Anda di halaman 1dari 9

PENGENALAN

Pertandingan Bola Jaring peringkat daerah akan diadakan pada 14 April


2011. Oleh itu, sekolah kami, iaitu SK Rancangan Perumahan Rakyat tidak
ketinggalan untuk menghantar wakil pasukan bola jaring, yang juga merupakan ahli
tetap kepada Kelab Bola Jaring. Sebagai seorang guru penasihat dan juga jurulatih
mereka, saya dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan mereka, daripada sesi
persediaan atau latihan bola jaring sehingga pada hari kemuncak, iaitu hari
pertandingan mereka.

Oleh itu, saya harus merangka satu program latihan untuk murid-murid dalam
usaha untuk menjadikan mereka sebagai pasukan-pasukan yang benar-benar
bersedia menghadapi hari pertandingan itu kelak.

Seiring dengan itu, saya telah menyenaraikan beberapa teknik yang perlu
mereka beri perhatian dan kuasai iaitu:

 Kemahiran gerak balas


 Kemahiran sambutan
 Kemahiran hantaran
 Kemahiran elakan
 Kemahiran kawalan
 Kemahiran membuat jaringan

Oleh itu, dalam jangkamasa lebih kurang tiga bulan sebelum pertandingan, saya
memperuntukkan serta membahagikan beberapa minggu untuk pemain memahami
serta menguasai sesuatu kemahiran dengan menyeluruh.

Program latihan yang telah saya sediakan adalah seperti berikut:

 Program Latihan untuk Bulan Januari-Februari

 Program Latihan untuk Bulan Februari-Mac

 Program Latihan untuk Bulan Mac-April


Program Latihan untuk Bulan Januari-Februari

Minggu Perkara Huraian Catatan


1 Gerak Kaki
(2 jam)  Latihan gerak kaki bertujuan untuk
mengehadkan pergerakan pemain semasa
dia mempunyai bola.

KELAS TEORI
 Kelas teori bersama dengan jurulatih
selama setengah jam. Jurulatih akan
memberi pengisian berkenaan dengan
kemahiran gerak kaki.
Pemain boleh
SESI LATIHAN mendarat
 Aktiviti memanaskan badan, diketuai oleh dengan cara
jurulatih. yang betul

 Melakukan aktiviti yang boleh digunakan


untuk melatih kemahiran gerak kaki.
Antaranya:
 Lari, berhenti.
 Lari dengan pelbagai kederasan.
 Lari, menukar kederasan dan arah.
 Lari, lompat dan mendarat di atas
satu kaki / dua kaki.
 Lari, melompat melintasi garisan.
 Seterusnya, pemain diminta untuk berlatih
menangkap bola dari pelbagai arah dengan
cara mendarat yang betul.
 Setengah jam sebelum tamatnya sesi
latihan, pelajar akan mempraktikkan latihan
mereka sebentar tadi dalam permainan bola
jaring.
Minggu Perkara Huraian Catatan
2 Hantaran
bola  Kebolehan menggunakan pelbagai hantaran
(2 jam) adalah satu kelebihan kerana ia bukan
sahaja menjadikan permainan lebih menarik,
tetapi juga menyukarkan tugas penahan
dalam usaha mereka menyekat hantaran.

KELAS TEORI
 Dalam jam yang pertama, jurulatih akan
membuat tayangan video berkenaan dengan
kemahiran hantaran bola dalam permainan
bola jaring. Pemain
 Jurulatih juga akan menerangkan secara berupaya
teori berkenaan kemahiran-kemahiran yang melakukan
berkaitan dalam hantaran bola. hantaran bola
dengan betul
SESI LATIHAN dan cekap.

 Aktiviti memanaskan badan yang diketuai


oleh wakil pemain.
 Membuat latihan gerak kaki selama 10 minit.
 Mula membuat latihan hantaran bola secara
berturut-turut:
 Hantaran aras bahu.
 Hantaran aras dada.
 Hantaran atas kepala.
 Hantaran bawah tangan.
 Aktiviti pada mulanya dilakukan secara
berpasangan, dan kemudiannya dalam
kumpulan-kumpulan kecil.
 Mempraktiskan kemahiran yang dipelajari
dalam permainan 15 minit sebelum sesi
tamat.
 Melakukan aktiviti penyejukan badan asas.

