Anda di halaman 1dari 4

KESELAMATAN PERALATAN TANGAN

1.0 BAHAYA PERALATAN TANGAN

Peralatan tangan adalah alat kerja manusia yang paling lama. Manusia biasa dengannya sehingga mereka kurang sekali memikirkan tentang bahaya apabila menggunakannya. Walau bagaimana pun kemalangan akibat penggunaan peralatan tangan telah berlaku sejak berpuluh ribu tahun dahulu. Di kilang-kilang sahaja bilangannya adalah lebih 20,000 setahun. Jenis peralatan tangan yang dinyatakan di sini adalah seperti penukul, pahat, gerudi, sepana, pemutar skru, pisau , kikir dan pengikis serta peralatan tangan yang digunakan pada mesin larik. Walaupun peralatan ini penting digunakan dengan tertib adalah amat sukar untuk bekerja dengan selamat sekiranya ia rosak atau haus. Oleh itu adalah mustahak agar semua peralatan yang tidak berkeadaan baik dikembalikan kepada kedai atau pembekal dan ditunjukkan kecacatannya. Ini sering merupakan gangguan dan memerlukan sedikit usaha namun demikian ia mungkin akan menyelamatkan mata atau jari seseorang. 1.1 Langkah-Langkah Keselamatan

Bekerja dengan selamat dengan peralatan tangan seperti juga aktiviti-aktiviti lain adalah gabungan di antara akal, prosedur keselamatan dan pemerhatian yang bijak. Terdapat empat pedoman penting untuk bekerja dengan peralatan tangan: a) gunakan peralatan yang betul untuk setiap jenis tugas; b) hanya gunakan peralatan yang berkeadaan baik; c) simpan semua peralatan dengan selamat, khususnya ditempat tinggi; dan d) memakai pelindung mata apabila disediakan. 1.2 a) Prosedur keselamatan berikut juga perlu diperhatikan. Penukul

Kepalanya perlulah terlekat dengan selamat pada batangnya. Kepalanya perlulah berada di dalam keadaan baik, dan mukanya bebas daripada tepi yang sumbing dan tidak membulat akibat kehausan. Batangnya perlulah berada di dalam keadaan baik dan, sekiranya ia terbelah, patah atau longgar, penukul tersebut tidak seharusnya digunakan.

b)

Spana dan Perengkuh

Jangan menggunakan set sepana dan perengkuh dengan rahang yang kembang, atau sepana kotak yang menunjukkan tanda-tanda untuk pecah. Gunakanlah sepana yang kekal - sama ada rahang yang tegar atau membulat pada saiz yang betul apabila diperlukan daripada sebuah sepana bolehubah. Jangan gunakan sebuah tiub untuk mendapatkan pengungkilan tambahan, atau memukul hujung sepana tersebut. Jangan menggunakan sepana sebagai penukul. Pastikan bahawa tangan adalah bebas daripada sebarang halangan apabila nat diputarkan. Sentiasa gunakan sepana yang bersaiz betul untuk sesuatu tugas. Jangan menyumbat ruang di antara sepana dan nat dengan sesendal. Jangan gunakan sepana sebagai baji. c) Pahat dan Gerudi

Jangan menggunakan pahat yang kepalanya kembang seperti cendawan. Apabila ada tanda-tanda awal keadaan tersebut, kepala pahat hendaklah diperbaiki dengan menggunakan pencanai. Gunakan pahat untuk memahat ke arah yang jauh daripada badan. Mata pemotong pada pahat perlulah dijaga sentiasa tajam agar bentuk dan sudut asal mata pemotong itu dikekalkan. Pahat yang dipertajamkan perlulah diteguh dan dibaja dengan sewajarnya. d) Pemutar Skru

Kemalangan paling kerap berlaku akibat memegang workpiece pada tapak tangan sewaktu mengetatkan skru, sekiranya tergelincir boleh mengakibatkan kecederaan serius pada tangan atau pergelangan tangan akibat ditembusi. Workpiece tersebut tidak harus dipegang pada satu tangan dan pemutar skru pada tangan yang satu lagi - kerja tersebut perlu dilakukan dengan menggunakan ragum atau penyokong lain yang kukuh. Pastikan bahawa pemegangnya adalah selamat. Jangan menggunakan pemutar skru sebagai pahat atau memukulnya dengan penukul. Jangan gunakan pemutar skru dengan pemegang yang terbelah, walaupun ia diikat dengan tali ataupun pita. Buang alat tersebut atau pasangkan pemegang baru. Gunakan saiz pemutar skru yang betul untuk sesuatu tugas. Bagi kerja-kerja elektrikal, pemutar skru dengan pemegang berpenebat harus digunakan tetapi ia tidak harus dianggap sebagai pelindung sepenuhnya terhadap renjatan elektrik.

