Anda di halaman 1dari 8

PADANG HOKI: Pintu Gol

Setiap pasukan mempunyai satu pintu gol di tengah-tengah garisan gol. Pintu gol ini
mengandungi dua tiang tegak, berjarak 4 ela dan disambung dengan sebatang tiang
mendatar yang mempunyai ketinggian 7 kaki daripada tanah. Semua ukuran diambil
daripada dalam. Tapak depan tiang gol akan menyentuh tepi luar garisan belakang.

Tiang-tiang tegak dan mendatar (crossbar) yang membentuk sebuah pintu gol
mesti mempunyai ketebalan tidak lebih daripada 3 inci dan tidak kurang daripada 2
inci. Pintu gol mesti dicat warna putih.

Jaring-jaring diikat kukuh kepada tiang-tiang tegak dan tiang mendatar, dengan
jarak dekat (tidak melebihi 6 inci) dan dipasangkan dengan kuat ke tanah di belakang
gol. Jaring daripada "mesh' 1 inci - 1.5 inci dicadangkan.

Papan tepi dan papan belakang diletakkan di keliling kaki jaring gol dan berukuran
setinggi 45 cm dan dicat dengan warna gelap. Papan-papan belakang, berjarak 4 kaki
daripada gol dan 4 ela panjangnya.

Sumber: Helen Ten H.B., M.P. Haridas, Panduan Mengajar Hoki

crossbar - http://en.wikipedia.org/wiki/Crossbar

Posted by myhokiband 0 comments

PADANG HOKI: Tiang-Tiang Bendera


Empat tiang bendera di setiap sudut padang dan dipanggil bendera sudut. Tingginya
4 kaki minimum dan 5 kaki maksimum, dan diletakkan di luar sudut.

Tiang-tiang bendera juga diletakkan di setiap belah tengah padang pada jarak 1 ela di
luar garisan-garisan tepi. Tiang-tiang bendera juga dicadangkan untuk garisan-
garisan 25 ela.

Posted by myhokiband 3 comments

PADANG HOKI: Bulatan Jaringan


Satu garisan yang panjangnya 4 ela dilukis selari dan berjarak 16 ela daripada pintu
gol. Garisan 16 ela itu diukur daripada sudut dalam bahagian depan tiang-tiang gol
ke luar kawasan garisan 4 ela.

Gunakan tempat yang sama daripada tiang-tiang gol sebagai pusat dan 16 ela sebagai
radius. Lukis dua suku bulatan daripada garisan 4 ela ke garisan gol. Ini menjadi
bulatan jaringan juga dipanggil bulatan memukul atau kawasan D.

Tanda-tanda lain di bulatan pukulan termasuk garisan-garisan 5 ela dan 10 ela untuk
sudut penalti dan titik untuk strok penalti yang telah dijelaskan dahulu.

Sumber: Helen Ten H.B., M.P. Haridas, Panduan Mengajar Hoki


Posted by myhokiband 5 comments

PADANG HOKI: Pic Segiempat Bujur


RECTANGULAR PITCH 

Padang hoki mempunyai bentuk dan saiz yang tetap dan semua tanda-tanda adalah
ditentukan di dalam peraturan-peraturan. Padang hoki berbentuk segi empat bujur
dengan 100 ela panjang dan 60 ela lebar. Garisan-garisan panjang dikenali sebagai
garisan belakang atau garisan gol, kerana pintu gol diletakkan di atas garisan-
garisan tersebut. 

Anda akan dapat perhatikan bahawa padang hoki dibahagikan kepada dua bahagian
oleh garisan tengah dan setiap bahagian itu dibahagikan kepada dua oleh garisan 25
ela. Jadi, padang telah dibahagikan kepada empat sukuan.

Di atas kedua-dua garisan gol, garisan 25 ela dan garisan tengah, terdapat tanda-
tanda yang dilukis 5 ela daripada luar garisan tepi di kedua-dua belah padang.
Tanda-tanda ini adalah 2 ela panjang.