Minggu Perkara Huraian Catatan


3 Sambutan
bola  Kemahiran memegang bola adalah
(2 jam) kemahiran asas di mana kemahiran
kemahiran membaling dan menyambut bola
dengan baik berasal daripadanya.

SESI LATIHAN
 Membuat aktiviti memanaskan badan.
 Mempraktiskan kemahiran-kemahiran yang
telah dipelajari pada minggu-minggu
sebelumnya. Pemain lebih

 Membuat latihan menyambut bola; cekap bermain

 Di atas kepala. dan berjaya

 Jauh di sisi. menguasai

 Di bawah betis. kemahiran

 Pergelangan kaki. yang dipelajari

 Mempelajari prinsip asas untuk menyambut ketika berlatih.

bola:
 Memandang bola.
 Menghulur tangan dan badan untuk
menangkap bola.
 Menerima bola ke dalam tangan.
 Membawa bola ke arah badan.
 Melaksanakan aktiviti-aktiviti latihan
menyambut bola:
 Melompat untuk menerima balingan
tinggi.
 Menangkap bola dengan sebelah
tangan.
 Menerima pelbagai jenis hantaran.
 Mempraktiskan kemahiran yang telah
dipelajari dalam permainan setengah jam
sebelum sesi tamat.
 Aktiviti menyejukkan badan asas dilakukan.

Minggu Perkara Huraian Catatan


4 Elakan/
Pertahanan  Mengelak digelanggang bola jaring
(2 jam) bermakna melakukan beberapa pergerakan
yang membolehkan seorang pemain
mengelak pemain lawan yang cuba
menghalang pergerakan pemain untuk
menerima bola.

KELAS TEORI
 Tayangan video dan perkongsian oleh
jurulatih berkenaan kemahiran elakan Pemain lebih
selama setengah jam. cekap
menguasai
SESI LATIHAN kemahiran
 Melakukan aktiviti memanaskan badan asas. elakan.

 Mempraktiskan semula kemahiran-


kemahiran yang telah dipelajari pada
minggu-minggu sebelumnya.
 Mula membuat latihan dengan mengadakan
aktiviti-aktiviti untuk elakan, antaranya:
 Langkah elak dan lari pecut.
 Elak ke hadapan dan ke belakang.
 Elak lari pecut.
 Lari pecut dan berhenti.
 Gerak keliru ke depan dan berlari
mengundur.
 Aktiviti seterusnya dilakukan dengan
membenarkan pemain (dalam bilangan yang
kecil) bermain ‘half court’.
 Jurulatih akan membuat pemerhatian dan
membuat pembetulan jika berlakunya
sebarang kesilapan.
 Melaksanakan aktiviti penyejukan badan
sebaik sahaja tamat sesi.

Program Latihan untuk Bulan Februari-Mac


Minggu Perkara Huraian Catatan
5
SESI LATIHAN
 Melakukan aktiviti memanaskan badan asas.
 Mempraktiskan semula kemahiran-kemahiran
yang telah dipelajari pada minggu-minggu
sebelumnya.
 Jurulatih akan menerangkan cara-cara
mengawal dan menahan, iaitu:
 Kawalan rapat.
Kawalan  Menyekat satu hantaran. Pemain
(2 jam)  Menyekat satu balingan. berupaya
 Menyekat satu jaringan untuk gol. mempelajari

 Jurulatih akan melatih pemain membuat dan

kawalan melalui posisi-posisi asas, iaitu: seterusnya

 Berdiri depan pemain lawan. menguasai

 Berdiri menghadap pemain lawan. kemahiran

 Berdiri sebelah-menyebelah. kawalan.

 Berdiri di belakang pemain lawan.


 Aktiviti yang boleh dilakukan ialah:
 Bahagikan pemain secara
berpasangan, dan melakukan aktiviti
yang melibatkan kawalan.
 Bermain secara ‘half court’, jurulatih akan
membetulkan serta membimbing pemain
untuk meningkatkan kemahiran-kemahiran
yang telah dipelajari, terutamanya kemahiran
kawalan.
 Melakukan aktiviti penyejukan badan dalam
kalangan pemain dan jurulatih.
 Membuat sedikit refleksi, ulasan berkenaan
perkembangan kemahiran pemain-pemain
serta membuat perbincangan berkenaan
strategi-strategi ketika bermain.

Minggu Perkara Huraian Catatan


6
 Kemahiran menjaring adalah kemahiran
tertutup dan pemain boleh dilatih berasingan
daripada ahli-ahli pasukan yang lain. Setiap
pemain perlu mahir membuat jaringan.

