Anda di halaman 1dari 29

SEJARAH DAN AGAMA

ISLAM DAN IDEALISME ZAMAN MODEN: KRISIS DAN ANCAMAN

Pen: Fadhlullah Jamil ISBN 978 983 195 298 6


Tahun: 2010 Hlm: 256
Saiz: 7” X 10” Harga: RM28.00 (SM)/
RM31.00 (S/S)
Buku ini merupakan hasil kajian penulis tentang Islam pada zaman moden. Zaman
moden yang bermula sekitar tahun 1800 M, umat Islam di seluruh dunia sering dilanda
dengan pelbagai ancaman dan konflik. Ancaman dan konflik itu biasanya berkait rapat
dengan kegiatan jahat lagi khianat pihak penjajah Barat dan sekutu mereka yang eng-
gan menghormati hak umat Islam untuk mengamalkan cara hidup Islam yang sejati. Aki-
batnya, pergolakan dan krisis tidak pernah tamat. Dalam hal ini, tumpuan diberi kepada
soal ancaman Zionisme, Qadianisme, Sekularisme serta gerakan yang bercorak tentera
di wilayah-wilayah kediamanan umat Islam, kekeliruan yang dicetuskan oleh modernisme dan berikutnya tindak balas
umat Islam dalam bentuk pan-Islamisme, gerakan Islah dan tajdid, dan intifadah. Bab-bab yang lain ialah mengenai
gerakan Muhammadiyah di Indonesia, Pemikiran dan perjuangan Allamah Muhammad Iqbal, Pemikiran Sayyid Ahmad
Khan, Pemikiran dan Perjuangan Sayyid Jamaluddin al-Afghani dan kes Intifadah di Palestine.

BANGKIT DAN JATUHNYA ISLAM DI SICILY

Pen: Saifullah Mohd Sawi ISBN 978 983 195 472 0


Siti Noorasikin Tumiran Tahun: 2010
Hlm: 212 Saiz: 5.75” X 8.25”
Harga: RM20.00

Buku ini memfokuskan faktor yang membolehkan tertegaknya Islam di Sicily


dan berkembangnya tamadun Islam di sana. Ia turut memperlihatkan keagun-
gan Islam dan mendapat tumpuan seluruh umat manusia. Eropah menerima
sahaja apa yang dibawa oleh Islam dan mereka manfaatkan supaya mereka
turut dapat mencapai kegemilangan seperti tamadun Islam. Buku ini menumpu-
kan kepada Sicily kerana lebih banyak pendedahan diberikan kepada tamadun
Islam di Andalusia. Buku ini memberi pendedahan mengenai Sicily yang menjadi korban pertama dalam ke-
hancuran Islam di Eropah. Faktor-faktor kemunduran tamadun Islam perlu dikaji supaya dapat membuktikan
betapa pentingnya mengetahui Islam di Sicily sekali gus mengetahui ia adalah tempat pertama hilangnya
Islam dari bumi Eropah setelah menemui kemunduran yang paling dahsyat.
HAMAS: PERJUANGAN DARI BUAIAN SEHINGGA TITIS DARAH
TERAKHIR

Pen: Saifullah Mohd Sawi ISBN 978 983 195 480 5


Munirah Atirah Zakariah Tahun: 2010
Hlm: 252 Saiz: 5.75” X 8.25”
Harga: RM 25.00

Isu Palestin merupakan isu umat Islam sedunia kerana di sanalah terdapatnya
kiblat umat Islam yang pertama dan juga tempat berlakunya Isra’ dan Mi’raj,
iaitu Masjid al-Aqsa. Palestin juga merupakan tanah milik umat Islam sejak
dari zaman Nabi Allah Sulaiman lagi. Ia kemudian silih berganti dijajah oleh
bangsa Yahudi, Rom dan Parsi sehingga kembali menjadi milik umat Islam.
Kini, semenjak tahun 1948, Masjid al-Aqsa dan bumi Palestin sekali lagi dijajah oleh rejim Zionis Yahudi.
Namun, masih ramai dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia masih naif tentang apa yang berlaku di
Palestin, malah jauh sekali untuk menghayati isu tersebut. Media yang dikuasai Barat dan Yahudi pula, lan-
tas mengatakan umat Islam di Palestin adalah golongan pengganas yang mengganggu kaum Yahudi yang
merupakan rakyat sebenar bumi Palestin. Kemunculan HAMAS sekitar 1987 telah menyuntik semangat bagi
pejuang dan pencinta Islam di bumi Palestin bagi membebaskan diri dari cengkaman rejim Zionis Yahudi.

karismap@hotmail.com 1
SEJARAH DAN AGAMA
ISU-ISU TERPILIH DALAM SEJARAH PEMIKIRAN

Peny: Azlizan Mat Enh ISBN 978 983 195 491 1


Tahun: 2009 Hlm: 392
Saiz: 6.25” X 9” Harga: RM40.00

Buku sumbangsih ini adalah dihasilkan untuk Dr. Abdul Rahman bin
Abdullah yang telah bersara pada bulan Julai 2007 dari Pusat Pen-
gajian Pendidikan Jauh, USM. Beliau memulakan perkhidmatannya
sebagai pensyarah sejarah di PPPJJ, USM pada tahun 1984. Dr. Ab-
dul Rahman merupakan seorang pensyarah sejarah yang dikagumi
dan diiktiraf kepakarannya bukan sahaja oleh rakan sejawatnya
daripada bidang sejarah tetapi juga daripada disiplin-disiplin lain
sama ada di PPPJJ, USM atau pun di menara gading yang lain. Artikel-artikel yang disumbang-
kan untuk menghasilkan buku ini adalah hasil inisiatif rakan sejawat dari Program Sejarah PPPJJ,
USM dan juga bekas anak murid didikan beliau yang kini merupakan pensyarah di beberapa
IPTA tempatan selain sebuah sumbangan daripada guru beliau sendiri. Tema yang dipilih untuk
buku ini ialah sejarah pemikiran, iaitu bidang yang menjadi minat beliau.

ANDALUS: SEMARAK TAMADUN DI EROPAH

Pen: Salmah Omar ISBN 978 983 195 409 6


Tahun: 2009 Hlm: 256
Saiz: 5.75” X 8.25” Harga: RM20.00

Andalus merupakan satu-satunya wilayah pemerintahan Islam yang terletak


di benua Eropah. Kemunculannya sebagai pusat intelektual Islam pada Za-
man Pertengahan. Tamadun Islam Andalus melahirkan ramai sarjana Islam
yang pakar dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan termasuklah bidang
sains tulen dan falsafah. Namun, fenomena yang berlaku pada hari ini meng-
gambarkan seolah-olah tradisi keilmuan itu datangnya dari tamadun Barat.
Sumbangan sarjana Islam Andalus dan Timur pada Zaman Pertengahan tidak
ditonjolkan dan terus dinafikan peranannya. Menyedari akan hakikat inilah, maka melalui penulisan ini pe-
nulis akan menonjolkan kembali kegemilangan tamadun Islam Andalus dengan tumpuan kepada peranan-
nya sebagai pusat pengaliran ilmu dari tamadun Islam ke Eropah pada abad ke-10 M hingga 13 M.
SEJARAH DAN TAMADUN ISLAM DI ASIA TENGGARA

Pen: Saifullah Mohd Sawi ISBN 978 983 195 420 1


Samsu Adabi Mamat
Tahun: 2009 Hlm: 198
Saiz: 7” X 10” Harga: RM25.00

Asia Tenggara terletak di kawasan yang sangat strategik yang menjadi jam-
batan antara Benua Asia di utara dan Benua Australia di selatan, peng-
hubung antara Lautan Pasifik di timur dan Lautan Hindi di barat. Asia Teng-
gara adalah sebenar-benarnya penghubung Timur-Barat. Itulah sebabnya
dalam sejarah kita dapati, bahawa Asia Tenggara sangat diminati oleh se-
mua suku bangsa di dunia, yang menyebabkan Asia Tenggara dijajah oleh
bangsa-bangsa Barat selama berabad-abad lamanya. Dari aspek geo-politik, geo-strategis dan geo-
ekonomi maka Asia Tenggara memanglah merupakan kawasan yang teramat penting, baik pada masa
lampau, masa kini dan masa hadapan. Buku ini dimulakan dengan pengenalan secara umum tentang
Islam di Asia Tenggara, kemudian secara lebih terperinci diikuti dengan huraian Sejarah dan Tamadun
Islam di masing-masing sepuluh negara Asia Tenggara.

2 karismap@hotmail.com
SEJARAH DAN AGAMA
DAULAH UTHMANIYAH DAN ALAM MELAYU

Peny: Farid Mat Zain ISBN 978 983 195 478 2


Tahun: 2009 Hlm: 262
Saiz: 5.75” X 8.25” Harga: RM25.00 (SM)
RM28.00 (S/S)

Dalam kebanyakan pemerintahan Islam yang wujud, Daulah Uthmaniyah


merupakan sebuah pemerintahan yang kemuncak kepada sejarah
pelaksanaan pemerintahan Islam berdasarkan kepada sistem khilafah
Islamiyah. Selepas kejatuhan Daulah Uthmaniyah, dunia Islam berada
dalam pemerintahan tersendiri berasaskan konsep pemerintahan
‘negara bangsa’ dengan ideologi pemerintahan yang pelbagai. Justeru
itu, sistem pemerintahan berasas kepada khilafah Islamiyah yang diasaskan sejak zaman Rasulullah
SAW lenyap selepas lima belas abad kewujudannya.

MUSLIM SELATAN THAI KONFLIK DAN PERJUANGAN

Peny: Farid Mat Zain ISBN 978 983 195 360 0


Tahun: 2008 Hlm: 314
Saiz: 5.75” X 8.25” Harga: RM25.00

Banyak pihak keliru dengan situasi semasa yang berlaku di selatan Thai.
Sejak peristiwa berdarah di Kerisik dan Tak Bai hingga kini sudah tiga orang
perdana menteri bertukar tangan namun penyelesaiannya masih kabur.
Banyak kemusnahan berlaku dan rakyat terus menderita. Justeru buku ini
mengupas secara historis bagaimana konflik antara dua pihak pemerin-
tah dan rakyat di selatan tercetus pada peringkat awal hingga membawa
keadaan semakin parah seperti sekarang. Di akhir perbincangan buku ini dimasukkan pandangan
bagaimana konflik yang berpanjangan itu mampu diatasi.

ISLAM DI ASIA BARAT MODEN PENJAHAN DAN PERGOLAKAN

Pen: Fadhlullah Jamil ISBN 983 195 252 9


Tahun: 2007 Hlm: 432
Saiz: 7” X 10” Harga: RM 35.00

Buku ini membincangkan perkembangan sejarah dan masalah-masalah


yang pernah terjadi di Asia Barat, khususnya di Arab Saudi, Turki, Mesir dan
Iran moden. Dalam mengolahkan sejarah di negara-negara itu, fokus kajian
adalah kepada isu kebangkitan Islam dan ancaman penjajahan Barat pada
zaman moden, bermula dari tahun 1800 hingga sekitar lewat tahun 1970-an,
dan bagi kes Turki hinggalah 1980-an. Kajian pemikiran-pemikiran moden,
iaitu aliran-aliran falsafah Barat yang mempengaruhi umat Islam juga disentuh. Diharapkan kajian ini
dapat membantu rakyat Malaysia dalam memahami sejarah umat Islam zaman moden dan pergolakan-
pergolakan yang berlaku akibat daripada campur tangan para penjajah Barat. Melalui pendedahan ini,
moga-moga umat Islam akan bersikap lebih peka dan bersiap sedia untuk menghadapi setiap ancaman
daripada Barat yang rakus dengan harta dan kuasa.
Pengarang terbaik Anugerah Media Islam Negara 2008
Penerbit terbaik Anugerah Media Islam Negara 2008

karismap@hotmail.com 3
SEJARAH DAN AGAMA
ISLAM DI TANAH MELAYU ABAD KE-19

Peny: Farid Mat Zain ISBN 978 983 195 305 1


Tahun: 2007 Hlm: 228
Saiz: 5.75” X 8.25” Harga: RM19.80

Buku ini membicarakan persoalan berkaitan Islam di Tanah Melayu pada abad
ke-19. Secara umumnya, masyarakat kita melihat Tanah Melayu pada abad ke-
19 sering dikaitkan dengan penjajahan British. Bermula dengan perjanjian Pang-
kor pada 20 Januari 1874, pelbagai cara dilakukan imperialis tersebut dalam
usaha memenangi hati orang Melayu supaya menerima dan menyokong keha-
diran mereka. Polisi tidak mencampuri urusan agama dan adat istiadat Melayu ternyata menjadi ‘pemanis
mulut’ untuk kuasa tersebut melebarkan pengaruh dan kekuasaannya. Pihak yang berkuasa menerima polisi
tersebut dan tanpa disedari kekuasaan British sudah meluas sehingga semua kawasan di Semenanjung Tanah
Melayu. Melalui penjajahan itu aspek-aspek penting perkembangan Islam seperti pendidikan, ekonomi dan
perundangan Islam yang sedang meningkat maju menjadi tergugat dan merosot. Buku ini juga memaparkan
aspek-aspek utama perkembangan Islam di Tanah Melayu pada abad ke-19.