Juga terdapat satu tanda di atas padang untuk menunjukkan 16 ela daripada garisan
gol. Tanda ini berukuran 12 inci dan terdapat di dalam padang permainan pada
setiap garisan tepi dan selari dengan garisan belakang. 16 ela ini diukur dari bahagian
dalam garisan belakang.

Di atas garisan belakang terdapat tanda-tanda khas yang digunakan untuk sudut-
sudut penalti. Tanda-tanda ini panjangnya 12 inci bermula daripada garisan belakang
ke dalam kawasan bermain. Tanda-tanda ini diletakkan 5 ela dan 10 ela di luar tepi
tiang gol yang dekat sekali, di kedua-dua belah gol.

Satu titik untuk strok penalti ditandakan di depan setiap pintu gol. Titik tersebut
mempunyai diameter 6 inci dan 7 ela jauh daripada garisan pintu gol.
Sumber: Helen Ten H.B., M.P. Haridas, Panduan Mengajar Hoki
RECTANGULAR PITCH - http://ms.wikipedia.org/wiki/Hoki
Posted by myhokiband 0 comments
Monday, February 16, 2009

SEJARAH HOKI: Persatuan-Persatuan Nasional Dan


Antarabangsa

Badan antarabangsa pertama adalah The International Hockey Board yang


ditubuhkan pada tahun 1900 oleh England, Ireland Jan Wales. Tidak lama kemudian
Scotland, Perancis dan negeri-negeri Eropah juga menganggotai pertubuhan ini.
Pada tahun 1924, The International Hockey Federation(RH) ditubuhkan dan
menggantikan The Hockey Board. Kini FIH dengan ibu pejabatnya di Brussels
merupakan pertubuhan yang bertanggungjawab terhadap permainan hoki.

Permainan hoki mula diperkenalkan dalam Sukan Olimpik pada tahun 1908 dan
sekali lagi pada tahun 1924. India adalah negara bukan Eropah yang menyertai
pertubuhan FIH pada tahun 1928. Pada tahun yang sama India menyertai Sukan
Olimpik di Amsterdam dan mendapat pingat emas. India telah memenangi pingat
emas di setiap Sukan Olimpik. Pasukan-pasukan utama hari ini adalah dari negara
Jerman, Australia, Belanda dan Pakistan.

Permainan hoki mula dipertandingkan dalam Sukan Asia di Tokyo pada tahun 1958
dan didominasi oleh Pakistan dan India. Negara-negara lain di Asia yang juga unggul
dalam perlawanan hoki ialah Korea, Jepun, China dan Malaysia. Pasukan wanita
dan Korea, China dan Jepun adalah dalam kelas Junta dan setaraf dengan pasukan
wanita dan Jerman, Australia dan Belanda. 

The Malaysian Hockey Federation ditubuhkan pada 1948. Dua perdana menteri


Malaysia, iaitu Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn pernah menjadi presiden
persatuan ini. Hari ini presidennya adalah DYMM Sultan Azlan Shah. Beliau juga
presiden Asian Hockey Federation dan timbalan presidenInternational Hockey
Federation.

Malaysia sangat aktif dalam hoki di peringkat tempatan dan antarabangsa. Semua
negeri dan Angkatan Tentera bergabung (affiliated) dengan The Malaysian Hockey
Federation. Pertandingan-pertandingan hoki juga dikelolakan oleh pertubuhan
nasional, pertubuhan-pertubuhan hoki negeri, bank, angkatan tentera dan jabatan-
jabatan kerajaan. Malaysia terlibat dalam Sukan Olimpik buat pertama kalinya pada
tahun 1956. Sejak itu, Malaysia telah melayakkan diri untuk setiap Sukan Olimpik
kecuali pada tahun 1988 di Seoul. Tidak ada sukan lain di Malaysia yang mempunyai
rekod seperti ini.

