Anda di halaman 1dari 2

BELAJAR DARI DUA UMAR

UMAR bin Abdul Aziz membersihkan kedua-dua tangannya. Dia berdiri di depan makam
Sulaiman bin Abdul Malik, khalifah sebelumnya. Berdasarkan wasiat almarhum, Umar bin Abdul
Aziz memegang takhta khalifah. Baru sahaja Umar bangkit berdiri,tiba-tiba dia mendengar suara
riuh.
"Ada apa?" tanya khalifah ke-8 Bani Umaiyyah itu kehairanan.
"Ini adalah kenderaan tuan, wahai Amirul Mukminin," ujar salah seorang sambil menunjukkan
sebuah kenderaan mewah yang khusus disediakan untuk khalifah.

Dengan suara gementar dan tersekat-sekat kerana keletihan dan kurang tidur, Umar berkata,''Apa
hubungannya dengan ku? Jauhkan kenderaan ini. Semoga Allah memberkati kalian." Lalu dia
berjalan ke arah seekor keldai yang menjadi tunggangannya selama ini.

Baru sahaja dia duduk di belakang haiwan itu, serombongan pengawal datang berbaris di
belakangnya. Di tangan masing-masing tergenggam tombak tajam. Mereka sedia menjaga
khalifah daripada bahaya. Melihat kehadiran pasukan itu, Umar menoleh hairan dan berkata,"Aku
tidak memerlukan kalian. Aku hanyalah orang biasa daripada kalangan kaum muslimin. Aku
berjalan pagi dan petang sama seperti rakyat biasa."

Selanjutnya, Umar berjalan bersama orang ramai menuju ke masjid. Dari segala penjuru orang
ramai kedatangan. Ketika mereka sudah berkumpul, Umar bin Abdul Aziz berdiri. Setelah
memuji Allah dan berselawat ke atas Nabi dan para sahabatnya, dia berpidato,"Wahai manusia,
sesungguhnya aku mendapat cubaan dengan urusan ini (khalifah), di mana aku tanpa diminta
persetujuan terlebih dahulu, memintanya ataupun bermusyawwarah terlebih dahulu dengan kaum
muslimin. Sesungguhnya, aku telah melepaskan bai'at yang ada di bahu kamu untuk ku. Untuk
selanjutnya silakan pilih daripada kalangan kalian sendiri seorang khalifah yang kami redhai." 

Mendengar ucapannya itu, orang ramai pun berkata dengan satu suara,"Kami telah memilih tuan,
wahai Amirul Mukminin. Kami redha terhadap tuan. Aturlah urusan kami dengan kurnia dan
berkat Allah."

Banyak perkara yang dapat kita teladani dairpada sikap hidup Umar bin Abdul Aziz. Selain sikap
zuhud dan bersederhana, kita juga belajar warak (menjauhi syubhat). Misalnya, kisah tentang
memadamkan lampu ketika kedatangan anaknya, diabadikan dalam sejarah. Dia tidak mahu
menggunakan kemudahan negara untuk keperluan peribadi ataupun keluarga.

Kita bandingkan dengan sikap pemimpin hari ini. Sulit membezakan mana harta peribadi dan
mana harta rakyat. Berapa banyak kakitangan yang tetap menggunakan kemudahan kerajaan
ketika berkempen untuk kepentingan sendiri. Begitu juga setelah mereka mereka berkuasa.
Bahkan, mereka yang selama ini dikenali dekat dengan rakyat menjadi jauh. Akibatnya, mereka
sendiri merasa tidak selamat. Ke manapun pergi selalu dikawal ketat oleh para pengawal.

