Anda di halaman 1dari 12

KEBERKESANAN SUBJEK PENGAJARAN MIKRO DALAM MEMBANTU GURU

PELATIH BELAJAR UNTUK MENGAJAR MATEMATIK SEMASA KURSUS


LATIHAN MENGAJAR
HALDY CHEW
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda
Sains Serta Pendidikan (Matematik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
NOVEMBER 2007

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti keberkesanan subjek Pengajaran Mikro dalam
membantu guru pelatih belajar untuk mengajar subjek Matematik. Matlamat utama
kajian ini adalah berpandukan kepada objektif utama kajian untuk mengenalpasti sama
ada kemahiran-kemahiran yang dipelajari oleh guru pelatih semasa kelas pengajaran
mikro dapat membantu guru pelatih untuk mengajar subjek Matematik semasa menjalani
kursus latihan mengajar. Kajian yang dilakukan adalah berbentuk kuantitatif dan
kualitatif. Instrumen kajian yang dibina untuk menjalankan kajian ini adalah melalui
soal-selidik, temubual dan pemerhatian. Seramai 31 orang responden telah diplih untuk
menjawab borang soal-selidik. Responden adalah pelajar Tahun 3 yang sedang
menjalani kursus latihan mengajar. Manakala seramai 4 orang guru pelatih
pengkhususan Matematik dipilih untuk ditemubual dan pemerhatian pengajaran.
Dapatan daripada soal selidik, temu bual dan pemerhatian menunjukkan kemahirankemahiran
pengajaran mikro banyak membantu guru pelatih dan kemahiran-kemahiran
ini dapat dilaksanakan dengan baik oleh guru pelatih semasa latihan mengajar. Secara
keseluruhannya, guru pelatih dapat belajar untuk mengajar subjek Matematik semasa
latihan mengajar dengan bantuan kemahiran-kemahiran yang dipelajari semasa kelas
pengajaran mikro.

