Anda di halaman 1dari 23

PUSAT MAIN PONDOK

Apa dia main pondok ?

• satu bangunan kecil yang menyerupai


sebuah rumah atau
• satu sudut khas dalam premis yang
menyerupai keadaan di rumah seperti:
- dapur
- bilik tidur
- bilik air
- bilik tamu dan sebagainya
• persekitaran dan di bahagian dalam
pondok boleh ubahsuai menjadi klinik,
balai polis, pasar dan kedai
Bagaimana murid bermain?

i. Meniru gaya orang dewasa


- ibu, bapa, guru, polis, doktor dll

ii. Melakonkan sesuatu situasi


- kesibukan di dapur
- ke majlis perkahwinan
- ke klinik
- ke pasar
Bagaimana
dengan peralatan pondok ?

Bergantung dengan suasana


atau situasi yang hendak
diwujudkan
Cara menggunakan pondok
dengan berkesan

i. Murid memilih aktiviti yang disukai


tapi masih di dalam tema

ii. Bilangan murid bergantung kepada


ruang, jangan melebihi 5 atau 6 orang

iii. Guru hendaklah menentukan


bahan-bahan yang cukup dan sesuai
di pondok
Tujuan Aktiviti Pondok

i. Membolehkan murid membuat berbagai


latihan kemahiran asas :
• pengamatan memegang dan
menggunakan benda-benda ,
mengira, memadan, memilih,
menyusun mengikut saiz dan jenis

• berbual dan berinteraksi dengan


rakan.
Contoh Aktiviti Pondok

1. Aktiviti menyediakan makanan

• pergi ke pasar dan membeli belah


• memasak dan menghidang makanan
• makan
• mengemas tempat makan dan
membasuh pinggan-mangkuk
2. Mencuci dan mendobi pakaian

• merendam
• membasuh
• memberus, membilas dan menyidai
• menggosok
• melipat dan menyimpan
3. Main anak patung
• memandikan anak
• memakai pakaian anak
• menyediakan susu
• menyusukan anak
• menidurkan anak
• membawa anak bersiar-siar
4. Memainkan peranan bapa, ibu, kakak,
adik dan sebagainya

5. Mengumpul bahan di persekitaran


premis untuk dijadikan makanan olok-
olok
- murid membawa bakul dan berjalan
mencari:
bunga, daun, batu-batu kecil
kulit-kulit siput, kerang dan
kulit-kulit kayu
6. Pergi ke pasar (membeli dan menjual)

a) orang yang terlibat


- seorang penjaja/penjual
- emak membeli belah dengan
kawan-kawannya

b) lokasi
- di hadapan pondok. Seorang
penjual membawa bahan dan
pembeli berkerumun di sekeliling
penjaja
c) Bahan/Alatan

i) Kereta sorong
kereta sorong yang diubahsuaikan
dengan jenis-jenis jualan

ii) Bahan makanan


Bahan-bahan yang telah
dikumpulkan seperti kulit kerang,
daun sebagai sayuran-sayuran,
gambar-gambar ikan, udang,
sotong dan lain-lain
iii) Alat penimbang

iv) Wang mainan seperti yang dilukis


atau dibuat daripada plastik/kertas
tebal

v) Kertas pembalut / beg plastik

vi) Tali / gelang getah


d) Jenis aktiviti
- tawar menawar
- menimbang
- menukar dan mengira wang
- berbual semasa aktiviti membeli
seperti mahal, murah, satu ikat,
satu keping (Perbendaharaan kata)
7. Menyediakan bahan-bahan untuk
dimasak
a) orang yang terlibat - ibu dan
anak-anaknya
b) tempat - di dapur pondok
c) bahan/alatan
- bahan makanan
olok-olok, alatan memasak,
pinggan mangkuk,
papan memotong,
penapis atau pengayak
d) Jenis aktiviti

i) Memetik, membasuh, menyiat dan


memotong sayur. Buang bahagian
yang tidak boleh dimakan.

ii) Membersihkan ikan dan daging

iii) Memotong, mencuci daging dan ikan


8. Memasak makanan
a) Orang yang terlibat
Ibu dengan anak-anaknya

b) Tempat
Di dapur Pondok

c) Bahan/Alatan
Dapur
rempah, ramuan dan bahan-
bahan yang hendak dimasak
alat-alat memasak seperti
senduk, periuk , kuali dll
Jenis aktiviti

i. Menyalakan api
ii. Memasak nasi
iii. Menggoreng sayur/ikan
iv. Memasak sup
v. Mengacau dan membalik-balikkan
lauk yang sedang dimasak
vi. Merasa makanan dan menceritakan
nya.
9. Menyediakan meja makan,
menghidang makanan, melayan
dan makan
a) Orang yang terlibat - semua ahli
keluarga
b) Tempat - meja makan, di atas tikar
c) Kelengkapan hidangan
- sehelai tikar
- sehelai kain alas meja dan kain
lap tangan
- set hidangan
- minuman dan bahan makanan
yang sudah di masak
d) Jenis aktiviti

- Mengemas meja/tempat makan


- Membentang tikar
- Membentang alas makan
- Mengatur pinggan, mangkuk dan gelas
mengikut bilangan orang yang ada
- Menghidang makanan
- Menyenduk nasi dan menceduk lauk
- Melayan tetamu
- Makan
e) Adab makan
f) Berbual mengenai khasiat makanan
- buah-buahan baik untuk kesihatan
- ikan membantu kita membesar
- nasi memberi tenaga
- sayur dan buahan mencegah
penyakit dan membuat kulit segar
g) Mengemas meja akan dan
membasuh pinggan mangkuk

i) Orang yang terlibat – ahli


keluarga
ii) Tempat - meja makan/ tikar,
bilik dapur
iii) Bahan/alatan - semua pinggan
mangkuk yang telah
digunakan, sabun, span,
penyapu, penyodok sampah,
besen, dulang/talam, mop/kain
buruk
Jenis aktiviti
i) Menyimpan makanan yang lebih
ii) Memberi sisa makanan kepada kucing,
ayam, itik dan lain-lain
iii) Menyusun pinggan mangkuk
iv) Menyusun gelas dan cawan atau dulang
v) Membawa semua pinggan mangkuk
dan gelas untuk dibasuh
vi) Membasuh pinggan mangkuk
viii) Mengering dan menyimpan

Anda mungkin juga menyukai