bahawa Ikhwan seorang yang
suka mengamuk tidak tentu masa dan tabiatnya yang lain ialah suka mengetuk kepala
rakannya dengan menggunakan apa sahaja alatan yang berada berdekatan
dengannya. Walaubagaimanapun, kebanyakkan orang-orang yang tinggal di
sekelilingnya lebih-lebih lagi jirannya mengetahui dan memahami akan penyakit yang
dihidapinya itu. Jadi, mereka tidak akan bertindak memukul atau mencederakan
mahupun memarahinya dengan keras dengan setiap perlakuan negatif yang
dilakukannya.
Ikhwan kebiasaannya suka berpakaian kemas dan suka akan keadaan yang
bersih walaupun dia sentiasa menunjukkan tingkah laku yang negatif. Untuk
pengetahuan, apabila Ikhwan mengamuk, dia suka membaling barang-barang yang
boleh dicapainya seperti batu, kasut, buku dan lain-lain. Pernah juga Ikhwan
memecahkan pasu-pasu bunga di sekolah dan juga rumahnya. Dia akan menendang
sekuat hatinya agar pasu bunga tersebut pecah juga akhirnya. Selain itu, dia dengan
tiba-tiba akan mengetuk kepala rakan-rakan yang berada disebelahnya sekaligus
membuatkan rakan-rakannya itu menangis.

Berdasarkan pemerhatian dan maklumat yang diperoleh daripada guru kelasnya,


Ikhwan seringkali mengamuk apabila dia diejek oleh rakan-rakannya. Dia tidak suka
orang menjerit dan juga bunyi bising. Oleh hal yang demikian, apabila rakan-rakannya
mengejek-ejek dan mengulang-ulang perkataan tersebut dengan nada suara yang kuat,
dia mula menunjukkan reaksi yang kurang senang dan kemudian dia akan mengamuk.

Kadang-kala, Ikhwan juga kelihatan seorang yang agak agresif. Hal ini kerana,
dia tiba-tiba menyerang rakannya yang sedang duduk di atas sofa. Namun, cara
serangannya tidaklah seganas mana dan masih mampu dikawal. Dia kelihatan ingin
bergurau dengan rakannya itu, tetapi dia tidak mengetahui yang gurauannya itu akan
mengasari orang lain. Tambahan pula, dia akan datang ke sekolah mengikut moodnya.
Saya mengetahui hal ini selepas mengadakan temu bual secara tidak formal bersama
bapa saudaranya. Kata bapa saudaranya itu, seandainya dia bangun lambat maka dia
sekerasnya tidak mahu ke sekolah dan ingin berada di rumah.

Di samping itu, sepanjang berada di sekolah tersebut dan menjalankan


pemerhatian terhadap Ikhwan, saya mendapati dia seorang yang tidak suka melibatkan
diri dalam apa jua aktiviti yang diadakan di dalam kelasnya. Lebih-lebih lagi aktiviti
nyanyian di dalam kelasnya. Dia akan berlari-lari dan mengganggu rakan-rakannya
yang sedang menyanyi. Walaubagaimanapun, apabila kelas komputer berlangsung, dia
akan melibatkan diri. Kata gurunya, dia akan menunjukkan minat yang mendalam
apabila gurunya menyatakan bahawa mereka dikehendaki ke makmal komputer bagi
mengikuti aktiviti yang menggunakan komputer. Setakat ini, dia belum pernah
merosakkan barang-barang yang terdapat dalam makmal tersebut. Sikapnya yang suka
mengamuk juga kurang kelihatan apabila dia menjalani aktiviti yang menggunakan
komputer.

Tambahan lagi, Ikhwan merupakan seorang murid yang tidak dapat memberi
tumpuan sepenuhnya dalam sesi pengajaran dan pembelajarannya di dalam kelas.
Kebiasaannya tumpuannya adalah singkat. acap kali kelihatan Ikhwan tidak mahu
mengikuti sesi P&P. Dia akan berada di luar kelas dan bertindak melakukan aktivitinya
sendiri. sekiranya dia berada di dalam kelas sekalipun, dia tidak akan memberi respon
terhadap perkara yang sedang diajar gurunya. kemudian, dalam lima hingga 10 minit,
dia akan keluar daripada kelas tersebut dan menuju ke ruang rehat kelas tersebut.

