Anda di halaman 1dari 14

BAB II

KAJIAN KEPUSTAKAAN

2.1

POLIMER

Perkataan polimer adalah terbitan dari greek iaitu poly bermaksud banyak, dan meros bermaksud bahagian. Walaubagaimanapon , molekul polimer boleh definisikan sebagai pengulangan bilangan unit molekul kimia yang terikat bersama ikatan kovalen. Definisi ini penting untuk membezakan polimer dari kristal atau cecair apabila unit pengulangan terikat bersama ikatan ionik atau ikatan hidrogen atau daya lemah seperti interaksi dwikutub (Arora 2003). Polimer diklasifikasikan kepada dua kumpulan utama iaitu polimer penambahan dan polimer kondensasi. Penambahan polimer mempunyai atom yang sama sebagai monomer sebagai unit pengulangan manakala polikondensasi polimer mempunyai sedikit unit pengulangan kerana pembentukan produk sampingan semasa proses pempolimeran. Pempolimeran kondensasi melibatkan proses kondensasi yang berlaku antara 2 molekul berpolifungsi dan turut melibatkan penyingkiran molekul air.Manakala pempolimeran penambahan pula melibatkan tindak balas berantai dimana pembawa rantai mungkin ion atau radikal bebas (George 2004). Menurut pernyataan oleh Montaudo et al.(2006) polimer menunjukkan kepelbagaian seperti rantai lurus , rantai bercabang dan juga aromatik. Struktur polimer linear terhasil apabila molekul monomer bertaut bersama dalam pemanjangan yang

berterusan.Manakala polimer bercabang ialah molekul yang mempunyai lebih dari satu hujung rantai per molekul.

2.2

POLIESTER

Pelbagai kombinasi reaktant dan keadaan proses adalah berpontensi untuk mensintesis poliester. Poliester boleh dihasilkan melalui esterifikasi terus diasid dengan diol atau kondensasi terus asid karboksilik hidroksil. Poliesterifikasi ,seperti kebanyakan langkah polimer adalah tindak balas equilibrium , air perlu disingkirkan secara berterusan untuk mencapai kadar penukaran yang tinggi dan berat jisim yang banyak. Pengawalan suhu tindak balas adalah penting untuk meminimumkan tindak balas sampingan seperti dehidrasi diol untuk membentuk dietilena glikol(George 2004). Selain itu, Poliester juga merujuk kepada polimer yang pelbagai yang dibentuk oleh kondensasi pengesteran antara alkohol polifungsi dan asid. Di antara banyak jenis polimer sintetik didapati bahawa poliester digunakan secara meluas iaitu dalam penghasilan fiber dan plastik ( Geno 2006). Sejak beberapa tahun kebelakangan ini , banyak penyelidikan yang berkait dengan polyester yang menitikberatkan sifat kebolehbiodegradasi. Poliester adalah kategori polimer yang mengandungi kumpulan berfungsi ester dalam rantai utama polimernya. Poliester yang boleh dibiodegradasi ini dipertimbangkan bagi menggantikan plastik resin yang tidak boleh dibiodegradasi. Produk yang dibuat daripada poliester adalah bersifat hidrolitik dan boleh diuraikan melalui proses metabolisma semulajadi dan akhirnya ditukarkan kepada bahan yang bersifat tidak toksik ( Umare et al. 2007).

