Anda di halaman 1dari 5

Hidangan Kerabu

Kerabu Kacang Botor dan Tomato

Bahan-bahan: 1 ikat kacang botor - dipotong kecil dan dicelur 3 biji tomato - dibelah 2 dan hiris nipis 1/4 cawan santan pekat 4 sudu besar kerisik Ditumbuk halus: 2 batang serai 2 cm lengkuas 1 cm halia 2 sudu besar udang kering 4 biji buah keras 5 tangkai cili api 4 tangkai cili merah 4 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih 1 labu bawang besar - dibelah 2 dan dihiris nipis Garam dan gula secukup rasa Cara Menyediakan: 1. Kacang botor dan tomato digaul dengan bahan-bahan kisar. 2. Masukkan santan, kerisik, gula dan garam sebelum digaul hingga rata. Hidangkan. Read More Add Comment (0) Hits: 355

Kerabu Mangga Sotong


User Rating: Poor /6 Best
Rate

Bahan-bahan: 3 camca besar sotong kering manis - dikisar 1 biji mangga muda - jenis harum manis 2 tangkai cili merah 3 tangkai cili padi 4 ulas bawang merah 1 ulas bawang putih 2 camca besar udang kering 2 camca besar kacang tumbuk 1 biji limau nipis - ambil jusnya 1 camca kecil gula Sedikit garam Cara Menyediakan: 1. Hiris mangga halus memancang. 2. Timbuk cili merah, cili padi, bawang merah, bawang putih dan udang kering. Sangai semua bahan ini sebentar dan angkat. 3. Campurkan bahan tadi bersama mangga, sotong, kacang tumbuk, gula, jus limau dan garam. Gaul hingga sebati. 4. Hias dan hidangkan. Read More Add Comment (0) Hits: 768

Kerabu Pahang
User Rating: Poor / 17 Best
Rate

Bahan-bahan: 100 gm daun kucai 100 gm tauge 1 sudu kecil jintan hitam - tumbuk halus 3 ulas bawang merah - tumbuk 10 tangai cili padi - tumbuk 1 cawan pati santan Garam dan gula secukup rasa Cara Menyediakan: 1. Bersihkan daun kucai dan dikerat 2 cm. Bersih dan tuskan tauge. 2. Di dalam mangkuk besar, campurkan daun kucai, tauge, jintan hitam, cili padi, santan dan bawang merah. Gaul rata dan hidangkan. Read More Add Comment (0) Hits: 1849

Salad Kerang Bersambal


User Rating: Poor / 14 Best
Rate

Bahan-bahan: 1/2 kg isi kerang - yang telah direbus dan dibuang kulit 100 gm tauge 5 batang kacang panjang - potong kecil 2 batang serai - hiris halus 1 labu bawang besar - mayang halus 1/2 biji limau nipis - ambil jusnya Bahan Sambal: 2 sudu besar udang kering 3 tangkai cili 3 ulas bawang merah 1 sudu besar kerisik Sedikit belacan Garam secukup rasa Sedikit asam jawa Cara Menyediakan: 1. Celur seketika tauge dan kacang panjang. Angkat dan tuskan. 2. Kemudian gaul sebati kesemua bahan celur dengan serai, bawang besar dan kerang, ketepikan. 3. Tumbuk kesemua bahan sambal untuk dijadikan sambal. Masukkan air asam jawa dan gaul sebati. 4. Hidangkan sambal dengan bahan lain. Read More Add Comment (0)

Kerabu Suun
User Rating: Poor / 24 Best
Rate

Hits: 1876

Bahan-bahan: 15 ulas bawang kecil - hiris halus 3 lagu bawang besar - potong bulat 2 biji buah tomato - potong enam 2 paket suun - dicelur 15 biji cili padi - tumbuk 1 pokok daun bawang - hiris 1 pokok daun sup - hiris 2 batang serai - hiris 50 gm udang basah - buang kulitnya 2 ekor sotong - saiz besar dan potong bulat 1 bahagian dada ayam - cincang 5 biji limau nipis - perah airnya 2 sudu besar kicap cair Garam dan gula secukup rasa Cara Menyediakan: 1. Rebus ayam, udang dan sotong hingga masak. (Anda boleh menyimpan air rebusannya untuk dijadikan stok). 2. Suun yang telah dicelur dicampurkan dengan bahan-bahan di atas. Gaul hingga rata. Sekiranya terlalu kering, tambahkan sedikit air rebusan tadi. 3. Boleh dihidangkan begitu sahaja atau dijamu bersama nasi putih dan hidangan lain.

Anda mungkin juga menyukai