SEJARAH DAN KEBUDAYAAN ASIA TENGGARA TRADISIONAL

Pen: Abdul Rahman Abdullah ISBN 983 195 191 3


Tahun: 2006 Hlm: 176
Saiz: 5.75” X 8.25” Harga: RM 16.90

Buku ini membahaskan perkembangan sejarah dan kebudayaan Asia Teng-


gara zaman pra-moden. Ia bermula dengan tinjauan secara kritikal menurut
pandangan Islam terhadap zaman pra-sejarah, zaman pengaruh Hindu-Bud-
dha dan juga zaman pengaruh Islam sendiri. Penekanan diberikan kepada pen-
garuh atau peranan Islam dalam sejarah Asia Tenggara. Sebelum ini terdapat semacam pengabaian atau
usaha untuk menafikan wujudnya zaman atau periode Islam dalam sejarah Asia Tenggara, maka buku ini
merupakan reaksi terhadap penafian tersebut. Perbahasan dalam buku ini adalah bertolak dari perspektif
tradisi dan perubahan. Walaupun timbul perubahan-perubahan tertentu dengan kedatangan pengaruh
India dan pengaruh Islam di Asia Tenggara, namun unsur-unsur tradisi masih diamalkan.

PENJAJAHAN PORTUGIS DAN SEPANYOL KE ATAS ASIA


TENGGARA
Pen: Maruwiah Ahmat ISBN 983 195 089 5
Tahun: 2006 Hlm: 214
Saiz: 5.75” X 8.25” Harga: RM 19.80

Peristiwa penjajahan orang Portugis dan Sepanyol ke Asia Tenggara telah lama
berlalu. Kebanyakan ahli sejarah menyatakan faktor yang menyebabkan mereka
menjajah ialah kerana mahu menguasai perdagangan iaitu untuk menguasai
perdagangan rempah di Asia Tenggara yang dikuasai oleh orang Islam dari
Arab dan Gujerat pada abad ke-14 hingga ke-15 M. Buku ini cuba menyingkap
semula sejauhmana kebenaran tanggapan bahawa rempah atau faktor ekonomi adalah faktor pendorong
bagi Portugis dan Sepanyol untuk menakluk negara-negara di Asia Tenggara. Bagaimana pula kaitannya
dengan slogan God, Gold and Glory (3G) sebagai motto kepada ekspedisi penjajahan mereka? Buku ini
cuba menyingkap sejelas mungkin faktor-faktor tersebut dan sejarah yang berkaitan dengannya.

4 karismap@hotmail.com
SEJARAH MALAYSIANA
PERKAHWINAN DAN KEKELUARGAAN RAJA-RAJA MELAYU
DALAM SEJARAH MELAYU

Pen: Ismail Azman Omar ISBN 978 983 195 407 2


Tahun: 2009 Hlm: 212
Saiz: 5.75” X 8.25” Harga: RM22.00

Buku ini meninjau khusus tentang perkahwinan dan kekeluargaan Raja-raja


Melayu Melaka sebagaimana yang dicatatkan oleh Tun Seri Lanang dalam Se-
jarah Melayu. Sebelum meneroka persoalan yang berkenaan, terlebih dahulu
akan ditelusuri perkahwinan dan kekeluargaan Raja-raja Palembang-Jambi
dan Singapura Tua yang menjadi punca kekeluargaan Raja-raja Melayu Mela-
ka. Sama ada disedari ataupun tidak, perkahwinan Raja-raja ketiga-tiga buah kerajaan itu berlaku dalam
bentuk atau pola tertentu.

GAGASAN NASIONALISME MELAYU RAYA


PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN

Pen: Roslan Saadon ISBN 978 983 195 403 4


Tahun: 2009 Hlm: 340
Saiz: 5.75” X 8.25” Harga: RM 25.00

Buku ini cuba memaparkan perjuangan bangsa Melayu yang bersandarkan


kepada nasionalisme Melayu Raya. Nasionalis yang berpegang kepada fa-
ham ini bercita-cita menyatukan semua umat Melayu di Nusantara di bawah
satu entiti politik. Sejarah silam Alam Melayu dijadikan pedoman dan peng-
gerak dalam menghadapi penjajahan Barat. Perjuangan nasionalisme Melayu
Raya sering dikaitkan dengan golongan radikal seperti KMM, PKMM, AWAS dan sebagainya. Fahaman ini
digarap oleh tokoh-tokoh politik seperti Ibrahim Haji Yaakob, Ahmad Boestamam dan Dr. Burhanuddin,
yang kemudiannya dimanifestasikan pula dalam bentuk perjuangan politik. Tokoh-tokoh radikal ini telah
menghadapi pelbagai rintangan dalam mencapai impian. Selepas era kemerdekaan, istilah Melayu Raya
sebagai agenda politik semakin pudar dan terus lenyap beberapa dekad selepas itu. Konsep gagasan
Melayu Raya hanya relevan dalam konteks bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan. Hubungan negara-
negara di Nusantara dalam konteks ini boleh dilihat melalui program-program kerjasama, konvensyen,
seminar dan sebagainya.
MANI PURINDAN DALAM SEJARAH MELAYU

Pen: Ismail Azman Omar ISBN 978 983 195 406 5


Tahun: 2008 Hlm: 158
Saiz: 5.75” X 8.25” Harga: RM16.00
Siapakah sebenarnya Mani Purindan? Terdapat andaian bahawa dia dari Pa-
sai, India dan Parsi. Adalah diyakini bahawa Mani Purindan hanyalah nama
gelaran dan bukan nama sebenar individu yang diperkatakan itu. Penulis Seja-
rah Melayu, Tun Sri Lanang mungkin tidak mengetahui nama sebenar individu
tersebut atau mungkin menghadapi kesukaran dalam mengingat semula nama
individu yang berkenaan. Kemungkinan nama itu agak panjang dan payah
hendak menuliskannya dengan tepat dan sempurna. Oleh sebab nama Mani
Purindan dicipta khusus untuk Sejarah Melayu sahaja, nama tersebut tidak diketahui di tempat-tempat lain.
Pada hal individu yang berkenaan ada kaitan istimewa dengan Raja-raja Pasai tetapi tiada langsung cata-
tan nama Mani Purindan di sana. Buku ini cuba meninjau semula tentang Mani Purindan dengan menjurus
kepada aspek-aspek yang difikir dapat menjelaskan serba-sedikit tentang identiti Mani Purindan.

karismap@hotmail.com 5
SEJARAH MALAYSIANA
DR. BURHANUDDIN AL-HELMI: PEJUANG MELAYU SEJATI

Pen: Ismail Said ISBN 978 983 195 372 3


Tahun: 2008 Hlm: 190
Saiz: 5.75” X 8.25” Harga: RM20.00

Perjuangan menuntut kemerdekaan dan pembelaan nasib bangsa Melayu


seringkali ditonjolkan tokoh-tokoh tertentu dalam kalangan pihak yang me-
nang. Pihak yang menang seringkali memaparkan sesuatu mengikut persepsi
mereka. Dalam konteks ini, UMNO dan tokoh-tokoh awalnya seringkali dijelmakan
sebagai pejuang kemerdekaan negara. Malah Tunku Abdul Rahman juga telah
dianggap sebagai ‘Bapa Kemerdekaan’ negara. Nama-nama seperti Ibrahim Haji Yaakob, Ustaz Abu
Bakar al-Baqir, Ishak Haji Mohamad, Dr. Burhanuddin al-Helmi dan Ahmad Boestamam dilupai, mereka
dianggap golongan kiri atau golongan arus bawah yang tidak berfungsi langsung dalam memperjuang-
kan kemerdekaan negara. Apakah tanggapan ini benar? Buku ini cuba menjawab pertanyaan ini dengan
memfokuskan kepada perjuangan Dr. Burhanuddin al-Helmi semasa berada dalam PKMM dan PAS.

KETOKOHAN DAN PEMIKIRAN ABU BAKAR AL-BAQIR

Pen: Khairul Nizam Zainal Badri ISBN 978 983 195 366 2
Tahun: 2008 Hlm: 130
Saiz: 5.75” X 8.25” Harga: RM20.00

Abu Bakar al-Baqir mempunyai jasa yang amat besar kepada bidang pen-
didikan, khususnya kepada umat Islam. Beliau turut terlibat dalam aktiviti
mengembangkan agama, memimpin masyarakat setempat dan memikirkan
masalah kemunduran umat Melayu khususnya dalam sektor pendidikan dan
ekonomi. Beliau juga turut terlibat secara langsung dalam gerakan mencetus
dan membangkitkan semangat dan kesedaran bangsa Melayu agar kembali menguasai negara pada
ketika negara masih dijajah. Dalam buku ini penulis memberikan perhatian kepada sumbangan beliau
dalam bidang pendidikan. Aspek pemikiran serta pengalaman beliau dikongsikan bersama buku ini ter-
bahagi kepada ketokohan dan pemikiran.
SEJARAH MASIH RELEVAN

Peny: Sivachandralingam et al. ISBN 978 983 195 367 9


Tahun: 2008 Hlm: 398
Saiz: 5.75” X 8.25” Harga: RM30.00

Sejarah sering dianggap suatu subjek yang tidak mempunyai nilai komersil. Ra-
mai yang lupa bahawa sejarah merupakan kajian tentang masa lampau yang
meliputi semua aktiviti manusia yang relevan bagi masa kini dan masa akan
datang. Sejarah penting kepada individu, keluarga, institusi, negara dan hubun-
gan antarabangsa. Harus diingat bahawa tanpa memahami masa lampau, kita
tidak dapat memahami masa sekarang dan tanpa memahami masa kini kita
tidak dapat menentukan masa akan datang. Kemampuan sejarah untuk menggunakan pengalaman masa
lampau bagi memberi petunjuk kepada masa depan dan menggunakan masa kini untuk menjelaskan
masa lampau menyebabkan sejarah amat berguna dalam semua disiplin akademik. Buku ini merupakan
satu koleksi kertas kerja yang meliputi bidang politik, ekonomi dan sosial negara Malaysia dan dunia. Ia
sesuai untuk dijadikan rujukan kepada para pelajar yang mengikuti mata pelajaran Sejarah sama ada di
peringkat sekolah, maktab, kolej dan universiti. Buku ini juga sesuai dijadikan bahan bacaan umum untuk
menambahkan lagi kefahaman sejarah dalam kalangan pembaca.

