Anda di halaman 1dari 3

Gaya Bahasa Dalam Komsas

GAYA BAHASA DALAM KOMSAS Gaya bahasa susunan kata yang digunakan oleh pengarang dalam usaha mengungkapkan tema dan persoalan dalam karya. Berikut dihimpunkan jenis jenis gaya bahasa bersama istilah istilah yang berkaitan dengannya bagi memudahkan pelajar memahami konsep asas gaya bahasa secara menyeluruh.

aliterasi pengulangan bunyi konsonan yang sama pada awal kata kata yang
berturutan negeri cinta, negeri budaya, negeri perpaduan (pengulangan g) [Negeri Cinta, Nahmar Jamil] diusung keliling kampung (pengulangan g)[Surat dari Kampus, Nawawee Mohamad]

anafora pengulangan sesuatu kata atau frasa di awal baris yang biasanya secara
berturutan agar memperoleh kesan tertentu Sekalipun sehelai kertas kumal Sekalipun isinya hanya berita kecil [Surat dari Kampus, Nawawee Mohamad] masih di situ masih memandu kereta lama masih menuju sekolah yang sama[Seorang Guru Tua, Gunawan Mahmood]

analogi persamaan sebahagian ciri antara dua benda atau hal yang dapat dipakai
untuk dasar perbandingan

antitesis penggunaan kata atau ungkapan dalam frasa, ayat dan sebagainya
untuk mendapatkan kesan perbezaan atau pertentangan yang seimbang

asonansi pengulangan bunyi vokal yang sama dalam deretan kata ini sungai kita, lindungilah dari pembuangan (peulangan u) [Negeri Cinta,
Nahmar Jamil]

sekalipun sehelai kertas kumal (pengulangan e) [Surat dari Kampus,


Nawawee Mohamad]

Bahasa Arab perkataan perkataan Arab yang diterapkan ke dalam prosa bagi
memberikan kesan yang berbeza. Contohnya: Alhamdulillah, makhdum, narwastu

bahasa berirama ungkapan puitis yang dapat menimbulkan kesan yang


mendalam tentang sesuatu peristiwa Tiga bilah lantai terpatah, Tiga gelegar yang patah [Puteri Besar Lahir ke Dunia Tingkatan 2]

Bahasa Inggeris street fighter, superman, street soccer, futsal, supermarket,


suspense

bahasa istana bahasa diraja yang digunakan ketika berkomunikasi dengan


kerabat diraja

bahasa kiasan penggunaan kiasan untuk meningkatkan kesan atau pemerian bahasa klasik penggunaan perkataan perkataan Melayu klasik seperti
sebermula, syahadan, kararlah

diksi pemilihan dan penggunaan kata, baik dalam cerpen, novel, drama dan
puisi.

Gaya Bahasa Dalam Komsas

Diksi yang baik terlihat pada a. pemilihan kata yang tepat b. penggunaan kata yang munasabah c. penggunaan kata yang jelas dan khusus. Diksi mempunyai hubungan yang rapat dengan pembinaan ayat.

epifora pengulangan kata kata di akhir baris puisi untuk penegasan hiperbola gaya perbandingan yang menyatakan sesuatu secara berlebih
lebihan cinta kepadanya cinta jutaan bunga bunga [Negeri Cinta, Nahmar Jamil] rindu mencumbu zaman [Tasik Biru, Bau, Sarawak, Kemala]

hybrid penyatuan dua kata menjadi satu kata.


bertanggungjawab (tanggung + jawab) ketidakpastian (tidak + pasti)

inversi pembalikan kata kata yang berbeza daripada susunannya yang lazim kini rambut memutih kepala[Seorang Guru Tua, Gunawan Mahmood] di kampung surat ini harganya melambung[Surat dari Kampus, Nawawee
Mohamad] aduhai adinda berpesan adik

istilah sains dan teknologi virus, skrin LC, karbonit, asid metafora pemakaian kata kata untuk menyatakan erti yang berbeza daripada
yang sebenarnya (sebagai kiasan) dengan menggunakan dua kata berunsur konkrit dan abstrak syurga bumi [Negeri Cinta, Nahmar Jamil] syurga (unsur abstrak) bumi (unsur konkrit)

Bukit-bukit harapan
bukit (unsur konkrit) harapan (unsur abstrak)

paradoks penyataan yang kelihatan bertentangan (menggunakan unsur positif


dan negatif dalam satu baris) tetapi kenyataannya mengandung kebenaran dengan pendapat umum atau realiti. menangis dalam kegembiraan menangis (unsur negatif) kegembiraan (unsur positif) kesepian di tengah ramai

pengulangan - pengulangan kata, ungkapan, baris atau rangkap peribahasa / simpulan bahasa / perumpaan melukut di tepi gantang, darah
daging

personifikasi pemberian sifat sifat manusia kepada sesuatu benda, binatang,


tumbuh tumbuhan, keadaan atau peristiwa dari buruan kehidupan yang mencekik [Negeri Cinta, Nahmar Jamil] kebosanan menggigit pangkal rasa

Gaya Bahasa Dalam Komsas

repitisi / repitasi pengulangan kata pada baris yang sama bagi menunjukkan
penegasan yang dikehendaki. Kita menjadi kita[Bahasa, Rahman Shaari Tingkatan 3] Muka mesti manis, mulut mesti ramah, hati mesti baik

responsi pengulangan kata di tengah baris mencipta rumah tempat berlindung, membina bilik tempat berteduh
[Burung Tempua, Abdul Hadi Yusoff]

simile perumpamaan atau sesuatu perbandingan dengan menggunakan kata


seperti, bagai, umpama, dan macam. bagaikan mahu diusung keliling kampung [Surat dari Kampus, Nawawee Mohamad] besarnya seperti perdu nyiur seperti kolek terdampar di pasir

simplok pengulangan kata pada awal dan akhir baris yang sama Sayang seribu kali sayang sinkope / sinkof penggunaan singkatan kata (biasanya dalam cerpen dan novel)
seperti tak, nak, ni, dan dah

Anda mungkin juga menyukai