Anda di halaman 1dari 4

Anemia semasa Kehamilan

Pengenalan

Anemia ketika mengandung terjadi apabila seseorang wanita itu mempunyai


paras hemoglobin yang rendah semasa mengandung.

Penerangan

Anemia berlaku apabila jumlah sel-sel darah merah di dalam darah berkurangan
dari biasa. Sebagai seorang wanita mengandung, adalah penting bagi anda
untuk mendapatkan ujian darah bagi menentukan paras hemoglobinnya semasa
lawatan pertama pemeriksaan kandungan (lawatan antenatal). Walaupun anda
tidak mengalami masalah anemia pada lawatan pertama, anda masih berpotensi
untuk mengalami keadaan ini kemudiannya dalam tempoh kehamilan tersebut.

Terdapat banyak jenis Anemia. Jika anda merasakan bahawa anda mengalami
masalah ini, berjumpalah doktor.

Asas Saintifik

Sel darah merah adalah sel yang berperanan untuk mengagihkan oksigen ke
seluruh badan. Komponen darah yang memainkan peranan utama dalam hal ini
dikenali sebagai hemoglobin. Ia membawa oksigen ke seluruh tisu-tisu badan.

Hemoglobin terdiri daripada protein dan juga ferum (zat besi). Ferum ini adalah
penting untuk mengekalkan paras hemoglobin.

Penyebab

Kebanyakkan Anemia yang berlaku semasa mengandung adalah berkaitan


dengan kekurangan ferum dan juga asid folik. Dalam kebanyakan kes, perkara-
perkara berikut boleh menyebabkan masalah Anemia :

• Kurang pengambilan ferum dan asid folik di dalam diet harian

• Mengalami kehilangan darah yang berpunca dari pendarahan gastrousus,


buasir, ataupun darah haid yang terlalu banyak.

• Proses pencernaan mungkin mengalami sedikit perubahan semasa hamil


di mana ini akan menyebabkan berlakunya Anemia

• Walaupun jumlah pengambilan ferum dan juga asid folik mencukupi. Ini
kerana sebahagian daripada ferum dan juga asid folik itu diagihkan
kepada janin dalam kandungan.

1
• Talasemia - sejenis penyakit darah keturunan yang banyak berlaku di
kawasan Asia, Mediterranean dan juga Afrika.

Faktor - faktor risiko

Berikut adalah beberapa faktor yang dapat meningkatkan risiko untuk mendapat
Anemia :

• Wanita yang mengandung yang tidak dapat makan dengan baik kerana
masalah loya atau muntah.

• Wanita yang mengandung kembar

• Sela masa kehamilan yang terlalu rapat.

• Pemakanan yang tidak baik - kekurangan pelbagai jenis vitamin. Wanita


yang tidak mengambil ferum dengan cukup adalah lebih mudah mendapat
Anemia.

• Merokok dan meminum alkohol berlebihan

• Sebarang ketidakaturan atau masalah yang boleh mengurangkan


penyerapan zat makanan

• Penggunaan ubat-ubat antikonvulsi.

Tanda - tanda dan gejala

Gejala yang paling biasa berlaku adalah :

• Merasa letih, lemah anggota dan sering pengsan.

• Kelihatan pucat

• Kesukaran bernafas/sesak nafas.

Gejala berikut juga boleh berlaku :

• Loya

• Mengalami debaran (palpitasi) - dengupan jantung yang cepat

• Sakit kepala dan pening

• Kerengsaan dan juga keradangan pada lidah

• Mudah lupa

2
Berikut merupakan gejala yang jarang berlaku :

• Mengalami Jaundis ataupun kekuningan, terutama pada mata dan kulit

• Sakit di bahagian perut atau abdomen

Komplikasi

Anemia kekurangan ferum yang ringan tidak mendatangkan masalah


terutamanya kepada bayi. Masalah yang serius hanya akan berlaku apabila
keadaan Anemia tersebut menjadi lebih teruk.

• Kajian menunjukkan bahawa keadaan Anemia yang teruk boleh


mengaruh kelahiran pramatang, mengurangkan bekalan oksigen kepada
bayi dan juga menyebabkan tumbesaran bayi terbantut.

