Anda di halaman 1dari 4

kecenderungan pelajar negara ini memilih untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara di peringkat ijazah sarjana muda mahupun

ke peringkat yang lebih tinggi semakin menjadi trend masa kini. Seringkali diperkatakan golongan pelajar -pelajar di Malaysia mendapat peluang untuk belajar di luar negara di sogok dengan hamburan pujian dan harapan tinggi menggunung yang mengatakan mereka bakal menjadi pemimpin generasi masa hadapan dan terlibat secara aktif dan langsung dalam memacu ekonomi negara pada tahun -tahun mendatang. Ini adalah kerana, mereka mempunyai alasan dan maksud tersendiri sehingga mendorong untuk menyambung pelajaran ke luar negara. Pensyarah di Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Muhammad Marwan Ismail, 29, berkata, Peluang untuk menyambung pelajaran di luar negara bukan hak mutlak seseorang pelajar itu, sebaliknya ianya adalah peluang yang disediakan oleh kerajaan dan diperakui oleh golongan-golongan pembayar cukai. Beliau berkata, pengalamannya menyambung pelajaran ke luar negara banyak memberi kesan yang positif dan mendalami ilmu secara terperinci sehingga beliau memilih profession sebagai pendidik untuk mencurahkan apa yang dimilikinya semasa di luar negara. Secara amnya, beliau berpendapat bahawa kaedah dan sistem pembelajaran di luar negara dan dalam negara sama sahaja dan suasana belajar di luar negara pula berbeza berbanding belajar dalam negara. Ini kerana, cuaca dan bahasa yang dipertuturkan berlainan dengan bahasa asal yang biasa digunakan ketika berada di negara sendiri. Pelajar -pelajar menggunakan bahasa pertuturan antarabangsa untuk berinteraksi antara satu sama lain yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan budaya. Secara tidak langsung, komunikasi seharian pelajar dapat melatih dan meningkatkan kemahiran berbahasa. Katanya lagi, pelajar memiliki pengalaman yang luas dari pelbagai aspek akademik mahupun kehidupan seharian ekoran berada di negara orang. Beliau berpandangan bahawa kualiti graduan dalam negara dilihat dari berbagai aspek tidaklah membanggakan (jika benchmark kita untu k menyediakan generasi pelapis). Negara hanya berjaya melahirkan graduan pengguna (consumer) yang berjaya melaksanakan tugas kepenggunaan baik ideologi, teknologi dan budaya yang diwarisi dan di susun atur oleh golongan kolonial. Tidak jelas kelihatan kum pulan atau generasi graduan yang menonjol sifat kritikalnya, inteleknya dan keterampilannya dalam menghadapi kenyataan hidup yang bercelaru. Jika dilihat dari sudut pembangunan negara pula, beliau berkata bahawa graduan yang belajar di luar negara dapat memberi kesan positif kepada tenaga modal insan pendidikan berkualiti negar kita, pengalaman yang banyak dapat menyumbang pendedahan yang luas dalam menguasai bahasa asing. Dari sudut sosial dan ekonomi pelajar pula, pelajar terpaksa berhadapan dengan keju tan budaya dari negara-negara luar. Namun, ada juga budaya -budaya asing yang memiliki contoh yang baik dijadikan serbagai tauladan. Melanjutkan pelajaran ke luar negara memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi tetapi dapat menjawat jawatan tinggi apabila pulang ke Malaysia.