6 karismap@hotmail.com
SEJARAH MALAYSIANA
SEJARAH POLITIK MELAYU PELBAGAI ALIRAN

Pen: Ishak Saat ISBN 978 983 195 330 3


Tahun: 2007 Hlm: 278
Saiz: 5.75” X 8.25” Harga: RM 24.00

Istilah radikal merupakan satu pendekatan antara puluhan pendekatan politik,


ia dipilih oleh segolongan orang Melayu untuk menyuarakan rasa tidak setuju
dalam memenuhi tuntutan perjuangan kemerdekaan negara. Pendekatan yang
dipilih ini tidak sekata dengan pihak penjajah Inggeris, menyebabkan mereka
ini dilabelkan sebagai golongan yang berhaluan kiri. Lantaran itu artikel-artikel
yang dipilih ini, cuba menyingkap catatan-catatan sejarah yang pernah dilalui
oleh golongan yang dilabelkan sebagai berhaluan kiri. Apakah mereka ini benar-benar kiri atau radikal?
Ataupun pendekatan yang mereka gunakan ternyata berjaya menggugat kedudukan kondusif pihak pen-
jajah British. Pelabelan ini bertujuan untuk menjauhkan sokongan masyarakat Melayu terhadap golongan
yang mengajak bangsa Melayu bangkit menentang penjajah dan menuntut kemerdekaan Tanah Melayu.
ILMU SEJARAH ANTARA TRADISI DAN MODEN

Pen: Ishak Saat ISBN 983 195 249 9


Tahun: 2007 Hlm: 188
Saiz: 5.75” X 8.25” Harga: RM 18.00

Sejarah merupakan bidang yang mengandungi banyak unsur pengajaran yang


boleh diterapkan kepada setiap insan. Kata pujangga untuk mengenali ses-
eorang itu lihatlah kepada latar belakangnya. Namun untuk melihat latar be-
lakang seseorang ataupun sesuatu bangsa perlunya ada ilmu pengetahuan.
Meneroka sejarah harus berdasarkan kepada disiplin ilmu sejarah. Ilmu se-
jarah merangkumi pelbagai unsur seperti objektif, subjektif, lojik, tafsiran, kritikan dan pengajaran moral.
Penulisan sejarah kadang-kadang dipersembahkan dalam bentuk penulisan kepelbagaian seperti secara
kolektif, secara kontemporari, berbentuk konotasi, menurut kronologi, berbentuk penceritaan, pemaparan
peristiwa dan ada juga dalam bentuk perkembangan pemikiran. Ia menyanggah dakwaan sesetengah
pihak yang menyatakan sejarah itu mati atau mengkaji benda mati semata-mata. Dalam buku ini penulis
cuba memaparkan berkaitan dengan ilmu sejarah yang terkandung unsur-unsur tradisi dan moden.
PERANG BENDAHARA PAHANG 1857-63: PENSEJARAHAN
SEMULA MENELUSI PERANAN BRITISH

Pen: Suzanna Hj. Othman ISBN 978 983 195 282 5


Tahun: 2007 Hlm: 284
Saiz: 7” X 10” Harga: RM 32.00

Pemerhatian kepada hampir semua buku-buku sejarah tentang peristiwa Perang


Saudara Pahang atau Perang Bendahara Pahang diambil terus daripada satu
sumber primer, Hikayat Pahang. Perkara ini tidaklah menghairankan kerana
Hikayat Pahang merupakan satu-satunya sumber tunggal pribumi yang men-
cakupi era tersebut dengan segala perincian sejarahnya. Malangnya manuskrip
tersebut terkandung beberapa kecacatan dasar atau akar umbinya yang menyebabkan isu-isu utama yang
diketengahkan menjadi jauh terseleweng daripada peristiwa sebenar yang berlaku. Buku ini ditulis dengan
matlamat mengupas pensejarahan perang saudara di Pahang dari perspektif hubung kaitnya dengan agenda
British untuk menghapuskan peranan dan apa jua legasi institusi bendahara warisan Melayu Melaka demi
melaksanakan cita-cita British mengenalkan pemerintahan bercorak sekular di Semenanjung Tanah Melayu.

karismap@hotmail.com 7
SEJARAH MALAYSIANA
INDEKS ARTIKEL BERKAITAN SEJARAH MALAYSIA DALAM JURNAL
TERPILIH TEMPATAN DAN LUAR NEGARA
(Dwi-bahasa)
Pen: Sivachandralingam ISBN 983 195 241 3
Noraini Mohamed Hassan
Tahun: 2006 Hlm: 203
Saiz: 5.75” X 8.25” Harga: RM 18.00

Buku ini adalah usaha ulung bagi menghasilkan satu panduan yang kom-
prehensif tentang artikel-artikel Sejarah Malaysia yang diterbitkan dalam jur-
nal-jurnal terpilih tempatan dan luar negeri sejak penerbitan jurnal sehingga
kini. Pemilihan jurnal tertentu mempunyai rasionalnya sendiri. Jurnal-jurnal ini
mempunyai edaran yang luas dan telah memuatkan penerbitan tentang Sejarah Malaysia sejak negara
mencapai kemerdekaan. Oleh itu, memanglah tepat untuk hanya memilih jurnal-jurnal ini dan mengenal
pasti tema-tema berkaitan dengan Sejarah Malaysia yang dimuatkan dalam penerbitan berkenaan. Mes-
kipun ada yang telah ditamatkan penerbitannya, artikel-artikel itu masih relevan dalam mengkaji sejarah
Malaysia dan ia boleh digunakan untuk menambahkan ilmu pengetahuan, sebagai bahan rujukan, dan
untuk diinterpretasikan semula. Terdapat tulisan ringkas tentang sejarah penerbitan jurnal dan lokasi bahan
untuk memudahkan penyelidik mengesan bahan berkenaan.
SEJARAH SOSIOBUDAYA MELAYU

Pen: Ishak Saat ISBN 983 195 220 0


Tahun: 2006 Hlm: 228
Saiz: 5.75” X 8.25” Harga: RM 19.80

Buku ini membicarakan persoalan bangsa Melayu yang telah melalui pelbagai
cabaran dan rintangan sejak era sebelum merdeka sehingga ke pasca merdeka.
Bermula dengan sebuah Pertuanan Melayu yang bebas dan merdeka di Alam
Melayu, dan kemudiannya dijajah ratusan tahun oleh silih berganti kuasa-kuasa
Barat seperti Portugis, Belanda, British dan juga Jepun. Tanggal 31 Ogos 1957
Tanah Melayu mulai bebas dan merdeka serta melalui sejarah tersendiri untuk terus maju ke abad 21.
Buku ini mengajak dan mengingatkan para pembaca supaya tidak melupakan aspek sejarah sosiobudaya
yang pernah dilalui oleh Malaysia agar ia dijadikan teladan dan sempadan. Kemajuan sesebuah bangsa
itu seharusnya dipelajari dari sejarah kerana kelekaan dan pengabaian sejarah silam akan menyebabkan
hala tuju Pertuanan Melayu mudah diganggu-gugat oleh musuh-musuh negara.
DAKWAH DAN ISU SEMASA
SEJARAH IKHTILAF MAZHAB DI MALAYSIA

Pen: Abdul Rahman Hj. Abdullah ISBN 978 983 195 305 1
Tahun: 2010 Hlm: 354
Saiz: 5.75” X 8.25” Harga: RM30.00 (SM)
RM33.00 (S/S)
Untuk menjejaki latar belakang konflik dan kontroversi mazhab di Malaysia,
pihak penulis telah menyusun risalah tentang sejarah dan pemikiran tajdid
atau islah, agar para pembaca dapat memahami arah perjuangannya serta
titik-titik perbezaannya dengan aliran tradisional mengenai isu-isu khilafiah
tersebut. Bahagian pertama membahas perkembangan latar belakang
sejarah gerakan islah. Bahagian kedua membahas secara menyeluruh gerakan tajdid atau islah di
Malaysia. Manakala bahagian ketiga membahas secara khusus perkembangannya di Perlis, iaitu
negeri yang secara rasmi dalam Perlembagaan Negerinya mendaulatkan ajaran islah dan menolak
amalan bermazhab (Syafie).

8 karismap@hotmail.com
DAKWAH DAN ISU SEMASA
DINAMISME GERAKAN ISLAM DAN CABARAN SEMASA

Pen: Badlihisham Mohd Nasir ISBN 978 983 195 361 7


Tahun: 2009 Hlm: 196
Saiz: 5.75” X 8.25” Harga: RM18.00

Buku ini menyingkap pelbagai aspek dalam gerakan Islam termasuk yang
telah lalu dan yang dialami kini. Antara topik dibincangkan mengenai per-
juangan gerakan Islam dalam kemerdekaan, politik, ekonomi, pendidikan
dan kesenian, selain menyentuh tentang pengaruh gerakan Timur Tengah di
Malaysia dan isu-isu semasa umat Islam di Malaysia. Buku ini juga menyentuh
kegiatan reformasi pendidikan dan ekonomi yang diusahakan oleh gerakan
Islam dan menilai kembali perspektif gerakan Islam terhadap kesenian serta menyorot peranan dan
penglibatan gerakan mahasiswa Pengajian Islam dalam isu-isu semasa.

DAKWAH DAN CABARAN DE-ISLAMISASI DI MALAYSIA

Pen: Abdul Ghafar Don ISBN 978 983 195 405 8


Zaleha Mohd Ali
Tahun: 2008 Hlm: 160
Saiz: 5.75” X 8.25” Harga: RM16.00

Islam sebagai ad-din menawarkan satu pakej kehidupan yang lengkap un-
tuk kesejahteraan dan kebahagiaan manusia. Pertembungan Islam dengan
nilai-nilai hidup yang bobrok sama ada berbentuk ideologi atau isme ciptaan
manusia ataupun elemen ajaran sesat telah berlangsung dalam perjalanan
sejarah yang panjang. Cuma, dalam konteks pertembungan dalam era moden
kini, de-Islamisasi sebagai satu proses menghakis nilai-nilai Islam telah mengambil satu bentuk, versi,
corak dan wajah baru sesuai dengan perkembangan dan keperluan zaman. Buku ini adalah satu cubaan
dan inisiatif yang menarik dalam menggarap isu-isu de-Islamisasi dan bagaimana de-islamisasi dengan
pelbagai bentuk dan dalam pelbagai aspek, sosial, politik, pendidikan, kepercayaan, teknologi maklumat
dan lain-lain telah bertembung dengan Islam dan memberi impak dan cabaran besar kepada perkemban-
gan dan usaha-usaha dakwah khususnya di Malaysia.

WASIAT-WASIAT DAKWAH SYEIKH ABD AZIZ BIN BAZ

Pen: Badlihisham Mohd Nasir ISBN 978 983 195 345 7


Tahun: 2008 Hlm: 126
Saiz: 5.75” X 8.25” Harga: RM14.00

Syeikh Abd Aziz bin Baz dilahirkan di bandar Riyad, Arab Saudi pada 1330
H merupakan seorang pendakwah cacat penglihatan yang terkenal bukan
sahaja di tanah airnya malah di dunia Islam. Selain mendapat sanjungan be-
liau juga turut mendapat kritikan daripada golongan yang berselisih penda-
pat dengannya. Buku ini menyingkap sejarah peribadinya serta wasiat-wasiat
dakwahnya yang amat penting dan berguna sebagai panduan masyarakat
Islam. Antara 39 wasiat dakwah yang perlu ditekuni oleh pembaca seperti kecemerlangan dakwah, pen-
dekatan dakwah secara umum, peranan dakwah masa kini, tujuan dakwah, metodologi yang betul dalam
berdakwah dan banyak lagi.

karismap@hotmail.com 9
DAKWAH DAN ISU SEMASA

DAKWAH MASYARAKAT ORANG ASLI NEGERI PAHANG

Pen: Ahmad Redzuwan Mohd Yunus


ISBN 978 983 195 356 3 Saiz: 5.75” X 8.25”
Tahun: 2008 Harga: RM 12.90
Hlm: 126
Negeri Pahang merupakan sebuah negeri yang paling ramai didiami oleh
masyarakat Orang Asli di Malaysia. Kaum ini terdiri daripada tiga jenis yang ter-
besar iaitu Negrito, Senoi dan Melayu-Proto. Mereka merupakan antara kelom-
pok sasaran dakwah di Malaysia yang perlu didekati oleh dakwah Islamiah. Di
Pahang, terdapat banyak organisasi yang memainkan peranan untuk melakukan
dakwah kepada masyarakat tersebut seperti Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Pertubuhan Kebajikan Islam
Malaysia (PERKIM) Bahagian Pahang, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) Negeri Pahang dan Pembangu-
nan Tamadun Masyarakat Asli (PETAMA). Terdapat pelbagai pendekatan dakwah yang dilakukan oleh organ-
isasi tersebut demi mengembangkan Islam kepada masyarakat Orang Asli di Pahang yang bersesuaian dengan
objektif yang dirancang. Usaha dakwah yang dilakukan telah berjaya menarik Orang Asli untuk memeluk Islam.
Semoga buku ini dapat membantu usaha dakwah ini supaya ia berterusan.
ISLAM PASCA KEMERDEKAAN

