Anda di halaman 1dari 33

BAB 2: INTERAKSI ANTARA TAMADUN

Tamadun perlu sentiasa berinteraksi dan berhubung dengan tamadun lain untuk menjamin perkembangan dan kemajuannya demi kelangsungan tamadun manusia itu sendiri. Interaksi boleh membawa kebaikan dan kadangkala membawa bencana. Penyerapan ilmu saintifik daripada Islam oleh tamadun Barat moden

PROSES INTERAKSI
Proses interaksi bermula sejak nabi Adam lagi. Interaksi antara tamadun bermaksud hubungan, pertemuan, komunikasi dan sebagainya antara individu, kelompok, masyarakat dan seterusnya negara. Proses interaksi ini mengambil masa yang agak panjang kerana tamadun itu melampaui masa dan tempat Contohnya tamadun Melayu dapat dikesan melalui aspek material seperti bangunan, tembikar, agama, bahasa, pakaian, makanan, gaya hidup dll.

JENIS-JENIS INTERAKSI
Terdapat beberapa jenis interaksi antara tamadun iaitu: Interaksi fizikal Interaksi teologi atau agama Interaksi sains dan teknologi Interaksi budaya

1) 2) 3) 4)

INTERAKSI FIZIKAL
Iaitu kewujudan bangsa daripada tamadun asing mendiami sesebuah tamadun. Berlaku sepanjang sejarah manusia. Contohnya masyarakat di India Barat yang terdiri daripada pelbagai bangsa seperti Cina dan Eropah serta di Mohenjodaro dan Harappa. Kedatangan orang Arab ke alam Melayu Terdapat penempatan orang Arab di timur dan barat Sumatera.

INTERAKSI TEOLOGI ATAU AGAMA


Merupakan sistem yang tertutup Contoh : agama Shinto di Jepun telah menyerap agama Buddha dari segi moral dan etika. Menambahkan aspek yang tiada dalam agama Shinto. Contoh: agama Hinduisme dan Buddhisme. Buddhisme wujud daripada Hinduisme. Terdapat konsep moksha, karma dll.

INTERAKSI SAINS DAN TEKNOLOGI


Penyebaran empat ciptaan agung Cina ke seluruh dunia. Tiga ciptaan agung Cina yang penting iaitu kompas, bahan letupan dan percetakan diperkenalkan ke dunia Arab dan Eropah. Antara Jepun dan Barat contohnya Komodor Perry telah menghadiahkan satu model keretapi, alat telegraf, kapal wap dan alat-alat kelengkapan tentera kepada Maharaja Jepun pada 1880-an.

INTERAKSI BUDAYA
Aspek yang paling jelas dan dapat dilihat oleh semua tamadun yang meliputi aspek kehidupan seperti makanan, pakaian, seni bina, seni ukir, muzik dan sebagainya. Contohnya ialah proses amalgamasi (penyatuan) atau perkahwinan campur, proses akulturasi (pembudayaan) iaitu proses pertembungan yang membawa proses peminjaman unsur budaya di antara tamadun.

FAKTOR YANG MEMBAWA INTERAKSI


Antaranya ialah : Geografi Perdagangan Kepimpinan Agama dan budaya Pengalaman sejarah

1) 2) 3) 4) 5)

1) GEOGRAFI
Kedudukan yang strategik iaitu jalan perdagangan antara timur dan barat seperti di Asia Tenggara. Asia Tenggara pernah dipengaruhi oleh Buddhisme kemudian Hinduisme dan seterusnya ajaran agama Islam. Contohnya di Srivijaya. Faktor ini mewujudkan interaksi dua budaya yang berbeza yang melahirkan budaya yang istimewa. Contohnya di India iaitu India Selatan (Dravidia) dan India Utara (IndoArya).

2) PERDAGANGAN
Kepesatan perdagangan berkaitan dengan kepentingan ekonomi Contohnya kerajaan Melaka sebagai pusat perdagangan yang berkunjung ke situ adalah pedagang daripada Timur dan Barat. Interaksi antara China dengan Asia Barat dan Eropah agak perlahan. Jalan yang menghubungkan China dengan kawasan Asia Timur, Asia Barat dan Eropah dikenali sebagai Jalan Sutera Lama, manakala jalan laut yang menghubungkan China dengan kawasan Asia Tenggara, India dan Afrika dikenali sebagai jalan Sutera Maritim.

3) KEPIMPINAN
Kepimpinan Rasulullah s.a.w di Madinah. Penerimaan kaum Aus dan Khazraj terhadap kaum Muhajirin. Berlakunya interaksi antara kaum Yahudi dan Kristian. Perlembagaan Madinah digubal dan Rasulullah s.a.w memberi perlindungan kepada orang Islam dan bukan Islam Peristiwa keruntuhan Kesyogunan Tokugawa dan pemulihan Meiji pada 1868. Maharaja Meiji dan pemimpin2 berazam menjadikan Jepun sebuah negara yang kaya,kuat dari segi ketenteraan dan permodenan dari segi ekonomi, politik dan sosial menurut garis panduan barat.