Ikhwan juga merupakan seorang kanak-kanak yang terlalu menginginkan


keinginan dirinya tercapai. Misalnya, ada salah seorang rakan saya memberikan
lembaran kerja/ latihan kepada murid yang berlainan kelas dengannya. Apabila dia
terlihat lembaran kerja tersebut, dia juga ingin mendapatkan lembaran kerja yang sama.
lembaran kerja yang disediakan oleh rakan saya itu adalah terhad dan hanya mengikut
bilangan murid yang berada di sesuatu kelas sahaja. Hal ini juga sedikit sebanyak telah
mendorong Ikhwan untuk mengamuk pada tahap yang agak membimbangkan, dia
sangat mengkehendakan agar keinginan dirinya dituruti oleh orang lain.

Berdasarkan perihal tingkah laku Ikhwan tersebut, dapatlah dikenalpasti bahawa


tingkah laku Ikhwan yang jelas ketara kelihatan dan perlu diubah ialah tingkah laku
suka mengamuk.

4.2 STRATEGI PENGURUSAN TINGKAH LAKU BERMASALAH IKHWAN

Dalam mengubah dan mengatasi tingkah laku Ikhwan tersebut, terdapat


beberapa strategi yang difikirkan sesuai dan relevan. untuk tujuan tersebut, Pertamanya
guru hendaklah mengadakan satu situasi yang mesra dalam persekitaran yang kondusif
dan tidak bersikap kasar apabila berhadapan dan berinteraksi dengan Ikhwan. Hal yang
demikian kerana berdasarkan sesi temu ramah dan soal jawab bersama guru di kelas
PKBP di sekolah tersebut, beliau mengatakan Ikhwan akan menunjukkan sikap yang
baik apabila dia mendapat layanan yang mesra dan lembut daripada orang yang
berada di sekelilingnya terutamanya guru-guru di kelas tersebut. Justeru saya telah
menjadikannya sebagai aplikasi dan merupakan satu cara yang agak berkesan untuk
mengelakkan dirinya daripada mengamuk. Hasilnya, keadaan Ikhwan sentiasa terkawal
dengan adanya hubungan mesra tersebut.

Kemudian, apabila tiba masa yang bersesuaian, guru boleh menggunakan


kesempatan tersebut untuk menegur tingkah laku Ikhwan secara lembut tetapi tegas.
Strategi ini turut digunakan terhadap Ikhwan dan hasilnya dapat kelihatan sedikit
pengurangan terhadap tingkah laku negatifnya itu.

Seterusnya, guru perlulah berusaha untuk memenuhi keinginan yang diingini


oleh Ikhwan selagi mana keinginan tersebut baik untuk diri Ikhwan. Hal yang demikian
kerana tindakan tersebut akan berupaya untuk mententeramkan diri Ikhwan. Keinginan
yang tidak dipenuhi merupakan salah satu penyebab berlakunya tingkah laku negatif
Ikhwan iaitu mengamuk tidak kira masa. Pada situasi yang mana mengkehendaki saya
membuat pengajaran mikro di kelas tersebut, saya telah memberikan lembaran kerja
kepada rakan Ikhwan yang mana rakan tersebut tidak berada dalam satu kelas dengan
Ikhwan, Ikhwan mengamuk kerana dia tidak mendapat lembaran kerja yang diperoleh
rakannya. Lantaran itu, saya telah meminta bantuan guru lain untuk membuat salinan
tambahan terhadap lembaran kerja tersebut khusus untuk Ikhwan. Hasilnya, keadaan
Ikhwan dapat dikawal dan kembali seperti sedia kala. Hal yang demikian telah
menunjukkan kepada kita dengan jelas bahawa segala keinginannya harus dipenuhi
untuk mengelakkan situasi menjdi lebih teruk dan secara tidak langsung mengganggu
proses P&P.