Peny: Mazlan Ibrahim ISBN 978 983 195 366 2


Kamarudin Salleh
Tahun: 2008 Hlm: 314
Saiz: 7” X 10” Harga: RM38.00

Buku ini adalah merupakan himpunan kertas kerja Seminar Antarabangsa


Agama dan Pembangunan III di UNTAG, Surabaya pada 23 Ogos 2004
dan di IAIN Sunan Ampel, Surabaya, pada 5-6 Jun 2006. Buku ini lahir
sempena 50 tahun kemerdekaan negara kita Malaysia dan 60 tahun ne-
gara Indonesia. Buku ini cuba meneroka persoalan dan isu perubahan, perkembangan dan pemodenan
yang berlaku di dunia Islam kontemporari. Fenomena ini berlaku dalam berbagai-bagai bidang sama
ada politik, pendidikan, ekonomi, keagamaan, sosio-budaya, kemasyarakatan, sains dan teknologi serta
sebagainya selepas dunia Islam yang rata-ratanya ditakluk dan dijajah oleh kolonialis Barat memperoleh
kemerdekaan.
GERAKAN ISLAM TRADISIONAL DI MALAYSIA

Pen: Abdul Rahman Hj. Abdullah ISBN 983 195 242 1


Tahun: 2007 Hlm: 212
Saiz: 5.75” X 8.25” Harga: RM 18.00

Buku ini membahas tentang gerakan Islam yang bercorak tradisional di Ma-
laysia, khususnya kepada kumpulan Jamaat Tabligh dan Darul Arqam. Ka-
jian terhadap kedua-dua gerakan ini penting sekali dilakukan, bukan sahaja
kerana pengaruhnya yang besar, bahkan juga untuk mengenal pasti kelebi-
han dan kekurangannya. Atau, kalau mungkin, untuk mengetahui kebenaran
dan kebatilannya. Sebagai sebuah kajian, penulis seberapa bolehnya cuba mendedahkan hakikat dan
kenyataan, berasaskan fakta dan data yang diperolehi daripada sumber mereka sendiri, iaitu yang men-
jadi pegangan atau yang ditulis oleh para pendukung gerakan tersebut. Bahagian pertama membin-
cangkan tentang gerakan tradisonalisme konservatif, manakala bahagian kedua membincangkan tentang
gerakan tradisionalisme progresif. Fatwa Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan, Fatwa Majlis Ulama
Indonesia (MUI) Propinsi Daerah Istimewa Acheh dan Kenyataan Ketua Pengarah Pusat Islam, Malaysia
turut dimuatkan.

10 karismap@hotmail.com
SEJARAH/MALAYSIANA/AGAMA ISLAM
KAUNSELING ISLAM KE ARAH PEMBENTUKAN KELUARGA DINAMIK
Pen: Adawiyah Ismail ISBN 978 983 195 335 8
Tahun: 2007 Hlm: 140
Saiz: 5.75” X 8.25” Harga: RM 14.90
Institusi keluarga adalah sebuah pusat yang menjadi asas pembentukan organ-
isasi sosial yang tersusun, aman, maju serta cemerlang dalam apa juga lapan-
gan kehidupan. Pembinaan institusi keluarga yang sempurna melambangkan
bangsa yang aman. Sebaliknya keruntuhan institusi keluarga membayangkan
keadaan huru-hara dan ketidakstabilan sesebuah bangsa dan negara itu send-
iri. Jika diukur realiti masyarakat Malaysia pada hari ini jelas menunjukkan
bahawa kedudukan institusi keluarga kian lemah rentetan arus globalisasi yang
mempengaruhi masyarakat dan keluarga. Menyedari hakikat ini, penulis memilih sebuah institusi agama
iaitu Pusat Pembangunan Keluarga Islam dan Unit Rundingcara Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah
(JHEAIK) yang terlibat dalam usaha menyusun program bersesuaian dengan objektif dalam membangunkan
dan memelihara keutuhan institusi kekeluargaan dinamik khususnya di Kedah dan amnya di Malaysia.
2001-2005 SEJARAH/MALAYSIANA/AGAMA ISLAM
Pen: Ishak Saat Pen: Rozeman
ISBN 983 195 119 0 ISBN 983 195 068 2
Tahun: 2005 Hlm: 144 Tahun: 2004 Hlm: 287
Harga: RM 16.90 Harga: RM 18.90

Pen: Malik Bennabi


ISBN 983 195 114 X
Tahun: 2005 Hlm: 146
Harga: RM 14.90

Pen: Dr. Mustafa Pen: Sivachandralingam


Ar-Rafie ISBN 983 195 067 4
ISBN 983 195 054 2 Tahun: 2004 Hlm: 127
Tahun: 2004 Harga: RM 14.00
Hlm: 156
Harga: RM 12.00

Pen: Talib Samat Pen: Talib Samat


ISBN 983 195 058 5 ISBN 983 195 041 0
Tahun: 2004 Hlm: 220 Tahun: 2004
Harga: RM 19.80 Hlm: 297
Harga: RM 22.00
Pen: Talib Samat Pen: Sulaiman Ibrahim
ISBN 983 195 040 0 ISBN 983 2482 31 3
Tahun: 2004 Tahun: 2002 Hlm: 102
Hlm: 205 Harga: RM 11.50
Harga: RM 16.50

Pen: Mazlan Ibrahim


ISBN 983 2482 94 1
Pen: Maruwiah Tahun: 2002
Ahmat Hlm: 106
ISBN 983 195 042 9 Harga: RM 9.50 Pen: Tengku Ghani
Tahun: 2003 ISBN 983 2328 31 4
Hlm: 164
Tahun: 2001 Hlm: 72
Harga: RM 14.80
Harga: RM 12.00

karismap@hotmail.com 11
LANGUAGE, LITERATURE AND EDUCATION
COMPUTER-MEDIATED COMMUNICATION: PEDAGOGICAL
IMPLICATIONS OF MALAYSIAN RESEARCH FINDINGS

Ed.: Mohamed Amin Embi ISBN 978 983 195 306 8


Year: 2009 Pages: 156
Size: 7” X 10” Price: RM 20.00

Although most of the chapters in this edition are research-based, Chapter 1


and Chapter 8 cover theories related to Computer-Mediated Communication.
Chapter 2 presents findings of a doctoral work on CMC via Nicenet; whereas,
Chapter 3 describe findings of a research project on collaborative learning
involving students from Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Ma-
laysia and Universiti Teknologi Malaysia. Chapter 4, Chapter 6 and Chapter 7 focus on development
of lifelong learning, collaborative learning and meaningful learning respectively via Computer-Mediated
Communication. In Chapter 5, discusses the pedagogical implications of findings related to the use of e-
Forums in Malaysia.
COURSE MANAGEMENT SYSTEMS: RESEARCH, DESIGN &
DEVELOPMENT

Ed.: Afendi Hamat ISBN 978 983 195 490 4


Mohamed Amin Embi Year: 2009
Pages: 104 Size: 7” X 10”
Price: RM 18.00

Technology has been increasingly seen as integral to most modern educa-


tional endeavours. The recognition of the role of technology should also come
with a greater understanding of how technology contributes to education. In
this book, we discuss a piece of technology, the Course Management Systems
(CMS), which has become an important feature in tertiary education. We try to go beyond merely repeating
the advantages of CMS to education. We present a research-based view of the technology, with a focus on
CMS use for the purpose of second language instruction. The ultimate aim is not to sway opinion one way
or the other, but to present an understanding of the technology based on the research we have undertaken
so far in the area. This book would be of great value to researchers in the field of educational technology
and Computer-Assisted Language Learning. It will also be an excellent reference for developers and pro-
grammers interested to develop a learning-driven CMS.
READINGS IN ONLINE LANGUANGE LEARNING AND TEACHING
RESEARCH AND PRACTICE

Ed.: Mohamed Amin Embi et al. ISBN 978 983 195 431 7
Year: 2008 Pages: 212
Size: 7” X 10” Prize: RM 32.00

The main objective of this book is to inform readers and researches alike, the
trends and practices of research in this area of study so that new research ideas
can be encouraged and initiated. In addition, the materialization of this book
manifests the growing importance of research and publication in this field in
Malaysia. In some ways, it underpins the need for more Malaysian writers and researchers to collaborate,
write and document manuscripts of this nature so that deeper understanding can be gained of the use of ICT
for ELT. This book and other similar books would certainly benefit teachers, pre-service teachers, research-
ers, teacher trainers and educators and Education Technology Division of the Education Ministry who use
ICT in assisting language teaching and learning.

12 karismap@hotmail.com
BAHASA, SASTERA DAN PENDIDIKAN
TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM
PENGAJARAN DAN PEMELAJARAN BAHASA MELAYU

Peny: Zamri Mahamod et al. ISBN 978 983 195 409 6


Tahun: 2008 Hlm: 248
Saiz: 7” X 10” Harga: RM 35.00

Buku ini merupakan buku yang membincangkan tentang perkara-perkara


berkaitan dengan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) sebagai alat ba-
han bantu pengajaran dan pemelajaran (P&P) untuk guru Bahasa Melayu dan
juga pelajar-pelajar yang mempelajari Bahasa Melayu. Buku bercorak konsep-
tual dan kajian ilmiah ini sesuai untuk dijadikan bahan rujukan kepada bakal-bakal guru Bahasa Melayu,
pendidik guru Bahasa Melayu di institut pendidikan guru dan universiti, guru-guru mata pelajaran lain,
guru-guru Bahasa Melayu yang sedang mengajar di sekolah dan mereka yang terlibat secara langsung
dalam bidang pendidikan dan teknologi maklumat. Buku ini mengandungi 10 bab yang merangkumi pel-
bagai tajuk yang berkaitan dengan penggunaan TMK dalam P&P Bahasa Melayu.

PENGINTEGRASIAN ICT DALAM PENDIDIKAN:


PENYELIDIKAN, AMALAN DAN APLIKASI

Peny: Norazah Mohd Nordin et al. ISBN 978 983 195 464 5
Tahun: 2008 Hlm: 172
Saiz: 7” X 10” Harga: RM 35.00

Buku ini merupakan buku yang membincangkan pengintegrasian Teknologi


Maklumat dan Komunikasi dalam Pendidikan terutamanya dalam pengajaran dan
pembelajaran di peringkat sekolah dan pengajian tinggi dari aspek penyelidikan,
amalan serta aplikasi. Buku yang bersifat konseptual dan ilmiah ini sesuai untuk
dijadikan bahan rujukan kepada bakal-bakal guru, pendidik guru di Institut Pendidikan Guru dan Unversiti,
guru-guru yang mengajar pelbagai mata pelajaran serta mereka yang terlibat secara langsung dalam bidang
pendidikan serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

PSIKOLINGUISTIK DALAM PENGAJARAN & PEMELAJARAN


BAHASA MELAYU

Peny: Zamri Mahamod et al. ISBN 978 983 195 362 4


Tahun: 2008 Hlm: 438
Saiz: 5.75” X 8.25” Harga: RM35.00

Dalam pendidikan bahasa Melayu, aspek psikolinguistik merupakan tajuk yang


sering diberi penekanan oleh pendidik dan penyelidik bahasa Melayu dalam us-
aha untuk membantu pelajar menguasai dan mempelajari bahasa Melayu den-
gan cepat dan berkesan. Ilmu psikolinguistik bermaksud mengkaji bagaimana
faktor psikologi bersama faktor kognitif dan mental pelajar mempengaruhi cara
bagaimana pelajar belajar sesuatu bahasa itu. Buku ini membincangkan bagaimana aspek psikolinguistik
mempengaruhi pembelajaran pelajar ketika belajar bahasa Melayu di dalam bilik darjah. Dua spek dibin-
cangkan, iaitu kesalahan bahasa dan sikap pelajar terhadap bahasa Melayu. Bahagian pertama membin-
cangkan tentang kesalahan bahasa dan bahagian kedua pula sikap pelajar dalam mempelajari bahasa
Melayu.

karismap@hotmail.com 13
BAHASA, SASTERA DAN PENDIDIKAN
PENGAYAAN DIRI DALAM TEATER DAN DRAMA MELAYU

Pen: Mohd Rosli Saludin ISBN 978 983 195 467 6


Tahun: 2010 Hlm: 292
Saiz: 5.75” X 8.25” Harga: RM25.00 (SM)
RM28.00 (S/S)

Buku ini adalah berdasarkan pengalaman penulis yang pernah terlibat


dalam dunia drama Melayu. Penulis terlibat sebagai pelakon pentas,
pengarah dan pernah melahirkan skrip sendiri. Penulis juga beruntung
kerana pernah mengarah ketika menjadi guru di Sekolah Menengah Ke-
bangsaan Batu Kikir, Negeri Sembilan. Sekarang ini terlibat sebagai tenaga pengajar di UPSI,
Tanjong Malim Perak. Ketika di pusat pengajian ini penulis berpeluang untuk mementaskan
beberapa buah drama dalam bentuk puisi dan prosa. Drama dan teater Melayu ini boleh mend-
isiplinkan diri dan belajar membuat keputusan secara berkumpulan.

