Anda di halaman 1dari 4

BAHASA DAN KOMUNIKASI

OBJEKTIF

1. Ibu, saya jatuh. Apakah masalah komponen bahasa yang dihadapi ? A. B. C. D. Semantik Sintaksis Morfologi Fonologi
JAWAPAN : C

2. Hilmi seorang murid yang sering bertindak balas secara tidak konsisten terhadap bunyi atau percakapan. Dia juga sering tidak menunjukkan reaksi ketika orang lain bercakap dan kerap mengulangi soalan yang sama. Apakah masalah yang dihadapi oleh Hilmi? A. Masalah bahasa reseptif B. Masalah bahasa ekspresif C. Masalah rabun D. Masalah menulis
JAWAPAN : B

3. Apakah yang anda faham tentang sintaksis? A. Kajian tentang ayant yang merangkumi pembentukan jenis dan golongan serta kajian berkaitan ayat. B. Kajian tentang maksud dan makna kata dalam bahasa. C. Kajian terhadap bunyi-bunyi bahasa serta lambing yang mewakili bunyi bahasa tersebut. D. Kajian mengenai bidang ilmu bahasa yang mengkaji mengenai struktur bentuk dan golongan kata .
JAWAPAN : A

4. Apakah nama lain bagi bahasa reseptif? A. B. C. D. Pemahaman Pemberian Penekanan Penerimaan
JAWAPAN : D

5. Masalah artikulasi terdiri daripada masalah : i. ii. iii. iv. Penggantian Pengguguran Pengubahan Penambahan A. B. C. D. i, ii & iv i, iii & iv i, ii & iii. i, ii, iii & iv
JAWAPAN : D

STRUKTUR

1.

Ahmad, seorang murid yg mengalami masalah autisme sering mengalami perselisihan faham dengan rakannya kerana Ahmad mengalami masalah bahasa dalam bidang semantik. Apakah masalah yang nyata yang sering dikenalpasti oleh murid yang bermasalah bahasa ini?
JAWAPAN :

y y y y

Sering menggunakan perkataan yang tidak sesuai. Gagap ketika bertutur. Menambah imbuhan dalam perkataan yang digunakan. Kesalahan tatabahasa yang tidak tepat.

2.

Berikan 3 ciri-ciri tingkah laku kanak-kanak yang mengalami masalah bahasa reseptif?
JAWAPAN :

y y y

Sukar memahami konsep yang abstrak. Kerap memberi jawapan yang tidak sesuai. Sukar mempelajari makna perkataan baru.

ESEI

Guru memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) berjalan dengan lancer dan berkesan. Guru juga sentiasa berfikiran kreatif dan berfikiran te rbuka sepanjang proses P&P. Bincangkan lima cara bagaimana guru berupaya mewujudkan komunikasi berkesan dalam bilik darjah.
JAWAPAN :

Komunikasi bermaksud berhubung di antara satu sama lain yang melibatkan pihak yang berkomunikasi, ruang, jarak dan medium yang digunakan. Dalam konteks bilik darjah, komunikasi berlaku di antara guru dengan murid, murid dengan murid dan murid dengan sumber (BBM yang bersifat interaktif). Komunikasi yang berkesan dapat memastikan suatu sesi Pengajaran dan pebelajaran yang efektif, aktif,menyeronokkan, dan mencapai hasil pembelajaran. Perancangan P&P yang baik patut disampaikan dan dilaksanakan melalui kamahiran komunikasi yang baik. Komunikasi yang berkesan bermaksud mesej yang disampaikan adalah jelas, tepat dan difahami oleh si penyampai dan si penerima. Guru mestilah mempunyai kemahiran komunikasi terutama melibatkan murid yang pelbagai latar belakang. Guru penting mengetahui latar belakang murid agar mudah menyesuaikan laras bahasa dan isu yang akan dikemu kakan. Dengan pengetahuan tersebut, isu sensitive dapt dielakkan. Guru juga tahu tentang kebolehan dan penguasaan bahasa muridnya. Di pihak guru pula perlulah menggunakan bahasa yang mudah difahami murid. Arahan guru mestilah jelas, tepat, padat dan ringkas Guru perlu bersikap dan berfikiran positif. Lihat kepada persamaan murid. Anggap perbezaan sebagai kelebihan. Hindarkan sikap pilih kasih atau diskriminasi. Sebaliknya bersikap demokratik dan melayan sama rata. Beri motivasi dan pujian serta rangsangan kepada murid. Pembelajaran akan jadi lebih seronok. Guru juga bersikap ramah, mesra dan beremosi stabil. Tunjukkan air muka yang manis, tersenyum dan berkeyakinan. Ini akan menjadikan murid yakin, selesa, berani dan bermotivasi untuk memberi respon. Hormatilah pandangan dan idea yang murid berikan. Jangan cepat menyangkal. Bagi sesi soal jawab, jawapan murid yang kurang baik boleh dikembangkan dengan menanya soalan kepada murid lain pula. Bagi jawapan yang baik, berikan pujian.

Berikan jeda (pause) di antara 3-5 saat sebaik sahaja habis bertanya supaya murid mempunyai masa untuk berfikir dan menyusun idea. Jangan mendesak atau segera mahukan jawapan. Kajian menunjukkan bahawa sedikit masa senyap yang diberi selepas bertanya soalan akan menghasilkan jawapan yang lebih tepat, lebih banyak, lebih panjang dan lebih komunikatif. Seterusnya untuk meningkatkan lagi komunikasi efektif segala masalah atau halangan komunikasi mestilah dielakkan sama sekali. Misalnya suara yang kurang jelas, kedudukan penutur terlindung di sebalik objek, bunyi bising, guru melabel murid dengan gelaran negative, guru mengkritik, autokratik atau mengeksploitasi perbincangan, memek muka yang serius ataubersifat mengancam.

Anda mungkin juga menyukai