Selain itu, telah diketahui bahawa Ikhwan akan menunjukkan tingkah laku
yang baik apabila orang di sekeliling terutama gurunya sentiasa berada berhampiran
dengannya dan tidak membiarkan dirinya keseorangan. Oleh itu, guru perlulah
menunjukkan sikap dan prihatin terhadap kehadiran dirinya. Tindakan tersebut secara
tidak langsung menjadikan kebarangkalian berlakunya tingkah laku tersebut berkurang.
Hasilnya, ternyata dengan perhatian yang diberikan kepadanya telah menyebabkan
tingkah lakunya sedikit terkawal.

Selain itu, guru perlulah peka dan kreatif dengan mengambil setiap peluang yang
ada untuk mententeramkan keadaan tingkah laku Ikhwan yang suka mengamuk.
Sebagai contoh, diberi satu situasi pada satu ketika Ikhwan sedang mengamuk. Dia
pergi ke satu tempat dan di tempat tersebut terdapat selonggok tanah liat. Tindakan
seterusnya yang diambil oleh Ikhwan ialah mencarik-carikkan ketulan tanah liat
tersebut dan kemudian bertindak membaling ke merata tempat. Guru mesti mengambil
peranan untuk menjadikan situasi tersebut menjadi positif dengan memberikannya satu
bekas dan memintanya untuk mengumpul tanah liat yang telah dicarikkan tersebut ke
dalam bekas yang telah diberikan. Semasa Ikhwan menunjukkan tingkah laku
negatifnya itu, saya telah memintanya memasukkan tanah liat tersebut ke dalam satu
bekas yang disediakan oleh pembantu guru di kelas tersebut. Ikhwan telah menuruti
arahan tersebut dan telah menjadikan situasi yang negatif bertukar menjadi positif.

Selain daripada strategi-strategi yang telah dinyatakan, peneguhan yang


berbentuk positif atau negatif beserta dengan hukuman juga boleh dilaksanakan
terhadap Ikhwan. Peneguhan positif boleh dilaksanakan dengan memberikan pujian
sekiranya dia tidak menunjukkan tingkah lakunya yang suka mengamuk. Pujian
hendaklah diberikan dengan kadar yang kerap. Hal yang demikian kerana dengan
kekerapan pujian yang diberikan mampu membuatkan Ikhwan kekal dengan tingkah
laku tidak mengamuknya dan secara tidak langsung dapat menghapuskan tingkah laku
suka mengamuk yang dilakukan olehnya. Pujian juga seharusnya dilakukan di hadapan
rakan-rakannya. Tindakan tersebut sekaligus dapat meneguhkan tingkah laku positif
yang dilakukannya dapat membuat rakan-rakannya menjadi senang dan ingin
berkawan semula dengan Ikhwan. Sebelum ini rakan-rakannya enggan untuk berkawan
dengannya kerana kurang selesa berkawan dengannya. Contohnya, pada satu ketika
saya terserempak dengan Ikhwan dan melihat keadaannya sangat baik, saya telah
mengambil kesempatan dengan memuji Ikhwan pada ketika itu dengan pujian “Baiknya
Ikhwan hari ni. Kalau hari-hari macam ni kan bagus. Cikgu sayang, kawan-kawan lain
pun saying juga dengan Ikhwan.” Hasilnya, keadaan Ikhwan menjadi semakin baik dari
hari yang sebelumnya.

Apabila Ikhwan berasa dirinya dihargai dan mempunyai rakan-rakan yang baik
dengan dirinya, peratusan untuk dirinya melakukan tingkah laku negatifnya iaitu suka
mengamuk adalah rendah. Selain itu, peneguhan juga boleh dilakukan dengan
membenarkannya melakukan perkara yang diminati agar dia terleka dan berikutan itu
dia akan berhenti seketika daripada melakukan tingkah laku mengamuknya.
Contohnya, Ikhwan suka bermain permainan komputer. Sekiranya pada satu ketika
Ikhwan mengamuk, guru boleh mententeramkan dirinya dengan membenarkan dirinya
bermain permainan komputer sebentar. Melalui peneguhan ini, Ikhwan telah berhenti
mengamuk sedikit demi sedikit dan keadaan kembali reda.