TEROMBA SEBAGAI WAHANA KOMUNIKASI ADAT MELAYU


TRADISIONAL

Pen: Mohd Rosli Saludin ISBN 978 983 195 489 8


Tahun: 2010 Hlm: 318
Saiz: 5.75” X 8.25” Harga: RM25.00 (SM)
RM28.00 (S/S)
Buku ini adalah berguna untuk semua lapisan masyarakat yang meminati
budaya Melayu, terutama yang banyak menggunakan kata-kata kias
iaitu teromba. Teromba ini adalah kata-kata adat kepunyaan masyarakat
Melayu, walaupun khusus diamalkan di Negeri Sembilan dan sebahagian
daripada Melaka iaitu wilayah Naning. Teromba ini adalah nadi keunikan dan kehebatan Adat
Perpatih. Dalamnya mengandungi maklumat, nasihat, pengajaran, pendidikan, teguran terhadap
masyarakat. Semuanya disampaikan secara bersopan dan berhemah. Jelaslah bahawa budi
bahasa budaya kita telah terlebih dahulu diamalkan dalam Adat Perpatih. Teromba ini perlu
diperkuatkan lagi dan boleh dijadikan sebagai produk pelancongan yang paling bernilai di
negara kita. Ia juga melatih kita bertutur menggunakan bahasa yang indah, bersopan dan berbudi
bahasa. Dalamnya juga mengandungi ciri-ciri pemikiran kreatif dan kritis kerana mengajak kita
berfikir melalui bahasa yang tersurat dan tersirat.
TEROMBA SEBAGAI ALAT KOMUNIKASI DALAM
KEPIMPINAN ADAT PERPATIH

Pen: Mohd Rosli Saludin ISBN 978 983 195 411 9


Tahun: 2009 Hlm: 662
Saiz: 5.75” X 8.25” Harga: RM45.00

Apakah teromba? Apakah kaitan teromba dengan Adat Perpatih? Teromba


merupakan alat komunikasi dalam kepimpinan Adat Perpatih yang bukan se-
takat adat sopan santun dalam pergaulan sahaja. Akan tetapi, lebih menekankan
tentang landasan berfikir, nilai-nilai dalam kehidupan, norma-norma dalam per-
gaulan, falsafah hidup dan hukum-hukum yang harus dipatuhi. Kalau dipelajari lebih mendalam, teromba
sebagai alat komunikasi adalah suatu konsep kehidupan yang disiapkan oleh nenek moyang masyarakat
Adat Perpatih untuk anak cucunya bagi bertujuan mencapai suatu kehidupan yang bahagia dan sejahtera
di dunia serta akhirat. Buku ini menyingkap tentang peranan teromba dalam kepimpinan masyarakat yang
bertunjangkan Adat Perpatih.

14 karismap@hotmail.com
BAHASA, SASTERA DAN PENDIDIKAN

TEROMBA: HUBUNGAN DENGAN PENDIDIKAN


KESUSASTERAAN

Pen: Mohd Rosli Saludin ISBN 978 983 195 412 6


Tahun: 2009 Hlm: 226
Saiz: 5.75” X 8.25” Harga: RM22.00

Pada era globalisasi kini kita ketandusan guru-guru sastera yang berkarisma, kreatif
dan mempunyai banyak idea untuk menarik perhatian pelajar apabila mengajar.
Mereka kebanyakannya telah diasuh dengan kaedah yang tradisi iaitu bercakap,
menyalin nota, membuat latihan, menyuruh pelajar deklamasi puisi, berlakon, hasil-
kan puisi, cerpen dan novel. Tetapi pada hakikatnya tiada model yang konkrit daripada guru tersebut. Buku
ini adalah tulisan yang boleh membantu guru-guru untuk mencari jawapan permasalahan yang ditimbulkan
di atas. Tulisan dalam buku ini semuanya adalah berdasarkan pengalaman pengarang sendiri sebagai pen-
syarah, guru, aktivis, penasihat dan pengamalnya. Ia bukanlah andaian kerana apa yang dipaparkan adalah
berdasarkan pengalaman yang telah ditempuh, dirasai dan dilihat di depan mata sendiri.
TEROMBA DALAM PUISI MELAYU TRADISIONAL

Pen: Mohd Rosli Saludin ISBN 978 983 195 413 3


Tahun: 2009 Hlm: 340
Saiz: 5.75” X 8.25” Harga: RM25.00
Secara keseluruhan, kajian tema, nilai dan estetika ini menganalisis teromba yang
terpilih sahaja. Teromba membawa pelbagai tema yang melibatkan aturan hidup
bermasyarakat Adat Perpatih. Melalui analisis ini dapat dilihat akan keaslian dan
ketinggian pemikiran masyarakat penciptanya. Dalam teromba terkandung ni-
lai-nilai murni yang diperindahkan lagi dengan nilai estetikanya. Antara perkara
yang diberi perhatian dalam buku ini ialah menerangkan tentang teromba dalam
Puisi Melayu Tradisional. Selain itu identiti teromba iaitu dan segi bentuk, struktur, persamaan dan perbe-
zaan dengan bentuk puisi Melayu turut dibincangkan. Turut dibicarakan ialah ciri-ciri puisi teromba dan
tema dan nilai yang tersirat dalam teromba. Buku ini juga menyentuh kajian tentang estetika teromba itu
sendiri di samping membicarakan tentang fungsi teromba.

PSIKOLINGUISTIK DALAM PENGAJARAN DAN PEMEROLEHAN


BAHASA PERTAMA DAN KEDUA

Pen: Zamri Mahamod ISBN 978 983 195 246 7


Tahun: 2007 Hlm: 250
Saiz: 5.75” X 8.25” Harga: RM 22.00
Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran (P&P) bahasa, aspek-aspek berkai-
tan psikolinguistik memainkan peranan penting dan penyumbang utama kepada
keupayaan seseorang kanak-kanak, murid-murid, pelajar yang mempelajari ba-
hasa asing sebagai bahasa kedua (B2) dan orang dewasa dari segi pemerolehan
dan kecekapan berbahasa. Justeru, buku ini membincangkan beberapa tajuk yang
digunakan sebagai bahan perbincangan dalam kalangan pelajar Sarjana Pendidikan pengkhususan Kaedah
Pengajaran Bahasa, Fakulti Pendidikan, UKM. Buku ini memberi peluang kepada mereka untuk mengeta-
hui, mengenal pasti dan mempelajari bagaimana faktor-faktor psikolinguistik mempengaruhi pemerolehan
dan kecekapan bahasa sama ada dalam bahasa pertama (B1) ataupun bahasa kedua (B2). Peranan dan
fungsi nahu atau tatabahasa, faktor neurolinguistik, pemindahan bahasa dan peranannya, pengaruh bahasa
ibunda, penggunaan dwibahasa dan kesannya, pertukaran kod dalam pemerolehan bahasa pelajar, dan
pemerolehan bahasa lisan dan bukan lisan kanak-kanak sekolah juga dibincangkan.

karismap@hotmail.com 15
BAHASA, SASTERA DAN PENDIDIKAN

KONTEKS SASTERA DAN BUDAYA MELAYU

Pen: Maniyamin Ibrahim ISBN 978 983 195 414 0


Tahun: 2009 Hlm: 250
Saiz: 5.75” X 8.25” Harga: RM 25.00

Buku ini terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian Pertama berkenaan peri-
hal kesusasteraan. Usaha mengecilkan fungsi bahasa Melayu dan kesusaster-
aan Melayu, kehilangan cinta sejati kerana keterpesonaan individu terhadap
modenisasi hingga tokohnya hilang jiwa dan kejatian diri, konsep seni Melayu
yang semakin hilang pengamal dan khalayak, dan kehilangan moral dan kein-
telektualan dek pengisian kuasa, perut dan bawah perut turut terdapat dalam
bahagian pertama selain memasukkan usaha generasi kedua dan ketiga pascamerdeka bangkit mencitrai
diri sebagai pengarang beridealisme. Dalam Bahagian Kedua pula berkenaan perihal budaya. Konsep ke-
jadian alam bagi orang Melayu yang dinafikan oleh sesetengah pihak, konsep individu dalam sosiobudaya
Melayu yang semakin kecil peranannya, ciri-ciri rumah Melayu yang semakin sukar dicari, sistem nilai Melayu
yang semakin bercelaru, keindahan seni Melayu yang kian terpadam, peranan penaung terhadap seni Melayu
yang bertukar milik dan mengecil fungsi, dan konsep seni bina masjid yang semakin tidak diketahui oleh
generasi terkandung dalam bahagian kedua ini.

GAYA BAHASA KIASAN

Pen: Maniyamin Ibrahim ISBN 983 195 128 X


Tahun: 2006 Hlm: 250
Saiz: 5.75” X 8.25” Harga: RM 24.00

Buku ini mengupas secara ilmiah tentang perkembangan seni penulisan tanah
air yang khusus kepada penghasilan sajak. Buku ini juga memasukkan perma-
salahan yang berlaku ketika berlangsung Hadiah Sastera Malaysia (HSM) yang
menyebabkan sajak-sajak dicipta hanya kerana untuk memenangi hadiah dan
bukan sebagai satu wadah perjuangan untyuk tatapan masyarakat. Gaya ba-
hasa kiasan yang menjadi fokus dalam perbincangan buku ini mengetengahkan spesifikasi gaya kiasan
yang termasuk jenis aspek-aspek pembinaannya, pengguna dan keberkesanan gaya bahasa kiasan dalam
sajak dan perbandingan gaya bahasa kiasan yang terdapat dalam sajak-sajak yang banyak kedapatan di
Malaysia. Buku ini bukan sahaja sesuai kepada peminat sastera, malah masyarakat umum serta pelajar.

Pen: Maniyamin Ibrahim Pen: Effandi Zakaria Pen: Shaffe Mohd Daud Author: Ananda
ISBN 983 195 081 X ISBN 983 195 121 2 ISBN 983 195 115 8 Kumar
Tahun: 2005 Tahun: 2005 Tahun: 2005 ISBN 983 195 116 6
Hlm: 140 Hlm: 160 Hlm: 94 Year: 2005
Saiz: 5.75” X 8.25” Saiz: 5.75” X 8.25” Saiz: 5.75” X 8.25” Pages: 112
Harga: RM 13.90 Harga: RM 16.90 Harga: RM 13.90 Size: 5.75” X 8.25”
Price: RM 18.00

16 karismap@hotmail.com
2002-2004 BAHASA, SASTERA DAN PENDIDIKAN

Pen: Naapie Mat Pen: Talib Samat Pen: Sulaiman Masri/ Pen: Talib Samat
ISBN 983 195 057 7 ISBN 983 195 039 9 Ahmad Khair Mohd Nor ISBN 983 195 038 0
Tahun: 2004 Tahun: 2004 ISBN 983 195 065 8 Tahun: 2004
Hlm: 131 Hlm: 414 Tahun: 2004 Hlm: 416
Saiz: 5.5” X 8.25” Saiz: 5.5” X 8.25” Hlm: 326 Saiz: 5.5” X 8.25”
Harga: RM 13.90 Harga: RM 29.90 Saiz: 5.5” X 8.25” Harga: RM 29.90
Harga: RM 19.80

Author: Naima Gany Pen: Tajularipin Sulai- Peny: Hazri Jamil et al. Pen: Roselan Baki
ISBN 983 195 063 1 man/Maria Chong ISBN 983 195 066 7 ISBN 983 195 021 6
Year: 2004 ISBN 983 195 064 X Tahun: 2004 Tahun: 2003
Pages: 47 Tahun: 2004 Hlm: 224 Hlm: 208
Size: 5.5” X 8.25” Hlm: 112 Saiz: 5.75” X 8.25” Saiz: 5.75” X 8.25”
Prize: RM 6.90 Saiz: 5.75” X 8.25” Harga: RM 19.80 Harga: RM 18.90
Harga: RM 11.50

Pen: Roselan Baki Pen: Radzuan Abdul Kadir Pen: Talib Samat Pen: Azlina Abu Bakar
ISBN 983 195 029 1 ISBN 983 195 035 6 ISBN 983 2482 58 5 ISBN 983 2482 07 0
Tahun: 2003 Tahun: 2003 Tahun: 2002 Tahun: 2002
Hlm: 230 Hlm: 150 Hlm: 284 Hlm: 156
Saiz: 5.75” X 8.25” Saiz: 5.75” X 8.25” Saiz: 5.75” X 8.25” Saiz: 5.75” X 8.25”
Harga: RM 20.00 Harga: RM 12.00 Harga: RM 18.00 Harga: RM 14.00

karismap@hotmail.com 17
PENDIDIKAN PERGURUAN
PENGAJIAN SOSIAL 1

Pen: Ismail Said ISBN 978 983 195 448 5


Tahun: 2009 Hlm: 230
Saiz: 5.75” X 8.25” Harga: RM 22.00

Buku ini dihasilkan untuk mempertingkatkan lagi pengetahuan Pengajian Sosial di


peringkat Institut Pendidikan Guru terutamanya bagi pelatih-pelatih yang mengam-
bil kursus ini sebagai subjek major atau minor. Penulisan buku ini dibuat dengan
mengambil kira penekanan yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran Pengajian Sosial, Bahagian Pen-
didikan Guru (BPG), Kementerian Pelajaran Malaysia. Setiap tajuk memberi fokus dan penekanan khusus
berdasarkan kepada kurikulum Pengajian Sosial program Persediaan Sarjana Muda Pendidikan Sekolah
Rendah. Buku ini boleh dijadikan teks asas kepada pelajar-pelajar Pengajian Sosial di semua Institut Pen-
didikan Guru. Kandungan buku ini mengandungi pengenalan kepada Pengajian Sosial, Sejarah Malaysia,
Ketamadunan Manusia, Alam Sekitar Fizikal, Alam Sekitar Manusia, Ekonomi Malaysia, Pembinaan Ne-
gara Bangsa dan Kajian Luar.