Rajah di bawah menunjukkan perhubungan dan pergabungan antara badan-badan


hoki di semua peringkat:-

Nota:-

 Pergabungan MHF dengan Majlis Olimpik (OCM) membenarkan MHF


menyertai pesta-pesta sukan seperti Sukan Olimpik, Sukan Asia dan Sukan
SEA.
 Pergabungan MHF dengan Asian Hockey Federation (AHF) pula
membolehkan Malaysia menyertai pertandingan-pertandingan di peringkat
Asia.
 Semua sekolah adalah ahli MSSN negeri masing-masing. Keahlian ini
membenarkan pasukan sekolah menyertai pertandingan MSSN dan MSSM.

Sumber: Helen Ten H.B., M.P. Haridas, Panduan Mengajar Hoki

The International Hockey Federation


- http://en.wikipedia.org/wiki/International_Hockey_Federation

The Malaysian Hockey Federation


- http://en.wikipedia.org/wiki/Malaysian_Hockey_Federation

Asian Hockey Federation - http://en.wikipedia.org/wiki/Asian_Hockey_Federation

Posted by myhokiband 0 comments


SEJARAH HOKI: Pengenalan, Asal Usul Hoki,
Perkembangan Hoki
Walaupun hoki tidak sepopular seperti bola sepak tetapi hoki adalah salah satu
permainan yang telah lama dimainkan oleh manusia. Ia mula dikenali sebagai sukan
demonstrasi di Sukan Olimpik pada tahun 1900 dan dijadikan salah satu sukan yang
ditandingkan pada tahun 1928. Sejak itu ia dimainkan dalam Sukan Olimpik.

Adalah sukar untuk menyatakan dengan pasti bila dan di mana dimainkan pertama
kalinya. Sejarah menunjukkan hoki telah dimainkan lebih kurang 4000 tahun yang
lalu di Mesir. Bukti ini ditunjukkan atas sebuah makam Bani Hasan dekat Minia,
Mesir yang sekitar 2000 S. M. Ia menunjukkan saw lukisan yang menggambarkan
dua orang melakukan buli seperti yang digunakan dalam permainan hoki.

Sebelum penemuan ini, dipercayai bahawa hoki bermula di Parsi sekitar 500 S.M. Ini
adalah berdasarkan pada bukti bahawa orang Parsi menunggang kuda untuk
bermain polo pada zaman itu. Dan dikatakan hoki adalah keturunan langsung
daripada polo. Sejarawan sukan pula berpendapat bahawa polo adalah versi hoki
yang halus yang wujud lebih awal. Hoki juga wujud di Greek dan Parsi sekitar 500
S.M. Bas-reliefs (seni-arca dinding) yang ditemui di Athens, menggambarkan
permainan yang menyerupai hoki telah dimainkan.

Orang Indian Aztec daripada Mexico pernah bermain saw permainan kayu yang
mempunyai persamaan dengan hoki. Perlawanan mereka adalah di antara puak-
puak dengan kedudukan yang agak berjauhan. Kadangkala hampir semua penduduk
lelaki yang berjumlah seramai 1000 orang sepasukan mengambil bahagian. Kayu-
kayu dan bola-bola berat digunakan. Permainan ini kasar dan menyebabkan mereka
mengalami kecederaan yang berat.

Di Ireland, hoki dikenali sebagai hurley dan di Scotland pula ia dinamakan Shinty,


tetapi permainan hoki sekarang barangkali mendapat namanya daripada Perancis
iaitu houquet. Orang Belanda juga mempunyai permainan yang serupa. Namun
begitu hoki moden banyak terhutang budi kepada orang Inggeris. Dahulu permainan
itu dipanggil commock sehinggalah sekitar tahun 1840 apabila
nama hockie digunakan. Pada tahun 1800-an permainan hoki mula menjadi popular
di sekolah-sekolah di England.