2.3 CIRI-CIRI POLIESTER Kategori poliester termasuk semua polimer yang mengandungi kumpulan berfungsi ester dalam rangka rantai karbon. Terdapat cara bagi unit struktur yang menghubungkan kumpulan ester dan telah member pelbagai dengan ciri yang berbeza. Poliester boleh dalam pelbagai bentuk seperti matrik biomedikal yang tidak stabil bentuk , kristal cecair, fiber dan bahan yang tahan terhadap suhu (Edlund et al. 2003). Poliester yang telah ada dan dicipta pada masa kini umumnya terdapat dalam bentuk fiber.Kumpulan berfungsi ester yang berada dalam rantai polimer adalah berpolar. Ini adalah kerana atom oksigen dalam kumpulan karbonil merupakan atom yang mempunyai sifat elektronegatif yang kuat. Hal ini menyebabkan atom oksigen karbonil berada dalam keadaan separa cas positif. Cas negatif dan cas positif pada kumpulan ester menarik antara satu sama lain. Kumpulan ester pada rantai yang bersebelahan tersusun antara satu sama lain dalam bentuk kristal dan membolehkan poliester membentuk fiber yang kuat.

2.3

GLISEROL MONOSTEARAT
HO

OH O O

Gliserol Monostearat

Rajah 2.1 : Struktur Gliserol Monostearat Secara umumnya, gliserol monostearat, singkatan GMS boleh dikenali sebagai monostearin. Ianya berwarna putih iaitu pepejal berlilin dengan takat lebur menghampiri 58C . Selalunya , gliserol monosterat ini digunakan sebagai pelincir untuk industri plastik terutamanya untuk polivinil klorida (upvc) ( Tony 1994). Gliserol monosterat ialah monoester dimana gliserol monoester boleh disintesis dari gliserol yang kegunanya seperti agen pengelmulsi dalam makanan, farmaseutikal, kosmetik atau dalam detergen ( Che et al 2003). Monoasilgliserida secara umumnya boleh diperolehi daripada: iiiiiiGliserolisis Hidrolisis dari Tag Pengesteraan terus gliserol dengan asid lemak. Jadual 2.1 Ciri-ciri Gliserol Monostearat

Nama IUPAC Formula Molekul Berat Molekul Takat Lebur Takat Didih

2,3-dihidroksilpropil oktadekanoat C21H42O4 358.57 g mol-1 58-59 C 238-240 C

2.4

ASID AZELAIK
O

OH

HO

asid azelaik

Rajah 2.2 : Struktur Asid Azelaik

Asid azelaik boleh didapati dengan melakukan

tindak balas pengoksidaan dan

ozonolisis terhadap asid oleik yang merupakan sejenis asid lemak yang kebanyakannya boleh didapati dalam minyak kelapa sawit iaitu sekitar 37-41% peratus kandungan asid oleik dalam minyak kelapa sawit. Asid azelaik juga merupakan asid dikarboksilik dengan rantai karbon panjang yang kebiasaanya digunakan dalam penyedian plastik , poliamida , poliuretana , minyak pelincir dan minyak wangi (Najib & Amir 2008).

Jadual 2.2: Ciri-Ciri Asid Azelaik Asid Azelaik Nama IUPAC Formula Molekul Berat Molekul Takat Lebur Takat Didih Kelarutan Dalam Air Asid Nonanedioik C9H16O4 188.22 g mol-1 109-111 C 286 C Pada 100 mmHg 2.14 g/L

2.5

ASID SULFURIK
O HO S O OH

Asid Sulfurik Rajah 2.3 : Struktur Asid Sulfurik Tindak balas tranesterifikasi adalah tindak balas yang perlahan, oleh itu memerlukan mangkin untuk mempercepatkan kadar tindak balas. Asid sulfurik yang pekat digunakan untuk tindak balas esterifikasi yang ringkas, umumnya tidak sesuai untuk poliesterifikasi kerana menyebabkan polimer degradasi pada suhu tinggi. Suhu tinggi selalu digunakan untuk mendapatkan berat molekul yang tinggi.(Malcom 1975) Jadual 2.3: Ciri- Ciri Asid Sulfurik Asid sulfurik Nama IUPAC Formula Molekul Berat Molekul Takat Lebur Takat Didih Kelarutan Dalam Air Asid Sulfurik H2SO4 98.08 g mol-1 -2 C 327C 1.84g/L