PENGAJIAN SOSIAL 2

Pen: Ismail Said ISBN 978 983 195 449 2


Tahun: 2009 Hlm: 256
Saiz: 5.75” X 8.25” Harga: RM25.00

Kegunaan buku ini adalah sama seperti buku Pengajian Sosial 1. Ia merupakan siri
kedua atau sambungan kepada Pengajian Sosial 1. Kandungannya pula merang-
kumi Malaysia dan Isu-Isu Politik Antarabangsa, Perkembangan Institusi Kuasa,
Struktur dan Pentadbiran, Peranan dan Tanggungjawab Individu Sebagai Ahli Masyarakat, Etnografi Se-
menanjung, Sabah dan Sarawak, Alam Sekitar Fizikal, Alam Sekitar Manusia, Alam Sekitar: Kemahiran
Amali dan Prinsip Ekonomi.
PENGAJIAN SOSIAL KPLI

Pen: Ismail Said ISBN 978 983 195 465 3


Tahun: 2009 Hlm: 288
Saiz: 5.75” X 8.25” Harga: RM25.00

Kurikulum Pengajian Sosial dalam Kursus Perguruan Lepasan Ijazah sekolah ren-
dah diperkenalkan kementerian bertujuan menyediakan guru-guru yang menguasai
pengetahuan dan kemahiran pengajaran disiplin mata pelajaran Kajian Sosial. Sukatan ini merangkum
pengetahuan dan kemahiran dalam ilmu geografi, sejarah, ekonomi, sosiologi dan sains politik. Sukatan
Pengajian Sosial dibina untuk melahirkan guru-guru yang berpengetahuan luas dalam bidang kemanu-
siaan dan kemasyarakatan. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang ada ini diharapkan membawa
impak yang positif dalam proses pengajaran dan pemelajaran Kajian Tempatan dan Pendidikan Sivik
dan Kewarganegaraan di sekolah-sekolah rendah. Buku ini menerangkan mata pelajaran Pengajian So-
sial KPLI dengan mengenengahkan tajuk-tajuk Perspektif Pengajian Sosial, Pengenalan Sukatan Pelajaran
Pengajian Sosial Sekolah Rendah, Nilai dan Etika Pengajian Sosial, Pedagogi dalam Pengajian Sosial,
Perancangan dan Persediaan Pengajaran dan Pembelajaran Kajian Tempatan dan Pendidikan Sivik dan Ke-
warganegaraan, Sumber Pemelajaran Pengajian Sosial, Pengujian dan Penilaian dalam Pengajian Sosial,
dan Perkembangan Profesionalisme Guru Pengajian Sosial.

18 karismap@hotmail.com
PENDIDIKAN PERGURUAN

AMALAN PENGAJARAN BERKESAN

Pen: Rahil Mahyuddin et al. ISBN 978 983 195 359 4


Tahun: 2009 Hlm: 252
Saiz: 5.75” X 8.25” Harga: RM25.00

Buku ini cuba memfokus tentang kefahaman konsep, teori serta proses pengajaran.
Juga dibincangkan tentang cara mengaplikasikan teori dan prinsip pembelajaran
dalam perancangan dan pelaksanaan pengajaran, penguasaan pelbagai pendeka-
tan, kaedah dan teknik pengajaran serta pengubahsuaiannya mengikut keperluan,
penguasaan kemahiran asas mengajar melalui pengajaran mikro dan kefahaman tentang kaedah penye-
lidikan tindakan untuk mengekalkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Kandungan buku ini di-
harap dapat dimanfaatkan oleh bakal guru dan guru dalam perkhidmatan untuk menjalankan pengajaran
dan pembelajaran dengan lebih berkesan serta membimbing pelajar untuk menjadi cemerlang.

KAEDAH PEMELAJARAN KOPERATIF SEKOLAH RENDAH

Pen: Ismail Said ISBN 978 983 195 433 1


Tahun: 2009 Hlm: 110
Saiz: 5.75” X 8.25” Harga: RM 15.00

Buku ini ditujukan kepada guru, bakal-bakal guru dan pendidik yang ingin mem-
perkembangkan kemahiran pedagogi mereka ketika berhadapan dengan anak
didik dalam era menjadi pendidikan di Malaysia bertaraf dunia. Dalam buku ini
didedahkan dengan ciri-ciri, prinsip-prinsip pemelajaran koperatif serta kaedah-
kaedah mempraktikan pemelajaran koperatif semasa proses pengajaran dan pemelajaran. Kandungan
dalam buku ini termasuk Perbezaan antara pendekatan, strategi, kaedah dan teknik, pengertian pem-
belajaran koperatif, perkembangan kaedah pemelajaran koperatif, pelaksanaan kaedah pemelajaran
koperatif di sekolah, instrumen yang boleh diguna pakai oleh guru untuk menilai keberkesanan penggu-
naan pemelajaran koperatif, kajian tindakan, dan cadangan penambahbaikan untuk mengimplimenkan
pemelajaran koperatif.

GURU PENDIDIK, PENGAJAR ATAU PENDAKWAH?

Pen: Mohd Azam Mahat ISBN 978 983 195 466 9


Tahun: 2009 Hlm: 256
Saiz: 5.75” X 8.25” Harga: RM25.00

Buku ini ditulis untuk mengingatkan kembali tanggungjawab guru-guru sebagai pen-
gajar dan dalam masa yang sama sebagai seorang pendidik dengan menjadikan
Nabi Muhammad sebagai contoh pendidik terbaik manusia. Bab pertama dalam
buku akan menghuraikan tentang peranan guru terhadap membentuk diri kita. Kemudian bab kedua,
akan menjelaskan mengenai pengertian guru serta tugasnya. Manakala bab ketiga menyentuh mengenai
Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta contoh kejayaan pendidikan di zaman Nabi s.a.w. Bab keempat
menyentuh mengenai isu tanggungjawab guru sebagai seorang pendakwah. Bab kelima pula mengenai
hubungan ilmu psikologi dalam proses pendidikan dan dakwah. Pada bab yang keenam, ia membincang-
kan kaedah-kaedah pengajaran yang boleh dilaksanakan oleh warga pendidik semasa proses pengajaran
dan pembelajaran. Dalam bab yang ketujuh, kita akan melihat apakah ciri-ciri guru yang mendapat tem-
pat di hati murid. Dan bab yang kelapan kita akan melihat beberapa contoh cara pendidikan yang nabi
laksanakan kepada para sahabat sehingga mereka menjadi generasi yang berjaya. Justeru, buku ini sesuai
dibaca untuk semua guru dan mereka yang bakal bergelar GURU.

karismap@hotmail.com 19
PENDIDIKAN PERGURUAN
PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN

Pen: Wee Eng Hoe ISBN 978 983 195 438 6


Tahun: 2009 Hlm: 320
Saiz: 5.75” X 8.25” Harga: RM 25.00

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Edisi Kedua ini disemak untuk membekalkan
maklumat terkini di samping menambah nilai dalam beberapa tajuk berkaitan.
Pengemaskinian buku ini adalah sejajar dengan keperluan semasa para pembaca
dan pengajar PJK. Beberapa aspek telah dikemaskinikan dan ditambah untuk me-
mantapkan lagi maklumat. Antara lain contoh-contoh pelbagai kaedah pengajaran PJK dimuatkan untuk
memberi panduan yang lebih padat kepada pengguna buku ini. Semoga contoh-contoh tersebut dapat
memastikan pengajar PJK dapat mengaplikasikannya dengan tepat dan berkesan.

PSIKOLOGI PENDIDIKAN UNTUK PERGURUAN

Pen: Rahil Mahyuddin/


Habibah Elias ISBN 983 195 239 5
Tahun: 2006 Hlm: 271
Saiz: 5.75” X 8.25” Harga: RM 25.00

Buku ini boleh digunakan untuk guru-guru pelatih di universiti dan institut pergu-
ruan untuk mendapatkan pengetahuan asas dalam Psikologi Pendidikan. Setiap
guru memerlukan pengetahuan asas dalam psikologi pendidikan untuk memahami pelahar-pelajar dan
juga proses pengajaran dan pembelajaran. Pengetahuan psikologi pendidikan membantu guru mengap-
likasikan prinsip-prinsip psikologi dalam menangani masalah perkembangan pelajar dan juga masalah
pembelajaran. Kandungan buku ini termasuk Pengenalan kepada Psikologi, Pendekatan Saintifik kepada
Perlakuan, Pengaruh Perwarisan dan Persekitaran, Pertumbuhan dan Perkembangan Pelajar, Perkemban-
gan Fizikal Remaja, Perkembangan Psikososial, Personaliti, Perkembangan Kognitif dan Moral Remaja,
Pengenalan Kepada Pembelajaran, Pembelajaran Pelaziman Klasik dan Operan, Pembelajaran Kognitif,
Teori Pembelajaran Sosial, Pembelajaran Humanistik, Kecerdasan, Ingatan dan Lupaan, dan Kanak-kanak
Luar Biasa.

PENDIDIKAN NEGARA BANGSA MALAYSIA

Pen Ishak Saat ISBN 978 983 195 415 7


Tahun: 2009 Hlm: 314
Saiz: 5.75” X 8.25” Harga: RM 25.00

Pembentukan sebuah negara berdaulat dan merdeka memerlukan satu proses yang
berterusan dan konsisten. Malaysia yang ada hari ini merupakan sebuah negara
bangsa yang telah melalui satu proses pendidikan negara bangsa yang cukup unik
dan tersendiri. Buku ini cuba mendedahkan proses pembentukan dan pendidikan yang pernah dilalui oleh
masyarakat tempatan dan imigran yang akhirnya melahirkan sebuah negara yang boleh membanggakan
bagi seluruh warganegara Malaysia. Setiap warganegara Malaysia hari ini perlu berasa bertanggungja-
wab untuk memastikan proses pembentukan negara bangsa Malaysia berada pada landasan yang betul.
Justeru itu buku ini cuba menyingkap dan menggambarkan sejarah perjalanan Tanah Melayu sejak awal
sehinggalah terbentuknya Malaysia. Buku ini juga cuba meningkatkan kesedaran kepada seluruh masyar-
akat berbilang kaum di negara ini tentang betapa pentingnya menghargai jasa dan sumbangan mereka
yang terdahulu yang telah berperanan untuk melahirkan Malaysia hari ini.