Selain itu, tindakan berbentuk hukuman juga boleh dilakukan. Sekiranya Ikhwan
melakukan tingkah laku suka mengamuk yang keterlaluan, guru boleh mengenakan
hukuman untuk menghentikan tingkah laku Ikhwan dengan menggunakan pendekatan
‘time out’ seperti mengurung dirinya bersendirian dalam sebuah kelas. Berdasarkan
pemerhatian semasa kajain, pada suatu hari Ikhwan ada melakukan tingkah laku suka
mengamuknya itu dengan agak keterlaluan sehingga memecahkan pasu sekolah.
Untuk menyelesaikan situasi tersebut, guru di sekolah tersebut telah membawanya ke
dalam sebuah kelas dan mengurungnya dalam bilik tersebut. Setelah beberapa ketika,
keadaan Ikhwan yang begitu teruk telah surut dan kembali tenang. Oleh itu, saya telah
menggunakannya sebagai salah satu daripada strategi saya.

(i) Data Awal – Tingkah Laku Sasaran ( Suka Mengamuk)


HARI
8.00-9.00 PAGI 9.00-10.00 11.00-12.00
MASA PAGI TGHARI JUMLAH

AHAD
(16/8/2009) 2 3 3 8

ISNIN
(17/8/2009) 2 2 2 6

SELASA
(18/8/2009) 1 2 2 5

RABU 1 2 1 4
(19/8/2009)

KHAMIS 0 2 2 4
(20/8/2009)

Graf Merekod Intervensi


30

25

20

15

10

I S R K J I S R K J I S R K J I S R K J
Hari

__Baseline data 1___ _ _ _ _ ____ _______Intervensi _______ _ _ _ __ __ Baseline data 2 __

(Fasa Pra Intervensi) (Fasa Intervensi) (Fasa Selepas Intervensi)

SENARAI SEMAK TINGKAH LAKU MURID


BUTIR-BUTIR DIRI

Nama: __Ahmad Ikhwan bin Hamdan___________________

Umur: __9 tahun___ Kelas: _______ tarikh lahir:_________

No.sijil kelahiran:__________ No. Pendaftaran JKM:_______

Jenis kecacatan/tahap:_______________________________

Jantina: ___Lelaki___ Bangsa: ___Melayu____ Agama: ___Islam___

Bil.Adik Beradik: __4__ Anak ke: __1__

___________________________________________________________________

PENGESAHAN IBU BAPA / PENJAGA

Nama : ______Hamdan bin Mat Karim________ PERLAKUAN YANG KETARA

No. K/P : ______710819-11-5673_____________ AGRESIF ( )


PASIF ( )
No. Tel/Hp : _____014 9464474_________________ KOGNITIF ( )
EMOSI ( )
Alamat : ____Taman Raja Kasuari, Marang______
MOTOR KASAR ( )
______Kuala Terengganu_____________ MOTOR HALUS ( )
PENGURUSAN DIRI ( )
tandatangan: _________________ tarikh: ________ PERTUTURAN ( )

(ii) Semasa menjalankan intervensi


HARI
8.00-9.00 PAGI 9.00-10.00 11.00-12.00
MASA PAGI TGHARI JUMLAH

AHAD
(23/8/2009) 1 2 2 5

ISNIN
(24/8/2009) 1 1 2 4

SELASA
(25/8/2009) 1 1 2 4

RABU 1 1 1 3
(26/8/2009)

KHAMIS 1 0 2 3
(27/8/2009)

AHAD 0 1 1 2
(30/8/2009)

ISNIN 1 0 1 2
(31/8/2009)