Pendahuluan
“Subjek pengajaran mikro ini diasaskan di Universiti Stanford pada tahun 1963
dalam usaha mencari kaedah latihan terbaik untuk bakal guru (Shahabuddin Hashim et
al., 2003).” Pengasasnya adalah Dwight Allen. Pada masa itu, pengajaran mikro
meliputi pengajaran mengenai kaedah pengajaran yang mana pengambaran video
diambil bagi memudahkan penilaian oleh pensyarah.
“Menurut Ee Ah Meng (1997), pengajaran mikro merupakan satu daripada
perkembangan yang paling berkesan dalam bidang pengajaran praktik.” Subjek
pengajaran mikro ini diadakan di semua universiti dan maktab perguruan yang
menawarkan program perguruan adalah bertujuan memberikan latihan dan persediaan
yang secukupnya kepada guru-guru pelatih sebelum turun ke padang sebenar untuk
mengajar generasi-generasi yang bakal menerajui kemajuan negara kita. Disebabkan
itu, guru-guru pelatih ini perlu dilengkapi dengan pelbagai kemahiran mengajar. Justeru
itu, subjek pengajaran mikro merupakan elemen yang penting sebagai medium untuk
membimbing dan memberi latihan praktis kepada bakal guru sebelum melangkah ke
bilik darjah yang sebenar.
Di Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, Pengajaran Mikro adalah
subjek yang wajib diambil dan dipelajari oleh semua pelajar sebelum menjalani kursus
latihan mengajar selama dua belas minggu. “Menurut Esah (2004), guru pelatih tidak
mengajar sepenuhnya tetapi berlatih mengajar sebahagian daripada kemahiran
mengajar.” Di Fakulti Pendidikan, semasa kelas pengajaran mikro, guru pelatih diberi
peluang untuk berlatih mengajar hanya sekali dan mengajar satu topik kecil mengikut
pengkhususan kursus masing-masing. “Shahabuddin et al. (2003) menyatakan bahawa
Pengajaran Mikro merupakan suatu sesi pengajaran yang bercorak latihan atau
pendedahan yang mengambil masa 10-15 minit, melibatkan rakaman video dengan
memfokuskan kepada kemahiran-kemahiran tertentu.” Antara kemahiran-kemahiran
yang ditekankan semasa kelas pengajaran mikro adalah penulisan rancangan pengajaran,
set induksi, bahan bantu mengajar, suara, teknik menyoal, merancang aktiviti, penutup
dan pengurusan masa.
Secara amnya, semasa kelas pengajaran mikro, guru pelatih akan mengajar satu
topik kecil dalam masa yang diperuntukkan oleh pensyarah. Pada masa itu, guru pelatih
telah menyediakan satu rancangan pengajaran, bahan bantu mengajar dan merancang
aktiviti-aktiviti yang bakal diadakan semasa proses pengajaran. Rakan-rakan dalam
kelas pengajaran mikro tersebut akan bertindak sebagai murid-murid dan juga pemerhati
terhadap pengajaran guru pelatih tersebut. Pensyarah pula akan menilai pengajaran guru
pelatih tersebut. Selepas suatu pengajaran oleh guru pelatih selesai, rakan-rakan dan
pensyarah akan memberikan komen terhadap pengajaran guru pelatih tersebut.
“Latihan mengajar merupakan satu latihan amali untuk guru pelatih
mempraktikkan segala teori dan kaedah yang telah dipelajari. Latihan ini juga
merupakan satu syarat yang mesti dipenuhi oleh guru pelatih yang mengikuti kursus
perguruan di Universiti Teknologi Malaysia (Meor Ibrahim, 2004).” Fakulti Pendidikan
memperuntukkan selama dua belas minggu untuk guru-guru pelatih menjalani kursus
latihan mengajar. Sepanjang tempoh itu, guru-guru pelatih ini akan dinilai oleh penyelia
dan guru pembimbing guru pelatih tersebut.
Salah satu syarat untuk guru pelatih sebelum menjalani kursus latihan mengajar
ialah mesti lulus mata pelajaran Asas Pedagogi atau Kaedah Mengajar dan lulus dengan
memperolehi gred B+ bagi mata pelajaran Pengajaran Mikro.
“Menurut Abu Hassan dan Meor Ibrahim (1995), sebelum seorang guru pelatih
ditauliahkan sebagai guru, kemampuannya untuk mempraktikkan segala teori, kaedah,
strategi, pendekatan, kemahiran dan pengetahuan yang dipelajari di dalam bilik kuliah
akan digilap melalui program latihan mengajar.” Oleh itu, subjek pengajaran mikro ini
sangat penting dalam membekalkan kemahiran dan dijadikan panduan kepada bakal
guru sebelum mengajar di bilik darjah nanti. Selain itu, subjek pengajaran mikro ini
bukan sekadar membekalkan ilmu kemahiran mengajar kepada bakal guru, tetapi juga
dijadikan syarat kepada guru pelatih Fakulti Pendidikan untuk lulus sebelum dapat
menjalani kursus latihan mengajar di sekolah.

Latar Belakang Masalah


Jangka masa pelajar untuk menghadiri kelas pengajaran mikro adalah sepanjang
satu semester sahaja. Oleh itu, dalam tempoh itu guru pelatih hanya mempunyai
peluang sekali sahaja untuk berlatih mengajar di dalam kelas pengajaran mikro. Sejajar
dengan itu, guru pelatih hanya mendapat sekali sahaja maklum balas dari pensyarah atau
rakan sekelas. Hal ini menyebabkan guru pelatih kurang bersedia semasa latihan
mengajar, terutamanya dalam kajian ini memfokuskan kepada pengajaran guru pelatih
bagi opsyen Matematik.
“Menurut Esah dan Mohd Anuar (1998), para pelajar tidak cukup setakat
menguasai konsep tetapi perlu menguasai kemahiran mengajar dan melaksanakan setiap
kemahiran kecil yang telah diutarakan melalui latihan amali dalam sesi pengajaran
mikro.” Kekurangan kemahiran mengajar dari aspek teori dan praktikal menyebabkan
ramai guru-guru pelatih opsyen Matematik mengalami masalah untuk melaksanakan
pengajaran semasa latihan mengajar.
“Shahabuddin et al. (2003) menyatakan bahawa secara idealnya, murid-murid
sekolah yang sebenar patut dibawa ke bilik tempat pengajaran mikro dijalankan.
Namun, kekangan dan masalah yang timbul menyebabkan guru pelatih atau rakan
sebaya bertindak sebagai murid.” Akan tetapi masalah yang akan timbul ialah apabila
guru pelatih pergi ke latihan mengajar. Suasana yang dialami oleh guru pelatih semasa
berlatih di kelas pengajaran mikro adalah berbeza dengan keadaan sebenar di bilik
darjah. Hal ini menyebabkan ramai guru pelatih menghadapi masalah untuk
menyesuaikan diri dengan keadaan bilik darjah yang sebenar.