10

2.6

ASID p-TOLUENASULFONIK ( PTSA)


O HO S O CH3

Rajah 2.4 : Struktur P-toluensulfonik Asid P-toluensulfonik (PTSA) adalah sebatian organik dengan formula C7H8O3S,

secara ringkasnya berwarna pepejal putih yang boleh larut di dalam air, organik dan pelarut polar organik yang lain .Asid para toluensulfonik digunakan dalam sintesis organik sebagai mangkin asid. Contohnya digunakan dalam: i. ii. iii. Pengasetilan aldehid Tranesterifikasi asid karboksilik Traneseterifikasi ester

Dalam penyelidikan polikondensasi ini, PTSA digunakan sebagai mangkin untuk mempecapatkan kadar tindakbalas Jadual 2.4: Ciri-Ciri Asid p-Toluensulfonik Asid p-Toluensulfonik Nama IUPAC Formula Molekul Berat Molekul Takat Lebur Takat Didih Kelarutan Dalam Air Asid 4-metilbenzenasulfonik C7H8O3S 172.20 g mol-1 106-107 C 140 C at 20 mmHg 0.67g/l

11

2.7 ZEOLIT Zeolit adalah mikroporos ,mineral aluminosilikat yang biasanya digunkan sebagai penjerap komersial . Zeolit bertindak sebagai mangkin yang aktif dan selektif dalam pelbagai tindak balas dan penggunaanya dalam tindak balas organik merupakan perspektif yang baru sebagai langkah kearah mangkin homogen. Kelebihan menggunakan mangkin zeolit adallah ianya senang dihasilkan semula dan diasingkan daripada produk cecair, tidak bersifat toksik, tidak mengkakis dan tidak menyebabkan pencemaran alam sekitar. Aspek penting yang lain yang menjadi ciri mangkin zeolit ini ialah kemungkinan pemilihan bentuk yang memaksa penglibatan sebatian yang lebih besar daripada saluran dimensi zeolit( Machado.et al 2000).

12

2.8 TINDAK BALAS POLIKODENSASI

Pempolimeran Kondensasi adalah proses pembentukan Polimer dari polifungsi monomer molekul organik dengan penyingkiran molekul seperti air , Asid Hidroklorik dan ammonia (Mira 1993).

Poliesterifikasi antara diol dan diasid atau antara molekul hidroksil adalah contoh proses pempolimeran langkah penambahan. Tindak balas esterifikasi berlaku dalam matrik monomer apabila dua molekul monomer berlanggar, dan membentuk ester (Malcom 1975).

Di dalam kajian yang saya lakukan mengenai tindak balas polikodensasi sebatian Asid Azelaik dan Gliserol Monostearat dengan kehadiran mangkin iaitu PTSA , Asid sulfurik dan Zeolit mengikuti nisbah kemolaran Asid Azelaik dan Gliserol Monostearat yang berbeza iaitu 1:1 , 1:2 , 2:1.

Berikut iaiah tindak balas yang dijangkakan berlaku dalam polikodensasi Gliserol Monosterat dengan Asid Azelaik mengikut nisbah :

13

OH HO O O
Gliserol Monostearat

O OH HO O
Asid Azelaik

Mangkin 160-180 C

O O HOC(CH2)7CO

OSt OH

n + H2O

Petunjuk: St =Asid Stearik

Rajah 2.5 : Tindak balas polikodensasi Asid Azelaik dan Gliserol Monostearat bagi nisbah 1:1

14

OH 2 HO O O
Gliseril Monostearat

O OH HO O asid azelaik Mangkin 160- 180C

OSt HO O O
7

O OH n

O tSO

+ 2H2O

Petunjuk: St =Asid Stearik

Rajah 2.6 : Tindak balas polikodensasi Asid Azelaik dan Gliserol Monostearat bagi nisbah 1:2

15

OH HO O
Gli ril M

HO

O
 
i l i

O O O n

O + 5/ H2O
!