Kenyataan ini sangat bertolak ke belakang jika kita tengok jauh lagi ke belakang. Pada akhir abad
ke-17 Hijrah, misalnya. Ketika itu kaum muslimin sedang menikmati kemenangan pasukan
mereka di Iraq dan Syam. Namun di tengah kegembiraan itu, mereka dikejutkan oleh datangnya
musim kemarau yang berpanjangan. Selama sembilan bulan hujan tidak turun. Bumi gersang dan
penuh gebu. Haiwan dan tanaman seakan enggan hidup.
Keadaan Madinah tidak terlalu buruk. Di bawah pemerintahan Umar bin Khattab, khalifah kedua
setelah Rasulullah SAW wafat, penduduk Madinah dibiasakan menyimpan makanan. Akibatnya,
masyarakat dari berbagai-bagai daerah datang berbondong-bondong, berhijrah ke kota Nabi itu.
Selama beberapa saat sahaja Madinah boleh bertahan. Tapi lama-kelamaan penduduknya semakin
tertekan. Mereka mulai kekurangan bahan makanan. Lalu apa yang dilakukan Umar bin Khattab
pada ketika itu?

Ketika kelaparan memuncak, Umar pernah dihidangkan roti yang dicampur minyak zaitun. Umar
memanggil seorang Badwi dan mengajaknya makan bersama. Umar tidak menyuapkan makanan
ke mulutnya sebelum Badwi itu melakukannya terlebih dahulu. Orang Badwi itu benar-benar
menikmati makanan itu.“Agaknya, kamu tidak pernah menikmati lemak?’’ tanya Umar.

“Benar’’ kata Badwi itu.“Aku tidak pernah makan dengan minyak zaitun. Aku juga sudah lama
tidak menyaksikan orang lain memakannya sehingga sekarang,’’tambahnya.

Mendengar kata-kata nya, Umar bersumpah tidak akan memakan lemak sampai semua rakyatnya
kembali hidup seperti biasa. Ucapannya benar-benar dibuktikan. Kata-katanya diabadikan
sehingga kini,“Kalau rakyatku kelaparan, aku ingin menjadi orang pertama yang merasakannya.
Kalau rakyatku kekenyangan, aku ingin menjadi orang terakhir menikmatinya,’’ujar Umar.

Padahal ketika itu Umar boleh sahaja menggunakan segala kemudahan negara. Kekayaan Iraq
dan Syam sudah berada di tangan kaum muslimin. Tapi tidak, Umar lebih memilih makan
bersama-sama rakyatnya. Kita mendapat pengajaran berharga oleh kedua-dua Umar. Dengan
meneladani kehidupan kedua-dua khalifah itu, para pemimpin akan merasakan penderitaan
rakyat. Perasaan inilah akan melipatgandakan perjuangannya.

Bagaimana mungkin sorang pemimpin akan dapat berjuang kalau dia sendiri tidak merasakan apa
yang dirasakan rakyatnya. Sikap zuhud dan kedekatan dengan rakyat akan melahirkan
kecintaan.Bayangkan dengan diri Rasulullah SAW. Bagaimana mungkin rakyat tidak dekatnya
kalau menjelang ajal pun baginda masih menyebut-nyebut,“Ummati, ummati, ummati (umatku,
umatku, umatku!)’’ Kepedulian Rasulullah SAW kepada umatnya hampir tidak terbatas.

Kecintaan inilah akan menciptakan rasa selamat. Kedekatan dengan rakyat berbanding lurus
dengan tingkat keselesaan seorang pemimpin. Semakin dekat dirinya dengan rakyat, semakin
tinggi juga rasa selamat kpd dirinya. Inilah yang menjelaskan mengapa kedua-dua Umar – sama
ada Umar bin Abdul Aziz mahupun Umar bin Khattab – tidak pernah mahu dikawal. Mereka
tidak memerlukan pengawal kerana merasa diri mereka selamat. Merka terbiasa berkeliling di
tengah gelapnya malam. Mereka juga biasa berbaring di tempat umum. Tidak ada rasa takut dan
khuatir dalam diri mereka.

Penyebabnya: Mereka berlaku adil, bersih, dekat dengan rakyat, maka rakyat pun mencintai
mereka.

...seorang hamba ALLAH...tanpa pinjaman dariNYA siapalah aku...

Anda mungkin juga menyukai