Anda di halaman 1dari 2

Say No To Valentine’s Day

“…janganlah engkau ikuti hawa nafsu hingga menyesatkanmu dari jalan Allah. Sungguh, orang-
orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang berat,kerana mereka melupakan hari
perhitungan”
(Surah Shad : 26)

Sabda rasulullah s.a.w :


“Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk sebahagian dari mereka.” (HR.
Ahmad dan Abu Dawud)

Di saat masyarakat Islam akan menyambut kedatangan Maulidur Rasul demi mengingati kekasih
Allah pada 12 Rabiul Awwal bersamaan 15 Februari ini, sehari sebelum itu iaitu pada 14 Februari,
anak remaja Islam menghadapi hari yang akan menguji sejauhmana kekuatan aqidah yang ada pada
mereka. Pada tarikh tersebut seluruh dunia merayakan Hari Valentine’s atau Hari Memperingati
kekasih, yang secara tidak langsung para remaja dinegara kita turut terkena tempiasnya.

Sejak bertahun lamanya para ulama, cendiakiawan Islam dan NGO Islam di negara kita berulangkali
memperingati para remaja Islam sama ada melalui kempen ceramah, siri motivasi, majlis ilmu
ataupun melalui poster serta edaran brosur tetang bahana dan bahaya menyambut perayaan ini.
Malahan dalam internet sendiri terdapat ribuan tulisan yang mencoretkan tentang betapa perlu
ramaja Islam menjauhkan diri daripada terlibat dalam budaya merayakan Valentine’s Day ini.

Namun bukan senang untuk menyedarkan setiap remaja Islam mengenai bahaya merayakan Hari
Valentine ini disaat jiwa dan cara hidup mereka selama ini ditenggelami oleh budaya hendonisme.
Dunia dan hati-hati kebanyakkan mereka dipenuhi dengan hiburan tanpa sempadan. Apatah lagi
kebanyakkan remaja kita ini sememangnya terkenal dengan mengamalkan budaya pak turut lebih-
lebih lagi kalau benda itu berasal dari barat. Pemikiran mereka seolah-olah didoktrinkan bahawa
semua yang datang dari barat ada kelas, baik dan berprestij. Remaja Islam kita pada masa kini yang
sebenarnya “buta” terhadap peradabannya sendiri (peradaban Islam) adalah akibat
serangan budaya luar yang masuk menyerang dan menusuk jantung dari pelbagai arah dan saluran.

Sebutlah apa saja yang dari barat semuanya hebat dan baik. Hebatnya minum kopi di Starbuck
daripada menghirup secawan kopi Che nah di kedai Kopi Pak Ali walaupun bandingan harganya bagai
langit dengan bumi. Apa standardnya kalau setakat makan ayam goreng pasar malam berbanding
bersantai sambil menikmati ayam di KFC atau Kenny Rogers. Apa barang kalau setakat makan burger
Ramly dipinggir jalan berbanding hebatnya menikmati burger di Mc Donald atau Burger King. Itu
baru bab nafsu makan sahaja kita boleh melihat bagaimana para remaja Islam tewas dengan budaya
barat malah ada yang menjadikannya sebahagian daripada amalan harian.

"Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani selama-lamanya tidak akan redha kepada kamu sehinggalah
kamu mengikut agama mereka."
(al-Baqarah :120).

Kalau bab meniru dari budaya asing, remaja kita memang hebat. Malahan adakalanya kita pula yang
lebih daripada orang barat sendiri. Kalau di barat, golongan lelaki nya memakai subang untuk
membezakan yang mereka dari kumpulan homoseks tapi remaja kita di sini bertindik telinga meniru
dari barat tanpa tahu hujung pangkalnya. Begitu juga dengan bab sambut menyambut ni. Majlis
Fatwa sudahpun mengariskan bahawa adalah salah dan bertentangan dengan syariat Islam untuk
kita mengamalkan sambutan Hari Valentine tapi malangnya masih ada remaja kita yang membutakan
mata dan hati mereka atas nama kebebasan hidup. Jiwa mereka terseret dan hanyut dalam arus
besar peradaban dunia yang serba permisif, hedonis dan materialistik.

Nampaknya pada tahun ini semacam ada kesedaran dari pelbagai pihak yang bersungguh-sungguh
dalam usaha menangani budaya Hari Valentine ini di kalangan remaja Islam. Tapi malangnya di
sebalik ada pihak yang bersungguh-sungguh menanganinya, ada pula pihak yang tidak perihatin
langsung mengenai masalah ini. DJ atau penyampai radio dan tv (terutamanya radio swasta) seolah-
olah tidak sensitif mengenai masalah ini. Mereka tanpa rasa bersalah menggembar gemburkan
tarikh Hari Valentime ini, malahan ada yang menyediakan segmen ucapan khas sempena Hari
Valentine. Sedangkan kebanyakkan DJ dan penyampai tersebut adalah mereka yang beragama Islam.
Masyallah....Tabarakallah

Pada anak-anak remaja, ketahulah bahawa Islam tidak melarang cinta dan kasih sayang . Islam sendiri
adalah agama yang penuh dengan kasih dan menjunjung cinta pada sesama manusia .Islam ,emgakui
cinta dan kasih sayang adalah fitrah manusia dan Islam mengakui fenomena cinta yang tersembunyi
dalam jiwa manusia. Namun demikian Islam tidak
menjadikan cinta sebagai barangan yang rendah nilai dan murah harganya. Dalam Islam nilai cinta
diletakkan pada tempat yang tinggi dan ada pemeringkatannya. Kecintaan utama kita tentulah
kepada Allah Tuhan Pencipta Alam dan Rasulullah S.A.W mengatasi segala-galanya termasuk ibu dan
bapa kita. Kemudian barulah kepada kedua ibubapa kita dan seterusnya.

Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara
kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang
kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat
tinggal yang kamu sukai, – (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih
daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga
Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk
kepada orang-orang yang fasik (derhaka). (At – Taubah :24)

Kini bukan masanya untuk kita terus menjadi pak turut dan menjadi mangsa keadaan. Bukan semua
yang datang dari barat penuh dengan kebaikan dan berprestij . Kita boleh tiru apa sahaja dari barat
boleh tapi biarlah meniru dengan berilmu dan ada batas-batasnya. Kita punya pegangan hidup dalam
medindingi kehidupan ini iaitu Al Quran dan As-sunnah. Janganlah kita mengikut secara membuta
tuli yang akhirnya kita menanggung kesannya bila berhadapan Allah di akhirat kelak.

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu
sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain;
dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah
dari golongan mereka itu mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum
yang berlaku zalim. (Al-Maidah :51)

Semoga Allah sentiasa memberi kekuatan kepada kita dalam melayarikehidupan ini. Ayuh!Katakan
TIDAK kepada Hari Valentine’s.

Anda mungkin juga menyukai