20 karismap@hotmail.com
EDUCATIONAL TEACHING
ACTION RESEARCH FOR EXEMPLARY SCIENCE TEACHING

Author: Selva Ranee Subramaniam ISBN 983 195 245 6


Year: 2007 Pages: 104
Size: 5.75” X 8.25” Price: RM 25.00

This book is specially prepared for teacher trainers, in-service teachers and teach-
ers in the field of science education. This book describes and illustrates action
research practices which led to development of exemplary teaching in science.
Among the interesting details discussed in this book are the international scenario
of action research, Ninth Malaysian Plan and research, action research practice
towards professional development and exemplary practices in physics, chemistry and biology teaching.
EXEMPLARY PRACTICES IN TEACHING PRIMARY SCIENCE

Authors: Selva Ranee Subramaniam


Bavani Nageswana Row ISBN 983 195 240 5
Year: 2006 Pages: 158
Size: 5.75” X 8.25” Prize: RM 24.00

This book is specially prepared for teacher trainers and teachers in the field of
primary science education. It describes and illustrates action research practices
which led to development of exemplary teaching in primary science. Among the
interesting details discussed in this book are: the international scenario of primary
science education; Malaysian primary science education; Ninth Malaysia Plan and primary science educa-
tion; action research and professional development; and exemplary practices in science teaching. Apart
from this, features of this book include a series of methods, appropriate and better proven practices as well
as updated approaches in teaching science to primary school children.

PANDUANG PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM


OLAHRAGA DINAMIKA GURU

Pen: Wee Eng Hoe Pen: Ahmad Mohd Saleh


ISBN 983 2328 65 9 ISBN 983 2328 68 3
Tahun: 2002 Tahun: 2002
Hlm: 146 Hlm: 274
Saiz: 5.75” X 8.25” Saiz: 5.75” X 8.25”
Harga: RM14.90 Harga: RM 22.00

KOMUNIKASI DAN MOTIVASI


MOTIVASI KENDIRI PRA-SYARAT MENUJU KEJAYAAN
EDISI KEDUA
Pen: Abdul Razak Abdullah ISBN 978 983 195 371 6
Tahun: 2008 Hlm: 128
Saiz: 5.75” X 8.25” Harga: RM 14.00
Tidak ada orang yang mencapai kejayaan tanpa motivasi. Buku ini mampu meng-
huraikan pelbagai persoalan dan isu bagi memotivasikan diri. Buku ini dirasakan
sesuai untuk bacaan umum khususnya bagi mereka yang sentiasa memikirkan
kejayaan dalam hidupnya. Bagi mereka yang telah melakukan berbagai-bagai
usaha, tetapi masih belum mencapai sebarang bentuk kejayaan, maka buku ini
dirasakan amat perlu.

karismap@hotmail.com 21
KOMUNIKASI DAN MOTIVASI
NAMPAK BIASA TAPI LUAR BIASA

Pen: Sahrul Azmi Sidek ISBN 978 983 195 368 6


Tahun: 2008 Hlm: 186
Saiz: 5.75” X 8.25” Harga: RM 18.00

Jika direnung, diamati dan dikaji perkara yang berlaku di sekeliling kita yang
begitu hebat dan amat luar biasa. Begitu hebat ciptaan-ciptaan ini maka sudah
semestinya yang menciptanya adalah sangat hebat kerana yang hebat hanya
boleh dicipta oleh yang Maha Hebat. Penulis ingin mengajak diri penulis dan
para pembaca untuk sama-sama meningkatkan iman dengan merenung kehebatan ciptaan Tuhan. Mula-
mula penulis mengajak untuk kita melihat kehebatan Tuhan yang ada pada sekujur tubuh kita ini. Selepas itu
kita keluar ke halaman rumah kita pula untuk melihat kehebatan Tuhan di sekeliling kita yang dekat. Akhir
sekali, kita mendongaklah sekejap ke langit dan renunglah cakerawala yang ada, maka lihatlah dan fikirlah
ciptaan-ciptaan ini untuk menambah iman kita.

JANGAN KECEWA

Pen: Alwi Lateh ISBN 978 983 195 357 0


Tahun: 2008 Hlm: 116
Saiz: 5.75” X 8.25” Harga: RM 12.00

Ujian-ujian sepanjang hidup kita ada duka dan gembira, susah dan senang.
Saya ingin kongsikan ujian yang dihadapi dengan cerita-cerita yang saya rasa-
kan kita semua alaminya, cuma bentuknya berbeza. Marilah kita hadapi segala
ujian dengan redha tanpa rasa kecewa. Ada cerita yang saya telah ceritakan kepada isteri dan kawan, ada
cerita yang saya telah nyatakan dalam siri-siri ceramah saya dan ada cerita yang sengaja saya rahsiakan
kerana belum masanya saya berkongsi dengan anda. Cerita yang dipaparkan di sini tiada rahsia lagi
antara kita. Buku ini mengandungi pedoman bagai-mana seharusnya kita berdepan dengan ujian. Walau
sebesar mana ujian, ia hanyalah ujian dan kita harus tahu bagaimana membaca soalannya dan berikan
jawapan yang tepat untuk soalan tersebut. Kita ada kekuatan diri yang patut kita ketahui iaitu iman.
TEKNIK BERKOMUNIKASI DAN BERINTERAKSI YANG EFEKTIF

Pen: Aziz Salleh ISBN 983 2328 57 6


Tahun: 2002 Hlm: 132
Saiz: 5.75” X 8.25” Harga: RM 13.90

KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN

Peny: Sulaiman Md Yassin et al. ISBN 983 2482 56 9


Tahun: 2002 Hlm: 188
Saiz: 5.75” X 8.25” Harga: RM 14.90

22 karismap@hotmail.com
UMUM/GENERAL
DECENTRALIZATION AND LOCAL GOVERNMENT IN IRAN

Authors: Hossein Alekajbaf ISBN 978 983 195 481 2


Jayum A. Jawan
Year: 2009 Pages: 212
Size: 5.75” X 8.25” Price: RM 25.00

This book is divided into six chapters. The first chapter provides a brief back-
ground of local government. The second chapter reviews various literatures,
especially focusing on several theoretical issues related to the structure of
local government. The third chapter discusses the origin of local government in Iran and this chapter also
provides general backgrounds on the country, especially on matters relating to its geography, population,
economy and political condition. The fourth chapter discusses the overall organization and structure as
well as functions of local authorities in Iran in two major parts. The first part examines the structure of lo-
cal government that is composed of Councils and their status in the Constitutional law and in relations to
other laws of Iran, the relationship between the central and local government and the roles of the Ministry
of Interior, the Councilors and the Mayors as well as the latter’s duties within the council. The sixth chapter
provides a comparative discussion of local governments in selected country such as France, the United
States and Great Britain.

GENERASI ULUL ALBAB SEGUNUNG HARAPAN SETEGUH


GAGASAN

Pen: Sabari Mohamad Sharif ISBN 978 983 195 404 1


Tahun: 2009 Hlm: 340
Saiz: 5.75” X 8.25” Harga: RM 30.00

Buku ini banyak menyentuh aspek zikir, fikir dan amal soleh, sejajar dengan
usaha melahirkan generasi Ulul Albab, yang mempunyai kekuatan akal, daya
fikir, memperoleh hikmah dan sentiasa mendapat petunjuk serta rahmat dari-
pada Allah SWT. Kupasan buku ini merangkumi pelbagai isu-isu sejarah, ib-
rah (pengajaran), semasa (muasir) yang melibatkan idea, konflik, perjuangan, cabaran dan perancangan
serta masa depan ummah. Ia telah dibahagikan kepada tujuh bab utama.

PRINCIPLES OF PUBLIC ADMINISTRATION

Authors: Jeong Chun Hai ISBN 978 983 195 253 2


Nor Fadzlina Nawi
Year: 2007 Pages: 166
Size: 5.75” X 8.25” Price: RM 17.90

Most of the books on Public Administration that are in the market are either
too thick and bulky or written in a hard-to-understand language for students of
Public Administration, at Diploma or undergraduate levels. With the publica-
tion of this book, it is hoped that the students will find reading it both enjoyable
and informative. This book also tries to cover the latest issues in the study of Public Administration, such
as New Public Administration, TQM in the Government, Islamic Perspective of Administration, and even
e-Government, without compromising on classical discussions.

karismap@hotmail.com 23
UMUM/GENERAL
Peny: Mohammad Redzuan Othman et al.
ISBN 978 983 195 475 1 Tahun: 2009
Hlm: 168 Harga: RM 15.00
Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh diadakan berikutan perletakan jawatan
penyandangnya, iaitu Datuk Seri Dr. Wan Azizzah Wan Ismail bagi memberi laluan
kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dalam satu pilihan raya kecil. Pilihan
raya kecil ini yang diadakan pada 26 Ogos 2008 ditandingi oleh tiga orang calon
daripada PKR, BN dan AKIM. Memandangkan pilihan raya kecil ini merupakan
yang pertama diadakan selepas pilihan raya umum pada 8 Mac 2008, natijahnya
amat penting bagi Barisan Nasional dan PKR. Buku ini menceritakan suasana dan
perjalanan pilihan raya kecil ini.
Pen: Abdul Ghani Masrom Pen: Adib Vincent Tung
ISBN 983 195 251 0 Abdullah
Tahun: 2007 ISBN 983 195 020 8
Hlm: 166 Tahun: 2006
Harga: RM 12.90 Hlm: 186
Harga: RM 89.90

Pen: Hamedi Mohd Pen: Mohammed Yusoff


Adnan ISBN 983 2482 08 9
ISBN 983 195 036 4 Tahun: 2002
Tahun: 2003 Hlm: 94
Author: Jayum A Jawan Hlm: 288 Harga: RM 8.50 Pen: Che Wan Takwa
ISBN 983 195 037 2 ISBN 983 195 028 3
Harga: RM 20.00
Year: 2003 Tahun: 2003
Pages: 230 Hlm: 100
Price: RM 19.50 Harga: RM 12.50

Pen: Sufean Hussin Author: Sufean Hussin Pen: Sufean Hussin/ Pen: Ahmad Rashidi
et al. et al. Che Zainon Omar Hassan
ISBN 983 195 105 0 ISBN 983 195 106 9 ISBN 983 2328 99 3 ISBN 983 2328 46 2
Tahun: 2004 Year: 2004 Tahun: 2002 Tahun: 2001
Hlm: 154 Pages: 234 Hlm: 104 Hlm: 176
Harga: RM 12.00 Prize: RM 19.80 Harga: RM 11.50 Saiz: 5.75” X 8.25”
Harga: RM 14.00

24 karismap@hotmail.com
SUKAN DAN PERMAINAN
PSIKOLOGI KEJAYAAN DALAM SUKAN

Peny: Mohd Sofian Omar Fauzee ISBN 978 983 195 369 3
Tahun: 2008 Hlm: 124
Saiz: 5.75” X 8.25” Harga: RM 14.00

Dalam buku ini empat aspek utama akan dibincangkan. Aspek utama yang
akan ditonjolkan dalam buku ini adalah tentang pencarian ‘bakat atlet’ bagi
membolehkan jurulatih menilai potensi yang ada dalam atlet yang baru
berkecimpung dalam bidang sukan yang diceburi. Pengenalan kepada pen-
carian bakat secara mental dan emosi diketengahkan bagi membolehkan ju-
rulatih mengenal pasti atlet ‘yang berpotensi’ untuk dipilih bagi mendapatkan latihan yang bersistematik
demi membangunkan potensi yang ada di dalam diri mereka bagi mencapai taraf atlet bertaraf antara-
bangsa. Pun begitu, pencarian bakat ini juga boleh membantu jurulatih menilai sama ada atlet lemah yang
dibangkukan di kerusi simpanan mampu atau tidak potensinya dikembangkan untuk terus maju menjadi
atlet yang gemilang.
KAEDAH MENGAJAR PENDIDIKAN JASMANI

Peny: Mohd Sofian Omar Fauzee ISBN 983 195 117 4


Tahun: 2006 Hlm: 144
Saiz: 5.75” X 8.25” Harga: RM 16.00

Pen: Mohd Sofian Omar Pen: Mohd Sofian Omar Pen: Mohd Sofian Omar
Fauzee Fauzee Fauzee et al.
ISBN 983 195 060 7 ISBN 983 195 059 3 ISBN 983 2328 54 3
Tahun: 2004 Tahun: 2004 Tahun: 2004
Hlm: 154 Hlm: 162 Hlm: 116
Harga: RM 12.50 Harga: RM 14.50 Harga: RM 12.00

Peny: Mohd Sofian Omar Peny: Mohd Sofian Omar


Fauzee Fauzee
ISBN 983 2482 30 5 ISBN 983 2328 53 5
Tahun: 2003 Tahun: 2002
Hlm: 160 Hlm: 216
Harga: RM 14.50 Harga: RM 15.90

karismap@hotmail.com 25
SUKAN DAN PERMAINAN

Siri Kaedah Mengaja


Mengajarr Pendidikan Jasmani Dril 2006
2006
Bola Sepak Bola Tampar
ISBN 983 195 205 7 ISBN 983 195 208 1
Hlm: 90 Hlm: 98
Harga: RM 15.90 Harga: RM 15.90