4) AGAMA DAN BUDAYA


Agama ada yang terbuka dan tertutup. Agama yang terbuka ialah Islam, contohnya di Andalusia yang dapat mengekalkan kuasa sehingga 700 tahun. Masyarakat yang terdiri daripada Yahudi dan Kristian. Agama Buddha dan Hindu antara China dan India di mana penterjemahan kitab2 Buddhisme daripada bahasa Sanskrit atau Pali ke bahasa Cina. Perkembangan unsur-unsur budaya seperti kesenian (muzik)

5) PENGALAMAN SEJARAH
Sikap isolasi dipengaruhi pengalaman sejarah seperti pencerobohan, eksploitasi ekonomi, perubahan pemikiran dan sebagainya. Tamadun Cina dan Jepun pernah mengambil dasar tutup pintu terhadap Barat sehingga menggugat kestabilan pemerintahan Maharaja di China dan Keshogunan di Jepun. China 120 tahun (dasar tutup pintu) yang menyebabkan kemunduran. Dasar buka pintu bermula pada akhir kurun ke-19. Pengenalan Gerakan Kebudayaan Baru (golongan intelektual menerima pendidikan sama ada di Jepun, Eropah atau Amerika Syarikat. Perubahan berlaku dari segi ekonomi,politik dan sosial.

INTERAKSI POSITIF DAN NEGATIF Interaksi positif Hinduisme dan Buddhisme Yahudi dan Islam dengan Kristian Muslim dan Buddhisme di Asia tenggara Muslim dan Hindu di India Islam dan Konfusianisme

Interaksi negatif Hubungan antara Kristian dan Yahudi Islam dan yahudi Kesan-kesan yang positif hasil interaksi antara antara tamadun: a) Pemerintahan yang adil b) Golongan beragama mewujudkan suasana harmoni

PERSAMAAN DAN PERBEZAAAN ANTARA TAMADUN


Nilai-nilai universal antara tamadun ada tujuh persoalan iaitu: Alam sekitar Keluarga Komuniti Kerajaan Kegiatan ekonomi Pendidikan Kesihatan

CONTOH-CONTOH INTERAKSI ANTARA TAMADUN


Interaksi Tamadun Islam dengan Tamadun Melayu. 2) Interaksi Tamadun Melayu dengan Tamadun India. 3) Interaksi Tamadun Melayu dengan Tamadun Cina.
1)

1) INTERAKSI TAMADUN ISLAM DENGAN TAMADUN MELAYU


Bermula sejak abad pertama Hijrah (abad ke7M) iaitu perkembangan agama Islam berlaku ke rantau Melayu. Teori kedatangan Islam melalui Tanah arab, India dan China. Islam berkembang melalui perdagangan di di Asia Tenggara seperti di Pantai Timur Tanah Melayu iaitu Terengganu dan Patani. Kesan perubahan akidah daripada agama Hindu-Buddha kepada Islam yang mentauhidkan Allah s.w.t.

INTERAKSI TAMADUN MELAYU DENGAN TAMADUN INDIA


Bermula sejak zaman sebelum masihi lagi. Perdagangan di antara India ke sekitar Asia Tenggara. Membawa unsur-unsur budaya dan tradisi India ke alam Melayu. Pengaruh budaya India ke atas bahasa dan kesusasteraan Melayu. Peminjaman daripada bahasa Sanskrit dan Tamil. Contohnya perkataan bhumi kepada bumi dll. Contoh lain Hikayat Seri Rama, Hikayat Pendawa Lima

TAJ MAHAL

INTERAKSI TAMADUN MELAYU DENGAN TAMADUN CINA


Berlaku sejak kerajaan Funan pada abad ke3 M. interaksi berlaku secara aman iaitu melalui misi diplomatik, migrasi dan perdagangan. Kemuncaknya di zaman kesultanan Melaka (1400-1511) Kesan interaksi ialah pengenalan sutera, porselin, tembikar dan makanan seperti taugeh, tauhu, kicap dll. Pengenalan teknik pembinaan, pertanian yang lebih baik daripada tamadun Cina. Pengenalan sains dan teknologi.

Mosque Xian China

KESIMPULAN
Interaksi antara tamadun menghasilkan dua kesan iaitu positif dan negatif. Kesan yang positif memajukan sesebuah tamadun. Kesan yang negatif mewujudkan konflik dan kemusnahan. Interaksi antara tamadun menyumbang kepada kelangsungan kecemerlangan sesebuah tamadun

Anda mungkin juga menyukai