KELAS TEORI
 Jurulatih menayangkan tayang video Pemain
Jaringan berkenaan dengan perlawanan bola jaring. mampu
(2 jam)  Kemudiannya, jurulatih akan membuat menguasai
perkongsian dengan memberikan ulasan dan semua
tips serta panduan berguna semasa berada kemahiran
di gelanggang. asas dan
boleh
SESI LATIHAN bermain

 Berlatih menjaringkan gol: dengan baik.

 Jaringan statik.
 Melangkah ke depan dan menjaring.
 Berlari sambil menjaring.
 Jurulatih akan mengenalpasti pemain yang
berkebolehan menjaring untuk dijadikan
pemain-pemain yang diletakkan di posisi
membuat jaringan.
 Pemain akan mengaplikasikan semua
kemahiran yang telah dipelajari dalam
permainan bola jaring sebelum menamatkan
sesi latihan pada hari itu.
 Membuat aktiviti menyejukkan badan
sebelum bersurai.

Minggu Perkara Huraian Catatan


7 Pemain akan
SESI LATIHAN memperbaiki
 Pemain akan berlatih dengan lebih cekap pergerakan
dalam permainan bola jaring dan permainan dan
Latihan akan difokuskan dengan kemahiran yang kemahiran-
Penuh telah dipelajari. kemahiran
Bola  Sekiranya masih terdapat bahagian-bahagian yang telah
Jaring yang perlu dibaiki, latihan akan terus mereka
(2 jam) dilakukan sehingga pemain tersebut berjaya pelajari.
memahami dan seterusnya menguasai
kemahiran tersebut.
 Jurulatih juga secara tidak langsung
berkongsi ilmu berkenaan undang-undang
penting yang harus diketahui dalam
permainan bola jaring.
 Membuat perlawanan persahabatan dengan
murid-murid lain yang mungkin juga berbakat
dalam permainan bola jaring.
 Melalui perlawanan persahabatan, jurulatih
akan membuat refleksi bersama dengan
pemain-pemainnya.
8  Pemain-pemain yang terlibat dengan Pemain dapat
pertandingan akan dibawa untuk menambah
menyaksikan pertandingan bola jaring ilmu
Membuat diperingkat sekolah pengetahuan
Lawatan menengah/kolej/universiti/terbuka. berkenaan
(3 jam)  Seterusnya, pemain akan didedahkan dengan
dengan sedikit sebanyak undang-undang undang-
yang perlu diketahui oleh pemain-pemain. undang
 Jurulatih harus memberi kata-kata peransang permainan
serta motivasi untuk pemain supaya mereka dan tips
lebih bersemangat untuk bermain dengan berguna
baik. semasa
bertanding.

Program Latihan untuk Bulan Mac-April


Minggu Perkara Huraian Catatan
9 -
SESI LATIHAN
 Pemain akan membuat latihan bola jaring
sepanjang tempoh sebelum bertanding.
Latihan  Permainan ini akan dipantau oleh jurulatih.
Penuh Bola  Jurulatih akan sentiasa membimbing
Jaring pemain sepanjang latihan dijalankan.
(2 jam)  Jurulatih juga akan sentiasa berkongsi tips
yang berguna serta undang-undang
permainan bola jaring.
 Disiplin pemain dituntut sepanjang tempoh
ini.
10 -
SESI LATIHAN
 Permainan dijalankan seperti biasa, tetapi
Latihan pasukan lawan dijemput dari sekolah lain
Penuh Bola untuk memantapkan lagi kemahiran
Jaring pemain, dan menyediakan pemain untuk
(2 jam) mempunyai sikap bersaing secara sihat.
 Jurulatih juga diundang khas dari luar
supaya pelbagai input dapat diperoleh
daripada jurulatih yang lebih
berpengalaman.
11 -
Latihan SESI LATIHAN
Penuh Bola  Permainan bola jaring diadakan seperti
Jaring biasa.
(2 jam)  Permainan masih dipantau jurulatih.
12  Jurulatih memberi panduan secara ringkas Pemain
Taklimat berkenaan penjagaan makanan seminggu bersedia
Persediaan sebelum bertanding. untuk
Pertandingan  Pemain mula dihadkan pergerakan, bagi menyertai
(1 jam) mengelakkan sebarang perkara yang tidak pertandingan
diingini berlaku.

Anda mungkin juga menyukai