Bola Baling Badminton


ISBN 983 195 206 5 ISBN 983 195 204 9
Hlm: 106 Hlm: 117
Harga: RM 15.90 Harga: RM 15.90

Permainan Kecil Bola Jaring


ISBN 983 195 207 3 ISBN 983 195 221 9
Hlm: 86 Hlm: 94
Harga: RM 15.90 Harga: RM 15.90

HARGA PERSET RM 99.80

Siri Kaedah Mengaja


Mengajarr Pendidikan Jasmani Dril 2009
2009

ISBN 978 983 195 326 6 ISBN 978 983 195 410 2 ISBN 978 983 195 324 2 ISBN 978 983 195 325 9
Hlm: 132 Hlm: 132 Hlm: 120 Hlm: 132
Harga: RM 16.00 Harga: RM 16.00 Harga: RM 16.00 Harga: RM 16.00

ISBN 978 983 195 327 3 ISBN 978 983 195 321 1 ISBN 978 983 195 450 8 ISBN 978 983 195 319 8
Hlm: 132 Hlm: 160 Hlm: 132 Hlm: 112
Harga: RM 16.00 Harga: RM 16.00 Harga: RM 16.00 Harga: RM 16.00

26 karismap@hotmail.com
SUKAN DAN PERMAINAN
Siri Kokurikulum Edisi Kedua 2009 HARGA PERSET RM 98
98.00
Peny.: Junaidah Salehudin
ISBN SET 978 983 195 441 6

ACARA BALAPAN
978 983 195 443 0

ACARA PADANG
978 983 195 444 7

BADMINTON
978 983 195 447 8

BOLA SEPAK
978 983 195 445 4
BOLA TAMPAR
978 983 195 446 1

KECERGASAN FIZIKAL
978 983 195 442 3

NOVEL
ALERGI SEPI
Pen: Ainurjah (Abdul Razak Abdullah)
ISBN 978 983 195 408 9 Tahun: 2010
Hlm: 258 Harga: RM 18.00 (SM)
RM21.00 (S/S)

Pertemuan dua insan, Nur Syafiqah dan pengetua telah mencambahkan benih-be-
nih rindu yang sekian lama dipendamkan. Kesepian yang dialami mereka menjadi
puisi rindu dan cinta yang terpendam hingga akhirnya mereka ditemukan dalam
insiden yang tidak disengajakan. Pertemuan yang singkat itu akhirnya menjadi hari
yang paling ditunggu untuk meluahkan rasa yang terbuku di hati. Tapi sayang,
percintaan mereka diduga lagi oleh rasa rindu dan kesepian yang entah bila akan
ada penghujungnya. Kemunculan semula Anwar Zamani telah menjadi duri kisah cinta mereka yang baru
hendak bermula. Penderitaan Syafiqah semakin menyesakkan hati dan jiwa pengetua. Berjayakah pengetua
memeteri cinta barunya? Adakah Syafiqah akan dapat melupakan Anwar Zamani yang semakin menghan-
tui jiwanya?
TRAGEDI
Pen: Ainurjah (Abdul Razak Abdullah) ISBN 978 983 195 440 9
Tahun: 2009 Hlm: 268
Harga: RM 18.00

Tam… menghadapi dilema selepas ditinggalkan ibunya. Tanggungjawab men-


jaga adik-adiknya terpikul di bahunya. Dalam menjalani arus hidup yang pel-
bagai ragam, mereka menghadapi ancaman musuh iaitu Belang dan Tompok
Ganas. Mereka turut menerima ancaman untuk dibuang. Lebih-lebih lagi tingkah
Tam yang semakin ganas dek berebut kasih. Mereka kemudian terpisah. Apabila
hubungan makin pulih, mereka beradik menghadapi masalah salah laku tuannya
pula. Bagaimanakah Tam dan adik-adiknya mengatasi masalah yang meruncing itu? Dapatkah mereka
membantu bapa?

karismap@hotmail.com 27
NOVEL
SEPINYA TANPAMU
Pen: Ainurjah (Abdul Razak Abdullah) ISBN 978 983 195 370 9
Tahun: 2009 Hlm: 288
Harga: RM 18.90

Deritanya dia menanggung kesakitan tidak terperi akibat penyakit yang dihidapi
sejak kecil. Ditambah pula ombak dan badai yang melanda keluarganya tidak
tahu penghujungnya. Haifa Athirah terpaksa menjalani kehidupannya tidak seperti
kanak-kanak yang seusia dengannya. Kasih sayang yang dicurahkan oleh kedua
ibu bapanya begitu mendalam serta tidak pernah berputus asa bagi mengubati
penyakit yang dihidapi Haifa. Meskipun badai derita sering menerjah ke rumah
tangga ibu bapanya, namun tidak pernah sekali mereka mengabaikan tanggung-
jawab mereka terhadap Haifa, Amirah dan Asnawi. Segala yang berlaku atas kehendak Yang Maha Esa,
apakah yang bakal terjadi terhadap keluarga? Bagaimana berlakunya konflik dalam rumah tangga Hadira
dan Anwardi?

FATAMORGANA
Pen: Ainurjah (Abdul Razak Abdullah)
ISBN 978 983 195 348 8 Tahun: 2008
Hlm: 208 Harga: RM 16.80

Novel ini mengisahkan tentang perjalanan hidup seorang guru iaitu Cikgu Halim
telah lama kehilangan isteri tersayang Mariah akibat penyakit misteri yang tidak
diketahui puncanya serta tidak dapat diubati. Dia seorang yang bersifat prihatin
terhadap anak-anak di kampung itu terutama terhadap Nur Hidayah pelajar ta-
hun 6 di Sekolah Jejawi iaitu cucu kesayangan Tok Kiah dan Tok Brahim sehingga
timbul satu perasaan sayang terhadap Cikgu Halim. Cikgu Halim membantu Nur Hidayah serta rakan-
rakannya, Hafizal, Aida, dan Nurul dalam mata pelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris tetapi
rakan-rakannya tidak mempunyai kesungguhan untuk belajar. Oleh sebab itu, kelas tuisyen yang dibuat te-
lah ditutup. Cikgu Halim berkawan dengan Masriah iaitu anak perempuan kepada Pak Cik Musa sehingga
timbul sedikit salah faham antara Cikgu Halim dan pak Cik Musa. Dapatkah salah faham antara mereka
itu diselesaikan? Apakah sebenarnya perasaan Cikgu Halim terhadap Masriah? Dan dapatkah Masriah
menggantikan tempat Mariah di dalam hati Cikgu Halim?

GELOMBANG CINTA
Pen: Anuarjah (Abdul Razak Abdullah)
ISBN 983 195 228 6 Tahun: 2007
Hlm: 216 Harga: RM 15.90

Tidak semua percintaan berakhir dengan kebahagian. Manusia hanya mampu


merancang, Allah jua yang menentukan. Apakah kuasa manusia untuk melawan
takdirnya. Kerana kecewa Izham membawa diri jauh daripada Nur Syuhadah bi-
arpun cintanya masih mendalam. Izham reda dengan keputusan Nur Syuhadah
untuk menerima jodoh yang ditetapkan oleh keluarganya. Namun masa terus
berlalu, Nur Syuhadah terus mengejar kembali cinta Izham dalam angannya. Mengharap agar dirinya
diterima kembali. Namun semuanya berakhir dengan sia-sia. Hati Izham telah dimiliki, cinta Izham su-
dah beralih arah. Sedangkan Nur Syuhadah tetap setia terhadap cintanya yang satu. Ternyata usahanya
memelihara mahkota kewanitaannya daripada insane yang berhak tidak berbaloi. Sehingga akhirnya Nur
Syuhadah terdampar di tepian laut penyesalan. Siapakah yang berjaya merampas cinta Izham daripada
Nur Syuhadah.

28 karismap@hotmail.com
NOVEL
SPEKTRUM CINTA
Pen: Anuarjah (Abdul Razak Abdullah)
ISBN 983 195 331 0 Tahun: 2007
Hlm: 280 Harga: RM 17.90

Disangka tindakan melepaskan Som adalah jalan yang terbaik dalam hidupnya.
Dengan mengejar cinta baru Karim yakin kebahagiaan akan menjadi miliknya
buat kali kedua. Sayangnya permata yang disangka berharga rupanya kaca yang
berselindung di balik kilauannya. Sinarnya tidak lama. Cinta yang dicurah dan
ditatang, tuba pula yang diterimanya. Harapkan panas hingga ke petang rupanya
hujan di tengah hari. Itulah hakikat yang perlu diterima. Cintanya dikhianati sehingga mengundang duka
berpanjangan tanpa mengira musim. Duka lara yang terpaksa ditanggung membuatkan Karim terus ter-
dampar di tepian sepi. Kerana cintanya juga dia dianiayai. Namun Karim reda dan pasrah. Mampukah
Jamilah mengejar cintanya yang baru setelah mengecewakan Karim? Berdayakah dia melupakan Karim
begitu sahaja? Apa yang pasti manusia selalu menyedari kepentingan dan kehadiran seseorang itu ketika
dia sudah kehilangannya.

LOGAMAYA KASIH
Pen: Anuarjah (Abdul Razak Abdullah)
ISBN 978 983 195 332 7 Tahun: 2007
Hlm: 238 Harga: RM 16.90
Hidup berpoligami banyak mengajar Ikram, bahawa untuk berlaku adil dan sak-
sama bukanlah sesuatu yang mudah. Biarpun madu itu manis bagi kaum sejen-
isnya tetapi hempedu bagi wanita. Akhirnya seorang terpaksa mengalah demi
kebahagiaan tiga hati. Rafidah membawa diri setelah tidak tertahan dengan sikap
madunya. Pertemuan dengan Datuk Akhbar juga membuatkan Rafidah nekad me-
narik diri. Ikram begitu kecewa dengan tindakan Rafidah yang amat dicintainya.
Kehidupan rumah tangga Ikram bersama Suhaidah juga sentiasa dilambung ombak, tetapi Ikram tetap
berusaha dan bersabar walaupun keperluan batinnya tidak pernah tertunai. Pertemuan semula dengan
Rafidah kembali membangkitkan nostalgia lama. Bagaimana hubungan Ikram dan Rafidah selepas itu?
Bolehkah Suhaidah menerimanya atau pun diam-diam mempunyai hubungan lain?
TENGKU MENTERI
Pen: Talib Samat
ISBN 983 195 053 4 Tahun: 2003
Hlm: 836 Harga: RM 49.00
Novel ini mengutarakan kisah Tokoh Korporat Bijih Timah Melayu Terulung Long
Jaafar dan Ngah Ibrahim Pengasas Taiping Bandar Warisan 1790-an hingga
1895. Ia mengisahkan kegigihan dan perjuangan korporat Melayu yang muncul
pada abad ke-19 iaitu Long Jaafar (bapa) dan Ngah Ibrahim (anak) di daerah
Larut Matang, Perak. Perjuangan gigih kedua-dua tokoh korporat ini memban-
gunkan Bandar Taiping sekarang membuka lembaran baru dalam sejarah negeri
Perak apabila pelbagai cabaran dihadapi mereka akibat perebutan kuasa para pembesar Perak, per-
gaduhan kongsi gelap Ghee Hin dan Hai San, campur tangan penjajah Inggeris dan kemasukan J.W.W.
Birch selaku Residen Inggeris pertama di Perak. Penjajah Inggeris mencetuskan penentangan besar-be-
saran daripada orang Melayu di Perak yang ikut mendorong pejuang-pejuang Melayu termasuk Ngah
Ibrahim bersatu memerangi mereka mempertahankan tanah air tercinta. Novel ini menggunakan watak-
watak dan peristiwa yang masyhur dalam sejarah tanah air digabungkan dengan watak-watak fiksyen
untuk melihat sejarah masa lalu dan kegunaannya dalam melihat hari depan sesuatu bangsa. Novel ini
juga mengingatkan betapa pentingnya kemerdekaan sesebuah negara dijaga, pembesar dan rakyatnya
tidak bercakaran khuatir penjajah asing masuk dan merampas segala kebebasan dan harta yang ada
sehingga suatu apa pun tidak berharga kerana semuanya dikuasai oleh orang asing.

karismap@hotmail.com 29

Anda mungkin juga menyukai