e)

Kikir

Jangan gunakan kikir yang mempunyai hulu yang terdedah, adalah lebih bijak jika dipasang pemegang. Jangan gunakan kikir sebagai pengungkil atau togglebar, pengerasan menjadikannya rapuh dan ia mudah patah. Jika mengikir pada mesin larik jangan meletakkan tangan anda atau kikir berhampiran dengan cuk, adalah lebih selamat dan efisien untuk melakukan pengikiran dengan tangan kiri. Sentiasa periksa bahawa pemegang kikir itu adalah selamat. Dalam banyak kes penggunaan kikir pada mesin larik adalah satu cara malas untuk melakukan kerja dan ini boleh dilakukan dengan lebih selamat dan efisien dengan mengapitkan alat tersebut pada tiang pemegang.

f)

Pisau

Apabila digunakan untuk memotong bahan berminyak, pemegang perlulah direkabentuk agar dapat memberikan pegangan yang kuat dan sebuah pelindung perlulah dipasang di antara pemegang dan matanya. Adalah perlu juga untuk memakai apron kukuh untuk melindungi abdomen sekiranya pisau itu tergelincir. Sebaik-baiknya potongan haruslah dilakukan jauh daripada badan. g) Latihan dan Penyeliaan

Latihan dan Penyeliaan yang mencukupi adalah diperlukan: 1. untuk memastikan peralatan tangan digunakan dengan tertib; 2. bahawa peralatan yang betul digunakan untuk kerja khusus; 3. bahawa ia dijaga dalam keadaan yang dapat digunakan sepenuhnya; 4. bahawa ia dikawal dengan baik dan disimpan dengan selamat apabila tidak digunakan; dan 5. bahawa ia dibuang dan diganti apabila rosak.

h)

Rekabentuk Ergonomik Peralatan Tangan.

Dari segi ergonomik beberapa keperluan asas untuk mereka satu peralatan tangan yang efisien telah ditetapkan: 1. 2. 3. 4. 5. i) ia harus menjalankan fungsinya seperti yang diharapkan dengan berkesan; ia perlulah dibahagikan mengikut dimensi pengguna; ia perlu bersesuaian dengan kekuatan dan ketahanan penggunanya; ia perlu meminimakan keletihan pengguna; dan ia perlu membekalkan maklumbalas sensory. Senarai Semak 1. Pemegang kayu pada peralatan tangan perlulah diperbuat daripada bahan berira lurus yang berkualiti tinggi; i) daripada bentuk dan saiz yang bersesuaian; dan ii) licin, tanpa selumbar atau sisi yang tajam. 2. Jika terdapat sebarang risiko penyalaan persekitaran mudah meletup oleh percikan api, peralatan tangan yang digunakan perlulah daripada jenis yang tidak menyebabkan percikan api. 3. Penukul dan tukul besi, pahat sejuk, pemotong, penebuk dan lain- lain peralatan sama perlulah diperbuat daripada bahan khusus, cukup keras untuk menahan hentakan tapi tidak terlalu keras sehingga sumbing atau patah. 4. Kepala peralatan ini perlulah dikeraskan atau diasah sehingga satu radius yang bersesuaian pada tepinya sebaik sahaja ia mula kembang atau retak, ia perlulah dibajakan, dikeraskan dan diperbaiki hanya oleh mereka yang kompeten. 5. Peralatan tangan haruslah: i) dibekalkan daripada sebuah bilik peralatan, di mana ia disimpan dengan selamat di atas rak atau para, di dalam kabinet atau kotak peralatan; dan ii) diperiksa berkala oleh mereka yang kompeten - jika pemeriksaan menunjukkan peralatan yang rosak, baiki atau gantikan sebelum dibekalkan kembali.

Anda mungkin juga menyukai