1.2 Pernyataan Masalah


Semasa guru pelatih menjalani kursus latihan mengajar di sekolah,
sememangnya mereka ini akan dinilai oleh penyelia dan juga guru pembimbing. Oleh
itu, semestinya terdapat kelemahan-kelemahan dari segi teknik dan gaya pengajaran
guru pelatih tersebut.
“Menurut Robiah Sidin (1994), guru pelatih masih lemah dan kurang mahir
dengan teknik-teknik mengajar, contohnya mengaitkan pengajaran teori dan amali.
Faktor ini menyebabkan guru pelatih menghadapi masalah semasa menjalani kursus
latihan mengajar dan juga tidak berkeyakinan untuk keluar mengajar di sekolah.”
“Dalam kajian Abdullah Mohd Noor (1996) mendapati guru-guru menghadapi
masalah dalam pengajaran dari segi penggunaan bahan bantu mengajar.” Hal ini jelas
menunjukkan bahawa sepatutnya guru-guru sudah terlatih semasa menjalani kursus
perguruan sebelum mengajar di sekolah. Justeru itu, adalah penting kajian dilakukan
bagi memastikan bahawa guru-guru pelatih telah lengkap dari segi penguasaan
kemahiran mengajar semasa menjalani latihan mengajar di sekolah.
Dalam kajian ini, masalah-masalah yang ingin dikaji oleh penyelidik adalah
seperti berikut:
1. Elemen-elemen subjek pengajaran mikro yang kurang membantu guru
pelatih dalam belajar untuk mengajar matematik.
2. Guru pelatih kekurangan kemahiran dan teknik mengajar matematik.

Objektif
Bagi mencapai matlamat dalam kajian ini, beberapa objektif dibuat untuk
dijadikan sebagai panduan utama bagi melaksanakan kajian ini.
Antaranya adalah:
1. Mengenal pasti keberkesanan subjek pengajaran mikro dalam membantu
guru pelatih belajar untuk mengajar matematik dari segi aspek:
a) Penulisan rancangan pengajaran
Perancangan pengajaran matematik yang hendak diajar oleh guru.
b) Set induksi
Pengenalan kepada pelajaran yang hendak diajar.
c) Bahan bantu mengajar
Bahan yang membantu kefahaman murid terhadap pengajaran guru.
d) Suara
Bahasa dan intonasi suara guru.
e) Teknik menyoal
Menilai kefahaman murid dan mengajar pelajar berfikir.
f) Merancang aktiviti
Aktiviti pengukuhan yang membantu pengajaran lebih bermakna dan
diminati oleh murid.
g) Penutup
Menguji penguasaan murid dan menimbulkan rasa ingin tahu murid
seterusnya penyampaian lebih berkesan.
h) Pengurusan masa
Guru membahagikan masa pengajaran secara sistematik untuk menjamin
kelancaran pengajaran.

2. Mengenalpasti kemahiran yang dipelajari dalam kelas pengajaran mikro yang


dipraktikkan oleh guru pelatih semasa latihan mengajar.
1.4 Persoalan
Semasa melakukan kajian ini, timbul beberapa persoalan yang menjadi panduan
arah tuju kajian ini bagi mencapai matlamat kajian. Antara beberapa persoalan yang
diutarakan adalah:
1. Adakah elemen-elemen yang dipelajari dari subjek pengajaran mikro
berkesan dalam membantu guru pelatih belajar untuk mengajar matematik?
2. Adakah kemahiran-kemahiran yang dipelajari semasa kelas pengajaran mikro
dapat dipraktikkan oleh guru pelatih semasa latihan mengajar?
3. Bagaimana untuk meningkatkan lagi penguasaan pembelajaran untuk
mengajar matematik yang boleh diimplikasikan semasa latihan mengajar?

www.fp.utm.my/epusatsumber/.../HALDYCHEWAP030076D2007TTP.pdf

PENGAJARAN MIKRO

KONSEP

 Membekal dan memperkenalkan guru pelatih secara ansur maju akan aktiviti yang kompleks

 Fokus kepada kemahiran pengajaran khusus yang telah dikenal pasti

 Maklum balas dimantapkan dengan penggunaan video dan borang penyeliaan bagi setiap
kemahiran
 Dikecilkan dalam tiga cara:

 Saiz kelas – jumlah pelajar mungkin 5 orang

 Jangka masa pengajaran – boleh jadi 5 – 10 minit

 Kesukaran tugasan – berfokus pada satu kemahiran satu-satu masa

alasan untuk menyokong teknik ini ialah teknik ini membolehkan guru memajukan himpunan kemahiran
profesional dalam suasana pengajaran yang keondusif, jauh daripada hiruk-pikuk suasana biasa, dan ini
terutama kepada guru pelatih yang baru mula, suasana yang agak selamat amat penting untuk
pembelajaran yang berkesan. ..”

Wragg, E.C. “Teaching Teaching (David dan Charles,1974)

ipbainduction.googlepages.com/Pengajaran_Mikro.ppt

THURSDAY, SEPTEMBER 17, 2009

Pengajaran Mikro

• Pengajaran mikro telah dipraktikkan secara meluas dalam latihan keguruan


di seluruh dunia sejak diperkenalkan di Stanford Universiti oleh Dwight .W.
Allen, Robert Bush dan Kim Romney di lewat tahun 1950-an.

• Merupakan satu bentuk simulasi pengajaran yang boleh dilaksanakan untuk


latihan guru-guru pra perkhidmatan dan dalam perkhidmatan

• Pengajaran mikro amat berkesan untuk membantu pelajar/ guru menguasai


kemahiran mengajar dalam situasi yang lebih tenang, kurang kompleks,
terkawal dengan cara yang sistemetik dan analitikal

• Dapat membantu pelajar menguasai kemahiran, kaedah mengajar dan dan


isi kandungan

• Lebih berfokus kepada beberapa komponen kemahiran mengajar saperti


kemahiran permulaan , penggunaan sumber, kemahiran penyoalan,
kemahiran menerang, kemahiran menjalankan aktiviti, dan kemahiran
penutup

• Secara umum pengajaran mikro melibatkan proses pengajaran, mengkaji


dan membuat refleksi (teach, review and reflect)
• Proses pengajaran mikro melibatkan
- jangkaan masa antara lima hingga sepuluh
minit atau (lebih panjang)
- kumpulan pelajar antara 3 hingga 4 orang
(boleh berubah)
- pelajar sesama pelajar
- pelajar dengan murid
- dalam bentuk klinik mikro/makro
- pengunaan borang kemahiran mikro

Pengertian

• Mengikut Micheel J Wallace pengajaran mikro merupakan pengajaran yang


dipermudahkan. Pengertian ini membawa makna satu situasi pengajaran yang
telah dikurangkan skopnya, iaitu tugas guru dipermudahkan, matapelajaran
dipendekkan dan bilangan murid dikecilkan
Pengertian

• Pengajaran mikro boleh diertikan suatu latihan pengajaran untuk


mengetahui tahap penguasaan kemahiran mengajar guru pelatih sebelum
praktikum atau berlaku pengajaran yang sebenar di sekolah

Pengertian

• Education Encyclopedia
Microteaching is a scaled-down, simulated teaching encounter desingned ……
for the training of both presevice or in-service teachers. ………

Tujuan pengajaran mikro

• Memberi peluang kepada guru mempraktik kemahiran mengajar dalam


situasi terancang.
• Dapat mengamalkan teori dan konsep pengajaran dan pembelajaran yang
dipelajari.
• Membolehkan guru dapat mengusai kemahiran pengajaran dengan cepat
melalui pengalaman yang menyeronokkan.

4. Melalui rakaman video, guru dapat membuat refleksi kelemahan, kekuatan


pengajaran yang berfokus.

5. Dapat memperbaiki kelemahan dan mendapat bimbingan daripada


pensyarah penyelia atau rakan sekelas.

6. Mengurangkan ketegangan dan meningkatkan keyakinan guru untuk


menghadapi situasi pengajaran yang sebenar.

7. Dapat mengurangkan pelbagai masalah yang berkaitan dengan pengajaran


dan pembelajaran.