Apabila hoki menjadi lebih popular, peraturan-peraturan mula dibuat dan diterima
oleh pelbagai kumpulan. Pada tahun 1883, Kelab Hoki Wimbledon ditubuhkan. Pada
tahun 1886 pula Persatuan Hoki British (B.ELA.) ditubuhkan dengan Prince of
Wales pada masa itu (bakal raja King Edward VII) sebagai presiden pertama.
Beberapa kelab daripada seluruh England telah menjadi ahli. Persatuan ini telah
menyusun peraturan permainan secara lebih terperinci dan standard diasasi telah
dilakukan di antara pelbagai kelab. Kaum wanita yang berminat juga mula
menubuhkan kelab-kelab dan mengelolakan perlawanan-perlawanan. Tidak lama
selepas itu negara-negara lain mula mengambil dan menggunakan peraturan-
peraturan yang telah disusun oleh B.H.A. dan pertandingan hoki antarabangsa
pertama di antara England dengan Ireland telah diadakan.

Sumber: Helen Ten H.B., M.P. Haridas, Panduan Mengajar Hoki


Bas-reliefs - http://en.wikipedia.org/wiki/Relief
Shinty - http://en.wikipedia.org/wiki/Shinty
Prince of Wales - http://en.wikipedia.org/wiki/Prince_of_Wales
Posted by myhokiband 6 comments
Monday, February 9, 2009

Pengenalan

Hoki adalah salah satu permainan yang tertua dan popular di Malaysia. Ia dimainkan
oleh semua peringkat dan kumpulan umur. Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia
(MSS) setiap tahun akan mengelolakan pertandingan hoki untuk murid-murid. Hoki
juga popular di sekolah-sekolah menengah, kelab, institut/maktab, universiti dan
persatuan-persatuan.

Namun begitu, ia tidak popular seperti bola sepak, badminton atau sepak takraw,
khasnya di luar bandar, kerana hoki memerlukan padang bermain yang baik dan
alatan bermain yang mahal berbanding dengan bola sepak dan sepak takraw. Guru
dan jurulatih yang berpengalaman juga tidak ramai di lihat handal yang cukup
bermotivasi untuk mempopularkan permainan ini. Ini adalah merugikan kerana
penduduk Malaysia mempunyai bakat untuk bermain hoki. Mereka mempunyai susuk
badan yang sesuai. Walau bagaimanapun ramai pengkritik berpendapat bahawa
badan besar orang Eropah adalah kelebihan yang nyata, terutamanya dari segi
kekuatan. Sebenarnya hoki bukan sesuatu permainan untuk menguji kekuatan
mengikut saiz badan. Ini kerana ramai pemain hoki yang terkenal di dunia
mempunyai saiz yang lebih kurang sama seperti penduduk Malaysia seperti Richard
Charlesworth dan Australia dan Samiuilah dan Pakistan.

Pasukan Hoki Malaysia, terutama pasukan lelaki boleh dikatakan telah berjaya di
peringkat antarabangsa. Mereka telah layak menyertai Sukan Olimpik sejak tahun
1956. Hanya sekali sahaja Malaysia tidak layak menyertai Sukan Olimpik, iaitu pada
tahun 1988 di Seoul. Walau bagaimanapun, pasukan wanita kurang berjaya,
walaupun satu ketika dahulu mereka adalah yang terbaik di Asia.

Sumber: Helen Ten H.B., M.P. Haridas, Panduan Mengajar Hoki


Hoki - http://ms.wikipedia.org/wiki/Hoki

. TIANG
2.1 Ukuran tiang Tiang mestilah menpunyai ketinggi 1.55m (1.45m untuk Wanita) dari
permukaan gelanggang dan hendaklah cucup teguh untuk mengekalkan ketegangan jaring.
Ianya hendaklah diperbuat dari bahan yang teguh dan jejarinya tidak boleh melebihi 0.04m.
2.2 Kedudukan Tiang Tiang hendaklah didirikan atau ditempatkan 0.3m dari garisan tepi dan
sebaris dengan garisan teras

Anda mungkin juga menyukai