Menyentuh cabaran semasa berada di luar negara, pelajar dilatih menjadi seorang yang independent dan berdiri amat susah pada awalnya. Tetapi dengan adanya pengalaman dan tunjuk ajar serta pertolongan dari kawan -kawan sebangsa atau berbangsa asing dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di luar negara, tegas Mazni Buyong, Pensyarah di Fakulti Kepimpinan Pengurusan. Ini adalah kerana, pelajar berada berjauhan dengan keluarga, tidak ada kongkongan dari mana -mana pihak serta berupaya membuat keputusan sendiri tanpa bergantung kepada orang lain, seterusnya dapat mematangkan pemikiran pelajar dalam menongkah arus kehidupan dalam era globalisasi kini. Menyentuh mengenai langkah melanjutkan pelajaran ke luar negara ialah sejauh mana keinginan sesorang itu untuk mencapai tahap pendidikan yang lebih tinggi dan mencabar di dalam bidang akademik. Bak kata pepatah di mana ada kemahuan di situ ada jalan, hendak seribu daya tak hendak seribu dalih, tambahnya lagi. Katanya, dari sudut pembanguna n negara pula, pelajar membuktikan bahawa bukan sahaja cerdik pandai tetapi juga untuk membawa pengalaman dari luar negara lalu diserapkan bagi membina satu perubahan yang positif memboleh kan negara kita duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi setaraf d engan negara-negara maju yang lain. Natijahnya ialah supaya negara ini bukan setakat maju membangun tetapi pesat membangun supaya tidak ketinggalan di dalam pergolakan zaman yang melihat dunia ini melahirkan intelektual - intelektual yang berupaya merubah i mej sesuatu bangsa. Beliau berpendapat, kualiti graduan bergantung kepada pendidik contoh, bahan rujukan yang digunakan dan persekitaran yang kondusif (infrastruktur, sosialisasi, lokasi dan lain-lain) yang membantu ke arah pembinaan sahsiah terpuji dan pencapaian akademik yang cemerlang. Jadi, apa yang menjadi kayu ukur bagi melayakkan pendidikan dalam dan luar negara itu diiktiraf sebagai unggul jika diukur dari sudut pencapaian kemahiran dan akademik. kemajuan dalam bidang sahsiah pula, mestilah yang bersifat menyeluruh iaitu elemen-elemen atau variable dalam pengukurannya dengan mengambil kira aspek pembangunan kerohanian, intelek, jasmani dan emosi. Bagi saya, cabaran semasa berada di luar negara ialah pelajar menjadi dagang di negeri orang, jauh daripada keluarga sendiri. Bergaul dengan pelbagai kaum dan budaya yang mempunyai pemikiran yang berlainan. Tanpa kekuatan semangat serta pemikiran yang optimistik seseorang pelajar itu tidak mungkin akan dapat mengharungi semua ini dengan kuat. Bagi pelajar yang tidak berpengaruh dengan budaya luar mempunyai keupayaan untuk memilih dan memanfaatkan semua yang positif dan berjaya menangkis apa saja yang negatif dengan semangat jati diri dan kepercayaan yang ampuh. Pokoknya di negeri orang, seseorang pelajar it u dapat berdikari dan mengharungi semua cabaran -cabaran dengan cara bijak dan pandai terutama dalam menjaga diri sendiri , katanya yang pernah melanjutkan pelajaran dalam bidang teknologi komputer di UK. Dalam konteks ini, mahasiswa yang belajar di luar negara tidak menjadikan masalah komunikasi sebagai halangan untuk memajukan diri melalui penglibatan dalam aktiviti-aktiviti sosial. Ini amat penting kerana apabila graduan melangkah ke alam pekerjaan, akan berdepan dengan pelbagai cabaran di sekeliling serta

membuktikan kepada masyarakat bahawa mereka mampu berdikari dalam menghadapi dan mengatasinya dengan kebolehan masing -masing , kata Arnida Abu Bakar, 30, Pensyarah di Fakulti Pengajian Bahasa Utama. Tegasnya lagi, ciri-ciri sebenar pelajar atau g raduan luar negara yang berkualiti ialah yang cemerlang memiliki atribut berikut; pertama, cemerlang dalam sahsiah, akhlak, personaliti dan faham tujuan hidup sebenar. Kedua, cemerlang dalam akademik. Ketiga, cemerlang dalam kemahiran dan emosi. Keempat, berguna pada diri, keluarga, masyarakat dan negara. Pendapatnya terhadap kemajuan graduan dalam negara pula, Perkembangan dan kemajuan pendidikan di tanah air amat memberangsangkan dari satu sudut. Perkembangan fizikal amat membanggakan dan pendidikan ne gara kita juga mengikut arus kemajuan dalam aspek aplikasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran (p&p). Jika dulu negara kita menghantar pelajar ke luar negara untuk belajar, sekarang kita sudah menerima pelajar dari negara luar yang belajar pelbagai bidang di IPT tempatan. Ini bermakna mampu bersaing dengan negara maju dalam industri pendidikan. Negara -negara luar telah mengiktiraf negara kita sebagai tempat untuk mencari ilmu yang setaraf dengan negara -negara lain di Barat atau Timur Tengah. Selanjutnya, untuk memahami kemajuan pendidikan kita secara lebih terperinci. Tambahnya lagi, Untuk membolehkan pelajar melanjutkan pelajaran di di luar dan dalam negara, tidak boleh lagi mengharapkan kepada pinjaman daripada kerajaan semata-mata. Mahu tidak mahu, ibu bapa perlu ada simpanan sendiri untuk tujuan itu. Kini telah ada takaful pendidikan. Kepada ibu bapa yang mampu, ini adalah satu cara untuk menyediakan keperluan kewangan anak -anak untuk melanjutkan pelajaran. Kepada yang tidak mampu, kita telah ada Sk im Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) untuk tujuan yang sama. Katanya lagi, graduan yang akan terhasil kelak mampu bersaing dengan graduan lain untuk mencari peluang kerja yang terhad, baik di dalam mahupun di luar negara. Atau, mereka perlu diberi kemahiran untuk menjana perniagaan bersandarkan ilmu yang telah diperoleh. Menurut Norazimah Ibrahim, 24, pelajar yang berpengalaman dalam kursus Intensif Bahasa Arab Universiti Al-Bayt Jordan, mempelajari bahasa di negara asal bahasa tersebut sebenarnya dapat meningkatkan kemahiran berbahasa serta mempelajari kaedah dan cara menyebut perkataan bahasa asing dengan betul serta dapat merasai persekitaran budaya dan loghatnya. Selain itu juga, dapat menyumbang kepada kuantiti pakar dalam bidang terjemahan bahasa asing serta dapat menjalinkan hubungan akademik yang baik antara negara. Dari sudut sosial pula, pelajar dapat mempelajari budaya baru dan memahami cara pergaulan bangsa lain walaupun hanya beberapa bulan sahaja beliau di sana. Bagaimanapun, apabila berja uhan dari ibu bapa, keluarga mahupun tanah air, bukan mudah kerana banyak cabaran terpaksa diharungi tanpa mereka disisi. Memang berjauhan daripada keluarga menyeksakan namun berbaloi kerana banyak pengalaman baru diperoleh selain mengajar hidup berdikari. Menurutnya, tuntutan