Situasi
Pengajaran Mikro
Saiz kelas kecil
(4-10 orang)
Fokus kepada
satu kemahiran
pengajaran

Rekod borang
Bimbingan
(protokol)
Dilaksanakan dalam
bilik mikro
atau makmal
pengajaran
Ada penyelia,
pensyarah
atau
rakan bimbingan
Masa pengajaran
dipendekan
(5 – 15 minit)

Pengajaran, mengkaji,
Tafsir, refleksi dan bimbingan
Situasi Pengajaran Mikro
Murid sebenar atau rakan sebaya

Dalam pengajaran mikro murid sebenar diambil untuk berinteraksi dengan


guru yang mengajar. Ini bertujuan untuk mendapat situasi sebenar wujud
semasa pengajaran tersebut. Sekiranya sukar untuk mendapat murid sebenar
rakannya boleh disemulasi sebagai murid. Jadi rakan anda berperanan
sebagai murid dalam sesi pengajaran mikro tersebut
Dilaksanakan dalam bilik mikro
atau makmal pengajaran

Boleh dilaksanakan dalam bilik mikro pengajaran yang mengandungi


kelengkapan secukupnya seperti perakam video, papan hitam, meja dan
kerusi untuk murid serta kelengkapan alat tulis lain. Pengajaran mikro boleh
juga dilaksanakan disekolah tetapi pastikan kriteria – kriteria lain diambil
kira seperti jumlah murid, kelengkapan alatan pengajaran dan mendapat
persetujuan daripada pihak pengurusan sekolah.
Masa pengajaran dipendekkan
Oleh kerana tumpuan kepada satu kemahiran pengajaran sahaja, masa yang
diambil tidak perlu 30 atau 60 minit seperti kelas biasa. Memadai 5 hingga 15
minit untuk melihat fokus kemahiran yang hendak dilihat dengan lebih
terperinci.

Saiz kelas kecil


• Kelas untuk pengajaran mikro tidak terikat seperti kelas biasa. Minimum 4
hingga 10 murid atau rakanya diperlukan supaya mudah dikawal dan
mementau pelaksanaan secara spesifik. Ada penyelia, pensyarah atau rakan
sebaya.

Semasa sesi mikro ini, pensyarah perlu ada bersama dengan guru untuk
melihat, mendengar dan menganalisa tingkahlaku pengajaran yang
berlakukan dalam kelas. Pensyarah bolehlah mencatat dan memberi perhatian
sepenuhnya untuk maklumbalas kemudian. Maklumbalas atau pendapat juga
boleh diperolehi dari rakanguru yang disemulasi sebagai murid.
Fokus kepada satu kemahiran pengajaran
Dalam pengajaran mikro fokus hanya kepada satu kemahiran sahaja pada
satu masa, sebagai contohnya untuk melihat penguasaan guru dalam aspek set
induksi. Apabila satu kemahiran telah dikuasai, barulah dapat
digabungjalinkan dengan kemahiran - kemahiran lain.
Bimbingan dan Diskusi
• Semasa pengajaran mikro sedang berlansung, pensyarah tidak boleh
campurtangan, atau memberi komen pengajaran kepada guru tersebut. Jadi
sebarang bimbingan atau analisa perlu dilakukan sebelum atau selepas
pengajaran mikro. Dalam sesi ini pensyarah hendaklah memberi peluang
kepada guru pelatih untuk mengeluarkan pendapat, pandangan, memberi
ulasan kelemahan dan kekuatan yang berlaku semasa pengajaran mikro.
Selepas itu barulah pensyarah memberi bimbingan, diskusi, motivasi dan
tunjuk cara yang lebih baik kepada guru.
Rekod Borang Bimbingan

Borang ini digunakan untuk pensyarah memerhati perlakuan guru pelatih


tentang aspek kemahiran mengajar dan mengisi dalam borang bimbingan ini.
Perlu ditegaskan bahawa pengajaran mikro ini bukan penilaian markah tetapi
ia lebih kepada bimbingan untuk guru pelatih menguasai kemahiran mengajar
dengan lebih yakin. Dalam borang ini mengandungi sub kemahiran mengajar
dan petunjuk qualiti untuk ditentukan oleh pensyarah semasa pengajaran
berlaku. Selepas tamat pengajaran mikro, pensyarah boleh mentafsir,
menganalisa data yang dicatat untuk memberi bimbingan kepada guru pelatih

