Anda di halaman 1dari 4

(a) Apa yang anda faham tentang potensi diri?

Potensi diri merupakan kemampuan,keupayaan,kebolehan dan kesanggupan

yang ada dalam diri manusia yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t untuk manusia

memajukan diri. Potensi diri juga berkait rapat dengan kejayaan dan kecemerlangan

seseorang individu.Seseorang mungkin sedar ataupun tidak sedar bahawa mereka

mempunyai potensi dalam diri masing-masing.Potensi diri mungkin dapat dikesan

melalui tindak balas daripada individu lain ataupun hasil memuhasabah diri.Seseorang

individu mungkin mempunya lebih dari satu potensi diri.

Disini manusia akan menggunakan kebijaksaan masing-masing untuk

memilihnya.Pemilihan potensi diri mestilah terarah dan mempunyai garis panduan

supaya bersesuaian dengan alam sejagat.Dengan kata lain,individu perlu memilih

potensi diri yang positif supaya tidak terjadinya penindasan,bertindak mengikut

perasaan, dan bersikap tamak atau lebih tepat lagi tidak bersifat penjenayahan.Potensi

diri seseorang individu mungkin berbeza-beza bergantung kepada latarbelakang

pendidikan,ilmu,persekitaran dan taraf hidup.

Potensi diri adalah satu titik tolak yang amat bernilai jika dimanipulasikan dengan

bijak dan teratur.Seseorang individu perlu mencipta hala tuju potensi diri mengikut

kemampuan, keupayaan dan ,kebolehan yang ada.Pengurusan potensi diri amatlah

penting supaya ia tidak membawa kesan yang mungkin membuatkan seseorang

individu itu kecewa dan mungkin berputus asa.

Oleh itu,potensi diri haruslah dibimbing dan sentiasa dimotivasikan supaya

proses pengembangannya berlaku dengan efektif.Potensi diri yang sejajar dengan

kemahuan dan kecemerlangan yang ingin dicapai akan menjadikan seseorang individu
mempunyai keprofesionalisme dalam hidup serta sentiasa memperbaiki diri untuk

menghadapi cabaran pada masa hadapan.


(b) Apakah potensi diri yang dominan pada diri anda?

Potensi diri yang paling dominan pada diri saya adalah lebih kepada kecerdasan

Fizikal. Iaitu lebih terarah kepada bidang sukan dan permainan.Dimana saya seringkali

dan selalu melibatkan diri dengan aktiviti fizikal seperti berbasikal,bermain bola

sepak,sepak takraw dan juga menyertai permainan tradisional seperti ketinting kapal

terbang,tuju tin,kejar-kejar,layang-layang,dan batu seremban semasa di luar waktu

persekolahan. Manakala pada waktu persekolahan saya mewakili sekolah dalam sukan

olahraga,bola sepak,sepak takraw dan bola tampar.

Dengan penglibatan yang lebih aktif dalam bidang fizikal,saya mula memahami

bahawa potensi diri saya lebih kepada kecerdasan fizikal.Potensi diri saya ini dapat

dikenalpasti sewaktu umur saya sebelas tahun semasa menjalani persekolahan

peringkat sekolah rendah. Proses pengembangan bakat yang ada dalam diri saya pada

masa itu didorong oleh beberapa faktor. Antaranya ialah ibu bapa, guru dan rakan-

rakan. Secara tidak langsung dapatlah kita lihat disini bahawa pengembangan potensi

diri saya dan mungkin kanak-kanak lain adalah dihasilkan melalui faktor berikut.

Semasa di sekolah rendah,potensi diri saya tidak spesifik kepada sesuatu

permainan dan bidang sukan sahaja. Dimana saya melibatkan diri dalam beberapa

sukan, seperti olahraga,bola sepak,sepak takraw dan bola tampar.

Apabila saya melangkah ke sekolah peringkat menengah,saya mula berfikir

mengenai potensi diri dengan lebih mendalam. Supaya potensi diri saya yang berkaitan
dengan bidang kecerdasan fizikal seimbang atau sejajar dengan tuntutan bidang

akademik.Berikutan dengan itu saya hanya memilih satu jenis sukan atau permainan

yang boleh saya beri tumpuan dan menguasai kemahiranya di tahap yang maksima.

Supaya potensi diri saya dalam sukan atau permainan yang dipilih dapat dikembangkan

dengan lebih teratur,sistematik dan memperoleh bukan setakat kejayaan malah

kecemerlangan yang boleh melonjakkan potensi diri keperingkat yang lebih tinggi dan

berguna untuk masa hadapan.

Dengan itu, saya sedar bahawa potensi diri yang dominan untuk diri saya adalah

yang berkaitan dengan kecergasan fizikal.

Anda mungkin juga menyukai