Petunjuk: St =Asid Stearik

Rajah 2.7 : Tindak balas polikodensasi Asid Azelaik dan Gliserol Monostearat bagi nisbah 1:2

       

r t

O OH
!

OSt O
7

16

1.4 STATUS KAJIAN MASA KINI Satu kajian dilakukan oleh (Edlund & Albertson 2002) dari institut teknologi diraja , Sweden mengkaji poliester berasaskan diasid monomer. Di dalam kajian ini menyatakan bahawa dengan menggunakan asid polifungsi monomers, poliester dengan geometri yang berbeza boleh disediakan dan digunakan dalam banyak bidang contohnya dalam farmasi , agrokimia , mangkin , kosmetik , dakwat , minyak pelincir dan termoplastik. Satu siri biodegrasi poliester boleh disediakan dengan menggunakan asid sebasik dan glikol menghasilkan polimer linear. Kemudian polimer linear yang diperolehi dicirikan melalui FTIR, Spektrokopi X-ray fotoelektron dan DSC , didapati bahawa poliester yang terhasil adalah transparent, fleksibel, tidak larut dalam pelarut organik dan permukaan poliester adalah hidrofilik. Penyelidikan ini dilakukan oleh (Tang et al. 2006) dari

Universiti Tianjin. Dalam kajian ini juga , satu siri kebiodegarasi elastometrik poliester disintesis menggunakan polikodensasi antara asid sebasik , glikol dan gliserol yang merupakan terbitan dari sumber semulajadi. Terdapat 2 langkah dalam sintesis ini, pertama pra-polimer linear disintesis dengan kepekatan molar berlebihan dari asid sebasik dan glikol.

Rajah 2.8 : Sintesis Pra-Polimer Linear

17

(Lim et al. 1998 ) pula dari universiti Inha, Korea Selatan pula mengkaji struktur dan sifat biodegrasi poliester alipatik . Plastik yang terhasil dari penyelidikan ini dikaji dari segi ciri-ciri fizikal dan ciri termal. Didapati bahawa disebabkan sifat rheologi plastik tersebut menghasilkan morfologi yang halus. Kajian juga dijalankan untuk mendapatkan kaedah yang sesuai untuk penghasilan gliserol dan poliester seperti kaedah alkoholisis , polikondensasi, transesterifikasi dan gliserolisis. Keadaan tindak balas juga dikaji dari segi kehadiran mangkin, suhu yang sesuai , tekanan dan nisbah yang diperlukan dalam penyediaan bahan tindak balas. Dapatan kajian yang diperolehi ialah semakin panjang rantai poligliserol ester yang dihasilkan , semakin bertambah kepekatan hasil produk (Garti N. & Aserin A. 1982). Terdapat juga kajian yang menunjukkan asid di karboksilik berantai panjang lebih mudah bertindak balas dengan Gliserol membentuk Gliserol Ester berbanding Asid dikarboksilik berantai pendek (Cho Gladys et al. 2006). Gros et al (2005) telah menjalankan kajian pengawalan cabang dan berat molekul kopoliester gliserol menggunakan katalis lipase. Jurnal ini membentangkan kaedah ringkas untuk menyediakan kopolimer linear dan bercabang yang mengandungi gliserol. Kajian dilakukan oleh ( Stelian et al. 2000 ) dari institut kimia makromolekul,

Romania mengkaji polIester berasaskan diol tidak tepu disediakan melalui transesterifikasi dietil adipat dan diol. Hasil yang diperolehi dicirikan oleh analisis GC, IR, 1H-NMR dan TGA. Bagi analisis IR melihat kepada regangan C=O iaitu kelihatan pada nombor gelombang 1735 cm-1. Selain itu bengkokan luas kelihatan pada nombor gelombang 34403550 cm-1 membuktikan kewujudan terminal hidroksil.

Anda mungkin juga menyukai