retorikapujangga.blogspot.com/2009/.../pengajaran-mikro.html

Konsep Pengajaran Mikro


Mikro bermaksud kecil atau halus


Merupakan aktiviti latihan pengajaran sebelum sesi sebenar pengajaran


di bilik darjah

Memberi fokus / tumpuan kepada bahagian-bahagian kecil tertentu yang


apabila digabungkan kesemuanya akan menjadi satu pengajaran yang
lengkap

Terdapatlapan kemahiran yang perlu dikuasai dalam pengajaran mikro


Masa untuk mengajar sesuatu kemahiran : antara 5 – 10 minit


Bilangan murid : 5 - 10 orang ( rakan pelatih ) sahaja


Rakan pelajar memainkan peranan penting : sebagaimurid dan


pemerhati ( untuk menilai kekuatan dan kelemahan “guru” semasa sesi
p&p berlangsung dan seterusnya memberi komenmem bina )

Segala aktiviti akan dilihat untuk menilai sama ada sesuatu kemahiran
yang dipraktikkan itu memenuhi konsepnya atau tidak ( oleh guru sendiri
melalui sesi refleksi, rakan-rakan pemerhati dan pensyarah)
Tujuan Pengajaran Mikro:

Mempraktikkan setiap pengajaran dalam satu situasi terancang


dan dipermudahkan
-

Mempelajari teknik p&p dalam keadaan yang tenang, mudah dan


kurang kompleks
-

Mengamalkan teori p&p yang baru dipelajari


-

Mengurangkan masalah berbanding dengan pengajaran biasa di


sekolah
-

Mengkaji sendiri kelemahan-kelemahan dan kesilapan yang


dilakukan dalam sesi pengajaran
-

Membina kemahiran guru yang berkaitan dengan aktiviti


pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah

arah pembimbing )

Melakukan perbincangan selepas sesi pengajaran bagi mengenal


pasti kelemahan dan kesalahan dan seterusnya membaikinya
-

Meningkatkan keyakinan diri untuk menghadapi pengajaran yang


sebenar di kelas
1.
Kemahiran-Kemahiran Asas Pengajaran Mikro

Kemahiran Set Induksi

Kemahiran Variasi Pelbagai Rangsangan

Kemahiran Menerang

Kemahiran Menyoal

Kemahiran Penggunaan Papan Tulis

Kemahiran Penggunaan Bahan Bantu Mengajar

Kemahiran Peneguhan

Kemahiran Penutup

Senarai Semak Komponen Kemahiran Set Induksi

Menggunakan nada suara

Menggunakan bahan bantu


mengajar
Menggunakan gerak, isyarat,
kontak mata
Menunjukkan satu aktiviti yang menarik
Mewujudkan motivasi

Meningkatkan perasaan ingin tahu

Menggunakan teknik bercerita

Mempamerkan satu aktiviti yang menarik


Melontarkan soalan yang mencabar

Menyatakan had tugas


Mengemukakan set soalan berkaitan
Menyatakan cara-cara melaksanakan tugas
Menyatakan aktiviti, tugas atau projek
Menstruktur
Mengaitkan pengetahuan lepas

Mengemukakan isi pelajaran baru

Mengaitkan peristiwa semasa

Mengaitkan minat dan pengalaman murid

Senarai Semak Komponen Kemahiran Variasi Rangsangan

Perubahan Pergerakan Guru


Perubahan pergerakan anggota badan guru

Perubahan nada suara bacaan

Perubahan fokus deria murid

Perubahan interaksi lisan guru

Perubahan pergerakan fizikal murid

Objektif

Memusatkan perhatian murid


Mengekalkan perhatian murid dalampengajaran
Melibatkan murid secara aktif dalamaktiviti pembelajaran
Memberikan peluang kepada murid menggunakan deria untuk mengikuti aktiviti pembelajaran
Meningkatkan naluri ingin tahu murid dalam aktiviti yang dilaksanakan
Membuka peluang murid menikmati kepelbagaian aktiviti
Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan
Senarai Semak Komponen Kemahiran Menerang

Penerangan Guru :
Membangkitkan dan mengekalkan
perhatian murid
Penerangan Guru :
Membangkitkan kesediaan murid untuk belajar

Penerangan Guru :
Jelas, ringkas dan tepat
Kemahiran Ilustrasi
Penggunaan contoh/sumber pelajaran
yang :
Mencukupi dan mencakupi
Penggunaan contoh/sumber pelajaran

yang :
Jelas dan menarik
Penggunaan contoh/sumber pelajaran

yang :
Kecekapan mengurus contoh/sumber

Anda mungkin juga menyukai