mencari ilmu di luar negara terbaik menyebabkan dia sanggup meninggalkan keluarga tercinta meskipun di tempat asalnya mempunyai institusi pengajian yang menawarkan kursus-kursus seperti itu juga. Ini kali pertama saya berjauhan den gan keluarga. Usia muda ditambah rasa kekok sanggup berhijrah untuk belajar walau terpaksa lalui cabaran bahasa, budaya, makanan yang berbeza sudah tentu banyak menguji kecekalan saya, Bukan saja terpaksa jauh dari keluarga, banyak aspek seperti makanan, c uaca dan persekitaran mengganggu emosi, tegas Muhammad Abu Bakar, salah seorang pelajar yang pernah menyertai kursus Intensif Bahasa Arab Universiti Al-Bayt Jordan. Katanya lagi, pengalaman berada di negara orang dapat merubah dan mengajar diri supaya dapat menyesuaikan diri. Pertamanya dari segi pergaulan yang bukan saja berguna untuk menambah rakan baru tapi membantu dalam pembelajaran. Pada waktu itu jugalah mengetahui pentingnya menjalin persahabatan dan berdikari selain mematangkan diri dengan pelbag ai pengalaman. Oleh yang demikian, pendidikan luar negara sejak lama telah ditanggap oleh golongan tersebut sebagai jalan keluar atau penyelamat daripada semacam ketidakadilan yang terdapat dalam sistem pendidikan tinggi dalam negeri. Selain itu, tanggapan tersebut ditunjangi pula oleh beberapa faktor seperti bahasa pengantar yang digunakan oleh IPT dalam negeri yang dianggap sebagai salah satu unsur yang terus menjejas dan menurunkan mutu pendidikan IPT dalam negara. Oleh yang demikian, sejak tahun 70-an lagi, pendidikan tinggi luar negara telah menjadi sebahagian daripada cara hidup golongan tertentu di negara ini baik dalam keadaan ekonomi negara memuncak mahupun merosot. Faktor lain yang turut mendorongkan amalan pengiriman para siswa ke luar negara ini ialah dasar tajaan pemerintah sendiri yang dilaksanakan dalam kerangka DEB yakni dalam rangka usaha memperbanyak bilangan golongan profesional bumiputera dalam bidang -bidang tertentu. Oleh yang demikian, ibu bapa yang lebih suka menghantar an ak-anak mereka mengikuti kursus universiti ijazah pertama di luar negara kini bukanlah semata -mata pilihan ibu bapa ke arah itu, tetapi prasangka menyeluruh di kalangan semua pihak terhadap pendidikan tinggi dalam negara berbanding dengan pendidikan luar n egara. Pilihan ibu bapa itu, sebenarnya sekadar memantulkan sikap para pelajar sendiri, sikap para majikan, sikap penaja biasiswa, sikap kerajaan dan malah sikap setengah-setengah parti politi

Anda mungkin juga menyukai