• Ia boleh meningkatkan tekanan darah tinggi atau Praeklampsia di


kalangan ibu. Praeklampsia merupakan satu keadaan di mana tekanan
darah meningkat semasa mengandung dan boleh mendatangkan
komplikasi yang buruk kepada ibu dan juga janin sekiranya tidak dirawat.

• Lebih mudah untuk mendapat jangkitan semasa mengandung dan


selepas bersalin.

Ujian - ujian

Untuk mendapatkan diagnosis, pemeriksaan berikut perlu dijalankan :

• Sejarah perubatan dan pemeriksaan fizikal oleh doktor.

• Ujian darah di makmal seperti ujian paras hemoglobin, ferum, hematokrit


dan juga paras asid folik. Ini adalah penting untuk mengesan sebarang
kekurangan ferum dan juga asid folik.

Rawatan farmakologi

Di dalam kes anemia, rawatan yang selalu diberi oleh doktor adalah tambahan
asid folik dan ferum. Ambillah ferum tambahan 1 jam sebelum makan atau waktu
di antara 2 waktu makan utama untuk penyerapan yang lebih baik atau pun dua
kali sehari. Walau bagaimanapun, terlalu kerap mengambil ferum boleh
menyebabkan sembelit. Jadi, untuk mengelakkan masalah sembelit, ambil lebih
banyak serat dan lebihkan meminum cecair.

Rawatan mungkin melibatkan pengambilan diet yang kaya dengan ferum, asid
folik dan juga vitamin. Rehat yang cukup adalah penting. Asid folik adalah
sejenis vitamin yang boleh didapati di dalam banyak jenis makanan dan
multivitamin tambahan. Asid folik adalah penting untuk mengelak kejadian

3
Anemia dan kecacatan kelahiran. Makanan yang kaya dengan asid folik
termasuklah sayuran berdaun hijau, jus dan buah-buahan sitrus dan juga
kekacang. Pengambilan multivitamin tambahan juga adalah perlu.

Pemantauan

Pemeriksaan kandungan yang berkala akan dapat memantau paras hemoglobin


anda untuk sepanjang tempoh kehamilan.

Prognosis

• Sekiranya masalah ini dikesan awal dan dirawat dengan sempurna,


prognosis untuk anda dan anak dalam kandungan adalah baik. Dengan
kata lain keselamatan anda dan janin adalah terpelihara. Semasa hamil,
tubuh ibu akan sentiasa memastikan yang bayi di dalam kandungan akan
mendapat bekalan ferum yang cukup berbanding dengan ibu itu sendiri.
Oleh itu keperluan untuk bayi sentiasa ada.

• Anemia biasanya mudah dirawat dengan pengambilan ferum dan juga


asid folik tambahan yang cukup.

• Tetapi sekiranya keadaan anemia itu dibiarkan tidak dirawat, kesan buruk
akan timbul pada ibu dan juga bayi dalam kandungan dan juga untuk
kehamilan-kehamilan yang mendatang.

Pencegahan

Pelbagai langkah boleh diambil untuk mengelakkan masalah kekurangan ferum:

• Kebanyakkan ibu mengandung biasanya diberikan ferum tambahan bagi


mengelak dari berlakunya masalah kurang darah.

• Makan makanan yang kaya dengan ferum seperti hati, sayur bayam dan
juga buah-buahan kering untuk menambahkan paras ferum dalam darah.

• Makan makanan yang mengandungi asid folik seperti wheat germ,


kekacang, mentega kacang, cendawan dan juga hati.

• Banyak memakan makanan yang kaya dengan vitamin C seperti buah-


buahan, ulam, sayur-sayuran dan juga jus oren. Ia akan meningkatkan
kadar penyerapan ferum.

• Pastikan anda mengambil vitamin dan juga zat mineral tambahan


terutamanya asid folik.

• Elakkan meminum kopi atau teh pada waktu makan dan ketika mengambil
vitamin tambahan.

Anda mungkin juga menyukai