SELASA 1 1 0 2
(1/9/2009)

RABU 1 0 0 1
(2/9/2009)

KHAMIS 0 0 1 1
(3/9/2009)

(iii) Selepas menjalankan intervensi / pengukuhan


HARI
8.00-9.00 PAGI 9.00-10.00 11.00-12.00
MASA PAGI TGHARI JUMLAH

AHAD
(6/9/2009) 0 1 1 2

ISNIN
(7/9/2009) 0 0 1 1

SELASA
(8/9/2009) 1 0 0 1

RABU
(9/9/2009) 0 1 0 1

KHAMIS 0 0 0 0
(10/9/2009)

Penilaian
 pemerhatian – daripada tugasan yang diberikan
 maklumat daripada guru dan pembantu guru
 temu ramah dan sesi soal jawab

Hasil penilaian

Berdasarkan pemerhatian yang telah dijalankan terhadap Ikhwan, saya


mendapati Ikhwan seorang yang tidak mahu sesiapa pun mengganggunya ketika dia
sedang mengamuk lebih-lebih lagi rakan-rakannya. dia juga tidak menerima sebarang
pujukan yang telah diberikan oleh gurunya. Selain itu, untuk memastikan Ikhwan berada
dalam keadaan baik seperti sedia kala, mengambil masa yang agak lama. Ikhwan akan
bertindak lebih agresif dengan membaling barang-barang yang berada berdekatan
dengannya.
Penilaian

 Pemerhatian – daripada tugasan yang diberikan


 Maklumat daripada guru dan pembantu guru
 Temu ramah dan sesi soal jawab
 Peneguhan, ganjaran, hukuman dan teguran dibuat

Hasil Penilaian

Guru akan membawa Ikhwan ke makmal komputer untuk mengikuti aktiviti yang
melibatkan penggunaan komputer. Hal ini kerana, tingkah laku negatif Ikhwan yang
paling ketara iaitu suka mengamuk akan berkurangan sekiranya melibatkan dirinya
dengan aktiviti yang menggunakan komputer. Namun begitu, guru hanya akan
memperuntukkan masa yang sesuai Ikhwan untuk menjalankan aktiviti tersebut. guru
kemudiannya akan memberi teguran secara halus dan lembut tetapi tegas dengan nada
yang terkawal. Guru juga turut menyediakan ganjaran seandainya Ikhwan mengikuti
segala arahan dengan baik dan dapat melaksanakan aktiviti dengan sempurna.
Penilaian

 Pemerhatian – daripada tugasan yang diberikan


 Perbualan dan sesi soal jawab
 Memberi teguran, ganjaran dan hukuman

Hasil Penilaian

Tingkah laku negatif Ikhwan iaitu suka mengamuk tidak kira masa sedikit
sebanyak semakin berkurangan apabila dia dikenakan time - out. Guru mengenakan
hukuman ini kepadanya bertujuan untuk membuatkan Ikhwan berasa takut dan
disisihkan sebentar daripada bersama dengan rakan-rakan yang lain. Hal ini secara
tidak langsung akan membuatkan sikapnya yang suka mengamuk akan berkurangan
apabila dikenakan hukuman berada di dalam bilik seorang diri dalam masa yang telah
ditetapkan guru. Guru membuat teguran terhadap Ikhwan setiap kali dia mengulangi
kesalahan/mengamuk secara tiba-tiba. Selepas itu, Ikhwan kelihatan sudah boleh
menerima arahan yang diberi dan mematuhi beberapa peraturan yang telah ditetapkan
oleh guru. Akhirnya, lama-kelamaan didapati Ikhwan sudah berjaya mengawal
emosinya daripada mengamuk walaupun tidak secara menyeluruh setiap kali diberikan
ganjaran/token apabila dia menunjukkan tingkah laku yang baik dan disenangi oleh
guru-guru dan rakan-rakan.
Graf kekerapan

________________________________________________________

________________________________________________________

________________________________________________________

________________________________________________________

________________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai